Hana Aishah merasakan kepalanya berdenyut - denyut. Kalau tanya kadar kesakitannya sekarang memang pada skala maksima. Dia yang sedang berbaring terlentang itu mengiring ke kiri. Kepalanya semakin sakit apabila tempat pembaringannya itu bergoyang.
“Auwww” Hana Aishah menutup kembali matanya apabila cahaya matahari yang terik itu menyuluh ke dalam anak matanya.
“Aishah” Hana Aishah yang terkejut mendengar suara garau disebelahnya itu terus menegakkan badannya. Akibatnya kepalanya terasa seperti sedang berpusing 360 darjah.
Hana Aishah mengerang kesakitan sambil memegang kepalanya yang sudah tidak bertudung itu. Selepas beberapa minit dia dapat merasakan pergerakan yang menyebabkan perutnya bergolak itu terhenti.
“Hana Aishah” perlahan suara garau itu memanggil sebelum sepasang tangan mengurut kepalanya.
“Hmmm” tangan Hana Aishah masih menutup matanya. Cahaya yang terang itu menyebabkan kepalanya semakin sakit.
“Lean on your right side and slowly open your eyes” arahan itu diikuti Hana Aishah.
“Loya” suara serak Hana Aishah itu mengadu.
“I know, that’s why you need to open your eyes and drink this water” selepas beberapa minit Hana Aishah membuka matanya. Cahaya matahari tidak seterang tadi kerana badan sasa itu melindungi matanya daripada cahaya terik itu.
“Oh god , I want to vomit” Hana Aishah tiba - tiba rasa seperti mahu menangis.
“Hey, its fine. You’re ok” pujukan itu menyebabkan air matanya tumpah. Laju tangan Hana Aishah memaut bahu itu dan menangis. Peristiwa tadi kembali ke ingatannya. Lama Hana Aishah menangis teresak - esak di bahu itu.
“Sorry” Hana Aishah melepaskan pelukannya dan memandang ke arah manusia yang dia peluk. Dalam keadaan dia yang sedang ketakutan itu , Hana Aishah tidak dapat berfikiran waras.
“Mr Fakhrul” terbeliak mata Hana Aishah memandang lelaki di hadapannya itu.
“Sorry. I’m so sorry” laju Hana Aishah meminta maaf. Dia takut dirinya dimarahi Fakhrul. Matanya tercacap ke baju Fakhrul yang sudah basah di bahagian dada kirinya.
“Basah dah” kelam kabut tangan Hana Aishah mencari tisu untuk mengelap baju Fakhrul yang sudah basah kuyup dengan air matanya.
“Stop” arahan itu keluar dari mulut Fakhrul sambil tangannya memegang pergelangan tangan Hana Aishah untuk menghentikan segala usaha Hana Aishah untuk membersihkan bajunya.
“My shirt is the least of my concern right now. Are you ok or not?” tajam mata Fakhrul menikam ke dalam anak mata Hana Aishah. Mata Hana Aishah yang merah dan bengkak itu dipandangnya. Tangan Fakhrul masih memegang erat pergelangan tangan Hana Aishah.
“Ok. Sorry for troubling you” perlahan suara Hana Aishah menjawab.
Hana Aishah mengalihkan pandangannya daripada mata Fakhrul yang berwarna coklat itu. Dadanya berdegup kencang seperti baru habis marathon.
“I don’t trust you” Fakhrul terus memandang ke arah gadis itu. Tadi sewaktu dia di lobi hospital, dia ternampak Hana Aishah yang sedang berjalan lenggang keluar daripada hospital.
Dia mengekori Hana Aishah yang lansung tidak mengendahkan manusia disekelilingnya. Hana Aishah seperti berada di dalam dunianya sendiri.
Fakhrul ingin bertanya tentang kejadian tiga hari lepas sewaktu dia terserempak dengan Hana Aishah dan papanya di lobi hospital. Dia tidak puas hati apabila Hana Aishah asyik mengelak daripadanya sejak hari itu.
“Where are we now?” Hana Aishah melihat kawasan sekelilingnya. Mereka sedang berhenti di sebuah perhentian. Dia tidak pasti sekarang pukul berapa tetapi cuaca panas itu menandakan hari yang masih siang. Hana Aishah menarik keluar telefon bimbitnya untuk melihat telefonnya.
“Astaghfirullah, where my tudung?” kelam kabut Hana Aishah cuba mencari kain untuk menutup rambutnya. Sewaktu memandang ke arah telefon bimbitnya, dia tertekan butang kamera. Terkejut dia melihat dirinya dengan rambut terdedah.
“I removed it earlier when you fainted?” apabila Hana Aishah pengsan, perasaan yang sama sewaktu hari Hana Aishah kemalangan itu dirasai Fakhrul.
Tangannya mencempung badan Hana Aishah dan membaringkan gadis itu di tempat duduk penumpang sebelum dia menanggalkan tudung shawl jersey yang dipakai Hana Aishah itu.
Fakhrul memeriksa keadaan Hana Aishah dengan tenang kerana dia tahu kalau dia panik , dia tak mampu untuk membantu gadis yang pengsan itu.
“Nak tudung balik?” Hana Aishah menutup rambutnya dengan kedua - dua belah tangannya seboleh mungkin sebelum memandang muka Fakhrul dengan mukanya yang sudah bahang.
“Tell me first whether you’re ok or not?” Fakhrul yang sedang memegang tudung Hana Aishah itu bertanya. Dia tidak kisah dengan keadaan gadis itu yang sudah hampir menangis kerana auratnya terbuka.
“I’ll be ok after you give me my tudung. Please” Fakhrul yang melihat Hana Aishah yang cuba melindungi rambut Hana Aishah yang panjang berjurai itu memberikan tudung Hana Aishah kembali. Muka gadis itu sudah merah menahan tangisan.
Fakhrul hanya memerhatikan Hana Aishah yang melilit tudungnya dalam masa sesaat itu lantas menyembunyikan rambut hitam yang ikal mayang itu.
Fakhrul yang panik sewaktu melihat Hana Aishah pengsan terus bergegas ke bahagian tempat pemandu kereta Myvi pink itu dan terus memandu keluar daripada hospital.
Selepas beberapa minit suasana sunyi di dalam kereta, Fakhrul menukar gear kepada mode D dan meneruskan pemanduannya keluar daripada perhentian itu dan memasuki lebuh raya yang lengang itu.
“Where are we heading?” Hana Aishah yang sedang menegakkan kerusinya yang dibaringkan itu bertanya.
“To your parent’s house where I’m telling them you need help” selang 10 minit lelaki itu memberikan jawapan yang menyebabkan Hana Aishah kerisauan.
“Please no. I don’t want them to know” suara Hana Aishah yang sebak itu mengusik hati Fakhrul.
“Aishah please don’t be stubborn. I want to knock you for always getting into trouble but....” ayat Fakhrul itu tergantung beberapa ketika sebelum dia mengeluh dan menyambung.
“That night was a big trauma for you. You’re not fine. You had a panic attack Hana Aishah” Hana Aishah hanya menundukkan wajah mendengar bebelan lelaki itu yang jelas geram dengannya.
“Please. They dont need to be burden by my problem. I can handle this” Hana Aishah tidak mahu kedua ibu bapanya risau. Inipun dia bersyukur sangat kerana sejak 2 minggu lepas bapanya mengizinkan Hana Aishah memandu sendiri walaupun ibunya masih berat hati untuk melepaskannya.
Suasana sunyi menyelubungi mereka. Sesekali Fakhrul menghalakan pandangannya kearah Hana Aishah yang memeluk tubuhnya memandang pemandangan di luar.
***************************************
Hana Aishah terjaga apabila suara ombak pantai menyapa telinganya. Dia menggeliatkan badan. Tangannya yang didepakan itu tertolak sesuatu objek disebelahnya.
“Oh mak” Fakhrul yang mendengar Hana Aishah melatah itu terus tidak jadi marah kerana tangan gadis itu menumbuk mukanya sewaktu Hana Aishah menggeliat , apabila muka gadis itu kelihatan terkejut melihatnya.
“Sleeping Queen” omel Fakhrul sambil mematikan enjin sebelum membuka pintu kereta Myvi itu dan keluar.
Hana Aishah turut keluar daripada keretanya , laju kakinya mengejar Fakhrul yang sudah menuju ke arah pantai yang terbentang luas dihadapan mereka.
Tergamam Hana Aishah melihat laut biru dihadapan mereka itu. Walaupun matahari masih tegak di atas kepala mereka , angin laut yang bertiup itu menyejukkan badan Hana Aishah itu.
“Dekat mana ni?” Hana Aishah melabuhkan punggung di sebuah pohon kayu yang sudah tumbang dan terdampar di persisiran pantai itu.
Fakhrul yang duduk berdekatan dengannya itu hanya mengangkat bahu seperti mengatakan dia tidak tahu.
“Ish dah bawak saya sampai sini , takkan Mr Fakhrul tak tahu nama tempat. Macam mana nak balik . Oh my god!” Fakhrul memberikan pandangan semacam melihat Hana Aishah yang kelihatan kalut itu.
“Back to yourself. Kalut. Good” Fakhrul memalingkan mukanya ke arah lautan biru yang luas terbentang di hadapannya. Masing - masing hanya senyap melayan perasaan sendiri.
“Mr Fakhrul. What time is it?” setelah lama masing - masing melayan perasaan di persisiran pantai itu , Hana Aishah bertanya. Dia yang tidak tahu kemana jam tangannya hilang bertanya.
“Almost 4” Fakhrul yang sedang duduk bersilang kaki di atas pohonan kayu bakau itu kelihatan sangat relax. Satu pemandangan yang Hana Aishah tidak pernah lihat.
“Jom” Fakhrul terus mengangkat punggungnya sebelum menepuk- nepuk pasir yang melekat di seluarnya itu.
“Huh?” Hana Aishah pelik melihat lelaki ini. Arahannya seperti biasa sepatah sahaja dan dia harapkan semua orang akan faham isi fikirannya itu.
“Mr Fakhrul nak pergi mana ni?” Hana Aishah cepat - cepat memboloskan diri ke tempat duduk pemandu kerana Fakhrul sudah menghidupkan enjin keretanya.
“Eee , tak menyempat” bebelan Hana Aishah itu dibiarkan sepi.
Fakhrul sesekali melihat ke telefonnya. Hana Aishah pelik melihat lelaki itu. Seperti mencari sesuatu. Hana Aishah cuba mengecami kawasan itu tetapi gagal. Papan tanda jalan juga tidak membantunya. Telefonnya sudah habis bateri.
Selepas hampir 15 minit pemanduan, kereta Myvi itu memasuki perkarangan sebuah surau.
“Solat asar sekali” Fakhrul memesan sebelum melangkah keluar menuju ke arah surau kecil tersebut. Hana Aishah tercengang sebentar mendengar ayat lelaki itu yang sudah menghilang di sebalik pintu surau kayu yang kelihatan usang itu.
Hana Aishah sedang duduk berteleku di atas sejadah selepas waktu asar itu. Satu keluhan berat dilepaskan daripada mulutnya.
“Beratnya Ya Allah” hatinya berbisik kepada Penciptanya. Dia rasa ujiannya bertimpa - timpa sejak kebelakangan ini. Dia mahu menangis kerana sungguh dia tidak kuat.
“Wash away all my sins with these test. Its too hard. You’re listening right” Hana Aishah suka duduk dan bercakap begitu dengan Penciptanya. Kalau bercakap dengan manusia , mana mungkin mereka faham dirinya seratus peratus.
**************************************
“Thank you Mr Fakhrul. Sorry saya susahkan” mereka tiba di rumah ibu bapa Hana Aishah apabila jam menghampiri pukul 8 malam. Selepas menunaikan solat di surau tadi , mereka berhenti makan di sebuah warung.
Selepas di paksa Fakhrul, Hana Aishah berjaya menghabiskan separuh daripada Nasi Goreng Kampung yang di pesan Fakhrul itu. Perutnya terasa terlalu penuh.
“Don’t think about it. Just rest” pesanan Fakhrul itu melekat di minda Hana Aishah sebelum Fakhrul melangkah pergi selepas menyerahkan kunci kereta Myvi itu kepada Hana Aishah.
Hana Aishah hanya memandang lelaki yang hilang disebalik kegelapan malam itu. Sudah lama lampu jalan raya di kawasan perumahannya rosak oleh itu diwaktu malam jalan taman mereka memang gelap gelita.
Dia ingin menjemput Fakhrul masuk ke rumahnya tetapi di risau akan persoalan yang akan muncul daripada kedua ibu bapanya.
“Mr Fakhrul balik macam mana nanti. Saya hantar ke hospital lah” Hana Aishah teringat kembali perbualan mereka sewaktu menghampiri kawasan perumahannya.
“No need to worry about me. I’m dropping you off” selepas itu kedua - duanya senyap.
Hana Aishah perasan yang papan tanda jalan raya yang mereka lalui itu. Rupa - rupanya pantai yang mereka pergi tadi berada di Port Dickson.
Jauh Fakhrul memandu tadi tetapi sejujurnya dia hanya memandu tanpa arah tujuan apabila Hana Aishah memintanya untuk tidak menghantarnya pulang ke rumah siang tadi.
“Adik. Astaghfirullah. Where did you go? Why didn’t you pick up your call?” sergah Teacher Basirah apabila anaknya itu masuk melalui pintu utama rumah.
“Mak ni. Jawablah salam dulu nasib baik adik tak heart attack tau” Hana Aishah mengurut dadanya kerana terkejut dengan sergahan ibunya yang memakai baju kelawar itu.
“Mak punyalah risau. Sampai mak call hospital. Kalau pukul 10 adik tak sampai , mak suruh abah pergi police station” geram Teacher Basirah melihat muka anaknya yang kelihatan penat itu.
“My phone died mak and I went out with a friend” Hana Aishah mengerah kakinya menaiki tangga. Dia terlalu penat.
“Adik. I’m talking to you and you’re climbing up” Kapten Azam yang mendengar suara tinggi isterinya itu bergegas ke tangga rumahnya.
“Ya Allah, apa bising - bising ni” Kapten Azam yang hanya memakai kain pelikat itu memandang muka isterinya yang tengah merah menahan marah dan anak perempuannya yang pucat itu.
“Anak abah ni lah. Dah la buat orang risau and then lansung tak nak jawab saya tanya” Teacher Basirah tidak senang duduk sejak tengah hari tadi apabila anaknya tidak balik - balik ke rumah. Selalunya paling lewat anak perempuannya itu akan pulang pada waktu tengah hari.
“Adik . Where did you go ? Mak tanya kan?” suara Kapten Azam tegas bertanya.
“I told her already. I went to see my friend and my phone died” Hana Aishah geram apabila ibu bapa melayannya seperti budak kecil.
“Hana Aishah. Mind your word” Kapten Azam geram melihat jawapan acuh tidak anaknya itu.
“I’m going up” Hana Aishah terus meluru ke dalam bilik. Pintu bilik dihempas kuat. Dia marah dengan dirinya kerana apa yang terjadi pada hari itu. Hana Aishah tidur dalam tangisannya malam itu.
P/s : sorry for the delay, had some problem uploading the chapter yesterday. Enjoy.
Share this novel