Chapter 35

Romance Completed 625664

“Omg babe. You’re so gorgeous” pujian ikhlas daripada Nadia itu dibalas dengan senyuman hambar daripada Hana Aishah.

“Make up seinci tebal memanglah gorgeous “ Hana Aishah sempat melarikan diri daripada Fakhrul dan sedang merehatkan hatinya daripada masalah yang dihadapinya sekarang. Bila dia dapat berkumpul bersama rakan - rakannya , hilang semua masalahnya untuk seketika.

“I’m so sleepy. I’m so hungry” Aiman yang duduk bersebelahan dengan Hana Aishah tersengih mendengar rungutan sahabat baiknya itu.

“Tu la kau , yang pergi postcall semalam siapa suruh” bebelan Aiman itu dibalas dengan jelingan Hana Aishah.

“Kejam tau. Sama kejam dengan Si Dharma tu. Kurang asam betul mamat tu. Dia pergi tidur tinggalkan aku sorang - sorang ambik morning blood” rasa geram Hana Aishah masih belum habis terhadap rakan sekerjanya yang berkerja malam dengannya itu.

“What the hell? Dei , itu Dharma kena sama saya nanti. Mana boleh dia buli you macam itu” Raj yang sedang menikmati rojak itu bercakap dengan mulut penuhnya.

“Amboi kau Raj , selalu makan tak ingat dunia” perlian Ain itu membuatkan Raj menarik muka masam. Terus diletakkan garfunya.

“Alololo. Raj merajuk lah” Jordan mengajuk Raj sambil menarik pipi lelaki itu yang montel. Hana Aishah yang sedang melentokkan kepalanya di atas meja bulat yang beralaskan kain kosong berwarna kelabu itu tertawa melihat rakan - rakannya yang sedang bergaduh itu.

“Senyum pun bride kita ni” Mei yang sedang mengendong anaknya itu tersenyum lebar melihat rakannya itu. Mei perasan muka Hana Aishah yang nampak suram sepanjang majlis berlansung. Hana Aishah nampak tidak selesa apabila suaminya asyik memaut pinggangnya.

“This is too fancy and formal for me. So draggy” terkejut muka rakan - rakannya mendengar ayat Hana Aishah itu.

“Ishh, ada pulak pengantin perempuan tak suka wedding ceremony dia” Mei menepuk tangan kanan Hana Aishah yang dijulurkan di atas meja mereka.

“See , even tiny Ada is bored with the event” Hana Aishah menjelirkan lidah kepada Mei.

“Ya Allah , macam manalah Mr Fakhrul tu boleh jatuh hati dengan kau ni Hana oii. Korang macam langit dengan bumi tau tak” Gauri yang fasih berbahasa melayu itu memberikan komen yang terkesan di hati Hana Aishah.

“Ya lah Hana, how lah? Like so weird girl. I mean he hate your gut right?” Sau Yu yang sedang bermain telefon semenjak tadi turut menambah perasa dalam perbualan itu.

“Entah la wei. Kau tanya lah bos korang tu sendiri” pendek Hana Aishah menjawab. Matanya dilelapkan. Aiman menjeling ke arah dua wanita yang membuatkan mood Hana Aishah berubah itu.

Sau Yu dan Gauri ayu mengenakan baju kurang kebaya. Mereka sempat membeli belah semalam semata - mata mahu menghadiri majlis perkahwinan Hana Aishah. Kedua - dua orang gadis itu kelihatan serba salah melihat Hana Aishah yang sudah melelapkan mata itu.

“Hana kau ok tak ni?” pertanyaan Aiman itu dibiarkan sepi.

“Hana excuse these two girl. Mulut tak makan saman diorang ni” laju Ain memujuk. Dia masih ingat betapa susahnya mereka mahu memujuk Hana Aishah selepas kejadian gambar itu.

“Hana! You angry kah?” Gauri kelihatan serba salah.

“Dei , no lah tanggachi. Betullah korang cakap, I pun tak faham intention mamat tu sampai sekarang” keluhan berat Hana Aishah lepaskan. Kepala terasa berdenyut kembali.

“Intention mamat mana?” suara itu cukup untuk membuat semua mulut di situ membisu. Tetapi yang pastinya badan Hana Aishah terus menegak daripada pembaringannya.

Fakhrul yang segak berbaju melayu dan bersamping itu sedang berdiri di belakang Hana Aishah. Matanya memandang ke arah Aiman yang duduk di sebelah isterinya itu. Tajam matanya memandang Aiman tetapi Aiman dengan beraninya membalas pandangan lelaki itu.

“Mr Fakhrul. Congrats on your wedding. Thank you jemput we all” Sathya yang baru kembali dengan cendolnya menegur Fakhrul sekaligus memutuskan perlawanan mata di antara kedua lelaki tersebut.

“Thank you. Now I’m gonna steal my bride” Hana Aishah masih membatukan dirinya di kerusi chiavari itu walaupun di dapat merasakan tangan lelaki itu sudah menjalar ke bahunya.

“Come Aishah” Fakhrul memicit sedikit bahunya menandakan dia mahu Hana Aishah bangkit daripada pendudukannya.

“Emm. I want to stay here for awhile with my friends?” Hana Aishah menyumpah dirinya apabila ayatnya itu kedengaran seperti dia meminta kebenaran daripada Fakhrul.

“We have a photoshoot and we need to make it back for Maghrib. Sorry sayang, we need to make a move” mendengar ayat Fakhrul itu , muka Hana Aishah terasa seperti udang panggang terutamanya apabila melihat muka rakan - rakannya gagal menahan sengihan mereka.

“Its ok Mr Fakhrul. We have all the time in the world to talk at hospital Hana. Go!” Mei sudah membulatkan matanya memberi amaran kepada Hana Aishah.

“Tapi kau letih kan Hana tadi kau cakap?” terbeliak mata rakan - rakannya memandang ke arah Aiman. Memang saja mencari fasal namanya.

“Sayang letih. You want me to carry you?” dan dengan pantasnya Hana Aishah terus berdiri dan menarik Fakhrul pergi daripada meja itu sebelum dia memalukan dirinya lagi. Dia dapat mendengar tawa rakan - rakannya pecah melihat Hana Aishah yang mencicit lari itu.

**********************************

“Ya Allah, nikmatnya” jujuran air panas yang membasahi dirinya itu terasa enak. Hilang penat di badannya di bawah pancuran air panas itu.

“Melampau mamat tu. Dasar lelaki suka ambik kesempatan” Hana Aishah membebel sendirian sambil dia membersihkan dirinya. Bau aroma epal menerobosi hidungnya.

Dia teringat kembali sewaktu mereka mengambil gambar di Taman Botanic berdekatan rumahnya. Hana Aishah tidak tahu menahu kewujudan taman itu sehinggalah juru kamera mereka membawa pasangan itu kesana untuk bergambar.

Sepanjang penggambaran itu lelaki itu memeluknya sesuka hatinya. Tangannya diletakkan di badan Hana Aishah sesuka hatinya. Awalnya Hana Aishah cuba melawan tetapi lagi dia melawan lagilah lelaki itu suka.

Hana Aishah menyentuh pipi kanannya. Dia masih dapat merasakan bagaimana terkejutnya setiap saraf di tubuhnya apabila lelaki itu mencium pipi.

“That’s for making Mary ate in my car” suara mengusik Fakhrul itu membuatkan Hana Aishah tergamam. Mulut Hana Aishah terlopong memandang lelaki itu.

“And this is for opening the radio in my car” sebelum sempat Hana Aishah menterjemah maksud kata - kata Fakhrul itu sebuah lagi ciuman dihadiahkan di pipi kirinya. Hana Aishah dapat mendengar bunyi - bunyi usikan daripada dayang - dayangnya yang turut mengikuti sesi penggambaran itu.

Hana Aishah menyentuh pipi kirinya pula. Perasaan aneh mula menyelinap masuk ke dalam jiwanya. Perasaan itu semakin mendalam apabila jarinya yang sudah berkedut itu menyentuh dahinya yang basah.

Dahi yang sama lelaki itu cium selepas melafazkan doa di kepala. Terngiang - ngiang kata - kata lelaki itu saat kucupan itu di hadiahkan kepadanya.

“Assalamualaikum Puan Hana Aishah binti Azam” senyuman yang paling manis terukir di wajah yang selalunya tegang itu.

Ketukan bertalu - talu di pintu bilik mandinya itu membuatkan Hana Aishah terjaga daripada lamunannya itu.

“Aishah . Its 20 minute pass 8. You’re going to miss your Maghrib” mendengar laungan suara lelaki itu Hana Aishah bergegas membersihkan sabun daripada badannya dan mengenakan baju kurung kapas bercorak bunga - bunga kecil berwarna ungu.

Sepantas kilat dia mengambil wuduk sebelum mengenakan tudung sarung yang dibawanya ke dalam bilik airnya tadi.

“Oh mak!” terkejut Hana Aishah melihat lelaki itu yang sudah terpacak di hadapan bilik airnya. Hilang sudah baju melayu berwarna champagnenya itu. Songkok yang segak di atas kepalanya itu sudah digantikan dengan kupiah berwarna hitam.

“Come” Hana Aishah memandang lelaki itu terpinga - pinga. Kemudian dia melihat lelaki berjubah putih itu menuju ke sejadah yang sudah terbentang di sudut kosong biliknya itu.

“Aishah. Its getting late. Jom solat” Hana Aishah memandang ke arah sejadah yang dibentangkan di belakang lelaki itu.

Kakinya seperti magnet bergerak ke tikar sejadah itu. Hatinya yang tidak keruan sebentar tadi mulai tenang.

Alunan ayat Al - Quran yang lancar di lagukan oleh suaminya itu mendatangkan satu ketenangan yang pernah dia rasai. Ketenangan yang datang menjengah saat suaminya itu melafazkan doa di dahinya itu.

Malam itu , bersaksikan Allah Hana Aishah solat berimamkan suaminya. Suami yang tidak disukainya. Suami yang telah banyak melukakan hatinya. Suami yang menjadi punca air matanya tidak pernah kering.

Tetapi yang paling penting, suami yang sama yang dia temui di dalam mimpinya sewaktu di Tanah Haram. Sewaktu 3 hari sebelum kembalinya daripada tanah haram, dia masih ingat mimpi yang dialaminya sesudah dia menunaikan solat dhuha di masjidil haram itu.

Susuk tubuh yang sama , jubah yang sama , kupiah yang sama. Lelaki yang sama mengimamkan solatnya. Maksud mimpinya sudah jelas. Lelaki ini, imam yang Allah turunkan untuknya.

Tetapi kenapa sukar untuk dia terima. Hatinya masih berbelah bahagi. Ciuman hangat di dahinya sejurus dia aminkan doa lelaki itu , membuatkan air matanya memaksa untuk keluar. Ditahan sedaya mungkin.

“Forgetting something?” Fakhrul menahan Hana Aishah daripada bangkit. Gadis itu kelihatan kelam kabut mahu melarikan diri daripadanya. Tangan Fakhrul memegang tangan Hana Aishah yang sejuk beku itu.

“Lepaslah Mr Fakhrul?” Hana Aishah merasakan sukar untuk dia bergerak di dalam telekungnya itu tetali dia mencuba sedaya upayanya untuk menarik tangannya. Fakhrul menarik Hana Aishah sehingga gadis yang daripada keadaan separa berdiri itu terduduk di hadapannya.

“First of all.....” jarinya mengangkap muka Hana Aishah yang cuba melarikan pandangannya daripada Fakrul itu.

“Eee . Lepaslah” suara Hana Aishah mula meninggi dalam usaha untuk menyembunyikan debaran yang dirasainya. Dadanya berdegup laju melihat pandangan mata lelaki itu yang menusuk ke dalam matanya.

“Stop calling me Mr Fakhrul” Fakhrul merenung muka isterinya yang kelihatan lucu kerana pipinya ditenyeh oleh jarinya.

“Tak malu ke orang dengar my wife calling me Mr Fakhrul” Hana Aishah tidak dapat berkata - kata keadaan pipinya yang ditenyeh itu tetapi matanya dijulingkan keatas tanda menyampah.

“Number two. After this , we will pray together whenever both of us are home” Hana Aishah mengangkat ibu jarinya tanda bersetuju dan satu senyuman terukir di wajah Fakhrul.

“Haih cair lah hati kau Hana Aishah kalau hari - hari mamat ni senyum macam ni” gumam hati Hana Aishah.

“Number 3 ,lepas solat kena cium tangan suami” permintaan ketiga lelaki itu membuatkan mata Hana Aishah dijulingkan sekali lagi. Dan untuk itu hidung mancungnya itu dipicit sehingga di mengerang kesakitan.

“And last but not the least” rahang Hana Aishah sudah sakit kerana dipicit jari lelaki itu. Lega hatinya mendengar ayar terakhir lelaki itu.

“This is for lying to me about sending off the durian” perlahan kata - kata itu Fakhrul bisikkan sebelum satu kucupan hangat dihadiahkan ke bibir Hana Aishah.

Lama bibir lelaki itu mendarat di bibir isterinya. Tanpa Hana Aishah sedari jari lelaki itu yang mengepit pipinya awal tadi sudah mendarat di sisi kepalanya.

Jantung Hana Aishah seperti dia sedang berlari marathon. Mindanya terbang entah ke mana. Badannya lumpuh seketika. Kalau tidak kerana tangan Fakhrul yang memegang kepalanya memang di sudah jatuh menyembam lantai.

Selepas beberapa ketika , Fakhrul mengangkat bibirnya pergi. Tangannya masih menekap sisi kepala isterinya. Matanya menenung ke dalam anak mata wanita di hadapannya itu.

Muka Hana Aishah yang masih bertelekung itu kelihatan pucat kecuali bibirnya yang masih basah itu. Mata gadis yang memang sedia bulat itu semakin membulat.

“So next time when I said don’t do it , listen. This is the beginning of many more punishment” seperti tersedar daripada lena , Hana Aishah seperti disimbah air.

Sepantas kilat badannya dilarikan kebelakang sebelum dia berlari keluar daripadanya biliknya.

“Astaghfirullah hal azim. Adik!” Hana Azuwa yang baru keluar daripada biliknya terkejut apabila Hana Aishah yang seperti sedang melarikan diri daripada sesuatu itu terlanggar badannya. Nasib baik mereka berdua tidak tergolek.

“Adik. Adik ni kenapa? Macam lari kena kejar hantu” Hana Azuwa memarahi adiknya yang tidak habis - habis memandang ke arah pintu biliknya yang separa terbuka itu. Pertanyaan Hana Azuwa dibiarkan sepi.

“Hana Aishah!” tinggi suara Hana Azuwa menengking sebelum menepuk bahu kiri Hana Aishah sehingga adiknya itu mengaduh kesakitan.

“Kak wa. Sakitlah” Hana Aishah memandang muka kakaknya tanda tidak berpuas hati.

“Memang patut pun sakit , yang adik lari macam kena kejar hantu tu kenapa? Nasib baik kita tak jatuh tergolek macam nangka busuk” Hana Aishah tersengih melihat amukan kakaknya itu.

“Sorrylah kak. Adik .. emm .. adik “ tergagap gagap Hana Aishah cuba mereka alasan.

“Adik , adik .. Adik apa?” terkejut Hana Aishah mendengar amarah kakaknya itu. Barangkali sakit kakaknya kerana disondol Hana Aishah.

“Adik nak tumpang bilik air! Nak pee” Hana Aishah tersengih sambil menggaru kepalanya.

“Dah kenapa tak boleh use your own toilet?” Hana Azuwa pening melihat perangai adiknya seorang itu.

“Sebab ... ahh .. sebab ... haaa ... Mr Fakhrul tengah guna toilet. Lama betul dia berak” Hana Azuwa hanya menggelengkan kepala mendengar alasan adiknya itu.

“Ye lah. Abang Wazir kau kat bawah but slowly enter. I just put the boys to sleep “ tanpa mendengar pesanan lanjut daripada kakaknya itu , Hana Aishah berlari laju sambil menyinsing telekunnya dan meluru ke bilik kakaknya.

“Pelik - pelik lah adik ni” Hana Azuwa menggelengkan kepalanya sebelum menuruni tangga untuk membantu sanak saudaranya di dapur.

“Ya Allah. Astaghfirullahalazim. Ya Allah. Apa yang jadi tadi? Was that my first kisa?” Hana Aishah tersandar di sebalik pintu bilik Hana Azuwa yang telah selamat dikuncinya. Tangannya diletakkan di atas dadanya. Dia dapat merasakan degupan jantungnya yang berdegup laju itu.

***********************************


“Adik pergi lah naik bilik tu. Dah pukul berapa ni” Hana Aishah yang sedang membaringkan kepalanya di atas riba neneknya itu memekakkan telinganya.

“Relax lah mak. Bukan selalu we gather. Baru pukul 11.30 malam. Lagipun adik rindu nenek. Kan nek?” neneknya yang sedang mengusap kepalanya itu tersenyum lebar sebelum menghadiahkan sebuah ciuman di kepala Hana Aishah yang berbalut tudung sarung berwarna ungu itu.

“Ya Allah, Hana. Kenapa tak naik lagi. Laki awak nak masuk bilik pukul 10.30 tadi” Mak Long Baiti yang berbadan kurus tinggi itu pula membebel. Hana Aishah hanya memekak telinganya sehinggalah abahnya datang dan menyuruhnya masuk tidur.

Setelah hampir 40 minit bertapa di dalam bilik kakaknya tadi , Hana Aishah terpaksa turun apabila Warieth terbangun daripada tidurnya.

Dia yang sedang mengendong Warieth itu terserempak dengan Fakhrul yang sedang berbual rancak dengan sanak saudaranya. Hana Aishah tidak mengendahkan lelaki itu dan meneruskan misinya mencari kakaknya itu.

Sepanjang malam itu Hana Aishah menggunakan bermacam cara untuk mengelakkan dirinya daripada lelaki itu. Mulanya dia merelakan dirinya menjaga Warieth kemudian apabila kanak - kanak itu diambil ibunya , Hana Aishah pergi bermanja dengan neneknya.

Perlahan - lahan kaki Hana Aishah yang turut dihiasi Henna itu diseret menuju ke biliknya. Jelingan Kapten Azam cukup untuk menggerakkan punggungnya menuju ke biliknya.

Berbagai zikir diungkapkan di dalam mulutnya. Lama dia berdiri di hadapan pintu biliknya itu. Dia hanya membuka pintu yang telah dicat putih itu setelah di mendengar derapan kaki seseorang yang sedang menaiki tangga.

Biliknya yang sejuk itu , hanya diterangi cahaya lampu tidurnya. Biliknya yang telah diubah suai sepenuhnya itu kini berwarna ungu cair. Tilam nya telah digantikan dengan tilam saiz King yang mempunyai empat tiang yang dihiasi dengan renda - renda berwarna krim dan ungu cair.

Di sudut kanan katil dia dapat melihat sepasang tubuh yang sedang tidur sambil berselimut. Hatinya lega kerana lelaki itu sudah tidur. Sekarang masalah utamanya , dimana dia perlu tidur.

Matanya menangkap Cik Ted yang telah disumbatkan di sudut almari bukunya. Pada mulanya Hana Aishah marah tetapi melihat ruangan kecil di atas rak bukunya dan meja belajarnya , Hana Aishah tersenyum gembira.

Dengan berhati - hati Hana Aishah mengambil selimut kegemarannya dan mengambil beberapa helai baju untuk dijadikan bantal.

“Ya Allah , janganlah mamat tu bangun” setiap langkah Hana Aishah penuh dengan doa dan berhati - hati.

Apabila selamat dia menyelimutkan dirinya yang masih berbaju kurung dan bertudung sarung itu , dia cuba melelapkan matanya.

Kalau ikutkan keletihannya , dia mahu terus tidur tetapi mindanya memainkan setiap perkara yang berlaku sepanjang hari ini. Kenapa dia masih tidak dapat menerima lelaki ini? Dia memohon petunjuk dan Allah telah memberinya petunjuk tetapi perasaan benci itu telalu besar untuk dia buang.

Dia menginginkan seorang Imam dan Allah memakbulkan doanya. Air mata yang ditahannya sebentar tadi tumpah jua. Akhirnya Hana Aishah tertidur untuk kesekian kalinya dengan air matanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience