Chapter 25

Romance Completed 625623

“Fakhrul cuti ke hari ni?” Hana Aishah yang sedang berdiri di anak tangga teratas itu sedang mencuri dengar perbualan rancak Fakhrul dan Kapten Azam itu. Meluap - luap rasa menyampah di dalam dirinya mendengar perbualan mesra mereka.

“Half day uncle. Need to settle some stuff with Aishah” Fakhrul yang nampak segak dengan baju kemeja biru berjalur halus dan berseluar slack berwarna biru tua itu sedang duduk berbual dengan Kapten Azam yang memakai seluar pendek lusuh dan berbaju T-shirt hitam.

Sewaktu Fakhrul memberi salam tadi Kapten Azam yang sedang berkebun di laman sisi rumah dua tingkat itu memunculkan diri. Terkejut dia dengan kedatangan Fakhrul di kala matahari sedang terpacak di atas kepala itu. Kapten Azam tidak terkejut apabila Hana Aishah yang masih membuat mogok tidak mahu bercakap dengan mereka suami isteri , tidak memaklumkan lebih awal kedatangan Fakhrul itu.

“Kesian Fakhrul tunggu lama. Kejap uncle suruh Aunty panggil Aishah” Fakhrul yang duduk bertentangan dengan Kapten Azam itu hanya menggelengkan kepalanya.

“Its ok uncle. Still got time for Jumaat prayer. We’re heading to my parents house first for Jumaat prayer and then only we will settle our stuff” Fakhrul yang jarang mesra dengan orang itu merasa senang untuk berbual dengan bekas tentera ini.

“Nak settle apa tu Fakhrul and around what time you’re sending her back?” Kapten Azam memang tegas dalam hal anak gadisnya keluar tidak kiralah berpasangan ataupun seorang diri.

“We’re finding the rings today and then heading for dinner. InsyaAllah Fakhrul hantar Aishah balik before Isyak kalau Uncle tak kisah. We haven’t really talk about the wedding in a serious manner yet” ketelusan ini yang membuatkan Kapten Azam menyukai jejaka ini.

“That day we didn’t manage to get on with details of the wedding. Fakhrul target nak lansungkan majlis itu bila?” Kapten Azam masih ingat selepas amukan anak gadisnya itu , Tan Sri Fadhil rasa lebih baik untuk memberi masa kepada Kapten Azam untuk berbincang sesama keluarga mereka dahulu.

“Actually I want to do it as soon as I can” Teacher Basirah yang sedang menatang dulang teko yang berisi air kopi itu sudah mula risau mendengar hasrat Fakhrul itu.

“Around when Fakhrul? Aunty takut tak sempat nak prepare for the wedding. Wedding planning cannot be done last minutes. Hana Azuwa dulu ambik masa setahun itu pun rasa tak menang tangan” Teacher Basirah menghulurkan cawan bercorak vintage kepada Fakhrul.

“Thank you Aunty. Fakhrul ingat dalam bulan 4 ni. Wedding preparations tu aunty tak payah risau , I can manage it” nasib baik tidak tersembur air kopi yang dihirup Kapten Azam.

“That’s less than 2 months away kan. Uncle takut tak sempatlah nak prepare Fakhrul” Kapten Azam terkejut melihat kegelopohan Fakhrul untuk berkahwin.

“I don’t want to delay good things. Fakhrul rasa uncle and aunty pun setuju kan dengan pendapat Fakhrul” pasangan suami isteri itu tidak dapat menidakkan kebenaran hujah Fakhrul itu.

“Aunty faham tapi mana nak buat wedding invitations, wedding planner” Teacher Basirah dapat merasai bahang kesibukan yang akan dia alami. Sewaktu Hana Azuwa berkahwin , keesokam harinya dia dimasukkan ke hospital kerana tekanan darahnya mencanak naik.

“I don’t want both of you to be stress so Fakhrul rasa can we do 1 wedding receptions instead of two so we can share the workload. I have wedding planner already and today actually I want to meet up with him to discuss regarding the venue options” Teacher Basirah dan Kapten Azam tercengang mendengar perancangan Fakhrul itu. Seakan - akan lelaki ini sudah merancang lama tentang perkahwinan Hana Aishah dan dirinya.

“But that will require a large hall. We have a large group of relatives and friends” Kapten Azam masih ingat sewaktu perkahwinan anak sulungnya, tetamu mereka mencecah 5 ribu orang. Tidak menang tangan mereka melayan tetamu.

“I’ll inform that to the wedding planner today and Fakhrul akan update uncle balik” perbualan mereka berkisar tentang perkahwinan sementara menunggu Hana Aishah bersiap.

Tetapi hakikatnya Hana Aishah sudah bersiap 15 minit tadi. Sengaja dia mahu melengahkan masa kerana dia tahu Fakhrul yang sangat mementingkan ketepatan masa.

“Muncul pun Tuan Puteri ni. Lama betul bersiap adik ni. Kesian Fakhrul tunggu” Hana Aishah yang sedang menuruni tangga itu tidak menunjukkan apa - apa perasaan di mukanya.

“We can go now” Hana Aishah tidak mengendahkan bebelan ibunya itu dan terus menuju ke luar rumah. Tangan ibu bapanya tidak disalami pun. Kapten Azam hanya menggelengkan kepalanya melihat kedegilan anak daranya seorang ini.

“Please excuse her behaviour Fakhrul. Aishah ni kalau datang degilnya memang lagi keras daripada batu” selepas pergaduhan mereka hari itu , perangai anak gadisnya itu semakin menjadi - jadi.

“Its ok uncle. Fakhrul gerak dulu” Fakhrul menyalami tangan Kapten Azam dan memberi salam kepada Teacher Basirah.

“Kita buat benda betul ke ni bang” Teacher Basirah merasa sedih melihat anak gadisnya yang lansung tidak mahu menegur mereka suami isteri. Makanan yang dimasaknya lansung tidak dijamah. Pintu biliknya sentiasa berkunci.

“Entahlah Basirah. Tapi dengan perangai anak awak yang degil itu , kita patutu bersyukur ada juga lelaki nak pinang dia” Kapten Azam meninggalkan isterinya yang memerhatikan kereta BMW Fakhrul yang berlalu pergi.

Terusik hatinya sebagai seorang bapa apabila Hana Aishah lansung tidak menghormati mereka suami isteri di hadapan tetamu.

******************************************

Hana Aishah sedang ralit melihat media sosial di dalam telefonnya. Dia tidak mengendahkan Fakhrul yang sedang memandu di tepinya. Suasana sunyi di dalam kereta BMW itu melemaskan dirinya.

Setelah menyelongkar beg tangan Mango berwarna merahnya itu , Hana Aishah menjumpai barang yang di carinya. Disumbat earphone berwarna pink itu ke telinganya.

Fakhrul yang sedang memandu itu , sesekali menghalakan pandangannya ke arah Hana Aishah yang sedang menggerakkan- gerakkan kepalanya sambil menikmati musik yang berkumandang daripada telefonnya itu. Tangan gadis itu masih laju menaip di telefonnya.

“Auww. What the hell!” Hana Aishah terkejut apabila earphonenya direntap daripada telinganya. Dia yang sedang ralit mendengar lagu dan berbalas mesej dengan Sakinah itu lansung tidak mengendahkan Fakhrul di sebelahnya.

“I called you once and you didn’t hear me so I remove that thing so now we can focus on us” selamba sahaja Fakhrul membalas manakala Hana Aishah sudah mahu mengamuk melihat earphone pink hadiah daripada Alif Haziq sudah terputus dua.

“Mr Fakhrul ni kenapa asyik nak cari pasal dengan saya. That’s a limited edition Beyerdynamic earphone in pink. My brother gave it to me and you ruin it. What the hell is wrong with you!” suara Hana Aishah bergema di segenap kereta.

“Don’t ignore me Hana Aishah” amaran itu hanya dibalas dengan tawa sinis Hana Aishah.

“You want to marry me right to deal with it” Hana Aishah membalas sebelum memalingkan mukanya ke arah iphone nya untuk menyambung mesejnya dengan Sakinah.

“Stop texting before I confiscates your phone” Hana Aishah hanya memekakkan telinganya. Dia akan pastikan hari - hari Fakhrul dipenuhi dengan penyeksaan selepas ini.

Dengan sekali rentapan Iphone Hana Aishah sudah berada di dalam pegangan Fakhrul. Mulut Hana Aishah terlopong melihat lelaki itu dengan mudahnya mematikan telefonnya menggunakan tangan kirinya manakala tangan kanannya mengemudi stereng kereta tersebut.

“So shall we start or you have other things you want me to ruin” Hana Aishah rasa seperti mahu menghadiahkan lelaki ini flying kick.

“Did you go through the list on your contact lists as I instructed that day?” Hana Aishah hanya membiarkan persoalan itu sepi. Dia membuangkan pandangannya ke arah kereta yang sedang bergerak laju di atas lebuhraya itu.

“Aishah” suara tenang Fakhrul memberi amaran pertama apabila Hana Aishah tidak mahu menjawab pertanyaannya.

“Hana Aishah” selang 10 minit Fakhrul memanggil lagi. Suaranya masih tenang menangani kedegilan gadis yang berada disebelahnya ini. Matanya masih focus memandang ke arah lebuh raya yang semakin sesak menuju ke arah ibu kota itu.

“Since you’re not answering I’m assuming none of that number is important and it will automatically be deleted at 12 midnight tonight” mendengar ayat yang keluar daripada mulut Fakhrul itu membuatkan Hana Aishah memalingkan mukanya sepantas kilat.

“Mr Fakhrul jangan main - main” Fakhrul hanya tersenyum sinis.

“Jawablah” geram Hana Aishah apabila dia dibiarkan terpinga - pinga seperti itu.

“You better be joking. Give me back my phone damn it” Hana Aishah membuka tali pinggang keledarnya dan cuba untuk mencapai iphonenya daripada dalam ruangan di bahagian sisi kanan pemandu.

Fakhrul berjaya menolak badan Hana Aishah dan mendudukkan kembali gadis itu di tempat duduknya sebelum mereka terlibat dalam kemalangan kerana aksi Hana Aishah tadi. Untuk menghentikan pergerakan gadis itu , Fakhrul meletakkan tangan kirinya di paha kiri Hana Aishah yang diliputi dengan seluar jeans potongan lurus berwarna hitam itu.

“Eee apa ni pegang - pegang orang ni” Hana Aishah memukul tangan Fakhrul yang menggenggam paha kanannya kuat.

“I can do more than this Aishah. Stay put” amaran kali ini Hana Aishah betul - betul takut. Selepas kejadian malam itu dia yakin lelaki ini akan membuat perkara - perkara di luar jangkaan.

“Fine I’ll listen. Just move your hand” Hana Aishah terpaksa menebalkan muka dan merayu. Ikutkan hatinya mahu sahaja dia terjun keluar kereta tetapi jalan raya di ibu kota yang sesak itu menakutkannya.

“I like it this way. We can talk and my hand can be here” suara Fakhrul yang kedengaran serius itu membuatkan Hana Aishah berpeluh ketakutan.

“Mr Fakhrul ni tak tahu dosa pahala ke. Saya ni bukan muhrim Mr Fakhrul. You can’t just touch me like that. You might not be following the Islamic teaching but I do” Hana Aishah tidak suka dengan perangai lelaki ini yang suka memegangnya sesuka hati dia sejak ibu bapanya membuat keputusan untuk menerima pinangan mereka.

“You can’t simply judge me that I don’t follow the Islamic teaching” jawapan Fakhrul itu dibalas dengan tawa Hana Aishah menyindir.

“Solat sekali seminggu itu doesn’t make up for all the prayers that you miss” Hana Aishah memerli Fakhrul. Selepas bertandang ke rumah Fakhrul dia pasti lelaki itu dan keluarganya bukan jenis yang menjaga solat.

“How sure are you that I don’t pray 5 times a day? I don’t need to pray in front of everyone to proof that I do my obligations as a muslim” Hana Aishah terdiam mendengar jawapan Fakhrul itu. Tangan Fakhrul yang berada di paha kanannya itu diangkat dan diletakkan di stereng hitam itu.

Manusia memang mudah untuk menghakimi seseorang daripada segi luarannya. Apabila terkena di batang hidungnya sendiri baru dia tahu perasaannya bagaimana.

“Sorry , I shouldn’t have judge you like that” permohonan maaf Hana Aishah itu dibiarkan sepi. Perjalanan mereka ke rumah Tan Sri Fadhil berlalu sepi.

Hana Aishah sedar akan kesilapannya. Begitu mudah dia menilai seseorang hanya kerana dia merasakan dirinya bagus hanya kerana dia menunaikan solat lima waktu. Yakin manakah dia solatnya itu akan diterima oleh Allah?

Fakhrul memandang ke arah Hana Aishah yang kelihatan suram itu sewaktu kereta BMW itu berhenti menunggu lampu isyarat bertukar hijau.

Fakhrul ralit seketika memandang ke arah gadis di sebelahnya yang tidak perlu memakai mekap ataupun pakai yang melebih - lebih tetapi tetap kelihatan cantik dalam gayanya yang santai itu. Dia terkejut apabila mendengar bunyi hon kereta.

Hana Aishah yang sedang termenung memandang ke arah lampu isyarat yang sudah bertukar hijau itu turut terkejut dan mengalihkan pandangannya ke arah Fakhrul. Reaksi muka Fakhrul yang kelihatan pelik itu ditenungnya.

Fakhrul menukar gear keretanya ke gear D dan membelok keretanya menuju ke kawasan perumahan elit di Gombak itu. Hatinya berdegup dengan irama yang lain di waktu matahari terpacak di hari Jumaat yang mulia itu.

Share this novel

Mas Indrawati
2021-12-24 13:31:43 

Saya tidak elakukan tanggungjawab saya sebagai seorang Muslim


NovelPlus Premium

The best ads free experience