Setelah mereka menikmati makan malam yang disediakan Teacher Basirah dan Puan Sri Maria itu , Kapten Azam mengimamkan solat maghrib mereka. Hana Aishah yang merasa janggal dengan situasi itu cuba menyembunyikan perasannya itu dengan banyak berdiam diri.
“Takkan lah uncle tak habis lagi berterima kasih pasal durian hari itu” hati Hana Aishah masih membuat bermacam - macam tanggapan selagi dia tidak tahu tujuan kedatangan Tan Sri Fadhil sekeluarga.
Hana Aishah yang sedang duduk di beranda rumahnya itu memandang ke arah langit yang cerah malam itu. Melihat rumput Kapten Azam yang basah itu Hana Aishah dapat mengagak cuaca petang tadi.
“Jauhnya Hana menung” Hana Aishah yang terkejut itu terus berpaling memandang ke arah Puan Sri Maria yang melabuhkan punggung di kerusi batu yang dihasilkan oleh ayahnya sendiri.
“Aunty! Hana tak perasan Aunty datang” Hana Aishah memandang ke arah muka Puan Sri Maria yang bersih tanpa cela.
“Menung jauh sangat mana nak perasan Aunty. Kesian Hana mesti penat baru balik kerja and then have to entertain us” Puan Sri Maria memandang ke arah Hana Aishah yang memakai baju kelawar berlengan panjang dan bertudung sarung syria.
“Its ok aunty. Today is weekend so less people to deal with plus tomorrow I’m off” Hana Aishah mengeyitkan matanya dan Puan Sri Maria tertawa melihat gelagat gadis itu.
“Cantiklah Hana ni. No need to dress up , pakai baju tidur pun cantik” pujian Puan Sri Maria itu membuatkan Hana Aishah tersipu malu. Dia tidak biasa dipuji sebegitu.
“Aunty tu lagi cantik. Flawless nya kulit Aunty. Cuba bisik sikit rahsia kecantikan Aunty” Hana Aishah sengaja mendekatkan telinga dengan muka Puan Sri Maria seperti mahu mendengar rahsia besar.
“Kalau nak tahu rahsia kena jadi menantu Aunty dulu” Hana Aishah tergamam mendengar ayat yang keluar daripada mulut Puan Sri Maria.
Hana Aishah juga tidak pasti bagaimana mahu mentafsir ayat yang baru keluar daripada mulut Puan Sri Maria itu. Mukanya tersenyum seperti mengusik tetapi ada keseriusan disebalik suara itu.
“Ish Aunty ni. Ada pulak macam tu” tiba - tiba Hana Aishah merasakan otot mukanya menjadi ketat dan menyukarkannya untuk senyum dengan ikhlas.
“I’m being serious Hana. Hana kawin dengan Fakhrul nak tak?” dada Hana Aishah berdegup dalam tahap paling kencang dalam hidupnya. Ayat itu seperti satu hukuman tali gantung yang dijatuhkan ke atasnya.
“Hana?” Puan Sri Maria memegang tangan Hana Aishah yang sudah sejuk beku itu. Perasaan takut menyelubungi diri Hana Aishah dan dia pasti mukanya kelihatan sangat pucat.
“Emm .. Hana ..” Hana Aishah buat pertama kalinya kehilangan kata. Puan Sri Maria memandang muka gadis itu.
“Hana nak masuk kejap Aunty” Hana Aishah terus melarikan diri meninggalkan Puan Sri Maria yang tercengang melihat reaksi Hana Aishah yang kelihatan pucat itu.
“Adik. Sini kejap” tidak sempat Hana Aishah ingin melarikan diri ke tingkat dua rumahnya, Kapten Azam sudah menyerunya. Berat kakinya melangkah ke arah ruang tamu rumah mereka.
Hana Aishah melihat ke arah Fakhrul yang memandangnya dengan satu pandangan yang tidak dapat Hana Aishah tafsirkan. Sejak dari makan malam tadi , Hana Aishah perasan Fakhrul rancak berbual dengan Kapten Azam.
“Yes Abah?” tanya Hana Aishah yang sedang berdiri di anak tangga.
“Come sit here. Berdiri dekat sana tu buat apa” suara Kapten Azam yang bertukar serius itu mematikan niat Hana Aishah mahu melawan kata - kata ayahnya.
Berat kakinya melangkah ke arah ruang tamu itu. Tan Sri Fadhil tersenyum melihat Hana Aishah. Hana Aishah melabuhkan punggungnya di sofa kecil di sudut hujung ruang tamu itu.
“Jauhnya duduk adik. Come lah nearer” Hana Aishah dapat mengagak ada sesuatu akan berlaku malam itu.
“Its ok. Sakit punggung. This bag is soft” Hana Aishah memandang ke arah Fakhih yang sibuk dengan telefonnya sejak Maghrib tadi.
“Macam - macam lah adik ni” Kapten Azam menggelengkan kepalanya melihat kerenah anak perempuannya itu. Suasana senyap seketika. Hana Aishah dapat mendengar jam loteng di rumahnya berdetik. Setiap detikan itu terasa seperti satu penyeksaan untuk dirinya.
“Fadhil nak tanya Hana atau saya tanyakan?” Hana Aishah memandang ke arah Kapten Azam sedang bertanya kepada Tan Sri Fadhil yang sedang duduk di sofa bertentangan dengannya.
“Hana ni saya dah anggap macam anak saya sendiri. Uncle suka Hana” terbeliak Hana Aishah mendengar kenyataan Tan Sri Fadhil itu. Bibir Hana Aishah tersenyum pahit.
“Fakhrul came to me yesterday. When he told me what he want , I’m so happy to hear that” setiap bicara Tan Sri Fadhil menyebabkan jantung Hana Aishah berdetak laju.
“Want what uncle?” Hana Aishah memberanikan diri untuk bertanya.
“He wants me to come here and ask for your hand in marriage” kepala Hana Aishah berpinar mendengar ayat itu. Mukanya memandang tepat kearah Fakhrul yang hanya diam bermuka selamba di tepi Kapten Azam. Lidah Hana Aishah kelu tidak dapat berbicara.
“I was so happy when I hear that” Hana Aishah dapat merasakan pelukan di bahunya. Satu ciuman di hadiahkan di ubun - ubunnya oleh Puan Maria. Hana Aishah masih diam membisu.
“Kenapa adik diam?” Kapten Azam pelik melihat reaksi Hana Aishah. Tadi bukan main ramah dengan keluarga Tan Sri Fadhil.
“I want to talk with you alone?” kata - kata itu Hana Aishah tujukan kepada Fakhrul . selepas berkata seperti itu , kaki Hana Aishah berlalu ke luar rumahnya. Kakinya memakai selipar jepun abahnya. Dadanya yang sesak itu terasa lega menghirup udara malam itu.
“What the heck are you trying to do? Tak cukup lagi ke Mr Fakhrul mainkan hidup saya? What kind of sick joke is this?” suara Hana Aishah bergetar menanya Fakhrul apabila bunyi derapan kasut yang mengekorinya itu berhenti betul - betul disebelahnya.
“You’re marrying me Hana Aishah” selepas beberapa saat suara Fakhrul selamba memberi arahan kepadanya.
“You don’t say” Hana Aishah tergelak dengan penuh sindiran.
“You know what’s going to happen” kenyataan Fakhrul yang angkuh itu membuatkan hati Hana Aishah panas menggelegak.
“Of course I know. You’re not ruining my life anymore” dengan kenyataan itu Hana Aishah meluru masuk ke dalam rumah. Teacher Basirah sudah melabuhkan punggung di sebelah Kapten Azam.
“I’m sorry Uncle and Aunty, Hana tak nak kawin dengan Fakhrul” muka Hana Aishah yang penuh ketegasan itu memaklumkan kepada pasangan itu.
Suasana hening seketika. Hana Aishah memandang muka kesemua orang yang berada di ruang tamu itu. Reaksi terkejut di muka mereka sudah dapat dia agak.
“Mak nak tahu kenapa?” Hana Aishah tidak menyangka ibunya adalah manusia pertama yang akan bertanya selepas dia memberi kata putusnya.
“Sebab adik tak nak. This is my life. Adik ada hak nak buat keputusan untuk hidup adik” Hana Aishah sudah tidak kisah kalau dia kedengaran kasar sekalipun.
“Do you have anyone you like?” Hana Aishah terkejut mendengar pertanyaan bapanya pula. Dia merasa geram kerana Hana Aishah merasa seperti ibu bapanya berpihak kepada Fakhrul.
“It doesn’t matter. I have so many things to achieve in my life. Marriage is the last thing in my list” Hana Aishah sudah bercekak pinggang berdiri memandang ke arah bapanya.
“Tell me what’s wrong with Fakhrul until you dont want to marry him?” Hana Aishah terdiam mendengar pertanyaan Kapten Azam.
“I dont like him. That’s enough reason for me to not marry him” Hana Aishah dapat melihat muka Fakhih yang sedang menahan tawa melihat perbalahan Hana Aishah.
“Not enough. Adik since back then until this moment , nobody is good enough for you. We’re not perfect adik” ibunya membalas geram.
“Tak apa akak. Hana ada hak untuk membuat keputusan dalam hal ini” Hana Aishah memandang ibunya dengan pandangan kejayaan apabila Tan Sri Fadhil bersetuju dengannya.
“Mak suka Fakhrul. I don’t see anything wrong with him” Teacher Basirah terus terusan memaksa Hana Aishah.
“Tapi yang nak kawin adik and I do not like him. Not one bit” Hana Aishah memandang ibunya geram.
“So bagi tau mak , who do you like? Mak setuju sekarang juga. If you don’t have anyone mak akan terima pinangan Fakhrul” Hana Aishah sudah berbahang mendengar ugutan ibunya itu.
“Tak apa Kak Basirah. Biar Hana fikir dulu” Puan Sri Maria memujuk. Dia merasa bersalah melihat perbalahan antara dua beranak ini. Dia pening memikirkan situasi ini tetapi anak keduanya masih tidak masuk kembali ke dalam rumah sejak tadi.
“Nothing to think Aunty. I’m not sorry and I cannot marry your son” Teacher Basirah terkejut mendengar keangkuhan anaknya itu.
“Hana Aishah . Apologies now. Kenapa rude sangat ni?” Hana Aishah adalah anaknya yang paling degil sekali. Apa yang dia rasa akan gadis itu katakan tanpa memikirkan natijahnya.
“Sorry Aunty and Uncle. Hana tak ada niat nak berkasar tapi ini hidup Hana. Hana akan tentukan” muka Tan Sri Fadhil kelihatan tenang sahaja mendengar ayat yang keluar daripada mulut Hana Aishah itu.
“Can you pleaae excuse us” laju Teacher Basirah menarik lengan anaknya untuk masuk ke dalam bilik tidur Teacher Basirah di sudut belakang rumah.
“Adik , kenapa kurang ajar sangat ni. Sombongnya awak bercakap. Yang tentukan hidup awal itu Allah bukan awak sendiri” suara Teacher Basirah sudah meninggi.
“Mak lah. Nak paksa - paksa Adik kenapa. Adik tak nak kawin dengan lelaki tu ok” kekasaran Hana Aishah membuatkan Teacher Basirah curiga.
“Apa yang dia dah buat dekat adik until you dont want to marry him?” pertanyaan Teacher Basirah itu membuatkan Hana Aishah terdiam.
“Hah cakaplah” sergahan Teacher Basirah itu membuatkan Hana Aishah menarik muncung mulutnya.
“If you dont have one valid reason , mak nak adik kawin dengan Fakhrul” arahan ibunya itu membuatkan Hana Aishah mencerlung memandang ibunya.
“Apa mak ni nak paksa - paksa orang. Kak Wa , Achik boleh pilih their own partner. Kenapa adik mak nak paksa kawin dengan orang adik benci” suara Hana Aishah sudah mula meninggi.
“Adik ada boyfriend ke? Tak pernah ada kan? Adik jangan nak buat confession pelik - pelik , mak siat nanti” Hana Aishah terkejut mendengar ugutan ibunya.
“Kenapa , mak takut adik gay ke? Kalau admitting I’m gay will help me not to marry that jerk than be it” laju tangan Teacher Basirah mencubit pinggang anaknya.
“Hana Aishah!” terkejut Teacher Basirah mendengar pengakuan anaknya.
“Ahh. Sakitlah mak” pinggang Hana Aishah sudah berdenyut kerana dicubit ibunya.
“Ya Allah. What is happening with you Hana Aishah?” Teacher Basirah terduduk di birai katil.
“Adik tak kisah mak. I will not marry that guy” Hana Aishah memandang muka ibunya yang kelihatan sangat sedih itu. Laju kakinya meninggalkan ibunya di dalam bilik. Dia melihat Fakhrul yang sedang duduk dengan muka selambanya di sebelah Fakhih.
“You !” jari telunjuk Hana Aishah menunjuk ke arah Fakhrul.
“If you want to get marry so much go find other woman who desperately wants to marry you. I will never ever in a million year marry you even if it means being single for the rest of my life” Hana Aishah memandang tajam ke arah Fakhrul. Muka lelaki itu masih selamba.
“Adik duduk” arahan bapanya itu tidak diendahkan. Kemarahan Hana Aishah sudah sampai ke tahap maksima.
“No” Hana Aishah sudah menyilangkan tangannya sambil memandang ke arah abahnya.
“Hana Aishah!” Kapten Azam sudah meninggikan suaranya. Hana Aishah adalah anaknya yang paling degil. Sejak kecil lagi gadis ini akan buat apa yang di suka dan tidak memikirkan perasaan orang lain.
“No abah. Adik dah cakap kan . I am not gonna marry this guy. I’d rather kill myself than marry this piece of.. “ Hana Aishah memandang tajam ke pada Fakhrul.
“Hana Aishah! Kenapa biadap sangat mulut tu” Teacher Basirah merasa sangat malu dengan keluarga Tan Sri Fadhil. Benda yang paling dia takuti telah terjadi.
“Hidup adik mak. Kenapa orang lain nak decide? Adik yang akan hidup dengan lelaki yang adik pilih. Kalau adik ni menyusahkan sangat mak and abah , fine I’ll move out then” Hana Aishah merasa kecewa melihat ibu dan bapanya yang seperti tidak sabar - sabar mahu melepaskan tanggungjawab mereka terhadap Hana Aishah.
“Hidup kena berpasangan Hana Aishah. Allah create you in pairs. Jangan sombong. Mak tak kira. Maria kami terima pinangan daripada pihak kamu” hati Teacher Basirah nekad . Hana Aishah sudah terlalu sombong dengan dirinya sehinggakan gadis itu rasa dia boleh hidup tanpa lelaki disisinya.
“Tapi..” belum sempat Puan Sri Maria membalas Hana Aishah sudah menjerit memarahi ibunya.
“No! I said no. Adik tak nak. Full stop. Noktah” pekikan Hana Aishah bergema di segenap rumah.
“Astaghfirullah hal azim. Kenapa biadap sangat ni Hana Aishah?!” Teacher Basirah menggelengkan kepalanya. Mungkin kerana itu wanita tidak boleh terlampau berkerjaya.
“I have a good life ahead of me. I’m not going to ruin my life my marrying this urghh” kedegilan Hana Aishah itu sesuatu yang Tan Sri Fadhil tidak pernah lihat.
“Abah dah buat keputusan” tiba - tiba Kapten Azam yang berdiam diri sejak tadi bersuara.
“I don’t...” belum sempat Hana Aishah berbicara Kapten Azam sudah memotongnya.
“Diam” suara bapanya yang bertukar kepada nada mendatar cukup untuk menutup mulut Hana Aishah. Kalau bapanya sudah bersuara sebegitu , Hana Aishah tahu dia perlu berdiam diri.
“You are marrying him. That’s my final decision. If you think that me and your mom is not important then dont listen to us and don’t call yourself our daughter “ terdiam Hana Aishah mendengar suara bapanya.
Hana Aishah tidak pernah menyangka bapanya sanggup melakukan perkara sebegini kepadanya. Air matanya sudah bertakung panas di tubir matanya.
Dia sudah biasa ditengking bapanya kalau dia melawan kata tetapi apabila bapanya sudah menjatuhkan hukuman seberat ini kepadanya dia terdiam.
“Sampai hati abah buat adik macam ni” Hana Aishah berlari menaiki tangga dan masuk ke dalam biliknya. Dia menangis semahu - mahunya di dalam bilik.
“Kenapa kau uji aku sampai macam ini Ya Allah. Aku tak boleh bagi tahu mak abah apa yang terjadi di hospital. They will make me quit” Hana Aishah tahu sekiranya dia memberi tahu tentang semua benda yang terjadi di hospital, Kapten Azam akan memastikan Hana Aishah meletakkan jawatan.
Perkara itu sudah terjadi kepada Alif Haziq kerana itu adik lelakinya lari membawa diri. Dia tahu sangat perangai bapanya yang mempunyai pemikiran sendiri itu.
Share this novel
Aduhai.. Rasa tak puas la baca.. Best la.. Emosi skjap haha
Aduhai.. Rasa tak puas la baca.. Best la.. Emosi skjap haha