Chapter 49

Romance Completed 625664

“I miss you girls so much” Hana Aishah memeluk Hana Azuwa manakala kakinya mencapai Hana Aqilah.

“Ehh kak dik ni. Achik dia peluk guna kaki” Hana Aqilah mencebikkan mukanya.

“Alololo. Sorry sayang , tangan kak dik ada sebelah je” Hana Aishah menarik Hana Aqilah pula ke dalam pelukannya sebelum mencium pipi kiri dan kanan adiknya itu.

“Dah. Move your asses. We got so many things to do today” Hana Azuwa yang meletakkan keretanya di halaman rumah banglo Fakrul itu sudah melangkah menuju ke kereta Honda CRV miliknya.

“Yeay” Hana Aishah sudah meloncat keriangan. Kakinya melangkah menuju ke rak kasut di luar rumah itu.

“Amboi seronoknya sampai tak ingat abang” Fakhrul yang sedang memegang sepasang kasut converse milik isterinya itu sedang bersandar di tepi pintu masuk rumah itu.

“Mana adalah. Thanks for the shoe by the way” Hana Aishah mengambil kasut daripada tangannya suaminya tetapi lelaki itu lebih laju menarik Hana Aishah ke dalam rumah dan didudukkan di set kerusi di ruangan masuk rumah banglo itu.

“You. Aishah boleh pakai sendiri” Hana Aishah cuba menolak tetapi suaminya dengan mudah menyarungkan kasut Converse Chuck Taylor berwarna ungu gelap.

“Done” Fakhrul menarik Hana Aishah berdiri sebelum memeluk pinggang isterinya.

Hana Aishah mendongakkan wajahnya memandang ke arah suaminya yang segak berkemeja berwarna biru laut dan berseluar slack berwarna biru gelap itu. Rambut lelaki itu yang sentiasa disisir rapi membuatkannya geram sahaja mahu mengusap rambut yang terletak sempurna itu.

“Don’t look at me like that” suara sensual Fakhrul kedengaran membuatkan Hana Aishah tersenyum mengusik.

“You’re looking rather sexy” Hana Aishah menjengketkan kakinya sebelum , bibirnya singgah lama di leher suaminya. Nafas Fakhrul menjadi tidak sekata.

Usai Hana Aishah menjalankan misinya , dia melangkah menjauhi Fakhrul yang berwajah tegang itu. Tawa Hana Aishah kedengaran sambil dia berlari meninggalkan suaminya terpinga - pinga.

“Bye you. See you tonight” Hana Aishah berlari menaiki kereta kakaknya yang sudah didiami Hana Aqilah itu.

“Kak Wa , go , go , go cepat!” Hana Azuwa yang medengar ayat Hana Aishah itu kelam kabut memandu keretanya keluar. Hana Aishah sudah terkekek ketawa di tempat duduk belakang.

“Astaghfirullah Adik ni kenapa? Terkejut Kak Wa” Hana Aishah yang sedang terlentang di kerusi belakang itu masih belum habis tawanya. Muka Fakhrul yang cemberut kerana ditinggalkan tergantung sebegitu amat lucu dilihatnya.

“Nothing. Anyway what’s our itineraries for today girls?” Hana Aishah yang masih bersisa tawanya itu bertanya.

“Eleh, Achik nampak akak bagi love bite dekat abang Fakhrul” merah padam muka Hana Aishah mendengar perlian adiknya.

“Maa... mana aaa... ada” tergagap - gagap Hana Aishah menegakkan benang yang basah. Tadi dia pasti , Hana Aqilah sudah menaiki kenderaan dengan kakaknya kerana itu dia berani membuat aksi berani mati itu.

“You’re such a bad liar” Hana Aishah menjelirkan lidahnya kepada Hana Aqilah yang tersenyum mengejeknya.

“Eeee . Mulut tu kak dik cili karang” Hana Aishah menarik tudung Hana Aqilah sampil tersembul rambut di jendul gadis itu.

“Apa Kak Dik ni!” Hana Aqilah sudah mencabut tali pinggangnya dia sebelum bangun untuk merangkak ke bahagian belakang kereta CRV untuk menyerang balas serangan Hana Aishah.

“Hah! Kan dah kena! Dua - dua dah tua bangka nak wrestling. Kak Wa campak korang berdua keluar kereta kejap lagi” Hana Aqilah mengaduh kesakitan apabila pahanya dicubit Hana Azuwa sementara Hana Aishah sempat tersenyum mengejek Hana Aqilah.

“Jangan nak senyum sangat adik. Kejap lagi dengan adik sekali kena cubit” terus dimatikan senyumannya apabila mendengar ugutan kakaknya. Suasana kembali sunyi di dalam kereta CRV berwarna biru itu.

“Nak bergaduh je korang berdua ni. Ni sorang lagi dah kawin nanti lansung tak jumpa. Time tu baru tahu rindu” Hana Aqilah mencebikkan bibirnya mendengar bebelan kakak sulungnya itu.

“Good riddance” selamba sahaja mulut Hana Aqilah membalas.

“That’s what you’ve always wanted kan Achik. Akak memang menyusahkan Achik kan. I get it. I won’t be troubling you anymore” jelas suara sebak Hana Aishah.

Suasana sunyi menyelubungi mereka sepanjang perjalanan menuju ke spa yang Hana Azuwa telah tempah itu. Separuh hari mereka akan dihabiskan disana manakala separuh lagi mereka akan habiskan di pusat membeli belah di ibu kota.

Mood Hana Aishah sudah hilang kerana terasa hati dengan kata - kata adiknya. Dia tidak faham apa masalah Hana Aqilah dengannya. Semenjak adiknya memasuki univerisiti hubungan mereka menjadi renggang. Sampai sekarang dia tidak tahu puncanya.


*************************************


~You’ve been very naughty Puan Hana Aishah. Someone is getting punish when she comes back~ Fakhrul


Senyuman lebar terukir di bibirnya. Sekali dengan mesej yang bertulis itu suaminya menghantar gambar kesan gigitan di leher suaminya yang sudah menjadi biru.

Hana Aishah sedang berjalan - jalan di sebuah kompleks membeli belah beriringan dengan Hana Aqilah dan Hana Azuwa. Semenjak di spa tadi Hana Aqilah lansung tidak menegurnya. Hana Aishah hanya berborak dengan kakaknya manakal Hana Aqilah sibuk dengan telefonnya.

“Senyum sampai telinga. Cik abang mesej lah tu” Hana Aishah cepat - cepat menutup mesej suaminya apabila Hana Azuwa memanjangkan lehernya untuk melihat skrin Iphonenya.

“Ee. Kak Wa ni. Mana ada. Its work” Hana Aishah cuba mencipta helah.

“Ye lah tu. Work message is making you blush like a tomato now” Hana Aishah menjelirkan lidahnya ke arah Hana Azuwa yang sudah tersenyum simpul itu.

“I’m so happy you finally can accept him. I hope he’s taking a good care of you” Hana Aishah terdiam mendengar ayat Hana Azuwa itu.

“What makes you think I’m not happy with him?” mereka sedang berhenti di sebuah kedai emas. Hana Azuwa sedang membelek gelang tangan untuk anak daranya.

“You’ve never look happy when you’re with him. Muka macam orang sembelit je 24/7” ternganga mulut Hana Aishah mendengar analogi kakaknya itu.

“Kak Wa! Kejam” Hana Aishah mencebikkan mukanya.

Hana Azuwa tertawa melihat gaya Hana Aishah itu tetapi jujur hatinya lega melihat wajah bahagia adiknya seorang itu. Semenjak Hana Aishah berkahwin wajah wanita itu tidak pernah ceria.

Hari ini apabila dia melihat kemesraan Fakhrul dan Hana Aishah dia pasti bahagia sedang perlahan - lahan bertapak di dalam hubungan mereka suami isteri.

“Kak Wa, lets buy this necklace for 3 of us. Do you think they can make a custom made name together with the necklace?” Hana Aishah mengambil seutas rantai emas yang kelihatan elegan tanpa ukiran berat.

“Not sure if they can have it done by today” Hana Azuwa memanggil jurujual yang melayan mereka semenjak tadi.

“Can we have a name engraving together with the necklace and is it possible to have it done today?” wanita yang anggun memakai gaun separas lutut itu mengambil rantai itu sebelum meminta diri sebentar.

“What should we have it engraves though?” Hana Aishah memandang ke arah Hana Azuwa yang masih membelek gelang kaki kanak - kanak semenjak dari tadi.

“Hana” pendek jawapan Hana Aqilah. Hana Aishah memalingkan mukanya memandang ke arah Hana Aqilah yang masih tekun menaip di telefonnya.

“Ingat dah bisu tadi” Hana Aishah memerli Hana Aqilah yang masih tidak mahu melayannya.

“Both of you hug each other and apologise now” mata Hana Azuwa menjeling tajam ke arah kedua - dua adik perempuannya yang masih bermasam muka itu.

“No” Hana Aishah memandang tajam ke arah Hana Aqilah yang memandangnya tanpa perasaan itu.

“Then me also NO” Hana Aqilah tersenyum sinis memandang ke arah Hana Aishah.

“Before I knock both of your head together both of you better make up” Hana Aqilah paling takut dengan Hana Azuwa jadi dalam keterpaksaan dia memeluk Hana Aishah.

“Sorry mana?” Hana Aqilah sudah mencebikkan mukanya tanda tidak berpuas hati kerana terpaksa mengalah.

“Sorry” geram nada suara Hana Aqilah berbisik.

“Macam tak dengar lah Kak Wa” Hana Aishah mengusik Hana Aqilah.

“You’re so mean Kak Wa. She’s bullying me and she started it first. Kenapa Achik kena apologise first” mendengar ayat Hana Aqilah , Hana Aishah menarik adiknya itu rapat.

“Kak Dik mintak maaf I shouldn’t have pull on your scarf like that. Patutnya ...” Hana Aishah sudah tersenyum penuh misteri sebelum di mencubit pinggang adiknya.

Terjerit Hana Aqilah sampai beberapa orang pelanggan di kedai itu sudah memandang ke arah belakang. Hana Aishah menjelirkan lidahnya sebelum mencium pipi Hana Aqilah.

“Kak Dik!” air mata Hana Aqilah sudah bergenang , lagi pula apabila Hana Azuwa turut menertawakannya.

“Alalalala . Sorry sayang. I can’t help it . My baby girl is getting married. I’m gonna lose you like how I lose Kak Wa” suara Hana Aishah bertukar sebak. Hana Aqilah tertunduk mendengar bicara Hana Aishah itu.

“No matter what you feel towards me , Kak Dik tak pernah sayang kurang seinci pun towards you. You’re my baby. I’ve hold this hand for 22 years , so imagine how hard it is to let this hand go” air mata Hana Aishah sudah bertakung.

“You’re gonna have other responsibilities after this. You’re not gonna need me anymore. The first person you’ll run to wont be me when you’re in trouble. I’m gonna miss that” Hana Aishah tersenyum pahit.

Sakitnya perpisahan. Dia faham kerana walaupun perkahwinannya bukan atas dasar cinta , saat lafaz nikah dilafazkan suaminya segala bebanan di bahunya di telan sendiri. Kalaulah menjadi isteri semudah itu.

Bagaimana dia mahu memberitahu ibu bapanya yang sudah tua itu bahawa dia tidak bahagia ? Bagaimana dia mahu membuka aib suaminya sendiri dengan memberitahu adik beradiknya sakit emosi dan fisikal yang ditanggung dirinya akibat perbuatan suaminya sendiri?

“I’m sorry Kak Dik” Hana Aqilah memeluk Hana Aishah erat. Air matanya gugur. Terkejut jurujual yang telah kembali ke tempat dimana tiga beradik itu duduk.

“Err. Sorry for being late” suara jurujual berbangsa cina itu terketar - ketar memohon maaf. Sangkanya Hana Aqilah menangis kerana dia lambat.

“Its ok. She’s just a cry baby” Hana Aishah tersenyum mengusik memandang jurujual tadi.

“Kak Dik!” suara Hana Aqilah memarahi Hana Aishah manja. Hana Aishah meleraikan pelukan mereka sebelum mengesat air mata Hana Aqilah yang sudah membanjiri wajah bakal pengantin itu.

“I love you no matter what. Remember that” Hana Aqilah mengangguk laju. Hana Azuwa mengesat air matanya yang turut gugur itu.

“Oh my eyeliner. Stop crying you idiots” Hana Azuwa berdiri sebelum menarik kedua - dua adiknya yang sedang duduk itu di dalam pelukannya.

“Err . Sorry miss but we can do the engraving today for the bracelet but it’ll take few hours. Is it ok?” Hana Azuwa menganggukkan kepalanya.

“And what will the engraving be?” mendengar pertanyaan jurujual itu , Hana Aqilah dan Hana Aishah mendongakkan kepala mereka memandang ke arah Hana Azuwa sambil tersenyum lebar.

“Hana” senada suara mereka kedengaran.

Jurujual itu tersenyum melihat ketiga - tiga gadis yang berpelukan di hadapannya. Mereka bertiga memakai gaun kapas berwarna putih yang sedondon dan tudung satin bercorak geometri bertemakan warna merah.

“Great” dia jarang melihat keakraban adik beradik sebegini dan dia akan memastikan rantai leher yang ditempah ini sempurna.

*******************************


“Assalamualaikum” suara ketiga - tiga anak perempuannya menjengah telingan Kapten Azam.

Dia yang sedang berborak dengan iparnya itu menghalakan pandangannya ke arah ketiga - tiga anak perempuannya yang sedang menuju ke arah taman di mana Kapten Azam sedang bersantai.

“Abah” Hana Aishah terus meluru ke arah abahnya sebelum memeluk lelaki itu erat. Rindunya dia akan bau abahnya. Bau yang sentiasa menenangkan dirinya.

“Ya Allah Adik be careful with your hand” Kapten Azam menegur sebelum memeluk erat anak keduanya itu. Hana Aishah menyembamkan mukanya di dada abahnya manja sambil duduk di riba lelaki itu.

“I miss you” Kapten Azam tersenyum lebar mendengar ayat Hana Aishah itu. Diantara ketiga - tiga anak perempuannya Hana Aishah yang paling manja dengannya.

“I miss you too” sebelum sempat Hana Aishah hendak membalas , Hana Aqilah pula bertenggek di sebelah kiri Kapten Azam.

“He’s mine” Hana Aishah menjelirkan lidahnya kearah Hana Aqilah apabila mendengar kata - kata adiknya itu.

“Excuse me, Abah love Kak Wa the most. Kan Bah” Hana Azuwa memiat telinga kedua - dua adik perempuannya yang sudah menjerit kesakitan itu.

“Sudah. Ya Allah budak bertiga ni. Abah sayang semua” Kapten Azam menarik Hana Azuwa untuk duduk di sisi kanannya.

“Semua dah jadi isteri orang tak malu ke peluk abah macam tu” Mamu Riaz adik lelaki Teacher Basirah menegur.

“Dah jadi isteri orang pun bukan bermaksud kena buang mak bapak Riaz. Salah tu” Mamu Salih , suami kepada kakak sulung Teacher Basirah menegur.

“Saya bukan cakap pasal buang mak bapak cuma dah jadi isteri orang ni kena la tahu batas. Entah-entah menantu Abang Azam bukan suka pun tengok bini diorang berpeluk macam ni” Mamu Riaz memang tidak rapat lansung dengan anak perempuannya. Padanya wanita tempatnya di dapur dan perlu menurut kata suami.

“Tu haa si Fakhrul datang. Panjang umur , kau tanyalah dia. Fakhrul panggil sekali si Wazir tu” Mamu Salih sudah melambaikan tangannya memanggil Fakhrul. Kapten Azam hanya menggelengkan kepalanya melihat perbalahan antara iparnya.

“Masing - masing ada cara besarkan anak mereka. Aku besarkan anak - anak aku ikut cara aku , kau ikut cara kau Riaz. Kalau menantu aku tak suka dia ada hak untuk bagi tau aku” Fakhrul yang baru tiba itu memandang ke arah isterinya yang sedang duduk di riba bapa mertuanya.

“You’re late sayang” Hana Aishah merenung Fakhrul sambil tersengih.

“Sorry. Got carried away shopping “ Fakhrul melabuhkan punggungnya di sebelah Mamu Riaz.

“Hah tanyalah Riaz. Kau sibuk sangat tadi” muka Mamu Riaz sudah cemberut kerana diperli sebegitu. Fakhrul memandang bapa saudara Hana Aishah itu pelik.

“Tanya apa mamu?” Fakhrul bertanya kepelikan. Hana Aishah sudah tersenyum memerli. Padan muka pak ciknya itu. Suka sangat sibuk urusan keluarga orang lain.

“Tak . Mamu tadi cakap nanti Fakhrul ke Abang Wazir ke , tak suka kitorang meleset dekat abah macam ni. Tu lah , akak nak tahu jugak betul ke” Hana Azuwa yang sedang berbaring di dada kanan abahnya itu tersenyum sinis memandang ke arah bapa saudaranya.

“Why would I?” Mamu Salih menahan tawa melihat muka Mamu Riaz yang tidak berpuas hati mendengar jawapan Fakhrul.

“Perempuan tempat dia dekat dapur bukan dekat depan dengan orang lelaki ni. Ni lah masalah kalau bagi anak belajar tinggi-tinggi. Tak tahu tempat dekat mana. Aib suami pun tak tahu jaga” Fakhrul memandang ke wajah bapa mertuanya yang berubah keruh mendengar kata - kata adik Teacher Basirah itu.

“Actually no. She’s my wife, not my servant. So her place is always besides me, not below not above. Just right beside me. And I actually envy her abilities to love another strangers like her own. Abah should see her at hospital “ mata Fakhrul memandang tepat ke dalam anak mata Hana Aishah.

“Anak abah ni favourite doctor dekat hospital. She’s stern when needed but always compassionate. Her empathy is beyond me. When everyone is rushing around trying to finish work and get back on time , she’ll stay back just to help her colleagues. She’s never tired explaining to patients and relative regarding their conditions” air mata Kapten Azam bergenang mendengar tentang pujian menantunya.

“And the most important trait that makes me fall for her is her ability to love even when she’s hurt is beyond me. She puts everyone as her priorities. She love papa , mama , abi and ibu like how she loves mak and abah. So you raised up a great daughter and I can only wish to raise up my daughters like how you did with your 3 amazing girls” Hana Aishah terkedu mendengar bicara suaminya. Kesemua orang yang berada di situ terkedu.

Hana Azuwa merenung wajah yang semakin banyak kedutan itu. Mendengar bicara Fakhrul membuatkan dia sedar akan kealpaannya. Lelaki ini yang membesarkannya selama 23 tahun sebelum dia melepaskan Hana Azuwa pergi.

“I love you Abah. Thank you for everything and I’m sorry I didn’t say it often” Hana Azuwa mengucup pipi Kapten Azam.

“Tak nak kawinlah macam ni. Achik nak duduk dengan abah je” pecah tawa Kapten Azam melihat anak perempuan bongsunya yang sudah meraung itu.

“Eleh , dia yang nak sangat kawin. Mengada. Tak yah Bah. Kawin kan je malam ni” Hana Aishah mencebikkan bibirnya ke arah Hana Aqilah.

“Abaaaaah” lagi kuat Hana Aqilah meraung apabila diusik kakaknya.

“Adik, janganlah kacau Achik” Hana Aishah mencubit pipi Hana Aqilah yang masih lagi meraung itu.

“Untung Abang Azam. Dapat menantu soleh - soleh. Boleh jaga anak - anak perempuan abang. Jujur Mamu cakap , kalau Fakhrul ada anak perempuan nanti Fakhrul akan faham. Ketakutan seorang bapa hanya satu. Mampu ke suami anaknya menyayangi dan menerima kekurangan anak perempuannya macam mana dia menyayangi anaknya” Fakhrul merenung ke arah Hana Aishah yang sedang berada di dalam pelukan Kapten Azam.

“InsyaAllah. Abah will be there guiding us right?” Hana Aishah dapat merasa tubir matanya hangat apabila soalan suaminya dianggukkan oleh bapanya.

“Ya Allah. Kau kekalkan bahagia ini” Hana Aishah merenung mata suaminya sambil doa itu dipanjatkan hatinya ke Illahi.


***********************************


“Ahh penatnya” Hana Aishah mahu membaringkan badannya tetapi suaminya terlebih dahulu merangkul pinggangnya.

“Take bath first and we’ll pray isyak. Then sayang rehat” Hana Aishah menganggukkan kepalanya lemah. Kalau dia baring sekarang memang pasti dia akan tidur mati.

“You took bath already. No need to bathe me tonight. I’ll just wash my body tonight” Hana Aishah menolak daripada diam dimandikan suaminya malam itu.

Setiap hari semenjak kemalangan hari itu , Fakhrul menjadi tangannya. Dimandikan Fakhrul setiap hari , bajunya dipakaian oleh lelaki itu , makannya bersuap dan boleh dikatakan segalanya suaminya lakukan.

“I can always take another bath with you” inilah sebabnya Hana Aishah menolak.

Fakhrul sentiasa ada rencana muslihat apabila dia ada peluang. Tangan lelaki itu akan hinggap dan membuat perkara - perkara yang menyebabkan proses mandian yang boleh selesai dalam masa 30 minit berlarutan ke lebih daripada sejam.

“Yoouuu.... no “ Hana Aishah menjeling manja ke dalam anak mata suaminya memohon pemahaman.

“Abang mandikan je” Hana Aishah menggelengkan kepalanya laju. Muka tidak bersalah Fakhrul itu tidak mampu menipunya. Dia masak benar dengan muka tidak bersalah lelaki itu.

“We both know what’s gonna happen inside the bathroom so you stay out here while I take bath” muka Hana Aishah diseriuskan. Walaupun apa pun dia tidak akan tergugat malam ini.

“Fine” rajukan suaminya tidak dilayan , malahan laju sahaja Hana Aishah melangkah pergi meninggalkan suaminya.

Hana Aishah menutup pintu bilik air. Kalau ikut kepala Fakhrul memang berkurunglah mereka di dalam bilik air itu. Bilik air di bilik utama rumah mereka itu tak apa lagi sebab besar tetapi tak sanggup Hana Aishah bersempit dengan lelaki itu di dalam bilik airnya yang kecil itu.

Sewaktu Hana Aishah sedang bersusah payah membuka gaunnya , pintu bilik airnya terbuka. Hana Aishah terasa seperti mahu mengetuk dahinya saat itu. Boleh pula dia terlupa mengunci pintu bilik air itu.

“Next time dont be stubborn” dengan mudahnya Fakhrul menanggalkan pakaian Hana Aishah sebelum menarik isterinya ke bawah pancuran air. Hana Aishah masih berdiam diri tetapi apabila tangan Fakhrul memulakan operasinya , Hana Aishah merenung tajam ke wajah tidak bersalah suaminya yang sedang menikmati pemandangan di hadapannya itu.

“This is why I told you not to join me” suara Hana Aishah kedengaran penat.

“I’m not doing anything. I’m just soaping you up” Hana Aishah memegang tangan Fakhrul yang sedang bermain di dadanya.

“Yes. My breast really need a good soaping up I suppose. Its been almost 10 minutes of you lathering the soap there Fakhrul “ Fakhrul hanya tersenyum lebar melihat wajah isterinya yang sudah masam mencuka itu.

“It does. See so many dirt there” mendengar alasan tidak masuk akal suaminya Hana Aishah terus menepuk tangan lelaki itu sebelum membersihkan sabun daripada badannya.

“Banyaklah you punya dirt. Please save your OCD somewhere else. My breast is tender lately. This is all because of you” Fakhrul hanya tertawa besar mendengar bebelan isterinya.

“Ok sorry sayang. No hanky panky. I’ll wash you only. I promise” Hana Aishah memandang suaminya penuh curiga. Perlahan - lahan loofah di tangannya di beri kepada suaminya.

“Janji?” Hana Aishah menggenggam tangan suaminya yang sudah mendarat di belakang badannya.

Fakhrul tersenyum sampai menampakkan lesum pipit. Nasib baik lelaki itu memegang janjinya. Tidak sampai 15 minit , mandian mereka selesai dan Fakhrul mengimamkan Hana Aishah solat isyak.

Usai solat isyak tidak sempat Fakhrul hendak bersalaman , isterinya sudah berlari lintang pukang memasuki tandas. Fakhrul ketawa melihat gelagat isterinya yang mahu terkencing itu.

“Kak Wa lah ni. Order air tak nak minum lepas tu Aishah yang habiskan. She knows I’m a sucker for drinks” Hana Aishah yang baru keluar daripada tandas itu sempat membebel.

Hana Aishah melihat Fakhrul yang sedang duduk dan menyelongkar sebuah beg kertas. Kakinya di arahkan ke birai katil.

“You! Don’t open. Itu Achik punya” Hana Aishah merampas beg kertas itu sebelum suaminya sempat menarik keluar isinya. Dia memeluk beg kertas itu erat.

“Where did you take the bag from? Semua shopping beg dekat Achik” Hana Aishah yang berbaju kelawar berwarna putih itu laju mahu melangkah menuju ke pintu bilik tidurnya. Beg berlabel Victoria Secret itu.

“I didn’t” langkah Hana Aishah terhenti apabila mendengar ayat suaminya.

“Huh? I don’t understand “ Hana Aishah memandang wajah suaminya penuh tanda tanya.

“She send the bag here. Its yours she said” mendengar ayat Fakhrul itu mata Hana Aishah membulat. Terus dia menggeledah beg kertas itu.

“No she didn’t. Please tell me she didnt .... omaigod” suara Hana Aishah sudah naik senoktah melihat lingerie yang dibeli adiknya beli itu.

Hana Aishah memandang wajah suaminya yang memandang baju tidur itu tidak berkelip. Baju tidur berkain lutsinar yang tersangatlah seksi dicuba Hana Aishah sewaktu mereka membeli belah untuk malam pertama adik bongsu perempuan mereka itu.

Dia hanya mahu bermain - main sahaja mencuba , dia tidak segila itu untuk memakai pakaian yang seperti itu. Kain jarang berwarna putih itu tidak menutup apa - apa pun. Ada corak les berbatu kristal menghiasi bahagian tepi baju tidur itu lansung tidak membantu untuk menutup apa yang perlu.

“Oh my god. You tau tak this piece of lingerie cost for 600 bucks. Literally just a piece of see through sheer with lace that barely covers anything” Hana Aishah sudah memicit kepalanya yang sedang berdenyut itu. Fakhrul masih berdiam diri melihat ke arah lingerie itu.

“Achik ni melampau lah. Dah la guna duit I. Kena ikat perut lah sampai gaji kalau macam ni. You rasa I boleh pulang balik tak baju ni?” Hana Aishah memandang ke arah suaminya.

Inilah akibatnya kalau dia bagi kad kreditnya kepada seorang manusia bernama Hana Aqilah. Fakhrul menarik tangan isterinya perlahan sehingga Hana Aishah berdiri di hadapannya. Keluhan berat di lepaskan Hana Aishah. Lingerie itu diambil Fakhrul.

“I’ll pay for the lingerie” Hana Aishah memandang ke arah Fakhrul tidak berpuas hati.

“No! This is Achik’s fault. She’ll pay for it” menggunakan tangan kirinya , Hana Aishah bercekak pinggang.

“You’re not gonna return it. Achik is not gonna pay for it” baru Hana Aishah mahu membantah kata - kata suaminya, tangan Fakhrul sudah menarik baju kelawarnya sehingga Hana Aishah terjerit kecil.

“You... you buat apa ni?” Hana Aishah sudah terketar - ketar apabila tubuhnya yang dilindungi baju tidur kelawar itu sedang berdiri tanpa pakaian. Dia melihat Fakhrul mencapai lingerie itu sebelum dengan mudahnya menyarungkan di tubuhnya.

“You were very naughty today Puan Hana Aishah” Hana Aishah sudah berdiri terketar - ketar di birai katil. Fakhrul pula sedang duduk di birai itu. Tangan Fakhrul membelai tubuhnya yang terdedah kerana lingerie itu.

“First ... the bite mark that you left on my neck” tangan Fakhrul sedang bermain di kedua - dua belah paha Hana Aishah yang terdedah kerana panjang lingerie itu hanya mencapai betul - betul di bawah punggungnya.

“Everyone saw it at the OT changing room” muka Hana Aishah sudah merah seperti tomato. Kenapalah dia boleh lupa yang hari ini suaminya ada pembedahan elektif? Pasti mereka tahu punca kesan itu.

“Then you didn’t salam and kiss my cheek before going out” Hana Aishah menelan air liurnya perlahan apabila tali di bahagian pinggang baju tidur itu ditarik oleh suaminya.

“You didn’t reply my text” mata Fakhrul merenung tajam ke dalam anak mata coklat Hana Aishah.

“And the last blow...” Fakhrul melihat ke tali yang mengikat dua keping fabrik yang menutupi dada isterinya.

“ you came back late” dengan itu tali itu ditarik sekaligus membuatkan lingerie itu terbelah dua. Hana Aishah mahu menutup segalanya yang terdedah di saat itu tetapi melihat jelingan tajam suaminya terus dimatikan niatnya.

“So what punishment should I give you for breaking so many rules?” mulut Fakhrul sudah mendarat di bahagian perut Hana Aishah. Nafas Hana Aishah sudah tersekat - sekat apabila pelbagai rasa bercampur baur di saat bibir suaminya meneroka bahagian abdomennya.

Fakhrul berdiri meninggalkan Hana Aishah sebentar sebelum tangannya mengunci pintu bilik tidur mereka dan menutup lampu utama bilik itu. Yang menyala sekarang hanyalah fairy light di bilik mereka. Hana Aishah masih berdiri kaku.

“I’m scared” terketar - ketar suara Hana Aishah berbicara apabila suaminya yang memeluknya daripada belakang itu melurutkan tali baju itu.

Fakhrul memalingkan tubuh isterinya ke arahnya. Mata Hana Aishah kelihatan gusar. Satu kucupan di hadiahkan di ubun - ubun isterinya.

“Is .... is it gonna be painful like ... like ...” Hana Aishah tergagap - gagap bertanya. Pengalaman pertamanya bersama Fakhrul bukan satu pengalaman yang di impikan seorang isteri. Dia masih ingat keperitan yang dia hadapi selama beberapa hari itu selepas dirinya ditiduri dalam keterpaksaan.

“I’m sorry it was a bad experience for you” Fakhrul mengucup lembut kedua - dua belah pipi isterinya. Rambut Hana Aishah yang panjang mengurai itu dielus lembut.

“I wish I can turn back the time and make it a beautiful one for you. For us both” Hana Aishah melihat penyesalan di sebalik mata itu.

Hana Aishah dapat melihat suaminya teragak - agak untuk meneruskan langkah seterusnya. Dia mendongakkan wajahnya sambil tangan kirinya memegang tangan kiri suaminya. Dikucup tangan itu sebelum di meletakkan telapak tangan suaminya di pinggangnya yang terdedah itu.

“Then do it right tonight. Show me that you love me” Hana Aishah tersenyum ikhlas memandang ke arah suaminya.

“May He bless our deeds tonight and if the fruits of our love is meant to be created tonight, may He bless us with pious children” kata - kata Hana Aishah menusuk jiwa Fakhrul yang tandus itu. Isterinya mengucup lembut bibirnya.

“I’m so blessed to have you in my life. Promise to never leave me even when I’m being an ass?” Hana Aishah dapat melihat halkum Fakhrul bergerak naik turun menunjukkan kegementaran suaminya.

“No cursing remember” Hana Aishah tersenyum mengusik. Muka suaminya masih lagi tegang.

“Promise?” lama Hana Aishah terdiam mendengar bicara serius suaminya. Melihat muka suaminya yang gusar membuatkan Hana Aishah menganggukkan kepalanya.

“I need to hear it” Fakhrul memandang tepat ke dalam anak mata Hana Aishah.

“Aishah janji tak akan tinggalkan you walaupun you seret I keluar daripada hidup you” Hana Aishah tersenyum lebar memandang ke arah suaminya.

Fakhrul memeluk erat Hana Aishah. Lama mereka berkeadaan sebegitu. Kalau boleh dia mahu mereka dikunci di masa itu. Dimana tiada kesakitan , yang ada hanyalah cinta.

“I love you” Fakhrul memeluk erat pinggang isterinya sebelum bibir isterinya dikucup hangat.

“Aishah cinta Fakhrul” mendengar ayat isterinya itu , Fakhrul mengangkat Hana Aishah dan memposisikan dirinya di dalam keadaan duduk di atas katil dan Hana Aishah di atas ribanya.

Dengan lafaz bismillah dan doa yang dibisikkan ditelinganya , malam itu Hana Aishah merelakan perbuatan suaminya. Malam itu suaminya mengajarnya erti cinta dalam cara yang lain. Tiada kekasaran , hanya sentuhan penuh cinta suaminya membelai tubuhnya.

Entah pukul berapa mereka tidur tetapi bisikan suaminya sebelum dia tertidur membuatkan hati berdegup irama tenang.

“Thank you for this gift. You’re the first and the last woman I’ll ever love” ubun - ubun Hana Aishah dikucup sebelum tubuh mereka diselimutkan suaminya rapi. Badan isterinya ditarik rapat dan kepala Hana Aishah dibaringkan di dada kanannya.

*********************************


Hana Aishah sedang menahan kesakitan dibahu kanannya saat itu. Saat itu dia sedang duduk di ruang santai rumah mereka sambil makan bihun goreng yang disuap suaminya .

“You . No more. Just get the pain killer. It hurt so much” Hana Aishah menolak suapan suaminya.

Pagi tadi sewaktu mereka bangun daripada tidur Hana Aishah sudah dapat merasakan denyutan di bahu kanannya. Inilah akibatnya kalau tidak reti bersabar. Dia pasti kesakitan ini akibat daripada ketidaksabaran dirinya dan juga Fakhrul malam tadi.

“I’m sorry sayang. Does it hurt too bad?” Hana Aishah menganggukkan kepalanya lemah.

“Adik buat apa semalam sampai sakit balik bahu tu? Tu muka pun pucat semacam? “ mendengar persoalan polos ibunya Hana Aishah dapat merasakan wajahnya hangat.

“Emm ... emm .. salah tidur kot” Teacher Basirah memandang ke arah anak perempuannya yang berskirt labuh dan memakai T Shirt lengan panjang itu. Dia meribakan kepala Hana Aishah sejurus Fakhrul berlalu le dapur untuk mengambil ubat tahan sakit.

“Macam - macam lah adik ni. Risau mak” Hana Aishah hanya memejamkan matanya sejurus dia menelan sebiji ubat tahan sakit.

Teacher Basirah mengusap lembut kepala anaknya yang diliputi tudung itu. Lega badan Hana Aishah apabila dipicit ibunya. Penatnya semalam belum habis. Memikirkan hal semalam perutnya seperti mempunyai rama - rama yang terbang.

Tetapi perasaan itu hanya seketika cuma kerana dalam sekelip mata seperti ada taufan sedang bergelodak di dalam perutnya.

“Sayang . Why are you sweating?” Fakhrul yang kembali dengan kain lembap untuk mengelap wajah isterinya itu terkejut melihat peluh - peluh jantan yang mula memenuhi dahi isterinya.

Tiba - tiba Hana Aishah berlari ke dapur yang dipenuhi saudara maranya itu , dan memuntahkan segala isi perutnya. Dia dapat merasakan usapan di belakang badannya. Air matanya merembes keluar kerana kepenatan.

“Astaghfirullahalazim. Adik kenapa sampai macam ni?” Teacher Basirah bergegas mengambil air suam di mesin tapisan air di suduh hujung dapurnya.

“Its ok. Just let everything out. Abang ada dekat sini” Hana Aishah dapat mendengar suara Fakhrul memujuknya. Dia bersyukur kerana saat itu Fakhrul memaut pinggangnya kerana dia seperti mahu pitam.

“Adik makan apa ni semalam? Mak dah agak dah. Ni mesti sibuk shopping sampai tak makan. Makan pulak makanan berangin”!Teacher Basirah membebel sampai mencuci mulut Hana Aishah yang sudah kotor itu.

“Kejap mami buat air milo. Perut berangin lah tu” Hana Aishah dapat mendengar suara Mami Safa , kakak kedua ibunya.

“Angin apa nya Ira. Dah ada isi lah tu” suara neneknya yang sedang memotong bawang di atas lantai rumah itu menegur sekaligus menghentikan segala interaksi di dapur. Suasana di saat itu sunyi sesunyinya.

Ada beberapa reaksi yang ditonjolkan mereka. Teacher Basirah , Fakhrul dan mak cik - mak ciknya sudah tersenyum penuh makna. Tetapi Hana Aishah bertukar pucat lesi mendengar komen neneknya itu.

“Anak” suara Hana Aishah berbisik sebelum segalanya menjadi gelap gelita. Suara terakhir yang dia dengar sebelum dunianya mati adalah.

“Sayang , wake up. Don’t leave me” suara panik Fakhrul menampar gegendang telinganya sebelum dunia menjadi gelap dan sunyi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience