Chapter 7

Romance Completed 625671

Sudah seminggu Hana Aishah berkerja selepas dia bercuti. Tak adalah bercuti sangat. Dia menghabiskan masa bersama keluarganya dan rakan - rakannya. Dia menyuruh kakaknya balik ke rumah ibu bapa mereka sebab dia rindu dengan ketiga - tiga anak buahnya. Sejak dia berada di dalam jabatan ortopaedic ini , dia tak banyak meluangkan masa dengan keluarganya.

Dia pergi seawal 4.30 pagi dan pulang seawal 9 malam. Apabila dia sampai di rumah dia terlalu letih sampaikan dia tak makan lauk yang Teacher Basirah simpankan untuknya.

Teacher Basirah dan Kapten Azam risaukan anaknya. Baru sahaja hari itu Teacher Basirah meluahkan kerisauannya dengan adik beradik Hana Aishah yang lain.

“I’m worried about your sister” muka Teacher Basirah sudah menampakkan penuaannya. Kedutan di wajahnya yang putih itu kelihatan lebih jelas sejak kebelakangan ini.

Sebagai ibu , dia tahu Hana Aishah sedang melalui fasa yang sukar di tempat kerja. Badan anaknya sudah susut, tak cukup dengan badan Hana Aishah yang memang sedia ada kurus sekarang pipinya semakin cengkung.

Kadang kala seminggu dia tak nampak batang hidung anaknya walaupun tinggal sebumbung. Makanan kegemaran Hana Aishah yang disimpannya selalu tak berusik. LHana Aishah sangat memilih makanan jadi selalunya Hana Aishah akan makan di rumah atau membawa bekal.

“Mak , dont worry too much. Nanti kakak tanya adik” pujuk Hana Azuwa. Hana Azuwa dan Hana Aishah sangat rapat tetapi sejak Hana Aishah mula berkerja jarang dia dapat meluangkan masa dengan adiknya. Beza umur mereka hanya setahun menjadikan mereka sangat rapat. Selepas lima tahun baru mereka dapat adik baru. Kerana itu nama panggilan adik pada Hana Aishah melekat sampai sekarang.

“Abah pun risau. Adik dah jarang berborak dengan abah. Dulu selalu call walaupun adik sibuk” Kapten Azam sangat tegas dan berdisiplin , tetapi dengan anaknya Hana Aishah memang dia sentiasa kalah. Ada sahaja anak keduanya itu menjawab kalau ditegur , tetapi dia tahu dalam keempat - empat orang anaknya Hana Aishah yang paling penyayang. Hana Aishah tak kisah bersusah asalkan adik beradiknya gembira.

“Alah mak , kakdik ok la. Kalau dia stress mesti dia bagi tahu achik” Hana Aqilah yang sedang mengunyah kerepok lekor itu cuba meyakinkan ibu bapanya.

“Tak senonohlah achik ni. Mulut penuh macam tu nak bercakap” Teacher Basirah menegur anaknya. Hana Aqilah yang banyak menemaninya di rumah. Tapi dalam masa 2 bulan lagi Hana Aqilah akan berpindah ke Johor untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang master dan menjadi tutor di University Teknologi Petronas.

Puas di memujuk anak daranya seorang itu untuk mendapatkan penempatan sebagai guru di Selangor tetapi anaknya tetap berdegil mahu ke sana. Alasannya kerana tunangnya juga berkerja di sana. Dia kasihankan anak ketiganya ini kerana terpaksa bertunang lama sebab Hana Aishah masih tidak berkahwin.

Dia tak mahu anaknya melangkah bendul tetapi sekiranya dalam masa dua tahun lagi Hana Aishah masih tidak berkahwin dia akan melansungkan perkahwinan Hana Aqilah.

“I miss my two babies. Aishah and Alif ni kalau tak susahkan hati mak memang tak sah” bebel Teacher Basirah.

“ Dah la tu awak ni. Nanti tekanan darah tu naik lagi” pujukan Kapten Azam tak masuk ke telinganya. Hana Aishah yang masih membujang dan Alif yang berada jauh di US itu sentiasa merisaukannya.
****************************************

“Oh shit shit shit” Hana Aishah rasa mahu pitam sekarang apabila dia melihat jadual pembedahan hari itu. Dia ditugaskan di dewan bedah pada hari itu tetapi malangnya dia ditugaskan di dalam bilik pembedahan 2.

Hari ini yang pakar bedah di bilik itu tak lain tak bukan , Fakhrul. Laju tangan Hana Aishah membuka contact list phonenya dan mencari nama Zaidi.

“Hello , wei kenapa kau letak aku incharge OT firaun tu?” tingginya suara Hana Aishah boleh pecah peti suara telefon Zaidi. Zaidi terpaksa menjauhkan telefonnya dari telinga.

“Assalamualaikum kak. Aku dah agak memang kau akan mengamuk tapi yang lagi sorang OT esok first posting. Memang aku tak boleh adjust dah. Kau ingat lagi kan apa jadi bukan lepas bila si Sarah masuk OT dia” suara Zaidi yang baru bangun tidur itu cuba menerangkan situasi sebenar kepada Hana Aishah. Kalau boleh dia memang tak mahu meletakkan Hana Aishah incharge OT Fakhrul tetapi dia tak dapat nak buat apa.

Bulan lepas Zaidi terpaksa menulis surat tunjuk sebab kerana dia meletakkan houseman posting pertama incharge OT Mr Fakhrul. Sarah pula baru kali kedua membantu pembedahan.

“Mati aku doh. Dah la pukul 3 pagi kau bagi tau dalam group” Hana Aishah tiba - tiba terjaga dari tidurnya kerana mimpi ngeri dia dikejar buaya. Rupanya realiti lebih kejam dari itu. Selepas meletakkan telefonnya dia tidak dapat tidur sampai pukul 4.30 pagi dan dia terus bersiap ke tempat kerja.

Tepat pukul 5.30 pagi dia sudah berada di wad. Dia membuka PC dan membaca sejarah setiap pesakit yang akan menjalani pembedahan hari ini. Ada tiga pesakit dan nasibnya baik apabila ketiga- tiga pesakit mempunyai sejarah yang pendek. Selepas itu dia pergi ke setiap katil pesakit dan mendapatkan sejarah pesakit dengan lebih teliti. Dia kasihankan pesakit kerana terpaksa bangun awal pagi tetapi dia tiada pilihan lain.

Jarum di jam dalam OT 2 menunjukkan pukul 7.30pagi. Hana Aishah mendail nombor Kasyar. Dia adalah pegawai perubatan (MO) yang akan turut membantu Mr Fakhrul dalam pembedahannya.

“Hello Dr. Assalamualaikum, saya Hana ni.Dr patient first mak cik Saridah dah ada dekat OT kaunter” Hana Aishah memaklumkan kepada bosnya.

“Kau assist OT Mr Fakhrul kan Hana?” Kasyar bertanya sambil itu matanya meliar mencari tempat parking. Susah betul kalau masuk pembedahan dengan Fakhrul. Memang kena datang awal.

“A’ah doctor, doctor dekat mana tu?” Hana Aishah waktu itu tengah sibuk menyusun X Ray pesakit. Dia sudah risau kerana MO belum sampai. Dia sudah call pembekal implant dan juru x ray , mereka akan sampai dalam masa 10 minit.

“Aku tengah cari parking ni. Shit la. Kau dah ready semua ke? Dah call II and vendor? X ray dah put up” tanya Kasyar. Dia harap Hana Aishah dah selesaikan semuanya.

“ X ray is up already , vendor and II will be here in 10 minute. Doctor jangan tinggalkan saya sorang - sorang” Hana Aishah merayu. Sekurang - kurangnya dengan adanya MO mungkin hari ini tak adalah macam neraka sangat.

“Kau jangan Hana. Dah la si Fatimah EL, aku dengan kau je kena assist mamat tu. Kau dah study patient ? Aku tak tau case ni” pagi tadi apabila rakannya sekerjanya Fatimah memaklumkan bahawa dia perlu ambik cuti kecemasan (EL) kerana anaknya sakit, kepalanya terus berdenyut. Kasyar terus melihat jadual houseman dan meminta ketua houseman Zaidi untuk menukar Hana Aishah supaya masuk OT nya.

“Dah study doctor. Sampai lubang cacing saya godek. Tapi kalau TKR dengan THR saya first time assist” Hana Aishah tak pernah masuk pembedahan menukar sendi lutut atau pinggul. Dia suka dengan pembedahan arthroscopic tetapi memikirkan sekarang Dato’ Karim sudah jarang membuat pembedahan kerana kebanyakannya dilakukan oleh Fakhrul maka Hana Aishah memutuskan niatnya.

Hana Aishah pernah berjumpa Dato’ Karim sekali sahaja sepanjang di jabatan ini. Sewaktu hari ketiga dia berkerja.

“Assalamualaikum Dato’ , saya HO Hana . Today is my 4th day in this posting and this will be my 4th posting” Hana Aishah melihat lelaki separuh abad di depannya. Mata lelaki itu yang bundar berserta hidungnya yang mancung dilengkapi dengan jambang yang semakin memutih. Nampak ciri - ciri ketua yang bagus. Dato’ Karim membalas senyumannya.

“Waalaikumussalam Hana . Welcome to the department. I hope you are having a good time and please do inform me if or your superiors if you have any difficulties” Dato’ Karim sangat tegas dari segi isu buli dikalangan staf - stafnya terutama sekali MO membuli HO.

“Ok Dato’ cuma ..” Baru sahaja Hana Aishah hendak membuka mulut , pintu bilik Dato’ Karim dibuka.

“Ready for lunch bi” Fakhrul menerjah masuk ke bilik Dato’ Karim. Matanya memandang Hana Aishah tanpa perasaan.

“Yeah , just a minute” Dato’ Karim menghalakan matanya ke arah Hana Aishah. “Yes Hana you were saying ?”

“Nothing Dato’ . Cuma I need to go up now to request MRI if you dont mind” putus terus niat Hana Aishah untuk mengadu. Nampak sangat Fakhrul sangat rapat dengan Dato’ Karim. Tapi kenapa Fakhrul panggil Dato’ Katim “bi” ke Hana Aishah salah dengar.
Lama Hana Aishah mengelamun sehingga dia tidak sedar Kasyar sudah sampai. Focus Hana , focus. Hari ini dia tak boleh hilang tumpuan.
Alhamdulillah dengan izin Allah Hana Aishah berjaya menyiapkan segala benda sebelum Fakhrul sampai. Tepat jam 8 pagi Fakhrul masuk ke dewan bedah memakai baju scrub biru dan bertopi hijau. Hana Aishah yang sedang duduk di depan PC terus berdiri dan memberikan tempat duduk kepada Fakhrul.

“Morning bos” Kasyar menegur Fakhrul dengan nada ceria.

“Morning. How many cases ?” suara Fakhrul tegas bertanya. Matanya liar melihat PC.
“3 case bos . 1 TKR and 2 THR” laju Kasyar menjawab. Perlahan - lahan Hana Aishah menghampiri Fakrul.

“Assalamualaikum Mr Fakhrul. I’m Hana , I will be assisting your OT today” tiba - tiba tekak Hana Aishah kering dan suaranya kedengaran garau.
“Kasyar , who else will be assisting?” Fakhrul tidak memandang muka Hana Aishah , salam pun tidak dijawab.
“Me and Hana only bos. Fatimah EL” Kasyar kasihan melihat Hana Aishah. Hana Aishah houseman yang bagus , dia tak faham kenapa Fakhrul benci sangat Hana Aishah.
Fakhrul mengeluh kuat dan Hana Aishah hanya menundukkan wajahnya. Hatinya berdoa agar hari ini berlalu dengan cepat.

Tiba - tiba dia dapat merasakan bahunya dilagakan. Hana Aishah mengangkat wajahnya dan memandang ke arah Kasyar. Kasyar memberikannya thumbs up supaya dia bersemangat sedikit.

“Hana ok la bos. Dia yang readykan everything. No worries la bos” Kasyar memuji Hana Aishah.
“We’ll see” Fakhrul terus mengangkat punggungnya dan menuju ke bilik scrub. Laju Hana Aishah dan Kasyar membuntutinya.
“Start” Fakhrul memberi tahu kepada pakar bius dan membuat potongan di lutut kanan pesakit. Tadi sewaktu Hana Aishah membaca maklumat pesakit nasib baik dia tidak di tegur.

Hana Aishah duduk di kiri Fakhrul manakala Kasyar berhadapan dengan Fakhrul. Sejam mereka melakukan pembedahan Hana Aishah tak terkira berapa kali tangannya di ketuk dengan alat pembedahan. Dia dapat membayang betapa banyak lebam akan muncul di tangannya.

“You better tract properly before I knock your head out” Fakhrul memesan sebelum Hana Aishah menarik kaki pesakit tersebut.

“Ya Allah kenapa la kau gemuk sangat mak cik. Putus nyawa aku nak tract” Hana Aishah membebel di dalam hatinya. Dia terpaksa menarik kaki pesakit itu lebih dari setengah jam. Tangan dan kakinya sudah mengigil.

“Hana ok tak?” Kasyar yang melihat tangan Hana yang mengigil , kerisauan. Risau dia kalau lagi seorang houseman pengsan . Hari itu sudah pernah ada kes code blue dalam bilik bedah kerana houseman pengsan.

“Kasyar focus here” Fakhrul memarahi Kasyar. Dia tak suka apabila ada orang kasihankan Hana Aishah. Dia tak suka Hana Aishah dan dia tak faham kenapa semakin hari dia semakin benci. Perangai tak senonoh. Bukan main lagi Hana Aishah dan Aiman di dalam panggung wayang hari itu.

“She’s useless. Tak payah nak try sangat la. Kau ada bini kan” sinis Fakhrul menegur sambil laju tangannya membuat potongan.

“Eh tak apa bos. Quota saya ada 3 kosong” Kasyar gelak besar sambil mengenyit mata kepada Hana. Itu hanya membuatkan Fakhrul semakin marah.

“I think she’s taken though but with her attitude she can be bought” tajam tuduhan Fakhrul.

“Boleh beli bos. Tapi lamborghini la . Setakat BMW I tak main” Hana Aishah buat pertama kalinya membalas perlian Fakhrul. Apa nak jadi pun jadilah. Dia rasa tahap bulian Fakhrul sudah melampau.

“Pergh kau Hana . Lamborg aku tak mampu la” Kasyar ikut terkejut melihat keberanian Hana Aishah tapi dia rasa sudah sampai masanya Hana Aishah mempertahankan dirinya.

“You’re not even ashamed to admit that. What a slut” laju mulut Fakhrul menuduh. Semua staf yang berada di dalam OT terdiam. Mereka tidak menyangka sampai sebegitu Fakhrul boleh berkata.

“Alah saya slut pun tak effect Mr Fakhrul. That’s my personal life” hati Hana Aishah semakin membara. Kesabarannya sudah senipis kulit bawang.

“Ehh bos bleeding dekat situ” laju Kasyar memutuskan ketegangan di dalam bilik pembedahan itu. Selepas itu Hana Aishah tidak bercakap lansung begitu juga Fakhrul. Tiada ucapan terima kasih Hana Aishah ucapkan kepada Fakhrul selepas mereka menghabiskan pembedahan pada hari itu.

“Dr Kasyar thank you for today . I learn alot . Nanti nak masuk OT dengan doctor la” suara Hana Aishah yang ceria itu menyakitkan telinga Fakhrul. Hana Aishah lansung tak memandang Fakhrul.

“Ok set. Lepas ni aku bagi tau Zaidi kau masuk semua OT elective aku” Kasyar suka sahaja Hana Aishah masuk pembedahannya. Senang kerja dia. Semua benda akan diselesaikan Hana Aishah. Hana Aishah ini boleh diharapkan.

“Ok set. Jom doktor pegi makan lepas ni” ajak Hana Aishah. Dia sengaja ingin menyakitkan hati Fakhrul.

“Dr Kasyar tak ada lamborg. Tak pe ke Dr Hana” gurauan akak Sarah , staff nurse OT diikuti gelakan semua orang. Kecuali Fakhrul.

“Sekarang taaruf dulu kak, boleh lah kereta CRV Dr Kasyar” Hana Aishah mengeyitkan matanya kepada Kak Sarah. Tiba - tiba pintu OT ditutup kuat. Terkejut semua orang termasuk pesakit yang baru dikejutkan dari biusnya.

“Yes, padan muka . Tulah suka kenakan aku” Hana Aishah melompat kegirangan di dalam baju scrub birunya. Semua yang melihat hanya tersenyum.

***************************************


Hana Aishah sedang makan malam bersama keluarganya. Dia bersyukur setelah hampir tiga bulan dalam jabatan ini dia dapat pulang pada jam 6 petang.

“Adik what happen to your hand” Teacher Basirah melihat tangan anaknya yang penuh dengan lebam berwarna biru . Kapten Azam turut melihat ke arah tangan anak keduanya.

“ Nothing mak. I’m clumsy la. I went and knock my hand at the table edge” Hana Aishah menipu ibu bapanya. Dia tak nak mereka risau. Dia memujuk hatinya. Dia perlu bertahan lagi 1 bulan setengah sahaja.

Kedua ibu bapanya memandangnya curiga. Kapten Azam tahu anaknya itu menipu tetapi dia tahu bila dia perlu berhenti memaksa anaknya untuk meluahkan masalah.

“Kena bucu meja berapa kali tu, berbirat tangang tu” Teacher Basirah meninggikan suara . Dia pantang apabila anak - anaknya menipu.

“Enough Basirah” Kapten Azam memegang tangan isterinya supaya isterinya berhenti bertanya. Suasana makan malam bertukar janggal sehingga Hana Aqilah pulang bersama tunangnya. Selepas itu suasana bising dengan cerita zaman kanak - kanak mereka .

Hana Aishah sedang berbaring di atas katil dan dia teringat peristiwa petang tadi.

“Hana can I talk to you for awhile” Hana Aishah ditegur oleh pakar bisu Dr Hamdan. Dia selalu berurusan dengan Dr Hamdan sewaktu dia menjaga ICU di jabatan perubatan dulu.

“Sure doctor. Anything for you”Hana Aishah banyak terhutang budi dengan Dr Hamdan. Dr Hamdan banyak mengajarnya sewaktu dia menjaga ICU dahulu.

“What happen in the OT is not right. He shouldn’t be treating you like that. How long has this been going on?” Hana Aishah yang sedang duduk di atas kerusi dalam bilik pantri staf di dewan bedah menundukkan wajah. Dia tak mahu menimbulkan apa - apa masalah.

“Its ok doctor” Hana Aishah tak berani mengangkat mukanya. Dia akan menangis. Dia tak mahu sesiapapun melihatnya menangis.

“Look at me Hana. That is not right. He’s personally attacking you. You need to take an action” geram Dr Hamdan dengan Hana Aishah. Hana Aishah bukan seperti ini.

Dia ingat lagi kali pertama dia berjumpa Hana Aishah, gadis ini tak pernah berhenti belajar. Sanggup balik lambat asalkan dia dapat belajar supaya dia tak menyusahkan senior dan bosnya. Dia masih ingat kali pertama kali dia menegur Hana Aishah kerana salah buat review pesakit dan dengan beraninya gadis ini menjawab.

“I’m sorry doctor for my wrong entry but can you teach me. This is my first time so you can scold me if I make a mistake after you teach me” mata Hana Aishah yang penuh dengan keberanian itu memandang Dr Hamdan.

Sejak itu Hana Aishah rapat dengan Dr Hamdan. Hana Aishah sangat cekap sehingga dia pernah menyuruh Hana Aishah untuk mengambil kepakaran dalam bidang bius.

“Its ok doctor. Its wrong but InsyaAllah this will end in a month and a half or exactly 58 days more” akhirnya Hana Aishah mengangkat matanya dan cuba meyakinkan Dr Hamdan, mentornya. Dr Hamdan hanya mampu menggeleng kepalanya.

Satu perkara dia belajar tentang Hana Aishah, kedegilan gadis ini siapa pun tak mampu lenturkan. Dia kata A maka A lah. Walaubagaimanapun dia tetap tidak suka melihat anak buahnya yang berpotensi ini dibuli sehingga Hana Aishah sanggup berhenti. Gadis ini mempunyai banyak potensi untuk menjadi seorang pakar yang bagus tak kiralah bidang apa yang diambilnya.

Malam itu untuk pertama kalinya Hana Aishah dapat tidur dengan tenang. Hari ini penuh dengan pertama kali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience