Chapter 43

Romance Completed 625623

“Ahhh!” Fakhrul yang baru sahaja kembali daripada membeli barangan runcit melajukan langkah ke arah dapur di mana suara jeritan itu kedengaran.

“Sayang!” Fakhrul terus mendapatkan Hana Aishah yang sudah jatuh terduduk di atas lantai dapur. Plastik beg yang mengandungi bawang dan cili kering itu dicampakkan di atas lantai.

“Ya Allah. Hana Aishah , what did you do?” Fakhrul mengendong Hana Aishah yang memakai seluar legging separa lutut berwarna nude dan T-shirt berlegan pendek yang bertulis Chick itu dan didudukkan di atas kerusi tinggi di bar di sudut hujung dapur itu.

“Ayam tu meletop, pastu Aishah nak lari and then I slip” muka Hana Aishah sudah mengerut menahan sakit. Tangannya sudah menggosok - gosok punggungnya yang sudah berdenyut- denyut itu.

“Siapa yang suruh sayang masak?” mata Fakhrul tajam menjeling isterinya itu. Lantai dapur habis berminyak - minyak dibuatnya. Kawasan island di dapur itu penuh dengan sayur - sayuran dan entah apa benda lagi.

“I just want to cook sup ayam. Aishah tak pernah masuk for you so I ... I thought I wanted to cook for you” air mata Hana Aishah sudah bertakung melihat muka Fakhrul yang bengis itu.

“Aishah mintak maaf for ruining your kitchen. I’ll clean up” air matanya yang mengalir dikesat menggunakan tangannya yang berbau ayam itu.

Ayam yang diperap dengan kunyit tadi sudah terpelangkup di atas lantai marmer yang Hana Aishah pasti mahal melihat pada coraknya.

“Ehh , nak pergi mana tu?” Fakhrul menarik Hana Aishah untuk kembali duduk. Muka isterinya kelihatan sedih kerana dimarahi sebegitu.

“Did you hit your back?” Hana Aishah yang menundukkan wajahnya itu hanya mengangguk lemah.

“Look at me and tell me where did it hurt?” Fakhrul mendongakkan wajah Hana Aishah yang kelihatan makin berisi itu.

“Tak sakit dah. I want to clean the kitchen. I’m sorry” sekali lagi Hana Aishah cuba membangunkan dirinya walaupun punggungnya sedang kesakitan.

“I don’t give a hoot about the kitchen, abang marah sebab you’re so clumsy. Did I ask you to cook for me?” Hana Aishah mengesat kasar air matanya apabila mendengar suara lelaki itu yang tinggi daripada biasa.

“Hana Aishah, abang tanya ni kan?” Fakhrul yang memakai seluar jeans Levis berwarna biru dan berbaju T-shirt Giordano itu berdiri tegak di hadapan isterinya menanti jawapan.

“You tak suruh. I yang nak masak. I know its stupid of me. Aishah tahu la I’m not wife material. I’m trying ok . Damn it!” Hana Aishah merentap lengannya daripada pegangan suaminya.

Fakhrul tersenyum simpul mendengar amukan isterinya yang sudah menyilang tangan di hadapannya. Wajah Hana Aishah kelihatan kecewa memandang ke arah mangkuk berisi ayam yang sudah terpelangkup di atas lantai dapur itu.

“Haih lah sayang abang ni. Tak payah masak , tak payah buat apa-apa pun. I married you because I want a wife not a maid” Fakhrul menarik isterinya ke dalam pelukannya. Kepala Hana Aishah dibaringkan di atas perut suaminya. Air matanya mencurah - curah.

“Don’t cry. I’m sorry for shouting. I got scared hearing your scream. I thought something happen” Fakhrul mendongakkan wajah isterinya yang sedang menangis teresak - esak itu. Tangannya mengelap air mata yang membasahi pipi itu.

“Kenapa sensitif sangat ni. I’m sorry ok” Hana Aishah juga pening dengan dirinya sejak pagi tadi. Emosinya tidak stabil lansung. Nak kata sebab tidak keletihan tidak jugak. Dia banyak berkerja di station yang tidak sibuk semenjak dia berkahwin ini. Mungkin kerana dia pun hampir habis di jabatan paediatrik ini.

“You lah marah I. Aishah tau la Aishah tak reti masak , tak pandai kemas rumah ... tapi .. tapi I’m trying tau” mulut Hana Aishah mencebik sambil dia berbicara di dalam esakannya.

Secara spontan mulut suaminya turun mencumbui mulut Hana Aishah. Terkejut dia dibuatnya. Sudahlah dia berbau seperti ayam mentah. Telapak tangan Hana Aishah menolak dada suaminya. Dia benar - benar tidak selesa di waktu itu.

“Mmm.. you.... mmmm” Hana Aishah cuba berbicara di antara beberapa saat suaminya berhenti untuk mengambil nafas tetapi semakin lama mereka berkeadaan begitu semakin hanyut Hana Aishah.

Tangan Fakhrul merangkul pinggang Hana Aishah sebelum dia mengangkat tubuh isterinya dengan mudah dan didudukkan di atas island itu. Tangan Hana Aishah pula sudah memeluk leher Fakhrul erat.

Suara - suara yang keluar daripada mulut Hana Aishah membuatkan Fakhrul hilang arah. Kaki Hana Aishah sudah merangkul pinggang Fakhrul erat. Tubuh suaminya ditarik rapat apabila mulut yang dia rindui itu turun meneroka lehernya.

