Chapter 22

Romance Completed 625623

Sorry everyone for the delay.

*******************************************


“Kereta siapa pula depan rumah ni” Hana Aishah merengus kasar apabila melihat kereta Alphard berwarna hitam yang diletakkan betul - betul di hadapan pagar rumahnya.

“Ish , suka hati je. How to park the car inside now?” Hana Aishah yang terpaksa meletakkan keretanya di bawah pokok mangga dekat hujung lorong rumahnya membebel. Nasib baik waktu baru bertukar senja oleh itu lorong rumahnya yang masih tiada lampu jalan itu masih terang lagi.

“Ikut hati aku memang aku seret panjang - panjang bagi calar kereta ni” Hana Aishah cuba melihat isi dalam kereta besar itu tetapi tidak berjaya kerana cermin gelap yang menghalang penglihatannya.

Jelas niat pemiliknya yang mahukan tahap privasi yang maksima. Selepas menenangkan dirinya Hana Aishah masuk ke dalam rumah ibu bapanya melalui pagar kecil di sudut kanan rumah itu.

Suasana di dalam rumah tenang seperti tiada tetamu tetapi Hana Aishah pelik melihat beberapa pasang kasut lelaki di luar rumahnya. Kasut kulit yang berwarna gelap itu masing - masing berjenama mahal daripada Magnanni , Testoni dan Louis Vitto.

Tiba - tiba hatinya berdebar. Kelajuan jantungnya seperti sewaktu dia menyertai FunRun hari itu. Hana Aishah sedang berkira di dalam hatinya, sama ada dia mahu masuk atau tidak ke rumah ibu bapanya itu.

“Bismillah. Ya Allah janganlah benda pelik-pelik nak jadi lagi. Cukuplah penyeksaan aku selama 6 bulan ini” Hana Aishah memohon di dalam hatinya sambil tangannya membuka pintu rumahnya.

Pintu kayu berkembar itu dibuka sedikit. Kepalanya dijulurkan ke dalam sedikit. Seperti seorang perisik Hana Aishah cuba merisik keadaan di dalam rumahnya. Tetapi malangnya pandangannya hanyalah langsir gah ibunya yang berwarna merah gelap dan bercorak emas.

“Oh mak kau spy” terperanjat Hana Aishah apabila pintu rumahnya itu dibuka oleh seseorang daripada dalam sehingga menyebabkan dia jatuh tersungkur ke lantai.

“Astaghfirullah hal azim. Hana Aishah!” terkejut Teacher Basirah melihat anak perempuan yang sudah jatuh tertonggeng l di atas lantai marmar rumahnya.

“Mak! Sakitlah. Yang mak tarik pintu tu kenapa” Hana Aishah sudah terbaring di atas lantai dan kedua - dua lututnya yang terhentak di lantai itu sedang berdenyut.

“Hana Aishah! Why on earth did you lean on the door? Kenapa tak masuk anak bertuah” Teacher Basirah sudah panik melihat Hana Aishah yang sedang terbaring di atas lantai memegang lututnya itu. Seluar palazzo berwarna krim yang dipakainya itu sudah terselak sehingga ke lututnya.

“Yang mak tarik pintu tu kenapa? Auwww sakit lutut adik. Dah lah kena parking jauh dekat bawah pokok mangga tu” Teacher Basirah sudah duduk bersila di tepi anak daranya itu. Lututnya anaknya itu diperiksa.

“Dah lah tak bagi salam lepas tu duduk tertelek - telek belakang pintu tu kenapa? Let me see if there’s any wound? Ya Allah patah ke dik?” suara Teacher Basirah sudah bertukar cemas.

“Mak lah ni. Kalau patah kena extend posting. Nak bagi salam apa , adik pelik tengok banyak kasut dekat luar rumah but its so quiet from inside that’s why I becomes James Bond kejap” Hana Aishah cuba menarik dirinya untuk duduk.

Denyutan di kakinya cuba diendahkan. Kepala lututnya terhentak di lantai marmar berwarna putih itu. Hana Aishah berdoa supaya tiada tulangnya yang patah.

“Ehh no need to get up , I’ll call abah. Abah! Abah! Cepatlah datang sini, adik jatuh ni” laungan ibunya itu diikuti dengan tolakan tangan wanita itu supaya Hana Aishah berbaring di atas lantai.

“Mak seriously adik boleh bangun. This is all because of that stupid Alphard that went and block the driveway” Hana Aishah membebel sambil meletakkan tangan kanannya di atas kepalanya. Pandangannya di halakan ke arah siling plaster ruang tamu itu.

“Ya Allah , adik” dia terdengar suara Kapten Azam dan mendengar bunyi derapan kaki yang bergegas ke arahnya.

“I’m fine lah. Your beloved wife lah ni” Hana Aishah mendengus geram kerana ibunya yang melarangnya daripada menegakkan dirinya daripada pembaringan.

“Adik ok tak ni?” suara cemas bapanya itu kedengaran dan pada masa yang Hana Aishah dapat rasakan sepasang tangan yang tidak begitu kasar menekan lututnya.

“Ahh sakitlah bah. Mak ni lah main tarik je pintu rumah , pastu adik jatuh tersembam. Luckily I didn’t injure my face kalau tak kurang duit hantaran tau” Hana Aishah membebel geram.

“Try to straighten up your leg” Hana Aishah yang mendengar suara garau itu terus terbangun daripada pembaringannya. Terkejut dia melihat 4 orang manusia yang berada di hadapannya itu. Mulutnya ternganga besar.

“Mr Fakhrul buat apa dekat sini” Hana Aishah terpinga - pinga memandang muka Fakhrul yang kelihatan serius itu.

Di sebelahnya Tan Sri Fadhil , Puan Sri Maria dan Fakhih sedang berdiri memandangnya. Muka pasangan tua itu kelihatan risau manakala muka Fakhih seperti tengah menahan tawa.

“Is it painful or not?” Hana Aishah kenal sangat tona suara itu. Sekiranya Fakhrul menggunakan tona itu bermakna dia mahukan jawapan ya ataupun tidak.

Hana Aishah memandang ke arah tangan Fakhrul yang sedang memegang lututnya yang sudah terdedah sehingga ke atas lutut.

“Tak sakit” laju Hana Aishah menolak tangan Fakhrul dan menarik kain seluarnya supaya menutup kaki yang terdedah itu.

“Then stand up” Fakhrul yang tadi duduk di sebelah kaki Hana Aishah berdiri dan memberi Hana Aishah satu pandangan yang sangat Hana Aishah fahami. Hana Aishah memarahi dirinya kerana dia terlalu mengenali lelaki ini sehingga daripada satu pandangan dia sudah dapat baca kehendak lelaki itu.

“Ye lah. Abah hold me” Hana Aishah mendepakan kedua - dua belah tangannya supaya disambut Kapten Azam.

“Adik ni clumsy sangat. What am I going to do with you?” dengan bersusah payahnya , Hana Aishah berjaya berdirikan dirinya sambil dibantu Kapten Azam.

“Ya Allah sakitnya lutut” Hana Aishah mengurut lututnya sejurus Kapten Azam membantunya untuk duduk di sofa di ruang tamu rumah itu.

“Adik jangan main-main. Lets go to hospital and do X Ray” geram Teacher Basirah melihat anaknya yang sudah terdampar di atas sofa bersebelahan dengan abahnya.

“Hana pergi hospital jom. Just have it check ok” Puan Sri Maria yang memakai jubah berwarna ungu dan bertudung sarung berbatu diamond dibahagian dada itu memujuknya.

“Soft tissue injury je Aunty. Urut nanti ok lah tu. Abah urut kaki adik” Hana Aishah merasa tidak selesa apabila Fakhrul dan keluarganya memandang ke arah dia.

“Aishah let me check you” Fakhrul mungkin boleh menipu semua orang dengan pertanyaannya itu tetapi Hana Aishah tahu bahawa hakikatnya lelaki itu tidak pandai meminta. Apa yang dia sebut harus terlaksana. Noktah.

“Yelah dik. Bagi Fakhrul check kan” tidak sempat Hana Aishah hendak membantah ibunya sudah menjelingkan matanya sekaligus menutupkan mulut Hana Aishah.

Fakhrul memeriksa Hana Aishah dengan diperhatikan oleh lima pasang mata. Setiap kali Fakhrul menyentuh kakinya walaupun berlapik Hana Aishah menyumpah lelaki itu berbakul - bakul. Saja mahu menunjukkan keprihatinannya walhal Hana Aishah masih ingat segala penganiayaan lelaki itu.

“Its not broken but you will have some pain for few days” Hana Aishah hanya mendiamkan dirinya.

“MC lah adik. How to work with your knees like that” Hana Aishah mengeluh memandang muka Teacher Basirah yang kerisauan itu.

“I’m a big girl mak. I can handle this”Hana Aishah mencium pipi ibunya itu.

“Big girl apanya , lepas satu - satu. Adik ni suka buat mak risau”Teacher Basirah menggeleng kepalanya sebelum mengangkat punggungnya.

“Maaf lah Fadhil. Kesian terganggu dinner tadi” mendengar bicara Kapten Azam itu Hana Aishah memandang muka mereka semua pelik.

“Eh tak apa bang. Hana sure you’re ok?” Tan Sri Fadhil yang sedang duduk di sofa bertentangan dengan Hana Aishah bertanya.

“Ok uncle. Sikit je ni. Uncle buat apa datang sini?” Teacher Basirah menjeling anaknya tajam mendengar pertanyaan Hana Aishah.

“Ish ada ke tanya tetamu macam itu” ibunya menepuk lengan kanan Hana Aishah membuatkan Hana Aishah menarik muka masam. Lagilah Hana Aishah menarik muncungnya apabila melihat Fakhih yang menertawakannya itu.

“Its ok kak. Memang patut pun Hana pelik tengok kami dekat sini” Tan Sri Fadhil memberikan senyuman lebar kepada Hana Aishah.

“Jom Hana , kita makan dulu. Hana mesti laparkan coming back from work” Puan Sri Maria melabuhkan punggung di sebelah Hana Aishah. Hana Aishah memberikan senyuman kekok kerana situasi ini terlalu pelik untuk dia hadam.

“Erghh its ok aunty, you guys proceed first. I need to go and change” laju Hana Aishah menolak. Kepalanya masih tidak dapat menghadamkan tujuan mereka sekeluarga datang ke rumah ibu bapanya malam itu.

“Change later and you’re sleeping downstairs with us today. Kaki macam itu ada hati nak naik tangga” laju Teacher Basirah memaut lengan Hana Aishah dan membawanya untuk duduk di kerusi di meja makan.

“Adik bau poo poo baby la mak. This one chubby baby poo on me because I poke her hand” Teacher Basirah membantu Hana Aishah untuk duduk di kerusi di meja makan berwarna putih itu.

“Dah awak cucuk dia bagilah hadiah satu” Fakhih yang tergelak mendengar jawapan Teacher Basirah itu dijeling oleh Hana Aishah.

“Ish tak jadi kawan baliklah dengan Along ni. Asyik gelakkan Hana je” Teacher Basirah memandang Hana Aishah pelik. Dia pelik melihat kemesraan Hana Aishah dengan keluarga Tan Sri Fadhil.

“Kelakar ok. See uncle pun gelak” Fakhih yang duduk bersebelahan dengan Kapten Azam yang turut menahan tawanya melihat Hana Aishah.

“Abah!” Hana Aishah menjeling memberi amaran kepada bapanya.

“Dah. Makan” selepas amaran daripada Teacher Basirah itu , mereka menyambung makan malam yang terhenti tadi.

Teacher Basirah yang memerhatikan keramahan keluarga Tan Sri Fadhil dengan Hana Aishah membuatkan kepalanya bertambah kusut.

Teacher Basirah pasti Hana Aishah masih tidak tahu tujuan kedatangan keluarga Tan Sri Fadhil itu.

Tadi sewaktu dia and suaminya sedang duduk berehat di waktu petang sambil menonton wayang di ruang istirehat terkejut apabila mendengar bunyi deringan loceng rumah.

***************************************

“Assalamualaikum” Kapten Azam yang hanya berkain pelikat dan berbaju T - shirt pagoda lusuh itu membuka pintu utama rumahnya apabila mendengar laungan itu.

Isterinya yang tadi hanya memakai skirt dan T-Shirt berlengan pendek itu , bergegas ke dalam bilik untuk menukar baju apabila mereka mendengar bunyi loceng rumah yang berbunyi beberapa kali itu.

“Waalaikumussalam” Kapten Azam terkejut melihat keluarga Tan Sri Fadhil yang sedang berdiri di hadapan pagar rumahnya. Laju tangannya menekan punat di dinding rumahnya untuk membuka pintu pagar automatik itu.

“Ya Allah Tan Sri, jemput masuk. Panas dekat luar tu” kelam kabut Kapten Azam memakai seliparnya dan menuju ke arah empat beranak itu.

“Maaf kalau kami menganggu” Tan Sri Fadhil menyambut salaman Kapten Azam diikuti oleh Fakhrul and Fakhih.

“Allah. Tak ganggu pun Tan Sri. Jemput masuk Puan Sri. Basirah ada dekat dalam tu” Puan Sri Basirah dan anak beranaknya masuk ke dalam rumah dua tingkat itu. Dia mengagumi rekaan dalam rumah itu. Walaupun tidak sebesar rumahnya tetapi rekaannya membuatkan rumah itu cantik dengan nilai estetiknya.

“Assalamualaikum Puan Sri” laju Teacher Basirah menyalami dan memeluk Puan Sri Basirah.

“Waalaikumussalam kak. Janganlah panggil saya Puan Sri. Panggil Maria je kak” Teacher Basirah masih kagum dengan sikap rendah diri keluarga Tan Sri Fadhil ini.

“Maria tunggu kejap ya, saya buat air” Teacher Basirah memohon untuk ke dapur. Kepalanya kusut memikirkan mahu memasak apa.

“Ehh tak payah lah kak. Kami ni dah lah datang secara mengejut” laju Puan Sri Maria menghalang. Apabila suaminya mengajak dia ke sini , dia sangat gembira kerana dia rindukan Hana Aishah tetapi dia segan pula apabila mereka datang tanpa berita seperti ini.

“Ish apa pula tak nak minum. Tetamu kena dijamu. I’ll be quick” Teacher Basirah meluncur laju ke dapur.

“Maaflah kami ganggu weekend Kapten Azam” Tan Sri Fadhil suka melihat rumah Kapten Azam ini. Nampak sangat tenang suasananya. Terasa seperti sebuah rumah sebenar bukan seperti rumahnya yang besar tetapi kosong dari segi rohaninya.

“Tan Sri jangan panggil saya Kapten. That boat sails long time ago. Dah retired more than 10 years dah Tan Sri” segan pula Kapten Azam dengan Tan Sri Fadhil. Kedatangan mereka secara mengejut ini menyebabkan mereka tidak sempat membuat apa - apa persediaan.

“Kalau macam tu abang Azam kena panggil saya Fadhil. Tan Sri is too formal , macam nak buat business pula” Kapten Azam merasa pelik dengan ayat Tan Sri Fadhil yang seperti mempunyai maksud tersirat itu.

“Hari itu Hana send you the durian right? I hope it fit your taste bud” Kapten Azam masih ingat lagi Hana Aishah yang balik lewat petang kerana menghantar durian ke rumah Tan Sri Fadhil.

Tetapi katanya Tan Sri Fadhil ke luar negara oleh itu Hana Aishah tolong bukakan isi durian itu dan simpan di dalam peti sejuk beku seperti yang pernah diajar Kapten Azam kepada Hana Aishah.

“Sedap bang. Rasa macam durian dekat kampung wife saya. Hari tu saya bawak Hana lunch sekali, kesian dia susah payah hantar durian sampai rumah” Tan Sri Fadhil mengagumi cara Kapten Azam dan isterinya mendidik anak mereka Hana Aishah. Hormat orang tua , peramah dan jujur. Satu kombinasi yang sukar dicari sekarang.

“Lah ye ke. Susahkan Tan Sri je. Hana tu degil sangat nak pergi hantar sendiri” Kapten Azam masih berasa kekok untuk memanggil Tan Sri Fadhil tanpa panggilan itu.

“Tak payahlah ber Tan Sri dengan saya bang. Saya datang bukan nak buat business, ada hajat lain” Teacher Basirah yang sedang menatang cawan Bone China nya itu merasa tidak sedap hati mendengar ayat Tan Sri Fadhil itu.

“Jemput minum Maria . Aunty lupa dah nama kamu berdua ni” Teacher Basirah ramah melayan tetamunya walaupun hatinya tengah berdegup kencang memikirkan hajat Tan Sri Fadhil itu.

“This is my second one Fakhrul , working at the same hospital with Hana. Fakhih my eldest, kerja dengan papa dia” Fakhrul dan Fakhih membalas senyuman Teacher Basirah. Mereka berdua hanya berdiam diri semenjak datang.

“Jemput minum. Fakhrul department apa? Paeds ke?” Teacher Basirah menghulurkan cawan yang mengandungi Teh Tarik itu kepada mereka.

“Orthopaedic aunty. Hana was in orthopaedic before paeds” Fakhrul menghirup Teh Tarik itu. Kesedapannya tiada tandingan dengan Teh Tarik di restoran.

“Ohh the previous department. Lega aunty dia dah keluar daripada department tu. She’s always stressed in that department. Balik rumah senyap je berkurung dalam bilik” sepanjang Hana Aishah melalui housemanship ini , Teacher Basirah dapat lihat bahawa jabatan Ortopaedic adalah jabatan yang paling sukar untuk Hana Aishah.

“Don’t tell me you’re giving Hana trouble Angah” laju Puan Sri Maria menuduh kerana dia tahu perangai anak keduanya itu. Terlalu mementingkan kesempurnaan.

“Tak kan lah Fakhrul yang susahkan Hana. Waktu Hana Aishah admitted hari itu , selalu juga uncle nampak Fakhrul” Kapten Azam masih ingat beberapa kali dia terserempak dengan jejaka yang memakai seluar slack dan T-Shirt Polo berwarna biru tua itu.

“Hana pernah admitted ke Kak?” Puan Sri Maria pelik kerana tidak pernah pula Fakhrul bercerita apa-apa.

“Cerita lama Maria. Dia balik kerja and then she went to this one park . Hana Aishah itu kalau stress memang suka pergi taman tu, tapi malam tu kena serang pulak dengan orang. Nak merompak agaknya” muka Teacher Basirah suram. Dia tidak mahu mengingati kejadian buruk itu.

“Janji adik selamat Basirah. Itu je” Kapten Azam memujuk isterinya apabila melihat muka Teacher Basirah yang kelihatan sedih itu. Tidak habis - habis isterinya menyalahkan dirinya kerana anaknya itu diserang.

“Teruk ke bang? Fakhrul tak ada pula bercerita” Tan Sri Fadhil bertanya pelik.

“She got stabbed and had to go for operation tapi waktu itu mungkin Tan Sri tak pernah jumpa Hana Aishah kot itulah Fakhrul tak bercerita. Tapi benda dah lepas , saya bersyukur Hana Aishah selamat” sebolehnya Kapten Azam tak mahu bercerita tentang kejadian itu. Selepas kejadian itu setiap kali telefonnya berbunyi pada waktu malam dia akan cemas.

“Hana Aishah tu degil. Tak sampai sebulan keluar hospital degil juga nak drive sendiri pergi kerja” Teacher Basirah masih ingat perbalahan dia dan Hana Aishah sewaktu gadis itu mahu mula memandu. Sampai satu minggu Hana Aishah mogok tak mahu bercakap dengannya sampailah dia terpaksa mengalah.

“Kawin kan je lah cepat - cepat kak” Kapten Azam dan Teacher Basirah terkesima mendengar saranan Puan Sri Maria itu.

“Hana Aishah itu sentiasa membujang. Sibuk sangat dengan kerja dia” Kapten Azam memberitahu kebenaran walaupun dalam nada gurauan.

“Macam inilah Kak Basirah dan Abang Azam. There’s a reason why we came today” dada Teacher Basirah dan Kapten Azam berdegup kencang. Mereka seperti dapat mengagak hajat Tan Sri Fadhil sekeluarga tetapi mereka mahu mendengar daripada mulut Tan Sri Fadhil sendiri.

“Saya nak melamar Hana Aishah untuk jadi isteri Fakhrul” Puan Sri Maria yang duduk bersebelahan dengan Teacher Basirah itu memegang tangan wanita itu yang sudah sejuk seperti ais itu. Senyuman ikhlas dihadiahkan buat Teacher Basirah.

Suasana sunyi untuk beberapa minit. Muka Kapten Azam yang ramah dengan senyuman itu bertukar serius.

“Fakhrul serious wants to marry Hana Aishah or its your parent’s wish?” Kapten Azam memandang ke arah Fakhrul yang sedang duduk bersebelahan dengan Fakhih itu.

Muka lelaki itu hanya tenang. Tiada riak risau atau takut dimukanya. Reaksi yang tidak disangka oleh Kapten Azam kerana dia masih ingat lagi betapa pucat muka Wazir , suami Hana Azuwa sewaktu pertama kali bertemu dengannya. Begitu juga muka tunang Hana Aqilah sewaktu meminta izinnya untuk meminang anak perempuan bongsunya itu.

“Fakhrul ikhlas uncle and aunty. I don’t listen to people. I like Hana Aishah and I want to marry her” Teacher Basirah lega mendengar pengakuan lelaki itu.

“Hana Aishah knows about this?” Kapten Azam hampir pasti yang anak gadisnya itu tidak tahu apa - apa tentang hal ini.

“No uncle. I like her and I don’t find any reason to date first. I want to make it halal that’s why I ask my parent to come and ask for her hand on behalf of me. I think thats the proper step to take” Kapten Azam kagum dengan jawapan lelaki itu.

Kedua - dua pasangan anak - anak perempuannya datang meminta izinnya selepas bertahun - tahun mereka bercinta. Sebagai bapa jujur dia tidak redha melihat anak - anak gadisnya yang bercinta sebelum berkahwin tetapi kalau itu sudah jodoh mereka dia tidak mampu halang.

“I have few concerns Fakhrul. Don’t you think both of you doesn’t know each other that much? Marriage is a long term commitment” Teacher Basirah sejujurnya tidak suka apabila anak - anak mereka bercinta sakan sebelum berkahwin tetapi Hana Aishah dan Fakhrul seperti tidak mengenali sesama sendiri untuk terus berkahwin.

“I know her and I think she is the right one for me. I don’t have any problem with Hana Aishah. I like her the way she is. We’ll get to know each other more after marriage. Marriage is forever for me so Hana Aishah is the right one” hati Teacher Basirah gembira mendengar kata - kata yang keluar daripada mulut Fakhrul itu.

“Uncle and aunty nak discuss with Hana Aishah first. This is a life that she is going to go through so I think she deserves a say in this” Kapten Azam memberi kata putus. Fakhrul hanya menganggukkan kepalanya.

“So everyone stays for dinner while we wait for Hana Aishah. Better we don’t delay kan?” walaupun Kapten Azam cuba , hatinya masih berbolak balik. Fakhrul nampak ikhlas mahu mengahwini Hana Aishah tetapi adakah Hana Aishah akan bahagia dengan Fakhrul?

“Jom saya tolong akak dekat dapur?” Puan Sri Maria sudah mengangkat punggungnya untuk memberi ruang kepada kaum lelaki untuk berborak. Sebelum dia hilang di sebalik dapur dia lihat anak lelakinya itu yang sedang disoal oleh Kapten Azam.

“Ya Allah , if Hana Aishah is the right one for Tengku Fakhrul my son you ease it” sebagai ibu dia mahu yang terbaik untuk Fakhrul. Hati ibunya kuat mengatakan bahawa Hana Aishah adalah yang terbaik untuk Fakhrul.

Share this novel

Sakina Taib
2020-02-08 16:10:58 

bila laa eve nk up date nii...dah berhari hari tunggu...


NovelPlus Premium

The best ads free experience