Chapter 69

Romance Completed 625623

Hariz sedang mundar mandir di hadapan dewan pembedahan. Berkali - kali matanya memandang iphone di tangannya. Kegelisahannya bertambah dalam setiap detik yang berlalu. Sekali lagi , dia menekan butang dail. Dia berdoa supaya panggilannya berjaya kali ini.

“Please leave a message after ...” Hariz menekan kasar skrin Iphone itu. Kerisauannya memuncak. Dia melihat ke arah pintu masuk dewan pembedahan itu.

“Where the hell are you Fakhrul?” hatinya menjerit kuat. Akhirnya dia terduduk kepenatan di kerusi menunggu. Lama dia termenung memandang ke dinding kosong di hadapannya. Kejadian beberapa jam lepas kembali ke ingatan.

************************************


“Hariz” Hariz yang baru selesai rondaan malam itu sedang menuju ke arah pintu utama lobi saat namanya di laung kuat. Dia memalingkan tubuhnya melihat ke arah pakar jabatan kecemasan yang sedang berlari anak menuju ke arahnya.

“Ali. Hey man” Hariz melihat ke arah rakan sekolahnya itu. Ali , Hariz dan Fakhrul merupakan teman sepengajian sewaktu bersekolah menengah. Mereka berpisah apabila Ali menyambung belajar ke timur tengah dan bertemu semula di Hospital Shah Alam apabila masing - masing sudah menjadi pakar.

“Fakhrul mana?” suara cemas Ali membuatkan Hariz bimbang. Ali kelihatan kerisauan di dalam baju skrub berwarna biru gelap itu.

“I don’t know. What’s wrong? Have you tried calling him?” Hariz bertanya tenang.

“Dah call. Berpuluh kali. Semua masuk voicemail. Aduh” suara Ali kedengaran tidak berpuas hati.

“Chill man. Aku yang oncall. Kau nak call Fakhrul buat apa?” Hariz menepuk bahu rakannya yang kurus kering itu. Badan sahaja kurus tapi kalau tengok lelaki itu beraksi di jabatan kecemasan , lagi hebat daripada dia ketika membedah.

“Hariz. I need you to focus now. Kau ada any idea where is he tak? This is urgent wei” Ali merenung Hariz dengan pandangan serius.

“I don’t know man. Raya kan. Dia cuti. Maybe dekat rumah parents dia ke parents in law la kot?” sambil itu Hariz pula mencuba untuk mendail nombor Fakhrul.

“Can you tell me what’s wrong actually?” Hariz sudah merasa tidak sedap hati. Panggilannya masuk ke peti mel suara juga.

“Ya Allah aku tak bagi tau kau lagi. Bini dia dekat resus. MVA” Hariz yang mendengar perkabaran itu terus terdiam. Mindanya terus terhenti berfungsi saat itu.

“Kau... wei ... what the hell” kaki Hariz melangkah laju menuju ke jabatan kecemasan. Ali turut berlari anak mengejar Hariz.

“What happen?” suara Hariz bertukar serius saat mereka melangkah masuk ke zon kecemasan yang seperti tongkang pecah itu. Hari raya memang penuh jabatan kecemasan dengan kes kemalangan , tekanan darah tinggi dan kencing manis mencanak naik.

“Tak tahu. Ada 3 orang budak datang hantar pastu terus hilang. Terkejut aku bila mo aku bagi tahu it’s Hana” Ali menerangkan sambil kaki mereka menuju ke zon kritikal.

“She’s pregnant. Damn it” Hariz menjadi semakin risau saat dia melihat kumpulan manusia yang sedang berkumpul di hadapan zon kritikal itu. Dia dapat melihat pasukan perbidanan dan kanak - kanak sudah berada di sana.

“Please tell me both are alright “ Hariz sempat berharap tetapi terus terkaku saat melihat Hana Aishah yang sudah terbaring dengan hanya selimut menutupi tubuhnya. Tudung isteri Fakhrul itu sudah hilang entah ke mana manakala mulutnya dimasuki tiub penafasan.

“Astaghfirullah. Oh God” Hariz memandang ke arah Ali.

“Her GCS was full upon arrival but drop because she’s bleeding out. Kitorang suspect ruptured uterus” Hariz hanya diam memandang Hana Aishah yang dipenuhi dengan wayar berselirat di tubuhnya. Dia dapat melihat darah yang berkumpul di lantai bilik resus itu.

“Still ada heartbeat. They’re going in. I need to get to him. We need his signature or her family members ” Ali menerangkan lagi.

“Astaghfirullah. Astaghfirullah” mulut Hariz berulang - ulang kali beristigfar. Selepas beberapa saat , dia terus menuju ke arah kaunter jabatan resus itu.

“Aku tak ada nombor family dia. Shit. Dalam system?” Hariz bertanya kepada Ali sambil menaip sesuatu di dalam komputer di jabatan kecemasan itu.

“Tak ada dah puas aku suruh budak - budak ni cari” Hariz terduduk sebentar. Cuba memikirkan jalan yang terbaik saat itu. Selepas beberapa minit Hariz menuju ke arah pasukan Perbidanan.

“Saya Dr Hariz. Siapa surgeon incharge?” Hariz bertanya.

“Saya Dr Muniza. You siapa? What’s your relationship with her?” Hariz memandang ke arah wanita berbadan berisi itu. Dia tidak pernah melihat wanita itu sebelum ini. Barangkali baru sahaja mula bekerja di sini.

“Are you the obstetrician?” Hariz memandang ke arah wanita yang kelihatan tegas itu.

“Tak. Saya MO malam ni. Surgeon is Dr Fuad” Muniza melihat ke arah lelaki yang berseluar jeans and bertshirt lengan pendek itu atas bawah. Suka hati sahaja main terjah.

“Call your Bos now. I nak cakap dengan dia” Hariz meminta tegas. Muniza memandang lelaki itu tidak berpuas hati.

“Saya dah update my bos. We will proceed with emergency Ceaser tonight. The baby still have heartbeat. We did bedside side scan. We need relative dia for consent” Hariz memandang wanita yang cuba bertekak dengannya itu.

“No we dont. Call him now. Cakap Mr Hariz from Ortho nak cakap. Stat” suara Hariz sudah meninggi. Terkulat - kulat Muniza memandang ke arah lelaki itu. Cepat - cepat Muniza mendail nombor bosnya.

“Ali . We can’t wait for him. Proceed with the ceaser. Kau dengan Fuad sign. Call anest now. Post case” Hariz sempat memberi arahan sementara Muniza memanggil bosnya. Saat Muniza menyerahkan telefonnya kepada Hariz laju sahaja Hariz menerangkan keadaan kepada Fuad.

“Fuad. Hariz here. I need you to come down. Fakhrul’s wife. Our ex houseman Hana. Yeah. I know. I can’t contact him. You and Ali sign the consent. Just proceed with that. No . I don’t want to wait. Ali is posting the case now. I will try to get to him. Thanks man” Muniza mengambil telefon bimbit itu saat talian dimatikan.

“This is delay in treatment. You better pray both of them survive or I’ll make sure you’re going to get your ass in so much trouble. Book ot , print consent. Make sure everything is available. I need 4 pint to OT” Hariz memberitahu Muniza sebelum dia melangkah pula menuju ke pasukan pediatrik.

“Who’s the Specialist?” mereka yang sudah melihat pertembungan Hariz dan Muniza tadi terus memanggil pakar mereka. Seperti tadi , Hariz memaklumkan keadaan Hana Aishah dan mahukan pakar untuk turun dalam proses menyelamatkan Hana Aishah dan anak di dalam kandungannya.

“Ali . You posted to anest oncall right?” Ali menganggukkan kepalanya.

“I want all the specialists to deal with her first hand. Bila boleh push to OT?” Hariz melihat Iphonenya. Sambil dia memberi arahan tangannya tidak habis - habis cuba memanggil Fakhrul tetapi gagal.

“They’re opening another OT now. Another 10 minutes boleh push” Hariz menganggukkan kepalanya. Kakinya melangkah semula menuju ke bilik di mana Hana Aishah berada.

Mata Hana Aishah tertutup. Dada wanita itu berombak mengikut mesin bantuan pernafasan itu. Matanya jatuh pada abdomen Hana Aishah yang besar itu.

“Ya Allah. Save both of them” hati Hariz berdoa kuat.

********************************


“Hariz” Hariz yang sedang memejamkan matanya itu terus tersentak daripada lamunannya. Dia memandang ke arah Tan Sri Fadhil yang sedang bergerak laju menuju ke arahnya.

“Did you get through him?” Tan Sri Fadhil melabuhkan punggungnya di sebelah Hariz. Hariz menggelengkan kepalanya. Satu keluhan berat dilepaskan.

“Sorry uncle” suara Hariz kecewa.

“He’s too much already. Uncle kena call Hana’s family” Hariz hanya mampu menganggukkan kepalanya lemah.

“Hariz nak masuk OT uncle. I want to be there for Hana and her baby. She must’ve want Fakhrul to be there with her. I’ll wait for her while... while he’s coming” Tan Sri Fadhil tersenyum tawar memandang ke arah sahabat baik anaknya itu.

“He will right?” Hariz bertanya meluahkan kegusarannya.

“He better come or I’m taking Hana and the baby away from him. This is getting out of hand already” Hariz memandang Tan Sri Fadhil pelik.

“I don’t understand. What is happening uncle?” Tan Sri Fadhil mengeluh berat saat mendengar pertanyaan.

“Uncle can’t enter. Hariz go in. I want you to be there for my daughter and grandson. I will inform everyone” Hariz memandang Tan Sri Fadhil tetapi tidak bertanya lanjut. Dia faham pasti ada sebab mengapa lelaki itu tidak mahu berterus terang.

“I’ll keep calling him. Uncle try find other way” Hariz sempat memesan sebelum dia menuju ke bilik persalinan untuk petugas lelaki.

Debaran di dadanya menggila semakin dia mendekati bilik bedah itu. Hatinya berdoa supaya Fakhrul akan mengangkat telefonnya. Tidak kiralah apa pun masalah mereka suami isteri tetapi saat ini dia pasti Hana Aishah dan anak mereka yang sedang bertarung nyawa itu perlukan nakhoda mereka.

“Ya Allah. Kau bantu sahabat baik aku. Kau beri dia hidayah dan petunjuk untuk kembali kepada anak isteri dia. They need him” hatinya berdoa saat kakinya melangkah masuk ke dalam bilik bedah 4.

“Hariz. We’re starting “ Hariz hanya menganggukkan kepalanya saat Fuad sudah berdiri dalam skrubnya dengan skapel di tangan. Dia memandang ke arah pakar - pakar yang hadir di tengah malam itu untuk menyelamatkan nyawa seorang ibu dan anak.

“Come fast Fakhrul” hatinya berdoa kuat.

***********************************


Saat kaki Hariz melangkah menuju ke ruangan menunggu di hadapan bilik bedah dia dapat melihat keluarga Tan Sri Fadhil dan keluarga Hana Aishah sudah berkumpul.

“Uncle” saat dia bersuara kesemua wajah - wajah yang sedang kerisauan itu memandang ke arahnya.

“Where’s him?” Hariz bertanya apabila dia tidak nampak kelibat Fakhrul.

“He’s on the way. I just got through him. How’s Hana and the baby?” hanya Tan Sri Fadhil yang bersuara.

Hariz memandang wajah ibu bapa Hana Aishah. Reaksi tenang ibu Hana Aishah itu membuatkan Hariz curiga. Dia masih ingat lagi bagaimana wajah itu kerisauan sewaktu Hana Aishah dimasukkan ke hospital kerana keguguran itu. Mata Kapten Azam pula sudah merah dengan reaksi sugulnya.

“They need to tube him. He’s too small. Hana..” sebelum sempat Hariz menghabiskan bicaranya , derapan kaki laju menuju ke arah mereka membuatkan masing - masing berpaling mencari empunyanya.

“Where is she?” suara Fakhrul yang sudah tercungap - cungap itu bertanya. Matanya melilar memandang ke arah mereka mencari jawapan.

“Where the hell have you been Tengku Fakhrul?” suara Tan Sri Fadhil meninggi. Matanya merah menahan marah. Kecil besar dia pandang Fakhrul saat itu.

“You shut your mouth! Don’t interfere in my life” Fakhrul menengking Tan Sri Fadhil. Hariz dapat melihat Tan Sri Fadhil mengepal penumbuk di tangan.

“Angah jangan kurang ajar. You’re too much already. Everyone has been calling you and you were not reachable” Fakhih buat pertama kalinya hilang sabar dengan Fakhrul.

“Again I’m warning everyone. Do not interfere with my life. Where is Hana Aishah?” Fakhrul mengetap bibir menahan marahnya. Hariz hanya mampu menggelengkan kepalanya melihat perangai biadap Fakhrul.

“She’s in recovery. They are transferring her to ICU afterwards” Hariz membalas. Kaki Fakhrul melangkah laju menuju ke bilik pembedahan tetapi dihalang Hariz.

“Not you too” Fakhrul memberi amaran kepada Hariz. Matanya tajam menusuk ke dalam mata Fakhrul.

“Go see your son first. Hana is stable for now but he’s not doing good” Hariz memandang Fakhrul penuh simpati. Suaranya terketar - ketar memberitahu Fakhrul perkabaran itu.

Fakhrul diam tanpa bicara. Hariz terkejut melihat anak mata Fakhrul yang beku tanpa rasa itu. Kalau tadi anak mata itu penuh dengan kerisauan tetapi saat ini anak mata hitam itu kosong tanpa perasaan.

“Fakhrul” Hariz menepuk bahu Fakhrul melihat lelaki itu yang merenung ke arahnya tetapi dia pasti fikiran lelaki itu sudah melayang entah ke mana. Fakhrul tersentak sebelum kakinya melangkah menuju ke arah dewan bedah meninggalkan Hariz yang terpinga - pinga.

“Hariz. Bawak uncle jumpa cucu uncle” Tan Sri Fadhil meminta. Suara yang sarat dengan kekecewaan itu meminta. Hariz melihat satu per satu wajah di situ sekali lagi. Kepalanya mula menyusun ruangan - ruangan kosong di mindanya untuk memahami situasi saat itu.

Puan Sri Maria tiada di situ. Yang ada hanyalah Tan Sri Fadhil dan Fakhih yang kelihatan kusut. Keluarga Hana Aishah pula , yang ada hanyalah kedua ibu bapanya bersama adik lelaki dan kakak Hana Aishah.

Ketenangan yang dia lihat di wajah ibu Hana Aishah awal tadi bukanlah ketenangan sebenarnya. Yang ada hanyalah riak tanpa perasaan. Seperti wanita itu tidak rela untuk berada di situ. Apa yang sedang berlaku ini?

“Abang Hariz. Alif nak tengok anak Kak Dik” suara sayu Alif Haziq pula menyentakkan Hariz daripada terus hanyut dalam kekusutan mindanya.

“Ohh.. Emmm sorry. For now I don’t think they allow anyone to come in except for the father” Hariz menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Alif nak tengok baby Kak Dik. Kak Dik mesti nak Alif ada dengan baby dia” air mata Alif Haziq bergenang. Dia mendudukkan dirinya di sebelah bapanya yang hanya menundukkan kepalanya. Kapten Azam diam tanpa bicara.

“I want to see my grandson. That’s my grandson. Uncle nak azankan. I don’t care what people say” Hariz melihat aura ahli perniagaan Tan Sri Fadhil yang jarang sekali keluar.

“Uncle. What’s going on? Hariz tak faham” Hariz memandang ke arah Tan Sri Fadhil memohon penjelasan.

“Your beloved best friend happened” urat - urat di muka Tan Sri Fadhil menegang apabila bait - bait kata - kata itu diluahkan.

“Uncle. Hariz clueless gila sekarang. But they won’t let you in. He’s not stable. I’ll go and see him first and update uncle. Ok?” walaupun hatinya berat tetapi dia tahu yang dia mampu lakukan sekarang hanyalah doa. Tan Sri Fadhil memandang tubuh Hariz yang melangkah pergi.

“Hariz” Tan Sri Fadhil memanggil. Lelaki itu memusingkan wajahnya memandang wajah Tan Sri Fadhil yang kelam itu. Beberapa saat lelaki tua itu kelihatan seperti mahu berkata sesuatu tetapi lidahnya kelu.

“Yes Uncle” Hariz bertanya perlahan.

“Do me a favour “ Hariz menganggukkan kepalanya saat mendengar bicara bapa sahabat baiknya itu.

“Azankan cucu uncle” Hariz kelu tanpa bicara saat mendengar permintaan Tan Sri Fadhil itu. Wajah yang berkedut itu seperti menanggung satu bebanan yang berat di dada.

“InsyaAllah uncle” Hariz membalas sambil tersenyum tawar.

“Apa lagi yang kau buat Fakhrul?” hati Hariz berbisik sendiri. Kakinya melangkah masuk ke unit rawatan rapi neonatal itu. Bunyi - bunyi mesin pernafasan menyesakkan dadanya. Pelbagai kemungkinan bermain di mindanya.

“Subhanallah” hanya itu yang mampu dilafazkan Hariz saat melihat zuriat sahabat baiknya itu.

************************************


“Assalamualaikum Hana” suara Aiman memanggil pilu. Sebak di dadanya cuba disembunyikan. Matanya memandang ke arah Hana Aishah yang masih dalam keadaan koma.

“Na. Bangunlah. Aku rindu” begitulah rutin Aiman semenjak dua malam berturut - turut Hana Aishah di ICU. Daripada jam 12 malam sehingga hampir subuh dia akan duduk di sebelah Hana Aishah. Berborak dengan wanita itu. Tanpa penat dan lelah. Mengharapkan wanita itu memberi apa - apa reaksi.

“I saw him today. Aku curi - curi masuk tadi” Aiman tertawa sendiri. Tangannya mengusap dahi Hana Aishah yang licin itu.

“He looks like him. Everything” mesin bantuan pernafasan itu berbunyi apabila terdapat perubahan ketara pada nadi Hana Aishah saat Aiman berbicara mengenai zuriat yang masih tidak dapat dia temui itu.

“But when he open his eyes. Ya Allah. Mata tu Na. Mata coklat yang penuh dengan cinta itu. Its like looking into your brown eyes” Aiman tidak mampu menyembunyikan sebaknya lagi.

“Bangun Na. Aku rindu sangat. I can’t be away from you. Aku tak kisah dah mamat tu nak cakap apa” Aiman mengesat air matanya yang mengalir menggunakan lengan hoodienya yang berwarna hitam itu.

“Aku tahu something is up. Aku tahu Hana aku tak happy” Aiman melihat air mata Hana Aishah mengalir daripada matanya yang tertutup itu. Laju tangannya mengesat air mata wanita yang terbaring koma itu.

“I know you can hear me. Kau bangun Na. Aku bawak kau jauh dari sini. Jauh dari derita ini. Selama ni I keep my distance sebab aku takut kalau aku dekat kau akan terluka. I want you to be happy but now I know that you’re not I’m not gonna stay away anymore” Aiman mengesat air mata yang terus gugur daripada sepasang mata yang masih tertutup itu.

“They’re waking you up tomorrow. Kau bangun Na. Kau janji dengan aku kau tak kan tinggalkan aku kan? So wake up for me. For your baby” Aiman berbisik ke telinga sahabatnya.

Seperti malam - malam sebelum itu, dia akan mengalunkan ayat - ayat suci al Quran di telinga Hana Aishah. Dia tertawa sendiri mengingati bebelan Hana Aishah sewaktu sebelum kemunculan Fakhrul.

“Quran tu jangan tinggal. Sehelai sehari pun jadilah wei. Itu je penenang kau” itulah bebelan Hana Aishah setiap kali dia meluahkan rasa sedihnya.

“I miss you advises. I miss your scolding. I miss you telling me how special I am. How worthy this worthless sinful human is” suara Aiman memecah keheningan pagi itu.

Staf - staf ICU yang melalui bilik icu Hana Aishah itu hanya tersenyum melihat kerenah Aiman. Berborak dengan sahabatnya yang hanya terbaring tanpa bicara. Sepatutnya tidak ada pelawat yang dibenarkan masuk tetapi kerana mereka berdua staf , Aiman berjaya seludup masuk ke ICU.

“Aiman” Aiman yang sudah terlelap itu terus berdiri saat mendengar suara garau yang menegurnya. Matanya digosok untuk menghilangkan kekaburan. Dia memandang ke arah Dr Hamdan yang berbaju skrub biru.

“Dr . Emm saya ... emmm sorry” Aiman menggaru kepalanya serba salah.

“This is wrong Aiman. You know I can’t allow you to come in every time like this” suara Dr Hamdan sudah penat menegur.

“Sorry Dr Hamdan. I don’t want her to be lonely” Aiman memandang Dr Hamdan meminta simpati.

“Aiman. She’s comatosed. We’ve started her weaning and its been almost 12 hours. There’s no response. I’m afraid she’s not going to be the same” Dr Hamdan cuba menerangkan kepada Aiman.

“No. I know she is going to wake up. I know it. She cried. I was talking to her” Aiman meyakinkan Dr Hamdan. Dr Hamdan hanya menggelengkan kepalanya lemah. Pening kepala dia nak melayan sahabat Hana Aishah ini.

“Aiman. Go back and rest. Doa but don’t put up high hope that she’ll be back to her normal self” Dr Hamdan tenang menerangkan kepada Aiman.

“Dr Hamdan. How could you say something like this? Hana look up to you. She adores you. How could you just give up on her?” jelas nada tidak puas hati Aiman.

“I’m not. I know how strong this girl is and I pray that she’ll pull through just like she did previously but I need to be practical as an anest” Dr Hamdan menepuk bahu Aiman. Suaranya lembut menerangkan.

“No. She’ll be fine. She’s going to wake up. Kan Hana” Aiman memegang tangan kanan Hana Aishah yang sejuk itu. Tangan yang penuh dengan bekas suntikan jarum itu digenggamnya erat. Aiman merenung Hana Aishah yang masih bernafas dengan menggunakan bantuan pernafasan.

“Wake up please Na. He needs you” Aiman meminta penuh sayu. Air matanya kembali bertakung.

“Man. Go back ok. Pray for her” Dr Hamdan menepuk perlahan bahu Aiman.

Dia merenung anak buah kegemarannya itu. Anak buah yang rajin berkerja dan selalu suka menuntut ilmu. Seorang rakan kerja yang sangat suka membantu rakan - rakannya tidak kiralah apa pun jawatan.

Dia bimbang apabila melihat reaksi yang kurang memberangsangkan setiap saat berlalu apabila dia menghentikan ubat tidur Hana Aishah. Wanita itu masih bergantung pada alat pernafasan dan reaksi motornya juga masih sama.

Kalau ikut pengalamannya Hana Aishah sepatutnya sudah mula memberi reaksi. Yang membuatkan mereka menidurkan Hana Aishah adalah kerana pendarahan yang banyak daripada rahimnya , tiada pendarahan otak yang dialami wanita itu. Tetapi entah mengapa sukar untuk anak buahnya ini sedar daripada komanya.

“Wake up Hana. You’re needed still. There’s so many people needing you” hati Dr Hamdan berbisik.

*************************************


“Close the curtain” Fakhrul menengking gerangan manusia yang membuka langsir di biliknya. Bantal diambil sebelum dia menekup mukanya.

“Wake up sleeping beauty” suara Hariz memerli Fakhrul sebelum tangannya pantas menarik selimut daripada tubuh Fakhrul yang hanya diliputi boxer sahaja.

“Get out!” Fakhrul menengking lagi. Matanya menjeling ke arah Hariz yang sudah duduk di birai katil kelaminnya. Lelaki itu tidak mengendahkannya. Mata Hariz melilau melihat bilik yang sudah tidak terurus itu. Dengan baju kotor bertaburan di atas lantai dan gelas yang tidak berbasuh di atas meja mekap.

“Astaghfirullah. Dah macam bilik gelandangan aku tengok” Hariz menggelengkan kepalanya memandang ke arah Fakhrul yang sudah duduk bersebelahan dengannya. Fakhrul hanya diam memandang ke permaidani berwarna perak itu.

“What the hell is wrong with you man?” Hariz menegur Fakhrul. Lelaki itu masih mengunci bibirnya.

“I don’t know what the hell happen between you two tapi anak dengan isteri kau tengah bertarung nyawa dekat hospital Fakhrul. Sekali pun kau tak melawat diorang” Fakhrul memandang ke arah Hariz tidak berpuas hati.

“I went and see her daily” Hariz tertawa sinis mendengar jawapan Fakhrul.

“Maksud kau sejam dua kau duduk sebelah dia macam patung. Not talking to her , not even holding her hand” Hariz memerli Fakhrul.

“She’s comatose” tawa Hariz pecah saat mendengar alasan sahabat baiknya itu.

“You know that’s bullshit right. You’re a doctor you know better” rahang Fakhrul bergerak - gerak menahan marah kerana dilayan seperti budak - budak.

“Anak kau tu Fakhrul. Sampai sekarang not even once you went and see him” Hariz menggelengkan kepalanya penuh kekesalan.

“Kesian dia Fakhrul. Aku yang tengok pun tak sampai hati. With all the wires plugged into his tiny body. Ya Allah” Fakhrul terus berdiri mahu melangkah pergi saat mendengar ayat Hariz. Tetapi sebelum sempat dia melangkah Hariz menarik tangannya duduk.

“No. You’re sitting you ass down and listen. I had enough of your tantrum already “ Hariz menjeling Fakhrul. Lelaki itu tersenyum sinis.

“I don’t give a damn what you want. This is my life. I do as I pleased” Fakhrul merentap tangannya kasar dan berjalan menuju ke bilik air.

“I don’t know what happened between you two but don’t punish that tiny soul. He looks exactly like you. Your copy cat” Hariz tertawa gembira saat membayangkan wajah anak Hana Aishah dan Fakhrul itu. Kaki Fakhrul terus terhenti di muka pintu bilik airnya.

“Go man. Be there for your wife. Tell her to wake up. Hold that tiny hand and tell him you’ll be there for him every second of his life. Tell them before its too late” Hariz merenung tubuh Fakhrul yang berdiri kaku di muka pintu.

“I’ll wait for you. We’ll go see both of them today ok” Hariz memesan sebelum kakinya melangkah keluar daripada bilik tidur utama itu.

Mata Fakhrul dipejam rapat membayangkan perasaannya saat melihat tubuh isterinya yang terbaring di atas katil dengan tiub pernafasan dijolok diantara bibir nipis yang amat digemarinya itu. Mata itu seperti setahun lepas tertutup.

Saat matanya melihat perut isterinya yang sudah mengempis itu , jantungnya terhenti seketika. Perasaan takut menyelinap ke segenap sel tubuhnya. Rongga tekaknya terasa sempit.

“Kau kalau sehari tak menyusahkan hidup aku memang tak sah kan. Why can’t you and that bastard get the hell out of my life?” kata - kata yang dihambur malam ke 27 ramadan saat kaki isterinya melangkah masuk ke bilik tidur mereka terngiang - ngiang di mindanya.

Dia tidak tahu berapa lama dia berada di sisi Hana Aishah pada hari itu. Segala peristiwa yang berlaku semenjak mereka berkahwin bermain di mindanya. Saat yang berlalu seperti tiada erti. Hatinya kosong. Tiada amarah , tiada benci, tiada cinta , tiada dendam. Yang ada hanyalah kekosongan.

Sampai saat ini sudah masuk hari kelima anak mereka lahir , kakinya tidak mahu melangkah menuju ke NICU. Setiap kali dia melintasi ICU setiap kali itu matanya melihat NICU daripada jauh dengan pandangan yang bercampur baur.

“Abang sayang Adam more than Aishah” kata - kata Hana Aishah terngiang - ngiang di mindanya.

“He’s the reason why you hate her” satu suara jahat pula berbisik di hatinya.

“Arghhh” Fakhrul menjerit kuat sebelum berlari memasuki bilik air dan mengambil wuduk. Begitulah pertarungan jiwa yang terpaksa dia lalui setiap hari , setiap saat semenjak dia mendapat panggilan daripada Fakhih yang memaklumkan tentang kemalangan isterinya.

*******************************************


“You go and see him” Hariz menolak tubuh Fakhrul yang berdiri tercegat di hadapan pintu NICU itu. Lelaki itu seperti selalu hanya tercengat tanpa melangkah masuk. Kakinya berat mahu melangkah. Hariz mengeluh kuat saat melihat wajah Fakhrul yang beku tanpa perasaan.

“Your son need you Fakhrul” Fakhrul teragak - agak memulakan langkah saat mendengar ayat Hariz itu.

Dadanya berdegup kencang setiap langkah yang diambilnya. Perasaan kosong itu diganti dengan beribu rasa rindu saat dia menghampiri ruangan kritikal yang dipenuhi dengan deretan inkubator yang berkelip kelip dan berbunyi - bunyi itu.

“Mr Fakhrul” Fakhrul yang sedang tercegat di situ tersentak apabila satu suara feminin menegurnya. Dia memandang ke arah seorang staf yang memakai skrub berwarna biru itu.

“Yes” sepatah Fakhrul menjawab.

“Ok good. You came just at the right time. My specialist want to meet you” doktor muda itu ceria memberitahu sebelum berlalu pergi untuk memberitahu bosnya.

Fakhrul terpinga - pinga memandang wanita itu. Matanya meliar memandang sekeliling dan saat matanya jatuh pada satu inkubator yang terletak di dalam satu bilik khas nafasnya seperti terhenti seketika melihat naik turun dada seorang bayi yang dipenuhi dengan wayar yang berselirat.

Kakinya seperti magnet bergerak menuju ke inkubator itu. Bau ubat - ubatan menusuk ke dalam hidungnya itu tidak diendahkan. Semakin dia mendekati bilik itu semakin kuat bunyi mesin penafasan yang membantu anaknya bernafas.

“Allahu Akhbar” hanya ungkapan itu mampu diucapkan saat itu. Air mata Fakhrul bertakung. Matanya merah menahan sebak.

Bentuk muka bujur dengan sepasang hidung dan bibir yang iras dirinya. Tidak perlu ujian apa - apa cukup sekadar melihat sepasang wajah polos yang sedang tidur itu untuk mengetahui siapa bapa kepada anak yang telah difitnah semenjak dia masih di dalam rahim ibunya.

“Mr Fakhrul” Fakhrul yang sedang terpegun melihat anaknya itu memalingkan wajahnya memandang ke arah wanita yang sedang tersenyum di sebalik mask itu.

“Glad to finally meet you. I’m Celinda , Neonatologist incharge of your baby” Fakhrul menganggukkan kepalanya perlahan sebelum menghalakan pandangannya ke arah anaknya.

“You can hold his hand if you want” Celinda memberitahu kepada bapa yang kelihatan tergamam itu. Fakhrul memandang Celinda dengan mata penuh keraguan.

“First wash your hand” Celinda hanya tersenyum melihat bapa baru itu yang tergesa - gesa mencuci tangannya. Usai mencuci tangan Fakhrul memandang Celinda menanti arahan seterusnya.

“Emm maybe you want to dried up your hand first” Celinda menahan tawanya melihat wajah Fakhrul yang kelihatan blur itu.

“Alright. Then just push your hand through this hole” Celinda membuka tingkap di inkubator itu.

“They always says mothers touch is magical but what they dont realise is fathers are also magical too” Celinda menyambung bicara apabila dia melihat Fakhrul yang kelihatan teragak - agak mahu menyentuh anaknya.

“Wow look at that beautiful eyes” Celinda menegur saat tangan Fakhrul menyentuh jari anaknya yang halus itu. Air matanya bertakung melihat sepasang mata yang membuatkan jiwanya kacau setahun lepas kini mempunyai kembar. Mata bundar anaknya dengan anak mata berwarna coklat pekat sebijik ibunya itu sedang merenungnya.

“You know your daddy is here is it thats why you are so generous with your eyes today” saat mendengar ayat Celinda itu anak kecil itu seperti mengerti dan terus mengukir senyuman.

“I guess you are the magic that this boy has been waiting for” Celinda memandang ke arah Fakhrul yang sudah tidak cara akan keadaan sekeliling. Anak dan bapa itu merenung satu sama lain seperti sedang berbicara dalam cara mereka tersendiri.

“He’s 33 weeks old and I’m sure you know the complications that comes with premie baby. I need to explain regarding his conditions with you. I understand the situation that you are in currently with your wife in ICU must’ve been tough but I need you to get involved and updated when it concerns him. He need you” Celinda memulakan bicaranya.

Sungguh dia terkejut kerana selama lima hari anak ini berada di NICU batang hidung lelaki ini lansung tidak kelihatan. Yang datang hanyalah Hariz. Perkara ini menimbulkan banyak spekulasi di kalangan staf hospital. Tetapi Celinda cuba memahami situasi yang di hadapi Fakhrul saat itu.

Petang itu , lama Fakhrul meluangkan masa bersama anaknya. Sepanjang masa itu , anak kecil yang pramatang itu menunjukkan kemajuan yang sangat memberansangkan. Dia tekun mendengar penerangan Celinda itu.

“I guess you have to make regular visit looking at his progress when you’re around” Celinda sempat memesan sebelum meneruskan rondaannya. Fakhrul hanya menganggukkan kepalanya. Seperti tadi mulutnya membisu tanpa bicara. Lidahnya kelu tanpa kata. Dia sendiri tidak tahu mengapa.

“Adam stay put” saat dia melihat anaknya menggeliat di atas katil sehingga hampir tercabut tiub pernafasan itu , mulutnya menegur. Kata - kata itu secara natural keluar meniti bibirnya. Fakhrul terdiam sejenak selepas kata - kata itu dituturnya.

“Are you mad at me?” Fakhrul menyusun kata.

“Babah let you and umi down right?” suaranya bertukar sebak. Mata bundar anaknya merenungnya seperti tadi.

“Why did it hurt so much?” tubir mata Fakhrul hangat. Dia dapat merasakan tangan kecil anaknya menggenggam erat jari telunjuknya.

“I love you. I love Umi. But why everything have to go wrong? Why she has to betray me?” petang itu mulutnya laju meluahkan rasa. Meluahkan rasa perit yang ditanggungnya sendiri selama ini dikongsi bersama anak yang dia tidak akui miliknya hanya kerana sebuah fitnah.

Deringan telefon bimbit Fakhrul menyedarkannya daripada dibuai perasaan pilu. Dia melihat nama pemanggil. Hariz.

“Fakhrul. Come to ICU now. Hana” sebelum sempat Hariz menghabiskan bicara , kaki Fakhrul melangkah laju menuju ke ICU. Segala senario buruk bermain di mindanya.

“She sustained no major injuries to her body but mainly the forces of the accident went to the uterus. Alhamdulillah the uterus wasnt ruptured but she had abruptio placenta. She bleed about 4.2 liter and we’ve transfused her. I want her body to rest at least for 48 hours before we wake and wean” penerangan Fuad yang merupakan pakar bidan yang membuat pembedahan untuk menyelamatkan anak dan isterinya itu bermain di mindanya.

“I’m not sure the extend of her concussion but looking at her not giving a good motor recovery I’m getting worried. She’s not weaning of the ventilator that well either” penerangan Dr Hamdan semalam sewaktu dia melawat Hana Aishah di siang hari itu pulak menerjah mindanya.

Saat kakinya melangkah menuju ke dalam bilik ICU itu dia dapat melihat beberapa orang sedang berkumpul di situ. Perasaan takut mencengkam dirinya. Saat itu ketakutan menghadapi kehilangan satu - satu wanita yang dia cintai itu sangat melumpuhkan.

“I know you did something to her. I knew it. I shouldn’t let her go back to you that night. I should’ve taken her in. I should’ve seen the sign” kekecewaan Sakinah yang datang melawat Hana Aishah dua hari lepas jelas di mindanya.

“If anything happen to Hana , Angah ingat ni sampai mati. You did it to her. You didn’t protect her” kata - kata Fakhih tempoh hari seperti satu hukuman mati terhadapnya. Kaki Fakhrul kaku di pintu masuk ICU. Dia tidak mahu melangkah ke sana. Dia tidak mahu menghadapi kemungkinan wanita yang dia tidak mampu hidup tanpanya itu diambil pergi.

“Fakhrul. Come here faster” Fakhrul merenung Hariz yang melambai - lambai ke arahnya. Air matanya bertakung kembali. Dia tidak pernah mengalirkan air matanya sebelum berjumpa Hana Aishah tetapi semenjak bertemu cinta hatinya itu , air mata Fakhrul menjadi pemurah.

“No. You cannot take her away” hati Fakhrul memohon kuat kepada Yang Satu.

Share this novel

JihaAlcatraz
2021-02-28 21:43:53 

sedih :(

EmaIra
2020-10-04 20:12:40 

updte lg please

EmaIra
2020-09-21 13:18:50 

updte lgi best la.sedih


NovelPlus Premium

The best ads free experience