Chapter 63

Romance Completed 625623

Hi guys
Tried my best for another update this week
Thank you for the kind words and prayers for my recovery. Recovering well Alhamdulillah
Anyway I created an IG for this book where I’ll be uploading pictures of the things that I envisioned for my books (the houses , the characters, the scenery, dresses etc) . Do follow me
IG : eveoath93

——————————————————-


“Kak Seri tolong ambikkan fail cubicle 12 untuk Hana please. Thank you kak” suara Hana Aishah kedengaran penat di celah kebisingan mesin - mesin di ICU petang itu.

“Dr Hana ni. Risau akak tengok. Sibuk je dua menjak ni. Badan makin susut” bebelan jururawat itu Hana Aishah balas dengan tawa pendek.

“Tak adalah kak. Hana ok je. Ni effect tak sihat hari tu kot” Hana Aishah menjawab sambil tangannya laju menaip.

“Ke badan susut sebab berita baik ni” usikan Kak Seri itu Hana Aishah menyentakkan Hana Aishah. Secara automatik tangannya turun mengusap abdomennya yang makin menonjol itu. Dia cuba menyembunyikan sebaik mungkin tetapi dia pasti ada yang sudah perasan.

“Doakan ye kak” itu sahaja yang Hana Aishah mampu jawab. Menidakkan pun tidak, mengeyakan pun tidak.

“InsyaAllah ada lah tu rezeki. Akak doakan” Hana Aishah tersenyum hambar. Tugasan di tangannya terbantut memikirkan rumah tangganya.

Tiada siapa yang mengetahui tentang kandungan mereka kecuali Sakinah. Rancangan mereka untuk membuat makan - makan untuk mengumumkan tentang kandungan Hana Aishah di rumah banglo milik suaminya itu semua terbatal.

Dia cuba melupakan segala kenangan pahit malam itu tetapi gagal. Sebelum mindanya kembali memikirkan tentang masalah rumah tangganya , Hana Aishah meneruskan kerjanya pada petang itu. Itulah sahaja cara Hana Aishah untuk melarikan diri daripada diseksa dengan imbasan malam yang ngeri itu.

“I’m starting to believe you just deliberately trying to torture me by holding my wife hostage” saat mendengar suara lelaki itu , segala sel di dalam tubuhnya lumpuh.

Tiga hari Hana Aishah mengurungkan dirinya di rumah cuba menyembuhkan luka di badannya. Cuba mengumpul kembali kekuatan emosi dan fizikalnya. Sepanjang itu batang hidung suaminya lansung tidak kelihatan. Jujurnya dia bersyukur kerana dia masih tidak mampu bersua muka dengan lelaki itu.

Tetapi 3 hari itu bertukar kepada tiga minggu. Tiga minggu tanpa berita , tiga minggu tanpa suara , tiga minggu tanpa bersua muka. Makan pakainya tidak diambil kisah lelaki itu. Makan pakai lelaki itu bukan lagi menjadi perkara rutin yang difikirnya.

Pada minggu kedua baru dia dapat melihat kereta suaminya di parking rumah mereka. Tetapi kerana traumanya masih baru oleh itu Hana Aishah sedaya upaya mengelak daripada bertemu dengan suaminya. Hana Aishah memastikan dia keluar rumah seawal jam lima pagi dan pulang selewat jam 12 malam.

Pakaiannya sudah dipindahkan kebilik tamu di ruangan atas. Dia tidak mahu berada di ruangan yang sama dengan lelaki itu kerana nafasnya akan terasa sempit. Seperti sekarang. Rindunya tidak terkata tetapi perbuatan suaminya bukan sesuatu yang mampu dia maafkan. Itupun kalau suaminya mahu memohon maaf.

“Hana what is this nonsense your husband is telling me? Why are you working late for this past couples of week?” Hana Aishah memandang wajah Dr Hamdan dengan perasaan bersalah. Dia mengelak daripada memandang mata yang satu masa dahulu penuh dengan cinta itu.

“Ermmmm . Hana ... Hana” Hana Aishah tidak tahu mahu memberi alasan apa disaat itu. Ditangkap bulat seperti itu , dia tidak dapat mereka alasan.

“Come on. Faster girl tell me why are you staying at work till late hours” Hana Aishah menelan air liurnya ketakutan.

“Haaaa. Bagus tu bos. Kak Seri pun pelik tengok Dr Hana ni. Busy semacam start masuk kerja lepas MC hari tu” Hana Aishah benar - benar kehilangan kata - kata.

“You need to rest sayang. Its not just you anymore” Hana Aishah menundukkan wajahnya saat mendengar kata - kata suaminya. Perasaannya bercampur baur diwaktu itu.

Terkejut kerana baru tiga minggu lepas , lelaki itu tidak mengaku kandungannya hasil cinta mereka. Marah kerana lelaki itu masuk campur dalam urusan kerjanya. Terluka kerana berita gembira yang sepatutnya dikongsi bersama ahli keluarga mereka menjadi satu alat permainan baru untuk lelaki itu.

“Ya Allah. Alhamdulillah. Kan Kak Seri dah agak dah. Congrats Dr Hana “ Hana Aishah menahan air matanya daripada gugur saat tubuhnya dipeluk wanita itu.

Jururawat itu sangat rapat dengan Hana Aishah. Entah mengapa , wanita itu sangat suka menjaga makan minumnya sewaktu kerja. Ada sahaja barang makanan yang diberinya kepada Hana Aishah. Mungkin Allah mahu menggantikan perhatian yang selalu diberi suaminya dengan wanita ini.

“Thank you kak. Doakan ye” Hana Aishah memandang wanita itu dengan senyuman yang cuba diikhlaskannya.

“Hana , Hana. Why didn’t you tell me? Now pack up your stuff and go back home. Sorry Fakhrul, I didn’t know she’s pregnant. I’ll arrange for something light for her” itulah yang Hana Aishah bencikan. Mendengar ayat yang keluar daripada mulut bosnya, layanan istimewa kerana permintaan lelaki itu.

“Dr Hamdan. Hana tak nak. I’m okay with my current station. Hana tak nak any special treatment. Orang lain pun pregnant , ok je dekat ICU. I’ll be ok” Hana Aishah cuba meyakinkan pakarnya itu.

“If you’re okay then you won’t be coming to work before subuh and came back at midnight” tanpa sempat Hana Aishah hendak menahan reaksinya , matanya dijelingkan kepada suaminya.

Tetapi marah yang dirasainya terus hilang saat merenung sepasang anak mata yang dia rindui. Jantungnya berdetak irama lain saat mata yang selalu memandangnya penuh cinta itu merenungnya.

Malangnya Hana Aishah tidak dapat membaca anak mata itu lagi. Anak mata itu , hitam tanpa rasa. Sama seperti saat pertama dia melihat anak mata itu sewaktu melaporkan diri di Jabatan Ortopaedik.

“No more excuse Hana. Wrap up your things and go back now. I’ll arrange something for you later” melihat muka serius bosnya Hana Aishah tahu dia tidak mampu berbalah lagi.

“Lucky you came. Budak Hana ni kerja tak ingat dunia. Anak pun tak ingat” Hana Aishah yang sedang mengemas barangnya di kaunter jururawat itu hanya mampu berdiam diri mendengar bebelan Dr Hamdan kepada suaminya. Dia cuba melambat - lambatkan proses kerana ketakutan mula menyelubungi dirinya.

Hana Aishah mematikan perbualan antara Fakhrul dan Dr Hamdan daripada pendengarannya. Dia rindu suara lelaki itu tetapi suara yang sama menghantui tidurnya semenjak tiga minggu lepas. Selepas kejadian itu , tidur Hana Aishah tidak pernah lena. Mimpi ngerinya bersilih ganti.

Tengkingan Fakhrul mengejutkan tidur malamnya yang sudah sememangnya sedikit itu. Untuk mengelakkan dirinya daripada terus dihanyuti emosi , Hana Aishah menyibukkan diri di tempat kerjanya. Segala tugasan lebihan dia lakukan. Makan minumnya tidak terjaga kerana waktu terluang akan membawa dirinya kembali ke memori malam itu.

“Done sayang” Hana Aishah menganggukkan kepalanya lemah saat suara lelaki itu lembut bertanya.

Kenapa sekarang baru lelaki ini datang? Apa sebenarnya tujuan suaminya ini? Apa pula agenda lelaki ini sekarang? Tidak cukupkah penyeksaan yang dia terima tiga minggu lepas atas kesalahan yang tidak dia lakukan?

Persoalan itu berlegar - legar dimindanya saat tangan suaminya memeluk pinggangnya sewaktu mereka menuju ke tempat letak kereta. Hana Aishah hanya menebalkan mukanya menahan malu apabila lelaki itu mempamerkan kemesraan mereka tanpa segan silu di tempat kerja. Tiba - tiba mindanya mendapat idea saat terfikir tentang kereta.

“Kereta saya dekat parking staff. I’ll just drive my car back. We meet at home” perlahan dan penuh berhati - hati suara Hana Aishah berbicara.

“We’ll take your car” kata putus lelaki itu membuatkan Hana Aishah kehilangan bicara. Suara lelaki itu kedengaran tenang tetapi suara itu yang membuatkan jiwa Hana Aishah semakin kacau.


************************************


“I’ll take nasi goreng kampung with telur dadar and sambal belacan with it” Fakhrul memberitahu pelayan restoran di kedai makan Thai itu.

Matanya memandang ke arah Hana Aishah yang meliar memandang sekeliling. Menu makanan di hadapan isterinya itu tidak disentuh. Kedua - dua belah tangan Hana Aishah memeluk tubuhnya sendiri. Badannya sedikit membongkok.

“Kak , makan?” Hana Aishah yang sedang mengelamun tercengang memandang pelayan wanita itu. Muka isterinya yang cengkung itu berkerut sedikit tidak memahami soalan pelayan tadi. Barangkali Hana Aishah tidak dengar soalan wanita berbadan gempal itu.

“She’s waiting for your order” terus merah kedua - dua belah pipi Hana Aishah saat mendengar ayat Fakhrul itu. Malu kerana terkantoi berangan.

“Sorry. Saya tak dengar tadi. Nak air suam je. Thank you” Hana Aishah menolak buku menu ke arah pelayan itu sejurus suara perlahannya kedengaran.

“Air suam je. Akak tak nak makan ke?” suara tidak puas hati pelayan itu kedengaran. Fakhrul dapat melihat Hana Aishah kelihatan gementar saat mendengar suara pelayan itu yang naik satu oktaf. Penat barangkali dia tunggu Hana Aishah untuk memesan , akhirnya hanya air suam dipesan.

“Tak apa. Saya minum je. Thank you” Hana Aishah menganggukkan kepalanya perlahan memandang ke arah pelayan itu.

“Bihun sup dengan watermelon juice. Thank you” Fakhrul pantas memesan sebelum memberi menu makanan kepada pelayan itu.

Mata Hana Aishah masih melilar melihat sekeliling. Tadi mereka singgah solat maghrib di masjid negeri Shah Alam sebelum meneruskan perjalanan. Hana Aishah hanya diam membisu sepanjang perjalanan mereka.

Mata Fakhrul meneliti tubuh isterinya yang memakai serba hitam itu. Blaus hitam bercorak bunga merah yang dipadankan dengan skirt hitam menyembunyikan rahimnya yang semakin membesar itu.

Matanya asyik meneliti bahagian abdomen isterinya. Tubuh wanita itu semakin susut tetapi bahagian abdomen sahaja yang semakin menonjol. Pipi yang sebelum ini semakin berisi sudah kembali cengkung. Dia dapat melihat bibir pucat itu digigit kerisauan.

“So what time did you plan to come back tonight?” suara dingin Fakhrul kedengaran. Mata Hana Aishah yang tadi meliar memandang ke sekeliling kedai makan itu terus tertunduk memandang ke arah ribanya. Hana Aishah diam membisu.

“When I ask questions, I expect answer” selepas beberapa minit menghadap kebisuan Hana Aishah, Fakhrul bertanya.

“I have work to settle” Hana Aishah masih tidak mahu membalas renungan suaminya itu. Suara wanita kedengaran bergetar.

“After this you can only go to work after subuh and come back before maghrib “ arahan Fakhrul itu hanya dibalas sepi.

Detik berjalan , masing - masing diam membisu. Hana Aishah dengan kebimbangannya menghadapi malam ini. Fakhrul pula bergelut dengan dilema untuk mempercayai gambar yang dia terima itu. Mindanya terbang kembali ke hari yang paling menyeksakan dalam hidupnya.

*************************************


“Mr Fakhrul. There’s parcel for you” jururawat Eng sedang duduk berborak dengan beberapa jururawat lain di kaunter pendaftaran klinik pakar itu menegur ketuanya.

“Just leave it on my desk” Fakhrul yang kelihatan tergesa - gesa itu sempat memesan.

Dia dapat pulang awal untuk hari terakhirnya berkursus di Seremban. Bukanlah telah tamat , cumanya dia tidak mahu mengikuti jamuan penutupan kursus itu. Tiga hari yang menyeksakan untuknya. Hanya dapat bertemu Hana Aishah untuk beberapa jam sahaja di waktu malam.

“But its here with me” wanita setengah abad itu sahaja yang berani melawan kata - kata lelaki itu. Perkenalan mereka bermula sewaktu Fakhrul masih kecil lagi. Fakhrul yang selalu mengikuti Dato’ Karim ke tempat kerjanya mula meminati bidang kedoktoran kerana bapa susuannya itu.

“Fine. Just give me” Fakhrul merengus kerana agenda terlengah kerana perkara remeh seperti ini.

Kakinya melangkah laju menuju je kereta BMW nya. Mulutnya secara automatik mengukir senyuman lebar membayangkan cinta hatinya yang menanti di rumah. Bukan satu tetapi dua nyawa yang sedang menantinya.

Kalau ikutkan perkiraan minggu depan mereka sudah boleh mengumumkan kepada ahli keluarga mereka kerana kandungan isterinya sudah masuk trimester ke dua. Hari - hari indah yang mereka lalui itu , Fakhrul tidak mahu melangkah pergi.

Saat tubuhnya memasuki perut kereta itu, dokumen di tangannya di letakkan di kerusi tempat penumpang. Perjalanannya diteruskan menuju ke Kota Damansara.

Sedikit demi sedikit Hana Aishah sudah mula mendengar kata. Kadang - kadang mereka bertelagah juga tetapi semenjak Hana Aishah mengandung ini , isterinya lebih banyak mengalah.

Fakhrul kalau boleh tidak mahu berpisah walaupun seketika daripada Hana Aishah tetapi hal ini mustahil kerana isterinya itu berkerja sepertinya.

Dia sudah merangka rancangan supaya wanita itu berhenti apabila tiba waktu melahirkan anak mereka. Fakhrul mahu anak mereka mendapat sepenuh perhatian daripada Hana Aishah sebagai ibu.

Dia tahu wanita itu akan membantah sekerasnya tetapi semakin lama dia sudah semakin hafal rentak isterinya. Isterinya itu tidak boleh melihat dirinya terluka , keras macam mana pun wanita itu akhirnya Hana Aishah akan mengalah.

Mulutnya sudah mengukir senyuman saat membayangkan hadiah yang dia dapat apabila isterinya mengamuk kerana dia membeli kereta untuk wanita itu. Selepas hampir sebulan berpuasa ingatnya malam itu dia kena terus berpuasa tetapi sangkaan salah. Terus Hana Aishah meminta maaf apabila dia tidak mengendahkan isterinya.

Bunyi hon menyentakkan lamunan Fakhrul. Nasib baik dia sempat menekan brek dan tidak menyondol lori di hadapannya. Itulah berangan lagi sewaktu memandu. Dadanya berdegup kencang.

Kalau dahulu kematian bukanlah sesuatu yang dia takuti kerana tiada apa yang dia akan hilang tetapi semenjak menemui Hana Aishah , dia mahu dipanjangkan umurnya. Banyak lagi momen indah yang mahu dilayari bersama Hana Aishah dan anak - anak mereka.

“Astaghfirullahalazim” Fakhrul beristighfar sebelum mengehelakan perlahan - lahan nafasnya melegakan kesesakan di dadanya. Habis segala barang yang diletakkan di atas kerusi penumpang itu terpelanting ke lantai kereta.

Selepas beberapa minit , tingkapnya diketuk kuat. Fakhrul memandang ke arah beberapa orang lelaki yang kelihatan cemas memanggilnya. Tingkapnya diturunkan.

“Encik ok tak?” seorang anak lelaki muda bertanya.

“I’m fine. What happen?” Fakhrul menghadang menggunakan tapak tangannya cahaya matahari yang menerobosi masuk melalui tingkap kereta itu.

“Lori tu dah langgar kereta depan tu bang. Nasib baik abang sempat brek. Tadi saya tengok kereta abang tak ada apa - apa” Fakhrul menganggukkan kepalanya sebelum melangkah turun.

Dia melihat kereta Alphard yang hancur belakangnya dilanggar lori kecil itu. Dia mengucap syukur walaupun geram kerana perjalanan terpaksa di tunda lagi. Selepas memastikan segalanya ok , Fakhrul kembali menaiki keretanya.

“Damn it” Fakhrul melihat beg laptopnya yang sudah tersadai di lantai keretanya. Fakhrul merengus kegeraman saat menarik beg laptop dan beberapa documen yang sudah berselerak itu. Hari ini benar - benar menguji kesabarannya.

Saat itu matanya ternampak sampulan surat yang sudah terkeluar isinya. Dadanya yang baru tadi lega kembali berdebar kencang saat melihat kepingan gambar yang berselerakan itu. Perasaannya bercampur baur saat itu tetapi sebelum sempat dia hendak menghadam segalanya sekali lagi tingkapnya diketuk menyuruhnya keluar daripada kawasan kemalangan itu.

Fakhrul memandu tanpa arah. Matanya terasa panas. Sakit pengkhianatan yang dirasainya itu tidak mampu dia hadam. Kepalanya pusing. Entah berapa lama dia memandu, akhirnya kereta diberhentikan di sebuah taman rekreasi yang sudah terbiar.

Perasaan tadi yang menyesakkan dadanya kembali. Tetapi kali ini dengan kuasa berkali ganda. Antara rasa tidak percaya , kecewa , marah , sedih , sakit kerana ditikam sebegitu rupa oleh satu - satu insan yang dia cintai tidak terbayang.

Terketar - ketar tangannya saat memasukkan CD yang disertakan dengan gambar tadi ke laptopnya. Dia dapat merasakan urat matanya menegang melihat aksi isterinya dan Aiman di dalam kamar. Tubuh yang menjadi miliknya semenjak 8 bulan lepas sekarang telah tercemar.

“Arghhhh” jeritan Fakhrul kedengaran di segenap kereta itu. Laptop Di tangannya ditumbuknya sehingga hancur.

“Perempuan sial!” air matanya yang tidak pernah gugur semenjak dia kembali ke rumah keluarganya waktu usia 4 tahun hari itu gugur. Setiap saat kebenciannya semakin bertambah.

“I love you like a crazy man. I fucking love you. You did exactly what I knew you would do. Liar!” Fakhrul menjerit keseorangan dikala senja itu. Sakitnya tidak terkata. Hatinya bagai dicarik seribu.

*************************************


“Eat” sepatah Fakhrul mengarah. Hana Aishah memandang mangkuk yang mengandungi bihun sup yang masih berasap itu.

“Saya tak lapar. Saya dah makan” Hana Aishah menipu seperti mana dia menipu mereka yang tidak pernah jemu mengajaknya makan di hospital. Bukan tidak mahu tetapi segalanya terasa seperti pasir semenjak kejadian malam itu. Seleranya mati tidak kiralah bagaimana dia paksa pun.

“I order, so you eat” tangan Hana Aishah sudah terketar - ketar mendengar suara Fakhrul yang tenang itu. Air matanya sudah bertakung kerana dia tahu nasibnya malam itu. Suara tenang itu mengundang seribu persoalan di mindanya.

Fakhrul meneruskan permakanannya tetapi Sesekali matanya memandang ke arah Hana Aishah yang masih tidak mengusik makanannya. Usai dia menghabiskan makanannya , dia menghirup jus epal sambil merenung Hana Aishah yang masih menundukkan pandangannya.

Fakhrul saat itu sedang duduk bertentangan dengan Hana Aishah. Dia mengangkat punggungnya sebelum melabuhkan punggungnya di sebelah isterinya. Bihun sup yang sudah suam itu dikacaunya.

“Open your mouth” Hana Aishah terkejut memandang suaminya. Matanya yang tadi seringkali dielakkan daripada bertembung dengan suaminya itu , diangkat. Dia merenung lelaki yang sedang menyudukan bihun itu kemulutnya penuh curiga.

“Saya... saya ... “ Hana Aishah kehilangan kata - kata.

“Kesian baby lapar. Sayang bukak mulut. Abang suapkan” air matanya kembali bertakung saat mendengar kata - kata penuh prihatin suaminya.

“Come on sayang” pipi Hana Aishah yang cengkung itu diusap Fakhrul. Air mata isterinya yang hampir tumpah itu disekanya.

Hana Aishah teragak - agak membuka mulutnya. Selepas tiga minggu menanggung deritanya , saat itu segalanya hilang. Untuk seketika dia terasa seperti wanita yang Fakhrul cintai. Untuk saat itu dia ingin lupakan segala kenangan pahit malam yang menyimpan seribu derita.

“See, you’re actually hungry. You finish it till the end. Next time jangan sombong , nanti baby yang lapar” Hana Aishah tertawa saat mendengar usikan suaminya.

Dia rindukan gurauan lelaki itu. Dia rindukan suaminya yang dulu. Dia rindukan lelaki yang tidak pernah jemu meluahkan kata cinta. Dia rindukan sentuhan penuh kasih sayang lelaki itu.

“Finish up your drinks. I’ll go and pay” Hana Aishah menganggukkan kepalanya perlahan melihat tubuh suaminya yang melangkah pergi menuju ke kaunter pembayaran.

“Is this real or am I dreaming” Hana Aishah memejamkan matanya rapat. Hatinya berbisik mempersoalkan perubahan drastik suaminya itu. Tiga minggu membisu tanpa bicara tiba - tiba hari lelaki itu beriaksi seperti malam itu tidak pernah terjadi.

*********************************


“Alhamdulillah “ mulut Hana Aishah tidak putus mengucapkan syukur saat kepalanya dilabuhkan di atas bantal di bilik tamu itu.

Tuhan telah memakbulkan doanya. Fitnah yang dilemparkan terhadapnya mungkin telah dirungkai suaminya. Sepanjang perjalanan pulang tadi masing - masing berdiam diri tanpa bicara.

Dia masih belum bersedia sepenuhnya untuk menerima sentuhan suaminya tetapi dia bersyukur sedikit demi sedikit sikap lelaki itu kembali ke suaminya yang dulu.

Senyuman terukir dibibirnya saat menutupkan matanya malam itu. Nafas lega dihelakan untuk kesekian kalinya. Malam itu dia berharap tidur yang tenang. Tanpa kebimbangan malam ngeri itu akan berulang. Tanpa imbasan - imbasan malam yang merobohkan maruahnya sebagai seorang isteri.

Entah pukul berapa Hana Aishah tidak pasti , tetapi dia dapat merasakan sesuatu yang berat menindas dirinya. Tubuhnya cuba digerakkan tetapi gagal kerana tangannya dikunci di atas.

Kepalanya yang memberat itu cuba dicelikkan. Tekanan yang dia hadapi semenjak tiga minggu lepas dalam keadaan dia sedang mengandung itu benar - benar memenatkan tubuh dan emosinya.

Matanya terasa berat tetapi Hana Aishah gagahkan jua. Matanya melihat sekitar bilik yang malap itu. Hanya cahaya lampu tidur sahaja menerangi bilik itu. Beberapa kali dikelipkan matanya cuba untuk menghilangkan kekaburan yang menyelubungi pemandangannya.

“Emmmmm” Hana Aishah mengerang kesakitan saat dia dapat rasakan pergerakan di atas tubuhnya yang semakin kasar itu.

Sekali lagi dia cuba membangunkan dirinya. Tubuhnya hampir berjaya untuk didudukkan tetapi saat tubuhnya ditolak kasar sehingga terbaring itu terus mengejutkan setiap sel badannya yang sedang tidur.

Perasaan panik mula menyelubungi dirinya. Hana Aishah dapat merasakan nafasnya yang menjadi semakin pendek itu. Air matanya mengalir lebat. Dia terasa sesak seperti dikurung di dalam satu ruangan yang semakin menyempit.

“Lepas .... let me go... help” suara cemas Hana Aishah memecahkan kesunyian malam itu.

Waktu itu deria pendengarannya dapat menangkap deruan nafas kasar yang sedang menghembus kasar ditelinga kirinya. Tubuhnya mengigil kesejukan saat dia dapat merasakan kulitnya yang tadi dilindungi baju tidur kelawar terdedah kepada kesejukan penghawa dingin yang dibuka pada suhu paling rendah itu.

Hana Aishah mula melawan. Tangan dan kakinya menendang sekuat yang dia mampu. Menggunakan sisa kekuatan yang masih berbaki tubuhnya cuba menolak benda yang sedang menindihnya. Kenapa mimpi malam ini terasa seperti tiada penghujung.

“Allah” kata - kata itu meluncur keluar daripada bibir nipisnya sebelum Hana Aishah menolak sekuat hati benda yang sedang menimpanya itu.

“Shut up” sejurus suara itu menampar gegendang telinganya, terus tubuhnya mengeras. Air matanya yang tadi mengalir laju terhenti.

“Abang... aaaabang” Hana Aishah memanggil kelegaan. Terus dipeluk tubuh itu.

“Aishah takut. I thought... I thought “ sebelum sempat Hana Aishah menghabiskan bicara, kata - kata Fakhrul mematikan segala harapan yang dia bina sebelum tidur.

“What? That asshole came to entertain you” dalam gelap malam itu mata suaminya tajam menuduh. Mata yang menyembunyikan segala rasa beberapa jam lepas , kembali menunjukkan keaslian sebenar rasa sang pemilik.

“Apa ... apa abang cakap ni? You were ok earlier” mengigil bibir Hana Aishah berbicara.

“What ? You think I’d forgot what you did just like that?” walaupun Hana Aishah tidak dapat melihat wajah suaminya tetapi suara suaminya mengejek kebodohannya jelas di pendengarannya. Air matanya kembali mengalir.

“Jangan abang. Aishah tak nak. It hurt. I dont want. Jangan paksa Aishah” Hana Aishah merayu di saat tangan Fakhrul kembali beraksi di atas tubuhnya yang sudah terdedah itu.

“Shut up!” jeritan Fakhrul berserta satu tamparan di pipi kanannya menggugurkan sisa kekuatan yang Hana Aishah kumpul.

Dia terbaring layu membiarkan sahaja perlakuan lelaki itu. Bodohnya dia kerana semudah itu mempercayai kata - kata manis suaminya. Bodohnya dia kerana masih lagi berdiri di situ.

**************************************


Pancuran air sejuk itu sekali lagi memberikan perasaan kebas yang menjalar ke segenap tubuhnya. Hana Aishah duduk sambil memeluk kakinya. Tangisannya tenggelam di sebalik bunyi pancuran air itu.

“Kau ingat aku bodoh nak lepaskan kau macam itu sahaja. Kau jangan ingat kau akan dapat bersama dengan kekasih hati engkau. You’re mine” kata - kata suaminya usai urusannya di bilik Hana Aishah malam itu berulang kali bermain di telinganya seperti radio rosak.

Pandangan lelaki itu sewaktu suaminya memakai semula pakaiannya membuatkan Hana Aishah terasa seperti pelacur. Hana Aishah duduk di kepala sambil menarik selimut untuk melindungi tubuhnya. Air matanya sudah kering. Pandangannya dibuangkan ke permaidani yang terdampar di lantai bilik tidur itu.

“You listen here. You do as I say after this and if I knew you talk to any guy ... you remember that night right. I will do worser than that” tangan kanan Fakhrul meraut wajah Hana Aishah kejap.

Mata Hana Aishah kosong tanpa rasa saat itu. Tubuhnya lumpuh tanpa reaksi. Sakit ditubuhnya sudah tidak dirasai. Dia tidak tahu mahu memberi reaksi apa. Segala kekuatan yang dia cuba kumpul hilang begitu sahaja.

Macam itu sahaja segalanya musnah. Hanya kerana gambar yang dihantar oleh entah siapa. Tiada usul periksa. Tidak lansung cuba selidik keaslian gambar itu. Hana Aishah dihukum tanpa sempat dia diadili.

Satu kesalahan yang lebih berat daripada membunuh , daripada merogol. Hukuman kerana mencintai seorang lelaki yang mengaku mencintainya tetapi hakikatnya itu hanyalah obsessi.


****************************

“Hana. Are you ok dear?” segaris senyuman Hana Aishah hadiahkan bukan gadis bermata sepet yang kelihatan risau disaat itu.

“Ok Mei. Don’t worry that pretty little head of yours, ok angel” Hana Aishah cuba meyakinkan Mei sekaligus dirinya.

Ok. Dia ok. Ok sahaja apabila suaminya hanya ber aku kau dengan dirinya. Ok sahaja apabila perlu , bilik tidur tamu itu akan dikunjungi suaminya dan usai nafsunya dilampias Hana Aishah ditinggalkan bersendirian seperti perempuan murahan. Ok sahaja dengan keadaan dia berbadan dua ini segala urusan rumah dia uruskan sendiri.

Rutinnya bangun seawal 5 pagi menyediakan sarapan untuk suami tercinta , membasuh pakaian lelaki itu , bersiap ke pejabat setelah membersihkan kembali pinggan mangkuk yang digunakan Fakhrul, bergegas menyelesaikan tugasan di tempat kerja supaya dia dapat pulang sebelum maghrib untuk menyediakan makan malam lelaki itu. Dia ok sahaja.

“I don’t like freeloaders so from today onwards prepare my meals and clothes. Make sure the house is clean. I don’t need to pay for maid when I have one here for free” kata - kata bisa lelaki itu memaklumkannya kerana dia tidak menyediakan sarapan untuk suami yang sama menidurinya tanpa rela malam sebelum itu. Kalau sebelum ini seminggu sekali akan ada pembantu rumah datang mengemas rumah banglo itu , pakaian lelaki itu diuruskannya sendiri.

“Hey mengelamun ingat hubby lah tu” Hana Aishah tersenyum pahit menyembunyikan kesakitan yang ditanggung saat mendengar gurauan Mei itu.

Nasi lemak daun pisang itu dikuis Hana Aishah. Seleranya sudah tiada. Dia makan pun kerana mengingatkan satu nyawa yang sedang membesar di dalam rahimnya. Dia kasihan dengan anaknya , belum lahir sudah perlu melalui kesusahan sebegitu.

Hana Aishah tiada masa lansung untuk dirinya , dengan kerjanya di hospital dan sekarang di rumah di mana dia tidak ubah seperti orang gaji. Kalau lelaki itu nampak Hana Aishah berehat , segala kata - kata hinaan akan keluar daripada mulut itu.

“Sejak dah jadi MO ni , you’re gotten so beautiful girl” ada nada cemburu yang Hana Aishah cuba sembunyikan disebalik gurauannya. Wajah Mei berseri - seri menampakkan bahagia. Bahagia yang sudah benar hadir di dalam hidup Hana Aishah.

“Hana lagi cantik ok. Dah pandai pakai mekap semenjak jadi Mrs Fakhrul ni” sekali lagi Mei tanpa sedar menoreh kembali luka yang mulai sembuh di hati Hana Aishah.

“Kalaulah kau tahu Mei. Kalaulah kau tahu mekap ni untuk tutup hadiah yang aku terima sebagai Mrs Fakhrul. Kalaulah kau tahu Mei , betapa aku tak mahu title itu” hati Hana Aishah menjerit sayu.

Dalam kelam kabut Hana Aishah menyediakan makan malam semalam , dia terpecahkan sebuah mangkuk kaca. Fakhrul seperti selalu hanya menanti alasan sekecil zarah untuk meluahkan kata - kata hinaannya. Cuma nasib Hana Aishah terlebih malang daripada biasa jadi tangan lelaki itu naik ke pipinya.

“Hana sorry. I didn’t mean to upset you. Kenapa Hana sedih ni? Mei ada salah cakap ke?” cepat - cepat Hana Aishah menyembunyikan luka di jiwanya saat melihat muka Mei yang kembali risau itu.

“Nothinglah Mei Mei” Hana Aishah cuba menyakinkan sahabatnya itu.

“Don’t lie to me Hana. I know you. You’ve gotten so thin. You don’t join us anymore. You’re always on your own. I’m worried about you” Mei tahu ada sesuatu yang Hana Aishah sedang sembunyikan.

Selepas puas menerima helah Hana Aishah setiap kali dia ajak berjumpa , akhirnya hari ini Mei pergi sendiri ke klinik bius dan menarik wanita itu untuk menemaninya.

Semenjak 2 minggu lepas Hana Aishah ditugaskan di klinik pakar bius sahaja. Arahan Dr Hamdan kerana pesanan suaminya. Hana Aishah terpaksa menebalkan mukanya apabila ada rakan - rakan sejawatnya tidak berpuas hati dengan layanan istimewa yang diterimanya.

“I promise you. I’m fine. Thank you for caring about me” Hana Aishah menggenggam tangan Mei erat. Mei masih tidak berpuas hati tetapi dia kenal dengan kedegilan Hana Aishah. Wanita yang sentiasa menyembunyikan seribu satu masalah kerana Hana Aishah tidak mahu menyusahkan orang sekeliling.

“I don’t believe you but I know how stubborn you are. But promise me , if anything just come to me. I’m here ok. We’re in it together “ Hana Aishah tertawa riang saat mendengar ayat sahabatnya itu.

“We’re all in it together. Macam high school musical pulak” Mei ikut tertawa. Lega sikit hatinya melihat Hana Aishah yang semakin ceria itu.

“Anyways where did you apply for your placement?” Hana Aishah terus mengubah topik. Tidak mahu terus - terusan Mei mengorek rahsianya. Biarlah dia tanggung sendiri derita itu.

“Johor lah babe. I cannot be away from my hubby. Its so hard taking care of Ada alone here. Provided he came every weekend but still its so hard” muka Mei sudah berkerut meluahkan rasanya. Mei betul - betul berharap akan dapat pindah ke negeri kelahiran suaminya itu.

“Gosh. I miss Ada. Is she a year already “ Hana Aishah teringat anak angkatnya itu. Rindunya dia pada anak Mei itu.

“2 more month and now she can cruise oh my god , she’s handful. I mean I love that kid but I’m not some superwoman. I cannot handle that baby alone. I can’t even imagine how single mothers are. They must be some kind of superwoman” Mei membebel tanpa perasan perubahan di wajah Hana Aishah.

“Is it that bad being a single mom? “ tidak sempat Hana Aishah hendak menahan persoalan itu meluncur di bibirnya.

Lama Mei terdiam. Dia cuba untuk membaca makna tersirat di sebalik soalan rakannya itu. Wajah Hana Aishah kelihatan seperti tersangkut di jerat.

“Hmmm. That’s quite a wide topic. I wouldn’t say bad but raising a kid up alone is a tough job. That I can assure you” Hana Aishah tertawa melihat muka cemberut Mei mengingati pengalaman membesarkan Ada bersendirian.

“But I guess a bigger issue here is raising your kids with a complete family. I grew up without a dad from 10 years old and its tough. I wish he was there to ward off all the bad people. I wish he was there to give me off when I got married. I wish he was there during my downfall to pick me up” Hana Aishah dapat merasai kepahitan di sebalik bicara Mei.

Bapa Mei meninggal sewaktu usia Mei 10 tahun manakala adik bongsunya berumur 4 tahun kerana serangan jantung. Lelaki yang berusia 34 tahun itu meninggal secara tiba - tiba di dalam tidurnya. Ibu Mei yang merupakan seorang ejen insuran membesarkan anak - anaknya sendiri.

“I’m sorry Mei” Hana Aishah menggenggam erat tangan wanita itu.

“Its ok babe. Kenapa Hana tiba - tiba tanya macam tu?” Mei cuba mengorek.

“Nothing. Lately I’ve been struggling with my emotions. My hormones is haywire so yeah” Hana Aishah mengusap abdomennya yang semakin menonjol itu.

“I’m still mad at you for not telling me you’re pregnant. I got to know it from admin staff while they were gossiping” Hana Aishah ketawa besar mendengar ayat Mei itu.

Tidak sampai 24 jam berita tentang kehamilannya sudah tersebar ke satu hospital. Atau lebih tepat , berita tentang Fakhrul junior yang bakal lahir.

“Sorry babe. So much going on. I haven’t even tell my family yet. I wanted to wait till I complete my 1st trimester” Hana Aishah menyembunyikan rasanya . Sampai saat ini ahli keluarga mereka tidak tahu.

“Seriously. You’re like how many weeks already ni” Mei memandang Hana Aishah pelik .

“19 weeks and 2 days” lebar senyuman Hana Aishah saat itu. Segala masalah seperti hilang sebegitu sahaja saat berbicara tentang nyawa yang sedang membesar di dalam rahimnya ini.

“You’re almost 5 month already. What the hell? I think your mom gonna beat your ass with batang penyapu because you’re hiding it” Hana Aishah tertawa gembira melihat muka Mei yang kelihatan risau itu.

“By the way where you want to float while waiting for placement?” Hana Aishah menjungkitkan bahunya menjawab pertanyaan Mei.

“I rasa tak sempat float terus dapat placement. Next week is my last week in anest” Hana Aishah mengacau milo ais yang pekat itu. Saat air milo itu menyentuh tekaknya , loyanya kembali kerana kemanisan air milo itu.

“Ya laaa right. You’re our batch. Tapi I’m sad . Nanti mesti pisah dengan Hana. I baru nak bagi anak kita bff macam kita” mulut Mei sudah muncung sedepa.

“I’m gonna miss you too Mei. Mei doakan Hana and baby” sayu pertanyaan Hana Aishah meminta.

“Hana. I’m worried about you. I hope nothing bad is happening. Promise me you’ll tell me” Hana Aishah hanya diam membisu. Dia tidak mampu memberi janji yang dia pasti akan nodai.

“Hana jangan fikir sangat ok. Hormones biasalah. Apa tuuu your mom selalu cakap. Mainan shaitan” untuk kesekian kalinya , tawa Hana Aishah pecah.

Hari itu , saat itu , untuk waktu itu dia mahu lari daripada masalahnya sebentar. Dia mahu lari daripada hinaan dan cacian suaminya. Dia mahu gembira walaupun untuk seketika.

Lama mereka berbual atau lebih tepat Mei berborak , Hana Aishah mendengar. Masa merubah pribadi seseorang. Kata - kata yang tepat sekali. Satu ketika dahulu mulut yang selalu becok adalah Hana Aishah tetapi dia sudah sampai ke satu tahap di mana hatinya sudah mati. Kalau tidak kerana anak di dalam kandungannya , mati seperti lebih baik.


*************************************


Tangan Hana Aishah mengusap lembut abdomennya. Tenang dia berzikir di dalam keretanya. Hampir 30 minit Hana Aishah duduk di dalam keretanya di hadapan tasik yang sama yang mengubah takdir hidupnya.

“Umi sayang cinta. Umi nak yang terbaik untuk anak Umi. Umi sakit tak apa , tapi nyawa Umi ni tak boleh sakit. Umi tak sanggup” air mata yang menjadi peneman setianya itu ikut gugur.

“InsyaAllah. Ini yang terbaik. Allah makbulkan doa Umi” Hana Aishah tersenyum pahit.

Baru dua hari lepas Hana Aishah berborak dengan Mei. Hari ini mereka semua telah mendapat penempatan mereka. Alhamdulillah Mei dapat kembali ke pangkuan suaminya di Johor.

Hana Aishah berbelah bahagi saat melihat keputusan penempatannya. Apa hikmah di sebalik penempatan ini hanya Dia yang tahu. Dia sudah penat cuba merungkai jawapan di setiap kejadian yang menimpanya.

“Hana ni jahat ke Mei?” perbualan mereka sebelum berpisah tempoh hari kembali ke ingatan.

“Apa Hana cakap ni. Hana , you are the kindest soul I’ve ever met. You are selfless. Things that you would do for your love one is unspeakable. Mei tak mampu jadi Hana. Mei tak mampu nak buat apa yang Hana buat untuk Mei waktu Mei pregnant with Ada. I’m so thankful that you are Ada’s godmother” Hana Aishah mengesat air matanya saat mengingati kata - kata sahabat baiknya itu.

“Tapi Mei kenapa bahagia tidak pernah kunjung tiba untuk Hana? Kenapa susah sangat perjalanan cerita cinta Hana? Kenapa anak Hana kena lalui semua ini sebelum sempat dia lahir ke dunia ini pun Mei?” soalan yang Hana Aishah mahu tanya kepada Mei. Dia mahukan jawapan kerana sudah lebih sebulan dia mencari tetapi jawapan itu tidak kunjung tiba.

Lama Hana Aishah duduk di dalam keretanya. Telefonnya ditatapi untuk kesekian kalinya. Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan. Matanya tidak berkedip saat melihat perkataan itu. Dia nekad dengan keputusannya kali ini. Demi anak di dalam kandungannya.

Enjin kereta dihidupkan semula. Jam menunjukkan pukul 5.45 petang. Hana Aishah perlu bergegas pulang. Suaminya pasti sudah menanti. Dia mengharapkan segala kekuatan yang dia mampu kumpulkan untuk membuat keputusan muktamad.


*************************************


“Kurang ajar” sebelum sempat Hana Aishah menghadam perkataan itu , pipinya yang menjadi tempat persinggahan lelaki itu semenjak dua bulan lepas kembali berdenyut kerana tamparan yang diterimanya petang itu.

Malangnya , tamparan itu bukan daripada tangan yang selalu memukulnya semenjak sebulan lepas. Tangan yang tidak pernah disangka akan naik ke mukanya.

“Ya Allah. Ujian apa lagi ini” Hana Aishah memandang wajah setiap manusia yang sedang menghakiminya saat itu. Tetapi yang paling perit , saat melihat sepasang mata Tengku Fakhrul yang memandangnya kosong. Tiada huluran , tiada dakapan , tiada lagi cinta. Yang tinggal hanyalah kebencian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience