Chapter 31

Romance Completed 625623

“I miss being there” tahap sembap mata Hana Aishah seperti ditumbuk. Air matanya tidak henti mengalir sejak mereka menaiki bas meninggalkan tanah suci itu.

“Ya Allah kak dik ni. Stop crying already, people will think Alif tengah dera Kak Dik” Alif Haziq yang sedang menanti beg mereka di ruangan bagasi di KLIA itu memujuk kakaknya.

“Fine then. Akak duduk jauh dari Alif. I’m just troubling you kan” Hana Aishah yang sedang melabuhkan punggungnya di atas troli beg bergegas bangun. Langkahnya diteruskan ke tempat duduk yang berada di satu sudut hujung. Dia mengesat air matanya menggunakan hujung lengan jubahnya.

“Sedihnya doktor ni. Nak I ubatkan tak” Sulaiman yang turut menyertai rombongan Umrah bersama Hana Aishah menegur. Dalam keadaan hatinya yang terusik kerana ditegur Alif Haziq itu Hana Aishah tidak perasan siapa yang sedang duduk di sebelahnya itu.

“Ishh En Sulaiman ni kan, baru balik Umrah pun nak buat dosa” pedas Hana Aishah memerli lelaki yang berada dalam lingkungan empat puluhan itu. Semenjak mereka berada di Tanah Suci lagi duda anak lima itu asyik menganggunya.

“Mungkin doctor jodoh saya , that’s why I dont mind flirting with you” meluat Hana Aishah mendengar ayat lelaki yang sudah berkahwin lima kali ini.

Pertemuan mereka bermula apabila lelaki ini membantunya untuk mencari jalan pulang daripada Masjid Nabawi kerana Hana Aishah telah tersesat dan tidak menjumpai adiknya . Hana Aishah sangat berterima kasih kepada lelaki ini tetapi semakin lama perangai lelaki ini semakin merimaskannya.

Lelaki ini tanpa segan silu memperkenalkan dirinya kepada kelima - lima orang anaknya yang turut serta dalam Umrah kali ini. Anak sulungnya Suraya yang berumur 16 tahun itu sangat peramah dan daripada situlah Hana Aishah mengetahui kisah silam bapanya itu.

Selepas kematian isteri pertamanya selepas melahirkan anak bongsunya yang berumur 7 tahun itu, lelaki ini telah berkahwin sebanyak 4 kali. Isteri terbarunya hanya mampu bertahan selama 3 bulan sahaja.

“Encik Sulaiman ni tak rasa bersalah ke suruh anak perempuan encik pergi angkat beg dengan adik - adik dia yang kecik tu” Hana Aishah dapat melihat bagaimana matang anak gadis lelaki ini kerana sikap sambil lewa bapa mereka. Suraya itu sudah seperti ibu kepada adik - adiknya.

“Eh saya kira baik tau. Ni dah kali ke empat saya bawa mereka ke umrah, ingat bapak lain mampu ke” daripada berdebat dengan lelaki ego seperti ini lagi baik Hana Aishah membantu adiknya walaupun rasa kecil hatinya masih ada.

“Whatever lah encik Sulaiman. Saya harap saya dapat suami sebaik adik saya yang gentleman tu” laju kaki Hana Aishah melangkah ke arah Alif Haziq yang sedang tersenyum sumbing memandangnya.

“Zip it” Hana Aishah memberi amarah sebelum sempat Alif Haziq memerlinya. Selepas selesai mengambil bagasi terakhir mereka , Hana Aishah menonong meninggalkan Alif Haziq sebelum menuju ke pintu keluar.

Hana Aishah dapat melihat ahli keluarganya yang sedang menanti mereka. Lengkap satu batalion. Hana Aishah terus meluru menuju ke arah anak - anak saudaranya. Dia terus mengendong si kecil Warieth manakala dua orang lagi yang sudah besar , Wahiey dan Walieya , memeluk kakinya disebalik jubah hitam yang dipakainya itu.

“Eee rindunya. I miss you 3 so much” dicium pipi Warieth bertalu - talu sehingga anak kecil itu ketawa kegelian.

“Yaya miss aunty dik too” Wahieya sudah mendepakan tangannya untuk diangkat. Dengan bersusah payah Hana Aishah mengendong Walieya di tangan kirinya dan Warieth di tangan kanannya.

“Ya Allah , Yaya get down. Pity your Aunty Dik” Hana Azuwa yang memakai jubah berwarna biru itu memarahi anak gadisnya sehingga Hana Walieya menangis.

“Ish akak ni. Adik ok lah. Janganlah marah Yaya” Hana Aishah menyerahkan Warieth kepada kakanya sebelum memeluk Hana Walieya.

“Aunty bought pretty abayas for you. Yaya don’t cry ok” selepas disogok gula - gula barulah Hana Walieya berhenti menangis.

Hana Aishah melihat Teacher Basirah yang cantik dalam busana jubah hitam berbelang putih memeluk Alif Haziq erat. Hana Aishah tahu ibunya terlalu merindui Alif Haziq tetapi tuntutan belajar Alif Haziq mengekang lelaki itu daripada berada di Malaysia.

“Where’s abah?” Hana Aishah baru perasan ketiadaan Kapten Azam itu. Pelik juga dia.

“Abah is at home with a surprise. Jom balik” laju Hana Aqilah menolak troli bagasi mereka.

“That’s weird ke abah tak rindu adik. Mak pun peluk Alif je. Tak peluk adik pun” tiba - tiba Hana Aishah dipangguk rasa sayu.

“Ish adik ni. Mana ada tak rindu. Mulut awak tu kan bising , macam mana mak tak rindu. Alif kan balik setahun sekali, mestilah mak peluk dia extra. Abah is waiting with a surprise for you” Teacher Basirah memeluk erat anak gadisnya yang kedua sebelum menghadiahkan sebuah ciuman di pipi kanan dan kirinya.

“Kalau rindu for sure you cook favourite tom yam right?” Hana Aishah memandang ibunya penuh pengharapan.

“Mak masak kari daging lah dik. Tapi sempat masak tom yam malam ni” serba salah Teacher Basirah. Apabila Alif Haziq menghubunginya dua hari lepas untuk memaklumkan yang dia akan kembali ke Malaysia bersama Hana Aishah, terus dia membeli barang untuk memasak lauk kegemaran anak lelakinya itu.

“Kari daging. Yes!” Alif Haziq sudah meloncat kegembiraan. Wazir berada di sebelah Alif Haziq hanya mampu tersenyum sambil mengeleng kepala melihat gelagat keluarga isterinya ini. Macam - macam ragam tetapi dia suka melihat keakraban keluarga isterinya ini.

“Akak , tengok mak. Tak ingat lauk favourite adik” Hana Aishah terus meluru kearah kakaknya dan memeluk manja. Warieth mengekek melihat adegan itu, entah apalah mindanya yang berumur setahun itu mencerna.

“Ya Allah , korang ni cepatlah. Everyone is waiting at home tu and her kari daging paling penting ok” Hana Aqilah sudah membebel apabila membayangkan lauk daging ibunya yang bakal habis dengan jumlah tetamu di rumah mereka.

“Everyone? Don’t tell me you guys invite the whole family” Alif Haziq sudah membuat muka cemasnya membayangkan keluarga ibu dan ayahnya yang teramat besar itu berkumpul di rumah teres dua tingkat mereka.

“Tak lah. Ish Achik ni. Abah je” laju Wazir menangkas walaupun wajah suami Hana Azuwa itu kelihatan seperti sedang menyembunyikan sesuatu tetapi sebelum sempat minda Hana Aishah berfikir , mereka telah diseret keluar oleh Hana Aqilah.


***********************************

Sepanjang perjalanan pulang mereka menaiki kereta Vellfire berwarna putih milik Hana Azuwa itu , tidak henti - henti Hana Aishah menceritakan pengalamannya menunaikan umrah. Air matanya tidak dapat dibendung apabila mengingatkan tawaf wada juga dikenali sebagai tawaf selamat tinggal.

“InsyaAllah , after this mak doa kita semua dapat pergi sana. This is your last chance going before being someone wife” Teacher Basirah yang turut merindui tanah suci itu memujuk Hana Aishah tetapi dia tidak perasan perubahan di muka Hana Aishah.

Sepanjang keberadaan Hana Aishah di sana dia berusaha sedaya upaya untuk melupakan tentang perkahwinannya. Sepanjang keberadaannya di sana juga , solat istikharah tidak pernah dia tinggalkan.

“It’s 3 weeks away but I still feel surreal” Hana Aqilah meluahkan keterujaannya tanpa menyedari Hana Aishah yang sudah diam tidak berkutik. Hakikatnya realiti ini yang menyebabkan dia takut untuk kembali ke Malaysia.

“Pening abang dengan kakak awak ni Aishah. Weekly appointment dengan bakal adik ipar nak plan wedding” mata Hana Aishah membulat mendengar kenyataan abang iparnya itu.

“Akak. Abang Wazir is kidding right?” Hana Aishah dapat merasakan sakit kepalanya kembali menyerang. Denyutan yang sudah sekian lama hilang daripada hidupnya sepanjang dua minggu keberadaannya di Tanah Suci.

“Of course la. My favourite prettiest sister is getting married. It need to be the best” keterujaan Hana Azuwa terserlah di wajahnya.

“Akak!” kedua - dua orang adik Hana Azuwa menjerit nyaring sehingga terkejut Walieya yang sedang tidur di dalam dakapan Alif Haziq. Semua tergamam apabila muka Hana Azuwa sudah bertukar menjadi singa melihat anak perempuan tunggalnya yang sedang meraung itu.

“Both of you gonna get from me sampai rumah nanti” amaran itu cukup untuk menutup mulut Hana Aqilah dan Hana Aishah. Hana Azuwa terkenal dengan kegarangannya dengan adik beradiknya. Setakat cubit dan pukulan di badan mereka sudah lali.

Teacher Basirah mengambil Hana Walieya daripada pangkuan ibunya sebelum mendodoi cucu perempuannya itu. Suasana kembali sunyi , sesekali kedengaran tawa Alif Haziq yang sedang berbual dengan abang iparnya itu.

Sesampai mereka di rumah , hati Hana Aishah mula berdegup kencang melihat dua buah kereta mewah yang diletakkan di hadapan rumah mereka. Walaupun kedua - dua buah kereta mewah itu sangat dikenalinya terutamanya nombor plat kenderaan yang sama terpampang di hadapan matanya , hatinya masih kuat mengharapkan bahawa bukan mereka tetamu yang berada di rumah mereka.

“Mak. Cakap tak ada orang. I don’t want to meet people” Alif Haziq sudah membebel memarahi ibunya. Badannya merasa sangat penat duduk di dalam penerbangan selama 10 jam tanpa henti itu.

“Ish tetamu tu bukan nak jumpa Alif la. This is one special for our future bride” Hana Aqilah tidak dapat menyembunyikan keterujaannya kerana lagi cepat kakanya itu kahwin , lagi cepatlah dia dapat bersatu dengan cinta hatinya.

“What?” Alif Haziq melihat muka Hana Aishah yang bertukar kelat itu. Dia dapat mengagak siapa gerangan tetamu mereka melihat perubahan drastik di wajah Hana Aishah.

“Come adik” Hana Aishah yang sengaja melambat - lambatkan pergerakannya itu diseret ibunya. Dia tidak bersedia untuk berhadapan dengan lelaki itu. Hana Aishah dapat mendengar gelak tawa lelaki dan wanita daripada ruang tamu rumahnya.

“Assalamualaikum” Teacher Basirah kedengaran riang , manakala Hana Aishah sedang berusaha sedaya upaya untuk mengawal reaksi mukanya.

“Waalaikumussalam “ suara Puan Sri Maria yang ramah itu menyahut. Puan Sri Maria yang berjubah putih dipadankan dengan tudung Bokitta itu kelihatan anggun seperti selalu. Puan Sri Maria bangkit daripada sofa yang didiaminya bersama dengan menantunya Idora yang berjubah sepasang dengan mertuanya itu.

“Hana. Rindunya aunty” Hana Aishah membalas pelukan erat wanita tua itu. Walaupun Hana Aishah membenci Fakhrul tetapi , dia tidak dapat mengecilkan hati kedua orang tua lelaki itu yang terlalu baik dengannya.

“I miss you too. Aunty and uncle sihat?” Hana Aishah menghalakan pandangannya ke arah wajah wanita yang berwajah kacukan India sepertinya itu. Tan Sri Fadhil yang sedang duduk di sofa bersebelahan dengan Fakhih dan Fakhrul itu tersenyum mesra memandangnya.

Hana Aishah pernah bertanya mengenai asal usul wanita itu. Rupa - rupanya ibu Fakhrul India Muslim juga seperti Hana Aishah. Lebih tepat anak mami Pulau Penang. Tan Sri Fadhil pula mempunyai kacukan British dan Portugis. Patutlah anak - anak mereka kacak dan cantik belaka.

“I’m good cuma stress lah sebab wedding Hana and Angah. Aunty dah cakap dah hari tu , mesti rushing. Angah lah tak nak dengar ni” Hana Aishah memalingkan muka memandang ke arah Fakhrul yang sedang duduk di sebelah abangnya itu.

“I told you just let Sierra do everything, you don’t listen. So not my fault” mata Fakhrul masih tertacap pada gadis berjubah hitam bermanik putih yang sedang dipeluk erat tangannya oleh Puan Sri Maria.

“Sierra is too modern. No touch of Asian lansung. Mama tak suka lah” Puan Sri Maria menarik Hana Aishah untuk duduk disebelahnya. Hana Aishah menyalami Idora yang sedang memangku Mary Irina yang sudah terlelap itu.

“Kenapa tak baringkan dia dekat dalam bilik Kak. Kesian akak pegang Irina” Hana Aishah mengusap rambut lebat Irina yang keperangan itu. Hana Aishah juga pelik melihat rambut Mary Irina kerana nak kata mengikut rambut ibunya tidak juga kerana rambut wanita itu berwarna hitam dan diselangkan dengan warna maroon manakala rambut Fakhih pula berwarna hitam.

“She just fell asleep, puas lari satu rumah tadi” Idora memandang anaknya penuh kasih sayang. Hana Aishah sangat sukakan kanak - kanak. Suatu masa dahulu dia menginginkan sebuah anak - anak hasil cintanya dan suaminya tetapi sekarang semuanya musnah.

“Meh , Hana put her in room with Walieya. Yaya pun tidur tu” Hana Aishah memangku Mary Irina dengan penuh hati - hati dan menuju ke bilik tetamu yang terletak di ruang rehat keluarga. Hana Aishah meletakkan Mary Irina di sebelah Hana Walieya dengan penuh hati - hati. Hana Azuwa pula sedang menepuk - nepuk punggung anak perempuannya itu.

“Mana abang Wazir and Alif?” Hana Aishah tidak melihat kelibat Wazir , Alif Haziq dan Hana Aqilah selepas ibunya menyeret dia ke dalam rumah.

“Angkat beg lah tu. Dah jom , let them sleep” Hana Azuwa berbisik sambil menarik Hana Aishah keluar daripada bilik yang hanya diterangi lampu tidur berwarna oren. Sempat Hana Azuwa meletakkan baby monitor di bilik itu sebelum menutup separuh pintu bilik tetamu itu.

“Rajinnya adik akak sorang ni” Hana Azuwa mengusik Hana Aqilah yang sedang menarik bagasi milik Alif Haziq dan Hana Aishah ke arah ruang rehat rumah mereka.

“Ehh bukan Kak Dik ke adik favourite paling cantik” Hana Aqilah menarik muncung sedepa memerli balik kakak sulungnya itu.

“Ya Allah , merajuk ke?” Hana Azuwa yang sudah melabukan punggung di sebelah Kapten Azam itu tertawa melihat muka masam adik perempuan bongsunya itu. Warieth yang sedang tertawa diagah Kapten Azam itu terus mendepakan tangannya untuk dipangku ibunya.

“No. Stay with Tok Abah. Mama is tired” Hana Azuwa mengambil kesempatan untuk merehatkan dirinya. Kapten Azam kembali bermain dengan cucunya untuk mengalihkan perhatian cucunya yang berusia setahun itu.

“Adik nak pegi mana tu. Duduk la sini. Penat Fakhrul ambik cuti nak jumpa adik” laungan ibunya itu menghentikan misi Hana Aishah untuk melarikan dirinya.

“Nak tolong abang Wazir and Alif la mak. Kesian diorang. Banyak beg tu” jujurnya Hana Aishah penat tetapi kalau dengan cara ini dapat melarikan diri daripada lelaki ini , dia sanggup mengerahkan sisa baki tenaganya itu.

“Angah , Along pegilah tolong” Tan Sri Fadhil menepuk paha Fakhih disebelahnya itu.

“Ehh tak payah Uncle. We can handle it” sebelum sempat mereka menawakan diri untuk membantunya Hana Aishah sudah melarikan diri ke laman hadapan rumah untuk membantu Alif Haziq dan Wazir.

“Ingatkan orang tu dah tak ingat dunia jumpa tunang” Wazir yang berbadan sedikit gempal itu memerlinya. Hana Aishah menjeling abang iparnya yang sedang menarik tangan anak lelaki sulungnya yang sedang berlari diantara 5 bagasi besar yang telah selamat dikeluarkan daripada kereta Vellfire itu.

“Mulut tu kan. Cili karang. Wahiey come here. Dont run la sayang” Hana Aishah memeluk anak saudaranya itu daripada belakang. Dia mengendong Wahiey yang kelihatan sangat aktif itu , mungkin terlebih guna memandangkan jumlah coklat yang dimamahnya di dalam kenderaan tadi.

“We got 5 bag, give me one and both of you take two each” Hana Aishah memberi arahan sebelum mengambil bagasi paling besar dan memanjangkan pemegang bagasi berwarna merah jambu itu sambil sebelah tangannya mengendong Wahiey.

“Assalamualaikum Abang Fakhrul” Hana Aishah tahu Fakhrul berada berdekatan dengan badannya kerana bau haruman minyak wangi lelaki itu kuat menusuk ke dalam hidungnya.

“Waalaikumussalam. I didn’t know you’re coming back too Alif. Winter break ?” Fakhrul menghulurkan tangannya kepada Wazir dan Alif Haziq. Alif Haziq memandang ke arah Fakhrul tanpa reaksi. Hana Aishah dapat rasakan degupan jantungnya yang laju. Dia risau Alif Haziq akan memecahkan rahsianya.

“A’ah. Abang cuti ke?” satu nafas kelegaan dihelakan Hana Aishah. Cukup kuat untuk menampar gegendang telinga Fakhrul tetapi lelaki itu tidak bertanya seperti selalu.

“Yes. Saja ambik cuti , Aishah is coming back kan. Come , lets bring everything inside. Its getting dark” tercengang Hana Aishah mendengar jawapan Fakhrul itu. Dia melihat Fakhih yang baru tiba itu membantu ketiga - tiga orang lelaki itu membawa kesemua bag ke dalam rumah.

“Want me to carry you inside is it?” Fakhrul menegur Hana Aishah yang masih berdiri tercegat memandangnya itu. Perlahan sahaja bisikannya itu tetapi cukup untuk membuatkan gadis itu mencicit lari ke dalam rumah bersama Wahiey di dalam kendongannya.

“Aik, tidur dah” Hana Azuwa menegur Hana Aishah yang sedang mengendong Wahiey yang sudah terlentok di bahunya. Tubuh Fakhrul bergesel dengan Hana Aishah sewaktu dia melalui pintu masuk rumah teres itu.

“I’ll go and put him inside with them” Hana Aishah meluru masuk ke dalam bilik tamu rumah mereka. Selepas membaringkan Wahiey di sebelah adiknya Walieya , Hana Aishah berteleku di atas kerusi meja solek sambil memerhatikan ketiga - tiga anak yang masih suci dihadapnnya ini. Disaat itu bertapa Hana Aishah berharap dia dapat kembali menjadi kanak - kanak yang polos.

“Its so hard. Aunty nak jadi kecik macam korang. No responsibilities. No hatred just love. Pure love” bisikan Hana Aishah itu hanya didengari dirinya dan ketiga - tiga anak kecil yang tengah diulit mimpi. Air matanya diseka sebelum dia tertawa melihat Mary Irina yang sedang tidur menonggeng di atas katil bersaiz pemaisuri itu.

“Adik” Hana Aishah mengangkat muka memandang ke arah Kapten Azam yang memunculkan diri di pintu bilik yang terbuka separuh itu.

“Abah” Hana Aishah mengangkat punggung dan menuju ke arah abahnya itu. Erat pelukan lelaki itu membuatkan hatinya merasa tenang. Lama mereka berpelukan tanpa bicara. Kapten Azam tiba - tiba dipangguk rasa sayu memikirkan dalam masa 3 minggu anak daranya yang sentiasa bising ini akan menjadi isteri orang.

“Tak peluk abah pun” pelukan Kapten Azam direnggangkan sebelum wajah anak perempuannya itu ditatap. Lega hatinya melihat Hana Aishah yang semakin berisi itu.

“Abah sibuk sangat layan tetamu” mulut Hana Aishah dimuncungkan.

“Tetamu tu bakal mertua kamu Hana Aishah. Abah lega sangat you’ll be going to a loving family. Doa abah dan mak dah termakbul. We want you to have someone when we’re gone” Hana Aishah memberi senyuman yang terpaksa dimaniskan mendengar luahan abahnya itu.

“Dah jom. Nak solat jemaah dah ni” Hana Aishah menganggukkan kepalanya membuntuti Kapten Azam menuju ke ruang tamu yang hingar dengan perbualan manusia itu.

Mata Hana Aishah sempat mencuri memandang Fakhrul yang berpakaian kasual dengan seluar jeans berwarna hitam dan T-shirt berwarna maroon itu sedang berbual mesra dengan Alif Haziq dan Wazir. Manakala Hana Azuwa dan Idora kelihatan rancak berbual mesra. Semua nampak begitu gembira dan mesra tetapi hanya Allah yang tahu gelora hati Hana Aishah.

“Ya Allah. Kalau betul petanda yang kau beri 3 malam lepas di Tanah Haram mu, kau redhakan hati aku untuk menerima lelaki ini” hati Hana Aishah berdoa sayu sambil matanya menatap ke dalam mata Kapten Azam yang memandangnya penuh ceria.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience