Chapter 41

Romance Completed 625623

Kereta BMW 8-series Grand Coupe itu memasuki kawasan perumahan berpagar di Kota Damansara. Fakhrul memandu tenang melintasi ruma Semi-D dan memasuki kawasan rumah banglo dua tingkat. Suasana senja semakin memekat apabila Fakhrul memberhentikan kereta di hadapan rumah banglo dua tingkat yang berada di bahagian terpencil taman yang bersekuriti tinggi itu.

Tangan Fakhrul mengelus perlahan wajah isterinya yang sembap. Hana Aishah sudah tertidur dalam lelehan air matanya apabila Fakhrul memulakan permanduan ke rumahnya daripada KLIA tadi.

“Sayang” Fakhrul mengangkat tangan Hana Aishah yang sejuk itu sebelum mencium telapak tangan isterinya. Setelah beberapa minit Hana Aishah terpisat - pisat bangun.

“We’re home” Hana Aishah menggosok matanya yang kabur itu sebelum pandangannya menjadi lebih jelas. Wajah Fakhrul yang sedang tersenyum mesra memandangnya ditenungnya mamai.

Pandangannya kemudian dihalakan ke arah rumah banglo dua tingkat yang gah itu. Rumah banglo berbentuk moden itu mempunyai laman yang sangat luas.

“Jom” mendengar ajakan suaminya, Hana Aishah melangkah keluar kereta mengikuti jejak Fakhrul. Fakhrul mengeluarkan bagasi Hana Aishah manakala Hana Aishah pula memerhatikan kawasan sekeliling rumah itu yang sunyi dan gelap.

“Typical Tengku Fakhrul” hati Hana Aishah membuat kesimpulan apabila dia melihat bertapa sempurnanya segala sususan di luar rumah banglo tersebut termasuklah rumput hijau yang kemas tanpa sebarang cacat cela.

Saat kaki Hana Aishah melangkah masuk ke dalam rumah itu , dia hanya diam membisu. Segalanya tentang rumah itu sangat asing. Ruangan yang Hana Aishah sedang berdiri saat itu mempunyai sepasang kerusi dan meja bulat bersama rak kasut. Segala perabot di situ berwarna hitam.

Mereka melangkah masuk dan harapan Hana Aishah tidak kesampaian apabila melihat ruang tamu yang luas itu dihiasi dengan perabot dan sofa berwarna hitam juga. Walaupun dindingnya dicat kelabu gelap dan putih , Hana Aishah rasa seperti berada di dalam rumah orang sedang berkabung. Hanya ada tiga warna tema rumah itu iaitu, kelabu gelap , putih dan hitam.

Hiasan dalam yang sangat kemas dan maskulin tanpa sejambak bunga pun membuatkan Hana Aishah terasa seperti sedang berada pejabat. Rasa ketenangan yang selalu dia rasai setiap kali dia melangkah masuk ke rumah ibu bapanya itu lansung tiada.

“Lets go up and freshen up ourself. Abang bawak sayang tour after isyak , ok?” Fakhrul yang sedang memeluk erat pinggang isterinya yang masih kelihatan sedih itu menghadiahkan satu ciuman mesra di pipi Hana Aishah.

Kepalanya disandar ke dada lelaki itu. Tangannya menarik lengan lelaki itu supaya pelukan suaminya itu bertambah erat. Saat itu , dia mahukan perasaan itu. Perasaan seperti dia tidak keseorangan menghadapi semua ini. Pelukan yang mampu membuatkan dirinya terasa seperti dilindungi walaupun untuk cuma seketika.

“Sayang tak sihat ke? You’re not yourself” Fakhrul memusingkan badan Hana Aishah menghadapnya apabila mendengar keluhan berat isterinya. Dia menolak sikit dahu isterinya itu ke atas. Wajah Hana Aishah yang sembap itu ditatapinya. Mata yang sudah hilang sinarnya itu cepat sahaja melarikan pandangan.

“Nothing” perlahan suara Hana Aishah menjawab. Fakhrul terpaksa menahan dirinya daripada memaksa wanita itu. Satu kucupan dihadiahkan di ubun - ubun isterinya sebelum menarik isterinya menaiki tangga kayu yang berwarna hitam itu.

Sesampai mereka di tingkat dua rumah itu, Hana Aishah dapat melihat ruangan santai di ruang tamu atas banglo itu. Nama sahaja santai tetapi apabila dia melihat warna ruangan itu terus membuatkan Hana Aishah merasa stres.

Sofa berbentuk L dihalakan ke arah tingkap yang berlangsir kelabu gelap bercorak geometri itu. Beberapa lukisan geometri di sangkutkan di dinding ruangan itu. Rak buku yang melekat di dinding di pandang Hana Aishah sekilas. Terdapat 4 bilik di tingkat itu.

Langkah mereka dihalakan ke arah bilik di bahagian kanan rumah itu. Masuk sahaja mereka ke bilik utama itu , lampu berwarna putih terus menyala. Segala benda di dalam rumah banglo itu berteknologi tinggi.