Badan Hana Aishah dilengkukkan kebelakang memberi Fakhrul akses maksima kepada leher jinjangnya. Sewaktu tangan suaminya membuka cangkuk baju dalam Hana Aishah , matanya yang dipejam dari tadi terbuka sedikit dan dengan automatiknya dia menolak suaminya kasar.

“Sayang!” suara Fakhrul merengus marah kerana ditolak kasar waktu dia sedang dalam kenikmatan tetapi melihat mata isterinya yang terbuka luas memandang ke arah pintu masuk dapur mereka membuatkan dia ikut pandang sama.

Hana Aqilah yang berseluar jeans tirus dan ber T shirt lengan panjang itu sedang menyandarkan diri di dinding konkrit rumahnya sambil tersenyum mengusik. Gadis yang bertudung sarung indon berwarna hitam itu tersengih hingga menampakkan giginya yang tersusun rapi itu.

“Don’t let me stop you. Go on!” Hana Aishah yang mendengar suara adiknya memerli itu terus terjun daripada island itu dan membetulkan bajunya yang sudah terselak sampai hampir nampak payudaranya.

“Aaa .. apa Achik ni? Next time dont sneak onto people like that ok!” suara Hana Aishah sudah tergagap - gagap sambil tangannya cuba mencangkuk balik tali baju dalamnya yang sudah melorot itu.

“Achik heard you scream that’s why I came down tak tahu pulak it was a scream of pleasure. How did you go again? Mmmm ... ahhhh .... ohhhh god...” muka Hana Aishah sudah merah padam mendengar kata - kata adiknya. Baju dalamnya pula buat hal sekarang.

Fakhrul yang melihat isterinya yang sudah merah seperti tomato itu menyeluk tangannya ke dalam baju Hana Aishah.

“You! Apa ni?” Hana Aishah terkejut dengan perlakuan Fakhrul di hadapan adiknya itu. Dia cuba menepis tangan Fakhrul tetapi tidak berjaya.

“Stay put” mendengar suara suaminya memberi amaran sambil menjeling tajam ke dalam anak matanya. Dengan mudahnya cangkuk baju dalamnya disangkut balik.

“And you !” mata Fakhrul tajam memandang Hana Aqilah. Mati terus senyuman menyindirnya di bibir adik iparnya yang mugil itu.

“Don’t cock block me again next time. Go up to your room” dengan muka tidak berpuas hati , Hana Aqilah menghentakkan kakinya kuat sambil meninggalkan mereka suami isteri.

Mata Fakhrul kembali menusuk ke dalam mata coklat isterinya yang tidak keruan itu. Tangan kirinya memegang erat dagu isterinya. Hana Aishah sudah menelan air liur melihat muka Fakhrul yang tegang itu.

“Aishah .... emm .... mintak maaf” takut - takut suara Hana Aishah memohon maaf.

“Of course you should be!” mata Hana Aishah sudah kembali berair membayangkan dirinya yang akan dimarahi kerana Hana Aqilah yang sudah hampir seminggu menumpang di rumah mereka.

“You want to know why?” muka suaminya yang masih lagi tegang itu membuatkan Hana Aishah kecut perut. Kepalanya dianggukkan sebelum matanya melarikan diri daripada renungan tajam suaminya.

“Nanti Aishah settle kan problem Achik. She won’t be here for a long time. Aishah tahu you don’t like strangers in the house” suaranya sebak.

Dia teringat perbualannya dengan Fakhrul sewaktu perjalanan balik daripada rumah Dato’ Karim. Suaminya sudah memberitahunya dengan terang lagi jelas yang dia tidak suka ada manusia lain selain daripada mereka berdua di dalam rumah itu kecuali anak - anak mereka.

“Wrong! Now I need a cold shower because I’m turned on. Penatlah sayang asyik cold shower je” suara Fakhrul yang kedengaran serius itu membuatkan Hana Aishah terpaksa menghadam sejenak ayat suaminya itu.

“Oh shit! Aishah ingat you nak marah sebab problem Achik tak settle lagi” Hana Aishah secara spontan memeluk suaminya dan mencium pipi kanan lelaki itu sambil tersenyum lebar. Muka Fakhrul pula masih lagi masam.

“My problem is bigger than that sayang. Teman abang mandi jom” mendengar suara sensual suaminya terus Hana Aishah berundur ke belakang. Mukanya kelihatan serba salah. Fakhrul mengeluh perlahan.

“Its ok. I know its my fault. I’m just trying out my luck” Fakhrul mengucup ubun - ubun Hana Aishah. Senyuman pendek diberikan kepada Hana Aishah yang sudah serabut rambutnya itu.

“Sayang tunggu abang mandi kejap. Then we’ll cook together ok ?” Hana Aishah menganggukkan kepalanya sambil memandang ke arah tubuh suaminya yang berlalu pergi itu.

“Kenapa susah sangat kau nak terima dia Hana Aishah? Itu suami kau, dia ada hak. Dan hati kau pun dah mula sayang. Mungkin kalau kau akhirnya langsaikan tanggungjawab kau yang satu itu, kau akan betul - betul pasti dengan perasaan kau terhadap suami engkau Tengku Fakhrul” hati Hana Aishah bergelut di saat itu. Kasihan suaminya itu.

Tidak cukup dengan masalah rumah tangganya sekarang masalah Hana Aqilah pula. Mengenangkan adik perempuan bongsunya itu , Hana Aishah beristighfar panjang. Peristiwa 3 hari lepas masih segar dalam ingatannya. Air matanya bertakung kembali.

********************************

“Its gonna be fine” tangan sejuk Hana Aishah digenggam erat Fakhrul. Muka isterinya yang kerisauan semenjak mereka memulakan perjalanan pagi tadi dipandang sekilas.

Dalam masa 3 jam mereka telah sampai di universiti di mana Hana Aqilah menuntut sekarang. Universiti yang sama Lateef menjadi pensyarah. Dada Hana Aishah terasa seperti mahu tercabut di saat itu.

Gaun kapas labuh berwarna coklat terang itu digumpal keras. Kereta suaminya menyusuri jalan sederhana besar itu sebelum memasuki lorong yang lebih sempit.

Mereka memasuki kawasan perumahan dua tingkat di kawasan berhampiran universiti itu. Tadi Hana Aishah bertanya kepada admin tentang alamat rumah Lateef. Dia tahu dia akan jumpa jawapannya di sana.

Sesampai mereka di hadapan rumah dua tingkat itu , Hana Aishah bertambah gelisah. Kereta Axia berwarna hijau milik Hana Aqilah diparking di sebelah kereta Honda Civic berwarna merah milik Lateef.

Kawasan perumahan itu amat sunyi di waktu itu. Mungkin kerana jam baru menunjukkan pukul 2 tengah hari. Masing - masing masih di tempat kerja memandangkan hari ini adalah hari ahad dan untuk negeri johor , ia adalah hari berkerja.

“I’m scared” terketar - ketar suara Hana Aishah mengadu kepada Fakhrul.

Suaminya mengotakan janjinya. Hari ini , selepas Hana Aishah kembali daripada kerja malam mereka terus bergerak ke Johor.

“Whatever it is you have to face it” Fakhrul menolehkan wajah Hana Aishah yang terpaku melihat pintu pagar rumah teres itu. Anak mata isterinya jelas kelihatan ketakutan.

“We will face it. Ok?” Hana Aishah tidak mengangguk , tidak pula menggeleng. Senyuman manis Fakhrul lemparkan kepadanya. Tangan Hana Aishah kejap memegang lengan Fakhrul.

“Assalamualaikum” setelah lama mereka berada di hadapan pintu rumah itu , Fakhrul memberi salam. Apabila tiada sahutan dia membuka pintu pagar rumah itu yang tidak berkunci. Berat langkah Hana Aishah dia saat itu.

“Maybe if I pretend I didn’t see anything that morning ... maybe if we just blind our eyes and .... and don’t bother ... maybe thats ... thats better?” Hana Aishah menarik lengan Fakhrul daripada mengetuk pintu rumah itu.

Kalaulah dia tidak masuk ke bilik Hana Aqilah pagi itu. Kalaulah dia tidak nampak Hana Aqilah yang sedang berkemban dengan satu tuala pendek sedang membuat panggilan video dengan tunangnya. Kalaulah dia tidak memeriksa telefon Hana Aqilah selepas itu dan menjumpai gambar - gambar dan video - video yang tidak senonoh adiknya dan lelaki itu. Terlalu banyak kalau di saat itu.

“But we’re here and you cannot unseen what you’ve seen” suara lelaki itu tegas Fakhrul berkata. Tangan Fakhrul mengetuk pintu rumah teres itu.

Kawasan perumahan yang terpencil itu kelihatan tidak selamat lansung di mata Fakhrul. Kebanyakan rumah - rumah di situ tiada tahap kekemasan di sekeliling rumah membuatkan Fakhrul membayangkan bertapa tidak bersih keadaan di dalam rumah masing - masing. Dengan rumput yang tinggi tidak di tebas , kenderaan yang terbengkalai.

“Assalamualaikum” sekali lagi Fakhruk mengetuk pintu rumah kayu yang catnya sudah pudar.

“Waalaikumussalam” Hana Aishah dapat mendengar suara Lateef daripada dalam. Mendengar bunyi derapan kaki yang semakin dekat itu , Hana Aishah mahu melarikan dirinya tetapi suaminya memegangnya kejap sekaligus mematikan niatnya yang satu itu.

Hana Aishah tidak tahu mahu memberi reaksi apa melihat muka Lateef yang baru bangun tidur dan hanya memakai boxer tanpa baju itu. Muka lelaki itu kelihatan pucat melihat bakal kakak iparnya itu.

“Kak Dik” Hana Aishah tersenyum hambar mendengar ayat lelaki itu.

“Bang. Jemput masuk” Lateef menyalami tangan Fakhrul sebelum menjemput mereka masuk. Hana Aishah dapat lihat muka cemas Lateef saat itu.

Mereka melangkah masuk ke dalam rumah teres dua tingkat itu. Hana Aishah melihat ke arah kawasan dalam rumah yang bersepah itu. Tangan Lateef laju mengutip baju-baju yang bertempiaran di ruang tamu rumah itu.

“Sorry. Lat tak sempat kemas “ merah muka putih susunya kerana rumahnya yang bersepah itu.

“We came unnoticed also” suara Fakhrul masih selamba manakala hati Hana Aishah meluap - luap melihat baju Hana Aqilah yang dikutip Lateef itu.

“Achik mana?” soalan yang paling Lateef takuti di utarakan kakak iparnya itu. Dia buat - buat sibuk mengemas sofa berwarna biru yang usang itu. Ditepuk - tepuk sofa itu sebelum pusing memandang Hana Aishah yang menjelingnya seperti singa kelaparan.

“Duduk lah dulu kak , abang. Lat nak hantar baju naik atas. So messy” Lateef mengambil baju yang dilonggokkan tadi dan mahu bergegas menaiki tangga.

“No need. Letak je baju tu dekat bawah. Hana Aqilah mana?” suara Hana Aishah yang masih lagi berdiri di tengah ruang tamu itu semakin tinggi.

“Qila. Ish akak ni. Mana Qila ada dekat sini. She’s at her house lah” Hana Aishah dapat mendengar gugupan disebalik jawapan lelaki itu.

“So why does her car is here?” Hana Aishah sudah bercekak pinggang. Fakhrul masih memaut tangan isterinya. Mulutnya diam terkunci melihat Hana Aishah.

“Car .. errrr ... aaaah ... oh yes . Rosak kak. So Lat tolong repairkan” muka gugup lelaki itu , Hana Aishah pandang geram.

“And I guess that singlet of her is here because her washing machine broke down and you need to wash it for her. Is it?” Lateef menelan air liur melihat amukan Hana Aishah.

“Aaaa.... taaak .. I mean “ sebelum sempat Lateef mahu membuat alasan , suara yang paling Hana Aishah takuti untuk dia dengar di dalam rumah itu berkumandang.

“Baby. Who is at the door?” bersama suara itu , derapan kaki kedengaran menuruni tangga konkrit itu. Mata Hana Aishah mencerlung memandang ke arah Hana Aqilah yang hanya bersinglet dan berseluar legging separas lutut itu.

“Hana Aqilah binti Azam!” bergema segenap rumah itu dengan Hana Aishah. Fakhrul tidak pernah nampak isterinya mengamuk tetapi melihat isterinya itu menyedarkan dirinya untuk tidak mencabar wanita yang nampak seperti semut itu. Kecil tetapi sekali disengat memang sakit ya amat.

“Kaaaak dik ....” tergagap - gagap suara Hana Aqilah memandang kakaknya itu.

Sebelum sempat Fakhrul hendak bertindak , Hana Aishah terlebih dahulu meluru ke arah anak tangga rumah itu dan menampar muka Hana Aqilah.

“Kurang ajar punya anak. Kau lansung tak kesian mak abah kan Achik!” air mata Hana Aishah sudah berjujuran. Hana Aishah memegang pipinya sambil teresak - esak di tangga.

Lateef yang mahu masuk campur itu ditahan Tengku Fakhrul. Satu jelingan daripada lelaki itu cukup untuk menghentikan langkah Lateef.

“Achik ... achik mintak maaf” Hana Aqilah memeluk kakaknya tetapi badan kakaknya kaku tanpa balasan. Air mata Hana Aishah sudah seperti air hujan di saat itu.

“Mintak maaf dekat Allah Hana Aqilah. Achik dah tak tahu dosa bersekedudukan ke? Tak tahu dosa berzina ke?” Hana Aqilah sudah meraung di tubuh Hana Aishah.

“Kak Dik please. Abah will kill me” Hana Aqilah sudah ketakutan jika rahsianya pecah. Hana Aishah menolak tubuh Hana Aishah. Apabila adiknya cuba memeluknya dia berundur setapak menjauhi.

“No Achik. You are so wrong. Abah will die if he knows. Mak will die if she knows. Penat mak abah ajar Achik solat. Penat diorang hantar pergi sekolah agama” Hana Aishah mengesat air matanya.

Hana Aishah sudah terduduk di atas kerusi kayu di meja makan yang dipenuhi dengan kotak pizza itu. Lama dia termenung. Fakhrul yang duduk di sofa itu lansung tidak putus daripada memandang Hana Aishah yang diam dalam pemikirannya sendiri.

Lateef yang sudah berbaju singlet itu , mendekati Hana Aishah. Perlahan - lahan dia menarik kerusi sebelum duduk bertentangan dengan bakal kakak iparnya yang masih lagi membisu sejak dari tadi. Hana Aqilah masih lagi menangis di tangga rumah mereka.

“Lat mintak maaf. Ini semua salah Lat. Qila muda lagi, I should’ve been the mature one” perlahan Lateef berbicara.

“I will take full responsibilities on her. Lat tak akan tinggalkan Qila” Hana Aishah hanya tersenyum sinis mendengar bicara lelaki itu. Matanya memandang tajam ke arah lelaki yang berwajah seperti pelakon Hindustan itu.

“I will tell you the exact same thing that I told her last week. You started this relationship will zina , what do you think will happen to your marriage. Do you think it will be a marriage fill with baraqah. Kawin bukan semata - mata sebab tak dapat kawal nafsu” Lateef menundukkan wajahnya memandang pahanya yang berotot - otot dan terdedah itu.

Hana Aishah menggerakkan kakinya ke arah Hana Aqilah. Dia berdiri memandang adiknya yang sudah sembap mukanya itu.

“Pack your bag. You’re coming back with me” mendengar ayat Hana Aishah itu , Hana Aqilah memandang ke arah tunangnya. Lateef memandangnya dengan senyuman yang dibuat seperti dia kuat tetapi hakikatnya dia takut kehilangan gadis yang dia cintai itu.

“Now!” tengkingan Hana Aishah itu cukup untuk menggerakkan kaki Hana Aqilah untuk menaiki tangga. Tidak sampai 10 minit Hana Aqilah sudah menuruni tangga dengan bagasinya.

“Please don’t ruin our relationship. Lat sayang Qila. I want to marry her” Lateef sempat merayu kepada Hana Aishah sewaktu bakal kakak iparnya itu berlalu pergi. Hana Aqilah yang sedang menangis teresak - esak itu sedang duduk di dalam kereta BMW milik Fakhrul.

“You ruined it. You ruined the trust that abah and mak have it on you. They trusted you to take care of her here. They trusted you so much that they even let you handle everything about her in her but ... but you ruined it” mendengar kata - kata Hana Aishah itu , membuatkan Lateef terasa seperti manusia paling jahat di dalam dunia. Dia hanya mampu memandang kereta yang berlalu pergi itu.

Perjalanan pulang itu tiada beza. Hana Aishah masih tetap membisu. Tetapi yang berbezanya kali ini , air mata isteri Fakhrul itu seperti tiada noktahnya. Itu belum lagi dengan esakan Hana Aqilah yang hanya diam membisu.

**********************************

“I’m scared” Hana Aishah yang berkemban dengan tuala itu sedang duduk di kerusi almari mekapnya di biliknya. Hana Aishah mengigit kuku tangannya. Dadanya berdebar - debar.

Fakhrul yang sedang berbaring diatas tilam empuk itu menutup buku yang sedang dibacanya. Matanya melilau melihat ke segenap tubuh Hana Aishah yang hanya dilitupi dengan tuala berwarna merah yang singkat itu.

“Come here” Hana Aishah tersedar daripada lamunannya apabila Fakhrul memanggilnya. Mata Hana Aishah memandang ke arah suaminya yang sudah bersandar di kepala katil kayu yang berukiran unik itu.

Kakinya melangkah laju sebelum Hana Aishah merebahkan badannya di sisi Fakhrul. Tangannya memeluk erat pinggang suaminya sebelum kepalanya dibaringkan di atas dada bidanh Fakhrul.

Dia yang sudah menghafal rentak bunyi degupan jantung Fakhrul itu , melepaskan keluhan kelegaan. Denyutan nadi itu menjadi muzik yang mampu membuatkan hatinya yang gundah menjadi lega dan tidurnya menjadi lena.

“Kenapa lagi ni? I thought you’ve talk to you sister already “ tangan Fakhrul seperti biasa tidak akan duduk diam. Mulalah tangan dia cuba melonggarkan ikatan simpul tuala mandinya itu.

“Yoouuu... Aishah period ni” Fakhrul menepuk kepalanya. 2 hari selepas kejadian di dapur rumah mereka, Hana Aishah yang baru selesai mandi sebelum mereka bersolat itu kelihatan sedang kesakitan.

Isterinya yang memakai gaun tidur kapas separas paha itu sedang mengeringkuk kesakitan sewaktu Fakhrul selesai mandi. Selepas ditanya beberapa kali barulah Hana Aishah memberitahu hal sebenarnya.

“Then don’t be this sexy infront of me” Fakhrul merengus tanda tidak berpuas hati. Hana Aishah hanya tertawa melihat reaksi suaminya itu.

“Aishah pakai tuala buruk ni pun seksi ke?” Fakhrul menarik Hana Aishah terlentang sebelum dia menindih Hana Aishah yang sedang menertawakan dirinya.

“Pandai ye ketawakan abang. You’re asking for it” sebelum sempat Hana Aishah hendak menjawab , tangan dan mulut suaminya berkerja. Hana Aishah sudah terjerit - jerit kegelian.

“Adik! Adik! Apa bising - bising dekat atas itu” tidak lama selepas itu , Kapten Azam sudah melaung daripada bawah. Fakhrul lansung tidak endah dengan hal itu. Kerja belum selesai lagi.

“Tak ada apa abah. Ada lipas!” usaha Hana Aishah untuk menolak badan Fakhrul itu lansung tidak berjaya , malahan suaminya itu semakin galak.

“You! Stop it . Eeee gelilah” Hana Aishah memperlahankan suaranya walaupun kadang - kadang dia terjerit jugak.

“Emm nope” suara Fakhrul yang mengusik itu , dibalas dengan rengusan marah Hana Aishah.

“Aahhh. Yoouuu.... not my breast. Its tender” Fakhrul tidak mengendahkan lansung rayuan isterinya. Hana Aishah sudah menyeringai kesakitan apabila mulut lelaki itu tidak berhenti bermain di dadanya.

“You stop it. Aishah nak turun , tak bincang dengan mak abah lagi ni... ouchh” setelah hampir 10 minit barulah suaminya berhenti. Lelaki itu berbaring kepenatan di sebelah Hana Aishah.

Hana Aishah yang sudah sakit pinggang itu hanya mampu berbaring lelah. Tualanya yang sudah lucut itu ditarik balik sebelum dia berbaring mengiring membelakangi Fakhrul dalam usaha untuk melegakan sakit pinggangnya.

“You dont. Aishah sakit pinggang sangat ni” Hana Aishah mengeluh kecil apabila tangan lelaki itu menjalar ke pinggangnya. Seperti dua malam ini, tangan itu mengurut lembut pinggangnya sebelum tangan suaminya yang suam itu mendarat di perutnya.

“I’m not sorry cause I miss you for this past 2 days but I do am sorry seeing you in pain” muka Hana Aishah sudah berkerut - kerut menahan sakit. Tangan kasar suaminya lembut mengurut sekaligus mengurangkan sakitnya.

Dia dapat merasakan katil itu bergerak - gerak sebelum mendapan di sebelahnya itu hilang. Tidak sampai 5 minit , suaminya kembali dengan minyak angin. Mendapan di sebelah belakang badannya kembali sebelum sepasang tangan suaminya itu sekali lagi mengurut tetapi dengan menggunakan minyak panas.

“Come , lets get you dress and then sayang tidur ok” Hana Aishah hanya terbaring lemah. Peluh - peluh jantan sudah menghiasi dahinya yang kecil itu. Bibirnya yang pucat itu sudah terketar - ketar manahan sakit .

Hana Aishah cuba menahan suaminya daripada memakaikannya baju tetapi terpaksa menahan rasa malu apabila suaminya menjeling tajam.

“Done. Sarung kaki pun abang dah pasang. Now you sleep ok” Hana Aishah memandang lelaki itu yang sedang menyelimutkan dirinya.

“I still need to talk to mak and abah about Achik” Fakhrul yang turut ikut sama masuk ke dalam selimut itu menarik Hana Aishah ke dalam pelukannya. Suhu badan Fakhrul yang tinggi itu membuatkan Hana Aishah melepaskan nafas kelegaan.

“You’re sick Aishah. So no, I’m not giving you permission to go down. Don’t be stubborn and sleep” Hana Aishah menarik muncungnya.

“But its only 8pm. I want to settle it before my nerves get to me” Fakhrul sudah merengus kasar mendengar suara isterinya yang kedengaran lemah itu.

“Do you even listen to yourself. Cakap abang memang sayang tak pernah nak dengar but at least listen to your body. You don’t need to be a hero all the time” mendengar ayat suaminya itu , terusik hati Hana Aishah. Mungkin kerana haidnya dia menjadi lebih sensitif.

Tapi bagaimana pula dengan janjinya pada Hana Aqilah? Kebenaran yang Hana Aqilah ceritakan malam semalam sehingga Hana Aishah membuat keputusan untuk membuat kata putus dengan kedua ibu bapanya.


************************************

Pintu bilik tetamu di tingkat dua banglo itu dibuka Hana Aishah. Kakinya melangkah masuk ke bilik yang sejuk dengan penghawa dingin itu.

Bilik yang bertemakan hitam putih itu diteliti Hana Aishah. Matanya tertacap pada sekujur tubuh Hana Aqilah yang sedang berbaring terlentang di atas katil king itu.

Hana Aishah melabuhkan punggungnya di birai katil Hana Aqilah. Sekembali mereka ke banglo Fakhrul , Hana Aishah lansung tidak bercakap dengan adiknya itu.

Dia tidak boleh membawa Hana Aqilah pulang ke rumah ibu bapa mereka. Ibu bapa mereka akan menjadi curiga. Sepanjang 4 malam itu , tidur Hana Aishah tidak lena.

Dia bangun berqiam memohon petunjuk. Kasihan suaminya terabai. Sebab itu dia mahu memasak untuk suaminya tetapi lain pula terjadi. Akhirnya petang tadi suaminya membantunya untuk memasak sup ayam yang Hana Aishah idami.

“I’m not a child. You can’t lock me up like this” suara Hana Aqilah memecahkan lamunannya.

“I know you’re not” Hana Aishah duduk dengan membelakangi Hana Aqilah. Matanya tertacap pada langsir yang berwarna hitam dan bersulam maroon itu. Saat itu langsir itu sangat menarik perhatiannya.

“Then you don’t have the right to confiscate my phone and all my electronic device” Hana Aishah yang tersenyum hambar mendengar keluhan adiknya.

“Kenapa? Nak tunjuk apa lagi dekat Mr Lateef. Bukan dia dah tengok semua ke” Hana Aishah tahu ayatnya kasar tetapi melihat adiknya yang seperti tidak insaf itu , amarahnya kembali.

“Yelah . You’re the holy god mother and I’m fucking bad. Puas hati” suara Hana Aqilah memerli pedas.

“I know my Achik. I know my baby sister and this is not my baby sister” setelah lama mereka berdiam diri , Hana Aishah bersuara. Dia tidak mahu memandang ke arah Hana Aqilah. Hatinya akan terluka kembali.

“Achik yang akak kenal is stronger than this. Achik yang akak kenal tak akan buat dosa sampai macam ni” ketawa sinis Hana Aqilah menerjah telinganya.

“Well then I’m not your sister anymore I guess” Hana Aishah beristighfar panjang mendengar ayat Hana Aqilah itu.

“Why are you doing all of this?” suara Hana Aishah kedengaran penat. Satu keluhan berat dilepaskan. Mukanya dipalingkan sebelum memandang ke arah Hana Aqilah yang sedang memandang ke arah siling plaster rumah itu.

“Why is mak and abah doing this to me? Achik nak kawin. Back then it’s that shitty rule that you need to get married first . Then now its this bullshit that nenek is giving. Diorang sebenarnya tak suka Lat kan” bergetar suara Hana Aqilah. Hana Aishah dapat melihat air mata adiknya sudah bertakung itu.

“Maybe what they feel about Lateef is true? Is he really a good man Achik? I lost faith in him the day that ... the day that I knew what actually happen between both of you” Hana Aishah menyeka air matanya.

“Then baguslah. Kan Mak selalu cakap , lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat. I guess I’m bad then. Akak kan baik thats why you get the ever so perfect menantu for both of them. Dahlah Achik nak tidur” Hana Aqilah memejamkan matanya setelah mengiring membelakangi Hana Aishah. Hana Aishah terdiam membisu. Kalaulah adiknya tahu realiti sebenar kehidupan rumah tangganya.

“I know everyone loves you so much just as I do. Abah tu sayang sangat dekat Achik thats why he’s so reluctant on letting you go. Once ... emm .. once you get married Achik akan faham maksud akak. Waktu Achik akan rasa apa yang akak rasa. Nobody could ever love you like how abah loves the four of us” berjujuran air mata Hana Aishah. Sakit dia kerana merinduinya abahnya hanya Tuhan yang tahu tapi tanggungjawabnya sudah berbeza.

“I know they won’t love me anymore knowing what I did. Achik kotor mana boleh campur dengan golongan sesuci korang” waktu itu Hana Aishah tersentak mendengar keluhan berat adiknya. Sekarang dia faham kenapa Hana Aishah membuat perangai sebegini.

Perlahan - lahan dia naik ke atas katil. Dia berbaring mengiring menghadap belakang badan Hana Aqilah itu. Tangan kirinya sudah membelai rambut ikal mayang adiknya yang separas bahu itu.

“Semua orang ada dosa adik. Besar kecil dosa hanya Allah Maha Tahu. Tapi satu yang akak tahu , pintu taubat sentiasa terbuka. Adik cari keampunan Dia dahulu” Hana Aishah dapat melihat getaran di tubuh adiknya itu.

“I know everyone will love you nothing less no matter what happen. Tapi tak kisahlah apa pun jadi , Achik tetap my only baby sister dunia akhirat. Achik ....” Hana Aishah menahan sebaknya saat itu.

“Achik buatlah apa pun ... marah lah Kak Dik.. bencilah Kak Dik ... I will always there waiting at the corner to pick you up whenever you fall” Hana Aqilah memusingkan tubuhnya secara tiba - tiba sebelum menyembamkan mukanya di dada Hana Aishah. Lama adiknya itu teresak - esak di dadanya. Habis lecun gaun tidur Hana Aishah yang separa lutut itu.

“Do ... do you think Allah will forgive me” Hana Aishah mencium ubun - ubun adiknya.

“Allah itu Maha Pengampun Achik. Beg to Him” malam itu Hana Aishah menemani Hana Aqilah sehingga adiknya itu tertidur. Di pandang muka Hana Aqilah yang sudah sembap itu.

Tangannya membuka Iphone Hana Aqilah di tangannya sebelum dia mendail nombor itu. Malam itu hatinya tenang. Segala kekecewaan diluahkan dan janji termeterai di malam itu. Penat sudah di hendak menangis tetapi di pagi dinihari itu dia bangkit dan berdoa memohon petunjuk Allah.

***********************************


“Adik. Hidangkanlah untuk Fakhrul tu. Ingat perut sendiri je” teguran Teacher Basirah itu membuatkan Hana Aishah tersengih sumbing. Dia yang baru hendak menjamah bihun goreng singapore ibunya itu memandang ke arah suaminya yang memandang pinggan kosong di hadapannya.

“Sorry you. Aishah lapar” Hana Aishah meletakkan garfunya sebelum punggungnya diangkat.

“No need. Sayang sit down makan. I can take it myself” Hana Aishah yang mendengar ayat suaminya itu terus akur dan menyuap bihun itu dengan gelojohnya ke dalam mulutnya.

“Laparnya dia. Macam tak makan 10 tahun. Masaknya tak reti” Hana Aishah menjelir lidah mendengar kritikan Kapten Azam yang menyindirnya itu.

“Mak masak sedaplah. Adik masak bukan abah nak makan pun” Hana Aishah mencebik kearah Kapten Azam yang masih tersenyum mengusik itu.

“Ni mesti tak masuk dapur dekat rumah Fakhrul ni. Berasap tak dapur rumah kamu tu Fakhrul” Hana Aishah kegeraman melihat abahnya yang sengaja mengusiknya itu.

“Mak. Tengok abah ni. Saja nak kacau adik” Hana Aishah sudah mencebik. Sudahlah emosinya tidak stabil sejak kebelakangan ini.

“Abah. Sudahlah tu. Dekat meja makan ni” Teacher Basirah yang kembali dengan Teko Berisi Air Teh itu memandang ke arah suaminya memberi amaran.

“You pun sengih je. Tak back up Aishah pun” suara rajuk Hana Aishah kedengaran melihat suaminya yang tersenyum simpul melihat isterinya yang kelihatan ceria pagi itu.

“Abang pun lupa. Berasap tak dapur kita tu” Hana Aishah memukul paha suaminya kerana diusik sebegitu. Sedang mereka bergelak ketawa , Hana Aqilah yang baru sahaja bangun itu terus menuju ke arah meja makan itu.

“Tuan puteri baru turun. What can I serve you want your Majesty?” usikan abahnya itu tidak dibalas Hana Aqilah. Gadis yang memakai seluar trek dan T-shirt berlengan panjang itu hanya membisu.

“Masam mencuka muka tu. Suami tengok pun lari nanti” perlian Kapten Azam itu membuatkan Hana Aqilah bertambah sakit hati tetapi mengingatkan janjinya pada Hana Aishah semalam sebelum dia kembali ke rumah ibu bapanya, dia hanya menguncikan mulutnya.

“Sendiri nak quit master. Sendiri nak buat sesuka hati lepas tu nak monyok” perlian Teacher Basirah itu membuatkan Hana Aqilah menahan rasa.

Hana Aishah sudah memberi kata putus semenjak hari itu lagi. Hana Aqilah perlu berhenti belajar dan tidak boleh kembali ke Johor selagi majlis Hana Aqilah tidak berlansung. Iphonenya juga dikawal ketat kakaknya.

Semalam sewaktu dia kembali ke rumah ibu bapanya dengan teksi , dia terpaksa menahan telinga mendengar bebelan Teacher Basirah. Mulutnya yang sudah biasa menipu itu , laju sahaja menipu mengatakan keretanya sudah rosak kerana itu dia kembali menggunakan bas.

Sewaktu di Johor itu pun sama. Jiran tertangga termasuk pihak universitinya semua beranggapan Hana Aqilah sudah bernikah dengan Lateef. Cuma majlis mereka sahaja belum dilansungkan. Kerana itu mereka dapat duduk sebumbung tanpa sebarang masalah dengan orang sekeliling.

Suasana kembali senyap dengan sesekali kedengaran bunyi garfu berlaga dengan pinggan. Wajah Hana Aishah kembali kerisauan. Bagaimana dia mahu memberi tahu ibu dan bapanya?

“Ask Lateef to call me today” muka Hana Aqilah and Hana Aishah bertukar pucat. Mereka berpandangan sesama sendiri mendengar ayat abah mereka yang kedengaran serius itu.

“Ke .... mmmmm .. kenapa Bah?” Hana Aishah menguatkan diri untuk bertanya. Dia memandang ke arah Hana Aqilah yang sedang ketakutan sambil menguis - nguis bihun di dalam pinggannya.

“We’re gonna bring forward the wedding date” terbeliak biji mata Hana Aishah mendengar ayat Kapten Azam. Hana Aishah menenung wajah Teacher Basirah yang kelihatan selamba itu.

“Mak biar betul. Both of you were so adamant on doing it next year” Hana Aishah memandang muka ibu bapanya silih berganti.

“Ee Kak Dik ni. Janganlah kacau daun. Thank you mak abah. Achik suruh Lateef call sekarang jugak” Hana Aqilah sudah meloncat turun daripada kerusinya sebelum memeluk dan mencium pipi kedua ibu bapanya bertalu - talu.

Hana Aishah terdiam melihat kegembiraan Hana Aqilah. Gadis itu sudah berlari anak menaiki tangga untuk mengamb telefon di biliknya.

“Adik tak faham. Bukan nenek tak bagi ke two wedding in the same year. Nanti satu tu porak peranda or something like that” Hana Aishah sudah meletakkan garfunya.

“After talking to someone semalam , Abah rasa tak elok tunang lama - lama. So we’ll do it on 2 month time” Hana Aishah pula memandang suaminya dengan muka tidak percaya. Muka Fakhrul masih lagi selamba.

*******************************

“Thank you” Hana Aishah yang sedang duduk bersantai di taman bunga abahnya itu memandang ke arah muka suaminya sebelum tersenyum pendek.

“For?” Fakhrul yang sedang membaca surat khabar itu tidak memandang Hana Aishah pun . Fokusnya masih di bahagian luar negeri surat khabar NST itu.

“For talking to him about Hana Aqilah and emm ... the wedding “ Hana Aishah merenung muka suaminya itu. Lelaki itu hanya menganggukkan wajahnya dan meneruskan pembacaan. Hana Aishah mengalihkan pandangannya ke arah abahnya yang sedang berkebun itu.

Pelbagai perasaan menerjah hatinya saat itu. Dia tahu dia tiada pilihan lain selain daripada mempercepatkan perkahwinan Hana Aqilah tetapi untuk meyakinkan kedua - dua orang tuanya adalah mustahil.

“I think they loves you more than me and they respect your decisions more than me” suara Hana Aishah kedengaran seperti dia terasa hati.

“The love that I want is from my wife not anyone else but she didn’t even bother” suara Fakhrul kedengaran seperti berjauh hati. Mata lelaki itu lansung tidak memandang ke arahnya.

“I want her to respect my decision but she fought me at every corner” surat khabar itu dilipat sebelum mata Fakhrul merenung ke dalam mata Hana Aishah. Hana Aishah melarikan pandangan matanya.

“The care that she shows to others is something that she has never shown me. I want her to prioritise me but at the end of the day I’m the last person she thinks off” Hana Aishah menelan air liurnya kesat. Perasaan bersalah menghantui dirinya.

“Its been a month plus and I’m still at the starting line because you never blow the whistle so that I can start racing” suara Fakhrul kedengaran kecewa.

Dia tahu sejak kebelakangan ini , dia banyak mengabaikan suaminya. Sudah dua malam Hana Aishah tidur menemai Hana Aqilah dan meninggalkan Fakhrul tidur bersendirian.

“Kenapa susah sangat?” hati Hana Aishah bergema.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience