Chapter 67

Romance Completed 625623

Hana Aishah berjalan perlahan menarik bagasinya. Sesekali dia berhenti untuk duduk di kerusi yang disediakan di lapangan terbang itu. Kandungannya sudah memasuki usia 8 bulan. Nasib baiklah dia masih dibenarkan untuk menaiki kapal terbang pulang. Tidak larat dia hendak memandu dalam keadaan sarat seperti itu.

“Cha!” Hana Aishah baru sahaja keluar daripada pintu ketibaan apabila namanya dilaung.

“Kina. Ya Allah” Hana Aishah terus meluru ke arah Sakinah sebelum memeluk wanita itu erat.

“I miss you so much” suara sebak Hana Aishah mengadu. Dia tidak mahu melepaskan pelukannya saat itu.

“Ya Allah. Besar dah anak ibu ni” Sakinah merenggangkan pelukannya sebelum mengusap abdomen Hana Aishah itu. Senyuman lebar dihadiahkan kepada Hana Aishah.

“Besarlah. Anak ibu nak keluar dah ni” Hana Aishah memberitahu ceria.

“Kau tak cakap pun nak balik raya” Sakinah memarahi Hana Aishah.

“Sorry Na. Last minute plan. Ni pun Alhamdulillah lepas naik flight” Hana Aishah memeluk lengan Sakinah mesra.

“Eee nasib baik alasan munasabah” Sakinah menjeling manja ibu mengandung yang cantik memakai jubah mengandung berwarna hitam itu.

“The important issue here is , what are you doing here?” Hana Aishah dapat melihat wajah Sakinah merona merah apabila mendengar soalannya.

“Omg , kenapa BFF aku blushing ni” Hana Aishah mengusik.

“Emmm , tunggu ... emmm .. tu” Sakinah menunjukkan ke arah jejaka yang sedang melangkah laju menuju ke arahnya.

“Patutlah melaram semacam” Hana Aishah mencubit pinggang Sakinah yang cantik berblaus hijau pucuk pisang yang dipadankan dengan seluar berwarna tanah itu. Wajahnya cantik dioles mekap.

“Chacha” lelaki itu menegur mesra.

“Ni bila nak masuk meminang baby aku ni” Hana Aishah memandang ke arah lelaki yang berjaya menawan hati sahabat baiknya itu.

“High maintenance bff kau ni. Kena simpan duit dulu. Karang kebulur anak dinosaur ni” selamba sahaja lelaki itu berkata sambil mengeyitkan matanya.

“Aek!” kedua - dua wanita itu menjerit kuat sehinggakan orang sekeliling memandang.

“Ok , ok sorry. Aku gurau je la. Ya Allah bergabung dua orang ni jadi T Rex terus” laju sahaja tangan Sakinah menumbuk lengan Zarik sampai lelaki itu menyeringai kesakitan. Hana Aishah tersenyum bangga melihat Zarik yang sedang mengurut lengannya.

“Padan muka. Mulut tu choi betul” Hana Aishah memarahi Zarik. Ada pula dia panggil mereka dinosaur.

“Alaa. Aku kan suka dinosaur so kalau korang dah sama level dengan dino so bayangkan betapa aku mencintai kamu” Zarik tersengih memandang kedua - dua wanita yang mencebikkan bibirnya mendengar ayat manisnya.

“Ok , ok I’m sorry. Meh aku belanja korang buka today” Zarik cepat - cepat mengajak. Sambil itu bagasi Hana Aishah dia timbunkan dia atas trolinya.

“You tengoklah, I makan sampai purse you kosong today” Sakinah sempat menjeling kekasihnya manja.

“Ehh. Korang proceed. Aku balik terus” Hana Aishah cepat - cepat mengelak.

“Lah, ajak lah sekali Fakhrul buka. Dia dah tunggu nak pick up kau ke?” Sakinah bertanya.

“Emmm tak . Dia ada .... ada op. So aku balik terus naik grab. Nanti dia bising pulak aku sampai rumah lambat” Hana Aishah mencipta alasan.

“No way. I’m not letting you take grab. Perut boyot macam itu” Zarik membantah keras.

“Korang, I really want to go out and eat tapi aku tak mintak izin Fakhrul lagi. You know him Kina” Hana Aishah menjadi serba salah tetapi dia tahu akan terjadi perang besar sekiranya dia mengikut Sakinah kerana adanya Zarik.

“Stop it. You’re coming. End of story” Sakinah sudah bercekak pinggang menjeling Hana Aishah tajam.

“Na. Please. I really can’t “ air mata Hana Aishah sudah bergenang.

“Yes you can. Fakhrul nanti aku yang settle kan. Now move your ass momma bear” Sakinah memeluk lengan Hana Aishah sebelum menyeret wanita itu menuju ke tempat parking KLIA itu.

“Korang. Aku okay. Hantar aku balik je. Tu pun aku dah berterima kasih sangat” Hana Aishah memandang ke arah Sakinah yang sudah duduk di belakang. Hana Aishah diarahkan untuk di depan kerana dekat belakang gegaran lebih kata Sakinah.

“Nope. Sit your ass down” Sakinah mengarah sambil tangannya laju memekan sesuatu di telefon bimbitnya.

“Hello Encik Fakhrul. Saya nak bawak Aishah keluar. I’m just informing you. Bye , Assalamualaikum “ mulut Hana Aishah ternganga melihat keberanian Sakinah.

“Did you just end the call without getting his reply?” nada Zarik bertanya tidak percaya. Mukanya kelihatan terkejut kerana dia tahu reputasi anak kedua Tan Sri Fadhil itu.

“Kau jangan bagi muka sangat Cha. I know lah he is your husband tapi kau tak perlu ikut rentak dia all the time. Nanti lama - lama dia naik minyak. Ingat kau tu isteri dia bukan hamba” Hana Aishah menundukkan wajahnya mendengar teguran pedas Sakinah itu.

“Alaa , ni yang malas ni. ChaCha monyok , Baby Nana aku masam. Hilang selera” Zarik cuba berseloroh dan akibatnya kepalanya di sekeh Sakinah.

“Jangan nak melawaklah. Not funny. Dah lah I yang kena book tempat makan” Zarik hanya mampu tersengih.

Perjalanan mereka dimulakan. Hana Aishah berdiam diri tanpa bicara. Kata - kata Sakinah terkesan di hatinya. Perbualan mereka beberapa hari lepas bermain di mindanya.

********************************


“Assalamualaikum Abang” suara ceria Hana Aishah memberi salam. Tiada jawapan.

“Abang sihat? Dah buka? Buka apa?” itulah rutin Hana Aishah setiap hari. Semenjak suaminya melawatnya dua minggu lepas suaminya mula mengangkat panggilannya walaupun susah untuk suaminya menjawab soalannya mahupun salamnya.

“Me and baby is doing ok here. Tadi buka makan nasi ayam Mek masak” Hana Aishah masih meneruskan bicaranya. Dia tahu lelaki itu masih setia mendengar apabila dia mendengar deruan nafas suaminya.

“Rindulah nak sahur and buka dengan abang. Hari tu sempat ramadan pertama je lepas tu abang dah balik” Hana Aishah masih meneruskan bebelannya.

“Ramadan first kita kan abang” Hana Aishah tersenyum lebar.

Hampir seminggu lelaki itu menemani Hana Aishah di situ. Mereka sempat bersama - sama menikmati ramadan pertama mereka sebagai suami isteri. Walaupun hanya sempat satu hari Hana Aishah bersyukur.

Sepanjang keberadaan mereka di sana , Fakhrul lebih banyak berdiam diri. Dia tidak memarahi Hana Aishah seperti sebelum ini. Tiada bahasa kasar yang digunakan , malahan tubuhnya sudah tidak disakiti.

Lelaki itu seperti mahu lari daripada kenyataan sebenar. Membutakan mata tentang masalah sebenar mereka. Hana Aishah pula tidak banyak membantah. Telunjuk suaminya diikut sahaja.

“Abang, raya ni Aishah balik insyaAllah. Dah book ticket . 3 days before raya” Fakhrul masih lagi membisu.

“I’m so excited. Baju raya semua Aishah dah beli. Tahun ni tema kita warna royal blue. Abang ok kan with that colour?” Hana Aishah menanti jawapan yang tidak kunjung tiba.

“Kalau abang tak okay tak apa, Aishah boleh pergi tukar. Abang nak colour apa? Senang Aishah nak cari” Hana Aishah seperti setiap hari mengharapkan walaupun sepatah kata daripada suaminya itu.

“Black” Hana Aishah terdiam sejenak saat mendengar ayat suaminya.

“Ok. Aishah carikan warna hitam untuk kita. Black is beautiful also. Can hide my hidden lemak” tawa Hana Aishah kedengaran.

“Black suit you because You’re a vile woman” kata - kata sindiran itu Hana Aishah hanya Aishah telan seperti biasa. Dia diam tanpa bicara. Cuba mengumpul kekuatan untuk memadam kata - kata itu.

“Flight Aishah Rabu tengah hari. InsyaAllah before buka Aishah sampai. Nanti abang ambik Aishah boleh. Nanti kita buka sekali. Bolehkan abang?” Hana Aishah menukar tajuk perbualan mereka.

“Kau ingat aku ni kuli engkau ke? Why on earth would I pick you up?” suara Fakhrul semakin meninggi. Air mata Hana Aishah sudah mulai menunjukkan tanda untuk memunculkan dirinya.

“Sorry abang. Aishah tak ada niat nak susahkan abang. Nanti Aishah pandailah balik rumah InsyaAllah. Dah besar pun nak orang ambik kan” dia cuba untuk menyedapkan hatinya dengan lawak hambar itu tetapi gagal.

“Ok lah abang. Aishah nak tidur. Abang have a good night sleep ye. Aishah doakan Allah mudahkan segala urusan abang. Aishah mintak maaf kalau Aishah lukakan hati or susahkan abang. I love you more than my own life” sebak suara Hana Aishah berbicara.

“Assalamualaikum abang” dia menamatkan panggilannya. Air mata yang ditahan mengalir jua.

Matanya memandang ke arah gambar perkahwinan mereka. Air mata Hana Aishah mengalir lebat.

“Umi buat ni untuk Adam. You need your Baba. Umi dah puas hidup. Tapi hidup Adam baru nak mula. May Allah give me strength “ Hana Aishah berbisik sendiri.

************************************


“Cha. I didn’t mean to upset you. Aku sayang kau. You know that right” Sakinah memegang erat tangan Hana Aishah.

Sakinah merasa serba salah melihat Hana Aishah yang hanya duduk membisu di hadapan makanan kegemaran wanita itu. Di saat terakhir Sakinah menukar rancangan untuk ke tempat steamboat kegemaran Hana Aishah di Shah Alam itu.

“Tak marah lah Kina. I’m fine” Hana Aishah tersenyum tawar.

“This is not my best friend. I know something is up with you. Aku ada dengan kau Cha” air mata yang ditahan Hana Aishah gugur.

“Cha” Sakinah terus bangkit dan duduk di sebelah Hana Aishah. Dia memeluk erat Hana Aishah.

Orang sekeliling sudah mula memandang ke meja mereka apabila esakan Hana Aishah menjadi semakin kuat. Zarif yang baru kembali dengan pilihan makanan mentah itu terdiam sejenak. Dia hanya diam tidak terkutik melihat Hana Aishah yang sedang meraung di bahu Sakinah itu.

“Sorry korang” Hana Aishah mengesat air mata selepas beberapa minit berlalu. Wajahnya dilarikan daripada mereka.

“Look at me” Sakinah terkejut saat melihat keperitan di sebalik sepasang anak mata itu. Wajah cengkung Hana Aishah dengan lingkaran hitam yang mendiami sepasang mata bundar itu. Sakinah terdiam dan sebelum sempat dia hendak berbicara azan Maghrib berkumandang.

“Makan. Aku suap jom” Maghrib itu , sepasang hati Hana Aishah yang sebatang kara itu kembali disiram bahagia. Setelah berbulan makan hati berulam jantung , iftar itu kedua - dua manusia yang tidak mempunyai pertalian darah itu memastikan ibu yang sedang hamil itu makan sepuasnya.


************************************


“Janji dengan aku. Please” suara Hana Aishah meminta. sudah lama mereka sampai di hadapan rumah banglo itu. Hati Hana Aishah berat mahu melangkah masuk ke penjara itu.

“Tell me Cha. Aku tak suka kau macam ... macam ni lah. Kau tahu kan aku akan selalu ada untuk kau” Sakinah memujuk Hana Aishah. Hana Aishah menundukkan wajahnya. Lama dia mengumpul kekuatan untuk memandang ke arah Sakinah yang sedang memegang bahunya erat.

“Tolong aku Kina” Hana Aishah merenung mata Sakinah di dalam gelap malam ke 27 ramadan itu. Zarik pula hanya memerhatikan tingkah laku Hana Aishah semenjak mereka berbuka tadi.

“Tolong apa Cha? Aku ada untuk kau” Sakinah yang duduk di kerusi belakang kereta Mazda CX5 itu memandang ke arah Hana Aishah.

“Janji dengan aku. Kalau ... if ... if anything happen to me kau jaga anak aku?” Sakinah terdiam saat kata - kata sayu itu meluncur keluar daripada mulut Hana Aishah.

“Astaghfirullahal Azim. Apa kau merepek ni Cha?” Zarik yang semenjak tadi diam tanpa bicara bersuara keras. Dia melihat bibir Hana Aishah yang terketar - ketar saat kata - kata itu meluncur di bibir Hana Aishah.

“Tolong Aek. Kina. Ini je aku mintak. Aku dah tak ada siapa - siapa. Aku ... aku tahu permintaan aku ni bodoh , tak masuk akal sekarang . Tapi kalau anything happen to me aku nak Adam dijaga oleh orang yang sayang dia. Kau sayang aku Kina. Jadi aku tahu kau akan jaga anak aku macam mana kau jaga aku” air mata Hana Aishah sudah mengalir lebat. Entah mengapa , malam itu hatinya mahu memeterai janji sebegitu.

“Kau cakap dengan aku sekarang , what the hell is happening? Don’t give me that bullshit ‘I’m fine’. Aku diam je dari tadi perhati. You’re not fine” suara Zarik sudah meninggi.

“I can’t “ suara Hana Aishah sebak memberitahu.

“Yes you can. This is not the same girl that I know. Hana Aishah kawan aku tak lembik macam ini” Zarik merenung Hana Aishah tajam. Hana Aishah hanya tersenyum hambar.

“Kalau tak boleh tak apa” Hana Aishah mengambil beg tangan yang diletakkan di tempat meletak kakinya. Zarik merengus geram manakala Sakinah menarik bahu Hana Aishah yang sedang membongkok untuk mencapai begnya itu.

“I know how strong you are so you’ll get through this also. Aku nak tengok kau and Adam. Aku tak nak salah seorang. Aku nak dua - dua” dalam gelap malam itu air mata Sakinah mengalir.

“Tapi ... Nauzubillah if anything happen , kau tahu tempat kau and Adam kena datang. Tempat yang tak pernah buang kau dan tak akan pernah buang kau and anak kau” Hana Aishah menarik Sakinah ke dalam pelukannya. Kedua - dua wanita itu menangis untuk kesekian kalinya malam itu.

“Aku tak nak paksa kau sebab aku tahu kau Cha. Tapi satu je , jangan hidup untuk orang. Hidup untuk diri kau sendiri. Sebab kau pun ada hati , ada perasaan. And you matter. This woman matter” Sakinah mencium dahi Hana Aishah lama.

Zarik yang melihat adegan itu terus mengalihkan pandangannya ke rumah banglo yang tersergam indah itu. Rumah yang membawa lebih banyak derita kepada hidup sahabatnya itu. Rasa sebak mencengkam dirinya.

“Thank you korang. Kenyang anak aku malam ni. Thank you ibu and uncle” Hana Aishah tersenyum ceria dalam kesembapan mukanya itu. Dia berdiri dengan beberapa bagasi di sebelahnya.

“I’m sending you in. You’re not pulling those bags on your own” sebelum sempat Hana Aishah menolak Zarik menarik bagasi Hana Aishah memasuki pagar kecil di sisi rumah banglo itu.

“Jom Cha. Ingat , no one can hurt you without your permission” Sakinah menutup mulut Hana Aishah sebelum sempat Hana Aishah membantah.

Mereka melangkah bersama - sama menuju ke pintu utama rumah itu. Masing - masing dengan perasaan bercampur baur. Zarik melangkah penuh yakin mahu melihat sendiri masalah yang cuba disembunyikan Hana Aishah.

Sakinah melangkah penuh kerisauan melihat sahabat baiknya yang sedang menanggung derita yang dia tidak ketahui. Hana Aishah pula melangkah dengan perasaan bercampur baur.

Lega kerana dia tahu apa pun yang terjadi selepas ini kepadanya Adam ada tempat untuk bergantung.

Takut menghadapi malam itu saat dia melihat kedua - dua kereta BMW yang diletakkan di garaj itu. Lelaki itu ada di dalam rumah dan dia dapat mengagak habuannya malam itu dengan adanya Zarik bersama mereka.

“Assalamualaikum” Zarik memberi salam usai menekan loceng. Debaran di dada Hana Aishah menggila saat dia mendengar derapan kaki lelaki itu.

“Waalaikumussalam” pintu kayu itu dibuka dan Fakhrul yang masih berbaju melayu and berkain pelikat itu memandang ke arah tiga sahabat baik itu.

“Abang” Hana Aishah terus mendapatkan Fakhrul dan menyalami tangan suaminya. Fakhrul mencium dahi Hana Aishah sebelum memeluk wanita itu.

“Sorry lah lambat Sir. We went for terawikh and then baru hantar Aishah balik “ Zarik memberitahu tetapi Fakhrul tetap merenung isterinya. Renungan yang Hana Aishah tidak faham.

“Sorry abang. Abang buka makan apa tadi?” Hana Aishah memberi segaris senyuman yang dipaksa kepada suaminya.

“I ate already. Dah jom masuk. Thanks for picking her up and sending her home” Fakhrul memandang ke arah Zarik yang merenungnya tajam. Fakhrul masih beriak bersahaja. Sakinah pula sejak tadi hanya diam memandang Hana Aishah yang sedang dirangkul erat Fakhrul.

“No problem. Cha anything just give us a call. We’re just one call away” Zarik sempat memesan sebelum menarik lengan Sakinah yang seperti patung tidak mahu berganjak dari situ.

“You. Come” Zarik memanggil lembut. Sakinah menarik Hana Aishah ke dalam pelukannya erat. Hatinya berat untuk melepaskan wanita itu pergi.

“Ingat pesan aku” Sakinah berbisik ke telinga Hana Aishah. Hana Aishah mengangguk perlahan.

Saat Zarik dan Sakinah melangkah pergi , Hana Aishah dapat merasakan awan kelam yang pergi kembali semula. Dia memalingkan tubuhnya memandang ke arah pintu rumah yang sudah kosong itu. Begnya masih berada di pintu masuk rumah itu. Hana Aishah tertawa hambar. Lakonan untuk menutup realiti sebenar suaminya benar - benar hebat.

Hana Aishah menarik kedua - dua beg bagasinya. Pintu utama rumah banglo itu dikuncinya. Dia harap malam itu berlalu pergi dengan pantas. Hukumannya bermula saat Sakinah dan Zarik melangkah keluar.

***********************************


Hana Aishah menyusun lauk pauk di atas meja. Jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang. Dia baru sahaja selesai memasak lauk berbuka. Fakhrul masih belum memunculkan diri.

Hana Aishah bergegas menuju ke bilik tidur utama untuk menunaikan solat asarnya. Usai solat zohor , Hana Aishah tertidur sehingga jam 5 petang. Nasib baik Sakinah menelefonnya kalau tidak memang dia terlajak tidur.

Penat semalam masih belum habis. Apabila mindanya mula berputar ke kejadian malam semalam cepat - cepat Hana Aishah beristighfar. Hana Aishah menyibukkan dirinya. Setiap luka yang ditoreh Hana Aishah akan jahit sendiri. Kalau dibiarkan sakit itu akan membunuhnya , hendak menunggu lelaki itu mengubatinya hanyalah angan - angan yang tidak akan kesampaian .

Saat kereta BMW Fakhrul meluncur masuk , Hana Aishah sedang menyapu dapur basah mereka. Dia segera meletakkan penyapu sebelum tangannya dibasuh. Rambutnya diikat kemas sebelum dia melangkah menuju ke pintu utama rumah banglo itu.

Fakhrul baru selesai menanggalkan kasutnya sewaktu Hana Aishah melangkah menghampirinya. Fakhrul merenung ke arah isterinya yang berjalan perlahan menuju ke arahnya dengan senyuman yang tidak lekang di bibir. Blaus kain kapas berwarna putih bertali halus itu membuatkan isterinya nampak seperti bidadari.

“Assalamualaikum abang” Hana Aishah menarik tangan suaminya sebelum menyalami tangan itu .

Fakhrul masih memandang Hana Aishah tidak berkedip. Dia terpaku melihat kecantikan wanita di hadapannya itu. Hana Aishah memandang sekilas lelaki itu sebelum mengambil beg laptop suaminya.

“Abang sempat lagi nak freshen up before buka. Aishah siapkan baju abang ya?” Hana Aishah melangkah perlahan membawa beg laptop suaminya. Fakhrul pula masih berdiri kaku.

“Abang. Aishah tanya ni” Hana Aishah memalingkan wajahnya apabila soalannya tidak berjawab. Dia melihat suaminya pelik.

“Abang” Hana Aishah meninggikan sedikit suaranya memanggil lagi. Fakhrul yang tiba - tiba tersedar itu terus membekukan reaksinya kembali.

“Aishah siapkan baju abang ya” Hana Aishah bertanya lagi lembut.

“Tak payah lah” Fakhrul tergesa - gesa melintasinya menuju ke tingkat satu banglo itu. Hana Aishah terpinga - pinga melihat reaksi suaminya.

“Buang tabiat ke apa laki aku ni” Hana Aishah menggelengkan kepalanya perlahan.

Sewaktu mereka berbuka puasa Fakhrul masih berperangai seperti tadi. Hana Aishah sampai menjadi tidak selesa apabila lelaki itu kerap merenungnya sepanjang mereka makan itu.

“Did I have something on my face?” Hana Aishah memberanikan dirinya bertanya. Fakhrul hanya menggelengkan kepalanya. Hana Aishah mahu terus bertanya tetapi mood suaminya yang tidak dapat dijangka itu mematikan niatnya. Sepanjang waktu mereka berbuka itu masing - masing membisu.

Hana Aishah sedang membasuh pinggan apabila dia perasan kehadiran suaminya. Sambil tangannya ligat membasuh sambil itu dia memandang suaminya. Tadi usai mereka solat maghrib Hana Aishah terus turun ke dapur untuk menyimpan lauk pauk yang terbuka dan membersihkan pinggan mangkuk kotor yang sudah mula bertimbun.

“Abang nak anything ke? Nak aishah buat kan air ke?” Hana Aishah memandang suaminya sekilas sebelum meneruskan pembasuhannya. Fakhrul masih lagi berdiam diri. Hana Aishah meneruskan tugasannya walaupun hatinya bingung.

“Abang ok ke ni? Kenapa Aishah tengok dari tadi diam je? Anything you want to share with me?” Hana Aishah melabuhkan punggungnya di sebelah Fakhrul. Pinggangnya diurut perlahan. Hari ini dia benar - benar kepenatan.

“Nothing “ sepatah Fakhrul menjawab. Seperti tadi Hana Aishah ditenung tanpa bicara. Hana Aishah tidak mampu membaca reaksi muka lelaki itu yang beku.

“Aaah” Hana Aishah mengeluh perlahan apabila denyutan di pinggangnya bertambah kuat.

“You keep on looking at me since earlier. No words came out from your mouth also. Aishah risau kan abang because I know something is bothering you” Hana Aishah berbicara dengan kerutan yang jelas diwajahnya.

“Sakit sangat ke pinggang tu?” Fakhrul yang dari tadi perhati itu bertanya. Hati Hana Aishah berbunga saat mendengar soalan prihatin suaminya.

“Its normal. He’s growing bigger anyway plus the turbulence was quite bad yesterday” Hana Aishah tersenyum pahit kerana menanggung sakit di pinggangnya.

“Abang boleh tolong urutkan pinggang Aishah?” Hana Aishah meminta setelah masing - masing lama berdiam diri.

“I’m going for terawih. When I get back make sure the bags are ready” Hana Aishah terpinga - pinga memandang suaminya. Sekejap betul lelaki itu berubah.

“Nak pergi mana abang?” Hana Aishah bertanya bingung apabila mengingati arahan lelaki itu.

“Bangsar” sepatah meluncur di bibir suaminya sebelum lelaki itu meninggalkannya pergi. Hana Aishah hanya menggelengkan kepalanya perlahan.


*************************************


Fakhrul melangkah masuk ke dalam rumah banglonya. Melihat lampu yang sudah dipadamkan di ruang utama rumah itu Fakhrul tahu Hana Aishah berada di atas. Kakinya meniti perlahan menaiki anak tangga yang hanya diterangi cahaya candeliar itu.

Saat kakinya melangkah memasuki bilik tidur utama hatinya dipanggut rasa bersalah. Hana Aishah sudah tertidur kepenatan di atas lantai beralaskan bagasi yang sudah separuh berisi itu.

Songkoknya ditanggalkan sebelum dia melangkah menuju ke tubuh Hana Aishah yang tertidur kepenatan itu. Perasaan bersalah , bimbang dan sedih bercampur baur.

Dengan berhati - hati tubuh isterinya diangkat. Badan Hana Aishah yang semakin berat dengan adanya satu nyawa lain yang sedang membesar di rahim wanita itu diangkat berhati - hati. Dia meletakkan isterinya di atas katil kelamin mereka.

Fakhrul menukar pakaiannya sebelum berbaring di sebelah isterinya. Tangannya naik mengusap pipi kiri Hana Aishah yang masih berbekas dengan tangannya.

“Kau memang saja buat aku naik angin kan. Saja nak bagi aku buat dosa malam - malam ramadan ni” kata - kata yang dia hamburkan kepada Hana Aishah malam semalam bermain di mindanya.

Amarahnya kembali saat melihat Zarik yang membawa bagasi Hana Aishah sampai ke pintu rumah mereka. Wanita itu lansung tidak menghormatinya , selamba sahaja keluar bersama rakannya.

Kenapa Hana Aishah sengaja mencari alasan untuk dia membenci wanita itu berkali - kali? Kenapa isterinya mesti mengingkari kata - katanya? Kenapa Hana Aishah seperti meminta untuk disakiti?

“Why does it hurt seeing you in pain? You deserve it after the pain that you gave me” bertubi - tubi soalan itu mengasak mindanya. Fakhrul menelentangkan badannya. Lengannya diletakkan di dahinya. Matanya dipejam rapat. Nafasnya dihela panjang.

“Sorry bos, I went through all the possible available test. Its real” kata - kata Simon siang tadi melemaskan dirinya.

Hatinya tidak mahu mempercayai bukti itu tetapi akalnya tidak dapat menolak fakta yang terbukti benar. Tetapi kenapa? Dendam kerana apa yang Fakhrul lakukan terhadap Hana Aishah sewaktu wanita itu berkerja di bawah seliaannya.

“Arghhhhh” Fakhrul menjerit kuat sebelum kakinya melangkah meninggalkan Hana Aishah yang terkejut mendengar jeritan itu. Hana Aishah cuba mendudukkan dirinya dengan bersusah payah. Mindanya cuba menghadamkan apa yang terjadi sebentar tadi. Dia melihat beg pakaian yang masih terbuka itu.

“Ya Allah. Dia marah sebab aku tak siap packing ke” Hana Aishah mengikat kembali ikatan rambutnya yang sudah terlerai itu. Dalam menahan kepenatan badannya kerana suaminya semalam dan sakit pinggang yang mencengkam dia menghabiskan juga tugasannya.


*********************************


“Assalamualaikum “ Hana Aishah memberi salam. Terkial - kial dia menarik bagasinya mereka. Fakhrul sudah meluru masuk ke rumah agam Tan Sri Fadhil itu.

“Ya Allah Hana, kenapa tarik beg sorang - sorang. Angah mana?” Hana Aishah memandang ke arah wajah tidak puas hati Tan Sri Fadhil. Laju kaki itu melangkah menuju ke arahnya.

“Abang tak sihat kot. Hana ok Papa” Hana Aishah terpaksa meletakkan dahulu satu bagasi kerana dia tidak mampu menarik kedua - duanya.

“Hana letak beg - beg tu dekat situ. Nanti papa suruh Mat bawak naik. Ish budak ni, sarat macam itu pun nak tunjuk hero” Hana Aishah terkebil - kebil memandang bapa mertuanya yang sedang menarik tangannya menuju ke ruang tamu.

“Pa, its ok. Nanti ...” Tan Sri Fadhil menjeling Hana Aishah lantas mematikan kata - kata menantunya itu.

“Jom teman papa. Kejap lagi lepas maghrib dah sempat. It’ll get busy. Jemaah datang nak bertakbir” Tan Sri Fadhil menarik Hana Aishah ke laman botanic rumah agam itu.

“Rindunya taman Papa ni” Hana Aishah melihat sekeliling taman itu. Situlah tempat dia selalu menghabiskan masanya sekiranya mereka ke sana. Taman yang menjadi saksi jatuh naik hubungan Hana Aishah dan Fakhrul.

“Cucu papa sihat?” Tan Sri Fadhil merenung abdomen menantunya yang sudah membesar itu.

“Sihat Tok Pa. Tak lama lagi jumpa Tok Pa” Hana Aishah tersenyum riang memandang bapa mertuanya itu.

“Tok Pa know you’ll grow up to be a great human being because you have the strongest woman raising you up” air mata Hana Aishah gugur mendengar doa ikhlas buat anaknya.

“Thank you Papa terima anak Hana when no one wants him” Hana Aishah memeluk lengan kiri Tan Sri Fadhil. Air matanya gugur laju.

Semenjak pagi tadi , ada sahaja yang tidak kena pada mata Fakhrul. Entah pukul berapa suaminya pulang Hana Aishah pun tidak pasti tetapi apabila Hana Aishah mengejutkan suaminya untuk bersahur lelaki itu menolak tubuhnya sehingga dia hampir terduduk. Nasib baik tangannya laju mencapai bingkai katil.

Semalam macam prihatin sangat hari ini terus berubah 360 darjah. Hana Aishah tahu kebodohannya meletakkan harapan kepada lelaki itu tetapi walau macam mana dia menolak pun , rasa cinta itu tidak mahu pergi.

“You are my daughter. This is my grandson. I will protect both of you. Hana sabar sikit ya. InsyaAllah , my PI is doing everything he could to bring those who wrong you and cucu papa ni to justice” Tan Sri Fadhil mencium ubun - ubun menantunya.

“Hana dah tak berharap dah papa. Kalau kebenaran tak terbongkat dekat dunia , insyaAllah the ultimate judge will do the justice. Allah is the ultimate judge kan” Hana Aishah menyeka air matanya.

“Ye la sayang. Umi tak nangis lah” Hana Aishah sudah tertawa riang saat anaknya mula menendang - nendang.

“Sayangnya dia dekat umi. Cucu Tok Pa sedih ke Umi nangis” tangan Tan Sri Fadhil secara automatik turun memegang abdomen Hana Aishah. Jelas bahagia dia mata tua itu saat cucunya menendang dengan galaknya.

“Thank you Papa. His own father doesnt even want to touch him” sebelum sempat Hana Aishah menahan kata - kata itu meluncur di bibir Hana Aishah.

Suasana sunyi seketika. Tan Sri Fadhil mengeluh berat. Dia tahu Fakhrul pasti sedang melakukan sesuatu mengikut akalnya. Dia kena sangat anak lelakinya itu. Kata hati tidak pernah didengari. Segalanya akan dibuktikan. Fakhrul tidak pernah salah.

“Papa... Papa ... Hmmm... “ dia tidak tahu mahu berkata apa lagi untuk memujuk menantunya itu. Dia tahu Hana Aishah sedang menderita di dalam senyapnya.

“Its ok Papa. Papa doakan Hana , Abang and baby. Hana nak doa Papa je” Hana Aishah merenung wajah Tan Sri Fadhil yang berkerut kerisauan itu.

“Papa sentiasa doakan Hana. Hana anak yang baik. Hana isteri yang baik. Hana akan jadi ibu yang terbaik untuk cucu Papa. I’m so lucky you came into our life” bibir Hana Aishah terketar - ketar menahan tangisan.

Saat itu Tan Sri Fadhil pasti tidak tahu betapa bermaknanya kata - kata itu kepada seorang yang bernama Hana Aishah. Sudah lama , sudah terlalu lama dirinya dirasakan hina dan tidak berguna. Sudah terlalu banyak cacian dan makian yang dilemparkan terhadapnya. Harga dirinya dipijak oleh bukan sahaja suaminya tetapi darah dagingnya sendiri.

“Hana yang beruntung. Hana dapat Papa. You’re not my father in law. You are a father that He send down for me. I’m thankful for that forever in my life” Hana Aishah melentokkan kepalanya di bahu Tan Sri Fadhil. Masing - masing hilang dalam bayangan awan gelap yang mula berjalan pergi membenarkan cahaya mentari untuk menerangi segenap alam.

“Bilakah mentari aku akan datang Ya Tuhan” hati Hana Aishah berbisik di hari terakhir bulan ramadan itu.

***********************************


“Mak. Seriously. I mean like seriously you think Kak Dik is capable of doing this” suara Alif Haziq sudah meninggi.

Alif Haziq yang baru sahaja kembali ke tanah air semalam. Masing - masing cuba mengelak setiap kali dia bertanya tentang Hana Aishah. Dia pasti ada sesuatu yang berlalu. Saat Hana Aqilah menunjukkan gambar - gambar yang menjadi punca kakaknya dibuang keluarga , Dia memandang ahli keluarganya tidak percaya.

“Yang Alif nak bising - bising ni kenapa? Kak Dik tu bukan malaikat tak akan buat salah apa - apa sepanjang dia hidup” suara Hana Aqilah kedengaran.

“Kak Chik jangan masuk campur. Kak Chik sukalah kan. Akak kan benci sangat dengan Kak Dik tu” Alif Haziq menjeling kakaknya yang sedang berpantang itu.

“Ehh ingat aku kisah ke. Kau nak sangat Kak Dik kau , don’t bother come back lah” suara Hana Aqilah ikut meninggi.

“Memang Alif tak nak stay dekat sini pun. You guys are too much. Kesian Kak Dik sorang - sorang. No one even bother to tell me kan” Alif Haziq menggelengkan kepalanya lemah. Dia hilang kata - kata saat melihat wajah ibunya yang benci sangat saat nama Hana Aishah meniti bibirnya.

“Abah pandang Alif sekarang. Tell me among the four of us Abah rasa Kak Dik tu mampu ke nak buat kerja sekeji ni?” Alif Haziq merenung mata bapanya yang sedang duduk bertentangan dengannya.

“Alif banyak dosa Bah. Kalau bukan sebab Kak Dik yang siang malam ingatkan Alif about both of you dah lama dah Alif tersasar. Now Mak tell me , that woman who has been doing nothing but trying to make both of you happy when the rest of us only give you pain ... yang the only sole purpose of her acts is just to please both of you... Mak bagi tahu Alif sekarang ... perempuan yang mak benci sangat nak dengar nama dia itu.. Hana Aishah itu sanggup ke buat benda yang melukakan hati mak dengan abah sampai macam ini sekali?” suara Alif Haziq sudah tersekat - sekat menahan sebak.

“Kak Wa dah lupa ke everything that she did to cover our mistakes. Kak Chik dah lupa how many times she has to clean up after your mess . Sampai hati korang” air mata Alif Haziq bergenang. Suasana sunyi menyelubungi ruang tamu rumah mereka. Menantu - menantu dan cucu - cucu Kapten Azam keluar sebentar memberi ruang untuk mereka sekeluarga berbicara.

“Alif nak pegi mana?” Hana Azuwa sudah berdiri memegang lengan Alif Haziq.

“Alif nak jumpa kakak Alif. Alif nak jumpa kakak Alif yang tengah mengandung anak buah Alif. Alif nak bagi tahu dekat dia yang Alif kenal Kak Dik Alif. Alif nak dia tahu , no matter what happen I will be here for her and her baby like how she’s been there all my life” Alif Haziq memandang wajah Hana Azuwa yang kelihatan sugul itu.

Hana Azuwa memandang wajah ibu bapanya dan Alif Haziq silih berganti. Kapten Azam kelihatan sugul manakala wajah ibunya kelihatan kecewa. Hana Azuwa bimbang akan kesihatan ibunya. Semenjak dua ini , ibunya selalu mendapat tekanan darah yang terlalu tinggi sehingga perlu menambah ubat.

“Alif pergi dulu Kak Wa” sebelum sempat Hana Azuwa menahan , Alif Haziq sudah berlalu pergi.

“Aku tak sangka sampai porak peranda keluarga aku Hana Aishah buat.” kata - kata kecewa itu meniti di bibir ibu yang melahirkan Hana Aishah.

Share this novel

fea
2021-12-06 22:02:23 

sedihhh

JihaAlcatraz
2021-02-28 17:45:11 

sedihnya part ni... hanya alif yg percaya aishah. si aqilah tu mmg dasar... dia yg jijik tp tak sedar diri. aib dia tertutup kerana aishah... emosi plk sy

Nuyul Aini Raqem Azni
2020-09-07 08:10:02 

i tak kuat nak baca..air mata mengalir..hati terasa sedih..


NovelPlus Premium

The best ads free experience