Bilik yang berwarna putih dengan perabot yang untuk kesekian kalinya berwarna hitam itu tampak elegan. Tahap kesempurnaan bilik itu membuatkan Hana Aishah takut untuk duduk di atas katil pun.

“Lets freshen up first” teguran Fakhrul itu mengejutkan Hana Aishah daripada penerokaan matanya ke sekeliling bilik tidur mereka.

Punggungnya dilabuhkan di atas tilam empuk yang dilitupi cadar berwarna hitam yang diperbuat daripada fabrik kapas yang sejuk. Dia memandang ke arah Fakhrul yang sudah menanggalkan T-shirt berwarna birunya. Apabila lelaki itu mula menanggalkan tali pinggangnya Hana Aishah terus melarikan pandangannya.

“Teman abang mandi jom” Fakhrul yang melihat isterinya yang sudah memandang ke arah dinding kosong di dalam bilik itu sengaja mahu mengusik isterinya.

Hana Aishah hanya menggelengkan kepalanya dan tunduk. Fakhrul mengeluh perlahan melihat reaksi isterinya yang kelihatan tertekan itu.

Kalau selalu apabila dia mengusik sebegitu pasti Hana Aishah sudah tergagap - gagap dan mencari cara untuk melarikan diri. Tetapi semenjak selepas mereka bersarapan pagi tadi , isterinya kelihatan muram.

“I know there’s something wrong” Fakhrul sudah berdiri di hadapan Hana Aishah dengan hanya berbalut tuala berwarna putih.

“I don’t want to push you tapi sayang tahu kan . I dont like when people hide things from me” Hana Aishah masih menunduk memandang ke arah kaki suaminya yang bertemu dengan kakinya itu. Kulit Fakhrul yang jauh lebih cerah itu kontra dengan kulit coklat susunya. Dada Hana Aishah berdegup kencang mendengar amaran tenang suaminya.

Lilitan tudung Hana Aishah dibuka Fakhrul perlahan. Hana Aishah memandang ke bahagian abdomen suaminya yang berotot yang terdedah tanpa sebarang fabrik itu. Dia menelan air liurnya melihat tuala lelaki itu yang diikat kemas dipinggang lelaki itu.

Hilang terus masalah di minda Hana Aishah saat Fakhrul menolak badannya berbaring di atas katil. Separuh badannya berbaring manakala separuh lagi tergantung di birai katil. Matanya memandang tepat ke mata lelaki itu yang redup memandangnya.

Saat Fakhrul sudah berada di atas badan Hana Aishah , nafas lelaki itu sudah tidak sekata melihat ke arah leher jinjang isterinya yang dipenuhi bekas semalam. Wajah Hana Aishah yang kelihatan sedang berangan sambil memandangnya disenyum penuh menggoda.

Nada deringan telefon Hana Aishah berbunyi sekaligus menyedarkan Hana Aishah yang seperti dibuai mimpi melihat senyuman manis suaminya. Terus ditolak tubuh Fakhrul sebelum dia melarikan diri dan masuk ke dalam bilik air yang luas itu.

Dada Hana Aishah seperti mahu pecah saat itu. Mulutnya tanpa dia sedari mengukir satu senyuman mendengar rengusan suaminya yang dia pasti sedang terbaring di atas katil.

Malam itu tidak sempat Fakhrul hendak mengajak isterinya meneroka rumah mereka , isteri sudah tertidur usai mereka menunaikan solat isyak. Fakhrul yang baru sahaja keluar daripada bilik airnya itu tersenyum simpul melihat Hana Aishah yang berbaju kelawar itu tertidur dalam posisi meringkuk seperti bayi.

Lampu biliknya di matikan sebelum dia menarik Hana Aishah ke dalam pelukannya. Esok masih ada untuk dia mengorek rahsia isterinya itu.

******************************


Suasana sunyi menyelubungi segenap kereta BMW itu. Hana Aishah membuang pandangannya ke luar tingkap. Bangunan - bangunan pencakar langit yang mereka lalui tidak menarik perhatiannya pun tetapi mindanya yang kusut itu tidak mampu untuk menghadapi soal jawab suaminya.

“Sayang. Why are you so quiet?” tangan kiri Fakhrul menggenggam tangan kanan isterinya yang sedang duduk bersila di atas kerusi kulit itu.

Seperti semalam hanya gelenggan kepala yang dia terima. Sepanjang pagi tadi Hana Aishah hanya berbaring sambil menonton TV tanpa menghiraukan Fakhrul. Fakhrul tahu isterinya itu tidak menonton pun rancangan yang bermain di TV.

Wajah wanita yang menjadi peneman tidurnya kelihatan kusut memikirkan sesuatu. Apabila Fakhrul panggil pun hanya selepas dia menepuk bahu isterinya barulah Hana Aishah tersedar daripada lamunannya.

“I’m not liking this sayang. I know something is bothering you. I’m your husband Hana Aishah” suara Fakhrul kedengaran tegang. Dia menyabarkan dirinya kerana memikirkan isterinya yang akan berkerja pada malam ini tetapi kesabarannya ada tahap.

Hana Aishah terdiam membisu. Bertapa dia mahu menceritakan isi hatinya tetapi mana mungkin lelaki itu faham. Dia kasihan melihat usaha Fakhrul yang cuba untuk menceriakan dirinya.

Tengah hari tadi lelaki itu memasakkan lauk kegemarannya. Hana Aishah tidak tahu dari mana suaminya tahu tentang makanan Itali kegemarannya itu tetapi mulutnya tersenyum gembira melihat Amatriciana terhidang di atas meja makan di meja makan yang boleh menempatkan 8 orang makan itu.

Hidangan spaghetti klasik itali itu amat sukar untuk dia dapati di Malaysia tetapi lelaki itu berjaya memasakkan lauk itu dengan sempurna. Hari ini suaminya lebih banyak mulut berbanding dirinya. Habis satu rumah banglo itu mereka teroka.

Walaupun lelaki itu sudah mula menapak di dalam hatinya, Hana Aishah masih berhati - hati. Terlalu banyak luka yang lelaki bernama Tengku Fakhrul ini telah toreh ke dalam hatinya. Luka yang baru sahaja mulai sembuh dia takut akan berdarah kembali sekiranya dia terlalu cuai.

“It doesn’t concern us” perlahan suara Hana Aishah berbicara. Matanya melihat kearah langit yang mulai gelap itu. Jam baru menunjukkan pukul 6.15 petang tetapi mungkin malam ini hujan bakal turun.

“Of course it does. You’ve been distance since yesterday. You barely talk. You keep on spacing out. Nak abang tambah lagi ke?” mata Hana Aishah bergenang apabila suara lelaki itu mulai meninggi.

Mulut masing - masing terus membisu sehinggalah mereka sampai ke hospital. Hana Aishah pelik kenapa lelaki itu memarking keretanya jauh di sudut hospital tetapi bukan di lobi hospital. Mesti lelaki itu marah dan mahu Hana Aishah berjalan jauh.

“Ada abang cakap sayang boleh turun ke?” terhenti terus pergerakan Hana Aishah yang mahu keluar daripada kereta mendengar tona suara Fakhrul. Suara yang kedengaran tenang di luar tetapi dia tahu lelaki itu akan meletus sebentar lagi.

Tangan Hana Aishah sejuk membeku. Mungkin kerana penghawa dingin di dalam kereta itu atau mungkin juga kerana jam sudah menunjukkan pukul 6.40 petang menandakan masa berkerja bakal bermula dalam masa 20 minit lagi. Tetapi yang paling tepat adalah , reaksi lelaki itu yang kelihatan tegang dan mulutnya yang sudah membisu sejak beberapa minit lepas.

Terlepas pegangan Hana Aishah daripada tangkai beg tangan H&M nya apabila lelaki itu menarik tengkuknya secara tiba - tiba sebelum bibir nipis Hana Aishah diperangkap bibir separa tebal suaminya.

Tetapi bukan seperti sebelum itu , bibir yang sudah terlalu kerap singgah di tubuhnya itu bergerak kasar menerokai mulutnya. Tiada kelembutan di dalam setiap pergerakan lelaki itu.

Mata Hana Aishah sudah terpejam rapat , dadanya bergolak kencang dan kedua - dua belah tangannya sudah memeluk erat leher suaminya. Sentuhan lelaki itu sudah mula meninggalkan rasa keinginan yang tidak pernah dia sangkakan akan ada.

Hana Aishah tidak tahu berapa lama lelaki itu bermain dengan bibirnya tetapi apabila lelaki itu berhenti dan menemukan dahi mereka , kedua - dua pernafasan mereka bergolak kencang. Mata mereka bertaut lama.

“I’m gonna miss you so much tonight” Hana Aishah yang sudah hafal nada sensual suaminya itu hanya tersenyum malu.

“Have a good call tonight and don’t be naughty” Fakhrul sempat mencium hidung mancung isterinya sebelum melepaskan pelukannya di leher Hana Aishah itu.

“Emmm” hanya itu yang mampu Hana Aishah keluarkan apabila Fakhrul merenungnya dengan pandangan penuh kasih sayang. Hari itu , degupan hatinya bertukar irama.

Fakhrul menghalakan keretanya ke lobi hospital. Sewaktu Hana Aishah mencium tangannya, Fakhrul sempat menghadiahkan sebuah ciuman hangat di dahi isterinya. Saat itu Hana Aishah pasti , bibit - bibit cinta mula tumbuh di dalam hatinya.

“Ya Allah, make me strong to go through this. You’re making me fall for him hard” Hana Aishah yang sedang menaiki tangga hospital itu sempat memanjatkan doa.

“Wah pengantin baru senyum sampai telinga lah” terkejut Hana Aishah apabila dijerkah rakan oncallnya. Muka Aaron yang bermata sepet itu memandang Hana Aishah mengusik.

Tangan Hana Aishah naik ke bibirnya dan sekali lagi tanpa dia sedari , lelaki itu telah mengukir satu lagi senyuman di atas bibirnya. Dia menggelengkan kepalanya memandang ke arah Aaron.

“Happy lah dapat hadiah before oncall dengan you my jonah buddy for life” Hana Aishah mengeyitkan matanya kepada Aaron sebelum berlalu pergi meninggalkan lelaki yang sudah berlari anak mengejarnya.


*******************************

“Hana! Hana! Wait!” bergema lobi hospital yang masih lengang itu mendengar laungan suara Aaron yang sedang mengejar Hana Aishah itu. Hana Aishah yang baru sahaja melabuhkan punggungnya di dalam kereta suaminya itu memalingkan badannya ke arah Aaron.

“You kejap ye? Apa lagilah si Aaron ni” Hana Aishah mengomel sendirian sambil memandang muka Fakhrul yang beriak tanpa perasaan itu.

Hana Aishah punyalah teruja apabila suaminya mengatakan dia sudah sampai di lobi pagi itu, potong stim betul mamat mata sepet seorang ni.

“Oh God. This . Is . Too . Much . Work” tercungap - cungap lelaki berbangsa Cina dan berbadan kurus kering itu. Aaron yang memakai spek mata tanpa bingkai itu sudah terbongkok - bongkok mencuri nafas di hadapan Hana Aishah yang berdiri di tangga lobi hospital itu.

“What Aaron? Tak kan dah rindu I kot? Whole night you were with me pun rindu ke apek” Hana Aishah memasamkan mukanya sambil memerli Si Aaron yang hanya setinggi Hana Aishah itu.

“Aiyoo Tanggachi . You tinggal ni la. Your water bottle at the table. Aiman suruh I pass dekat you cause dia dah start morning round” Aaron menghulurkan botol air berwarna pink yang dipegangnya itu.

“Alaaa. I totally forget la dude. Thanks Aaron “ Hana Aishah tersengih malu memandang Aaron yang sudah menggelengkan kepalanya melihat kecuaian Hana Aishah.

“Tu lah hangat sangat borak dengan Aiman sampai tak ingat dunia” Hana Aishah hanya menjelirkan lidahnya sebelum berlari anak menuju ke arah pintu kereta Fakhrul yang masih terbuka itu.

“Bye Aaron. Thanks for the sleepless oncall yet again” Aaron hanya tergelak melihat telatah Hana Aishah yang memakai seluar slack dan berhoodie Harvard itu. Itulah gaya Hana Aishah setiap kali mereka berkerja malam. Senang nak bergerak katanya.

“Sorry you. I tertinggal purse” manja suara Hana Aishah meminta maaf sambil memasang tali pinggang keledarnya. Fakhrul meneruskan pemanduan keluar daripada lobi hospital menuju ke Lebuhraya Elite.

“Ya Allah. I ngantuk gila. Didn’t sleep even a blink yesterday. Banyak gila admissions plus all the coming morning blood” Hana Aishah mengadu tentang oncallnya semalam.

Sesampainya dia ke tempat kerja, nasib baik dia sempat solat maghrib sebelum pesakit - pesakit baru masuk daripada kecemasan. Hana Aishah baru 2 minggu bekerja di wad general kanak - kanak. Pusingannya di NICU telah tamat sebelum dia mula bercuti kahwin.

Wad kanak - kanak memang terkenal dengan kesibukannya tetapi semalam sampai 14 pesakit baru masuk sepanjang malam. Itu belum lagi semua darah pagi yang perlu diambilnya.

“Luckily I sempat solat maghrib. Time I saw your text tu , I lari kejap pegi solat isyak at 4am. Penatnya. Penatnya” Hana Aishah mengadu lagi tetapi Fakhrul hanya diam membisu.

Waktu itu ada seorang lagi pesakit baru yang belum diambil sejarahnya , Hana Aishah meminta Aaron membantunya kerana dia masih belum menunaikan solat isyak. Waktu itu baru dia perasan pesanan mesej whatsapp suaminya.

~ I miss you sayang. Its not the same hugging the bolster. It doesn’t have your warmth nor does it have you frozen cold feet. I love you~ Husband


Tersenyum lebar Hana Aishah melihat pesanan mesej yang dihantar suaminya pada pukul 11.17 minit malam itu. Walaupun dia keletihan tetapi membayangkan dia akan bertemu dengan suaminya dalam masa beberapa jam membuatkan tenaganya bertambah - tambah.

Laju sahaja tangannya mengambil darah bersama dengan Aaron. Yang pasti kerjanya kena habis tepat pada masanya kerana dia mahu berjumpa dengan suaminya.

