Chapter 30

Romance Completed 625623

“What?” suara Alif Haziq bergema di segenap kafe di lapangan terbang antarabangsa Dubai itu. Muka Hana Aishah sudah merah menahan malu. Alif Haziq pula kelihatan marah.

“Seriously Alif. Perlu ke menjerit” Hana Aishah memarahi Alif Haziq yang berjubah hitam itu.

Sesampai Hana Aishah di lapangan terbang tadi , Alif Haziq sudah setia menantinya di pintu 76. Hana Aishah terus meluru memeluk Alif Haziq. Rindunya hanya Allah yang tahu.

Air matanya tidak dapat dibendung kerana segala yang berlaku semenjak beberapa bulan ini. Kalau ada Alif Haziq pasti adik lelakinya ini akan membantunya tetapi sampai bila dia mahu menyusahkan adiknya ini.

“Akak jangan main - main. Kenapa tiba - tiba? When did all of this happen ? Why wasn’t I informed?” Alif Haziq sudah meletakkan garfunya . Lasagna yang dinikmatinya sebentar tadi dibiarkan. Mata Alif Haziq yang berwarna coklat terang itu menusuk ke dalam mata Hana Aishah.

“It wasn’t sudden. It’s been almost 3 months. I didn’t want to bother you and I’m not sure about this whole thing so yeah” Hana Aishah menguis spaghetti alferado di dalam pinggan antik berwarna biru itu.

“You’re getting married in less than a month kak. What is this nonsense? Who is he?” Alif Haziq amat terkejut dengan perkabaran yang baru diberitahu Hana Aishah ini. Setahunya Hana Aishah sangat teliti dalam membuat keputusan.

“You remember your harvard buddy” Hana Aishah menghirup ais coklat yang manis itu. Keenakan pahit dan manis coklat itu memeriahi deria rasanya.

“Which one of the asshole went and approach you” muka Alif Haziq sudah bertukar merah memikirkan rakan - rakannya yang cuba menyakiti kakaknya itu.

Hana Aishah sudah tergelak besar mendengar ayat adiknya itu. Boleh pula adiknya membayangkan Hana Aishah dengan lelaki yang lebih muda daripada dirinya.

“Oh my god. You are so cute. Bukan kawan Alif lah. Remember my bos aka your harvard senior” muka Alif Haziq sudah berkerut memikirkan gerangan lelaki yang melamar kakaknya itu.

“Who?” Alif Haziq tidak dapat meneka bakal abang iparnya.

“Remember when I got admitted and that guy came to visit few times” ternganga mulut Alif Haziq melihat Hana Aishah

“You got to be kidding me kak” Alif Haziq masih ingat akan raut wajah lelaki itu. Minda Alif Haziq tidak dapat menilai lelaki itu. Daripada luarannya Fakhrul nampak tegas tetapi sikap ambil berat Fakhrul itu membuatkan Alif Haziq bingung tentang lelaki itu.

“Kenapa senyap je?” Hana Aishah kembali menghirup air tembikai dihadapannya.

“I’m speechless. That guy.. ermm... you guys are a thing or what?” dahi Alif Haziq itu berkerut. Alif Haziq perasan cara Hana Aishah yang tidak selesa setiap kali lelaki itu datang melawat. Kakaknya yang sentiasa peramah itu akan bertukar pendiam.

“Nope. Hate him” hanya satu perasaan yang Hana Aishah punyai terhadap Fakhrul. Benci.

“Then why the heck are you proceeding with this thing?” apabila Hana Aishah berdiam diri, Alif Haziq dapat mengagak bahawa Hana Aishah seperti selalunya akan mengorbankan dirinya untuk kebahagiaan orang lain.

“Akak jangan main-main. This is marriage. You’re the one who have to go through with it. We don’t have to make everyone happy all the time kak, sometimes you need to be selfish also” Hana Aishah menguis - menguis kek Black Forest di atas pinggan kecil berwarna putih itu. Kata - kata Alif Haziq kedengaran sangat mudah tetapi hakikatnya kehidupan bukan semudah itu.

“Just because of other’s people happiness, don’t ruin your life” Alif Haziq mengenggam erat tangan kiri kakaknya. Sepasang cincin berlian yang menghiasi jari manis kakaknya diperhatikan.

“Cantik” puji Alif Haziq.

“Cantik tapi tiada makna. Biar buruk asalkan bermakna” spontan ayat itu keluar daripada mulut Hana Aishah. Hatinya bertukar sayu. Kegembiraannya bertemu dengan Alif Haziq terbang apabila memikirkan nasibnya.

“Its still not too late kak. Is it mak or abah?” Alif Haziq dapat mengagak kedua ibu bapanya memainkan peranan besar dalam hal ini.

“Its complicated Alif. Its mak , abah Achik. I’m troubling everyone by not getting married” air matanya sudah mula bertakung. Dia merasakan seperti kedua ibu bapanya tidak sabar - sabar untuk melepaskan tanggungjawab mereka terhadap Hana Aishah. Tetapi adilkah untuk dia dihukum sebergini hanya kerana dia seorang wanita.

“Lari jom. Ikut Alif” Alif Haziq menyeka air mata Hana Aishah yang sudah mengalir itu. Gadis ini terlalu banyak berkorban antara mereka adik beradik.

Hana Azuwa mengecewakan ibu bapanya apabila berkahwin dengan jodoh pilihan sendiri dan tidak mahu meneruskan kerjayanya selepas berkahwin, Hana Aqilah juga tidak mahu menerima calon pilihan kedua ibu bapanya. Alif Haziq pula sentiasa bertegang urat dengan kedua ibu bapanya. Akibatnya Hana Aishah terpaksa mengikuti setiap kehendak kedua ibu bapanya.

“Far away. So far away” mereka yang sedang duduk di sebuah kerusi menikmati pemandangan kapal terbang gergasi yang berlepas di landasan yang kelihatan gah dan luas itu.

“Alif sayang akak. You’re so beautiful inside out. Alif boleh jaga akak. If you don’t want this marriage, akak ikut Alif” Hana Aishah menghadiahkan sebuah ciuman di pipi Alif Haziq yang berjambang nipis itu.

“I like when your face is clean of facial hair. Nanti habis umrah shaved it all” Hana Aishah membaringkan kepalanya di bahu Alif Haziq. Tangannya memeluk erat lengan Alif Haziq.

“Don’t change the topic kak. Alif sayang akak. Don’t do this to yourself. You’ve done enough to make mak abah happy” Alif memalingkan muka Hana Aishah supaya memandang tepat kearahnya. Muka Hana Aishah sudah hilang serinya. Wajah yang selalu ceria itu kelihatan kelam.

“I need this escape. I pray that He will give me the guidance that I need” masing - masing memerhatikan matahari yang sedang tergelam di sebalik gurun nun jauh di mata. Alif Haziq berdoa supaya kebahagiaan akan menjadi milik kakaknya.
*************************************

“I’m gonna miss this place so much” mata Hana Aishah tidak henti henti mengalirkan air mata. Pejam celik sudah hampir dua minggu mereka berada di Tanah Suci ini. Mereka mendarat di Madinah dan beribadat di sana selama 6 hari sebelum berhijrah ke Makkah untuk menunaikan umrah.

Sepanjang keberadaan mereka di sana , Hana Aishah hanya fokuskan dirinya untuk beribadah sahaja. Apa - apa gajet yang di bawanya dimatikan. Setiap saat dia berada disitu dirasakan seperti emas. Mulutnya tidak henti memuji Tuhan Yang Maha Esa.

“We’ll come again next time ok. Alif bawak akak” Alif Haziq memeluk bahu kakaknya. Mereka baru sahaja menunaikan solat zohor dan mengerjakan tawaf sunat. Mereka sedang duduk bersandar di dinding Masjidil Haram. Panorama di hadapan mereka adalah panorama paling indah. Kaabah yang tersergam indah di hadapan mereka mengamitkan ketenangan yang tidak pernah dirasai Hana Aishah.

“Next time kena mintak izin suami” spontan ayat itu keluar daripada mulut Hana Aishah.

Sepanjang dia berada di tanah suci ini , Fakhrul lansung tidak terlintas di mindanya. Dia sudah berjanji untuk mengosongkan fikirannya daripada semua masalah dunia termasuklah urusan perkahwinannya.

“Amboi teringin sangat ke nak kawin dengan Mr Fakhrul tu haaa” Alif Haziq tertawa melihat muka Hana Aishah yang berkerut masam itu.

“Ishh. Terlepas lah. I haven’t thought about him since we touch down in Madinah” hati Hana Aishah kembali tidak keruan membayangkan lagi dua hari dia akan pulang ke tanah air dan berhadapan dengan lelaki itu.

Masih jelas diingatannya kali terakhir mereka bertemu.

**********************************

“Adik. Why are you being quiet?” Hana Azuwa yang sedang membelek katalog di hadapannya itu pelik melihat Hana Aishah yang berdiam diri semenjak mereka sampai di butik pengantin mewah di ibu kota itu.

“Penat” sepatah perkataannya itu diikuti dengan keluhan berat. Hana Azuwa menjadi risau melihat muka Hana Aishah yang kelihatan pucat itu.

“That’s why I want you to not focus on the wedding. Just tell me your preference nanti akak settle kan” muka teruja Hana Azuwa itu dipandang sepi.

Dia masih ingat lagi bagaimana terujanya Hana Azuwa apabila mengetahui tentang perkahwinannya. Hana Azuwa memarahinya apabila dia menjadi orang terakhir yang mengetahui tentang perkahwinan Hana Aishah dan Fakhrul.

“You know me, Adik ikut je” kerusi yang diduduki Hana Aishah terasa mendap. Hana Aishah tidak perlu memalingkan mukanya untuk mengetahui gerangan manusia yang melabuhkan punggung disebelahnya itu.

“No girl. You’re getting married once in your life time only. You have to make it the most memorable experience ever. Right Fakhrul?” Hana Azuwa melihat Fakhrul yang sudah tersenyum lebar di sebelah adiknya itu.

“Aishah always making an excuse when I want to discuss about the wedding. Busier than registra” Fakhrul memerli Hana Aishah tetapi sepatah pun tidak dilayan gadis itu.

“I’ll tell you a secret about our dear Miss Hana Aishah here. This girl doesn’t like shopping at all so your money is safe” Fakhrul yang sedang membelek katalog di hadapannya itu hanya tersenyum mendengar celoteh bakal kakak iparnya itu.

“Alhamdulillah for that” Hana Azuwa sudah tergelak besar mendengar ayat Fakhrul itu.

“So I’m thinking...” Fakhrul memulakan bicara dan Hana Aishah secara automatik mematikan suara - suara di sekelilingnya yang sedang sibuk merancang perkahwinannya.

Pagi tadi apabila Hana Azuwa datang secara mengejut ke rumah ibu bapa mereka tanpa anak - anaknya Hana Aishah lansung tidak curiga. Dia ingatkan kakaknya itu mahu menghabiskan masa mereka bersama - sama.

Terkejut dia apabila kakaknya membawanya ke sebuah butik pengantin di ibu kota. Yang menambahkan lagi kejutannya apabila dia melihat Fakhrul yang sedang duduk berbual dengan pereka fesyen terkemuka tanah air. Hana Aishah kadang - kadang melihat perkembangan artis tanah air dan Sierra adalah antara pereka fesyen yang sedang menempah nama.

Fakhrul yang sudah acap kali mengajaknya untuk berbincang mengenai perkahwinan mereka itu terpaksa meminta tolong Hana Azuwa. Nasib menyebelahinya apabila Hana Aishah termakan rancangan muslihat Fakhrul dan Hana Azuwa.

“Alright. So Cik Hana nak design baju macam mana?” Hana Aishah tersedar daripada lamunannya apabila tangan Fakhrul memegang pahanya di sebalik meja dan memicit pahanya itu.

“Ohhh . Ahhh. Sorry I didn’t catch you? Do you mind repeating your question?” Hana Aishah menghadiahkan sebuah cubitan keatas tangan lelaki itu yang masih melekap di pahanya.

“Haih. Buah hati ada dekat sebelah berangan lagi ke cik kak” Hana Azuwa memerli adiknya itu. Muka Hana Aishah bertukar kelat.

“We have few designs here. Based on the theme I’m thinking about these 4 cuts and we’ll you’re tall and thin so I dont think you have problem in any designs to be frank” Sierra yang berbadan gempal berwajah pan asia itu memuji Hana Aishah.

“Erk. What’s the theme?” Sierra sudah biasa mengendalikan bakal - bakal pengantin terutamanya yang eksklusif seperti Tengku Fakhrul di hadapannya ini tetapi dia bingung melihat bakal isteri jejaka ini.

Hana Aishah yang memakai sepasang gaun berwarna putih separa betis dan dipadankan dengan seluar jegging berwarna coklat tampak biasa kalau dilihat bersebelahan dengan tunangnya yang memakai seluar khaki dan berkemeja biru yang kelihatan segak bergaya.

“We’ll go with Autumn theme with grey and off white colours” Sierra memandang muka Hana Aishah yang kelihatan bingung tetapi salah Hana Aishah juga , sepanjang mereka berbincang Hana Aishah hanya mendiamkan diri dan banyak termenung. Muka Hana Aishah lansung tidak menampakkan keceriaan seorang bakal pengantin.

“Ohh. Mm I like the fit an flare” Hana Aishah melihat 5 jenis rekaan baju pengantin dihadapannya. Kesemuanya adalah gaun pengantin bertemakan barat dan tiada busana klasik melayu yang dipamerkan. Perasan barat betul lelaki di sebelahnya ini.

“That’s what I’m thinking too. You’re tall and thin , this will look so gorgeous on you” Sierra dapat membayangkan kecantikan gadis yang persis model badannya ini memakai busana rekaannya.

Apabila Fakhrul menghubungi Sierra untuk membuat temu janji dia sudah dapat membayangkan betapa eksklusif majlis perkahwinan ini akan dilaksanakan. Keluarga Tan Sri Fadhil sangat terkenal di kalangan kumpulan elit di Kuala Lumpur.

Dia masih ingat perkahwinan Fakhih yang menjadi bualan sehingga sekarang. Sewaktu itu dia hanya ditugaskan untuk menghasilkan baju bagi Puan Sri Maria dan anak gadisnya Felisha.

“No. No fit and flare and mermaid cut” Hana Azuwa turut terkejut mendengar arahan Fakhrul itu. Dia dapat menangkap reaksi muka adiknya yang berubah kecewa dan majalah yang sedang diteleknya diletakkan semula di atas meja kaca yang berbentuk bulat yang dikelilingj mereka.

“I think we can try first few samples and then decide” Hana Azuwa cuba untuk meredakan keadaan.

“Yes. Come . Lets try on few dresses first” Sierra membetulkan skirt berwarna kuningnya yang terangkat sedikit dan menghulurkan tangannya kepada Hana Aishah. Hana Aishah hanya memandang sepi.

“Its ok. Just follow whatever he wants” Hana Aishah dapat merasakan genggaman Fakhrul di pahanya semakin kuat. Ini adalah sebab utama dia tidak mahu masuk campur mengenai perkahwinan yang bakal berlansung ini.

Sewaktu mereka memilih cincin hari itu , Hana Aishah seperti tunggul duduk di situ. Pendapatnya tidak diambil kira. Perkara yang sama sedang berlaku dan kerana itulah Hana Aishah selalu mengelak apabila lelaki itu mengajaknya membincangkan tentang perkahwinan mereka.

“Do you have a sample for this?” Fakhrul yang sedang meneliti album gambar dihadapannya itu tidak mengendahkan jelingan Hana Azuwa dan Sierra.

“I think she should have a say. This is her wedding too. Come dear. We’ll get you into the dresses” Sierra dapat melihat Hana Aishah yang kerisauan di sebelah lelaki itu.

“She said already. Whatever I say goes” Fakhrul masih tidak mengendahkan kata - kata Sierra.

“Jom” Hana Azuwa menarik tangan Hana Aishah secara tiba - tiba sehingga menyebabkan pegangan Fakhrul di paha gadis itu terlepas. Nasib baik Hana Aishah tidak hilang imbangan.

“What the hell is that Hana Aishah?” Hana Azuwa yang sedang membantu Hana Aishah di dalam bilik persalinan memarahi adiknya.

Ini adalah kali kedua Hana Azuwa bertemu dengan Fakhrul. Pertama kali mereka bertemu di rumah kedua ibu bapanya. Lelaki itu nampak begitu peramah sewaktu berinteraksi dengan kedua ibu bapanya tetapi lelaki yang dia lihat sebentar tadi benar - benar merisaukannya.

“Help me zip up kak” Hana Azuwa membantu Hana Aishah memakai gaun berbentuk A-line berwarna ivory. Jari jemari Hana Aishah membelai les eksklusif yang Hana Aishah pasti harganya mencecah puluhan ribu.

“Don’t change the topic” Hana Azuwa memalingkan muka Hana Aishah. Hana Aishah mengeluh berat melihat muka Hana Azuwa yang kelihatan geram itu.

“I’m ok. It’s gonna be alright” Hana Aishah mengingatkan kakaknya tentang kata - kata azimat Hana Azuwa sekiranya Hana Aishah kesedihan dan mahu berputus asa.

“Do you love him?” Hana Aishah menjengketkan bahunya. Sehingga saat ini yang ada hanyalah benci untuk lelaki itu.

“Then why are you marrying him?” Hana Aishah menjengketkan bahunya sekali lagi dan akibatnya bahunya menerima hadiah tamparan daripada satu- satunya kakaknya. Hana Azuwa sedang bercekak pinggang memandangnya.

“Mak and abah like him. I’m troubling Achik , mak and abah if I don’t get married so this is the best for everyone “ betapa Hana Aishah harapkan dia ada kekuatan untuk mengatakan sebegitu kepada kakaknya tetapi malangnya ia tersimpan kejap di dalam hatinya.

“I’ll be fine. So I think this looks good on me” Hana Aishah memperagakan gaun itu dihadapan kakaknya. Hana Azuwa tidak dapat menahan tawanya apabila Hana Aishah sudah berjoget - joget dihadapannya.

“Come. Lets show hitler this dress” Hana Aishah melilitkan tudung shawl berwarna coklat di kepalanya sebelum bergerak keluar untuk mendapat kritikan daripada Firaun yang sedang menanti mereka di luar.

“Hitler” Hana Azuwa sudah gelak mengekek mendengar ayat Hana Aishah. Sesampai mereka di dalam bilik yang mempunyai cermin tinggi di pelbagai sudut itu , Fakhrul sedang menanti sambil menghirup minuman yang dihidangkan pelayan di situ.

“I need a proper MC for this whole thing” Hana Aishah terpaksa menahan reaksinya mendengar cara Fakhrul memberi arahan kepada Sierra kerana dia tidak mahu Hana Azuwa terus mengasaknya dengan soalan - soalan yang tidak dapat Hana Aishah berikan jawapan.

“Wow. You’re so beautiful . You should be a supermodel“ laju Sierra bangun meninggalkan lelaki itu untuk mendapatkan bakal pengantinnya itu.

“Thank you” Hana Aishah sudah tersipu - sipu menerima pujian daripada Sierra.

“Jangan tenung lama sangat Fakhrul” teguran Hana Azuwan itu membuatkan Hana Aishah memalingkan wajahnya ke arah Fakhrul yang sedang melihatnya tetapi muka lelaki itu kosong tanpa reaksi.

“This cutting” dada Fakhrul berdegup kencang melihat Hana Aishah di dalam busana pengantin di hadapannya tetapi dikawal reaksi mukanya.

Semenjak kemalangan Hana Aishah beberapa bulan lalu ada suatu perasaan mula bercambah di dalam hatinya. Semakin hari dia semakin pasti tentang perasaannya.

“Perfect” Sierra sudah mengambil pita ukurnya untuk mengambil ukuran Hana Aishah. Mulutnya petah berbicara memberikan tips dan idea tentang busana itu nanti. Hana Azuwa yang banyak berbicara dan memberi ideanya berbanding Hana Aishah yang hanya berdiri persis boneka di situ. Hana Aishah terpaksa memekakkan telinganya apabila Hana Azuwa dan Fakhrul bertelagah mahukan sesuatu yang mereka sukai untuk Hana Aishah.

Hana Aishah masih bermasam muka kerana Fakhrul berjaya meyakinkan kakaknya untuk membawa Hana Aishah keluar makan dahulu sebelum pulang. Katanya kerana dia telah membuat Hana Aishah kecil hati tadi tetapi Hana Aishah tahu sangat itu hanyalah penipuan semata - mata.

“How long you’re gonna pull that face?” Fakhrul menggelengkan kepalanya memikirkan perangai bakal isterinya yang sentiasa merajuk ini.

“So what are we having today?” Hana Aishah masih mendiamkan dirinya. Tangannya disilangkan di bawah dadanya. Mukanya dipalingkan ke pemandangan di sisinya. Pohon - pohon diselangi dengan bangunan kereta BMW itu lintasi. Cahaya pegang itu redup seredup hati Hana Aishah.

“So chinese it is” Hana Aishah membuat muka meluatnya mendengar lelaki itu yang menjawab soalannya sendiri. Memang dari awal pun semua perkara perlu mengikut kehendak lelaki itu , Hana Aishah tidak faham keperluan lelaki itu untuk bertanya kalau pendapat Hana Aishah tidak akan di ambil kira.

Sepanjang perjalanan mereka menuju ke Rawang itu Hana Aishah hanya mendiamkan diri melayan perasaannya sampai dia hampir tertidur. Nasib baik sewaktu Fakhrul mematikan enjin matanya tercelik kembali.

“I can see your breast shape. Pull the scarf down” Hana Aishah yang duduk berhadapan dengan Fakhrul di meja bulat di restoran bertemakan China itu melihat instagramnya dan memekakkan telinganya.

Fakhrul panas hati melihat pelayan lelaki tadi yang mengambil pesanan. Mata lelaki berbangsa melayu yang berumur kelihatan seperti di awal 20an itu beberapa kali jatuh ke bahagian dada Hana Aishah.

“What the hell?” Hana Aishah menjeling Fakhrul yang merampas telefon daripada tangannya itu.

“Scarf!” Mata Fakhrul tajam menjeling tunangannya. Hana Aishah menggelengkan kepalanya. Dia membalas jelingan lelaki itu.

“You don’t get to dictate my life. Mr Fakhrul nak sangat kawin dengan saya kan so deal with it. My life my way” Hana Aishah membentak.

“Scarf” Fakhrul masih dengan muka tenangnya dan Hana Aishah masih berterusan dengan kedegilannya. Perlawanan mata di antara mereka masih berterusan sehingga makanan mereka sampai.

Kali ini Hana Aishah menjamah makanan yang dihidangkan dengan penuh berselera. Dia sudah tidak kisah akan lelaki di hadapannya ini. Hana Aishah mahu menghentikan bulian lelaki ini . Sudah cukup dirinya dibuli semenjak pertama kali berjumpa lelaki ini.

“Excuse me. Can you give me a spoon and fork please” Hana Aishah meminta daripada pelayan lelaki yang ramah melayan mereka itu. Kedai makanan bertemakan budaya China ini begitu menarik perhatian Hana Aishah. Tanglung yang menghiasi restoran tertutup dan warna merah dan hitam menjadi tema restoran ini.

“Sure miss” pelayan lelaki yang baru meletakkan beberapa juadah yang dipesan Fakhrul itu berlalu pergi untuk mengambil sudu dan garfu yang diminta Hana Aishah. Fakhrul yang sejak tadi tidak menyentuh makanannya itu menenung gadis dihadapannya.

“B cup” Hana Aishah memandang muka Fakhrul bingung. Pandangan lelaki itu sudah difokuskan ke tempat lain. Bukan di mukanya seperti tadi.

“What?” Hana Aishah sudah membuat muka menyampahnya.

“Your cup is B” merah padam muka Hana Aishah. Kerana malu ataupun marah? Lebih tepat sebenarnya adalah kedua - dua perasaan itu bercampur baur. Laju tangan Hana Aishah menarik skarfnya turun menutupi dadanya.

“You ... you ... urghh “ Hana Aishah menyilangkan kedua - dua belah tangannya di dadanya. Berbakul -bakul makian dilemparkan Hana Aishah di dalam hati kepada lelaki yang sedang menjamah makanan tanpa sebarang perasaan di hadapannya itu. Mahu sahaja dia membaling chopstick di dalam pinggan makanannya itu.

“I hate you so much” Hana Aishah mengambil dumpling di dalam pinggannya dan mencampak ke muka lelaki itu tetapi malangnya balingan Hana Aishah tersasul dan mengenai pasangan yang sedang makan di meja bersebelahan dengan mereka.

“Shit. I’m so sorry” Hana Aishah meminta maaf kepada pasangan separuh abad berbangsa Cina itu. Muka lelaki tua itu kelihatan marah kerana balingan Hana Aishah itu mengenai pasangannya. Bergegas Hana Aishah mahu bangun tetapi dihalang Fakhrul. Lelaki Cina itu sudah membebel di dalam bahasa ibundanya.

Fakhrul pula tanpa belas kasihan menertawakan Hana Aishah. Hana pula tergamam di atas kerusinya melihat lelaki tua itu bangkit sebelum menuju ke arah pasangannya dan cuba untuk mengeluarkan dumpling yang sudah tersangkut di rambut pasangannya yang berwarna merah .

Melihat muka Hana Aishah yang sudah mahu menangis itu , Fakhrul memalingkan mukanya dan bercakap sesuatu dalam bahasa mandarin dan sekaligus lelaki yang sedang marah - marah tadi berdiam diri.

“Next time don’t fight your future husband. Lepas kawin nanti berdosa kalau marah dan tak dengar cakap suami” tenang Fakhrul menasihati bakal isterinya ini.

“I don’t like you. I don’t like this marriage. Can we cancel it. Its still not too late” Hana Aishah cuba merayu.

“We’re getting married. That’s final Hana Aishah. Get use to that idea because you’re going to become my wife in less than 2 month” tajam Fakhrul memandang ke dalam anak mata Hana Aishah.

“Perkahwinan tu perlu persetujuan kedua - dua pihak. I dan you kena setuju” ugutan Hana Aishah hanya dibalas dengan senyuman sinis lelaki itu. Chopstick yang diletakkan di dalam mangkuk berisi sup yang masih berasap itu di ambil Fakhrul sebelum dia mengambil dumpling daripada bekas kayu bertingkat di hadapan mereka.

“If you do anything to cancel it trust me , I will do anything ... just anything to make sure Hana Aishah to become my lawfully wedded wife. I don’t think abah will fancy the idea of seeing the pictures of us in that car that day” Fakhrul terus menguyah makanan dan tidak mengendahkan Hana Aishah di hadapannya. Hana Aishah pasrah.

Mungkin ini suratan takdirnya dan hati Hana Aishah akhirnya berputus asa daripada terus - terusan bertegang urat dengan lelaki di hadapannya ini. Sebanyak mana pun Hana Aishah cuba melawan takdir , tetapi takdir tetap tidak menyebelahinya.

Share this novel

Angah Ajalah
2020-03-18 00:39:05 

bila nak update kg ni..

Angah Ajalah
2020-03-18 00:38:59 

bila nak update kg ni..

Angah Ajalah
2020-03-18 00:38:53 

bila nak update kg ni..


NovelPlus Premium

The best ads free experience