Chapter 46

Romance Completed 625623

Fakhrul melihat jam tangannya yang menunjukkan pukul 11.40 pagi. Siapa pula yang mengetuk pintu biliknya. Tadi dia sudah memberi arahan yang mudah kepada jururawat Eng di kaunter depan. Dia tidak mahu diganggu sehingga ke petang.

Hari ini Fakhrul dan Hariz akan memulakan kajian terbaru mereka. Tugasan pertama untuk semester terakhirnya. Dia mahu menyelesaikan secepat mungkin.

Pintu biliknya dibuka sedikit. Muka isterinya muncul dari sebalik pintu bilik 45 itu. Fakhrul merenung sekilas ke arah Hana Aishah yang memakai blaus bercorak bunga berwarna coklat separa paha yang dipadankan dengan seluar slek berwarna hitam.

Rutinnya untuk memilih baju wanita itu sudah tiada. Segalanya terhenti selepas mereka bersama dalam erti kata sebenar. Kalau Hana Aishah rasa dia seorang sahaja boleh mematikan hatinya , dia silap besar.

“Assalamualaikum. You sorry kacau” dia dapat dengar nada sedih disebalik suara itu tetapi marahnya belum habis dengan sikap isterinya yang lansung tidak menghormatinya.

“Waalaikumussalam. Hi Hana” Hariz yang duduk agak tersorok di sofa itu menegur Hana Aishah mesra.

“Dr Hariz. Sorry . Hana ganggu anything ke?” Hana Aishah melihat ke arah Hariz yang duduk bersilang kaki itu.

“Eh no” suara ceria Hariz membalas.

“I’m busy” kemudian suara dingin Fakhrul kedengaran. Hana Aishah menelan air liur mendengar kedinginan suaminya tetapi di saat itu dia perlukan Fakhrul.

“Aishah nak jumpa you. Kejap je . Please” suara Hana Aishah yang sedang merayu itu dimatikannya. Fakhrul menghidupkan laptopnya tanpa menghiraukan Hana Aishah.

“Bro. Its fine. You guys settle first. I’ll wait outside” Hariz menawarkan dirinya apabila melihat Fakhrul yang tidak mahu berganjak daripada kerusi pejabat itu.

“Thanks Dr Hariz. Kejap je. Sorry Hana ganggu” mata Hana Aishah sudah berkaca. Dia tebalkan juga mukanya di saat itu.

“No you sit. I’m busy. Out” Hana Aishah terdiam membisu apabila dihalau sebegitu. Suara dingin lelaki itu meruntuhkan segala cebisan kekuatan yang dia ada saat itu.

“Seriously man. Its fine. Hana masuklah. I have something to do also” Hana Aishah dapat menangkap nada simpati di sebalik suara Hariz itu. Hariz yang sedang menuju ke arah Hana Aishah terhenti apabila mendengar tengkingan Fakhrul.

“I don’t have time for personal issue at work Dr Hana Aishah. Know your position. I’m your superior here. get out!” Hana Aishah menelan air liurnya melihat muka Fakhrul yang sedang merenung tajam ke arahnya.

“Sorry Mr Fakhrul and Dr Hariz” Hana Aishah melangkah pergi sebelum sempat Hariz menahannya. Sewaktu dia melangkah meninggalkan klinik pakar itu , Hana Aishah terpaksa menebalkan mukanya kerana dia pasti tengkingan Fakhrul dapat didengari sehingga ke luar klinik.

“What the hell man? That’s so damn rude” Hariz terkejut melihat Fakhrul yang kembali menaip seperti tiada apa - apa yang berlaku.

Sedikit pun tiada penyesalan di hatinya. Hati sebal memikirkan sifat biadap isterinya. Lansung tidak tahu menghormatinya sebagai suami. Dia sudah cukup bersabar selama ini tetapi makin dia bagi muka makin mua isterinya.

*******************************

“Assalamualaikum Alif” Fakhrul yang duduk di kerusi penumpang Honda Civic milik Hariz yang sedang memandu pergi itu menghidupkan telefonnya. Dia melihat jumlah missed call di telefonnya. 41 panggilan tidak berjawab daripada isterinya manakala 27 lagi panggilan tidak berjawab daripada Alif Haziq.

“Waalaikumussalam. Abang Fakhrul. Alif try call dari tadi. Abang dekat mana?” suara Alif Haziq kedengaran cemas. Fakhrul terdiam , tidak mampu menjawab pertanyaan Alif Haziq.

“Where is she?” perasaan takut yang dirasainya ini hanya mampu berkurangan sekiranya dia tahu keadaan isterinya.

“Alif tak tahu. That’s why I’m panicking right now. She called me at around 1 ish like that but the court was in sessions. I finish around 4 something tadi and call you straight away. Now her phone is offed” suara Alif Haziq yang cemas itu mencemaskan dirinya.

“Did you call anyone else? Maybe she called them?” Fakhrul cuba untuk menenangkan dirinya supaya dapat berfikir tenang.

“I called Kak Chik. Mak Abah dengan Kak Chik is at Johor. Baru gerak pagi tadi , so I don’t want them panicking. Sounds like she didn’t call them either” Alif Haziq sudah puas menelefon semua orang bertanya.

“I’m so worried. I should’ve just went the minute she calls me” kekesalan jelas dalam nada suara Alif Haziq di saat itu. Fakhrul cuba memikirkan siapa lagi yang mungkin akan isterinya panggil.

“Abang try call papa and Along first. Alif continue try calling you can think of and update me back” sejurus Alif Haziq mematikan taliannya , tangan Fakhrul laju mendail nombor Tan Sri Fadhil dan Fakhih.

Selepas hampir sepuluh minit dia cuba memanggil kesemua orang yang dia mampu , Fakhrul menumbuk dashboard kereta Hariz itu kekecewaan. Setiap minit yang berlalu ketakutannya semakin bertambah.

“Calm down man. We’ll find her. I’m sure she’s just fine” kata - kata Hariz lansung tidak masuk ke telinganya.

Bebelan Tan Sri Fadhil dan Fakhih menaikkan barannya lagi. Dia tahu dia salah tetapi dalam saat itu dia tidak perlu mengusutkan lagi kepalanya.

Sejak daripada tadi jarinya teragak - agak mahu menekan pesanan whatsapp yang dihantar Hana Aishah. Dia bimbang apa yang akan dilihatnya. Matanya memandang tepat ke skrin telefonnya.

“Check back her texts. Did she send you the location of the accident?” Hariz mengarahkan Fakhrul. Teragak - agak dia menekan aplikasi whatsapp di Iphonenya.


~You angkat please. I got involve in an accident. Please angkat. I need you~ Sayang

~Fakhrul please. I’m begging you. Angkat tolong. I sorang ni. I’m scared. Please!!!~ Sayang

~Abang tolong sayang please. I’m sorry but I need you. Please. Aishah nak abang. I’m alone. I dont know what to do. Tolong Aishah please~ Sayang

~Aishah tak tahu Aishah dekat mana. I can’t think straight right now. Abang datang please. Aishah hantar location. Please reply or pick up my call abang~ Sayang


Fakhrul menelan air liur melihat pesanan whatsapp daripada Hana Aishah. Ada beratus mesej yang dihantar isterinya. Pesanan terakhir itu membuatkan hatinya terhenti sebentar.

~Aishah mintak maaf sebab susahkan abang. Abang busy kan , its ok Aishah faham. Aishah tak kacau abang dah. Aishah janji. Sorry for troubling you again and again with my problem. After this I will try to take care of myself and I won’t trouble you. Assalamualaikum ~ Sayang ~


Mesej terakhir yang dihantar isterinya pada jam 2.10 minit petang. Tekaknya terasa kering. Dadanya berdegup kencang. Paniknya memuncak di saat itu. Matanya memandang ke arah Hariz yang sedang fokus memandu itu.

“I need to see her” Hariz terkejut mendengar suara Fakhrul.

Sepanjang lebih 20 tahun dia kenal lelaki itu , Hariz tidak pernah melihat reaksi Fakhrul yang sebegitu. Getaran di dalam suara itu menggambarkan ketakutan lelaki bernama Fakhrul yang tidak pernah gentar terhadap apa - apa pun.

“She’s fine. Trust me” Hariz memandang ke arah Fakhrul cuba meyakinkan sahabatnya walaupun hakikatnya dia sendiri tidak pasti.

Semakin mereka menghampiri kawasan kemalangan itu , dada Fakhrul berdegup semakin kencang. Tangannya masih mendail nombor isterinya dengan harapan Hana Aishah akan menjawab. Agaknya begitulah perasaan Hana Aishah beberapa jam lepas.

“You got that boy’s number?” tiba - tiba otak Fakhrul mendapat idea. Walaupun dia tidak menyukai idea itu.

“Huh? Which boy?” Haris yang baru keluar daripada tol batu tiga itu memandang Fakhrul pelik.

“That Aiman guy” mendengar ayat Fakhrul itu mulut Hariz membentuk ‘O’.

“I don’t but you try ask inside the group. Someone should have it” Fakhrul mengambil Iphone Hariz sebelum membuka group whatsapp yang dimaksudkan. Tidak sampai 2 minit dia sudah memperolehi nombor Aiman.

Sebelum dia sempat mendail nombor lelaki itu, telefonnya berdering dan nombor Alif Haziq terpapar di skrin Iphonenya.

“Alif” suara Fakhrul dengan penuh pengharapan bertanya.

“Ok. I’m on my way” Fakhrul memandang ke arah Hariz. Nafas kelegaan dilepaskannya.

“Head towards Subang Jaya” nafasnya beransur lega.

********************************


Alif Haziq yang sedang mundar mandir di hadapan kediaman ibu bapa mereka di Subang Jaya itu masih tidak sedap hati. Selagi kakaknya tiada di depan matanya selagi itu hatinya tidak akan tenang.

Hari ini hari pertama kes dia akan dibicarakan. Dia diberi peluang oleh peguam seniornya untuk mengendalikan kes tersebut. Sewaktu dia menunggu giliran untuk menyampaikan hujahnya , panggilan telefon daripada Hana Aishah diterima.

Melihat pandangan seniornya yang memandangnya seperti dia tidak professional , Alif Haziq mematikan panggilan daripada Hana Aishah itu. Apabila dia selesai memberi hujah pertamanya barulah dia membaca mesej kakaknya.

Alif Haziq melihat sebuah Ford Ranger Raptor berwarna biru diparkingkan di hadapan rumah mereka. Enjin kenderaan itu dimatikan sebelum pintu pemandu terbuka.

Alif yang sedang duduk di buaian di laman hadapan mahligai ibu bapanya itu bergegas bangun sebelum menuju ke arah kereta tersebut.

Haqi yang segak beruniform polis itu membuka pintu penumpang sebelum Hana Aishah turun daripada kereta itu dengan bantuan Haqi.

Sejurus Hana Aishah nampak kelibat wajah Alif Haziq langkahnya dipercepatkan dan dia memeluk adik lelakinya erat. Mukanya disembam ke dada Alif Haziq. Matanya membulat dan dadanya berdegup pantas di saat itu.

“I’m so sorry Kak Dik. I should’ve come” kata - kata Alif Haziq lansung tidak masuk ke telinga Hana Aishah. Ketakutan yang dia rasai semenjak kejadian tadi menyelubungi dirinya.

Setitik air mata pun tidak mengalir. Traumanya masih menguasai dirinya. Perasaan kagetnya masih belum hilang. Tangannya menggenggam erat baju baju kemeja putih Alif Haziq.

“Kak Dik. Pandang Alif. Are you injured?” Hana Aishah masih diam membeku. Alif Haziq risau melihat keadaan kakaknya yang masih lagi terkejut itu.

“I swear it was green. I swear it was green” mulut Hana Aishah mengulangi perkataan itu.

Alif Haziq memeluk Hana Aishah erat. Dia dapat merasa badan Hana Aishah mengigil. Tiba - tiba sebuah kereta Civic berwarna Modern Steel Metallic tiba diperkarangan rumah mereka.

“Sayang” suara Fakhrul yang sedang berjalan pantas menuju ke arah mereka itu membuatkan pegangan Hana Aishah menjadi lebih kejap.

Apabila Fakhrul memegang bahu Hana Aishah erat , air mata Hana Aishah gugur. Dia menarik bahunya rapat ke badan Alif Haziq. Kepalanya yang disembam ke dada Alif Haziq itu digelengkan laju.

“Sayang come here. Abang dah sampai ni” Fakhrul cuba meleraikan pelukan erat Hana Aishah di tubuh Alif Haziq tetapi esakan Hana Aishah semakin menjadi - jadi.

“Nak abah.” Esakan Hana Aishah semakin kuat.

“Kak Dik jangan buat macam ni. Alif risau tengok Kak Dik macam ni. Abang Fakhrul is here” Alif Haziq cuba merenggangkan tubuh Hana Aishah daripadanya tetapi raungan Hana Aishah semakin kuat.

“No. Adik nak abah!” kepala Hana Aishah digelengkan. Fakhrul memandang tubuh Hana Aishah yang mahu menjauhinya itu.

Hariz yang melihat adegan itu menjadi simpati pada Hana Aishah. Nampak sangat trauma wanita itu. Dia menepuk bahu Fakhrul perlahan.

“She’s still traumatised. Don’t push her too much” mendengar ayat Hariz itu , Fakhrul menggelengkan kepalanya lemah.

“Sayang look at me. Abang dah sampai ni. Let me see you properly. Abang risau” genggaman Fakhrul di bahu kanan Hana Aishah dikuatkan sehingga Hana Aishah meraung.

“Kak Dik sakit kat mana ni. Jangan buat Alif risau” Alif Haziq cuba memeriksa tubuh kakaknya.

“I think she hurt her right hand and leg. She refuse to go to the hospital” mendengar ayat Haqi itu , Alif Haziq , memeriksa blaus yang dipakai kakaknya.

“Kak Dik. Jom pegi hospital. Ni apa darah sampai baju koyak - koyak ni. You’re hurt” Alif Haziq memandang ke arah Fakhrul yang kelihatan sedih itu.

“Tak nak. Nak abah” Hana Aishah asyik mengulangi ayat itu.

“Kak Dik. Abah baru sampai Johor , Alif takut diorang panik and drive back. Alif ada. Abang Fakhrul ada ni” Hana Aishah menggelengkan kepalanya laju. Air matanya sudah turun seperti air terjun.

“Sayang come here. I’m sorry sayang. Let me have a look on you” Fakhrul masih cuba memujuk tetapi pegangan Hana Aishah di dada Alif Haziq kejap.

Esakan Hana Aishah masih kedengaran. Mulutnya berbicara di antara mahukan abahnya dan dia tidak bersalah. Alif Haziq memandang ke arah Haqi yang memegang tas tangan Hana Aishah.

“What actually happen Inspektor?” Alif Haziq bertanya kepada Haqi yang hanya berdiam diri semenjak tadi.

“According to witness, she was crossing a junction and a truck came and hit her from the passenger site” Haqi menerangkan seringkas mungkin.

“Shit. The car?” Haqi hanya menggelengkan kepalanya mendengar pertanyaan Alif Haziq.

“I saw glimpse of it but I think total lost” mendengar ayat Haqi itu membuatkan Fakhrul lebih risau.

“I’m Hariz. High impact is it?” Hariz menghulurkan tangannya dan disambut mesra Haqi.

“The light just turn green for her side and the truck was trying to run over the red light. I’m assuming high velocity” mereka yang mendengar penjelasan Haqi itu terdiam.

“Sayang. Let me just properly check you at least” mendengar ayat Fakhrul itu Hana Aishah melepaskan pelukannya di tubuh Alif Haziq sebelum melangkah laju menuju ke dalam rumah ibu bapanya.

“Ya Allah. Kak Dik. Nak pegi mana tu” Alif Haziq mahu membuntuti Hana Aishah tetapi abang iparnya lebih laju memotongnya.

“Let him deal with her Alif” Alif Haziq memandang ke arah Hariz yang menahannya dan Haqi yang melihat adegan tadi.

“Thanks Inspector for calling me. We were so worried sick” Alif Haziq menyalami tangan Haqi yang sedang berdiri di laman rumah mereka itu.

“Its fine. I think her phone died. I only have your number and know your parent’s house that’s why I brought her here” Alif Haziq menguak anak rambutnya kebelakang dengan kasar.

“Does the report and everything settle already?” Hariz yang lebih stabil emosinya saat itu bertanya.

“Don’t worry about the case and car. Settle her first. She was really traumatised” Haqi memandang ke arah pintu rumah dua tingkat itu.

“You were at the scene is it?” suara Alif Haziq bertanya perlahan.

“At the IPD actually. She was sitting alone there and then only I got to know regarding her accident. She was very quiet all the way here. I think she got some cut on her arms and leg. I saw blood stain but she refuse to go to the hospital. Just get that check” Haqi sempat melihat kesan darah dan koyakan pada baju dan seluar Hana Aishah tadi.

Haqi yang baru sahaja habis mesyuarat di tingkat 5 di IPD Shah Alam itu , ternampak kelibat gadis yang berjaya mencuri perhatiannya itu.

Hana Aishah sedang duduk di kerusi di hadapan unit trafik itu sambil memeluk beg tangannya dan kelihatan ketakutan. Tangan gadis itu digenggam erat dan matanya memandang ke arah lantai tanpa dialihkan.

“Thank you so much for bringing her back” Hariz sempat mengucapkan terima kasih.

“Its not a problem. She was going to take a grab tadi tapi I risau pulak. She looks really lost” Haqi masih ingat reaksi Hana Aishah tadi.

Apabila di tanya kenapa gadis itu berada di balai , Hana Aishah hanya mendiamkan dirinya. Nasib baik anggotanya ada untuk menerangkan situasi sebenar.

Sewaktu Hana Aishah mahu meminjam telefonnya untuk memanggil Grab dia terus membuat keputusan untuk menghantar gadis itu pulang. Dengan telefon yang sudah habis bateri dan keadaan gadis itu yang kelihatan trauma itu dia risau sesuatu akan terjadi.

“Jom lah masuk dulu Inspector” Hariz menjemput Haqi masuk tetapi lelaki itu menggelengkan kepalanya dan tersenyum mesra.

“Its ok. She needs you guys now. Attend to her first. I’ll head back. Anything nanti Alif can just call me” Haqi menolak lembut.

“Thanks Inspector. I can’t thank you enough” Alif Haziq memeluk Haqi erat. Haqi menepuk belakang Alif Haziq untuk meredakan ketakutan adik Hana Aishah itu. Memang sejak dulu dia dapat lihat keakraban Alif Haziq dan Hana Aishah itu.

“No problem. I was there anyway. This is her bag. Her other belongings from the car , I’ll just get my man to gather it for you later” selepas Haqi berlalu pergi Hariz menarik Alif Haziq masuk ke dalam rumah.

“Don’t think too much Alif. Things happened already. Yang penting your sister is safe now ok” Hariz memujuk Alif Haziq yang kelihatan amat sedih itu.

“I should’ve picked up her call. She was all alone. She must’ve been so scared” Hariz menepuk bahu Alif Haziq memujuk.

“Lets go in and see what we can do now ok” Alif Haziq menganggukkan kepalanya lemah dan menuju ke dalam rumah semi-D itu.

*****************************

“Sayang. I’m sorry” Hana Aishah yang sedang berbaring di bilik tidur kedua ibu bapanya memejam matanya erat. Telinganya dipekakkan. Lututnya dirapatkan ke dada dan dia memeluk dirinya.

Fakhrul melabuhkan punggungnya di birai katil dan merenung wajah Hana Aishah. Tudung Bokitta isterinya sudah senget dan dia dapat melihat beberapa kesan koyakan kecil di baju dan seluar isterinya.

“Abang mintak maaf. I should’ve picked up your call” apabila tangan Fakhrul menyentuh bahu kanan isterinya , Hana Aishah mengalih posisinya. Akibatnya dia mengerang kesakitan kerana posisinya sekarang memberikan tekanan pada bahu kanannya.

“Aaah. Allah” air matanya mengalir kerana baru sekarang segala sakitnya terasa.

“You’re in pain. Jangan degil. Let me check” air mata Hana Aishah mengalir laju.

“Nak abah” esakan Hana Aishah kembali. Matanya dipejam rapat. Kalau abahnya ada pasti lelaki itu akan membantunya hari ini. Pasti dia tidak akan keseorangan. Alif Haziq yang hanya memerhati daripada pintu itu semenjak tadi melangkah masuk.

“Kak Dik. Jangan degil. Let him check you. Abah tak ada dekat sini. Ada Alif and Abang Fakhrul je” Alif Haziq cuba memujuk Hana Aishah tetapi keras kepala Hana Aishah memang tidak boleh dilawani sesiapa pun.

“Tak nak. Nak abah” Hana Aishah mengesat air mata. Hana Aishah mendudukkan dirinya dan memeluk badan Alif Haziq yang sedang berdiri di birai katil ibu bapa mereka.

“Alif keluar. Leave us alone” Alif Haziq memandang muka Fakhrul apabila mendengar arahan abang iparnya. tetapi melihat ketegasan abang iparnya dan memikirkan kedegilan kakaknya yang tiada pengakhiran itu dia terpaksa meleraikan pelukan Hana Aishah.

“No. Akak nak Alif. I don’t want him” Alif Haziq memandang wajah Hana Aishah yang memandangnya sedih. Air mata kakaknya sudah berjujuran. Dia sudah pening melihat adegan di hadapannya.

“Alif” Alif Haziq meleraikan pelukan kakaknya sebelum berlalu keluar.

Dia tersangkut antara kakaknya dan abang iparnya tetapi dia mahu Hana Aishah diperiksa. Jalannya hanya satu , Fakhrul sahaja kerana hanya lelaki itu boleh melenturkan kedegilan Hana Aishah.

Mendengar pintu bilik ibu bapanya ditutup , Hana Aishah memegang bingkai katil sebelum cuba berdiri. Badannya sudah mula menunjukkan protes kerana perasaan takutnya sudah mulai hilang. Kesakitan di badannya mulai terasa.

“Sit” saat itu , kata - kata lelaki itu tiada makna untuknya. Walaupun otot kakinya menjerit tanda protes tetapi dia gagahkan dirinya untuk berdiri.

“Kenapa degil sangat ni? Abang dah cakap I’m sorry kan. Do you know how scared I was when I got to know you were involve in an accident “ suara Fakhrul sudah meninggi melihat perangai Hana Aishah.

“I don’t need you. I can take care of myself. Tak payah nak pura - pura depan orang lah. I benci you” Hana Aishah merenung tajam ke arah suaminya.

“You thought me a valuable lesson today. I need no one to help me. I have to learn to depend on myself” kepalanya sudah mula berdenyut. Hana Aishah terduduk kembali di atas katil. Pandangannya di arahkan ke mozek di bilik ibu bapanya itu.

“You pergi lah Fakhrul. You dah dapat apa you nak. You own every part of me already. I dah bagi semua yang you nak. I penat. I want to be alone” jelas kepenatan Hana Aishah daripada nadanya.

Terlalu banyak perkara yang berlaku semenjak pagi tadi. Hidupnya memang sudah tidak terurus semenjak 2 minggu ini tetapi hari ini memang nasib Hana Aishah seperti sudah jatuh ditimpa tangga pula.

“Take off your cloth” Hana Aisah masih diam membatu. Arahan Fakhrul itu lansung tidak diendahkannya. Selepas beberapa ketika tilam yang mereka duduki itu bergerak sedikit.

“Don’t touch me” Hana Aishah menepis tangan Fakhrul yang cuba menanggalkan tudungnya itu tetapi Fakhrul lansung tidak terkesan. Misinya diteruskan.

“Lepaslah” Hana Aishah sudah menjerit sambil tangan kirinya menolak tubuh Fakhrul sehingga suaminya terdorong ke belakang.

“Don’t test me Puan Hana Aishah” suara Fakhrul masih tertahan - tahan.

“You nak buat apa. Nak pukul I pulak. Not the first time you get physical with me anyway” Hana Aishah melawan pandangan mata suaminya.

Selepas hampir setengah jam , Fakhrul melangkah keluar daripada bilik mertuanya. Dia menuju ke ruang tamu dimana Hariz dan Alif Haziq sedang menantinya.

“How is she Abang?” Alif Haziq terus bertanya sejurus melihat wajah tegang abang iparnya itu.

“She got small cuts all over her left upper limb. Left thigh also. Most of it looks like glass cut maybe from the broken window” Fakhrul memberitahu kedua - dua orang lelaki di hadapannya itu.

“Any fracture?” pertanyaan Hariz dibalas dengan anggukan Fakhrul . Keluhan berat dilepaskan.

“Need to do X Ray of her upper limb. ROM right shoulder limited. I think more of STI but just to be sure. And got swelling over right forehead” Fakhrul memicit tengkuknya yang sudah tegang itu.

“Swelling kena scan la kan bang. Nanti ada brain injury ke. Jom la pergi hospital sekarang” Alif Haziq cemas mendengar penerangan abang iparnya.

“Just to be safe memang abang nak buat CT Brain but....” Fakhrul mengeluh berat.

“Kakak Alif tu Ya Allah degil. Abang nak examine tadi pun sampai kena bergelut. She just lied down. Let her rest first” Fakhrul menerangkan kejadian di dalam bilik tadi kepada mereka.

Dia terpaksa berkasar dengan Hana Aishah barulah isterinya itu duduk diam walaupun dengan linangan air matanya. Setelah dia menanggalkan baju isterinya , dia menyarungkan baju tidur kelawar ibu mertuanya.

“Arrange everything for her check up tonight. I’ll come by the clinic” Hariz menganggukkan kepalanya mendengar arahan Fakhrul.

“You just focus on her. I’ll wait at the clinic” Fakhrul menyandarkan dirinya keletihan.

Hatinya tidak habis - habis mengucapkan kata syukur melihat keadaan isterinya yang selamat itu tetapi hubungan mereka berada di liku yang amat sukar kali ini. Kebencian yang dia dapat lihat di mata isterinya itu menggentarkan hatinya.


******************************


“Sayang. Wake up” Fakhrul mengejutkan Hana Aishah daripada tidurnya. Lena tidur Hana Aishah dibilik ibu bapanya. Hana Aishah yang sedang tidur nyenyak itu kelihatan tenang.

Fakhrul mengusap lembut pipi yang sudah bengkak itu. Penat agaknya isterinya itu menangis. Hana Aishah sedang berbaring mengiring ke kanan di saat itu.

“Sayang. Hey. Wake up sleepy head” Fakhrul memeluk pinggang Hana Aishah dengan berhati - hati sebelum mendudukkan isterinya. Matanya tertacap pada luka - luka kecil yang mencacatkan pemandangannya itu.

“Sakit” suara serak Hana Aishah mengadu sambil kepalanya di sembamkan di dada Fakhrul. Mata Hana Aishah masih terpejam rapat.

“I know. But sayang solat asar dulu and then I’ll give you some pain killer after you have something to eat” Fakhrul memujuk sambil mencium dahi Hana Aishah.

Tangan kirinya menyentuh benjol sebesar bola pingpong yang sudah timbul di dahi sebelah kiri isterinya. Muka Hana Aishah berkerut sebelum dia menjauhkan dahinya daripada sentuhan tangan Fakhrul.

Melihat Hana Aishah yang masih mamai itu Fakhrul mencempung badan isterinya sebelum menuju ke bilik mereka di tingkat atas. Sesampai mereka di sana , dia dapat melihat isterinya yang tidak berdaya itu mahu kembali baring.

“Abang mandikan sayang and then I’ll clean up the cuts ok” Hana Aishah hanya berdiam diri. Saat itu badannya terasa sangat berat. Sakit kepala bukan kepalang.

Hana Aishah membiarkan sahaja perlakuan Fakhrul. Hilang terus rasa malunya dikala tubuhnya dimandikan oleh Fakhrul saat itu kerana sakit fisikalnya terlalu kuat.

Fakhrul membersihkan tubuh isterinya dengan berhati - hati. Dia dapat melihat luka - luka kecil yang menghiasi kulit tangan dan paha kiri isterinya. Sesekali muka Hana Aishah berkerut menahan kesakitan apabila air pancuran itu mengenai lukanya.

Usai mandi Fakhrul membaringkan Hana Aishah yang hanya bertuala itu di atas katil. Dia mengambil set cuci luka yang dihantar Hariz sebentar tadi sebelum dia memulakan proses mencuci luka Hana Aishah.

“There’s still some glasses inside the cuts. I need to take it out. Kalau sakit sangat sayang cakap dengan abang ok. I need to take it out now or else it’ll get infected” Fakhrul memandang wajah Hana Aishah yang lesu itu.

Perlahan - lahan Fakhrul meneliti setiap luka dan membersihkannya. Apabila serpihan kaca terakhir di tarik keluar , air mata Hana Aishah sudah mengalir laju. Kulitnya terasa seperti baru lepas dihiris.

“All done” Fakhrul memandang ke arah Hana Aishah yang sudah terbaring kesakitan itu.

“Wait here , abang kemas all this first and then we’ll wear cloth and pray” Fakhrul yang juga masih bertuala sahaja itu , mengemas alatannya sebelum mengangkat punggungnya menuju ke arah meja belajar di bilik isterinya itu.

Dia kemudian membantu Hana Aishah untuk memakai baju kaftan yang paling mudah disarung memandangkan pergerakan bahu kiri isterinya yang terbatas itu. Dia membantu Hana Aishah mengambil wuduk sebelum isterinya menunaikan solat asar dalam keadaan duduk.

“Aishah nak tidur” Hana Aishah yang sedang bersandar di kepala katil itu memberitahu Fakhrul lemah.

Fakrul mengambil bubur ayam mcd yang Alif Haziq pesan melalui Grab dan menyuakan ke mulut Hana Aishah tetapi isterinya menolak sudu tersebut. Kepalanya digelengkan.

“My body hurt. I want to sleep” air mata Hana Aishah sudah bergenang.

“Yes I know , that’s why you need to eat. So that I can give you painkiller” Fakhrul hanya sempat menyuap empat suap sahaja sebelum Hana Aishah menolak.

“No more” Hana Aishah membaringkan badannya di atas tilamnya. Badannya sudah mula merasa seram sejuk.

“Eat this painkiller first and then sayang tidur” sejurus menelan satu biji kapsul itu , Hana Aishah terus tidur mati.

Fakhrul membawa bekas makanan menuju dan bertembung dengan Alif Haziq yang berada di ruangan makan.

“How is she abang?” Alif Haziq yang sedang menjamah burger McD itu memandang ke arah Fakhrul.

“She’s sleeping. I’ve cleaned the wound and take out the glasses but we still need to go to get her x ray and get her shots” Alif Haziq menganggukkan kepalanya mendengar penjelasan Fakhrul.

“Jap lagi Alif naik tengok Kak Dik. Abang nak Alif drive kan tak malam ni?” Fakhrul menggelengkan kepalanya menjawab pertanyaan Alif Haziq.

“You focus on your court session esok. I’ll manage her” Alif Haziq mengeluh panjang.

“Dah tak ada hati dah bang. Kesian Kak Dik. I’ve broke my promise towards her. I told her I’ll always be there for her to protect her and I wasn’t there today” Fakhrul yang sedang membasuh pinggang di singki itu memandang ke arah Alif Haziq yang sudah duduk di atas tembok di dapur itu.

“She’s safe. That’s the most important thing. Get a rest and I’ll take care of her. Isteri abang kan” Alif Haziq tersenyum hambar mendengar ayat lelaki itu.



********************************


“I think we’ll proceed with X Ray and CT brain lah. I get the guys ready upstairs first” Hariz yang hanya berseluar pendek separas lutut dan berbaju T-shirt itu sedang duduk di salah sebuah bilik di Poliklinik Medica di Hartamas itu.

Sewaktu mereka sampai di sana , jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. Tadi Fakhrul mengejutkan Hana Aishah untuk membawanya ke klinik. Walaupun dia menolak tetapi lelaki itu tetap berkeras.

“Hana ada sakit dekat mana - mana lagi tak? Right shoulder is the most painful one is it?” Hana Aishah yang sedang tersandar lemah di kerusi itu menganggukkan kepalanya.

“So far no head injury warning sign right?” Hana Aishah menggelengkan kepalanya sekali lagi.

“My head is throbbing so badly. Tu je” Hariz menaip di PC di hadapannya sambil menganggukkan kepalanya.

“You give her Voltaren and ATT first” Hariz menyuruh Fakhrul yang duduk di sebelah Hana Aishah yang sedang menulis sesuatu di atas borang di meja itu.

“Get the nurse to prepare it stat. You go up first then. I’ll bring her up once I’ve settle down here” Hariz menganggukkan kepalanya dan menuju ke arah pintu yang menyambungkan bilik ini dengan bilik rawatan.

“Ehh jap. Hana last period bila?” Hana Aishah yang sedang membaringkan kepalanya di atas meja itu terangkat kepalanya mendengar soalan lelaki itu.

“Its radiation right I don’t want to expose my god babies to such big rays” Hariz tersenyum mengusik. Fakhrul yang duduk di sebelah Hana Aishah ikut terhenti menulis.

“My period is irregular Dr Hariz. Last menses 2 month ago” Hana Aishah menelan air liurnya melegakan tekaknya yang tiba - tiba kering itu.

“Ok then. UPT first then kalau green light we proceed” Hariz menuju keluar mencari stafnya. Suasana menjadi sunyi dan janggal apabila Hariz meninggalkan mereka berdua.

“How irregular is your menses?” Hana Aishah kembali membaringkan kepalanya di atas meja tadi. Bahunya diangkat acuh tidak acuh menjawab pertanyaan suaminya.

“Sayang. Can you be serious for a minute. Whats your cycle?” Fakhrul dapat merasa debaran di dadanya menanti jawapan Hana Aishah.

“Dont know. Sometimes ok sometimes tak. I never bother pun” geram Fakhrul mendengar jawapan isterinya.

Belum sempat dia mahu membebel , seorang staf perempuan datang membawa satu kidney dish yang mengandungi beberapa ubat untuk disuntik dan botol untuk mengumpul air kencing Hana Aishah.

“Bos. Nak urine sample or injection first” Hana Aishah yang mendengar wanita India separuh abad memanggil Fakhrul bos itu dipandang Hana Aishah pelik. Kenapa pulak panggil bos?

“UPT first. Come” Fakhrul memaut pinggang Hana Aishah sebelum dibawa Hana Aishah menuju ke bilik air di klinik itu.

“Why did she calls you bos?” sebelum Hana Aishah masuk ke dalam bilik air dia sempat memandang ke arah Fakhrul curiga.

“Because I am her bos. Jom” Hana Aishah sudah membeliakkan biji matanya mendengar ayat lelaki itu. Bukan ayat yang pertama tetapi ayat keduanya.

“Ehh no need. I can pee on my own” Hana Aishah mengambil botol sampel itu sebelum dia masuk ke dalam bilik air itu dan mengunci pintu bilik air itu.

“Ehh boleh pulak nak tengok orang kencing. Tak tenang aku nak kencing dibuatnya” Hana Aishah membebel sambil meneruskan prosesnya.

Tidak sampai 5 minit mereka kembali ke bilik rawatan dan Hana Aishah menyerahkan sampel air kencingnya. Fakhrul pula mencucuk ubat tahan sakit di punggung Hana Aishah sebelum mencucuk ubat kancing gigi di bahu kirinya.

“Auuuu. Sakitlah” Hana Aishah mengaduh kesakitan akibat kesan cucukan tadi. Ganas betul suaminya itu mencucuk. Mukanya dicebikkan.

“Injection is painful Hana Aishah. Its not a candy” sambil mulut suaminya membebel sambil itu Hana Aishah dipapah Fakhrul dan didudukkan di bilik konsultasi tadi.

“Whatever” rasa sebal di hati Hana Aishah kembali. Sekarang apabila sakitnya sudah berkurangan , rasa sakit hatinya terhadap lelaki itu kembali.

Tiba - tiba hatinya menjadi takut membayangkan sekiranya benar ada benih yang sedang bercambah di dalam rahimnya semenjak dua minggu lepas.

Dia masih belum bersedia untuk membawa satu nyawa ke dalam dunia ini sedangkan kehidupan mereka suami isteri pun hala tujunya masih samar. Usianya masih muda dan terlalu banyak impiannya yang masih belum tercapai.

Tetapi yang paling penting , housemanship nya masih belum tamat. Kesibukan dia sebagai doktor pelatih akan menyebabkan dia tidak dapat memberi sepenuh perhatian kepada janinnya nanti.

“Is the UPT done yet?” pertanyaan Hariz mengejutkan Hana Aishah daripada lamunannya. Dia melihat ke arah Fakhrul yang sedang termenung melihatnya entah sejak bila dia pun tidak perasan.

“5 minutes left” debaran di hati Fakhrul menjadi - jadi.

“I’m the one who is nervous now” Hariz sudah tersenyum keriangan. Hana Aishah membuat muka tanpa perasaan manakala Fakhrul pula berwajah serius.

“I cant want to see how the mini you turns out to be like” Fakhrul tersenyum penuh makna memandang ke arah isterinya yang terbaring lesu itu apabila mendengar ayat Hariz.

“Mini me is going to be exactly like me” mendengar ayat Fakhrul itu tawa Hariz pecah manakala muka Hana Aishah dikerutkan.

“Oh please good riddance. One you is already a disaster, I can’t have your clone running around” mendengar ayat Hana Aishah itu , Fakhrul menarik pinggang isterinya merapatinya. Satu ciuman di hadihkan di pipi kanan wanita itu.

“I love you” hidung Hana Aishah dicium Fakhrul mesra.

Hariz yang melihat adegan itu terus ternganga mulutnya. Dia tidak pernah mendengar perkataan itu keluar daripada mulut lelaki bernama Fakhrul.

“I should’ve record this. This is like legit history. This like literally never happen like ever” Hana Aishah memandang pelik kearah Hariz yang terkejut itu.

“Apa yang pelik Dr Hariz ni?” Hana Aishah yang sudah membaringkan kepalanya di dada Fakhrul itu bertanya pelik. Hendak melawan rangkulan suaminya dia tidak berdaya , jadi dia ikutkan je lah rentak lelaki itu untuk sekarang.

“That word. That ‘I’ freaking ‘LOVE YOU’ never comes out from that guys mouth, like ever!” Hana Aishah membuat muka tidak percaya.

“He must’ve told mama or papa or ibu or abi, ‘I love you’ kan. At least once in his life time. Gosh this man told me like hundreds times already sampai nak muntah rasa” Hana Aishah mencebikkan bibirnya.

Sebelum sempat Hariz hendak menjawab , wanita India separuh abah itu kembali bersama keputusan ujian air kencing Hana Aishah. Debaran di dada Hana Aishah semakin menggila.

“Is it done Lalitha?” Fakhrul membangunkan dirinya menuju ke arah wanita bernama Lalitha itu.

“Done Bos but its a bit confusing” Hana Aishah melihat reaksi Fakhrul yang melihat strip kehamilan itu. Reaksi wajah Fakhrul tidak dapat dibacanya.

“Damn it man. What’s the result? Its killing me” Hariz yang tidak menyabar itu menuju ke arah Fakhrul. Reaksi wajah Hariz yang kelihatan pening itu dipandang Hana Aishah.

“Second line is barely there” mendengar ayat itu Hana Aishah tidak tahu mahu merasa apa.

“So can we proceed with X Ray and CT?” pertanyaan Lalitha itu memecahkan kesunyian yang menyelubungi bilik itu.

“It’s negative. Proceed with the X Ray and CT” mendengar ayat Fakhrul itu Hana Aishah terdiam sejenak.

“Ok. Lets go Hana. Better luck next time girl” Hariz mengeyitkan matanya ke arah Hana Aishah yang kelihatan sedang berfikir itu.

“No. Hana tak nak X Ray and CT” Fakhrul merenung ke arah isterinya yang bersuara tenang itu.

“You’re doing CT and X Ray. That’s final” Hana Aishah menggelengkan kepalanya. Matanya merenung tajam ke arah suaminya.

“I’m an adult and I will give my own consent. And I don’t consent for any radiation related procedure to be done on me” Hana Aishah memandang ke arah Hariz.

“It’s negative and right now you’re more important. I need to see for any fracture or head injuries” suara Fakhrul sudah naik satu noktah.

“You know its only been 2 weeks and I’m not jeopardising the risk of ‘if I’m not pregnant’ for you” suara Hana Aishah masih lagi tenang. Dia sudah biasa dimarahi depan orang, mukanya lebih tebal daripada tembok besar China.

“Sorry Dr Hariz. I wont proceed with any imaging tonight” Hana Aishah cuba membangunkan dirinya dengan bersusah payah. Walaupun bahu kanannya teramatlah sakit dia tidak akan membahayakan janin yang mungkin sedang tumbuh di rahimnya itu.

“Hana. Listen to me. We don’t need to proceed with CT. That one I agree tapi I really think we need to X Ray at least your right shoulder. Your ROM is limited and we’re risking a missed fracture. I promise you we’ll cover your pelvic part properly” mendengar ayat Hariz itu , Hana Aishah terdiam.

“You’re a right hand dominant Hana, you need it to function properly” Hana Aishah terdiam membisu mendengar pujukan Hariz itu.

Dia bimbang kesan radiasi pada janinnya sekiranya keputusan ujian kehamilannya itu nampak negatif kerana usia janinnya yang masih terlalu awal.

“Shoulder only and 1 view je. Double lead cover at my pelvis” Hana Aishah merenung tajam ke arah Hariz.

“1 view will be hard but we’ll do” mendengar janji Hariz itu , hati Hana Aishah sedikit lega. Fakhrul melangkah keluar meninggalkan Hana Aishah di dalam bilik rawatan itu.


********************************

“Alif” Fakhrul mengetuk pintu bilik adik iparnya. Alif Haziq yang sedang mamai itu membuka pintu.

“She’s asleep already” Fakhrul memandang ke arah tubuh Hana Aishah yang sudah tertidur nyenyak di atas katil adiknya itu. Hana Aishah yang masih berbaju kaftan berwarna hitam itu kelihatan tenang seperti diulit mimpi.

“Thanks Alif” Fakhrul mencempung isterinya itu dan di bawa ke dalam bilik mereka. Dia membaringkan Hana Aishah dengan berhati - hati di atas tilam empuk itu.

Sesampai mereka di rumah daripada poliklinik tadi , Hana Aishah terus meluru masuk ke dalam bilik Alif Haziq dan beradu di sana. Sepatah mereka tidak bercakap sewaktu perjalanan pulang.

Betullah sangkaannya bahawa bahu kanan Hana Aishah mempunyai keretakan. Walaupun retaknya halus tetapi dia memerlukan anduh dan cuti sehingga retakan itu sembuh.

Fakhrul tidak mahu menaikkan amarah isterinya lagi oleh itu dia membiarkan Hana Aishah tidur nyenyak sementara dia membersihkan diri dahulu. Dia menyuruh Alif Haziq memberitahunya sekiranya Hana Aishah sudah tidur mati.

Fakhrul memposisikan badan isterinya agar Kurang tekanan di bahu kanan isterinya. Setelah dia pasti posisi itu sesuai , Fakhrul memadamkan lampu dan baring di sebelah Hana Aishah.

Wajah polos Hana Aishah ditenungnya. Walaupun dia geram dengan sikap Hana Aishah , malam ini dia pasti keputusan yang dia buat tidak salah.

“You’re gonna be a wonderful mother to our kids. I can see that our kids interest will always comes before your own” Fakhrul berbisik ke telinga isterinya yang sedang tidur itu sambil dia mengusap kawasan abdomen isterinya.

Kawasan dimana rahim isterinya terletak. Rahim di mana anak - anak mereka akan berlindung selama sembilan bulan.

Apabila melihat keputusan ujian kehamilan tadi , hatinya kecewa. Harapannya sekiranya Hana Aishah berjaya mengandung , wanita itu dapat diikat bersamanya sampai bila - bila.

“I’ll win you back. You’re mine until eternal life” bibir Hana Aishah yang terbuka sedikit itu dikucupnya sebelum pinggang isterinya dirangkul erat.



======================
Words Library :

ROM - range of motion - pergerakan di sendi

Volteran - ubat tahan sakit
ATT - ubat kancing gigi
Normally after accident we will be give Volteran and ATT shot (provided tak allergic to this medication lah)

UPT - urine pregnancy test

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience