Chapter 24

Romance Completed 625664

“Hana!” Hana Aishah yang sedang berjalan menuju ke arah tempat letak kereta staf itu memalingkan muka ke arah punca suara itu. Keadaan langit yang sudah gelap itu menyukarkan Hana Aishah untuk mengecam susuk tubuh yang sedang berlari anak menuju ke arahnya.

“Hana!”laung suara garau itu sekali lagi. Susuk tubuh tadi semakin jelas kelihatan dan dia dapat mengagak gerangan manusia yang sedang menghampirinya itu. Kakinya yang dihentikan tadi kembali bergerak menjauhi bayangan itu.

“Hana, wei tunggulah!” suara yang semakin dekat itu Hana Aishah pekakkan. Kepalanya masih kusut dengan hal dua hari lepas, dia tiada masa untuk melayan masalah lain. Tiba-tiba kakinya terhenti apabila lengan kanannya di tarik oleh sepasang tangan daripada belakang.

“Let go of my hand!” Hana Aishah mengeraskan suaranya. Dia sudah penat dengan masalah yang datang tanpa henti di dalam hidupnya sejak kebelakangan inj.

“I’m sorry ok” Hana Aishah hanya mendiamkan diri tanpa sebarang balasan. Lelaki di hadapannya ini telah melukai hatinya dengan terlalu dalam.

“Say something. Aiman minta maaf dekat Hana” Hana Aishah hanya melepaskan satu tawa sindiran. Ayat itu selalu Aiman gunakan kalau dia membuat salah. Suatu ketika dahulu ayat itu cukup untuk membuatkan Hana Aishah memaafkan kesalahan Aiman, tetapi kali hukuman yang Aiman jatuhkan ke atasnya terlalu berat.

“Hana please. Aku betul - betul minta maaf. I shouldn’t be listening to those rumors. I should’ve trusted you. I know what kind of girl you are. I know you won’t do such things” Hana Aishah memandang tepat kearah Aiman.

Cahaya lampu jalan yang menerangi muka Aiman yang berkulit coklat susu itu. Aiman yang merupakan anak mami Penang mempunyai rupa paras yang lawa seperti pelakon hindustan. Sering kali keakraban mereka disalah anggap oleh rakan sekerja.

“Kau kenal aku ke?” muka Aiman yang jelas kepenatan itu memandangnya dengan perasaan yang sedih. Mata Hana Aishah memandang tepat ke dalam anak mata Aiman. Jelas penyesalan di sebalik mata itu tetapi sudah terlalu lambat untuk Hana Aishah maafkan.

“Sampai hati kau Man. Kau kawan baik aku dunia akhirat. I thought even if the whole world is against me , kau tetap akan ada dekat sisi aku. Tapi aku salah” air mata Hana Aishah bergenang. Dia penat dengan ujian demi ujian yang menimpa dirinya tanpa henti.

“Hana...” Hana Aishah mengangkat tangan kanannya sekaligus mematikan bicara. Suasana sunyi menyelubungi mereka.

“Sampai hati kau percaya aku sanggup buat benda tak senonoh macam itu. Sampai hati kau Man” air mata Hana Aishah meluncur laju.

Dia tidak pasti samaada kesedihannya itu kerana kekecewaannya dengan Aiman ataupun kerana memikirkan masa depannya yang kelihatan gelap sekarang.

“Hana aku mintak maaf . Please” Aiman menarik lengan kiri Hana Aishah yang dipegangnya dari tadi. Tubuh Hana Aishah didekatkan dengan dirinya.

Kalau ikutkan perasaannya mahu sahaja dipeluk gadis itu. Hana Aishah sangat jarang menangis. Oleh itu perasaan bersalah semakin menebal di dalam dirinya apabila melihat air mata Hana Aishah yang tumpah kerana dirinya.

Air mata Hana Aishah masih turun dengan lebatnya. Tubuhnya sudah terenjut - enjut selari dengan air matanya yang turun seperti tiada tanda akan berhenti.

“Hana janganlah nangis . Aku minta maaf” Aiman cuba sedaya upaya untuk memujuk gadis itu. Esakan Hana Aishah semakin menjadi - jadi.

“What the hell is happening here?” Fakhrul yang tiba - tiba muncul itu merentap lengan Hana Aishah yang dipegang Aiman. Hana Aishah diletakkan di belakang badannya.

“Mmm ...M.. Mr Fakhrul” tergagap - gagap suara Aiman melihat Fakhrul yang memakai seluar jeans dan berbaju T-Shirt berleher bulat itu. Satu gaya yang dia tidak pernah lihat dipakai jejaka yang sentiasa kelihatan segak dengan pakaian pejabatnya. Muka Fakhrul yang macam singa itu menggentarkan Aiman.

“I’m asking you. What. The. Hell . Is . Happening. Here!” Fakhrul bertanya kembali dengan menekankan setiap perkataannya.

“Saya .. urhh . Hana .. . Erm ..” Aiman bersyukur kerana suasana yang gelap hanya sinari cahaya malam itu melindungi wajahnya yang sudah pucat lesi itu. Dia terkejut melihat Fakhrul yang tiba - tiba muncul entah daripada arah mana. Setahunya tadi hanya ada dia dan Hana Aishah di kawasan tempat letak kereta ini.

“Balik Man. Don’t come near me anymore “ sejurus berkata begitu Hana Aishah pergi meninggal kedua - dua orang lelaki itu. Aiman yang mahu mengekori Hana Aishah itu dihalang oleh Fakhrul.

“Don’t touch what’s mine!” Fakhrul menolak tubuh Aiman sehingga lelaki itu terdorong ke belakang. Aiman menggosok bahunya kanannya yang terasa sengal akibat tolakan Fakhrul yang membontoti Hana Aishah yang sudah hilang disebalik gelap malam itu.

“Gila lah mamat ni. Dah lah muncul tiba - tiba daripada arah mana entah lepas tu nak ugut-ugut pulak” selepas beberapa ketika Aiman melangkah perlahan menuju ke arah keretanya. Sedih hatinya memikirkan hubungannya dengan Hana Aishah.

Dia tidak sepatutnya mempercayai fitnah yang disebarkan itu. Seminggu selepas Hana Aishah mula bercuti akhir posting di jabatan Ortopaedic, gambar Hana Aishah yang sedang berpelukan dan berciuman dengan Fakhrul tersebar ke satu hospital.

Pada mulanya dia memarahi rakan - rakan sekerjanya yang menyebarkan fitnah tersebut tetapi apabila dia melihat gambar itu dan mengecami baju yang dipakai Hana Aishah di dalam gambar itu , dia tidak dapat membuangkan perasaan marahnya.

Pada hari terakhir Hana Aishah berkerja di jabatan Ortopaedic, mereka bersarapan bersama - sama di kafetaria hospital sebelum Hana Aishah pulang. Baju yang dipakai Hana Aishah itu masih jelas di fikirannya.

Dia merasa marah kerana Hana Aishah sanggup melakukan perkara terkutuk tersebut. Aiman dengan mudahnya membuang Hana Aishah daripada hidupnya. Setiap kali dia bertembung dengan Hana Aishah dia akan berpura - pura seperti tidak melihat gadis itu. Dia selalu melihat Hana Aishah makan seorang diri di kafetaria hospital tetapi tidak pernah diendahkan gadis itu.

Kejadian di rumah Mei menyedarkannya tentang keterlanjurannya mempercayai fitnah yang dilemparkan kepada Hana Aishah. Oleh itu dia melakukan penyiasatan mengenai gambar tersebut. Dia masih tidak tahu siapa yang menghantar gambar tersebut tetapi dia pasti ada pihak yang mahu menjatuhkan Fakhrul dan akibatnya Hana Aishah menjadi mangsa.

Lebih menyukarkan penyiasatannya itu apabila tempat gambar itu diambil berdekatan dengan tempat binaan bangunan baru hospital maka tiada kamera keselamatan di situ.

Sudah seminggu lebih dia cuba berjumpa dengan Hana Aishah tetapi gadis itu sentiasa mengelakkan diri apabila bertembung dengannya. Hari ini dia nekad untuk bersemuka dengan Hana Aishah. Aiman tamat kerja sejak pukul 5.30 petang tetapi dia menanti Hana Aishah di lobi hospital.

“Hana please forgive me, I was wrong again” berat hatinya untuk memandu pulang. Lama Aiman duduk termenung di dalam keretanya. Dia terlalu sayangkan Hana Aishah. Sahabat yang tidak pernah berkira, sentiasa memikirkan kebahagiaan orang lain lebih daripada dirinya.
************************************


“Aishah!” untuk kesekian kalinya lengan Hana Aishah ditarik. Bezanya tadi Aiman menarik lengan kanannya dengan lembut tetapi lelaki seorang ini merentap lengan kanannya kasar.

“Lepaslah” Hana Aishah memulas lengannya supaya dapat dilarikan daripada cengkaman kuat Fakhrul itu. Denyutan sudah dia rasai di lengannya itu dan Hana Aishah pasti lebam akan menyusul tidak lama selepas itu.

“Why can’t I hold you? You were fine when he was holding you. You two looks so cozy under the moonlight just now” Fakhrul memerli Hana Aishah dengan pedas.

Fakhrul yang mahu mengajak Hana Aishah untuk makan malam kerana ingin membincangkan tentang hal mereka itu terkejut melihat Hana Aishah berdiri begitu rapat dengan Aiman. Lebih memanaskan hatinya apabila Aiman memegang lengan Hana Aishah walaupun berlapik.

“Mr Fakhrul ni apasal huh? Don’t disturb my life. Tak cukup lagi ke apa yang Mr Fakhrul dah buat!” Hana Aishah seperti dirasuk. Dia menjerit memarahi Fakhrul , dia sudah tidak kisah sekiranya ada telinga yang mendengar.

“Remember Hana Aishah, you are mine” Fakhrul menarik Hana Aishah sehingga gadis itu hilang imbangan dan terpeluk tubuh Fakhrul. Tangan Fakhrul yang tadi memegang lengan Hana Aishah laju merangkul pinggang gadis itu dengan kejap.

“Mr Fakhrul buat apa ni. Saya jerit nanti” Hana Aishah sudah ketakutan melihat perlakuan Fakhrul. Badannya yang disaluti blaus chiffon nipis berwarna mustard itu sudah berpeluh kerana ketakutan.

“Scream, let them see how I’m really hugging you now instead of carrying you when you fainted that day” muka Fakhrul yang berada sangat rapat dengan muka Hana Aishah sehinggakan dia dapat bau nafas mint yang keluar daripada mulut lelaki itu.

“Why are you being quiet? Scream like you want Aishah“ Fakhrul melihat muka gadis itu yang jaraknya hanya seinci daripada mukanya. Muka Hana Aishah sudah bertukar pucat melihat situasi mereka yang sedang berpelukan itu. Gadis itu sedang berusaha untuk meloloskan diri daripada pelukan Fakhrul itu.

“Ya Allah apa ni Mr Fakhrul. Berdosa lah apa yang Mr Fakhrul buat ni. Saya bukan muhrim Mr Fakhrul , haram tau tak!“ Hana Aishah dapat merasa kehangatan tangan lelaki itu yang memeluk pinggangnya erat.

“When I touch its haram but when he touch its halal is it? C MN I’ve seen both of you touching each other so many times” Fakhrul merenung muka Hana Aishah tajam.

“Berlapik lah!” Hana Aishah membalas renungan lelaki itu.

“ This is berlapik also what?” Fakhrul memerli Hana Aishah. Sakit hatinya melihat kemesraan Hana Aishah dengan Aiman.

“Mr Fakhrul , lepaslah. Astaghfirullah hal azim. Tolonglah” Hana Aishah sudah mengalirkan air matanya. Perasaan takut menyelubungi dirinya , dia risau sekiranya sesiapa melalui kawasan itu dan melihat situasi mereka.

“I’ll let you go if you promise me not to let any other men to touch you?” Fakhrul tidak suka melihat Hana Aishah yang mesra dengan rakan sekerja lelakinya. Tidak kisahlah sama ada mereka ada perasaan ataupun tidak. Dia akan pastikan benda itu tidak akan terjadi lagi selepas malam ini.

“Who the hell are you to dictate my life?” Hana Aishah sudah mula menengking walaupun air matanya masih lagi mengalir. Dia tidak pasti kerana apa dia terlalu sensitif semenjak kedatangan Fakhrul ke rumahnya hari itu. Air matanya terlalu mudah untuk keluar.

“Your. Future. Husband “ satu persatu perkataan itu ditekankan. Muka Fakhrul yang bertukar serius itu memandangnya.

“In. Your. Dream” Hana Aishah pula menekankan ayat itu. Dia masih tidak mahu mengalah. Dia cuba untuk mengangkat lututnya dan menendang Fakhrul di mahkota lelakinya seperti yang di ajar guru Taekwandonya , tetapi lelaki itu dengan mudah mengunci kesemua pergerakannya.

“We can stay here until forever. I’m not letting you go until you promise me” Fakhrul masih dengan muka tenangnya.

Hana Aishah sudah kenal sangat dengan reaksi muka lelaki itu. Selagi Hana Aishah tidak berjanji maka mereka akan berada di dalam posisi ini sehingga bila - bila. Kalau Hana Aishah dianggap sebagai degil , lelaki ini adalah sepuluh kali ganda kedegilan Hana Aishah.

Hana Aishah tidak tahu berapa lama mereka berpelukan seperti itu tetapi tangan lelaki itu masih kejap memeluk pinggangnya manakala dagu lelaki sudah lama mendarat di bahu kirinya apabila Hana Aishah memalingkan mukanya ke sebelah kanan dan membuang pandangannya ke arah hospital. Dia risau sekiranya ada manusia yang melihat mereka dalam keadaan sebegini.

Hatinya berdoa agar tiada siapa melalui kawasan itu. Keretanya diletakkan di bawah pohon cendana di sudut paling hujung tempat letak kereta itu.

“Mr Fakhrul, somebody is heading here. Lepaslah tolong” Hana Aishah merayu apabila melihat kelibat 3 orang manusia yang sedang menuju ke arah tempat letak kereta. Badannya digerakkan ke kiri dan kanan dalam usaha cuba meloloskan diri tetapi gagal.

“Mr Fakhrul please “ air matanya yang telah terhenti tadi kembali lagi. Fakhrul mengangkat dagunya dan memandang tepat ke dalam anak mata Hana Aishah. Mukanya yang masih lagi selamba tanpa perasaan takut itu walaupun suara manusia bergelak ketawa semakin jelas di pendengaran mereka.

“I promise “ akhirnya perkataan itu terkeluar daripada mulut Hana Aishah.

“Promise what?” Fakhrul mengangkat kening kanannya yang lebat itu. Mata bulat Hana Aishah sudah tidak tentu arah memandang ke arah tiga orang manusia yang semakin mendekati mereka itu.

“Yang tadi tulah. Cepatlah Mr Fakhrul. Diorang dah dekat tu”Hana Aishah rasa seperti darah telah disedut keluar daripada badannya. Mukanya pasti sudah pucat lesi kerana ketakutan.

“ ‘Tadi tulah’ what? Say it clearly?” Hana Aishah memandang muka lelaki itu dengan pandangan tidak percaya. Lelaki itu lansung tidak takut kalau ada orang melihat mereka dalam keadaan seperti ini.

“I won’t let other men touch me. Puas !” geram Hana Aishah menjawab. Muka Fakhrul tersenyum bangga.

“Puas” Fakhrul melonggarkan pelukannya dan menggerakkan badannya kebelakang sedikit beberapa saat sebelum tiga bayangan manusia tadi yang merupakan jururawat itu melepasi kereta Hana Aishah.

“I hate you” Hana Aishah menekan punat di kunci keretanya sebelum membuka pintu keretanya.

Hana Aishah dapat melihat ketiga - tiga orang jururawat itu berbisik sesama sendiri. Hana Aishah tidak dapat mengecam mereka daripada jabatan mana kerana keadaan kawasan tempat letak kereta yang gelap itu tetapi dia pasti gosip terbaru ini akan tersebar luas.

Hana Aishah yang baru sahaja melabuhkan punggung di kerusi pemandu kereta Myvi itu terkejut apabila Fakhrul membuka pintu keretanya di bahagian penumpang dan ikut duduk di sebelahnya.

“Apa ini Mr Fakhrul? Keluarlah. Saya letihlah. I want to go home” jelas kepenatan Hana Aishah daripada suaranya yang sedang merayu Fakhrul supaya menghentikan drama ini.

Fakhrul menolak kerusi penumpang yang didudukinya kebelakang dan menyelesakan dirinya.

“Phone!” Hana Aishah yang tidak mahu bergaduh dengan Fakhrul dengan mudahnya memberikan telefonnya.

Hana Aishah mahu pulang oleh itu dia akan lakukan apa sahaja janji dia dapat lari daripada lelaki ini.

“I’ll pick you up from your parents house on Friday. We’re going out” Hana Aishah hanya mendiamkan diri mendengar arahan Fakhrul itu. Tangan lelaki itu masih lincah menekan skrin Iphone Hana Aishah.

“I’ve mark every men’s names in your contact list, explain to me on Friday why their number need to be saved or else delete it before Friday ” Fakhrul menyerahkan kembali Iphone Hana Aishah.

Kepala Hana Aishah berdenyut memikirkan tentang situasi ini. Ini baru permulaan, dia sendiri tidak pasti sampai tahap mana Fakhrul akan menyeksanya.

“Understood?” Hana Aishah hanya menganggukkan kepalanya. Dia tidak mahu bertegang urat dengan lelaki itu. Air matanya akan tumpah sekali lagi jika dia berlama - lama di situ. Fakhrul membuka pintu kereta Myvi itu dan keluar. Matanya melihat Hana Aishah memandu pergi.

“Drive safe future bride” Fakhrul memulakan langkah menuju ke keretanya apabila kelibat kereta Hana Aishah sudah hilang daripada pandangannya. Tanpa dia sedari senyuman lebar bermain di bibirnya buat kesekian kalinya.

*********************************

Hana Aishah membuka pintu utama rumah ibu bapanya. Jam menunjukkan pukul 6.30 petang. Perlahan kakinya melangkah ke arah tangga rumahnya.

“Where did you go yesterday? Why you didn’t come home and didn’t inform us your whereabouts yesterday?” Kapten Azam yang muncul daripada arah dapur itu bertanya.

Mukanya yang selalu tersenyum itu kelihatan tenang tetapi ketenangan itu sangat menakutkan berdasarkan pengalamannya sewaktu kecil dahulu. Itu adalah permulaan untuk dia dimarahi ayahnya. Kapten Azam jarang marah tetapi sekali dia marah memang seperti seorang Kapten memarahi tenteranya.

“Friend’s house” Hana Aishah sudah tidak kisah apa yang akan terjadi pun. Sejak kedatangan keluarga Tan Sri Fadhil hari itu Hana Aishah lansung tidak bercakap walaupun dengan kedua ibu bapanya.

Hana Aqilah yang baru kembali daripada percutian dengan rakannya merasa pelik melihat situasi tersebut tetapi Hana Aishah tetap berdiam diri dan hanya menguncikan diri di dalam biliknya. Setelah di asak - asak akhirnya ibunya menceritakan segalanya.

***********************************

“Wah mamat hot tu ke mak. Achik selalu jugak tengok dia melawat kakdik waktu kakdik sakit haritu” Hana Aqilah merasa gembira kerana ini bermakna perkahwinannya dapat diawalkan sekiranya kakaknya itu akan berkahwin.

“Entahlah Adik itu. Hari itu bukan main mengamuk depan keluarga Tan Sri tak nak kahwin dengan Fakhrul itu” Teacher Basirah yang sedang duduk termenung di laman rumahnya itu mengeluh berat.

Malu dia apabila anak perempuannya itu menunjukkan sikap biadap di hadapan tetamu. Tidak pernah dia ajar anaknya berperangai sebegitu.

“Tapi kan mak , kesian Kakdik. Maybe she have feeling for other guy that she’s scared to tell you” Hana Aqilah merasa tidak adil bagi Hana Aishah terpaksa mengahwini lelaki yang tidak dicintainya manakala dia dan Hana Azuwa dapat mengahwini lelaki pilihan mereka sendiri.

“You think she got any boyfriend is it? Plus she got the nerve to tell me she’s gay” hati Teacher Basirah masih menggelegak memikirkan ayat yang keluar daripada mulut Hana Aishah itu. Kalau ikutkan hatinya memang dia cili mulut anaknya itu.

“Apalah mak ni? You really believe that is it?” Hana Aqilah sudah ketawa mengekek mengenangkan ayat kakaknya itu.

“Habis itu daripada dulu sampai sekarang tak pernah bercinta , if it’s true macam mana. Nauzubillah. I don’t care anymore , she is marrying Fakhrul. Fullstop” Hana Aqilah hanya mampu menggelengkan kepalanya mendengar ayat ibunya itu.

Walaupun dia kasihankan kakaknya itu tetapi dia gembira kerana angannya untuk bersatu dengan kekasih hatinya akan termakbul lebih awal daripada yang dijangkanya.

*************************************


“What kind of motel do you think this is? You think you can come and go at your own wish is it?” suara Kapten Azam sudah meninggi. Kesabarannya tercabar melihat jawapan acuh tidak acuh anak gadisnya itu.

“This is my house and you are my daughter , so you follow my rules!” Teacher Basirah yang sejak tadi berdiri di belakang dinding itu memunculkan dirinya mendengar tengkingan Kapten Azam itu.

Dia risau sekiranya Kapten Azam akan naik tangan dengan Hana Aishah. Sewaktu kecil dahulu kesemua anak - anaknya memang dididik dengan penuh disiplin oleh itu rotan merupakan makanan ruji mereka. Hana Aishah dan Alif Haziq paling selalu dirotan kerana kedegilan mereka berdua. Tetapi sekarang anak - anaknya sudah terlalu besar untuk dipukul.

“Abah” Teacher Basirah memanggil lembut sambil mengusap lengan kiri suaminya. Dia cuba menenangkan situasi tersebut. Hana Aishah yang memakai baju kurung pesak berwarna coklat gelap itu hanya mendiamkan diri di anak tangga rumahnya.

“Jangan biadap Hana Aishah. We were so worried sick the whole night and you didn’t even have the courtesy to pick up your phone call. Awal ingat awak dah besar sangat ke Hana Aishah!” Kapten Azam terus terusan menengking Hana Aishah.

Sepanjang malam semalam sehingga ke hari ini dia dan isterinya tidak dapat duduk tenang kerana memikirkan keberadaan anak perempuannya itu.

“Adik minta maaf dekat abah. What you did was wrong” Teacher Basirah tahu sangat kedegilan Hana Aishah itu kerana itu gadis itu lansung tidak menyalami tangan mereka sebelum pergi ke tempat kerja seperti selalu sejak kejadian hujung minggu baru - baru ini.

“Kalau susah sangat adik pindah keluarlah. Memang tak nak adik duduk sini kan. I’m troubling everyone right until both of you need to marry me off to somebody even without my consent” suara Hana Aishah kedengaran sebak. Dia cuba menahan air matanya daripada tumpah.

Malam semalam selepas kejadian di tempat letak kereta bersama dengan Fakhrul , Hana Aishah tidak mahu pulang ke rumahnya. Hatinya sakit memikirkan perbuatan ibu bapanya menerima pinangan daripada Firaun itu.

Oleh itu , dia menumpang tidur di rumah Sakinah , sahabatnya sewaktu sekolah menengah dahulu. Nasib baik ibu bapa Sakinah pergi menunaikan umrah jadi Sakinah hanya tinggal keseorangan di rumahnya di Putrajaya itu.

Sakinah merupakan sahabat baiknya sewaktu sekolah menengah dahulu. Satu yang Hana Aishah suka tentang sahabatnya itu , gadis berbadan gempal itu tahu bila dia perlu meminjamkan telinganya dan Hana Aishah hanya perlukan bahunya.

Semalam Hana Aishah menangis semahunya di bahu Sakinah. Gadis itu hanya memeluknya erat. Tiada satu perkataan diucapkan oleh gadis itu sehingga pagi tadi sewaktu Hana Aishah mahu pergi ke tempat kerjanya.

“You’re the most stubborn headed girl I’ve known but your heart is so big that it can fit a million of people in it. Whatever Allah is testing you right now because He knows you’re strong. Use that stubbornness to persevere and use that kindness in you to treat that pain you’re feeling” satu pelukan erat dihadiahkan Sakinah untuk gadis yang semakin kurus di hadapannya ini. Dia memandang ke arah Hana Aishah yang memakai baju kurung yang Sakinah pinjamkan itu.

“Makanlah lebih sikit Cha. Ni baju aku waktu sekolah menengah kau tahu tak. Still look loose on you” Hana Aishah hanya tergelak mendengar komen rakannya itu.

“Sorry Kina susahkan kau. Aku dah tak tau nak pergi mana. You’re always my safe place” air mata Hana Aishah bergenang kembali.

“Dahlah tu. Karang mata kau bengkak lagi . Ni mesti orang ingat kau putus cinta tengok level swollen eyes kau” Sakinah kasihan melihat rakannya itu.

“Nanti kita keluar makan ok. Kau suap aku makanan berbuku - buku ok” Hana Aishah memberikan senyuman selebar yang dia mampu.

“Drive elok-elok. Aku sayang kau. Allah sayang kau sebab itu ujian kau extra “ Sakinah mencium pipi Hana Aishah. Susah hatinya melihat muka cengkung itu. Kali terakhir mereka berjumpa sebelum Hana Aishah bertukar jabatan , gadis itu masih kelihatan tembam sedikit.

************************************

“Adik jangan kurang ajar dengan abah dan mak. You’re still our daughter” muka Kapten Azam sudah merah menahan amarahnya.

“Adik akan ikut cakap mak abah tapi adik tak redha kahwin dengan lelaki itu dan kalau jadi apa - apa dekat adik later on both of you will regret this deeply” Hana Aishah berlari menaiki tangga menuju ke biliknya.

Air matanya sudah kering. Kalau itu apa yang ibu dan ayahnya mahukan dia akan ikut tetapi hatinya tidak akan redha dengan segala yang berlaku ini. Dia tahu syurga dia di bawah tapak kaki ibunya. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka dengan membantah keputusan kedua ibu bapanya tetapi kekecewaannya itu adalah hak dia untuk merasa .

Share this novel

Norazyah Hamid
2020-02-10 13:26:55 

kesian sungguh kat hana rasa sedih pulak


NovelPlus Premium

The best ads free experience