Chapter 6

Romance Completed 625623

“Inilah syurga” jerit Hana Aishah. Orang sekeliling yang sedang berjalan di Publika memandangnya pelik. Aiman yang sedang berjalan seiring dengan Hana Aishah hanya mampu menebalkan muka. Dia tahu sangat perangai Hana Aishah yang selamba sahaja buat apa dia suka.

“Hana seriously “ Aiman memarahi Hana Aishah dan dia dapat hadiahnya. Pakkk!! Hana Aishah menepuk belakang badan Aiman sehingga dia mengerang kesakitan.

“That’s for being a party killer” jelingan maut Hana Aishah berikan sambil dia berlalu pergi meninggalkan Aiman.

“Hana wei , where the hell are you going? Slow lah wei” Aiman memanggil Hana Aishah yang tengah speed walk. Hana Aishah kalau merajuk boleh tahan lama. Dia ingat lagi sewaktu mereka di Jabatan Perubatan , dia termarah Hana Aishah kerana stress dan akibatnya seminggu Hana Aishah tak nak bercakap dengannya.

“Jom aku belanja kau makan Salon du Chocolat favourite kau” pujuk Aiman.

“Fine but I’ll order the most expensive dish. Kau ni , aku dah lah jarang dapat leave. Firaun tu sentiasa memerhati. Ini pun nasib baik dia cuti sekali, tenang hidup aku” Hana Aishah meluahkan rasa. Hari ini hari bersejarah dalam 2 bulan setengah dia berada di dalam jabatan ini , hari ini dia dapat mintak cuti rehat dengan tenangnya.

Dia ingat lagi 3 minggu lepas sewaktu dia di Terengganu kerana sepupunya berkahwin , Fakhrul menghubunginya pada jam 11 malam memintanya membuat ringkasan sejarah bagi seorang pesakit.

~I need this patient’s summary stat~ Firaun


Dan apabila dia menerangkan yang dia sekarang sedang bercuti selama 3 hari dan berada di Terengganu , dia mendapat jawapan yang dia sudah dapat agak .

~I want the summary by 12 midnight~Firaun


Malam itu dikala sanak saudaranya keluar menikmati ikan bakar di Pantai Batu Buruk, dia terpaksa meminta rakannya yang oncall untuk mengambil gambar sejarah pesakit dari komputer hospital dan menyiapkan tugasannya. Sejak itu dia sudah tak berani meminta cuti.

“Ye la. Sikit lagi Hana. Lagi sebulan setengah je and then freedom” pujuk Aiman. Dia kasihankan Hana Aishah tapi apalah yang mampu dia buat, mereka berdua houseman.

Selesai makan mereka menuju ke panggung wayang apabila Hana Aishah ternampak kelibat firaun yang bernama Fakhrul. Laju dia menarik Aiman untuk menyorok.

“Apa kau ni Hana? Dah lambatlah. Movie nak start “ Aiman merungut apabila Hana Aishah menariknya masuk ke kedai antik yang agak tersembunyi.

“Wei aku nampak dia wei” sambil itu mata Hana Aishah liar mencari kelibat Fakhrul. Sambil itu tangan Hana Aishah memicit- micit lengan Aiman kerana ketakutan.

“Auwwww. Sakit la woi. By the way siapa yang kau tengah skodeng ?” Aiman turut sama mencari apa yang Hana Aishah sedang cari itu sambil mengusap tangannya yang kesakitan kerana cubitan Hana Aishah. Hana Aishah yang sama tinggi dengan Aiman itu menghalang pandangan Aiman menyebabkan dirinya terpaksa menjengketkan kakinya.

“Firaun la. Siapa lagi? Dia dengan minah hot sorang ni” terang Hana Aishah. Fakhrul yang memakai seluar jean berwarna biru gelap dan T Shirt berjalur hitam biru itu dilihat bersama dengan seorang gadis.

Hana Aishah tidak sempat melihat wajah gadis itu , tapi dari cara pemakaiannya nampak sangat cita rasa Fakhrul. Blaus berwarna putih dengan corak bunga sakura separa paha itu menampakkan kaki gadis yang putih gebu itu. Nampak tahap kemesraan mereka dengan cara Fakhrul membiarkan gadis itu memeluk pinggangnya.

“Mana wei?” Aiman yang memakai seluar jean separa lutut dan T shirt lengan panjang berwarna merah itu turut meliarkan matanya mencari.

“Dah pergi tempat lain lah kot. Dah jom line dah clear “ seraya itu Hana Aishah menarik Aiman pergi ke arah panggung wayang.

“Wei sabar la Hana. Kau ni asyik pegang aku je . Aku complain dekat mak kau tak reti jaga ikhtilat baru tau” keluarga Hana Aishah sangat menjaga batas. Aiman ingat lagi sewaktu dia pergi ke rumah Hana Aishah untuk jamuan Hari Raya tahun lepas Teacher Basirah yang melihat kemesraan Hana Aishah dengan Aiman menyebabkan Hana Aishah dimarahi ibunya.

“Kau jangan. Her nagging haven’t stopped since last year when I accidentally slap your back infront of people. Kau tau lah aku kalau excited macam mana plus its berlapik ok” Hana Aishah menarik muncung sedepa.

“Kau jangan nak merajuk sangat. Kau pun macam belangkas dengan Mr Fakhrul sejak kerja dengan dia. Mamat tu pun macam tak boleh tinggalkan kau even during your holiday” Aiman merungut sambil mempercepatkan langkahnya menuju ke GSC.

“Ingat aku suka mamat tu . Bluweek. Wei jangan la merajuk. Sorry we won’t talk about him dah” Hana Aishah memandang Aiman dengan mata yang sengaja dibulatkan.

“Tak payah la buat puppy eyes macam tu, tak jadi aku marah” Aiman cuba menahan senyumannya tapi tidak berjaya. Hana Aishah satu - satunya gadis yang susah untuk dia marah lama - lama. Mereka meneruskan perjalan menuju ke panggung 4. Tangan mereka penuh dengan makanan.

“Ada girlfriend punya hot tapi duduk melepek kat hospital 24/7. I pity his girlfriend. That man look like he doesnt have life and keen to make my life to be as miserable as his” rungutan Hana Aishah kedengaran sebaik sahaja mereka melabuhkan punggung di atas kerusi mereka. Nasib mereka baik , dapat duduk di kerusi bahagian tengah dan atas.

“Can we not talk about that man. Today is our day so please focus on us” suara Aiman kedengaran merajuk. “Its always about him since we’ve entered this posting” .

“Alolololo baby , sorry ok I forgot” Hana Aishah sengih sampai nampak kesemua giginya yang putih itu.

Tanpa Hana Aishah dan Aiman sedar, dibelakang mereka Fakhrul sedang mendengar dan memerhatikan gerak - geri mereka.

“Slut” Fakhrul membuat kesimpulannya di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience