Chapter 12

Romance Completed 625623

Pagi itu Hana Aishah mendapat berita gembira daripada Ms Suria . Esok dia boleh pulang . Hari ini Ms Suria mahu dia menjalani satu scan dahulu sebelum pulang. Kalau ultrasound hari ini tak nampak air berkumpul di dalam bahagian abdomen dia maka insyaAllah dia boleh pulang esoknya.

“Dont get too excited Hana. Remember what I said ok” Ms Suria yang menghampiri umur 50 tahun itu menasihatinya.

“Ok miss. Promise “ Hana Aishah menayangkan senyuman lebarnya.

Hana Aishah tengah menikmati makan tengah harinya. Dia tak ada selera makan makanan hospital , sebab itu setiap hari ibunya akan membawa bekal. Hari ini kesemua ahli keluarga Hana Aishah datang melawat.

“I miss Wahi and the geng la Kak?”

“Ya I know , that’s why I told your Abang Wazir that we’ll be spending this week at mom’s ” hari ini Hana Azuwa yang ditugaskan untuk membawa kedua ibu bapanya ke hospital. Dia meninggalkan suaminya di rumah untuk menjaga anak - anak mereka.

Anak sulungnya Muhammad Waahiey berumur 5 tahun , Hana Walieya berumur 3 tahun dan anak bongsunya Muhammad Warieth yang berumur 9 bulan kalau bergabung boleh terbalik rumahnya. Suaminya yang baru balik outstation selalunya akan dapat cuti rehat tiga hari, dapatlah Hana Azuwa berehat manakala suaminya pula menjaga anak- anak mereka yang semakin lasak itu.

“Alif , when is your flight?”

“Next week saturday Kakdik “ Alif sedang menikmati makan tengah harinya dengan gelojohnya. Sementara ada peluang dia nak menikmati semua masakan ibunya. Kalau dah balik US , makan burger sahajalah.

“Ya Allah Alif , janganlah telan makanan tu. Tak lari makanan tu. Eat slowly” teguran Kapten Azam itu dibalas dengan sengihan Alif Haziq.

“I’m gonna miss you baby boo “ Hana Aishah mencubit pipi satu - satu adik lelakinya.

“Just dont get into trouble to drag my ass back ok. One heart attack is enough that day” laju tangan Teacher Basirah mencubit pipi anaknya.

“Watch your language Alif Haziq”

“Sorry mak” terus Alif Haziq memeluk Teacher Basirah. Alif yang paling manja dengan ibunya. Sehingga sekarang dia akan peluk cium ibunya depan semua orang. Dia tak kisah dipanggil anak ibu. Duduk jauh di perantauan membuatkan dia sedar betapa penting ibunya di dalam hidup Alif Haziq.

“Assalamualaikum, boleh saya masuk” kedengaran ketukan di pintu yang membuatkan mereka sekeluarga berpaling.

“Come in” laung Hana Aishah.

Haqi memunculkan diri. Terkejut dia melihat satu keluarga Hana Aishah di situ.

“Inspektor Haqi. Come have a sit” Alif Haziq yang mengecami Haqi menjemputnya duduk di kerusi yang dia duduki sebelum itu. Alif Haziq pula duduk di atas katil bersebelahan dengan Hana Aishah.

“Sorry kalau saya kacau family time Puan Hana” segan pula Haqi apabila ramai sangat memandang dia.

“Its ok Inspektor. I’m Basirah , Hana’s mother . You can just call me Aunty Basirah and these 3 are her siblings Hana Azuwa , Hana Aqilah dan Alif Haziq” Teacher Basirah memperkenalkan dirinya. Haqi menganggukkan kepalanya sambil melemparkan senyuman kepada seisi bilik itu.

“Abah dia keluar solat sekejap” terang Teacher Basirah.

“I’ve met Alif that day. I’m actually here regarding the case because I still havent get statement from Puan Hana” Haqi menerangkan tujuan kedatangannya. Pandangannya dihalakan kepada Hana Aishah. Muka Hana Aishah kelihatan lebih tenang hari ini.

“Sorry about that day Inspektor” Hana Aishah rasa bersalah kerana Haqi terpaksa datang banyak kali kerana dia.

“It’s ok. It’s too early I guess that day” Haqi mengeluarkan buku notanya. Hana Aishah menerangkan tentang kejadian malam itu. Itu kali pertama dia bercerita didepan ahli keluarganya. Selepas dia meluahkan isi hatinya kepada Fakhrul malam itu, Hana Aishah seperti mendapat kekuatan baru. Teacher Basirah memegang kuat tangan anaknya.

“So thats what happen” Hana Aishah tersenyum lega. Dia dapat melihat muka setiap ahli keluarganya yang kerisauan. Kapten Azam yang sempat mendengar separuh cerita kerana dia baru balik dari solat , tak dapat membayangkan ketakutan anak perempuannya malam itu.

“I’m proud of you” Kapten Azam memeluk anaknya gadisnya.

“But after this we’re sending and picking you up young lady. No more driving on your own” tegas suara Kapten Azam. Terus Hana Aishah menarik muncung sedepanya.

“Abah tengok tu, berani betul Adik ni” geram pula Hana Azuwa dengan adiknya seorang ini. Degil tak kena tempat.

“Susahlah . My working time is not flexible. Ended up mak abah kena tunggu adik balik. Then I’ll be rushing” keluhan Hana Aishah itu disambut dengan tawa Haqi.

“Ish Inspektor ni gelak kan saya pula” masam mencuka muka Hana Aishah.

“No its just that I understand your parent’s point of view” Haqi dari tadi mengagumi Hana Aishah sekeluarga. Dia merupakan anak tunggal dan kedua ibu bapanya sudah meninggal dunia dalam satu kemalangan sewaktu dia berumur 21 tahun. Jadi dia yang sudah terbiasa bersendirian tiba - tiba terasa sunyi melihat kemesraan keluarga Hana Aishah.

“So Inspektor how about the other guy?” jarang dapat tengok muka Kapten Azam yang serius. Kapten Azam sangat penyayang dan selalu senyum di rumah tetapi kalau di tempat kerjanya , ketegasannya menakutkan semua anggota bawahannya.

“I’m actually heading there after this. Saya baru dapat berita dari pihak hospital yang pesakit dah stabil” Kapten Azam menganggukkan kepalanya.

“I’m going with you” muka Alif Haziq tegang.

“No you’re not. Let him do his job Alif. Abah tak nak Alif interfere” larangan Kapten Azam dibalas dengan rengusan kasar Alif Haziq. Dia mahu berjumpa dengan orang yang menyakiti kakaknya. Lelaki itu tak boleh terlepas macam itu sahaja.

“Eee garangnya muka baby Kakdik ni” Hana Aishah mencubit pipi Alif Haziq dalam usaha untuk menenangkan adiknya seorang itu.

Dia ingat lagi sewaktu dia berada di Tingkatan 5 , Alif Haziq yang baru sahaja masuk Tingkatan 1 itu pergi mengugut rakan sedarjah Hana Aishah , Amran yang suka mengejek Hana Aishah.

Akhirnya ketiga - tiga orang dipanggil ke bilik pengetua kerana bergaduh . Petang itu Alif Haziq dirotan oleh Kapten Azam kerana pengetua mengadu tentang kelakuan Alif Haziq kepada abahnya. Tetapi Alif Haziq lansung tak menyesali perbuatannya kerana selepas itu Amran sudah tak berani mengganggu kakaknya.

“Its ok Alif. We’ll deal with this through a proper channel ok” Haqi dapat melihat macam mana overprotective adik lelaki Hana Aishah ini.

Selepas lebih sejam Haqi bersoal siasat dengan Hana Aishah , siap dipelawa oleh Teacher Basirah untuk menjamah makan tengah hari yang dimasaknya , Haqi meminta diri.

“What was that Alif ?” sebaik sahaja Haqi keluar dari bilik , Kapten Azam terus memarahi Alif Haziq.

“He’s going to get away. You know how our legal system are” Alif Haziq selalu bertegang urat dengan abahnya dalam isu sebegini. Kapten Azam yang terlalu mengikut undang - undang dan Alif Haziq yang lebih reckless .

“Alif! Enough” Hana Azuwa cepat - cepat menegur Alif Haziq. Dia tahu perkara sebegini akan menyebabkan Alif Haziq dan Kapten Azam bermasam muka. Salah satu sebab kerana dia juga bersetuju Alif Haziq sambung belajar di US kerana waktu itu Alif Haziq dah Kapten Azam selalu sangat bertegang urat. Akibatnya , Teacher Basirah yang mendapat tekanan darah tinggi.

“Alif nak keluar jumpa kawan sekejap. Kakdik malam ni, Alif teman akak” cepat - cepat Alif Haziq mencium dahi kakaknya dan menyalami tangan semua orang dan keluar.

“Abah ni dah la. Budak tu balik pun sekejap , why are picking up fight with him” Teacher Basirah menegur suaminya.

“Awak manjakan sangat anak lelaki awak tu. Nak jadi samseng pergi pukul orang” tegang suasana di dalam bilik itu.

“Abah dah la. Alif is just worried about me . Adik janji I won’t get into trouble again ok” Hana Aishah memeluk badan Kapten Azam dalam usaha menenangkan abahnya.


*************************************

“Ish Inspektor ni , just call me Hana. Saya tak kahwin lagilah , no need to call me Puan” suara Hana Aishah yang ramah itu menyapa telinga Fakhrul. Terhenti langkahnya di pintu masuk bilik Hana Aishah . Sejak malam itu , dia lansung tak datang melawat Hana Aishah.

“Eh tak kahwin lagi ke? Sorry then my mistake” Haqi yang mendengar kenyataan Hana Aishah tersenyum lebar.

“Belum lah. I muda lagi ok” seawal jam 9 pagi Haqi telah sampai di wad pembedahan . Tujuannya untuk memaklumkan kepada Hana Aishah tentang maklumat yang dia terima semalam. Sebenarnya boleh sahaja dia memaklumkan melalui panggilan telefon tapi dia saja mahu datang melawat Hana Aishah.

“Not married doesnt mean single right” Haqi cuba memancing maklumat. Fakhrul yang sudah panas hati mendengar perbualan Hana Aishah dan Haqi meredah masuk ke bilik Hana Aishah tanpa memberi salam. Muka Hana Aishah yang terkejut itu memandang ke arah pintu apabila dia mendengar bunyi langsir terselak.

“Hi , Fakhrul right?” Haqi menghulurkan tangan untuk menyalami Fakhrul. Dia ingat lagi muka lelaki itu.

“Yes” satu patah sahaja Fakhrul menjawab sambil pandangannya melekat pada muka Hana Aishah. Hana Aishah keliru tentang tujuan kedatangan Fakhrul dan kenapa lelaki itu kelihatan marah.

“Actually Fakhrul was the one who inform me that you are ready to talk” Haqi yang merasa tak selesa dengan pertandingan lawan mata antara Fakhrul yang Hana Aishah cuba memecahkan ketegangan yang dirasai di bilik itu.

“So what’s the update Inspektor? Is that why you are here?” tegang suara Fakhrul bertanya. Dia duduk di kerusi yang paling dekat dengan katil Hana Aishah.

“Ehh sibuk pulak mamat British ni nak tahu” bebel suara hati Hana Aishah.

“Actually yes. Hana do you have any problem with anyone in this past couple of month?” Suara Haqi bertukar serius.

“Macam tak je tapi ada lah sayu manusia yang asyik tak puas hati dengan saya” laju mata Hana Aishah menjeling Fakhrul memerlinya. Pandangan itu hanya Fakhrul sahaja faham.

“Oh and that is?” Haqi ingin tahu apa yang Hana Aishah cuba sampaikan. Hari ini Hana Aishah sudah bersiap memakai skirt bercorak bunga flora berwarna hitam dan blaus kuning. Begnya semua sudah siap dikemas .

“Nothing la Inspektor. Tak penting pun orang itu. By the why are you asking about that?” Hana Aishah merasakan ada sesuatu disebalik persoalan Haqi itu.

“Yesterday when I was asking the other guy, he is actually hired by someone. He said ” belum sempat Haqi menghabiskan bicara , Hana Aishah laju memotong.

“Oh my god. Now I remember, he said “ini untuk adik aku” and call me perampas” Hana Aishah menutup mulutnya. Siapa pula yang dia rampas ?

“So anyone that you can suspect ?” Haqi terus bertanya. Hana Aishah hanya menggeleng kepala. Jujur dia tak dapat membayangkan siapa yang sanggup menyakitinya sampai sebegitu.

“Maybe an ex or current partner?” Haqi masih ingin mendapatkan idea tentang situasi ini.

“And that’s important because?” Fakhrul tak suka cara Haqi bertanya. Seperti ada niat tersembunyi.

“Sorry I didn’t mean to say it in a bad way” Haqi rasa bersalah apabila niatnya untuk membantu disalah tafsirkan.

“Ish Mr Fakhrul ni . Tak baik cakap macam itu dekat Inspektor, he is just trying to help” Hana Aishah menjeling ke arah Fakhrul. Fakhrul hanya membuat muka selambanya.

“To answer your question, no previous ex nor current partner . I know sad life “ Hana Aishah mempunyai ramai kawan lelaki tetapi dia sangat susah untuk menyukai lelaki lebih dari seorang kawan. Pernah sahaja rakan lelakinya ajak bercinta tapi dia tolak lembut. Alasannya , dia belum bersedia.

“That’s interesting “ niat Haqi ingin berbicara dalam hati , tapi mulutnya lebih laju berbicara. Bertambah masam muka Fakhrul apabila mendengar ayat itu manakala muka Hana Aishah terasa bahang.

“When are you heading back? Who’s picking you up?” laju sahaja Fakhrul menukar topik. Menyampah dia melihat adegan di depannya.

“Alif is picking me up” laju Hana Aishah menjawab tapi mukanya masih tersenyum memandang Haqi.

“Boleh jadi calon menantu pilihan mak ni” gumam Hana Aishah dalam hati. Teacher Basirah dan Kapten Azam dah penat membebel kerana Hana Aishah yang masih lagi solo. Banyak calon yang cuba mereka kenenkan dengan anak kedua mereka ini , tapi ada sahaja alasan Hana Aishah. Dominant sangat , passive sangat , slow sangat , tak handsome , handsome sangat .. banyaklah alasan Hana Aishah.

“Aishah I’m asking you a question here and you’re day dreaming” soalan yang Fakhrul tanya dibiarkan sepi sampailah Fakhrul membaling anak patung Hana Aishah ke mukanya.

“Awww ! Mr Fakhrul ni kenapa nak cari pasal dengan saya” Haqi yang melihat kejadian itu terkejut melihat kekasaran Fakhrul.

“I was asking you so many questions and you keep on looking to that wall and day dreaming” geram Fakhrul dengan Hana Aishah.

“Bukan day dreaming , I was thinking about who could do that to me” laju Hana Aishah menipu. Belum sempat Fakhrul mahu menuduh Hana Aishah menipu, ada suara lain memotong.

“Saya tahu siapa yang buat” Hana Aishah rindu suara itu. Dah hampir dua minggu Hana Aishah tak mendengar suara itu.

“Pandai pulak cari jalan ke bilik aku” Hana Aishah tak mahu memandang muka Aiman. Dia berjauh hati dengan Aiman yang lansung tak datang melawatnya.

“Sorry Hana. Its just” Aiman memunculkan diri dari sebalik tirai. Dia terkejut melihat Fakhrul yang berada di situ tapi dia ada misi yang lebih penting dari itu.

“Just save it . I dont care “ laju Hana Aishah memotong sambil cuba berdiri memegang railing katil dan perlahan - lahan membangkitkan dirinya.

Fakhrul memegang lengan Hana Aishah yang berlapik baju itu dan membantunya. Untuk pertama kalinya Hana Aishah membiarkan sahaja perlakuan Fakhrul.

“Fine then , if you dont want to listen to me then I will just let the Inspektor know” muka Aiman yang penuh dengan keazaman itu memandang ke arah Haqi.

“Saya tahu siapa yang buat semua ini” Aiman berdiam seketika. Dia perlukan kekuatan. Sudah lebih 2 minggu dia diselubungi rasa bersalah. Makan dan tidurkan tak terurus.

“Encik ni siapa?” Haqi bingung melihat lelaki terbaru yang muncul dalam bilik Hana Aishah.

“Hana ni kata single but so many guys popping up” gumam Haqi dalam hatinya yang kebingungan.

“Saya Aiman , best friend Hana” Hana Aishah membalas dengan tawa perlahan menyindir Aiman.

“If you’re my best friend you wouldn’t be leaving me hanging alone for 2 weeks wondering where were you “ Hana Aishah menahan air matanya. Emosinya semakin sensitif sejak kejadian hari itu. Berada di ambang maut benar - benar membuatkannya takut.

“Because I feel guilty. All of this happened because of me . You were almost killed because of me” geram pula Aiman dengan Hana Aishah yang masih tak mahu memandang mukanya. Hana Aishah yang duduk di kerusi bersebelahan dengan Fakhrul membuangkan pandangannya ke arah bangunan di luar tingkap biliknya .

“It was Haniz’s brothers. She saw us at Genting and told her brothers” suara Aiman kendur. Dia benar - benar marah dengan Haniz. Dia ingat lagi dua hari selepas kejadian yang menimpa Hana Aishah, dia mendapat mesej daripada nombor yang tak dikenali.

~Kau sakitkan adik aku , sekarang aku sakitkan orang yang kau sayang sangat~

“I’m so sorry Hana. I caused this” Aiman berdiri di depan Hana Aishah. Hana Aishah masih tak mahu memandangnya.

“Sorry , Haniz ni siapa?” Haqi pula pening melihat adegan di depannya.

“My ex girlfriend, we just broke up few weeks ago” Aiman masih berdiri di depan Hana Aishah mengharapkan gadis itu memandangnya.

“She got 5 older brother and one of them hired that guy to hurt her because Haniz saw me and Hana at Genting on the previous week before the incident” Aiman sudah melabuhkan punggung di atas katil bertentangan dengan kerusi yang Hana Aishah sedang duduk.

“I dont want this to leak to my family” ayat itu Hana Aishah tujukan kepada Haqi selepas lama suasana sunyi menyelubungi bilik itu.

“I thought you know me Aiman. I would’ve never be mad at you if you came and visited me. I was going through hell and your guilt is more important than my pain kan” Hana Aishah meluahkan kekecewaannya.

“I’m not mad that you were part of what happen to me. I’m disappointed because you think that low of me” giliran Aiman menundukkan wajah mendengar Hana Aishah berbicara.

“I can’t think straight right now , we’ll talk when I’m ready” secara tidak lansungnya Hana Aishah meminta Aiman untuk pergi.

“ I really miss you and the reason I’m not around is not because I’m scared you’ll be mad at me. Its because everytime I see you on that bed , the guilt is eating me alive” Aiman terus berlalu keluar kerana dia tahu Hana Aishah betul - betul kecewa dengan dirinya.

“You can do whatever is necessary but I dont want any of my family member knows about Aiman’s involvements in it” tegas Hana Aishah berbicara selepas Aiman keluar . Haqi mengangguk sebelum meminta dirinya. Fakhrul tetap setia di sisi Hana Aishah.

“He was there every single day you were at ICU. Always missing from his station until he get into trouble with Kuven “ Fakhrul pun tak tahu kenapa dia mahu membela Aiman. Walhal dia tak suka melihat kemesraan Hana Aishah dan Aiman . Rakannya Kuven , pakar Bedah ortopaedic di hospital yang sama selalu merungut tentang prestasi Aiman yang makin merosot sejak dua minggu lepas.

Fakhrul menemani Hana Aishah sehingga Alif Haziq sampai. Sepanjang tempoh menunggu itu , Hana Aishah hanya mendiamkan dirinya. Fakhrul pula tak berganjak dari sebelah Hana Aishah.

Alif Haziq yang baru sampai terkejut melihat kehadiran Fakhrul dan muka kakaknya yang keruh itu. Penat dia cuba mengorek punca Hana Aishah kelihatan sedih , kakaknya tetap tak mahu berkata jujur.


~ Don’t think too much, just rest~ Firaun

Malam itu , Hana Aishah mendapat pesanan whatsapp daripada Fakhrul pada pukul 11.43 malam. Dia membiarkan pesanan itu tanpa balasan.

Share this novel

Asiah Jafri
2021-02-27 16:58:03 

Nice story, author ni mcm salah sorang healthcare provider.. Sbb bnyk jalan cerita..di surgical area blh di olah dgn baik..

hagimaru
2021-01-08 23:48:01 

Cite best.. Tpi bnyak bahasa omputih.. Kami x bpe nk fasih ckp omputih


NovelPlus Premium

The best ads free experience