Chapter 70

Romance Completed 625664

Hana Aishah sedang duduk di bilik penyusuan di NICU. Mukanya berkerut - kerut menahan perit saat mulut breast pump itu menyedut susunya keluar. Pedihnya tidak dapat dia bayangkan tetapi membayangkan kata - kata Celinda sebentar tadi dia gagahkan jua dirinya.

“He’s making a good progress. We’ve wean him down to cpap since yesterday. ABG looks good so I think we can start his feeding tomorrow. So I want you to pump ok Hana” air matanya mengalir saat mendengar kata - kata konsultan neonatal itu.

Apabila Adam melelapkan matanya terus Hana Aishah bergegas ke farmasi di bawah untuk membeli breastpump. Barang - barang keperluannya dan Adam kebanyakannya masih berada di Kelantan. Oleh itu dia perlu membeli semula keperluannya dan Adam.

“Ya Allah. Ease it please” Hana Aishah berdoa apabila hanya beberapa titik sahaja susunya terkumpul walaupun sudah hampir sepuluh minit di mengepam. Hana Aishah tetap memaksa dirinya untuk berfikiran positif tetapi semakin lama dia mengepam semakin kecewa dia rasai.

“Ya Allah. Please. Aku sorang . Tolong aku untuk tolong amanah Engkau” air mata Hana Aishah mengalir laju.

Tubuhnya penat tidak terkata kerana perlu melalui pantangnya seorang diri tanpa bantuan sesiapa ditambah pula anaknya yang masih di NICU benar - benar menguji mentalnya saat itu. Dia cuba untuk kuat tetapi saat itu hatinya kalah. Dia mahu melelapkan mata untuk selamanya. Segalanya terlalu berat untuk dia lalui.


**********************************


“I’m not going to take care of her. Alif jangan pandai - pandai” Hana Aishah yang baru keluar daripada pintu biliknya di tingkat atas itu terus menghentikan langkahnya saat suara ibunya yang kedengaran berang itu menjengah telinganya.

“Mak. What are you talking about? Kak Dik tengah pantang kan. Mak nak suruh siapa jaga? Baby dah lah warded” Alif Haziq bertanya terkejut.

“Pandai mengandung anak haram pandailah jaga” air mata Hana Aishah mengalir lebat saat kata - kata itu meluncur di bibir ibunya.

“Astaghfirullahal Azim. Mak cakap apa ni? How could you?” suara kecewa Alif Haziq kedengaran. Hana Aishah sudah tersandar di dinding di anak tangga paling atas rumah ibu bapanya itu.

“Laki dia dah tak nak , sekarang nak menyusahkan aku dengan bapak dia dekat sini. Dah besar panjang , dah reti berzina kan. Pandai - pandailah hidup dengan hasil perbuatan dia. Aku tak nak simpan perempuan kotor macam tu dalam rumah aku” Hana Aishah menutup mulutnya saat esakannya bertambah kuat. Dia tidak mahu mereka mendengarnya.

“Basirah” suara Kapten Azam menegur isterinya.

“Awak lah ni. Manjakan sangat kan. Anak perempuan kesayangan awak. Pergilah tatang” Teacher Basirah memerli suaminya pedas.

“Dah busuk anak sayalah. Kalau baik semua anak awak. Kita tak tau pun betul ke tak adik buat” Kapten Azam mula meninggi suara. Hana Aishah melangkah masuk ke dalam bilik tidak mampu mendengar hinaan yang dilemparkan terhadapnya.

Tangannya laju memasukkan beberapa barangan penting ke dalam begnya. Tidak sampai 10 minit dia sudah meniti menuruni tangga dengan berhati - hati. Pedih di tempat pembedahannya tidak di endahkan.

Saat kakinya sampai di ruang tamu rumah itu , ahli keluarganya sedang duduk berkumpul. Hana Aishah memegang perutnya menahan denyutan yang semakin berganda dalam setiap saat yang berlalu.

“Kak Dik nak pegi mana?” wajah Alif Haziq yang kerisauan itu dipandang Hana Aishah dengan senyuman yang hambar. Beg kain yang dipegangnya itu di letakkan di atas sofa di ruang tamu itu.

Satu per satu wajah mereka ditatapnya. Wajah Hana Azuwa memandangnya sayu sambil memangku anak bongsunya yang sudah terlelap. Hana Aqilah yang sedang mengendong anaknya memandangnya dengan senyuman kemenangan.

“Adik .... Ermm ... oh god. Its so hard” Hana Aishah mengesat air matanya yang hampir gugur itu.

Nafasnya ditarik dalam sambil dia memejamkan matanya. Dia mengumpul segala keluatan yang masih bersisa. Selepas beberapa saat matanya dibuka. Renungannya jatuh pada Teacher Basirah yang sedang duduk di sebelah Wazir itu. Wajah tua itu sudah tidak mahu memandangnya.

Wanita yang sentiasa risau akan dirinya semenjak dari kecil sehinggalah saat dirinya difitnah. Saat itu hilang terus segala sayang segala kerisauan. Yang tinggal hanyalah benci dan kekecewaan. Benci sehingga lansung tidak menjenguknya di wad.

Dia masih ingat saat dia membuka matanya di ICU wajah yang di lihat saat itu hanyalah wajah Alif Haziq dan Hariz. Matanya meliar mencari - cari wajah ibunya. Begitulah keadaannya sehinggalah dia pulang.

Hana Azuwa datang melawatnya sekali sahaja pada hari dia dipindahkan ke wad manakala yang lain hanyalah bapa mertuanya , abang iparnya Fakhih dan Alif Haziq yang sentiasa melawatnya setiap hari.

Setiap kali matahari terbit di ufuk timur dia bangun dengan harapan ibunya akan datang melawat dan setiap kali itulah dia akan tertidur dalam kekecewaan saat matahari terbenam di ufuk barat.

Menguruskan dirinya sendiri tanpa bantuan sesiapa dalam keadaan dirinya yang baru lepas pembedahan amat sukar tetapi dia gagahkan jua dirinya. Demi anaknya yang sedang bertarung nyawa dia telan segala perit dan sakit dia rasai.

Hana Aishah dapat mendengar suara hatinya tertawa mengejeknya saat teringat suaminya. Lelaki yang hanya datang pada saat dia membukakan matanya selepas koma dia ICU. Kemudian batang hidung pun tidak nampak.

Ditebalkan mukanya saat rakan sekerjanya bertanya tentang keberadaan suaminya. Awalnya dia memberi alasan cuba berselindung. Mahu menjaga aib suaminya , aib rumah tangganya.

Dia cuba untuk menunjukkan bahawa rumah tangganya masih utuh tetapi dalam setiap hari yang berlalu Hana Aishah sudah penat mahu memberi alasan. Lama kelamaan setiap pertanyaan di balas dengan kebisuan.

“Laki dia tak datang. Dia sorang je. Kesian aku tengok. Jantan ni memang , habis madu sepah di buang. Nak pulak laki kaya macam tu. Mesti dah ada calon baru” awalnya dia sakit menanggung malu kerana sikap suaminya yang terang - terangan mahu menunjukkan ke satu dunia keberantakan rumah tangga mereka tetapi lama kelamaan suara - suara sumbang itu sudah tidak terkesan di hatinya.

Kaki Hana Aishah melangkah perlahan menuju ke arah ibunya. Perlahan - lahan dia bersimpuh di hadapan wanita itu. Mukanya berkerut menahan perit di bahagian luka jahitannya. Dia menarik nafas dalam.

Tangannya meraih tangan ibunya sedang yang digenggam erat di atas paha yang selalu menjadi tempat dia berbaring mencari kekuatan. Tetapi dalam sekelip mata tangan tua itu direntap kasar. Hana Aishah tidak terkejut pun dengan reaksi ibunya itu.

“Pegang pun tak boleh dah” Hana Aishah tertawa hambar.

Lateef yang memerhatikan tindakan mertuanya itu terkejut. Dia tidak pernah menyangka sebegitu sekali reaksi Teacher Basirah yang lembut itu. Sekarang dia faham mengapa Hana Aishah menyembunyikan rahsia mereka suami isterinya. Memang Hana Aqilah akan dibuang keluarga kalau mereka tahu yang dia dan Hana Aqilah bersekedudukan sebelum bernikah.

“Adik mintak maaf sebab kecewakan mak. Adik janji adik tak akan lukakan hati mak abah. Tak akan kecewakan mak abah. But I guess I did” Hana Aishah memandang wajah tua yang dia rindui itu. Lama Hana Aishah perhati wajah itu.

“I’m gonna miss you so much” air mata Hana Aishah mengalir laju. Nafasnya tersekat - sekat. Wazir yang melihat adik iparnya sampai perlu melutut itu terus bangkit pergi. Dia tidak betah melihat wanita yang dia pasti tidak berdosa itu dihakimi sebegitu.

“Abang” Hana Azuwa terkejut melihat suaminya yang berlalu pergi sebegitu sahaja itu.

“Adik janji ... janji ... adik tak “ mulutnya berat hendak melafaz tetapi melihat kebencian di wajah tua itu Hana Aishah tidak mempunyai pilihan lain.

“Adik tak akan tunjuk muka adik depan mak dah. Adik tak nak sakitkan hati mak. I’m causing more harm to this family than good by being here” Hana Aishah menghela nafas panjang melegakan bebanan di dadanya.

Dia memandang kaki ibunya lama. Tangan Hana Aishah teragak - agak mahu memegang kaki ibunya. Lama dia berkira - kira tetapi akhirnya dia kalah. Sejuk kaki itu dipegangnya.

“Halalkan semua yang mak dah bagi dekat adik. Dari adik dalam perut mak sampai adik meninggal nanti. Thank you for everything that you’ve done. Adik tak mampu nak balas satu pun pengorbanan mak untuk adik” air mata Hana Aishah sudah menitik ke kaki ibunya.

“Mak tak salah. Adik yang salah. Adik yang berdosa. Adik jahat. I don’t deserve to be your daughter” esakan Hana Aishah semakin kuat tetapi hati Teacher Basirah sekeras batu saat itu. Kakinya yang sudah basah dengan air mata anaknya itu tidak mampu mencairkan kekecewaan di dalam hatinya.

Lama Hana Aishah berteleku sambil memegang kaki ibunya. Mengharapkan sedikit simpati ibunya. Mengharapkan ibunya menahannya daripada pergi. Tetapi saat berlalu dan tubuh tua itu kaku. Hana Aishah tahu dia tidak boleh berharap lagi.

“Mak. What’s wrong with you? Apa yang dah rasuk mak ni?” suara Alif Haziq meninggi saat melihat kakaknya bangkit dengan bersusah payah. Ketakutannya bertambah kuat saat tubuh kakaknya melangkah menuju ke arah bagasi yang diletakkan di atas sofa sebentar tadi.

“Abah. Stop her” Alif Haziq meminta daripada bapanya yang hanya terduduk dengan pandangan yang dihalakan ke karpet rumah itu. Masing - masing diam membisu. Alif Haziq melihat kakak yang sudah melangkah ke pintu rumah tanpa seorang pun ahli keluarganya menghalang. Kepalanya digelengkan kecewa.

“Fine. Alif ikut Kak Dik. If you both dont want Kak Dik then I’ll be with Kak Dik” Alif Haziq terus menuju ke arah kakaknya. Bagasi Hana Aishah diambilnya. Tetapi saat dia melihat wajah Hana Aishah dia tahu bait yang akan keluar seterusnya. Bait sama yang Hana Aishah ungkapkan malam raya tempoh hari.

“Baby kena stay dengan mak and abah. Kak Dik cannot take care of them. So Kak Dik nak Alif jaga mak abah. Kalau Alif sayang Kak Dik , Alif akan dengar cakap Kak Dik” malam itu , sebelum sempat dia menghidupkan enjin keretanya , Hana Aishah sudah memanggil. Dia tahu pasti salah seorang ahli keluarga mereka sudah memberitahu Hana Aishah tentang pertengkaran mereka.

“No. Kak Dik alone. They have each other. You have nobody. So Alif kena stay dengan Kak Dik. Alif cannot kalau Kak Dik tak ada” suara Alif Haziq merayu sayu. Air mata Hana Aishah semakin lebat. Erat dia memeluk adik lelakinya itu.

“Alif sayang Kak Dik kan” Hana Aishah berbisik di telinga Alif Haziq. Kepala Alif Haziq mengangguk laju. Air mata lelakinya gugur jua saat mendengar kata - kata kakaknya yang seterusnya itu.

“Kalau sayang Kak Dik, jaga mak abah untuk Kak Dik. Akak dah tak layak untuk berdamping dengan mak abah semulia mereka” Hana Aishah mengucup pipi Alif Haziq berkali - kali sebelum kakinya melangkah keluar.

Sakitnya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Hari ini adalah hari yang dia amat nantikan. Hari ini dia kembali daripada hospital mengharapkan kekuatan daripada keluarganya tetapi sungguh dia tidak menyangka , hari yang dia nantikan ini adalah hari dimana dia kehilangan tulang belakangnya untuk selama - lamanya.

******************************


“Assalamualaikum cinta” Hana Aishah mengusap pipi anaknya lembut. Suam badan anaknya itu dirasainya. Dan seperti semenjak kali pertama mereka bertemu , sepasang anak mata itu akan sentiasa memandangnya saat dia bersuara.

“Umi try pump tadi , tapi susu Umi tak banyak. Umi sedih” Hana Aishah mengadu kepada anaknya. Air matanya bergenang. Adam memandangnya tidak berkedip.

“Umi nak bagi Adam kuat. Umi nak bagi susu Umi but its so hard” terketar - ketar suara Hana Aishah menahan sebak.

“Adam stay strong for Umi ok. I won’t give up. Umi akan pump sampai susu Umi keluar. Ok?” tiba - tiba sepasang bibir kecil itu tersenyum. Pecah terus tawa gembira Hana Aishah saat itu.

“Cheeky nya baby boy Umi ni like your Baba” saat kata - kata itu meluncur di bibirnya satu keluhan berat Hana Aishah lepaskan.

Hari dia keluar daripada rumah ibu bapanya , Hana Aishah tidak tahu mahu ke mana. Mahu kembali ke rumah suaminya tetapi sehingga saat dia keluar hospital lelaki itu lansung tidak menjenguknya. Di mana lelaki itu berada pun dia tidak tahu. Telefonnya hilang sewaktu kemalangan hari itu menyukarkan lagi keadaan.

Akhirnya Hana Aishah menumpang di rumah ibu bapa Sakinah. Sudah masuk 5 hari dia berada di rumah keluarga sahabat baiknya. Walaupun mereka baik terhadapnya tetapi Hana Aishah kena tahu batas juga.

“Umi nak pergi mana ni Adam?” Hana Aishah bertanya polos. Kesunyian semakin mengasak jiwanya terutama sekali apabila dia tidak berada bersama dengan Adam.

Mengingati hari pertama dia bertemu dengan Adam , senyuman lebar terukir di bibirnya. Sampai bergaduh dia dengan doktor dan jururawat di wad bersalin itu.

Hampir kesemua staf masih mengenali Hana Aishah dan apabila dia bertegas untuk melawat anaknya pada hari pertama dia dipindahkan daripada ICU ke wad bersalin biasa , mereka membantah keras kerana bimbang dengan keadaan Hana Aishah yang masih lemah.

Tetapi melihat tangisan Hana Aishah yang masih belum menemui anaknya yang sudah berusia 8 hari itu , akhirnya dia dibawa dengan bantuan kerusi roda. Air matanya gugur seperti air terjun saat pertama kali dia melihat zuriatnya itu.

“Cinta hati Umi. Adam tak boleh tinggalkan Umi ok. Umi sorang - sorang dekat sini. Umi got Adam only” itulah kata - kata yang dia akan bisikkan setiap kali dia melawat anaknya.

Rutin Hana Aishah sekarang hari ini daripada pagi sehinggalah ke jam sepuluh malam dia akan bertapa di NICU. Di mindanya hanyalah memikirkan Adam sahaja. Makan pakainya sudah tidak diendahkan. Seawal subuh Hana Aishah akan bangkit untuk mengikut Sakinah yang sudi menghantarnya ke hospital sebelum sahabat baiknya itu ke tempat kerja.

“Adam balik jom. Teman Umi. Umi lonely lah sayang. Normally you’re always attach to me” Hana Aishah bermain dengan jari runcing anaknya.

Sungguh Tuhan itu Maha Besar. Tidak perlu ujian DNA pun untuk membuktikan siapakah bapa Adam. Rupa anak kecil yang di fitnah itu salin tak tumpah seperti bapanya. Anak kecil yang tidak berdosa itu menjadi bukti kesucian ibunya.

“Umi tak nak tinggal Adam but , Umi nak Adam sihat. So Adam stay strong ok. Umi will come tomorrow morning as usual” hari itu hati Hana Aishah berat mahu meninggalkan anaknya.

“Kina. Aku balik KD hari ini” saat kata - kata itu meluncur di bibirnya pagi tadi sewaktu Sakinah menghantarnya , wanita itu membantah keras.

“No. Kali ini aku tak akan bagi kau balik sana. Sekali cukup Cha. I let you went back that night. I let him almost kill both of you. So no” Hana Aishah tersenyum hambar. Itulah Sakinah. Sahabatnya dunia akhirat.

“Aku...” belum sempat dia menghabiskan ayatnya , Sakinah lebih laju memotong.

“Dont start with me Cha. Aku tunggu masa je nak belasah jantan tu. Time nak kau tak ingat dunia nak kawin jugak. Sekarang suka hati je nak tinggal. Eeee. Dia tak kenal lagi Sakinah ni siapa” buat pertama kalinya tawanya terburai. Sampai sakit luka jahitannya kerana tertawa.

“Cha!” Sakinah memasamkan mukanya. Tetapi saat melihat tawa rakannya yang muram semenjak dua ini dia ikut ketawa.

“Sorry sayang” Hana Aishah memeluk lengan Sakinah sewaktu mereka berhenti di lampu isyarat.

“Aku sayang kau Kina. Dunia akhirat. When even my own family disown me , you stood by me” air mata Hana Aishah bergenang sambil meluahkan rasanya. Sakinah mengeluh berat. Dia merenung Hana Aishah yang berjubah dan tudung sarung berwarna hitam itu.

“Aku tak nak paksa kau but whatever happen aku tahu kau tak salah. Aku tahu ChaCha aku tak akan buat anything that will hurt others. That’s just your nature” air mata Hana Aishah mengalir dengan lebatnya.

“Kau kena kuat. For Adam. And I’ll be here for you. You remember our promise kan” Hana Aishah tersenyum pendek.

“In it till Jannah” mereka sama - sama melafazkan janji yang mereka meterai suatu masa dahulu.

******************************

“Na” Hana Aishah tersedar daripada lamunannya dan mencari punca suara yang menegurnya. Terus lebar senyuman di bibir nipis Hana Aishah terukir. Laju kaki pemilik suara itu mendekati Hana Aishah yang sedang duduk di beranda hospital.

“Man” suara serak Hana Aishah memanggil mesra.

“Ni mesti nangis lagi. Ish Umi Adam ni” Aiman yang melabuhkan punggung di sebelah Hana Aishah itu memasamkan mukanya apabila melihat muka sembap Hana Aishah.

“Mana ada lah. Allergic je ni, tu selesema” Hana Aishah berdalih.

“You can lie to anyone but not me” Aiman merenung Hana Aishah tajam. Wanita itu hanya mampu tersenyum hambar. Pandangannya dilarikan memandang ke arah awan gelap.

“How are you holding up?” Hana Aishah tersenyum pahit mendengar pertanyaan Aiman.

“Ok kot” sepatah Hana Aishah menjawab. Aiman merenung wajah cengkung Hana Aishah.

Dia masih ingat saat dia diberitahu Hana Aishah telah sedar , terus dia tinggalkan tugasannya untuk bertemu wanita itu. Saat sepasang mata coklat itu merenungnya , segala semangatnya kembali pulih.

“Jom aku hantar kau balik” itulah rutin Aiman. Setiap hari tanpa henti menghantar wanita itu pulang. Selalu kerjanya akan habis jam 5 tetapi selepas itu dia akan menemani Hana Aishah di ICU.

Kalau bukan kerana Aiman , Hana Aishah tidak ingat sudah untuk mengisi perutnya. Tanpa jemu lelaki itu membawa sarapan , makan tengah hari dan makan malam untuk Hana Aishah.

“Tak apa Man. Malam ni aku nak balik KD” Aiman terdiam saat mendengar hajat Hana Aishah. Masing - masing terdiam tanpa bicara.

“Na. Aku rasa tak sedap hati kau nak balik sana” Hana Aishah hanya tersenyum hambar mendengar kerisauan Aiman.

“I need to settle this once and for all. For Adam” Aiman tertawa sinis.

“Kina told me to convince you not to go back” Hana Aishah sudah mengagak sahabat baiknya itu.

“Dia suami aku. Dia Baba Adam. He still is eventhough.... eventhough...” Hana Aishah kehilangan kata - kata. Tumpah simpati Aiman melihat keadaan sahabat baiknya itu.

“Eventhough he neglected both of you. Eventhough he doesn’t accompany his wife who just gave birth or his prem son who is fighting for his life since the day he was born” Aiman tidak mahu melukai Hana Aishah tetapi itulah hakikatnya. Dia mahu Hana Aishah sedar.

“You’re worth more than this. You are the most precious human being next to my mom Na. Hati kau mulia. Kau tak patut untuk terima dugaan sebesar ni” Aiman merenung Hana Aishah dalam.

“I’ll take care of you and Adam” itulah kata - kata Aiman semenjak Hana Aishah sedar daripada koma. Dan seperti selalu , Hana Aishah terdiam membisu.

“Why did I listen to him. Ignoring you” malam itu lancar mulut Hana Aishah meluahkan rasa hati yang terpendam. Aiman diam setia mendengar.

“After all the sacrifices I made I’m still not of worthy his trust. I’m still an outsider in his life” terketar - ketar bibir Hana Aishah berbicara.

“Sesaat pun dia tak bagi aku the benefit of doubt. Sesaat pun dia tak fikir about the love that I have for him. All the beautiful memories that we created. That beautiful soul that he wanted so much .... he just throws us away because ... because of those pictures” Aiman dapat melihat keperitan di sebalik wajah itu.

“Simply just like that Man. Apa dosa anak aku Man? Kena fitnah sampai macam itu sekali. Aku tak pernah mintak kawin dengan dia. I told him so many times we’re not meant for each other. I didn’t want to marry him Man. I didn’t want him” esakan Hana Aishah semakin kuat. Aiman memegang tangan Hana Aishah yang digenggam di atas riba wanita itu.

“Na. I dont know what actually happen but you don’t deserve this much pain” sampai saat itu Hana Aishah tidak memberitahu kepada Aiman apa sebenarnya yang terjadi. Lama mereka duduk begitu. Esakan Hana Aishah perlahan - lahan berhenti. Hana Aishah menarik tangannya daripada pegangan Aiman.

“I need to make a decision Man. Dulu aku seorang but now Adam need me. He need me to be strong. I have another life depending on me” Aiman melihat keazaman di sebalik mata itu. Sepasang mata yang penuh dengan duka.

“I’m with you” Hana Aishah menggelengkan kepalanya lemah saat mendengar janji Aiman.

“No Man” Hana Aishah merenung Aiman dengan senyuman hambar.

“I need to do this on my own” Aiman awalnya teragak - agak tetapi dia kenal Hana Aishah. Dan melihat keazaman di sebalik anak mata coklat itu dia tahu wanita itu sudah nekad. Dia hanya mampu berdoa.

“Just remember this. I will always be here for both of you” Hana Aishah menghelakan nafas berat.

Dia sudah penat mahu bergantung harap. Beberapa hari ini dia belajar satu pengajaran yang sangat penting. Bergantunglah pada Tuhan kerana hanya dia yang mampu menolong di kala satu dunia menghukum.

**********************************


“Baru tahu jalan balik rumah” sang suami menyambut dengan perlian saat kaki Hana Aishah menapak ke dalam rumah banglo itu.

Fakhrul memandang ke arah isterinya. Sudah sepuluh hari mereka tidak bersua muka. Kali terakhir dia melihat wanita itu sewaktu Hana Aishah baru sedar daripada komanya. Waktu itu isterinya yang masih mamai itu tidak mengecam sesiapa pun.

Muka pucat yang sama , bibir kering dengan rekahan yang sama , bezanya cuma isterinya kelihatan sangat kurus berbanding sepuluh hari lepas. Sewaktu dia melihat Hana Aishah di ICU wanita itu masih bengkak akibat daripada kemalangan dan bersalin tetapi sekarang, badan wanita itu kelihatan kurus kering.

Dia melihat reaksi tenang Hana Aishah. Tiada perasaan takut , gementar , kesakitan mahupun marah disebalik anak mata coklat itu. Fakhrul dapat merasakan getaran di hatinya saat isterinya yang berjalan perlahan sambil memegang bahagian abdomen yang sudah mengempis itu.

Dia menghitung hari menanti saat wanita itu kembali ke dalam pangkuannya seperti sebelum ini. Tidak kira bagaimana teruk sekalipun layanan dia terhadap Hana Aishah wanita itu akan tetap kembali.

Sepuluh hari yang menyeksakan tetapi dia tidak mahu tunduk kepada wanita bernama Hana Aishah lagi. Cukup sekali wanita itu mencarik cintanya.

Fakhrul meneruskan perjalanannya menuju ke ruang tamu rumah mereka. Tidak mengendahkan isterinya yang baru lepas bersalin itu. Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi rumah banglo itu. Matanya memandang ke arah dinding rumahnya yang dihiasi beberapa gambar bercorak geometri itu.

“Allah” Fakhrul yang sedang asyik merenung gambar perkahwinan mereka itu tersedar apabila terdengar suara isterinya menahan keperitan. Dia mematikan segera segala rasa simpati yang tumpah saat suara yang dirinduinya itu mengeluh kesakitan.

Lama mereka berkenaan sebegitu. Bisu seribu bahasa. Masing - masing hilang dalam kekusutan jiwa. Detik berlalu , debaran di dada sepasang suami isteri itu menggunung. Buntu memikirkan hala tuju rumah tangga mereka.

“Sihat?” Hana Aishah memulakan bicara.

“Tak mati lagi kalau itu yang kau nak” Hana Aishah tertawa hambar mendengar kekasaran bahasa suaminya.

“You’ll never change” hati Fakhrul panas saat mendengar isterinya yang sudah pandai menjawab itu.

“Lepas jumpa buah hati terus berani melawan aku. Kenapa , dah ada plan nak lari tinggalkan aku ke?” Hana Aishah menggelengkan kepalanya kecewa mendengar tuduhan suaminya.

“Aishah dah tak kisah. Kalau itu secebis kasih sayang yang Aishah and Adam boleh harapkan then I’ll hold on to it. You can’t take everyone away from me” suara Hana Aishah yang penuh keyakinan itu menaikkan lagi amarah yang mula menyala di dalam hati Fakhrul.

Kaki Fakhrul melangkah mendekati Hana Aishah. Kalau dahulu Hana Aishah gementar malam itu dia sudah tidak kisah. Apa nak jadi pun jadilah. Dia perlukan kata putus. Matanya merenung kata Fakhrul yang sedang berdiri di hadapannya itu. Tenang dia merenung suaminya yang sudah menyinga itu.

“You think you’ll get away from me. You think I’ll let you go simply just like that. After all the pain you’ve caused me” suara Fakhrul naik seoktah. Hana Aishah tersenyum kepahitan.

“Awak yang sakit? I was the one who’s being beaten but you’re the one who’s in pain? I was the one who’s being slander and disown by my own family but you’re the one in pain? MasyaAllah. Allahhu Akbar. What a funny world we’re living in isn’t it” Hana Aishah tertawa sendiri.

“Jangan buat aku naik angin Hana Aishah. Aku ....” suara Fakhrul yang memberi amaran itu dipotong Hana Aishah.

“Kenapa , awak nak pukul saya lagi? Pukullah Tengku Fakhrul. Awak pukul saya sepanjang saya mengandung Tengku Fakhrul, setakat lepas pantang ni apalah sangat kan” Hana Aishah memerli. Hati benar - benar tawar.

“Kurang ajar punya perempuan” dan sepantas itu tangan itu sekali lagi naik. Air mata Hana Aishah sudah kering mahu mengalir untuk lelaki itu.

Ditenung wajah suaminya dengan tenang walaupun pipi kanannya sudah mula berdenyut. Hadiah pertama untuk seorang isteri yang baru pulang selepas bertarung nyawa melahirkan seorang zuriat untuknya.

“I have a soul that is depending on me. If its just me I don’t care anymore. But when it comes to Adam everything change” Hana Aishah tersenyum pahit. Cuba mengumpul kekuatan untuk meneruskan bicaranya. Wajah Fakhrul bertukar pucat saat kata - kata seterusnya meniti bibir isterinya.

“Awak ceraikan saya cara baik. Saya tak nak sampai terpaksa bukak aib rumah tangga kita dekat mahkamah” Fakhrul menggelengkan kepalanya laju.

“No. Kau dengar tak” Fakhrul menengking sambil menggenggam sanggul Hana Aishah yang diliputi tudung sarung berwarna hitam.

“You cannot leave me! Kau dengar tak ni Hana Aishah!” Hana Aishah mengerutkan wajahnya saat kepalanya digoncang Fakhrul yang sudah naik angin itu. Dia memang sudah mengagak reaksi suaminya tetapi kali ini Hana Aishah nekad.

“I won’t raised up Adam in this kind of house hold. Aishah boleh jaga Adam sendiri. Adam won’t be hurt like how I’m being hurt right now” Hana Aishah menangis teresak - esak. Fakhrul terus melepaskan genggamannya.

“You promised me. You told me you wont leave me” suara Fakhrul kedengaran panik melihat betapa nekadnya isterinya.

“Aishah mintak maaf. Now I have a different priority. Its not about my happiness anymore. Its about Adam. Abang cari bahagia abang. Aishah bukan bahagia yang abang cari” Hana Aishah merenung mata Fakhrul. Saat itu perasaan derita jelas kelihatan disebalik kedua - dua pasang mata itu.

“No. You cannot leave me. You can’t. You wouldn’t. You...” Hana Aishah melihat pilu suaminya yang sedang menggelengkan kepalanya tidak mahu menerima takdir mereka.

“I’m so sorry. I’m sorry” berkali - kali kata itu diungkapkan Hana Aishah.

Dia tersangkut di tengah - tengah. Dia tahu meninggalkan Fakhrul adalah keputusan yang terbaik untuk Adam tetapi dia juga sedar akibatnya terhadap lelaki itu.

Hari ini , hari ulang tahun pertama perkahwinan mereka. Kalau setahun yang lepas dialah manusia yang dengan mudahnya mampu melepaskan lelaki itu. Setahun yang lepas kedegilan Hana Aishah dan egonya akan menang. Setahun yang lepas tanpa ragu dia mahu menidakkan cintanya kepada lelaki yang sentiasa mendatangkan derita di dalam hidupnya.

Tetapi hari ini , setelah melalui susur galur kehidupan bernama seorang lelaki bernama Fakhrul bukan semudah itu dia mahu melangkah pergi. Perginya Hana Aishah daripada hidup Fakhrul , Fakhrul akan menjadi lebih teruk daripada sebelum ini.

“He is an angry child who turn into an angry man” kata - kata bapa mertuanya satu masa dahulu kembali bermain di mindanya.

“Hana mintak maaf papa. Hana tak mampu nak bahagiakan anak papa. Hana tak mampu nak selamatkan anak papa. Hana kena selamatkan anak Hana” hati Hana Aishah berbisik pilu melihat kesakitan yang terpampang di wajah suaminya yang sudah terduduk di sofa di hadapannya.


*********************************


“Aishah nak pergi honeymoon” Hana Aishah merenung suaminya.

“Why suddenly?” Fakhrul merenung isterinya yang sedang membaringkan kepalanya di atas dada Fakhrul yang tidak berbaju itu. Tangannya bermain - main di atas bahu isterinya yang terdedah itu.

“We never get to go for a proper honeymoon. Aishah teringin” Hana Aishah memandang suaminya romantis sebelum mengucup dada bidang suaminya.

“Pandanlah bukan main menggoda abang today sampai tak menyempat abang nak mandi balik kerja. Didn’t even make it to our room. Ada agenda tersembunyi rupanya” Hana Aishah memasamkan mukanya apabila di tuduh begitu.

Terus dia mendudukkan dirinya. Gebar yang melitupi tubuh mereka itu ditarik untuk menyembunyikan tubuhnya yang tiada seurat benang itu.

“Sampai hati abang. Aishah rindu abang and you simply accuse me of trying to seduce you to get something” air mata Hana Aishah sudah bergenang. Tangannya laju cuba mencari baju tidurnya yang sudah hilang disebalik selimut dan bantal yang sudah terbang entah ke mana kerana aksi mereka sebentar tadi.

“Sayang. Abang gurau je. Come back here. Abang tak puas lagi peluk” Fakhrul sempat menarik isterinya ke dalam pelukannya semula. Mulut Hana Aishah masih muncung sedepa. Fakhrul ketawa besar melihat isterinya merajuk.

“Ee bencilah. Let me go” Hana Aishah mencubit lengan suaminya sampai lelaki itu menyeringai kesakitan.

“Ouch. Sayang. Janganlah cubit” Fakhrul mengerutkan mukanya.

“Habis tu tak kan nak senyum abang gelakkan Aishah. Jahat tau. Aishah rindu gila dekat abang. Been 3 night in a row you got called in at night” Hana Aishah mengadu sebak.

Minggu ini suaminya oncall berderet - deret. Lebih malang lagi setiap malam itu suaminya perlu dipanggil masuk kerana kes kecemasan yang memerlukan pakar. Tiga malamlah dia tidur berpelukkan bantal.

“Jangan senyum. Jangan cubit. Gigit je macam tadi” terus merah muka Hana Aishah menahan malu apabila suara suaminya bertukar nada.

“Abang. Eee.. ish “ Hana Aishah sudah kehilangan kata - kata.

“I’m serious ok. Tadi abang balik tak sempat bukak stokin pun dah kena jump. Sayang rindu sangat ke dekat abang” Hana Aishah menganggukkan kepalanya laju. Satu keluhan berat Fakhrul lepaskan.

“Sorry sayang. I miss you too. But you know why I had to leave you right. I won’t leave your side even for a second if its not something emergency” Hana Aishah merenung suaminya lembut.

“Nak buat macam mana dapat suami jonah macam abang. Dari Aishah houseman abang sampai sekarang kalau Abang oncall mesti kes pelik - pelik. Pastu confirm ada op almost every night and kena called you in. Surgeon lain oncall elok je tidur dekat rumah” Hana Aishah mengeluh kecil sengaja mahu mengusik suaminya.

“This lips havent learned a lesson it seems” nada tidak puas hati Fakhrul kedengaran dan sesaat kemudian bibir Fakhrul rakus meneroka bibir isterinya.

“Ouch. Sakitlah. Abang ni suka tau gigit orang” Fakhrul yang sedang mengambil nafas itu tertawa mendengar omelan isterinya.

“Cause you’re so delicious. I want to bite and lick every part of you” Hana Aishah menggelengkan kepalanya mendengar hujah suaminya.

“A’ah. Aishah ni memang aiskrim Baskin Robin pun. Memang patut kena jilat pun” Hana Aishah memerli suaminya.

“Do you know how much love I have for you?” suara suaminya bertukar serius. Hana Aishah merenung lelaki itu. Renungan suaminya menaikkan getaran di dadanya.

“To infinity and beyond?” Hana Aishah tersenyum lebar meneka.

“More than I love myself. And the only thing I love in this life is my own self before you came into the picture” Hana Aishah menelan air liurnya saat mendengar kata - kata ikhlas suaminya.

“Abang. Aishah...” Fakhrul mengucup bibir isterinya menghentikan kata - kata isterinya.

“Don’t ever leave me because if you ever leave me that will be the day that my soul die” Hana Aishah dapat merasakan tubir matanya hangat saat melihat wajah suaminya yang kelihatan gusar itu.

“Aishah sayang abang. You are my nyawa. How can I live this life without my nyawa?” Hana Aishah mengusap pipi suaminya lembut.

“Tapi sayang janji sayang tak akan tinggalkan abang kan. No matter what happen. Promise me?” getaran di sebalik suara Fakhrul itu menggusarkan Hana Aishah.

Hana Aishah mendudukkan dirinya di atas Fakhrul yang sedang berbaring sambil bersandar di kepala katil itu. Dia merenung anak mata suaminya. Tadi sewaktu suaminya masuk ke dalam rumah sekembalinya daripada kerja , terus Hana Aishah meluru ke arah Fakhrul.

Rasa rindunya membuak - buak. Dia sudah tidak kisah jam berapa waktu itu tetapi yang pastinya , dia mahukan belaian lelaki itu. Dia menarik suaminya ke dalam bilik yang terdekat di tingkat bawah sebelum menolak suaminya ke atas katil. Mengingatkan kerakusannya sebentar tadi , Hana Aishah menjadi malu. Tetapi saat itu lelaki itu perlu diyakinkannya.

“You are my life. You are everything that I ever want from the moment i fell in love with you. I know whatever happen in the past hurt you but I want you to trust me. Trust that I wont live you. Trust that my love for you will last until the after life. Trust that we’ll get through your painful childhood. Trust that we’ll create a beautiful memories from this day onward” Fakhrul merenung isterinya yang merenungnya penuh cinta itu.

“Can you do that for me Mr Fakhrul?” Jantungnya berentak irama unik saat melihat senyuman lebar yang mekar di bibir Hana Aishah saat dia menganggukkan kepalanya.

“I love you so much sayang. You’re my life. And now we have more reason to fight for” Fakhrul melurutkan selimut isterinya. Matanya tertacap pada abdomen isterinya yang sudah mula menonjol itu.

“Babah loves you so much. I won’t ever leave you or Umi” air mata yang ditahan Hana Aishah gugur jua saat itu.

Kesakitan yang suaminya rasai sewaktu kanak - kanak itu membentuk peribadi lelaki itu. Mereka yang diluar ini hanya mampu menghakimi tanpa mengetahui hakikat sebenar.

Tuhan hadirkan dia untuk lelaki itu untuk menghadirkan sinar yang sudah lama hilang daripada hidup seorang lelaki bernama Fakhrul.

“Everything that happen in life , every person that you meet , every event that you encounter ... there must be a hikmah behind it. It might hurt you now but there will be a reason why you have to go through it. So put your trust in Him” kata - kata seorang penceramah terkenal daripada Arab Saudi itu sentiasa menjadi penyejuk hatinya sewaktu dia melalui saat - saat sukar menjadi houseman Fakhrul.

“Like how Allah created Eve for Adam that is how you are created for Fakhrul. Kuatkan aku Ya Allah. To erase all his pain. To heal all of those scar. To make way for rainbow to shine his dark days” Hana Aishah berdoa di dalam hatinya.

Bibirnya turun mengucup bibir suaminya. Kucupan yang perlahan dengan harapan lelaki itu dapat merasai betapa dalamnya cinta Hana Aishah untuk Fakhrul.

“I promise you. Every year we will go for our honeymoon. Just the two of us. It will begin from our first wedding anniversary” Hana Aishah tersenyum lebar mendengar janji suaminya.

“I want to travel the world with you. I want to experience the beauty of this earth while holding your hand. I want to show you all the beautiful magical wonders of the world. I want to experience it with the love of my life. But most importantly I want This world to see the person who gave life to this soulless body” Hana Aishah memeluk erat suaminya saat kata - kata itu meluncur di bibir sang suami.

Getaran di sebalik suara yang sentiasa yakin berbicara itu menunjukkan betapa sukar ayat itu diungkapkan Fakhrul. Saat itu dia membuka pintu hatinya untuk Hana Aishah lihat. Egonya ditolak ke tepi.

“Abang. That is so beautiful” Hana Aishah sudah menangis teresak - esak di dalam pelukan suaminya.

“Abang tak boleh hurting macam ni dah. I need my strong man. My confident husband. Our baby strong Baba” inilah yang membuatkan Fakhrul jatuh cinta. Wanita yang mempunyai hati murni. Yang mampu memberi cinta walaupun telah disakiti.

“So Switzerland first?” Hana Aishah merenggangkan pelukan dan merenung suaminya teruja.

“Yes but time tu kan Aishah sarat dah. Boleh lagi fly ke” Hana Aishah memasamkan mukanya. Pecah tawa Fakhrul.

“Then we’ll go earlier or we postpone until habis pantang” Hana Aishah kelihatan sedang berkira - kira saat mendengar pilihan yang diberikan suaminya.

“Aishah tak nak tinggal baby. So before Aishah cannot fly la kita pergi” Hana Aishah mengucup pipi suaminya teruja.

“So back to ...” belum sempat Fakhrul habis bicara Hana Aishah sudah meloncat berdiri di pemaidani.

“I need to calculate my gestation la Abang. Nanti senang nak book flight ticket. OMG excitednya. I’ve always wanted to go to Switzerland. Tapi mahal so always postpone sebab tak cukup duit. Now abang sponsor yang lain Aishah simpan duit nak shopping je. Eee bestnya” Fakhrul hanya mampu tertawa mendengar bebelan isterinya yang sudah menuju ke luar bilik tidur tetamu itu.

“Untunglah dapat bini tak high maintainance Fakhrul” hatinya berbisik. Senang betul menjaga isterinya.

Bukan dia tidak tahu duit nafkah yang dia bagi tidak pernah berusik. Adalah sekali dua isterinya menggunakan itupun untuk membeli keperluan rumah. Kalau untuk keperluan diri isterinya semuanya menggunakan duit gaji isterinya sendiri.

******************************


Mengenangkan masa manisnya bersama Fakhrul hatinya bagai dicarik seribu.

“I’m sorry Abang. Aishah sayang abang tapi Adam need me more” Hana Aishah tidak tahu ke mana suaminya menghilang. Tadi lelaki itu terus memandu pergi meninggalkannya di dalam rumah banglo itu.

Malam itu buat pertama kalinya matanya dengan mudah terlelap. Mungkin kerana dia sudah kembali ke tempat yang sepatutnya berada. Di sisi suaminya. Walaupun hanya untuk seketika , cinta Hana Aishah terhadap Fakhrul akan dibawa hingga dia menutup mata.

“Kau berilah dia bahagia. I couldn’t heal his pain anymore. I lost this battle as his wife but I need to win as Adam’s Umi” Hana Aishah melelapkan matanya mengharapkan malam itu membawa pergi deritanya dan mentari esok membawa sinar baru untuk mereka sekeluarga.

Share this novel

EmaIra
2020-10-10 16:50:19 

updte lg please

EmaIra
2020-10-10 08:09:27 

knp hana jadi prmpuan sagat lemah ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience