Chapter 40

Romance Completed 632599

“Assalamualaikum. I’m back!” laungan Hana Aishah kedengaran di segenap rumah dua tingkat itu. Fakhrul yang membuntuti isterinya daripada belakang itu hanya mampu menggelengkan kepalanya melihat perangai isterinya.

“Waalaikumussalam. Ya Allah , Adik ni dah jadi isteri orang pun perangai tak senonoh” walaupun mulutnya membebel hatinya yang rindu itu terubat apabila dipeluk erat anaknya.

“Eleh. Mak rindu adik tapi nak cover lah tu” Hana Aishah mencium pipi ibunya bertalu - talu.

“Abah” Fakhrul menyalami tangan Kapten Azam yang sedang menuju ke arah mereka itu.

“Rindulah mulut becok awak itu” Teacher Basirah sempat menepuk punggung anaknya yang sedang memeluk abahnya sambil mencium pipi Kapten Azam berkali - kali.

Fakhrul memerhatikan gelagat isterinya yang manja itu. Nampak sangat kerinduan Hana Aishah. Dia menyalami tangan Teacher Basirah yang tersenyum mesra memandangnya.

“Rindu abah la ni” Kapten Azam memandang wajah anak gadisnya yang tersenyum sehingga menampakkan sebaris gigi putih yang tersusun rapi itu.

Hana Aishah yang anggun berhijab dan berbaju kurung itu mengangguk laju.

“Dah . Lepaslah abah tu. Fakhrul jom masuk” Teacher Basirah yang hanya memakai kain batik dan T - Shirt lengan panjang berwarna merah itu menarik Hana Aishah daripada pelukan bapanya.

“Abah tengok , mak jealous adik peluk abah lama - lama” Hana Aishah menjelirkan lidah kepada ibunya. Pecah tawa Kapten Azam melihat kerenah anak perempuannya itu.

“Fakhrul tak cakap nak datang. Abah ingat kita jumpa esok dekat airport terus” Kapten Azam yang berkain pelikat dan berbaju kurta itu menanggalkan kupiahnya.

Dia melabuhkan punggung di sofa di ruangan keluarga rumah mereka. Dia yang usai menunaikan solat dhuha itu terus melipat sejadah apabila mendengar suara Hana Aishah yang dirinduinya.

“It was an unexpected plan. Aishah mesti nak spend time dengan Alif. He’s going back tomorrow , that’s why we’re here” apabila Fakhrul memberitahu Hana Aishah pagi tadi , meloncat isterinya kegembiraan. Dalam keterujaan Hana Aishah itu , dia menghadiahkan ciuman di pipi suaminya secara tidak sengaja.

Malam tadi setelah mendengar luahan hati isterinya itu , Fakhrul tidak dapat tidur lena sepanjang malam semalam. Wajah polos isterinya yang sedang tidur dengan mulut yang ternganga sedikit itu mengusik tangkai hatinya.

Tangannya meneroka segenap wajah yang membuatkan perasaan - perasaan asing menjengah hatinya. Kulit coklat susu yang bersih daripada sebarang jerawat itu. Dahi kecil yang menampakkan kerutan halus barangkali kerana sentuhan jari suaminya.

Kening tebal yang tidak tersusun rapi itu dioles halus oleh Fakhrul. Bulu mata lentik dan tebal yang menyembunyikan anak mata coklat yang sentiasa mengugat pendiriannya. Panjang nafas dihela cuba meredakan hatinya yang bergolak.

Jarinya memicit lembut hujung hidung mancung isterinya. Senyuman terukir dibibirnya membayang hidung mancung yang akan bertemu dengan bibir dinipis dibawahnya tiap kali isterinya muncung tanda merajuk.

Melintasi bibir yang mendatangkan berbagai rasa dibenak hatinya, jari telunjuknya bermain halus di tahi lalat kecil yang berada dagu kiri Hana Aishah. Tahi lalat manis yang unik untuk insan bergelar isterinya itu.

Hana Aishah memuncungkan bibirnya kerana kegelian. Tidur nyenyaknya diganggu. Nafas Fakhrul menjadi tidak sekata. Bibirnya turun mengucup lembut bibir merah yang kelihatan kering itu. Tangannya memeluk pinggannya Hana Aishah merapatinya.

Telapak tangan kanannya mengurut lembut pinggang isterinya sebelum naik ke dasar dada wanita itu yang naik turun tenang. Setelah berpuas hati dengan tahap kelembapan yang ditinggalkannya , Fakhrul tersenyum puas.

“Fakhrul!” terkejut Fakhrul apabila pahanya ditepuk bapa mertuanya lembut. Dia memandang ke arah Hana Aishah yang sedang duduk di sofa bertentangan dengannya. Isterinya yang sedang duduk bersila sambil menjamah buah epal itu memandangnya pelik.

“Ye Bah” Fakhrul memandang pula ke arah bapa mertuanya yang sedang duduk bersandar di sebelahnya itu.

“Abah tanya when will you guys move into your house but you keep on looking at Aishah” Fakhrul menggosok pangkal leher kemaluan. Boleh pulak dia berangan waktu siang macam ini.

Hana Aishah yang sedang khusyuk menonton cerita The Good Doctor dekat TV itu pelik melihat suaminya yang tidak menjawab pertanyaan bapanya. Dia lansung tidak perasan renungan suaminya sehinggalah abahnya menegur.

“Was just thinking about something. Sorry Bah. Move in kan ... ahh InsyaAllah esok” Hana Aishah memerhatikan suaminya yang tergagap - gagap itu. Kedua - dua belah telinga lelaki itu nampak sedikit merah.

“Nanti mak abah nak datang. Once you guys settle in” Kapten Azam sudah tersenyum penuh makna melihat gelagat menantunya itu.

“Aaaa... a’ah. Memang ... emmm ... nak ajak ... I mean mak abah datang” Fakhrul sudah mengutuk dirinya kerana tergagap - gagap. Hana Aishah menahan tawa kerana setahu dia Fakhrul tidak pernah gentar. Ini mesti kes berangan di siang hari.

“Oh mak terpelanting” Hana Aishah melatah apabila bahunya ditepuk Teacher Basirah yang melabuhkan punggung di sebelahnya.

“Astaghfirullahalazim. Adik ni melatah macam orang tua” Hana Aishah sudah mengurut dadanya kerana terkejut.

Dia yang tengah memerhatikan gelagat suaminya lansung tidak perasan ibunya yang muncul daripada dapur dan meletakkan dulang berisi air nescafe dia atas meja kayu berbentuk bulat di sisi set

“Mak lah. Cuba lah bagi salam. Dia main tepuk je” Hana Aishah membaringkan kepalanya di paha ibunya sebelum menyambung misinya menjamah epal merah ditangannya.

“Eee budak ini. Makan duduk” Hana Aishah tidak melayan bebelan ibunya dan menfokuskan pandangannya ke TV kembali.

“Haih. Sabarlah Fakhrul layan perangai tak senonoh adik ni” Teacher Basirah mengusap kepala anak perempuannya itu.

“Adik start kerja bila?” Kapten Azam memandang ke arah anaknya yang khusyuk menonton TV itu.

“Lusa” sepatah Hana Aishah menjawab tetapi matanya masih fokus pada TV 40 inchi yang melekat di dinding kabinet TV berwarna putih itu. Kapten Azam menganggukkan kepalanya.

“You guys had your breakfast already” Teacher Basirah melihat jam loteng yang menunjukkan pukul 11.30 pagi.

“We had breakfast at home. Everyone sends their regards. Where’s the rest mak?” Fakhrul bertanya apabila melihat rumah yang sunyi itu.

“Ada tu dekat atas tengah tidur. Penat diorang kalah penat mak abah yang melayan tetamu ni” Hana Aishah yang mendengar ayat ibunya itu terus bangun sebelum belari ke tingkat atas rumah ibu bapanya itu.

“Everybody , Adik is back!” Fakhrul tersenyum lebar mendengar laungan isterinya itu. Tidak sampai 5 minit , riuh suasana di tingkat atas rumah itu.

“Since she’s gone the house got so quiet. Ada je akal budak sorang tu kalau dekat rumah” Fakhrul melihat muka Teacher Basirah yang berubah suram. Nampak jelas kerinduan wanita yang melahirkan isterinya saat itu.

“InsyaAllah mak, I’ll bring her back often” tersenyum lebar wajah Teacher Basirah mendengar janji menantunya itu.

Hari itu rumah Teacher Basirah riuh dengan anak cucunya. Hatinya berbunga gembira melihat menantu barunya yang sangat prihatin dengan isterinya.

Tadi sewaktu Hana Aishah menolongnya memotong buah tembikai , tangan anak perempuannya itu terpotong. Nasib baik tidak dalam dan tidak memerlukam jahitan. Jadi sepanjang hari itu Fakhrul yang menyuapkannya makanan.

Lelaki itu lansung tidak mahu duduk berjauhan dengan Hana Aishah. Dia harap perhubungan mereka kekal sebegitu sehingga akhir nyawa.

Selepas selesai tanggungjawabnya kepada dua orang lagi anak bongsu mereka dia boleh pergi dengan tenangnya. Majlis Hana Aqilah akan dilansungkan pada tahun hadapan.

Sewaktu perkahwinan Hana Aishah tempoh hari , ibunya sudah memesan awal - awal untuk tidak mengadakan dua majlis perkahwinan dalam tahun yang sama. Biasalah orang dulu ada sahaja pantang larang mereka.

**********************************

“Alif! Dont! Gelilah” Hana Aishah sudah berlari menaiki tangga sambil dikejar Alif Haziq. Tangan Alif Haziq berjaya menarik baju tidur kelawar yang dipakai Hana Aishah itu. Tangannya memulakan misi menggeletek pinggang kakaknya.

Fakhrul yang mendengar jeritan isterinya daripada dalam bilik tidur isterinya , membuka pintu dan berdiri di anak tangga. Hana Aishah yang sedang berlari menaiki tangga itu terus berlari mendapatkan suaminya.

“Aahh! You help!” Hana Aishah menyorok di belakang suaminya yang memakai kain pelikat dan T-shirt polo berwarna hijau itu.

“Abang! Bros before hoes” Fakhrul memusingkan badannya dan memeluk pinggang isterinya sebelum menarik Hana Aishah masuk ke dalam bilik.

“Fortunately she’s not a hoes but my wife” Fakhrul mengeyitkan mata sebelum menyeret isterinya masuk ke dalam bilik. Hana Aishah sempat menjelirkan lidah kepada adiknya.

“Tunggulah esok” Hana Aishah hanya mampu tertawa mendengar ugutan adiknya disebalik pintu. Badannya sudah terlentang di atas katil. Dadanya berombak laju kesan daripada maratonnya sebentar tadi.

“Oh my god. I’m out of breath” Hana Aishah menanggal tudung sarungnya sebelum mencampakkan ke lantai. Matanya memandang ke siling plaster biliknya. Ukiran bungan di sekeliling syiling itu diperhatikan.

“Having a good time don’t you?” Hana Aishah melihat kearah suaminya yang melabuhkan punggungnya di birai katil bersebelahan Hana Aishah.

“I’m gonna miss him so much. Jangan banjir airport esok dah lah” Hana Aishah masih memandang ke arah kipas yang berada bertentangan dengan matanya saat itu. Biliknya mulai sejuk gabungan penghawa dingin Haier dan kipas biliknya yang berputar perlahan.

“You’re close with him” Hana Aishah tersenyum lebar sambil menganggukkan kepalanya perlahan. Hana Aishah dan Alif Haziq dalam satu perikatan yang hanya mereka faham tanpa bicara.

“Love him ... soooooo much” pandangan Hana Aishah dihalakan ke arah suaminya yang sedang memerhatikannya yang sedang terlentang di atas katil itu.

Seperti selalu dia tidak dapat membaca reaksi muka suaminya di saat itu. Lama mereka berpandangan sebelum perlahan - lahan badan suaminya yang sudah tidak berbaju itu berbaring mengiring di sebelah Hana Aishah.

Hana Aishah berusaha sedaya upaya untuk tidak memandang ke arah dada lelaki itu yang terdedah. Semenjak dua malam lepas dia membiasakan diri melihat lelaki itu dengan selambanya menyalin pakaian di hadapan Hana Aishah tanpa segan silu.

Tetapi dia masih bersyukur , sekurang - kurangnya suaminya masih memegang janjinya. Oleh itu setiap kali Hana Aishah mandi , lelaki itu akan memberi ruangan privasi untuknya menukar baju.

“When will that word means for me?” Hana Aishah memandang wajah suaminya yang memandangnya polos. Badannya diiringkan ke kiri untuk berhadapan dengan suaminya. Jari telunjuk kanannya bermain di kening kiri suaminya.

“Hmmmm. Can you be patience with me?” mata lelaki itu asyik memandang wajah isterinya yang sedang tekun bermain dengan keningnya itu. Dada Hana Aishah yang turun naik dengan laju sebentar tadi semakin perlahan.

Fakhrul menelentangkan badannya. Gilirannya pula memandang ke arah siling bilik isterinya. Lampu fairy light yang digantung di dinding bilik berwarna ungu ditenungnya lama. Lampu yang disusun dalam bentuk hati kelihatan cantik hasil tangan kakak iparnya.

“Senyap je” Hana Aishah memeluk lengan Fakhrul.

Kepalanya dibaringkan di atas dada lelaki itu. Bulu roma dada lelaki itu yang nipis mengusik pipi lembut. Bau lelaki itu menjadi satu aroma yang membuatkan dirinya tenang semenjak dua malam ini.

Kepala Hana Aishah berombak tenang mengikut turun naik dada suaminya itu. Suasana sunyi menyelubungi mereka. Hana Aishah tersenyum bahagia apabila mendengar suara anak - anak kakaknya yang sedang bergaduh sesama sendiri sewaktu menaiki tangga.

“I want that” Hana Aishah diam terkedu mendengar permintaan lelaki itu. Tekaknya terasa kering. Dia tahu permintaan apa yang dimahuka suaminya tetapi dia belum bersedia lagi.

“Aishah ...” kata - katanya dipotong Fakhrul.

“Abang janji abang akan tunggu ... “ satu helaan panjang dilepaskan lelaki itu sebelum dia menyambung bicara.

“So I’ll wait” Hana Aishah mengangkat muka. Dagunya ditongkatkan di atas dada suaminya.

“Thank you” matanya bersinar memandang ke dalam mata suaminya. Kepalanya dibaringkan keatas dada lelaki itu kembali. Tangannya kanannya mengusap dada suaminya lembut.

“Don’t I deserve a gift though” Hana Aishah sudah tersenyum lebar mendengar permintaan suaminya. Ada sahajalah cara lelaki itu untuk menunaikan hasrat hatinya itu.

“Nak hadiah apa lagi you ni” Hana Aishah tertawa pendek. Nasib kaulah Hana Aishah, layan sahajalah. Karang dia tuntut yang satu itu kau yang menangis nanti.

Lelaki itu mendudukan dirinya sekaligus menarik isterinya ikut duduk. Senyuman yang penuh makna itu Hana Aishah pandang curiga.

“Please say yes to this. This one request only” muka Fakhrul yang penuh pengharapan itu Hana Aishah pandang dengan perasaan serba salah. Kalau dia bersetuju nanti dia takut akan memakan dirinya.

“You cakaplah dulu, I’ll give it after that ok?” Hana Aishah meminta lembut selepas beberapa ketika jeda sebentar.

Anggukkan lelaki itu diikuti dengan langkahnya yang bangun dan menuju ke arah almari baju di bilik Hana Aishah itu. Pintu kaca almari itu dibuka luas. Badannya lelaki itu dibongkokkan sebelum tangannya mengambil beberapa susun kotak yang ditenggekkan di atas katil mereka.

Mata Hana Aishah terbuka luas manakala mulutnya tertutup rapat. Mukanya seperti berada di bawah panas matahari terik. Mata Fakhrul bersinar memandangnya. Dengan senyuman lebar lelaki itu membuka satu per satu kotak tersebut dan mengeluarkan isinya.

“Can you wear these for me?” permintaan ikhlas suaminya itu membuatkan otot Hana Aishah semua kaku. Mindanya terasa seperti sudah berpusing 360 darjah. Tiada kata - kata yang mampu dikeluarkan daripada mulutnya.

“Sayang?” panggilan lelaki itu tidak mahu dijawabnya.

“How ... how did you find those boxes?” Hana Aishah amat pasti dia telah menyorokkan kotak - kotak tersebut di bahagian laci paling atas almari bajunya.

“I was looking for a towel and found it. Please sayang!” Hana Aishah memandang setiap gaun tidur yang dihadiahkan rakan - rakannya sewaktu Bachelorette Party nya. Lidahnya kelu mendengar permintaan suaminya itu.

“You ...” Hana Aishah terasa seperti mahu menangis saat itu. Lelaki itu meletakkan dia di dalam satu keadaan yang amat sukar.

“Please “ lelaki itu membuat muka sedih. Hana Aishah menyumpah dirinya kerana tidak membuang pemberian rakan - rakannya itu.

“I ... Aishah... aduh.. kenapa you pergi geledah my things” Hana Aishah kelu di saat itu. Gaun tidur yang sangat seksi itu tidak mungkin akan dipakainya walaupun dia sudah dapat menerima lelaki itu.

“Abang mintak ni je. Tak kan ini pun tak boleh” Hana Aishah menelan air liur apabila tona suara lelaki itu bertukar keras. Salah bicara memang puaslah dia hendak memujuk.

“You ...” Hana Aishah cuba merayu manja.

Matanya memandang ke arah gaun tidur les yang jarang berwarna hitam dengan renda merah yang dipegang suaminya. Gaun tidur yang dia pasti kesentengannya separa bawah punggung sahaja kalau dia pakai. Dia menelan air liur melihat tahap kejarangan gaun itu yang akan menampakkan tubuhnya dengan jelas.

“Fine” suara lelaki itu bertukar nada.

Nada yang dia sudah faham semenjak berkerja dengan lelaki itu 6 bulan lepas. Nada yang akan membuatkan hidupnya ibarat neraka setiap hari.

Tangan lelaki itu sudah memasukkan setiap gaun tidur yang dikeluarkan ke dalam kotak masing - masing dengan kasar. Muka lelaki itu beriaksi bersahaja tetapi Hana Aishah masak benar dengan kemarahan suaminya.

Tubuhnya diangkat sebelum dia bergerak menuju ke arah suaminya yang sedang berdiri di sudut kaki katil mereka. Tangan kiri Hana Aishah menarik lengan lelaki itu supaya tubuh yang hanya memakai kain pelikat itu dipalingkan ke arahnya.

“Merajuklah tu” Hana Aishah memeluk erat pinggang suaminya erat.

Dengan sedikit keberanian yang dia ada Hana Aishah menjengketkan sedikit kakinya sebelum satu kucupan hangat diberikan di ruangan di leher suaminya. Dalam keadaan berdiri sebegini kepala Hana Aishah hanya mencapai dada suaminya.

Tangan Fakhrul masih berada di sisi tubuhnya. Lansung tidak menyentuh isterinya. Hatinya terusik kerana keengganan sang isteri untuk melayan dirinya. Jahat sangatkah dirinya sampai perlu merayu untuk memohon kemesraan seorang isteri?

“Dah tak nak peluk Aishah? Selalu tangan tu tak reti letak dekat tempat lain. Always wrapping around my waist” Hana Aishah mendongakkan kepalanya memandang muka wajah lelaki itu. Wajah Fakhrul dilemparkan ke arah langsir berwarna emas di sisi kanan mereka.

“Pandang muka pun tak nak?” Hana Aishah menarik dagu lelaki itu supaya turun merenung wajahnya.

Renungan tajam lelaki itu mengecutkan keberaniannya. Dia mengukir senyuman di wajahnya. Dia harapkan itulah senyuman yang suaminya sukai. Reaksi lelaki itu masih kekal tanpa perasaan.

“Hmmm. Aishah tahu macam mana nak pujuk?” dia melepaskan pelukan lelaki itu sebelum tangannya terketar - ketar melihat isi kotak - kotak berjenama mahal itu.

“I will wear one of them” muka dapat melihat perubahan di wajah suaminya.

“But..” mata bundar Hana Aishah merenung manja sambil jari telunjuknya digerakkan ke kiri dan kanan di hadapan wajah suaminya. Halkum Fakhrul sudah bergerak naik turun melihat reaksi menggoda isterinya.

“On one condition” Fakhrul menganggukkan kepalanya pantas.

“I’ll wear one of this trashy night gown of my choice” Fakhrul berfikir lama sebelum bersetuju. Bolehlah daripada tiada.

“Now close of your eyes and let me surprise you” Hana Aishah melunakkan suaranya sebelum menutupkan kelopak mata suaminya yang sedang berdiri itu.

Setelah dia pasti suaminya tidak dapat melihatnya, tangannya lincah mencari gaun tidur yang paling sopan yang di dapat lihat.

“Don’t cheat sayang. I saw each one of the night gown already. I know it by heart” suara lelaki itu berkata sensual.

“Done. You wait here while I go and change” sebelum sempat tangan lelaki itu menangkapnya , Hana Aishah sudah berlari ke dalam bilik airnya sebelum meneka punat di tombol pintu bilik airnya.

“Faster sayang. Abang tunggu” suara lelaki itu kedengaran di sebalik pintu. Dada Hana Aishah seperti mahu terkeluar saat dia menyandarkan diri di pintu bilik air yang berwarna krim itu.

Selepas beberapa ketika menenangkan dirinya Hana Aishah menarik nafas panjang sebelum dia membuka kotak pakaian tidur yang di ambilnya. Gaun tidur satin berwarna biru royal itu dipandangnya.

“Sayang. I know which one you pick. Make sure nothing is underneath” Hana Aishah sudah menepuk dahi apabila pintu bilik air itu diketuk sebelum suaminya menyampaikan pesanan.

“Shit” Hana Aishah betul - betul mengharapkan dia ada kuasa untuk menghilangkan dirinya saat itu.

Satu per satu pakaiannya di tanggal sebelum gaun tidur itu disarung ke badannya. Melihat dirinya di dalam cermin Hana Aishah mempunyai perasaan yang bercampur baru.

Ketukan ketiga di pintu bilik air oleh suaminya menyedarkannya daripada lamunan. Dengan perlahan - lahan dia membuka pintu bilik airnya sebelum melangkah keluar.

Kalau tadi perasaan gugup menyelubungi hatinya , saat dia melihat suasana bilik yang sudah bertukar malap dengan hanya lamput fairy light dihidupkan membuatkan kaki tangannya sejuk beku kerana semua darahnya sudah hilang daripada tubuhnya.

Fakhrul yang memandang kearah Hana Aishah itu terdiam kelu. Dia memanggil isterinya mendekatinya dengan isyarat tangan.

Kaki Hana Aishah melangkah perlahan menuju ke birai katil di mana suaminya sedang duduk. Segala jenis zikir sudah dibacanya untuk menenangkan dirinya tetapi melihat suaminya yang hanya memakai boxer berwarna hitam itu terus hilang semua kekuatannya.

Fakhrul memerhatikan segenap tubuh isterinya. Gaun tidur yang berwarna satin itu tidak jarang malahan tidak sesenteng gaun - gaun lain. Gaun berwarna midnight blue separas paha itu mempunyai unsur sensualnya sendiri.

Tangan Fakhrul menarik tangan Hana Aishah yang silangkan ke dada turun. Senyuman penuh makna terukir dibibirnya melihat pandangan di hadapannya. Belahan dada gaun tersebut
merupakan unsur paling menarik gaun itu.

“You...” suara Hana Aishah terketar. Mungkin kerana kesejukan bilik yang sudah separa malap itu tetapi hati Fakhrul kuat mengatakan isterinya ketakutan.

Kedua - dua belah tangan Fakhrul diletakkan di sisi paha isterinya. Walaupun gaun tidur itu labuh tetapi belahan di setiap sisi gaun itu membolehkan tangan Fakhrul menyetuh terus kulit mulus di sisi paha isterinya.

Hidungnya di baringkan ke bahagian perut isterinya yang diliputi kain satin itu. Hana Aishah sudah terketar - ketar ketakutan. Dia sudah mahu menangis apabila lelaki itu membaringkannya di katil sebelum menindih tubuhnya.

“Abang janji kan. I won’t force you to do thing that you’re not ready for” Hana Aishah dapat melihat wajah suaminya di dalam cahaya romantis daripada fairy light yang dipasang kakaknya itu.

“Do you trust me?” sewaktu suara lunak lelaki itu bertanya , hati Hana Aishah menjerit mengatakan dia tidak percaya lelaki itu. Tetapi kerana pengharapan yang dilihat di sebalik wajah - wajah yang penting di dalam hidupnya, kepalanya dianggukkan.

Senyuman lelaki itu adalah benda pertama dia lihat sebelum dalam keadaan yang di tidak pasti sama ada dia rela atau tidak , lelaki itu meninggalkan kesan di segenap tubuhnya.
************************************

“You’re ok right Kak Dik?” Alif Haziq melabuhkan punggung di sebelah kakaknya yang termenung panjang itu. Dia tidak dapat membaca apa yang bermain di minda kakak kesayangannya itu.

Hana Aishah yang kelihatan kasual memakai seluar jegging berwarna kelabu cair dan dipadankan dengan blaus stripes berwarna biru selabuh pertengahan betisnya itu sedang duduk di salah sebuah kerusi di KLIA.

“I’m gonna miss you so much” kepala Hana Aishah yang dililit shawl crumple berwarna kelabu itu dibaringkan di atas bahu Alif Haziq sambil dia memberitahu sayu. Sebuah keluhan berat dilepaskannya.

“Just another short semester then I’ll be back. I promise” Alif Haziq yang memakai seluar sweat pants berwarna hitam dan berhoodie sepasang itu memeluk bahu kakaknya erat. Masing - masing membuangkan pandangan ke arah ahli keluarga mereka yang sedang bergelak ketawa itu.

Mata Hana Aishah tertumpu ke arah Hana Aqilah yang sedang duduk bersebelahan dengan tunangannya Lateef. Lelaki kacukan Arab dan Pakistan itu sama tinggi dengan suaminya. Berotot - otot badan lelaki itu membuktikan betapa lelaki itu sangat menyukai gym.

Mata Alif Haziq pula melihat ke arah abang ipar barunya, Fakhrul. Semenjak pagi tadi dia lihat muka lelaki itu yang kelihatan ceria semacam. Fakhrul segak memakai seluar jeans berwarna hitam dan T-Shirt Armani berwarna biru gelap sepasang dengan kakaknya. Lelaki itu sedang menyuap pasta kepada Hana Walieya yang sedang duduk di atas kerusi bayi di cafe lounge di KLIA.

“I hope he loves you as much as I can see him loving you”

“I need to get Achik married fast. I dont like seeing how close they are”

Serentak Hana Aishah dan Alif Haziq berbicara tetapi masing - masing dengan kerisauan tersendiri. Pecah tawa kedua - duanya.

“Ish baby ni suka tau potong ayat Kak Dik” Hana Aishah mencubit pipi Alif Haziq sebelum membaringkan kepalanya di dada lelaki itu. Erat pelukan Alif Haziq. Satu ciuman dihadiahkan ke ubun - ubun Hana Aishah.

“He loves you right” Hana Aishah mengangguk kepalanya perlahan.

Matanya memandang ke arah suaminya. Kenangan malam tadi menjengah di mindanya. Merah pipinya membayangkan perkara yang dilakukan suaminya kepadanya tetapi dia bersyukur.

Seperti yang lelaki itu janjikan, dia tidak memaksa Hana Aishah melakukan perkara itu. Terkejut dia melihat badannya pagi tadi. Badannya penuh dengan cop mohor lelaki itu.

Gaun tidurnya memang sudah terbang ke mana pabila dia bangun tidur tetapi lelaki itu tidak menuntut haknya yang satu malam tadi. Walaupun mulutnya meneroka kesegenap tubuh Hana Aishah dan meninggalkan kesan yang tidak tahu berapa lama akan hilang , tetapi lelaki itu lansung tidak menuntut haknya yang satu itu.

“Do you love him?” Alif Haziq terdiam lama menanti jawapan kakaknya yang tidak kunjung tiba. Angguk pun tidak , geleng pun tidak.

“At least there’s some improvement. Back then it was ‘I hate him’. Now no answer means you’re getting there” kata - kata Alif Haziq itu membuatkan Hana Aishah tersenyum simpul.

Malam tadi sungguh dia takut lelaki itu akan memaksanya tetapi melihat kesabaran suaminya menahan keinginannya menjalarkan suatu perasaan indah.

Perasaan yang sama apabila lelaki itu membacakan bismilah dan lafaz doa sebelum lelaki itu melayan tubuhnya seperti suatu hadiah terindah. Kata - kata indah lelaki itu memuji dirinya dalam setiap pergerakan mereka malam itu meruntuhkan sebahagian memori buruk mereka sewaktu sebelum berkahwin.

“I don’t know. We shall see” saat pandangan Hana Aishah bertaut dengan mata suaminya yang sedang mendukung Hana Walieya ke arah mereka itu, senyuman lebar dihadiahkan kepadanya.

Hana Aishah terus memusingkan wajahnya malu. Selepas semalam , perasaan malu yang asing di dalam hidup Hana Aishah yang selalu selamba itu hadir setiap kali dia bersendirian dengan suaminya.

“Sorry bro for stealing your wife” Alif Haziq yang sedang memeluk kakaknya yang berbaring di dadanya itu tersenyum sumbing.

“You dont look sorry” Fakhrul melabuhkan punggungnya di sebelah isterinya.

“Aunty Dik. Aiskrim peaseeeee” Hana Walieya yang masih pelat bercakap itu memanjat daripada ribaan Fakhrul ke arah ibu saudaranya.

Hana Aishah yang masih kekok di samping suaminya semenjak malam tadi itu terus memangku Hana Walieya sebelum mencium kedua - dua belah pipi satu - satunya cucu perempuan Kapten Azam itu.

“But don’t tell mama ok?” Hana Aishah membuat pinkie promise dengan Hana Walieya yang memakai seluar pendek dan blaus tanpa lengan bertemakan frozen itu.

“So you’ll be the spoilt parents in this relationship “ Alif Haziq mengusik kakaknya. Tangan Hana Aishah terus mencubit paha adik lelakinya itu.

“Auhhh. Kesian abang kena cubit dengan akak selalu” usikan Alif Haziq itu dibalas dengan tawa suami Hana Aishah.

“Cubit pun cubitlah. Just need to get any form of skin contact with this high mighty Queen right here” Fakhrul memeluk pinggang isterinya sebelum dengan selambanya mencium pipi isterinya.

“Oh my god Kak Dik. You’re so cute when you blushed” Alif Haziq menertawakan kakaknya yang sudah terbeliak biji mata dengan aksi berani mati abang iparnya.

“I .. I .. I don’t blush” Hana Aishah sudah tergagap - gagap melihat keberanian suaminya itu. Ya Allah malunya dia melihat orang lalu larang yang menyaksikan aksi berani mati suaminya yang mengucup pipinya itu.

“Yeah you do. Kan Abang Fakhrul” Fakhrul menganggukkan kepalanya sebelum menarik isterinya yang sedang memangku Hana Walieya itu erat ke badannya.

“Baby” laungan ibunya itu membuatkan Alif Haziq mengangkat punggungnya dan meninggalkan Hana Aishah dan suaminya berdua. Hana Walieya sedang sibuk bermain dengan Iphone Hana Aishah.

“You know what else that blushed other than you cheek and ears when you’re shy or should I say turned on” Hana Aishah menelan air liurnya apabila suara sensual lelaki itu berbisik halus di telinganya.

“You ... you jangan .. emm lah. There’s a kid here” Hana Aishah cuba meleraikan pelukan lelaki itu tetapi gagal. Matanya melilau melihat sekeliling. Suaminya ini nak menggatal tak kena tempat betul.

“That gorgeous long neck .. hmmm ... down to that glorious chest of yours. I could spend days enjoying them” Hana Aishah sudah berpeluh - peluh takut sesiapa mendengar bisikan suaminya itu.

“F... Faaa... Fakhruuuul” terketar - ketar Hana Aishah merayu. Hana Walieya yang sedang khusyuk melihat Polly Pocket itu lansung tidak menyedari adegan yang sedang berlaku itu.

“Yup, thats how she says” Hana Aishah benar - benar perlukan pintu Doraemon di kala itu. Makin lama , makin rapat tubuhnya di tarik sehingga dia dapat merasai hangat nafas suaminya di sebalik selendang yang dipakainya itu.

“I’m gonna leaves so much bites on your body after this. That’s just the beginning of me claiming what’s mine” peluh sejuk mula pecah di dahi Hana Aishah.

Dengan berkat doa Hana Aishah , bapanya datang memanggil mereka untuk menghantar Alif Haziq ke pintu perlepasan sekaligus menyelamatkan Hana Aishah. Fakhrul menahan tawa melihat isterinya yang pucat lesi dan berlari ketakutan menuju ke arah pintu perlepasan luar negeri.
********************************


Fakhrul melihat kearah isterinya yang masih lagi menangis teresak - esak itu. Dia dapat melihat betapa rapatnya Hana Aishah dengan adik lelaki berbanding dengan adik beradik lain. Lama pelukan Hana Aishah sewaktu mahu melepaskan adiknya melepasi pintu perlepasan itu.

“Sayang. Enough. We’ll go there when you have leave ok. Abang janji” Fakhrul yang mahu memulakan pemanduan itu terus membatalkan niatnya apabila melihat Hana Aishah yang terduduk dengan lelehan air mata itu.

“I miss him so much” raungan Hana Aishah kembali lagi. Fakhrul menarik isterinya yang sedang duduk di atas kerusi penumpang itu ke dalam pelukannya.

“He’ll be gone for awhile only. Tak baik menangis macam ni sayang” Fakhrul mengesat air mata dan hingus isterinya yang meleleh itu menggunakan tangannya. Entah ke mana hilang tisu dalam keretanya pun dia tidak tahu.

Usai mereka menghantar Alif Haziq tadi , Fakhrul menyalami ahli keluarga mertuanya sebelum meminta diri. Hari ini mereka akan menuju ke rumah mereka untuk kali pertamanya.

“I feel so weak right now. He’s been with for this past 2 month and holding ... mmme when I’m down” teresak - esak Hana Aishah menangis. Mukanya disembamkan ke dada Fakhrul.

“Abang kan ada. I’ll hold you from now on” Fakhrul mengangkat muka isterinya sebelum memandang ke arah wajah yang sudah sembap dan banjir dengan air mata itu.

“You’re... you’re not him. You tak fa.. faham” tersekat - sekat suara Hana Aishah. Fakhrul menghela nafas panjang. Ini adalah kali keempat isterinya menangis di bahunya.

“Then make me understand. Can you?” Fakhrul merenung penuh kasih sayang ke dalam mata isterinya yang kelihatan takut itu. Hatinya gusar secara tiba - tiba.

“Hey beautiful, what’s really going on?” Fakhrul dapat merasakan Hana Aishah sedang kesedihan kerana asbab lain. Mata isterinya itu kelihatan sangat gusar. Sepanjang 6 bulan dia mengenali Hana Aishah, anak mata hitam itu tidak pernah menipu.

Hana Aishah menggelengkan kepalanya sebelum memeluk Fakhrul erat. Pelukan kerana dia sangat ketakutan melihat adegan yang dilihat pagi tadi. Adegan di dalam bilik Hana Aqilah yang menggusarkan hatinya. Adegan yang tidak mampu dia beritahu kepada sesiapa. Adegan yang bakal menghancurkan hati ibu dan bapanya.

“Ya Allah. Please help me” hati Hana Aishah merintih di dalam pelukan Fakhrul yang bingung itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience