Chapter 33

Romance Completed 625623

“I miss you” setelah lebih setengah jam masing – masing mendiamkan diri , suara garau yang Hana Aishah rindui memecahkan kesunyian malam itu.

“I`m sorry” kali terakhir Hana Aishah keluar bersama dengan Aiman ialah sewaktu adegan Hana Aishah menarik rambut Felisha di pusat beli belah sebulan lepas . Semenjak itu , Hana Aishah sudah jarang berjumpa dengan lelaki ini.

“I can`t believe it. How? I know you Hana. This is not you” kekecewaan Aiman amat jelas daripada nadanya. Hana Aishah tidak perlu memalingkan mukanya untuk mengetahui punca kekecewaan Aiman itu.

“You wouldn`t understand Man. No one will” air mata Hana Aishah gugur. Betul kata Sakinah, dia telah banyak berubah. Hana Aishah yang dulu , tidak kira hebat mana pun ujian dia akan pastikan air matanya tidak gugur di depan khalayak. Sekarang dia sudah tidak peduli.

“Sampai hati kau Hana. I thought you are better than this. So betullah gambar yang viral hari tu?” perlian Aiman itu sudah Hana Aishah jangkakan. Hana Aishah hanya mampu menggelengkan kepalanya sambil tertawa. Benarlah kata hatinya , tiada siapa mampu faham.

“Ok lah Man. Jemputlah datang. Kalau kau still sudi , doakan aku ... hmmm .. entahlah . Aku pun tak tahu sama ada aku nak bahagia atau tak” Hana Aishah tertawa mendengar ungkapan yang keluar daripada mulutnya. Bihun kungfu yang masih tidak berusik itu hanya dipandang sepi.

Suasana di Warung Wok Tom Yam itu memang selalu sunyi. Di sinilah tempat Hana Aishah dan Aiman selalu menikmati makan malam waktu mereka mula - mula bertugas dahulu di jabatan pertama mereka.

“Kau ingat tak time tu kita baru habis round dengan Mommy Tigress. Pukul berapa ye time tu ?” Aiman menghirup teh o ais limau yang berbaki separuh itu. Dipandang muka Hana Aishah. Muka yang selalu tersenyum itu sudah hilang serinya sejak kebelakangan ini.

“11 malam. Damn she drill us so badly that night. So mean” Hana Aishah tertawa mengenangkan malam itu. Mereka yang masih lagi dalam minggu orientasi terpaksa mendengar leteran pakar mereka kerana mereka tidak dapat menjawab soalan sewaktu rondaan malam.

“Gila lah that woman. If she was in our shoe , dah sebulan tagging dengan hari – hari balik tengah malam , aku gerenti otak dia yang geliga tu pun boleh jam” Hana Aishah hanya tersenyum mendengar bebelan Aiman.

Hari itu memang hari yang paling sibuk dalam diari tagging mereka. Untuk pelatih setiap kali mereka memasuki jabatan baru , mereka perlu melalui fasa orientasi yang dipanggil tagging.

Sewaktu tagging ini mereka akan pulang pada jam 10 malam dan untuk menamatkan fasa ini mereka perlu dinilai oleh MO ataupun pakar. Selagi mereka tidak lulus penilaian itu selagi itu mereka tidak boleh berkerja waktu biasa ataupun Oncall.

Dan nak dijadikan cerita hari itu merupakan hari yang paling sibuk bagi mereka berdua , kerja di wad yang sedia ada banyak di tambah pula mereka perlu melihat kes – kes di kecemasan yang datang tanpa henti sehinggakan mereka tidak sempat meneguk air pun.

“And we were so hungry , we wanted to find the restaurant with no people so we can get our food early “ Aiman tersenyum melihat mata Hana Aishah yang bersinar menceritakan peristiwa malam itu.

“We dont even care if the food is trashy. I just need food at that time. Remember how many glasses of drinks we drank just waiting for the food” Aiman masih dapat membayangkan kelaparan mereka malam itu.

“And it turn out that the food wasnt that bad after all. But I`ve been curious about something wei since day one we came here” Hana Aishah meluahkan kebingungannya. Dari dahulu lagi hanya Hana Aishah dan Aiman merupakan pelanggan setia warung ini.

“Apa?” Aiman yang sedang mula menjamah Char Kuey Teow nya itu bertanya. Awal tadi seleranya putus apabila Hana Aishah menghulurkan sampul surat berwarna krim bercorak dedaunan kering itu.

Masing – masing terdiam membisu. Aiman melihat kad berwarna perak yang sangat eksklusif di tangannya. Sehelai daun kering berwarna oren yang telah diawetkan menghiasi muka hadapan kad tersebut.

Tetapi bukan itu yang menarik perhatiannya. Tulisan yang tertera dia atas daun kering itu yang membuatkan mata Aiman terbuka luas. `Tengku Fakhrul & Hana Aishah`. Dia tidak mahu membuka dan melihat isi kad tersebut kerana hakikatnya Aiman tidak mahu mengesahkan apa yang dilihatnya.

“I mean the food isn’t that bad, some food are but still eatable but how come like literally maximum 3 person only per time at the warong” kecurigaan Hana Aishah membuatkan Aiman terhenti makan sejenak untuk berfikir.

“Entahlah wei. Aku pun terpikir jugak tapi I’m trying not to be selfish here but kan bagus. Every time kita datang within 10 minutes dah dapat makanan. Sedap pulak tu” Hana Aishah tertawa melihat Aiman yang sedang melicinkan pinggannya itu.

“I`m gonna miss this” Hana Aishah menambah. Bihun Kungfu nya dipandang sepi. Sudah sejuk dia rasa makanannya.

“Makanlah Hana. Aku janji this won’t be the last” Aiman memandang muka gadis dihadapannya itu. Seri yang muncul di mata gadis itu dikala dia berbicara sebentar tadi sudah hilang.

“Its complicated Man. Aku ...” Aiman memotong keluhan Hana Aishah.

“We will talk about this tonight but right now aku nak kau makan. Lama sangat dah kau pendam sorang. Malam ni , kau kena cakap semua benda sebab aku ada benda penting nak bagi tau kau. Kau kawan aku dunia akhirat Na. This is the biggest secret I have not tell anyone but I need you just like I know you need me. Jadi aku nak kau makan sebab you’re not going back until you spill everything out . Faham Hana Aishah binti Azam ?” Hana Aishah tertawa melihat muka Aiman yang bertukar serius itu tetapi cepat – cepat dia menahan tawanya apabila melihat muka Aiman yang bertukar masam.

“Baik bos” Hana Aishah menabik kepada Aiman ala – ala seorang tentera. Aiman sempat mengetuk kepalanya sebelum ikut tertawa.

“Sakitlah but forgiven sebab kau belanja malam ni” lega hati Aiman melihat Hana Aishah tersenyum kembali. Sinar mata gadis itu kembali. Aiman sudah masak dengan Hana Aishah semenjak hari pertama dia mengenali gadis ini. Emosi Hana Aishah akan terselah melalui sinar dimatanya.

“Alaa . Tapi dah sejuk” Hana Aishah menarik muncung sedepanya.

“Mot” Aiman memanggil satu satunya pelayan di kedai itu. Laju remaja yang berusia 17 tahun itu datang ke arah mereka.

“Ye bang. Nak tambah air ke?” Hana Aishah memberikan pinggang makannya kepada Mot ataupun nama sebenarnya Muhammad Zahar.

“Mot. Makanan akak dah sejuk . Panaskan balik boleh?” manja Hana Aishah meminta. Dia sudah biasa dengan remaja berbadan kurus ini.

“Beres kak tapi akak kena tolong Mot buat kerja rumah Math tu” Mot menunjukkan ke arah longgokan buku di atas meja di satu sudut hujung warung itu. Warung yang terletak di kaki jalan itu kelihatan agak usang dengan hanya 10 buat meja plastik. Lampunya juga kebanyakkannya sudah mati oleh itu di sudut itu sahaja lampu yang berwarna oren itu paling terang.

“Alright. Nanti bawak buku tu datang sini. Sementara tunggu makanan akak , kita buat sama – sama” mendengar kata – kata Hana Aishah , laju kaki Mot yang berseluar skinny jeans koyak di lutut itu menghantar makanan Hana Aishah.

“Kau ni kalau tak tolong orang tak sah. Ada je benda kau nak buat” Aiman yang sudah terbiasa dengan sikap Hana Aishah yang terlalu pemurah itu hanya mampu menggelengkan kepalanya.

“Kesian dia wei. Aku tolong ajarkan je” Aiman sempat mencebik mendengar kata – kata Hana Aishah kerana Aiman tahu Hana Aishah lah yang membelikan buku – buku ulang kaji untuk Mot itu. Hana Aishah sempat menjelirkan lidahnya kearah Aiman sebelum Mot datang dengan buku latihannya.

Aiman tersenyum melihat Hana Aishah mengajar Mot. Sewaktu mereka awal – awal datang ke kedai ini , Mot selalu berkumpul dengan rakan – rakan motornya di warung itu. Geng Mat Rempit Alam katanya. Aiman tidak menggemari mereka , sudahlah tidak membuat pesanan makanan , setakat minum ais kosong sahaja malah mereka selalu membuat bising dengan bingitan motor mereka.

Tetapi pandangannya terhadap Mot berubah melihat sikap remeja itu. Tidak kasar apabila berbicara. Semakin lama , mereka semakin rapat dan Mot mula bercerita tentang kehidupannya.

Satu kelebihan Hana Aishah yang selalu Aiman kagumi. Gadis ini akan melayan sesiapa sahaja dengan sama rata tanpa mengira asal usul mereka. Mungkin kerana itu Hana Aishah berjaya memujuk remeja ini untuk mula fokus kepada pelajarannya.

Mot yang tinggal bersama ayahnya di rumah mereka di Shah Alam itu mempunyai 11 orang adik beradik. Ayahnya berkerja sebagai jaga di kilang papan berhampiran. Ibu bapa mereka bercerai sewaktu Mot berusia 10 tahun. Adik beradik mereka berpisah merata, ada yang duduk dengan ibu mereka dan ada juga yang dijaga saudara mara.

Di rumah mereka hanya dia dan ayahnya sahaja tetapi ayahnya jarang berada di rumah. Gaji ayahnya juga hanyalah sedikit setelah di beri kepada adik beradiknya. Makan minumnya di jaga sendiri semenjak dia bersekolah menengah.

Hana Aishah akan pastikan setiap minggu sekurang kurangnya satu kali mereka akan ke warung ini hanya kerana dia mahu membantu Mot. Sekiranya dia tidak sempat maka dia akan memastikan Aiman akan pergi.

Pada mulanya Aiman tidak suka sikap Hana Aishah yang pemurah sangat dengan Mot terutamanya apabila Hana Aishah memberi duit belanja untuk remaja kerana dia tahu sangat perangai budak – budak rempit yang akan menggunakan duit ke jalan yang tidak betul. Tetapi apabila dia melihat kesungguhan remaja itu untuk belajar , dia turut membantu sama.

“Mot kena study betul. Akak percaya Mot boleh lulus semua subjek SPM. Mot aim lulus je. Janji dapat masuk uni. When you have a diploma and degree insyaAllah , Mot boleh bina hidup sendiri. Tak yah depend dekat orang. Akak doakan Mot” pesanan yang sentiasa Hana Aishah titipkan kepada Mot setiap kali dia datang.

“Thanks akak ajar Mot. Mot risau BI dengan Math” buku matematik itu ditutupnya.

“Boleh punya. Mot buat soalan past year tu je. Buat banyak – banyak kali. Kalau tak tahu , tengok jawapan. Kalau tak faham Mot tanya cikgu. SPM lagi 6 bulan je kan , akak tahu Mot nak keluar dengan kawan - kawan tapi Mot kena ingat SPM ni sekali je. So Mot buat betul – betul kali ni je. 6 bulan ni fokus kat study je. Ok?” sambil menasihati Mot licin Hana Aishah menghabiskan Bihun Kungfunya itu.

“Mot dah kurang keluar dengan diorang sebab habis kerja Mot balik terus tapi itulah diorang macam pulau Mot dekat sekolah” Hana Aishah dapat mendengar suara kecewa remeja itu. Dia pun pernah melalui fasa itu.

“Mot 10 tahun dari sekarang , time kau tak ada duit kawan – kawan kau tu tak datang tolong kau. Sijil yang kau ada je mampu tolong. Dalam hidup kena pandai pilih kawan” sempat Aiman membebel kepada remaja itu. Mot hanya menganggukkan kepalanya.

“Solat jangan tinggal. Ingat akak pesan. Maybe lepas ni akak tak dapat datang kerap dekat sini” berubah muka Mot mendengar bicara Hana Aishah.

“Ala kenapa? Akak kena pindah ke?” muka Mot sudah bertukar suram. Hana Aishah dan Aiman sahaja yang selalu membantunya untuk belajar. Di sekolah , kerana dia berada di kelas paling hujung cikgunya pun hanya mengajar hangat – hangat tahi ayam.

“Tak. Nah kad kawin akak. Akak nak kawin dah. Nanti Mot datang tau” Hana Aishah menghulurkan kad kawinnya.

“Akak . Ni lagi 5 hari. Akak biar betul” Mot memandang muka Hana Aishah dengan pandangan tidak percaya. Hana Aishah terpaksa menyembunyikan perasaannya. Senyuman paksa diberikan.

“A’ah . Sebab tu akak tak boleh selalu datang. Dah kawin ni complicated sikit. Tapi Mot ada nombor akak kan. Nanti apa – apa roger kat situ je” Hana Aishah dapat merasakan bebanan berat di hatinya kembali. Dia sudah dapat membayangkan kehidupannya nanti.

“Dont worrylah . Nanti abang bawak kakak kau ni datang. Kita tengok Firaun nak buat apa” Aiman yang dapat melihat perubahan di wajah Hana Aishah itu cuba menceriakan suasana.

“Kenapa Firaun?” Mot sudah menggaru kepalanya yang di tutupi topi Calvin Klein tiruan yang dipakai senget ke tepi itu.

“Its complicated” Hana Aishah dan Aiman berkata serentak. Mata mereka berpandangan sebelum tawa mereka meletus.

“Mot ingat akak dengan abang couple. Manalah Mot tau akak dah ada boyfriend lain” mendengar komen jujur Mot itu membuatkan tawa mereka terhenti sebelum Aiman memandang Hana Aishah dengan satu pandangan yang aneh. Masing – masing terdiam.

********************************************

~Abah told me you are staying over at Sakinah. Why didn`t you tell me first?~ Fiancee


Mesej itu sampai tepat pukul 11.13 malam. 7 minit sudah berlalu tetapi Hana Aishah hanya memandang mesej itu sepi. Untuk sekarang dia masih selamat kerana dia tidak membuka lagi mesej whatsapp itu , maka lelaki itu tidak tahu dia sudah membaca mesej itu melalui notifikasi.

“Cha. Kau ni . Sepatutnya kita girl`s night malam ni tapi kau melepek atas katil aku dengan baju tak tukar dari balik tadi” bebelan Sakinah itu mengejutkan Hana Aishah. Dia bangun duduk sambil memandang ke arah Sakinah yang sudah memakai baju tidur Totally Spies separa lutut itu.

“Hah tu mengelamun lagi. Dah la kau tak bagi aku plan Bachelorette Party kau. Kau kata nak spend time dengan aku je. Tup tup kau keluar dengan si mamat Aiman tu. Pukul 11 malam baru balik. Pastu dah la aku kena tipu Uncle Kapten kau ada dekat rumah. Kau tau tak scary . Pastu ... Aaah” terjerit Sakinah apabila leterannya di balas dengan pelukan Hana Aishah yang sedang duduk di bucu katil itu. Kepala Hana Aishah dibaringkan di atas perut Sakinah yang buncit itu. Gebu seperti kusyen.

“Dah kau ni kenapa Cha?” Sakinah memandang ke arah Hana Aishah yang mengangkat mukanya untuk merenung sahabat baiknya yang sedang berdiri bercekak pinggang itu.

“Thanks Kina. You don`t know how much I need tonight. Aku tau aku susahkan kau tapi I need this tonight. Aku sayang kau dunia akhirat” berkaca mata Hana Aishah memandang ke arah Sakinah. Satu keluhan berat dilepaskan Sakinah. Dia mengusap rambut Hana Aishah yang panjang mengurai itu.

“Aku pun sayang kau tapi aku sayang kau extra kalau kau pakai baju Totally Spies kita and matchy matchy dengan aku” Sakinah dapat melihat lingkaran gelap yang mengelilingi mata Hana Aishah dan dia pasti itu bukan kerana dia tidak cukup tidur. Tetapi kerana pernikahan gadis ini yang akan berlansung lagi lima hari.

“Ok tapi aku Sam tau sebab aku suka warna merah” manja Hana Aishah meminta sambil dia membulatkan matanya. Mereka selalu berebut kena menginginkan karakter Sam di dalam kartun itu.

“Ahh that damn puppy eye” sengaja Sakinah mengenakan eksen British untuk mengusik Hana Aishah. Hana Aishah tertawa besar sebelum memukul punggung Sakinah dan melarikan diri ke dalam bilik air dan menguncinya .

“Cha! Siap kau keluar nanti. Aku geletek kau sampai pengsan” Hana Aishah yang sedang menanggalkan bajunya itu tergelak mendengar ugutan Sakinah itu.

Sejurus cucuran air panas mengenai tubuhnya , Hana Aishah dapat merasakan otot – ototnya yang tegang itu mula merenggang. Bau syampu rambutnya yang berunsur epal melegakan lagi mindanya.

Ingatannya terbang kepada saat dia dan Aiman berjalan di Taman Ekuestrian di UPM Serdang. Malam itu Taman itu mengadakan persembahan larian kuda dan Aiman mendapat dua tiket percuma daripada abangnya.

Pada malam dikala kuda – kuda itu terperangkap di dalam sangkar , Aiman membuka sangkar rahsianya. Hana Aishah terdiam mendengar pengakuan Aiman. Terlalu banyak perkara berlegar di mindanya saat itu.

Hana Aishah kusut memikirkan masalah yang akan dihadapinya. Terlalu banyak perkara yang terpaksa dia korbankan jika perkahwinan ini diteruskan.

Aiman perlukan Hana Aishah dan dia pasti Fakhrul tidak akan membenarkannya keluar seperti selalu. Sedangkan sekarang sahaja lelaki itu sudah menunjuk belangnya .

Sekembali Hana Aishah daripada umrah , segalanya berubah. Daripada pakaiannya yang diubah sepenuhnya oleh lelaki itu sehinggakan pergerakannya. Apabila Hana Aishah mempersoalkan perkara ini kepada ahli keluarganya , jawapan mudah mereka `He`s not changing you plus if he is at least its towards the betterness`.

Sedangkan adik lelakinya yang sebelum ini tidak mempersetujui perkahwinan telah berpaling tadah. Boleh dikatakan setiap minggu Alif Haziq keluar berjumpa dengan Fakhrul dan abangnya.

“Damn he`s so good with polo. I think I just find my new hobby” Hana Aishah masih ingat kata – kata Alif Haziq yang baru pulang daripada bermain polo bersama Fakhrul.

Kapten Azam pula sangat menyukai lelaki itu sehingga membenarkan Alif Haziq bermalam di rumah Fakhrul sewaktu Fakhrul mengajak adiknya itu menonton perlawanan bola di rumah lelaki itu. Hana Aishah yang mendengar berita itu rasa seperti mahu menjerit tanda protes tetapi terpaksa di pendam.

Yang paling Hana Aishah tidak boleh terima apabila pergerakannya di kawal ibu bapanya. Awalnya Hana Aishah menyukai apabila dia di ambil dan dihantar Alif Haziq , tetapi apabila dia sudah tidak bebas keluar bersama rakan – rakannya terutamanya jika ada rakan lelaki , dia sudah dapat mengagak bahawa ini semua agenda Fakhrul.

Hana Aishah sudah mula memberikan kad jemputan tetapi dia hanya memberi kepada orang – orang tertentu sahaja kerana sebolehnya dia masih mengharapkan perkahwinan ini tidak terjadi.

Hutangnya dengan Aiman untuk menjelaskan semua ini masih tidak terlangsai kerana itu dia membuat alasan untuk bermalam di rumah Sakinah supaya dia dapat keluar bersama Aiman.

Ahli keluarga besarnya sudah mula berkampung di rumah mereka. Persiapan perkahwinan di rumah membuatkan Hana Aishah lebih banyak menghabiskan masanya di hospital kerana dia masih tidak dapat menerima pernikahan yang bakal berlaku dalam masa kurang dari 5 hari ini.

Melihat jari - jari yang sudah mengecut di bawah pancuran air menyedarkan Hana Aishah daripada lamunannya. Cepat – cepat dia membersihkan rambutnya daripada syampu. Usai Hana Aishah menutup pancuran air dan melihat kearah penyidai tuala, baru dia menyedari yang dia terlupa untuk membawa tuala tadi kerana bergegas lari kedalam bilik air.

“Haih. Nasib baik bilik Kina ni ada built in bathroom, kalau tak freeshow dekat Boboy” sempat Hana Aishah membebel di dalam hatinya.

Lucu pulak dia membayangkan adik Sakinah , Boboy yang berumur 11 tahun itu. Adiknya itu direzekikan tanpa rancangan kerana itu jarak mereka jauh. Sakinah mempunyai 5 orang adik beradik dan dia anak perempuan tunggal. Kesemua abang - abangnya sudah berkerja dan tinggal berasingan.

“Kina. Aku lupa ambik towel tadi. Please help be baby boo. Ke kau nak aku freeshow kat kau. Lama dah kau tak tengok aku in my birthday suit” Hana Aishah mengintai disebalik pintu bilik air itu. Sakinah yang sedang berbaring di atas katil sambil bercakap telefon itu terkejut mendengar laungan Hana Aishah itu.

“Ayook. Kina gayut dengan Pak we. Takpelah kau tak nak tengok nude show aku. Wei cakap pasal nude , kau ada wax extra tak? Period aku habis semalam so ingat nak waxing today” bebel Hana Aishah daripada sebalik pintu bilik air itu.

“Kina . Aku tengah cakap dengan kau ni kau pandang aku macam tu kenapa? Cepatlah , aku dah sejuk. Nak towel” Hana Aishah sudah terkinja – kinja disebalik pintu bilik air Sakinah itu. Kesejukan sudah mencengkam sehingga ke tulangnya.

“Hah? Aaaaa ... Towel. Yes , yes” Sakinah yang terkejut dengan jeritan Hana Aishah itu , mencampakkan telefon di tangannya ke atas katil sebelum berlari mengambil tuala berwarna hijau lumut di atas kerusi meja soleknya dan memberikan kepada Hana Aishah.

“Wei Kina. Kau ni kenapa dah macam kena sampuk hantu. Dok tercegat dekat situ. Kau ok tak?” Hana Aishah yang baru keluar daripada bilik air dengan hanya tuala itu memandang Sakinah pelik. Gadis montel itu sedang berdiri tercegat di hujung katilnya.

“ Wei mana pyjama Totally Spies aku? Sejuknya bilik kau ni. Alaaa Kina. Baju ni tidur ni kontot , aku tengah sejuk ni. Siapa nak hangatkan aku malam ni?” sepantas mulut Hana Aishah membebel , sepantas itu juga dia menyarungkan baju tidur yang mencecah atas lututnya itu. Hana Aishah sedang mengeringkan rambutnya yang basah itu dengan menggunakan tuala.

“Chaaaa..” panjang leretan Sakinah memanggilnya.

“Kenapa wei?” Hana Aishah menghentikan proses mengelap rambutnya kering. Muka Sakinah yang kelihatan pucat itu dipandangnya pelik.

“Kau ok tak ni Kina. Kenapa wei? Yang patut takut aku bukan kau sebab yang nak kena face first night in 4 night times aku Kina. Bukan kau” Hana Aishah cuba membuat lawak tepi senyuman palsu Sakinah makin membingungkannya.

“Tadi yang cakap telefon dengan aku tu kan... Tu ... ermm ...” suara Sakinah kedengaran teragak – agak itu membuatkan Hana Aishah tergelak.

“Siapa wei? Prince Charming yang bakal menyelamatkan aku daripada Firaun ke?” gurauan Hana Aishah itu dibalas dengan sengihan Sakinah yang kelihatan palsu itu.

“Kalau prince charming tu kau maksudkan bakal suami kau , maknanya ...” ayat yang dibiarkan tergantung itu membuatkan segala pergerakan Hana Aishah terhenti. Walaupun daripada segi perubatannya mustahil , dia rasa jantungnya terhenti sejenak.

“Kina kau jangan main – main. Aku cakap pasal nudity semua Kina”cemas Hana Aishah menginginkan kepastian. Apabila Sakinah mengangguk kepalanya , Hana Aishah dapat merasakan dunianya berputar.

“Shit. How much things did he listen to? Kenapa kau tak off Kina?” Hana Aishah sudah terduduk di atas kerusi meja solek di bilik Sakinah itu.

Dekorasi bilik Sakinah yang sebijik dengan biliknya itu terasa berpusing. Eh ke kepala Hana Aishah yang berpusing? Beza bilik mereka hanyalah warna , Hana Aishah berwarna merah jambu manakala Sakinah berwarna turqoise.

“Off? Cha ..” kata – kata Sakinah cukup untuk memalingkan muka mereka ke arah Iphone Hana Aishah yang terdampar di atas comforter bercorak patung beruang yang berwarna hijau itu. Perlahan – lahan Hana Aishah dan Sakinah bergerak ke atas katil untuk melihat Iphone berwarna merah itu. Skrin telefon yang malap itu memberi harapan kepada mereka. Mungkin talian sudah terputus lama.

Sakinah memberi isyarat mata supaya Hana Aishah menghidupkan skrin telefon itu. Hana Aishah pula menggelengkan kepalanya oleh itu Sakinah memberanikan diri menyentuh skrin telefon itu dan kedua – duanya terduduk apabila melihat nama yang tertera di skrin.


Fiancee

00:43


*****************************************

“Kina nak pegi mana ni? Ngantuklah. Semalam aku post call pastu kena tak dapat tidur malam tadi sebab stunt kau” Hana Aishah menghadiahkan satu jelingan tajam kepada Sakinah. Sakinah yang sedang menyeret tangan Hana Aishah itu hanya tersengih seperti kerang busuk.

Sakinah mengejutkan Hana Aishah seawal jam 9 pagi. Sepanjang malam semalam Hana Aishah tidak dapat melelapkan matanya membayangkan Fakhrul yang mendengar semua perbualannya dengan Sakinah.

Sakinah mengambil tindakan pantas dengan mematikan talian sejurus melihat panggilan yang masih berterusan itu. Mereka saling berpandangan sesama sendiri dan masing – masing mendiamkan diri.

Sepanjang malam itu Hana Aishah tidak menerima sebarang pesanan mesej ataupun panggilan daripada Fakhrul. Penantian itu menyebabkan dirinya cemas dan akhirnya dia tertidur keletihan pada jam 3 pagi. Sudahlah memang dia tidak cukup tidur kerana baru habis kerja malam, ini pula ditambahkan dengan kerisauan yang menganggu tidurnya.

“What is this place Kina?” Hana Aishah melihat mereka melepasi beberapa buah rumah kayu. Hana Aishah yang sememangnya sudah terbongkang sepanjang perjalanan mereka kesini tidak tahu di mana mereka berada sekarang.

“I like you better when you are asleep?” komen Sakinah itu dibalas dengan jeliran lidah daripada Hana Aishah.

Mereka berdua mengeakan gaun cotton berwarna putih berbentuk A Cut. Hana Aishah mengenakan selendang berwarna pink belacan , manakala Sakinah pula memakai skaf berwarna kelabu.

“Kina. I rarely see you in grey but it suits you lah” Hana Aishah memuji Sakinah.

Antara mereka berdua Sakinah lebih feminin , dengan fesyennya yang sentiasa mengikuti perkembangan sesama dan kemahiran mekapnya. Hana Aishah pula jenis yang akan memakai pakaian yang paling selesa dan tidak perlu digosok. Mekap khas untuk waktu dia bersosial sahaja kerana tahap kemalasannya.

“Everything suits me honey. I`m the Queen of Plus Size” tersenyum lebar Sakinah menggelarkan dirinya Puteri.

Hana Aishah menyukai sikap Sakinah. Daripada dulu sehingga sekarang , gadis ini tidak pernah kisah akan perihal orang lain. Dia buat apa yang dia suka.

“I wish I can be like you. Cantik luar dan dalam” sesampai mereka di hadapan pintu salah sebuah rumah kayu yang berunsurkan Minangkabau itu Sakinah memandang ke arah Hana Aishah dengan senyuman lebar yang menampakkan giginya.

Sewaktu melintasi deretan rumah – rumah tradisional tadi , mereka melepasi sebelah air pancut yang dihiasi kristal berbentuk hati di tengah – tengahnya. Gabungan ciri moden dan klasik dengan suasana redup kerana pohon - pohon rendang yang kaya di situ menarik ketenangan pengunjungnya.

“And I wish I can be as selfless as you. Cantik luar , dalam , depan , belakang , atas dan bawah. Sebab tu aku bawak kau datang sini” suara ceria Sakinah menarik kembali perhatian Hana Aishah.

“You deserve this and every happiness in the whole wide world. Do you know why? Because when you put others happiness before you , you are going to be the happiest person in the hereafter. Aku sayang kau sebab tu even when you said no , I still ....” sebelum sempat Hana Aishah hendak mengalirkan air matanya mendengar ucapan manis sahabat baiknya itu pintu kayu dihadapan mereka terbuka.

“Surprise” mulut Hana Aishah terbuka luas melihat kumpulan gadis – gadis di hadapannya.

“Surprise Cha. I know you said no but you deserve this” air mata Hana Aishah sudah mengalir seperti air terjun.

Wanita - wanita penting yang berkumpul dihadapannya ini merupakan sahabat baiknya daripada sekolah menengah , universiti dan tempat kerjanya. Kesemua mereka mengenakan m gaun berwarna putih sepertinya dan tudung kelabu seperti Sakinah.

“I have been given the honour to put on the crown on our future bride” Aida sahabat baiknya sewaktu di universiti meletakkan tiara yang berbatu pink di kepalanya sebelum memeluknya erat.

“The 4 bubbles are back including this munchkin” Nina memeluk bahu Aida sambil tersenyum lebar dan menunjukkan Ipad nya.

“Jo ! Oh my god” Hana Aishah sudah melompat kegirangan melihat sahabat baiknya Josine yang berada di German sekarang.

“I`m so sorry sweetheart I can`t be there” Josine gadis berketurunan Kadazan itu mendapat tawaran untuk membuat kepakaran dalam bidang Medical Statistics. Dia yang memang tidak meminati bidang praktikal itu terus merebut peluang itu dan terbang ke sana.

Sewaktu mereka di universiti dahulu , Hana Aishah dan mereka bertiga sentiasa melekat bersama. Mereka dipanggil The 4 Bubbles kerana sewaktu kelas Biochemistry , mereka bertiga yang kebosanan ini akan bertanding siapa dapat membuat belon yang besar daripada gula – gula getah mereka. Profesor Maliga yang sudah masak dengan perangai mereka , menggelar mereka The 4 Bubbles.

“Ya Allah. I miss the bubbles so much” air mata Hana Aishah sudah mencurah – curah sambil memeluk mereka. Aida sekarang bertugas sebagai doktor pelatih di Johor manakala Nina akan memulakan tugasan sebagai doktor pelatih di Sarawak pada bulan hadapan.

“Alright bubbles , split up. Jangan block jalan. Sambung reunion dekat dalam” Sakinah menarik Hana Aishah masuk ke dalam Vila tersebut.

Hiasan dalam villa itu bertemakan unikorn. Walaupun Villa itu seperti dimuntahkan dengan warna merah jambu yang merupakan warna kegemaran Hana Aishah tetapi yang menarik perhatian Hana Aishah adalah kek yang berbentuk tulang manusia dan steteskop yang menghiasi meja bersebelahan dengan kolam mandi yang terletak di ruangan tengah rumah itu.

“I still can`t believe it” komen Mei yang sedang melilitkan tutu berwarna pink di pinggang Hana Aishah itu.

Hana Aishah masih ingat reaksi Mei sewaktu dia memberikan kad jemputan kahwinnya. Nasib baik dia sempat menutup mulut Mei sebelum gadis itu menjerit di tengah – tengah kafeteria hospital. Dia hanya menjemput rakan - rakan yang mula - mula masuk berkerja dengannya dan juga beberapa rakan rapatnya yang lain.

“Me either” nada suara Hana Aishah yang serius itu membuat mereka semua tertawa. Biarlah Hana Aishah seorang sahaja faham maksud kata - katanya itu.

“So people . Lets party” dan laungan Sakinah itu merupakan permulaan untuk hari yang terindah untuk Hana Aishah.

Buat seketika bebanan di hatinya seperti diangkat pergi. Hari itu Hana Aishah meluangkan masa bersama orang – orang yang disayanginya. Wanita – wanita penting dalam 3 tahap kehidupannya yang berbeza.

Tetapi untuk tahap seterusnya dalam kehidupannya, dia mungkin akan kehilangan mereka ini, oleh itu dia akan menghabiskan sebanyak peluang yang dia ada sekarang.
************************************************

“So many gift Kak Dik. Jom unboxing” laju tangan Hana Aqilah mengoyakkan kotak segi empat di hadapannya.

Sewaktu mereka berangkat pulang selepas isyak tadi , perpisahan itu terasa berat bagi Hana Aishah. Hana Aishah menahan air matanya daripada gugur tetapi Sakinah terlalu mengenali dia. Terlalu banyak pesanan Sakinah berikan kepadanya. Dia memeluk Sakinah erat selepas Sakinah membantunya mengangkat hadiah – hadiah yang dia dapat petang tadi.

“Kak Dik. Ohh . So sexy” Hana Aqilah mengejutkan Hana Aishah daripada lamunannya. Terkejut dia melihat gaun tidur berkain sifon yang bertali halus itu. Gaun tidur berwarna hitam yang jarang itu kelihatan sangat pendek

“Ya Allah. Achik dah jangan bukak hadiah lain tu. Ya Allah these girls “ cepat tangan Hana Aishah merampas baju tidur itu daripada Hana Aqilah yang sedang memperagakan baju itu di badannya. Dia mencari kotak baju tersebut dan Hana Aishah mengetuk dahi melihat label kotak itu yang bertulis La Perla.

“Alaa Kak Dik. Achik nak tengok jugak” Hana Aishah membulatkan matanya memandang Hana Aqilah. Dia sendiri tidak dapat mempercayai matanya melihat hadiah yang diberikan Nina itu.

“Eee , malulah sikit Achik ni. Kak Dik pun malu tau tak” bebelan Hana Aishah yang sibuk membungkus balik baju tidur tadi tidak diendahkan Hana Aqilah. Malahan gadis itu sedang membuka lagi satu bungkusan.

“Ok. Wait up bang. She just reached home. Kak dik , abang Fa...” Alif Haziq yang sedang bercakap telefon dengan Fakhrul itu menerjah masuk bilik Hana Aishah tanpa salam.

“What the hell? Is that even considered a clothing?So skimpy and see through” terkejut Alif Haziq melihat sepasang lagi gaun tidur yang dipegang Hana Aqilah.

Gaun tidur les berwarna merah sedang di tayangkan Hana Aqilah. Tahap kejarangan gaun itu sama seperti gaun hitam tadi tetapi tanpa sebarang fabrik dibelakang walaupun agak labuh daripada yang pertama tadi . Hana Aishah sudah bertukar menjadi tomato di situ.

“This what you call nightie slash lingerie. Banyak gila Kak Dik dapat Alif” muka Alif Haziq seperti mahu termuntah mendengar penjelasan Hana Aqilah.

“Achik apa ni? Kak Dik dah cakap jangan bukak kan. These girls saja nak kenakan Kak Dik” Hana Aishah meluahkan kegeramannya. Dia merampas gaun tidur daripada Hana Aqilah dan memasukkan kedalam bekasnya tanpa melihat jenamanya pun.

“Oh God. What have I seen and heard?” Alif Haziq tidak dapat menyembunyikan kegeliannya dan dia melihat Hana Aishah yang sedang menyumbat segala hadiah yang dia dapat ke dalam almari bajunya.

“Alif ni masuk bilik Kak Dik kenapa? Didn`t even knock?” Hana Aishah membebel sambil menyumbat hadiah – hadiah tersebut di dalam almari.

“Alaa akak. Achik nak tengok hadiah tu semua. Nanti nak shopping before Achik kawin. Kawan – kawan Achik mana la mampu nak beli La Perla , Versace , Cosabella . Heck , nak beli Victoria Secret pun tak mampu kot “ Hana Aishah hanya menggelengkan kepalanya mendengar rungutan Hana Aqilah. Antara mereka bertiga adik beradik perempuan Hana Aqilah lah yang paling suka membelanjakan duit secara boros.

“You know what , just stop talking about lingeries , nighties or whatever the heck this is. Oh God I can’t undo this” Hana Aqilah sudah tertawa melihat muka Alif Haziq yang sudah pucat itu.

“Kak Dik. Ni Abang Fakhrul on the line. Dia call Kak Dik tak dapat” mendengar kata – kata Alif Haziq itu , Hana Aishah menepuk dahinya untuk kesekian kali.

“Oh God, not again” Alif Haziq memandang Hana Aishah pelik apabila mendengar suara kakaknya yang berbisik seperti dia bercakap dengan diri sendiri.

“Kak. Nah. I need to get out from this room. Kak Cik is so eeeeuwww “ Alif Haziq menyerahkan Iphone 11 berwarna hitam itu di tangan Hana Aishah sebelum berlari keluar sambil di kejar Hana Aqilah.

“Baby. Kau mari sini. Abah...” Hana Aishah dapat mendengar sayup – sayup suara Hana Aqilah yang mengadu kepada abahnya.

Suasana rumah yang bising dengan sanak saudara itu tidak Hana Aishah dengari lagi. Fokusnya sekarang adalah Iphone di hadapannya yang tertera nama ‘Abg Fakhrul’. Matanya seperti semalam tertacap pada skrin iphone itu. Perlahan – lahan telefon itu diletakkan di telinganya.

“So should we use morse code now?” suara ceria Fakhrul menyapa gegendang telinga Hana Aishah. Hana Aishah masih diam membisu. Cuma deruan nafasnya sahaja yang kedengaran.

“Glad you didn’t cut my call like last night ” suara Fakhrul mengusiknya itu cukup untuk membuat jantung Hana Aishah bergerak pada tahap paling laju. Penghawa dingin di dalam bilik itu terasa panas secara tiba – tiba. Peluh mula memercik di dahinya. Hana Aishah masih berdiam diri.

“Aishah. The only reason I know you are there is because I can hear you breathing. You owe me an explanation” suara Fakhrul kedengaran tegas di hujung ayatnya.

“I don`t need to explain myself to you. You shouldn`t have listen to others private conversation ok Mr Fakrul. Cikgu tak ajar ke dekat sekolah dulu” kemarahan Hana Aishah secara tiba – tiba itu membuatkan tawa Fakhrul pecah. Muka Hana Aishah bertukar masam apabila mendengar dirinya ditertawakan.

“Hariz is right my future bride is so peculiar” tawa Fakhrul masih belum terhenti.

“Mr Fakhrul kalau asyik nak gelakkan saya baik tak payah call. So annoying” geram pulak Hana Aishah mendengar ketawa lelaki itu. Perasaan meluat dan menyampah datang bertimpa - timpa.

“Ok , I`m sorry. What I meant by explanation is the reason why you went to Sakinah house but didn`t inform me earlier. But if you want to explain about the other things also I don`t mind” sempat Fakhrul mengusik Hana Aishah sehingga gadis itu menepuk dahinya memikirkan kebodohannya.

“I told mak and abah already. I don`t feel the need of telling you. We are not even married” nada selamba Hana Aishah itu memanaskan hati Fakhrul.

“Not married yet Hana Aishah. Remember yesterday when you were telling Sakinah you have 4 sleeps away from first night. Well guess what , you are now 3 sleeps away” sengaja Fakhrul mahu menyakitkan hati Hana Aishah.

“Eee Mr Fakhrul ni kan. Suka hati je tau nak dengar private convo orang” kegeraman Hana Aishah disalurkan kepada Cik Ted nya. Habis patung beruang itu ditumbuknya.

“Remember Hana Aishah. Do not test me. Once we are married there should be no secrecy. You know me better than to try lying to me” nada Fakhrul yang selamba itu menggerunkan Hana Aishah.

Hana Aishah sudah arif dengan perangai Fakhrul yang satu itu. Lelaki itu paling benci penipu kerana itu Hana Aishah lebih sanggup bercakap benar dan dimarahi bodoh daripada kerjayanya musnah hanya kerana penipuan.

“Understand?” suara Fakhrul memecah lamunan Hana Aishah.

Dia teringat kejadian seorang MO dikenakan tindakan tata tertib hanya kerana MO itu menipu yang dia sudah menyelesaikan permohonan SOCSO pesakit untuk pembedahan walhal permohonan belum dibuatkan pun.

“Faham” perlahan suara Hana Aishah membalas. Matanya menenung ke arah Cik Ted yang sudah terperosok di celah katilnya.

“On another note , how many lingeries and nighties do you have as off today’s call cause I`m planning to gifting my wife more” terbeliak mata Hana Aishah mendengar kata – kata Fakhrul yang kedengaran serius itu.

“Mr Fakhrul. Eeee . Tak baiknya. Buli saya. Fine tak nak kawan. Ok bye” terus Hana Aishah mematikan panggilannya.

Ya Allah , malunya dia. Ini mengesahkan bahawa lelaki itu mendengar segala perbualannya dengan Sakinah semalam

Cuckoo! Bunyi deringan notifikasi telefon Hana Aishah menyedarkan Hana Aishah daripada kejutannya. Kelam kabut Hana Aishah mencari telefonnya.

Iphone Alif Haziq yang digunakannya tadi dicampak di atas katil . Dia melihat satu pesanan baru yang masuk ke dalam whatsappnya daripada Fakhrul.

~I tak nak kawan dengan you pun. I nak kawin je. Make sure you pack up all the gift ;) ~ Fiancee


Melihat lelaki itu menggunakan emoji buat pertama kalinya dan Hana Aishah dapat melihat pengakhiran hidupnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience