Chapter 15

Romance Completed 625671

“Dr nak tanya. Mak cik Sarah tu kan , Dr nak slot dia on which date? Kalau lambat lagi she’s requesting to go back?” mereka yang baru sahaja habis rondaan pagi hari itu dengan Hariz sedang menuju ke arah ICU untuk melihat pesakit terakhir mereka .

“Next month I won’t be around so can you please reschedule her to next week” bulan hadapan Hariz tiada kerana dia mengambil cuti panjang untuk kenduri anaknya dan selepas itu dia dan keluarga kecilnya akan pergi ke Sweden . Sambil menghadiri kursus di Sweden selama 2 minggu dia dapat membawa isteri dan anaknya melancong.

“Bestnya Dr pergi holiday. Untunglah” bagi housemam yang sedang membuat praktikal , mereka tidak boleh cuti melebihi 8 hari dalam satu - satu jabatan.

“Bestlah thats why I wanted to become specialist” Hariz memandang ke arah Hana Aishah yang sedang berjalan beriringan dengannya.

“Dr lelaki bolehlah. I want to settle down as a GP je. I’m getting married this year and lepas ada anak nanti susahlah Dr” Eman yang hari ini bersama - sama menjaga wad dengan Hana Aishah itu mencelah.

“So many woman becoming a specialist and they are married. When there is a will , there is a way” sebab itu Hariz tidak pernah menghalang isterinya daripada menyambung belajar ke bidang kepakaran yang diminatinya. Isterinya sekarang dalam tahun kedua dalam pengajian kepakaran mata.

“Betul tu Doctor. I want to do specialisation also and I hope that my marriage won’t get in the way” Hana Aishah tidak suka apabila wanita sendiri merendahkan diri mereka dengan menggunakan alasan jantina mereka daripada mencapai cita - cita.

“Alah Hana . You tu single mana faham I yang nak kahwin ini” Eman sejak dari awal Hana Aishah memasuki jabatan Ortho ini tidak suka dengan gadis itu. Ini merupakan posting pertama dia dan dia merasakan Hana Aishah selalu suka mencari perhatian.

“Maybe lah kot. I mana pernah bercinta” jujur Hana Aishah menjawab.

“Precious gem” pujian Hariz itu membuatkan Eman semakin menyampah.

Selesai mereka melakukan rondaan pagi dengan Hariz , mereka segera memasukkan nota dan bersiap sedia untuk menyelesaikan tugasan lain.

“Hana , nanti untuk CT urgent tu you request ya” Hana Aishah yang terkejut mendengar arahan Eman itu memandang muka gadis yang berkulit putih kemerah - merahan itu.

“Aik kenapa pula I yang kena request. Didn’t Dr Hariz ask you to do it?” Hana Aishah perasan yang Eman suka membulinya. Walaupun dia baru masuk ke pasukan Hariz tetapi dia lebih senior dalam posting ini.

“Dr Hariz kan suka you lagipun I baru je masuk Ortho manalah reti request ni semua. Confirm tak dapat” selamba sahaja gadis kelahiran Terengganu itu mengarah Hana Aishah.

“Actually kalau banyak excuse pun tak akan reti sampai bila - bila. Considering I’m being generous today I buat lah but next time you buat sendiri” perlian Hana Aishah tidak diendahkan oleh Eman.

Jam menunjukkan pukul 1 petang. Hana Aishah yang berada di jabatan X ray itu sedang bersiap sedia untuk meminta CT yang perlu dilakukan untuk seorang pesakit pada hari itu juga.

“Assalamualaikum Dr Zakiyah. Saya HO Hana daripada Ortho. Saya nak request CT urgent untuk seorang patient ini boleh” Hana Aishah paling tidak suka pergi ke jabatan X Ray kerana selalu sangat dia perlu merayu - rayu untuk meminta imaging daripada bos di jabatan itu.

“Hmmm” pakar radiologi itu memberikan balasan hambar tetapi Hana Aishah membentangkan sejarah pesakit secara teliti dan cuba meyakinkan pakar itu untuk memberikan lampu hijau untuk membuat CT itu pada hari ini.

“This is not an urgent indication and even if I do it today also its not like you’re doing anything” bermulalah episod Hana Aishah merayu untuk mendapatkan apa yang dipinta.

“Kenapa you ni tak faham bahasa ya? I boleh bagi date within this month. That’s the best I can give” Dr Zakiyah yang memang terkenal dengan kegarangannya itu memarahi Hana Aishah.

“Tak apalah Dr, kalau today tak boleh esok boleh tak Dr. This is very urgent Dr. We’re planning to go in once the result is out. The patient is very young and if the management is delayed it will cost him a life time disability” walhal Hana Aishah pun tidak pasti sama ada mereka akan membuat pembedahan ataupun tidak.

“You ingat I ni suka - suka ke reject your request. I have so many cases this week. I cannot slot in” Hana Aishah terpaksa menebalkan muka menahan tengkingan pakar itu.

“Saya faham Dr busy tapi please Dr. I will do anything if we can proceed with urgent CT. Saya kesian dekat patient tu” Hana Aishah masih tidak berganjak dari situ.

“Awak buatlah sendiri CT tu kalau awak kesian sangat dengan pesakit itu” Dr Zakiya terus memalingkan muka memandang ke arah PC nya tanpa menghiraukan Hana Aishah yang masih berdiri disebelahnya.

“Saya boleh buatkan Dr tapi saya tak reti guna mesin tu tapi benda lain semua saya boleh buat” Hana Aishah sudah berdoa supaya Allah melembutkan hati pakar radiologi ini.

“Tau pun tak reti. Can you go ? I have lots of other things to do rather than attending to your nonsense” Hana Aishah tetap tidak berganjak walaupun dihalau.

“Please Dr. Saya merayu” sikit lagi Hana Aishah hendak melutut.

“You ni memang tak faham bahasa ke apa? I dah cakap no means no. Menyusahkan betullah” Hana Aishah yang sudah biasa dengan makian dan cacian itu terus - terusan berdiri di sebelah komputer yang Dr Zakiyah sedang gunakan.

“Ya Allah tolonglah lembutkan hati manusia berhati keras ini” Hana Aishah masih berusaha memujuk pakar itu.

“You nak sangat CT kan , today I oncall. You stayback sampai I free to do the CT” Dr Zakiyah tahu sangat perangai doctor - doktor pelatih muda ini. Semua nak habiskan kerja cepat - cepat dan balik. Kalau zaman dia dulu , tidur itu satu nikmat kerana sangat sibuk.

“Ok Dr . Thank you so much. I will stay until we finish doing the CT” Hana Aishah tersenyum gembira.

“Kalau pukul 1 pagi pun you tak kisah kan” Dr Zakiyah memerli Hana Aishah.

“Its ok Dr. You’re being so generous doing the CT during your oncall, saya boleh stayback” Hana Aishah tersenyum kemenangan.

“Fine then. Make sure you accompany the patient” Dr Zakiyah tahu gadis itu pasti akan balik dan passover kepada rakannya yang kerja malam.

“Will do doctor “ Hana Aishah mengucapkan terima kasihnya sebelum menghala ke arah wad.

Sesampai Hana Aishah di wad dia nampak kelibat Eman dan Hariz di katil pesakit yang baru sahaja masuk.

“Hi Dr” Hana Aishah memandang ke arah Fakhrul yang sedang berdiri sambil memandang telefonnya.

“Sibuk je mamat ni ikut Hariz” bebel Hana Aishah di dalam hatinya. Kisah tiga hari lepas masih segar di ingatannya.

“Hana , where did you go? I was looking for you. Aren’t you suppose to see the new case?” Hariz menyoal Hana Aishah.

“Sorry Dr . I went down to radio tadi” terang Hana Aishah. Sepatutnya hari ini dia akan menguruskan pesakit yang akan masuk hari ini untuk pembedahan esok manakala Eman pula akan menguruskan pesakit ICU dan pesakit yang telah menjalani pembedahan.

“Lamanya pergi radio. I ingat you dah siap pergi lunch” Eman memerli Hana Aishah.

“Ehh taklah. I went to request for the CT lah” Hana Aishah mula naik angin apabila Eman cuba menuduhnya curi tulang.

“Isn’t it your job Eman to request for the CT ? That’s your patient isn’t it?” suara Hariz semakin meninggi.

“Its ok Dr Hariz. Hana dah dapat pun CT tu” geram Hana Aishah memandang ke arah Eman.

“You ask her to do your job and then you didn’t even help her seeing new patient. You buat apa dekat wad?” Sewaktu Hariz naik ke wad tadi kedua - dua pesakit yang baru masuk untuk pembedahan esok masih belum dilihat.

“Saya masukkan notes tadi” tergagap - gagap Eman menipu. Hakikatnya dia keluar makan tengah hari dengan tunangnya yang datang melawatnya di hospital tengah hari tadi.

“I know the case Dr” laju Hana Aishah cuba menenangkan keadaan. Dia terus membentangkan sejarah kedua - dua pesakit.

“Aunty Low , I’ve examined her at clinic last week but Pak Cik Suwarno saya tak examine lagi Dr” terang Hana Aishah jujur.

“You do the examination” tiba - tiba suara Fakhrul mengarah Eman untuk melakukan pemeriksaan ke atas pesakit yang bernama Suwarno itu.

Eman yang tidak dapat melakukan pemeriksaan secara betul ke atas pesakit tadi dimarahi Hariz. Hana Aishah yang cuba membantu Eman itu dihalang oleh Fakhrul.

“What is this nonsense Eman. You’re almost 2 month in the posting and in my team, you can’t even do a proper examination. All this while did you just copy paste the examination from the clinic?” Hariz yang jarang marah itu naik angin.

“I’m sorry Dr Hariz” suara Eman sebak kerana dimarahi bosnya.

“I want you to settle this 2 patient on your own. Don’t even think about going back unless you settle both of this patients and update to me personally. Understand?” Hana Aishah ikut terkejut melihat Hariz menengking Eman.

“Hana. You jangan tolong dia faham?” Hana Aishah hanya menganggukkan kepalanya kerana dia pun berasa gugup melihat muka Hariz yang merah kerana marah itu.

“Jom pergi tengok patient ICU” arahan tegas itu cukup untuk menggerakkan kaki Hana Aishah ke arah ICU.

“You settle kan patients dekat sini. Ikut I pun buat apa, bukan follow orders” Hariz memarahi Eman yang turut membuntutinya.

Sepanjang perjalanan menuju ke arah ICU itu , suasana sunyi menyelubungi mereka.

“You ni kan Hana, tak malu ke kena buli dengan junior” terkejut Hana Aishah mendengar Hariz yang memarahinya.

“Huh?” Hana Aishah memandang muka Hariz yang sedang memarahinya.

“Huh , huh.. Si Eman tu tengah buli you , you tau tak. Tak kan itu pun tak perasan cik kak” suara Hariz yang bertukar kepada nada biasanya itu meredakan suasana yang tegang tadi.

“Ehh bila masa dia buli saya?” Hana Aishah cuba mempertahankan diri.

“My god this girl is so blur” Fakhrul yang sejak tadi memerhati sahaja itu bersuara.

“She ask you to request for the CT because she saw the radio oncall today” tenganga mulut Hana Aishah mendengar penerangan Fakhrul itu.

“Kurang ajar punya budak” muka Hana Aishah yang bertukar masam itu kelihatan lucu di mata Hariz.

“You’re right bro. She is blur and naive” Hana Aishah memandang ke arah dua lelaki yang sedang berjabat tangan seperti mempersetujui tentang sesuatu sambil menggelengkan kepala mereka memandang Hana Aishah.

“Eee apa ni both of you?” Hana Aishah rasa bingung pada saat itu.

“Fakhrul saw you at radio earlier getting scolded by that witch and told me about it. So I went up to ward to ask Eman why didn’t she go and request? But before I could say anything that girl was giving me a whole different story” berasap telinga Hana Aishah mendengar penjelasan Hariz.

“What did she told both of you?” mereka sedang menghala keluar dari lif menuju ke arah ICU.

“She told me you went out for lunch since 12 noon and haven’t come back yet” Hariz juga terkejut mendengar penipuan Eman.

“Eee jahatnya . That bitch” Hana Aishah sudah mengepal penumbuknya kegeraman.

“Language Aishah” teguran Fakhrul itu dibalas dengan jelingan Hana Aishah.

“Jahat tau dia. Dr Hariz tau tak what I have to go through today” Hana Aishah seperti mahu menangis.

“I know you got scolded so badly that’s why I shouted at her” Hariz kasihan juga pada Eman tetapi melihat cara Eman memeriksa pesakit tadi dia menjadi takut untuk membiarkan houseman itu menjaga pesakit - pesakitnya.

“No! Thats just a glimpse of hell. I have to stay back today for the CT. Dr Zakiyah cakap she might even call the patient at 1 am and I have to accompany the patient by hook or by crook” Hana Aishah rasa seperti mahu menangis.

“What? That’s nonsense” Hariz tidak mempercayai apa yang didengarinya.

“I’ll talk to her” laju Hariz mengeluarkan telefonnnya.

“Ehh no need Dr Hariz. I can stayback. Esok saya oncall pun. I don’t want to get on her bad side” cepat Hana Aishah menghalang Hariz daripada membuat panggilan itu.

“That’s the reason why people bully you” Fakhrul memberikan komen yang menghentikan langkah Hana Aishah yang sedang masuk ke ICU itu.

“Mr Fakhrul pun sama je. Saya tahu tempat saya dekat mana. Houseman je kan. Tapi saya doa bila saya dah jadi MO atau pakar , saya tak buat anak buah saya macam itu” Hana Aishah membalas komen Fakhrul itu dan meneruskan langkahnya menuju ke katil ICU nombor 5 yang menempatkan pesakit mereka.

Selepas itu Hana Aishah terus mendiamkan diri dan membiarkan kedua orang lelaki itu berborak sesama sendiri.

“Jom saya belanja Hana yang merajuk ni” Hariz mengajak Hana Aishah untuk keluar makan dengannya dan Fakhrul.

“Tak merajuk pun. I don’t care pun orang nak cakap apa. I might look stupid letting people step on me but Allah is there overseeing everything” Hana Aishah memandang ke dalam anak mata Fakhrul yang berwarna hitam itu.

“But God tells us to stand for ourself also , not just letting people bully us. He won’t change the state of a people unless they make an effort to change themselves” balasan Fakhrul itu membuatkan Hana Aishah lebih geram. Hana Aishah ingat ayat dari surah dalam Al Quran itu.

“And Allah cakap juga jangan aniaya orang lain” Hana Aishah geram kerana Fakhrul sentiasa menyebabkannya berada dalam masalah dan akan membiarkan Hana Aishah terkapai - kapai bersendirian tanpa membantunya.

“Ya Allah. Aku kawin kan jugak budak dua orang ini” Hariz penat melihat perbalahan di antara dua manusia ini.

“Selisih malaikat 44” Hana Aishah menarik muncung mulutnya sedepa.

“Sometimes we end up with thing that we don’t like the most” Fakhrul melangkah meninggalkan mereka berdua yang tercengang dengan komennya itu.

**************************************

Nada deringan Trampouline bergema di surau. Cepat - cepat Hana Aishah menyelongkar beg tangannya.

“Oh my god Hana Aishah. Kenapa kau tak silent kan phone kau dalam surau” Hana Aishah membebel memarahi dirinya dalam hati. Dia dapat melihat jelingan beberapa wanita yang sedang duduk berteleku di atas tikar sejadah.

“Hello , Dr Hana here” laju Hana Aishah memperkenalkan diri apabila melihat nombor hospital memanggilnya.

“Assalamualaikum Dr Hana saya SN Sarima dari ICU ni. Saya nak inform , radio dah call untuk pushed patient bed 5 for CT” mendengar maklumat itu , laju Hana Aishah menanggal telekungnya dan bergegas menuju ke ICU.

“Dr Malik. Saya Hana HO Ortho. Sorry lambat Dr, saya solat isyak tadi” sewaktu Hana Aishah sampai di ICU mereka tengah menunggunya untuk menolak pesakit ke jabatan radiologi.

“Nasib baik Hana, kalau HO lain aku dah marah dah buat aku tertunggu - tunggu “ Malik yang sudah kenal dengan Hana Aishah itu sengaja mengusiknya.

“Ish Dr Malik ni. Suka tau” Hana Aishah bersama - sama menolak pesakit yang masih memerlukan bantuan pernafasan itu ke jabatan radiologi.

“Oncall ke Hana?” Malik pelik melihat Hana Aishah yang masih tidak balik lagi daripada pagi tadi.

“Taklah doctor. Dr Zakiyah radio suruh saya accompany patient untuk CT”

“Kau biar betul Hana?” Malik seperti tidak mempercayai apa yang Hana Aishah katakan.

“Dr taulah Dr Zakiyah tu macam mana kan” Hana Aishah sudah redha. Jam menunjukkan pukul 8.45 malam.

“Kau suruhlah orang oncall cover. Esok kau kerja ke?” kasihan Malik melihat houseman seorang ini.

“Tak boleh. Dr Zakiyah specifically wants me to accompany the patient sebab initially she said no to my request. Esok oncall , nasib baiklah” Hana , Malik dan 2 orang lagi jururawat memasuki lif menuju ke tingkat G dimana jabatan radiologi terletak.

“Lepas habis CT kau balik terus . Tak payah ikut aku hantar patient back to ICU” Malik memberi arahan kepada Hana Aishah yang kelihatan sangat penat itu.

“Thanks Dr” Hana Aishah berterima kasih kerana hanya segelintir bosnya yang tiada peri kemanusiaan. Ramai lagi senior - senior yang baik dia jumpa sepanjang berkerja di hospital ini.

Sesampai mereka di jabatan radiologi Hana Aishah dan Malik bersama - sama juruwarat membantu mengangkat pesakit untuk di letakkan di atas mesin CT

“Assalamualaikum Dr Zakiyah” Hana Aishah memaniskan mukanya memberi salam kepada pakar radiologi itu.

“Waalaikumussalam” Dr Zakiyah tidak memandang lansung muka Hana Aishah.

“Thank you Dr for making your time and sorry for the trouble” Dr Zakiyah hanya menganggukkan kepalanya.

CT scan untuk pesakit itu habis pada pukul 10.50 malam tetapi hati Hana Aishah merasa puas. Pada mulanya Dr Zakiyah tidak mengendahkan dia tetapi sewaktu proses scan bermula Dr Zakiyah mengajarnya satu per satu bagaimana mesin itu berfungsi dan macam mana untuk membaca gambar CT scan itu.

“Thank you so much Dr Zakiyah. I learned alot tonight. InsyaAllah after this I will like to learn more if you’re free to teach” Dr Zakiyah yang pada mulanya agak skeptikal dengan Hana Aishah , kagum melihat gadis itu yang sanggup menunggu sehingga tengah malam.

“Nanti kalau awak nak float dekat radio jumpa saya” Malik yang mendengar ayat dari pakar yang terkenal dengan kegarangannya itu hanya tersenyum.

“InsyaAllah Doctor “ Hana Aishah menyalami tangan pakar itu dan membantu menolak pesakit menuju ke arah lif.

“Fuyoo Hana . Lepas ni kau request confirm dia grant semua” Malik mengenyitkan matanya.

“Dr Hana ni bagus memanglah semua orang nak berebut. Tengoklah bos kita Dr Hamdan pun nak tarik dia float dekat anest” SN Sarimah memuji.

“Ish akak ni mana ada. Kalau saya tak stay back tadi nanti singa tadi mengamuk” pecah tawa mereka mendengar komen Hana Aishah.

“Dah Hana , go back. Drive carefully” cepat - cepat Malik menyuruh Hana Aishah pulang.

“Thank you Dr Malik. Have a good call semua” Hana Aishah melangkah ke arah lobi sambil itu laju tangannya mendail nombor telefon bapanya.

“Abah , adik tunggu dekat lobi. Are you guys here already?” Hana Aishah yang sudah memaklumkan tentang kelewatannya menelefon kedua orang tuanya untuk bertanya mengenai keberadaan mereka.

Awal tadi sewaktu berbaki lagi 30 minit untuk CT scan tamat , dia menghantar whatsapp kepada Kapten Azam untuk bertolak dari rumah mereka di Subang Jaya.

“We’re here 10 minutes ago. Adik wait at the entrance, I’m on the way there” pesan Kapten Azam sebelum menamatkan panggilan.

“Letihnya” luah Hana Aishah sambil berbaring di bahagian belakang kereta Alphard ibunya.

“Adik ni. Mak risaulah. You’re not even well enough and you’re pushing yourself again” bebelan yang sudah lali di telinga Hana Aishah.

“I’m ok mak. Plus now that I’m in Dr Hariz team I’m coming back on time” Hana Aishah merasa rimas kerana semenjak kejadian hari itu, ibunya semakin mengongkong.

“But today you’re still coming back at this hour still” geram Teacher Basirah dengan sikap Hana Aishah yang selalu mengabaikan diri sendiri.

“Abah” suara manja Hana Aishah meminta abahnya membantunya.

“Your mom is worried Hana and she have a good reason. Remember what Dr Suria said at your appointment last week” Kapten Azam masih ingat lagi pesanan Ms Suria yang meminta Hana Aishah supaya tidak melakukan kerja berat.

“But I’m ok now. I promise” Hana Aishah penat meyakinkan kedua ibu bapanya.

“Adik tomorrow can you pass the durian that Tan Sri’s want. Abah ada ambik dekat kebun petang tadi. Nanti pass dekat anak dia , Fakhrul tu” Kapten Azam mengubah topik kerana setiap kali Hana Aishah pulang dari kerja pasti dia akan bertelagah dengan ibunya.

“Ish malaslah nak bagi dekat Mr Fakhrul. Nanti adik hantar sendirilah dekat rumah dia. Uncle tu baik” Hana Aishah masih ingat lagi betapa terkejutnya dia apabila mengetahui status ibu bapa Fakhrul

*****************************************

“Aunty yang suruh panggil both of is that. Kenapa pulak Hana nak sorry” Tan Sri Fadhil tersenyum melihat muka Hana Aishah yang sudah pucat itu.

“Hana kan kawan Fakhrul bukan outsider pun” Puan Sri Maria memegang tangan Hana Aishah yang sudah sejuk seperti ais itu.

“Hana ni memang macam ni Tan Sri , Puan Sri. Main terjah je , tak pernah tengok kiri kanak” Teacher Basirah rasa mahu mencubit mulut anaknya itu kadang - kadang. Mulutnya itu memang tiada lesen.

“Ish akak ni pun. Panggil saya Maria je. Baguslah attitude macam Hana ni. Honest about her feeling” pujian Puan Sri Maria itu membuatkan muka Hana Aishah terasa bahang semacam.

“Fakhrul buat HO together with Hana ke ? Tak pernah pula Hana cerita” Kapten Azam membuka cerita dengan Fakhrul yang banyak berdiam diri disebelahnya.

“No uncle. I’m actually doing my attachment there. Next year have to go back to main campus” terkejut Hana Aishah melihat kemesraan Fakhrul berborak dengan bapanya.

“Ohh. Bos Hana lah ni” Fakhrul hanya tersenyum mendengar komen Kapten Azam.

“Thank you though for bringing Hana to your home. Uncle risau juga Hana ni duduk hospital lama - lama after that incident. Kebetulan hari ini dua pupu uncle nazak so had to rush to Melaka. Uncle ni dah tua kena bergilir - gilir dengan adik Hana lah kalau nak drive jauh” terang Kapten Azam yang risau sekiranya Hana Aishah berlama - lama di hospital. Kejadian hari itu masih menghantui dirinya.

“No problem uncle. Sorry too because Fakhrul tak mintak izin uncle and aunty to bring Hana to my house” ternganga mulut Hana Aishah yang sedang berborak dengan adiknya Hana Aqilah apabila mendengar Fakhrul meminta maaf.

Tengku Fakhrul adalah satu manusia yang sentiasa betul maka permohonan maaf adalah perkataan yang Hana Aishah tidak pernah dengar keluar dari mulutnya.

“Kakdik . Tutup sikit mulut tu. Malu orang tengok” Hana Aqilah yang menemani kedua ibu bapanya ke Melaka hari itu menutup mulut kakaknya.

Lama mereka duduk berborak di laman Tan Sri Fadhil yang cantik itu. Kapten Azam sempat memberitahu Tan Sri Fadhil mengenai kebunnya.

“Untung abang. Saya ni teringin juga nak pencen. I’ve been wanting to retire but this one is still not confident to take over the company ” Fakhih hanya tersengih mendengar komen bapanya. Fakhih baru menyertai syarikat papanya dua tahun lepas. Dia rasa agak berat untuk memikul tanggungjawab itu seorang diri.

“Nanti Fadhil free datanglah kebun abang. Sekarang tengah musim durian” awalnya Kapten Azam agak kekok untuk membuang panggilan Tan Sri itu tetapi kerana Tan Sri Fadhil berkeras lancar lidahnya memanggil nama lelaki itu.

“Durian kampung yang paling sedap. Saya suka balik ke kampung wife dekat Sik waktu musim durian ni. Lebat kan Ria kebun mak” Tan Sri Fadhil jarang dapat balik ke kampung isterinya kerana kesibukannya. Selalunya Fakhrul yang akan balik menjenguk neneknya di kampung.

“Lah , jauh sangat Sik tu. Nanti saya kirimkan durian dari kebun saya. Nanti Hana pass dekat Fakhrul ye” Hana Aishah mengganggukkan kepalanya laju.

“Don’t trouble yourself bang. Nanti saya datang kalau free” segan pula Tan Sri Fadhil apabila Kapten Azam bersusah payah untuk menghantar durian ke rumahnya.

“Allah. Saya ni dah pencen Fadhil. Business awak tu besar, I’m sure you’re busy. Nanti saya kirimkan” hampir pukul 12 malam baru mereka bergerak pulang.

“Mak Ngah come again ok. Princess want to go on date with God with Mak Ngah. I want to ask for lots of gift” Idora terkesima mendengar permintaan anak gadisnya itu.

“Ok pretty princess” Hana Aishah yang sedang mendukung Mary Irina itu mengucup ubun - ubunnya.

“Anak solehah. Dengar cakap mommy daddy.” perlahan Hana Aishah berdoa sebelum menghembuskan di ubun - ubun anak yang suci itu.

“Mak pernah dengar satu ceramah ni. Ustaz cakap kalau nak anak kita mendengar kata , bacakan doa dan hembuskan di ubun - ubun kepala anak - anak sewaktu atau sebelum mereka tidur” jawapan yang ibunya pernah berikan kepada Hana Aishah yang selalu bertanya kepada ibunya satu masa dahulu kenapa ibu bapanya suka membacakan doa dan menghembuskan di ubun - ubun kepala mereka adik beradik.

Fakhrul hanya memerhatikan tindak tanduk Hana Aishah itu dari jauh. Saat itu , hatinya benar - benar menjadi tidak keruan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience