Chapter 76

Romance Completed 625623

“Where is she?!” tengkingan Fakhrul bergema di mahligai Fakhrul maghrib itu.

Tan Sri Fadhil yang sedang menyuap nasi ke mulutnya terus terhenti. Dia memandang ke arah Fakhrul yang masih berbaju pejabat itu. Wajah serabut lelaki itu memandang ke arah Tan Sri Fadhil bengis.

“I don’t know” suara Tan Sri Fadhil kedengaran bersahaja. Lelaki itu menyambung suapannya.

Puan Sri Maria yang duduk di sisi suaminya itu memandang anak keduanya penuh kerisauan. Enam bulan tidak bersua muka. Enam bulan tanpa mendengar khabar anak lelakinya itu.

Selepas hari raya hari itu Fakhrul lansung tidak menjenguknya. Panggilannya memang tidak pernah diangkat. Mahu ke rumah banglo lelaki itu dia tidak mahu. Bertembung dengan menantu yang pernah dia tatang sebelum ini bukanlah akitiviti kegemarannya.

Melihat Fakhrul dengan mata merah seperti singa kelaparan dengan lengan baju yang sudah disinsing tinggi dia terus meluru bangun menuju ke arah anak keduanya itu. Puan Sri Maria memeluk tubuh anak lelakinya penuh kerinduan.

“Mama rindu Angah” air mata ibunya mengalir lebat.

Tetapi saat itu ,di mata Fakhrul urusannya hanyalah dengan lelaki yang sedang duduk makan dengan selamba tanpa sebarang reaksi itu. Tangannya sudah mengepal penumbuk. Penghawa dingin di ruangan makan yang sudah lama sunyi itu tidak terasa. Bahang amarah yang dia rasai itu mengatasi segalanya.

“Where the hell is, she?! I’m asking you one more time” suara Fakhrul kedengaran seperti tertahan - tahan. Giginya diketap kuat. Puan Sri Maria sudah memandang kedua beranak itu kerisauan.

“What is going on Angah? Why are you picking up fight with papa” Puan Sri Maria merenung anaknya. Mata lelaki itu sejak dari tadi merenung ke arah papanya tanpa lepas.

Kedua beranak tidak mahu beralah. Puan Sri Maria bimbang memikirkan situasi itu. Dia memandang suaminya memohon pemahaman. Tetapi suaminya tetap bersahaja tidak mahu mengambil serius situasi itu.

“Answer me!” sekali lagi suara Fakhrul bergema. Kakinya sudah mahu bergerak ke arah papanya tetapi Puan Sri Maria memeluknya erat.

“Angah no” esakan Puan Sri Maria kedengaran.

“Astaghfirullahal azim. Kenapa jerit - jerit ni Tan Sri. Terkejut saya” Mak Zah yang baru muncul daripada dapur dengan tergesa - gesa kerana mendengar bunyi orang menjerit itu bertanya kerisauan. Lagi bertambah risaunya saat melihat Puan Sri Maria yang sedang menangis di dalam pelukan Fakhrul itu.

“Please don’t do this both of you. What’s going on? Jangan buat Mama macam ni” Puan Sri Maria sudah teresak - esak merayu di dalam rangkulan Fakhrul.

“He took my wife. He fucking took my wife! Give her back!” Fakhrul meluru menuju ke arah Tan Sri Fadhil. Puan Sri Maria yang cuba menahan itu ditolaknya sehingga tersungkur ke lantai.

“Ya Allah. Puan Sri!” Mak Zah menjerit sebelum pergi memangku Puan Sri Maria yang sudah jatuh terjelopok di atas lantai.

“Kurang ajar punya anak” sebelum sempat Fakhrul berbuat apa - apa pipinya di tampar kuat sehingga terdorong Fakhrul ke belakang. Tan Sri Fadhil bergegas ke menuju ke arah isterinya yang sedang dipangku Mak Zah itu.

“Ria ... Ria... Maria look at me!” Suara cemas Tan Sri Fadhil memanggil isterinya yang kelihatan mamai itu.

“Ya Allah . Angah ... Angah. Don’t... don’t hurt Angah” lemah suara itu meminta. Mata Puan Sri Maria berpinar pinar kesan hentakan kepalanya di meja hiasan di ruangan makan itu. Tetapi dalam keadaan itu dia tetap mencari gerangan anak lelakinya.

“Allah. Ria ... sayang . Ria pandang I “suara Tan Sri Fadhil memanggil kerisauan. Dia dapat melihat mata isterinya yang semakin kuyu itu. Mata itu merenung ke arah Fakhrul yang sudah terduduk di kaki kerusi sambil merenung dengan mata yang sudah bertakung dengan air mata.

“Angah... Angah...” suara itu memanggil. Tangan yang dipegang Tan Sri Fadhil itu ditarik keluar daripada genggaman suaminya sebelum di melambai perlahan mahu mencapai anak lelakinya. Fakhrul hanya memandangnya dengan pandangan kosong.

“Angah. Aaaangah ... mama ... mama mintak maaf... banyak ...baa ... banyak dosa mama dengan Angah” air mata Puan Sri Maria berjujuran menahan perit di hatinya. Denyutan di kepalanya akibat hentakan tadi tidak dirasainya lagi.

“Aaaangah ...” matanya memberat walau bagaimana sekalipun dia cuba membuka. Matanya merenung penuh sayu ke arah anak lelakinya. Penyesalan berbuku melihat derita yang ditanggung anak itu. Pandangan yang sama dia pernah lihat saat Fakhrul di ambil pulang ke rumah agam itu sewaktu dia berumur 4 tahun.

“Ria ... Ria bangun. Don’t leave me Ria. Ria” Tan Sri Fadhil menampar perlahan wajah isterinya yang sudah menutupkan matanya. Bibir itu tidak henti memanggil anak keduanya yang hanya duduk terpaku melihat akibat perbuatan amarah lelaki itu.
*****************************


Saat kaki Kapten Azam masuk ke rumah agam itu dia dapat mendengar bunyi barangan pecah. Hatinya berdegup kencang, cemas memikirkan apa yang sudah berlaku.

“Bah. We need to go to Uncle Fadhil house. Something happened” itu sahaja yang diberitahu Hana Azuwa saat anak sulungnya itu singgah untuk mengambil mereka di rumah.

“I don’t know Bah. Fakhih call. He just wants us to come over. Wa risau Bah. Adik ... Adik” terketar - ketar bibir Hana Azuwa berbicara. Suaminya yang sedang memandu itu terus memegang tangan isterinya erat.

“Jangan fikir macam - macam B. Doa je . InsyaAllah adik ok je” Wazir memujuk isterinya. Selepas mendapat panggilan telefon daripada wazir itu , terus Hana Azuwa menelefonnya meraung - raung. Kelam kabut dia balik kerana memikirkan ada perkara buruk yang berlaku.

“Wa tak sedap hati seminggu dua ni Bah. Wa risau kan adik. Wa call Fakhrul dia tak angkat. Wa ada pegi sekali lepas bawak abah , tapi nobody answers the door” esakan Hana Azuwa kedengaran.

“Anak abah kuat. Adik kuat” Kapten Azam cuba menyedapkan hatinya sepanjang perjalanan itu dengan mengulang - ngulang kata - kata Hana Aishah kalau anaknya itu ditimpa kesusahan.

Teacher Basirah hanya diam membisu seperti patung di sisinya. Sudah dua minggu mereka tidak tidur sekatil. Sudah dua minggu mereka sudah tidak berbicara. Sudah dua minggu dia tawar hati dengan sikap isterinya.

Saat dia melihat Puan Sri Maria yang sudah terbaring di sofa di ruang tamu dengan beberapa orang doktor yang memeriksanya , hatinya lega sedikit. Anaknya tiada apa - apa. Hana Aishah sihat.

“Fadhil” Kapten Azam menegur Tan Sri Fadhil yang sedang setia memegang tangan isterinya itu. Wajah lelaki itu kelihatan risau.

“Kenapa ni Fadhil?” Kapten Azam menepuk bahu birasnya itu. Dia duduk bersimpuh di sebelah lelaki itu yang sedang bersila di lantai.

“Fakhrul... Ya Allah” hanya itu sahaja yang mampu dia tuturkan saat mendengar bunyi barangan pecah di tingkat atas rumah itu.

“I’m going to fucking kill him” suara Fakhih penuh amarah membalas.

“B... No” Idora memeluk lengan Fakhih menahan.

“He’s crazy. He hurt mama! He.... arghhh” Fakhih menjerit kuat.

“Angah...Angah” hanya itu yang meniti di bibir Puan Sri Maria.

Daripada ketibaan Fakhih sehinggalah saat doktor - doktor peribadi mereka sampai. Tidak pernah putus bibir itu memanggil anak lelakinya yang kedua itu.

Fakhrul pula terus meluru ke dalam biliknya saat ibunya sudah terkulai layu. Semenjak tadi yang kedengaran hanyalah bunyi barangan pecah berantakan daripada dalam bilik itu.

“Adik mana” Hana Azuwa akhirnya bertanya. Mendengar bunyi barangan yang sedang dipecahkan di atas merisaukan Hana Azuwa.

“She finally left. She finally left that crazy asshole” Fakhih menjawab puas. Tetapi saat kata - kata itu diluahkan jantung Kapten Azam terhenti.

“Adik mana... Adik..” tergagap - gagap Kapten Azam bertanya. Gilirannya pula berkerut seribu. Matanya memandang ke arah Tan Sri Fadhil dan Fakhih silih berganti.

“Fakhrul mana. I need to see him” selepas beberapa minit memproses maklumat yang diterimanya Kapten Azam membuat keputusan muktamad.

“Bah. He’s not in a right state right now. Wazir rasa abah tak payah jumpa dia dulu” Wazir cepat - cepat berdiri di sebelah bapa mertuanya yang sudah berdiri nekad mahu bertemu dengan Fakhrul.

“Abah nak bawak anak abah balik. Abah boleh jaga. Mak kau tak nak jaga tak apa. Anak aku, aku boleh jaga” suara tegas Kapten Azam sudah naik seoktaf.

Air mata Hana Azuwa yang mengalir lebat melihat keadaan keluarga mereka. Teacher Basirah semenjak tadi hanya berdiri jauh tidak mahu mendekati mereka. Wanita itu diam tidak berkutik saat mendengar amarah suaminya.

“Bah. Sabar bah. Tak boleh macam ni. We still don’t know anything yet” Wazir memegang lengan bapa mertuanya kejap. Takut dia melihat wajah Kapten Azam saat itu.

“Fakhrul! Fakhrul!” Saat suara itu bergema di segenap rumah itu , setiap ahli yang berada di ruangan itu merasa gentar.

Aura seorang tentera jelas kelihatan di wajah Kapten Azam saat itu. Wazir ikut takut melihat kegarangan bapa mertuanya saat itu. Kapten Azam yang penyayang dengan anak - anaknya. Itu sahaja karakter yang dia pernah lihat. Tetapi malam itu aura seorang tentera muncul sekaligus menutup bibir semua yang hadir.

“Fakhrul. Where is Hana Aishah?!” satu lagi laungan menghentikan segala bunyi barangan pecah di atas.

Kaki Kapten Azam melangkah menuju ke bilik tidur menantunya. Wazir tidak mampu menghalang lagi. Kecut perutnya melihat versi Kapten Azam yang itu. Hana Azuwa terus merangkul tubuhnya bapanya saat kaki Kapten Azam mula meniti anak tangga itu.

“Bah. No please. Kita cari adik sendiri” Hana Azuwa merayu. Air matanya sudah berjujuran. Dia menyembamkan wajahnya di belakang tubuh Kapten Azam.

“He hurt my daughter. He hurt adik” balas Kapten Azam tidak berpuas hati.

“Kita semua pun Bah. We all hurt her. We hurt her. We didn’t want Adam” saat Hana Azuwa mengatakan kebenaran itu , Kapten Azam terus terduduk di atas tangga itu. Air mata lelakinya gugur jua saat itu.

“Hana Aishah tak buat benda keji tu Bang. Anak akak tak berzina” Tan Sri Fadhil memecahkan kesunyian yang menyelubungi mereka. Saat mata Teacher Basirah diangkat merenung ke arah Tan Sri Fadhil yang memegang erat tangan isterinya yang terbaring lemah melihat kearah mereka, segala kebenaran seperti terbongkar.

“Saya mintak maaf. I... Ya Allah berdosanya saya dengan abang Azam. Saya tak tahu nak mintak maaf macam mana lagi. Saya ... saya” buat pertama kali dalam hidup usahawan sehebat Tan Sri Fadhil, dia tidak mampu berbicara.

“Hana tak berdosa. Adam anak suci. Adam cucu saya anak tidak berdosa. Saya mintak maaf. It’s all my fault. Saya tak pandai didik anak saya. Saya...” air mata Tan Sri Fadhil gugur.

“Felisha yang fitnah Hana. Saya dah jumpa orang sebenar dalam video itu. Bukan Aiman. Bukan menantu saya. Bukan Hana Aishah anak abang. Bukan anak akak” lelaki itu tertunduk malu. Malu kerana anak - anaknya memusnahkan hidup seorang wanita.

“Mak...” jeritan Wazir kedengaran sebelum dia berlari menuju ke arah Teacher Basirah yang sudah terkulai layu di atas lantai rumah agam Tan Sri Fadhil.

Puan Sri Maria menarik bahu suaminya cuba membangunkan tubuhnya. 3 orang doktor peribadi yang hadir itu cuba membantu tetapi wanita itu menggelengkan kepalanya. Kebenaran yang baru dia terima itu meruntun jasadnya.

“Ria you’re not ... “Puan Sri Maria menggelengkan kepalanya lemah.

“Angah . Angah “ kata - kata itu diulanginya. Tan Sri Fadhil memandang ke arah Wazir yang sedang memangku ibu mertuanya itu. Hana Azuwa melutut di sebelah bapanya tertunduk kalah.

Fakhih kaku tidak tahu mahu membuat apa saat itu. Segalanya terhenti saat kebenaran meniti di bibir Tan Sri Fadhil. Hakikat yang selama ini majoriti daripada mereka tidak mahu percaya sebelum ini Mereka tahu tetapi untuk perkara itu diluahkan dan akhirnya fitnah ke atas Hana Aishah diangkat bukan sesuatu yang mereka jangkakan.

“Angah” terkial - kial Puan Sri Maria dengan lelehan air matanya mahu berdiri.

“Attend her” Tan Sri Fadhil memberi arahan sebelum dia memapah isterinya.

Tan Sri Fadhil dapat merasai tubuh isterinya yang berat sedang memautnya. Perlahan - lahan mereka menaiki tangga. Semakin mereka mendekati bilik yang sudah sunyi itu semakin Tan Sri Fadhil risau.

Dia dapat merasakan tubuh isterinya yang semakin lemah tetapi wanita itu tetap gagahkan dirinya untuk masuk ke dalam bilik itu. Bibir itu berulang kali menyebut perkataan’angah’. Tanpa lelah ibu itu memanggil.

“Angah” air mata Puan Sri Maria mengalir lebih lebat saat melihat anaknya yang terduduk di lantai yang sudah berselerak. Bilik yang seperti dilanda badai itu penuh dengan kaca dan serpihan perabot yang bertebaran.

“Ria . No “ Tan Sri Fadhil menegah tetapi kaki Puan Sri Maria masih mahu bergerak. Diseret tubuhnya melalui hasil amarah Fakhrul menuju ke arah anak lelakinya.

Fakhrul memegang sekeping kertas yang sudah lunyai di tangannya. Matanya merenung ke arah kertas itu tanpa lelah. Tiada rasa yang dirasainya saat itu. Keadaan sekeliling seperti terhenti. Yang ada hanyalah dia dan sekeping kertas itu.

“Angah” Puan Sri Maria melorot duduk di sisi anaknya yang seperti patung bernyawa itu. Tangannya menarik wajah itu untuk merenungnya.

“She left me. She promise me she wont leave. She left me. She left me. Just like how everyone did. She left” air mata lelakinya gugur.

“I’m sorry. I have to. I can’t stay” tulisan isterinya. Tulisan terakhir wanita itu untuknya. Kata - kata perpisahan itu.

“Mama ... Mama yang salah. Mama yang berdosa” Tan Sri Fadhil melihat pelik ke arah isterinya saat suara pelat wanita itu kedengaran. Wajahnya bertukar pucat saat melihat wajah Puan Sri Maria.

“Ria ... Ria ... Don’t scare me. Why the right side of your face droop. Ria ...” terketar - ketar tangannya cuba mencapai isterinya tetapi sebelum sempat dia hendak menggapai , Puan Sri Maria sudah terbaring di riba Fakhrul.

“Allahu Akhbar” Tan Sri Fadhil meraih isterinya ke dalam pangkuannya. Fakhrul yang berada dalam dunianya lansung tidak memberi reaksi. Ibunya yang sudah pengsan tanpa reaksi itu tidak pandangannya.

“She left me. She left. Adam left. Everyone left” kata - kata itu diulangi Fakhrul lagi. Tan Sri Fadhil memandang ke arah Fakhih yang sudah tersandar di pintu bilik adik lelakinya. Tetapi yang menarik pandangannya saat itu adalah manusia disebelah Fakhih yang sedang berdiri dengan wajah terkejut.

“Ini yang kau nak kan Felisha. Kau dah dapat apa yang kau nak. You ruin not only one but two family” Tan Sri Fadhil memerli pedas. Dia memeluk erat isterinya yang terbaring di dalam pelukannya. Matanya merenung ke arah Fakhrul yang hilang dalam dunianya sendiri.

Felisha kehilangan kata - kata saat melihat Abangnya yang seperti orang tidak siuman , ibunya yang sedang bertarung nyawa.

Saat dia masuk ke dalam rumah agam itu beberapa minit lepas , dia terkejut melihat keadaan cemas yang sedang berlaku di bawah. Sebelum sempat dia bertanya Fakhih menampar pipinya dan menyeretnya naik ke tingkat atas rumah itu.

“Aku menyesal aku ada anak macam kau. Lagi baik kau mati daripada hidup Tengku Felisha” saat kata - kata itu meluncur di bibir bapanya , Felisha dapat merasakan dunia menjadi kelam.

“She left me. She left me” Fakhrul mengulangi kata - kata itu seperti orang tidak siuman. Dimindanya terbayang janji isterinya.

************************************

“Abang ! No ! No!” suara nyaring Hana Aishah memecah kesunyian rumah banglo itu. Bunyi derapan tapak kakinya kedengaran beberapa saat selepas itu. Hilai tawanya yang menjadi muzik di telinga Fakhrul menyusul kemudian.

“You think you can runaway from me” suara Fakhrul bertanya serius. Matanya meliar melihat gerangan isteri yang sudah berlari jauh itu.

Tawa Hana Aishah semakin kuat diselangi dengan nafas berat wanita itu. Bahagia di hati Fakhrul semakin mekar. Kakinya memulakan perjalanan. Mencari gerangan isteri yang sedang bersembunyi.

“I’m coming sayang” mata Fakhrul meliar mencari di ruang tamu di tingkat kedua rumah banglonya. Bayangan isterinya tidak kelihatan maka perjalanannya diteruskan menerokai segenap rumah.

“Come out now sayang. You won’t be able to handle it if I find you” suara Fakhrul memberi amaran memecah kesunyian di ruang keluarga di tingkat bawah rumah itu.

Segaris senyuman terukir di bibir lelaki itu saat haruman tubuh isterinya menusuk ke dalam hidungnya. Semakin dia mendekati langsir di pintu kaca yang menyambungkan rumah banglonya dengan laman bunga itu , semakin kuat haruman itu.

“Sayang... when i find you , you’ll be screaming out . So come on, give up.... Before I catch you” Fakhrul sengaja mahu menguji isterinya dan ternyata dia dapat mendengar tawa isterinya yang sedang ditahan itu. Langsir berwarna kelabu gelap itu kelihatan bergetar. Barangkali Hana Aishah sedang menahan tawanya.

“Where’s my naughty wife who refuse to listen to me? I think she deserves a punishment. But what should the punishment be.. hmmmm” Fakhrul yang sedang berdiri dalam jarak beberapa kaki daripada tempat Hana Aishah bersembunyi itu mengusik.

Beberapa saat kemudian kakinya Fakhrul yang hanya berseluar panjang itu berjalan perlahan menuju ke arah isterinya yang masih bersembunyi itu. Dia berdiri betul - betul di hadapan langsir tempat isterinya bersembunyi itu.

Fakhrul dapat melihat reaksi isterinya yang menjadi kaku saat itu. Barangkali dapat merasai kehadirannya disitu. Senyuman merekah di bibirnya. Bahagia mengembang di dalam dirinya saat dapat menghidu haruman tubuh itu.

“You can’t hide from me Puan Hana Aishah. You’re mine” seiring dengan lafaz itu , tangan Fakhrul menyelak tirai langsir itu.

“Ish abang ni” wajah masam Hana Aishah menyambutnya. Bibir yang diangaukan itu sedang dimuncungkan. Fakhrul dapat merasai detak hatinya yang berirama lain saat dia menarik Hana Aishah ke dalam rangkulannya.

“I told you right...” kata - kata itu disambung dengan pendaratan bibirnya di bibir nipis yang merah semula jadi itu.

Tangan Hana Aishah merangkul leher suaminya yang sedang meneruskan pelayarannya. Matanya dipejam rapat menikmati rasa bahagia yang menerjah dirinya.

“You’re so beautiful” mata Fakhrul merenung ke dalam mata Hana Aishah saat bibirnya yang baru dipisahkan daripada bibir nipis itu berbicara. Wajah Hana Aishah yang berseri - seri itu kelihatan bahagia.

“And you’re so annoying my handsome husband” Hana Aishah mengerutkan wajahnya. Tawa Fakhrul pecah melihat rajuk isterinya.

“Abang jahat. Tak nak kawan” suara Hana Aishah kedengaran berjauh hati. Fakhrul merenung wajah isterinya yang bersih tanpa sebarang mekap itu.

“If it concern your safety I’m willing to be the bad guy” Hana Aishah menggigit bibirnya saat mendengar suara lunak suaminya. Nafasnya dihela perlahan. Penat mahu bertekak dengan suaminya.

“Especially now..” automatik mata mereka sama - sama dihalakan pada bonjolan kecil di perut Hana Aishah. Singlet berwarna krim yang mengikut badan Hana Aishah itu membuatkan perutnya yang sudah mulai besar itu jelas.

“I can’t loose either one of you. I need both of you safe” Hana Aishah dapat merasakan getaran di suara suaminya. Keluhan berat dilepaskan Hana Aishah saat dia merasai telapak tangan suaminya mendarat di tempat kegemaran barunya.

“Abang... look at me” Hana Aishah meminta lembut. Kedua - dua belah tangannya menekup pipi suaminya sebelum didongakkan kepala suaminya. Pandangan mata Fakhrul saat itu meruntun jiwa Hana Aishah.

“I’m fine. Baby is fine. InsyaAllah everything will be just ok” Hana Aishah cuba menyakinkan suaminya. Anak mata hitam itu kelihatan gusar. Begitulah anak mata itu semenjak mereka skan tempoh hari.

“You don’t know that” Fakhrul membalas tegas. Hana Aishah mengetap giginya.

Penat mahu berbalah tetapi semakin lama perangai suaminya semakin mengongkong. Tadi sewaktu dia sedang menyusun pakaian mereka di dalam almari , suaminya yang baru keluar daripada bilik air itu terus menariknya keluar daripada walk in wadrobe mereka.

“Abang. Aishah ok. Abang jangan kongkong Aishah macam ni. Aishah stress” Hana Aishah meluahkan keresahannya. Dia lemas apabila setiap langkahnya dikawal suaminya.

“You’re only safe with me” Hana Aishah memejam matanya rapat mendengar alasan tidak masuk akal suaminya.

Itulah jawapan suaminya setiap kali mereka bertekak. Sudah hampir seminggu semenjak mereka mendengar denyutan nadi anak mereka. Hampir seminggulah segala langkahnya disekat Fakhrul.

“You know what, there’s no point arguing with you. You’re just gonna be the same” Hana Aishah dapat merasakan tubir matanya hangat.

“Abang tak boleh buat Aishah macam ni. Aishah ni human being. I’m not a robot. Orang lain pregnant ok je. Tak ada pulak husband dia orang catu semua benda. Naik tangga tak boleh , angkat baju tak boleh , basuh pinggan tak boleh. Menyampah lah” wajah Hana Aishah dipalingkan ke sisi. Geram betul bercakap dengan suaminya yang sentiasa rasa dia betul.

“Aishah .... “ belum sempat Hana Aishah menyambung amarah , suaminya terus melangkah meninggalkannya terpinga - pinga.

“Ya Allah , bagilah aku kesabaran dapat laki perangai kalah aku yang hormonal mengandung” Hana Aishah menarik nafas dalam. Merajuk lagilah suaminya itu.

“Abang! Abang!” Hana Aishah melaung. Kakinya melangkah membuntuti suaminya. Kakinya melangkah laju berlari menaiki tangga mahu mengejar Fakhrul yang sudah merajuk itu.

“Abang . Kejap lah. Eee penat Aishah nak kejar. Dah la kaki panjang. Aba.... ahhhhh” dalam kegelopohan Hana Aishah itu dia tersilap langkah dan tergelincir. Tetapi sebelum sempat punggung Hana Aishah menghempap lantai tubuhnya ditarik naik.

“Astaghfirullah. Abang” terketar - ketar suara Hana Aishah. Dia memeluk tubuh suaminya erat. Pucat lesi mukanya membayangkan sekiranya tadi dia jatuh tergolek daripada tangga itu.

“You’re ok. You’re fine” Fakhrul memeluk Hana Aishah erat sambil mengulangi kata - kata itu. Degupan jantungnya kencang saat itu. Selepas beberapa minit berkeadaan begitu , dia mengendong Hana Aishah naik ke bilik. Wajah pucat Hana Aishah ditenungnya.

Perlahan - lahan tubuh itu dibaringkan di atas katil kelamin mereka. Mata isterinya sudah berair. Fakhrul mengucup dahi yang licin itu. Anak rambut degil yang berjuntai di dahi itu dirapikan. Peluh jantan mulai muncul di dahi isterinya.

“Wait here. Abang ambik air” sebelum sempat Fakhrul melangkah Hana Aishah menarik Fakhrul ke dalam pelukannya.

“No..” suara sebak Hana Aishah meminta. Erat pelukan Hana Aishah. Fakhrul ikut naik di atas katil. Tidak sampai beberapa saat esakan Hana Aishah bermula.

“I’m sorry. I’m sorry” Fakhrul mengeluh berat saat mendengar tangisan isterinya.

“Why is it so hard for you to listen to me. Abang want the best for both of you” Fakhrul merenung wajah isterinya yang sudah basah dengan air mata itu. Bibir Hana Aishah terketar - ketar menahan sebak.

“Aishah sorry. I’ll listen to you after this” teresak - esak Hana Aishah berjanji dalam tangisannya.

“Sekarang cakap A kejap lagi sayang cakap lain. I don’t want to see you in pain. Once was enough” Fakhrul cuba menahan sabarnya tetapi nada tidak berpuas hati itu tetap kedengaran. Akibatnya tangisan Hana Aishah bertambah lebat.

“Don’t scold me. You’re so mean” Hana Aishah mengadu dalam esakannya. Fakhrul Menarik nafas dalam mengumpul kesabaran melayan kerenah isterinya. Tubuhnya didudukkan sebelum dia menarik Hana Aishah duduk.

“Then listen to me” Fakhrul menjeling isterinya tajam. Tangannya mengesat air mata isterinya yang mengalir.

“Whatever I’m doing is for the best interest of you. I love you more than I love my own self Puan Hana Aishah. I need you safe. Safest place is with me , beside me” Fakhrul mengucup bibir Hana Aishah yang sedang dicebek kesedihan.

“Don’t cry sayang. I hate seeing your tears” Hana Aishah masih tersendu sedan kesedihan walaupun dipujuk Fakhrul.

“I got scared. Aishah ingat .... Ingat Im gonna fall tadi “ semakin kuat raungan Hana Aishah apabila teringat kejadian beberapa minit lepas.

“I can’t loose our baby again. It hurt so much the last time” Fakhrul menarik isterinya ke dalam pelukan saat kata - kata itu meniti bibir Hana Aishah. Erat rangkulannya memberi kekuatan.

“The baby and you going to be just fine. Abang ada. I wont let anything happen to both of you” Hana Aishah menganggukkan kepalanya perlahan. Esakannya masih kuat. Fakhrul menolak isterinya sedikit. Dia merenung ke dalam anak mata coklat yang memandangnnya penuh sayu itu.

“No more pain after this. This beautiful eyes have to look at me with happiness” Fakhrul mengucup kelopak mata isterinya satu per satu

“Aishah sayang abang” Hana Aishah membalas sayu. Jelas cintanya terhadap lelaki itu saat anak mata coklat itu bersinar merenungnya.

“Abang doa our baby will have your eyes. The eyes that made me fall in love with you. This gorgeous brown eye that is fill with so much passion in it” getaran di sebalik tona suara suaminya meruntun jiwa Hana Aishah.

“Aishah sayang abang. Tengku Fakhrul my first and only love. I won’t leave you. We’re in it till forever” Hana Aishah meyakinkan lelaki itu. Keraguan lelaki itu tentang cintanya entah bila akan hilang.

Tiada balasan. Kepalanya ditarik lembut sebelum dibaringkan ke dada suaminya, irama nadi yang menenangkan hati Hana Aishah. Cinta sudah termeterai tetapi entah bila kepercayaan itu akan wujud.

Cinta tanpa kepercayaan. Hana Aishah jujurnya sudah penat mahu berharap tetapi harapan itu akan datang kembali setiap kali di padamkan. Seperti tiada jemu.

“When are you going to trust me? Carrying your baby is still not enough for me to earn your trust right” Fakhrul terdiam saat kata - kata itu meluncur di bibir isterinya yang sedang memejamkan mata di dadanya.
********************************

“Jauh mana Aishah pergi , this heart only knows how to love you” saat dia melihat awan tebal yang terbentang luas di angkasa kelopak matanya ditutup rapat. Hatinya berbisik pilu.

“I have to go. We’re both in pain. We’re in so much pain” air mata hangatnya mengalir untuk kesekian kalinya.

“Aishah terpaksa abang. I’m sorry I broke our promises” hati Hana Aishah menjerit pilu saat melihat matahari mulai terbit. Kegelapan yang menyelubungi mereka selama 4 jam lepas beransur terang.

“I had to. Aishah kena pergi. Not for me. It was never for me” bahunya sudah bergetar menahan sebak.

“Dear. Are you ok? Are you in pain?” penumpang wanita berbangsa Afrika yang duduk di sebelahnya bertanya. Risau dia melihat wanita yang sedari tadi asyik menangis.

Dia melihat Hana Aishah menggelengkan kepalanya laju. Dia melihat sahaja perlakuan wanita yang berjubah hitam dengan sepasang hijab berwarna hitam yang dilit kemas di kepala. Sepasang tangan yang sedang memeluk erat perutnya diangkat sebelum air mata diwajah yang sudah bengkak itu dikesat laju. Hana Aishah melemparkan senyuman pahit.

“Sorry. I didn’t mean to bother you” Hana Aishah menundukkan kepalanya memohon maaf.

“Dont be sorry dear. I was worried because you were cradling your tummy as if you’re in pain” wanita itu menghulurkan satu pek tisu kepada Hana Aishah.

“It’s ok” Hana Aishah menolak malu apabila tisu itu dihulurkan wanita separuh abad itu.

“Trust me. You need this” wanita itu tertawa besar menampakkan satu set gigi berwarna putih yang cantik.

“I’m sorry for bothering you” mata Hana Aishah dilarikan memandang ke ribanya sendiri. Tangannya menggenggam pek tisu yang diberikan wanita tadi.

“Not a bother at all. First time leaving home ayyy?” aksen british wanita itu pekat sewaktu berbicara. Hana Aishah hanya menganggukkan kepalanya perlahan.

“It’s normal dear to miss your family but sacrifices are meant to be painful ayyy” wanita itu menghulurkan sebotol air kepada Hana Aishah. Hana Aishah teragak - agak mahu mengambil. Pesanan Kapten Azam masih lagi tersemat di mindanya. Dan dalam sekelip mata hatinya dipangguk rindu.

“Don’t worry sweetheart. The cap hasn’t been open yet. You’re safe” Hana Aishah termalu sendiri apabila ditegur sebegitu. Beberapa sisipan diambilnya sebelum matanya kembali merenung ke lantai kapal terbang pula.

“You gotta take a good care of yourself. It’s not just you anymore” Hana Aishah tergamam saat mendengar ayat wanita itu. Matanya merenung ke dalam anak mata wanita itu yang berwarna hijau. Saat itu barulah dia perasan kecantikan wanita berambut perang itu.

“I ... you ... I mean ..” tergagap - gagap Hana Aishah mahu menyusun kata.

“I’m just connecting the dots here” sekali lagi wanita itu tertawa riang. Hana Aishah cemburu. Cemburu dengan bahagia yang terpampang di wajah wanita itu. Bahagia yang tidak pernah hadir dalam hidupnya.

“A piece of advice my mom once tells me when I had my first born” wanita itu memegang tangan Hana Aishah. Entah mengapa hatinya terpanggil untuk berkongsi pedoman yang pernah diturunkan oleh ibunya dengan wanita yang kelihatan dalam satu derita yang dalam.

“When you have a life clinging on to you , you will see no failure. Just more challenges that need solutions” dia merenung ke dalam anak mata Hana Aishah yang seperti hilang sedang mencari arah. Mata buntu wanita itu merenungnya lama menghadamkan kata - katanya.

Share this novel

MommyZahra
2020-11-25 21:30:17 

update pls

esther marcus
2020-11-23 00:43:18 

blur sekejap...hmmm...after fakhrul libas tu..adik..lari ke?

Pembaca Setia
2020-11-22 22:55:48 

22.11...


NovelPlus Premium

The best ads free experience