“Thanks tau bagi Aishah pinjam your hoodie. Malam tadi dah lah sejuk cause it was raining. I nak cerita about this one boy , a year 6 month. So cute tapi kesian cause they are investigating him for leukemia. I ambik darah tadi senyap je. So many time he’s been poke sampai dah tak da tempat nak poke Tapi Alhamdulillah I Aaron manage to get it after 3rd attempt. Its so sad because he’s such a gorgeous well behave boy” waktu Hana Aishah bercerita itu , mukanya memandang ke arah Fakhrul dengan terujanya tetapi dia perasan muka suaminya yang tiada reaksi itu.

“Alaaa. Kenapa you senyap je? Tak best ke cerita I?” Hana Aishah memanjakan suaranya sambil memeluk lengan kiri Fakhrul. Tetapi lelaki itu masih tidak memandangnya dan fokus memandu. Tadi sewaktu dia sampai di kereta , suaminya bukan main lagi tersenyum lebar.

“You!!” tangan Hana Aishah sudah memicit - micit lengan suaminya itu.

“Where did you go this morning after work?” suara Fakhrul yang tegang itu Hana Aishah pandang bingung. Kenapa pulak mood suaminya berubah pula.

“Emm balik lah. Kan you ambik I ni. Pergi mana?” Hana Aishah bertanya bingung.

“After you finish with ward work , before coming down to my car did you go anywhere?” suara Fakhrul yang sudah naik satu noktah itu menggetarkan jiwa Hana Aishah.

“Aishah pegi makan breakfast dengan Aaron” Hana Aishah memandang tangan Fakhrul yang semakin erat menggenggam stereng BMW itu.

“Did you ask my permission?” terkejut Hana Aishah mendengar ayat Fakhrul itu.

“Aishah lapar because the last I ate was the delicious Amatriciana that you cooked for me. I didn’t know I have to ask for your permission “ Hana Aishah cuba melunakkan suaranya. Barulah dia mahu merasa sedikit kebahagiaan hari ini dengan cuba melupakan masalah Hana Aqilah tiba - tiba ini pula muncul.

“Who else was there?” selepas lama Fakhrul mendiamkan dirinya, pertanyaan yang paling dia mahu tahu diluahkan jua.

“Got few other friends of mine” Hana Aishah terasa seperti mahu bumi menelannya saat itu. Dia sudah tahu kenapa lelaki itu marah.

“Who?” mulutnya laju sahaja mahu menipu tetapi dia tahu akibat menipu kepada lelaki bernama Fakhrul. Hana Aishah mendiamkan dirinya seketika.

“Kugen .. emmm ... Alice ... Tyha ... Aiman” terlepas jua nama lelaki itu daripada mulutnya. Hana Aishah melihat rahang lelaki itu yang sudah bergerak - gerak. Matilah dia hari ini.

“No wonder you are so happy this morning. Met someone you’ve missed dearly isn’t “ tuduhan Fakhrul itu membuatkan Hana Aishah menelan air liurnya kesat.

“Aishah happy today. Happy sangat sangat. And yes sebab Aishah dah jumpa dengan someone that I’ve missed so dearly” kalau tadi rahangnya bergerak sekarang Hana Aishah rasa , asap dah keluar lalu hidung mancung Fakhrul dan telinganya. Merahnya muka suaminya waktu itu menahan amarah mendengar bicara Hana Aishah.

“You nak tahu tak siapa ?” bisik Hana Aishah perlahan sambil memberanikan dirinya meletakkan tangannya yang memeluk lengan Fakhrul itu di atas paha suaminya.

Sewaktu itu kereta mereka sedang berhenti di lampu isyarat merah. Kecut perut Hana Aishah melihat muka Fakhrul yang sudah menyinga itu. Marah sungguh suaminya.

“Hana Aishah happy sebab Hana Aishah dapat jumpa Tengku Fakhrul. Suami dia” Hana Aishah memberanikan dirinya. Mukanya didekat ke muka suaminya sementara tangannya sudah semakin merayap naik ke atas paha suaminya itu. Muka Fakhrul masih beriak marah.

“Tapi you wanna know something” Fakhrul dapat menghidu bau colgate di mulut isterinya yang hanya seinchi sahaja daripada bibirnya. Melihat cara Hana Aishah sebegini meruntuhkan amarahnya tetapi mukanya masih dikawal. Dia menanti bicara seterusnya Hana Aishah.

“He doesn’t miss me. He accuses me and scolded me without hearing me out” mendengar bicara sayu isterinya , Fakhrul merasa serba salah.

Hana Aishah mengangkat tangannya daripada paha suaminya manakala mukanya yang kecewa itu menjauhi wajah Fakhrul sebelum dipalingkan ke luar jendela. Air matanya tumpah kerana seperti selalu , bahagia itu hanya datang seketika.

Dia meletakkan harapan yang terlalu besar kepada seorang lelaki bernama Fakhrul walhal dia tahu kenyataannya lelaki itu tidak akan mampu memahami dirinya.

Fakhrul melihat Hana Aishah mengesat air matanya yang tumpah dengan kasar. Sebelum sempat dia mahu memujuk , bunyi hon kereta di belakang menyentakkan dirinya.

*****************************************

Hana Aishah sedang duduk di salah sebuah meja VIP di sebuah dewan mewah di TF Holdings. Hana Aishah menguis - nguis buah oren di atas pinggan kaca di atas meja yang berlapik kain satin berwarna putih itu.

Sesekali matanya dipalingkan ke arah warga - warga syarikat gergasi Tan Sri Fadhil. Mama sedang duduk berborak dengan datin - datin sekalian. Along dan Papa sedang berborak dengan dato’ - dato’ sekalian. Idora juga sedang bergaul mesra dengan wanita - wanita yang anggun bergaya di dalam busana mereka.

Hana Aishah mengeluh panjang mengenangkan dirinya yang seperti anak ayam masuk kandang lembu. Sesampai mereka di majlis itu , Hana Aishah diperkenalkan kepada seluruh warga TF Holdings. Acara yang formal itu nasib baik berlalu cepat dan yang paling dia bersyukur apabila dia tidak diarak atau disuruh duduk di atas pelamin.

Suaminya pulak semenjak dari tadi sudah menghilang apabila berjumpa rakan lamanya. Bagus juga kerana marah Hana Aishah belum redha dengan lelaki itu. Sesampai mereka di rumah pagi tadi Hana Aishah terus masuk ke dalam bilik dan tidur. Dia lansung tidak melayan panggilan suaminya.

Sedar - sedar jam sudah menunjukkan pukul 4 petang. Nasib baik dia tidak terlajak zohor. Suaminya sudah menghilang di dalam rumah banglo itu.

Yang ada di dalam bilik itu adalah sebuah busana muslimah berpotongan A-Cut yang mempunyai les dan batu-batu swaroski. Gaun yang elegan berwarna midnight blue menyerlahkan ketinggian Hana Aishah.

“Jauh nya ChaCha menung” mendengar suara itu kepala Hana Aishah berpusing dengan sangat laju. Mulutnya ternganga melihat seorang rakan yang amat dirinduinya.

“A...aaekk?” mata Hana Aishah sudah bergenang melihat lelaki yang berbadan sasa segak di dalam sut yang mengikut badan itu. Melihat gigi taring kanan lelaki itu yang sumbing , Hana Aishah sudah pasti itulah rakan sekolahnya yang sudah lama menghilang.

“Ye. Aku Aek kau lah ni” senyuman lelaki itu. Senyuman yang sentiasa Hana Aishah rindui semenjak 9 tahun lepas. Air matanya sudah mengalir. Mata lelaki itu ikut bergenang melihat sahabat baiknya itu.

Secara refleks tangan Hana Aishah menampar belakang badan lelaki itu kasar sampai nak terkeluar anak jantung lelaki itu dibuatnya.

“Aduh. Wei, kau ni pehal?” muka lelaki itu sudah mengeriut kesakitan. Tangannya sudah menggosok belakang badannya yang sudah perit itu.

“Kau lah pehal. Kurang ajar kau Aek. Kau ingat suka hati je kau boleh pergi dan datang dalam hidup kitorang ke” suara Hana Aishah sudah meninggi. Nasib baik bunyi musik yang sedang bermain itu , menenggelamkan suara Hana Aishah.

“Sorry la ChaCha. Aku... aku” Zarik sudah menggosok lehernya cuba melegakan segala perasaan serba salahnya.

“Sorry naik lori lah. Jahat kau Aek. Kau tinggal aku , tinggal Kina macam tu je. You left our freaking friends at school macam tu je Aek” muka Hana Aishah jelas kecewa. Air matanya dikesat kasar. Dia sudah tidak kisah akan mekapnya pun.

“Cha . Kau tau kan..” laju Hana Aishah memotong kata - kata Zarik itu.

“Aku tak tau Aek. Kau kata kita kawan sampai mati . Kau janji dekat kitorang. Tapi kau tipu. You missed every single one of us punya milestone” Zarik yang melabuhkan punggung di sebelah Hana Aishah hanya menundukkan wajahnya.

“When the whole school shunt you siapa yang ada dengan kau? When you were at your shittiest place who pick you up? Kawan-kawan yang kau buang ni kan” lelaki berkulit sawo matang itu hanya diam mendengar amarah Hana Aishah.

“Aku mintak maaf Cha. I got no fucking excuse. You guys have done so much for me. Aku tahu lepas ibu .. ibu pergi I need to get out of you guys life” Hana Aishah menelan air liur mengingati ibu Zarik.

Wanita berbangsa Indonesia yang tidak mempunyai passport. Pendatang tanpa izin yang tak pernah lekok dengan rezekinya walaupun dia sendiri kais pagi makan pagi , kais petang makan petang.

Hana Aishah tak pernah tahu nama wanita berbadan kurus kering seperti tidak cukup zat itu. Tanyalah siapa pun rakan sekolah mereka , semua orang tidak tahu kerana semenjak mereka berumur 7 tahun , wanita itu dipanggil mereka ibu.

“You make your own conclusion Aek. None of us pikir kau tu menyusahkan. We’ve tried so hard looking for you. Kau tau tak” Hana Aishah menggelengkan kepalanya memandang lelaki itu. Lama mereka senyap dalam dunia masing - masing.

“Where were you?” pandangan Hana Aishah dihalakan ke pentas tarian. Beberapa pasangan sedang menari mesra. Hana Aishah tidak pernah hadir majlis sebegini oleh itu dia mengalami kejutan budaya juga.

“Back to where I thought I belong” Hana Aishah tahu maksud lelaki itu. Ibu merupakan perempuan simpanan guru besar di sekolah rendah mereka. Apabila rahsia pecah mengenai Zarik adalah anak luar nikah guru besar itu , hidup anak kecil itu tidak pernah indah.

“Then why did you come back. Pergilah duduk sana. Kan tempat tu kau kata satu - satunya tempat yang akan terima kau” Hana Aishah masih ingat impian lelaki itu.

Waktu itu mereka berada di darjah enam. Lelaki itu baru sahaja habis bertumbuk dengan beberapa pembuli di sekolah yang mengejeknya. Dalam tangisan anak kecil itu , Zarik berjanji dia akan tinggalkan bumi Malaysia dan kembali ke tempat asalnya di Indonesia.

“Sebab itu bukan tempat aku Cha. I always thought its gonna get better there but ..” Hana Aishah melihat senyuman pahit di wajah lelaki itu. Lama lelaki itu membiarkan ayat itu tergantung.

“Kau kerja dekat sini ke?” Hana Aishah mengubah topik. Dia boleh lihat pahitnya hidup lelaki yang merupakan rakan baiknya sepanjang persekolahannya.

“Tak ah. Aku crashing event je” Hana Aishah membaling kulit oren di muka lelaki itu yang sudah tersengih seperti kerang busuk itu.

“Tapi , wow . Lawa nya kau Chacha. Kalau aku tau kau lawa macam ni dah lama aku pinang” Hana Aishah menjelirkan lidahnya mendengar ayat Zarik itu.

“Pandailah kau nak pujuk aku” Hana Aishah menjeling hendak marah tetapi tawanya yang ditahan pecah jua.

“Tapi jadi kan. Aek dah pujuk Chacha. Yeay , yeay” Hana Aishah sudah ketawa pecah perut melihat gelagat Zarik itu.

“Wei dah lah sakit perut aku gelak. Karang aku terkentut baru kau tau” Hana Aishah menekan perutnya yang sudah sakit tertawa melihat gelagat Zarik itu.

“Dulu dengan serkup kau sampai tutup dahi , kasut becak kau confirm kentut busuk. Tapi sekarang dah macam puteri dari kayangan , aku gerenti wangi punya” Hana Aishah yang sedang tertawa itu terus menjadi kejung apabila dia perasan kehadiran suaminya di belakang tubuhnya. Bau minyak wangi lelaki itu dia sudah hafal sangat.

“Aishah” nada lelaki itu kedengaran selamba tetapi pegangan kejap lelaki itu dibahunya membawa maksud lain.

“Assalamualaikum Sir. I’m Zarik” Zarik menghulurkan tangannya dan disambut lelaki itu. Mata Fakhrul menikam ke dalam mata Zarik sampai lelaki itu merasa tidak selesa. Hana Aishah yang melihat kejadian itu , terus berdiri dan memeluk pinggang Fakhrul.

“You. Ni kawan sekolah I. Dari darjah satu until spm” Hana Aishah menerangkan keadaan sebenar dalam usaha untuk meredakan suasana tegang.

“We’re going back now” Hana Aishah melihat malam yang masih panjang itu tetapi satu jelingan daripada Fakhrul cukup untuk mematikan niatnya untuk melawan. Zarik yang melihat interaksi pasangan yang kelihatan mesra di atas pentas di awal majlis tadi terkejut. Cara Fakhrul yang sangat mengongkong itu merisaukan Zarik.

“Aku balik dulu Aek. Kau bagi nombor kau kat aku. Kina confirm nak belasah kau punya” Hana Aishah mengambil telefon bimbitnya daripada clutch yang bersinar dengan diamond itu.

“Shit. Is she teletubbies lagi?” Zarik yang sedang menyimpan nombornya dalam telefon Hana Aishah itu menerima satu lagi balingan oren daripada rakannya itu.

“Mulut tu. Aku kawin kan korang berdua baru tau” Hana Aishah sempat menjeling.

“We’re getting late” tanpa sempat Hana Aishah bercakap apa-apa dia diseret keluar daripada dewan itu. Hana Aishah mempercepatkan langkahnya untuk mengejar suaminya.

Masuk sahaja mereka ke dalam kereta , Fakhrul memecut laju kereta BMW itu. Sudahlah hujan , kecut perut Hana Aishah dibuatnya.

Tidak sampai 10 minit pemanduan telefon Fakhrul berdering tetapi tidak diangkat lelaki yang segak bersut hitam dan kemeja midnight blue sepasang dengan Hana Aishah.

Apabila telefon Hana Aishah berdering , dia terus menjawab panggilan itu sebelum sempat Fakhrul merampas telefonnya.

“Assalamualaikum Papa. A’ah Hana dah balik. Sorry papa I’m a bit tired. Semalam oncall tak dapat tidur. Papa tak marah Hana kan.... Thank you papa. Bye” Hana Aishah terpaksa menipu bapa mertuanya yang terkejut melihat Hana Aishah dan Fakhrul yang sudah hilang itu.

“You’re too much” Hana Aishah merengus geram sebelum memalingkan tubuhnya membelakangi Fakhrul. Suasana senyap menyelubungi kenderaan itu. Fakhrul senyap membisu. Pemanduannya yang laju itu lansung tidak diendahkan Hana Aishah.

Sesampai mereka di rumah , Hana Aishah meluru keluar kereta dan menuju ke dalam rumah. Kakinya melangkah untuk menaiki tangga menuju ke dalam bilik tetapi Fakhrul menarik Hana Aishah sebelum dicampakkan tubuh Hana Aishah ke atas sofa hitam di ruang tamu itu.

“Auwww” Hana Aishah mengaduh kesakitan apabila kepala terhentak ke bucu kayu sofa itu. Kepalanya sudah berdenyut - denyut.

Sebelum sempat dia berbuat apa - apa, Fakhrul sudah menindih tubuh Hana Aishah. Kain busana yang dia pakai itu sudah terselak sehingga ke lututnya membuatkan Fakhrul dengan mudah mematikan segala pergerakan Hana Aishah dengan memposisikan dirinya di antara paha Hana Aishah.

“Fakhrul. You buat apa ni? Let me go!” Hana Aishah sudah menjerit ketakutan apabila tudungnya direntap sebelum lelaki itu mencumbui lehernya dengan kasar.

“Lepas lah!” Hana Aishah sudah meronta - ronta di dalam pelukan suaminya. Lehernya terasa sakit apabila digigit kasar. Air matanya sudah mengalir seperti air terjun. Tubuhnya mengigil ketakutan.

Dengan sedikit kekuatan yang tinggal , Hana Aishah menghantuk kepala suaminya sebelum lelaki itu terduduk kesakit di atas lantai. Walaupun kepalanya berdesing tetapi Hana Aishah berusaha untuk mengesot menuruni sofa untuk menjauhi Fakhrul.

“Come back here Hana Aishah!” jeritan Fakhrul diikuti dengan rentapan kasar gaun Hana Aishah sehingga terkoyak busana itu. Hana Aishah yang sudah tersembam di lantai itu meraung ketakutan.

“How many time do I have to tell you , you’re mine. no one touch what’s mine” muka Fakhrul yang menyinga itu memandang wajah Hana Aishah yang sedang menangis ketakutan di atas lantai.

Tangan Fakhrul yang sedang melutut di atas Hana Aishah itu masuk ke dalam bahagian leher baju isterinya. Dengan sekali rentapan gaun itu terbelah di bahagian tengah dan menampakkan baju dalam Hana Aishah. Hana Aishah menutuo matanya enggan melihat maruahnya dicarik dalam keadaan terang benderang di tengah - tengah ruang tamu yang terbuka itu.

“Everything is mine” suara lelaki itu berbisik di telingan Hana Aishah sebelum , seperti tadi dada Hana Aishah digigit kasar. Mendengar ayat Fakhrul itu mata Hana Aishah memandang tepat ke dalam mata lelaki itu.

“I bukan barang Tengku Fakhrul. I manusia. I isteri you” Hana Aishah sudah teresak menangis. Melihat Fakhrul yang sedang marah dan menindih tubuhnya yang sudah terdedah habis itu , merobek segala kepercayaan yang dia cuba bina.

“Kalau ini cara you nak menang hati I , then you ... you failed tremendously” esakan Hana Aishah semakin kuat. Matanya memandang tajam ke arah lelaki yang menaburkan janji - janji manis kepadanya.

“You want my body right, then ambik. Take it if that’s gonna give you victory . Tunjuk dekat satu dunia I ni harta Tengku Fakhrul“ Hana Aishah sudah penat dengan permainan suaminya.

“But remember this, sampai mati pun I tak akan terima you dalam hati I” malam itu , hati Hana Aishah nekad. Kalau inilah perangai sebenar lelaki yang berjanji tidak akan menyakitinya, hati Hana Aishah akan mati untuk selama - lamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience