Chapter 44

Romance Completed 625671

“Come in” sejurus mendengar suara suaminya , Hana Aishah melangkah masuk ke dalam bilik 45 di klinik pakar ortopaedik itu yang suaminya telah buat harta sendiri semenjak lelaki itu mula berkerja di hospital itu.

“Assalamualaikum. Sorry Aishah kacau you” Hana Aishah memasuki bilik yang meninggalkan banyak sejarah pahit dalam hidupnya. Entah berapa puluh kali dia dipanggil ke bilik itu sewaktu dia berkerja untuk lelaki itu. Tidak terkira makian yang diterimanya di dalam bilik itu.

“Waalaikumussalam. Sayang buat apa dekat sini?” Fakhrul yang sedang sibuk menaip di laptop itu terhenti sebentar apabila mendengar suara Hana Aishah.

Sepanjang hampir dua bulan mereka berkahwin sekalipun isterinya tidak pernah hadir ke tempat kerjanya. Jangankan datang ke jabatan ortopaedik , hendak berjalan berdua pun wanita itu selalu mengelak.

“Aishah try call you tadi tak dapat. The line is bad here kan” Hana Aishah berdiri kekok di hadapan meja Fakhrul.

“Hmmm. I guess so. No incoming call from you also” Fakhrul melihat Iphonenya sekilas. Wajah Hana Aishah yang serba salah itu dipandangnya.

“Why are you standing up? Come here” Fakhrul memanggil Hana Aishah untuk mendekatinya. Hana Aishah memandang ke arah pintu bilik yang tertutup itu. Bimbang pula dia kalau ada orang masuk.

“Tak apa lah you. I berdiri je. Nak
cepat ni. I nak jumpa you sebab nak mintak izin” Hana Aishah meneruskan bicara. Dia mahu cepat-cepat keluar daripada bilik itu. Tadi pun staf - staf klinik sudah memandangnya semacam.

“For?” Fakhrul sudah menegakkan dirinya daripada pendudukannya sebelum menggerakkan kakinya ke arah Hana Aishah.

“Aishah nak keluar dengan Kina petang ni. You oncall kan?” Hana Aishah mahu mempercepatkan proses dia di dalam bilik itu tetapi suaminya pula ada agenda lain. Fakhrul menarik Hana Aishah ke dalam pelukan.

“What time are you coming back?” Fakhrul melihat ke arah Hana Aishah yang makin tidak selesa diperlakukan sebegitu.

“You ... janganlah. Nanti orang masuk” Hana Aishah berusaha sedaya upaya untuk meleraikan lengan sasa suaminya yang melilit pinggang Hana Aishah itu.

“You out of all people should know better than to barge into my room without knocking. Who else will be there?” Hana Aishah menelan air liur melihat renungan tajam suaminya. Terus terhenti segala usahanya untuk menjauhi lelaki itu.

“Errr ... few other schoolmates of mine” Hana Aishah memandang lelaki itu penuh pengharapan.

“Any guys?” Hana Aishah mengangguk kepalanya lemah mendengar jawapan suaminya. Dia mahu berterus terang tetapi dia tahu akibatnya harapan untuk permohonannya diluluskan akan menjadi tipis.

“How many of them?” Fakhrul membetulkan tudung isterinya. Anak - anak rambut yang curi 1 curi - curi keluar daripada tudung bokitta itu disisirkan kembali ke dalam.

“Got Aek , Abu , Lester and Mat. Tapi girls lagi banyak. Ada 5 more people minus me and Kina” Hana Aishah menanti jawapan suaminya dengan debaran. Dia betul - betul mahu berjumpa dengan rakan - rakan sekolahnya.

“Ok. Sayang drive sendiri ke Kina ambik?” Hana Aishah sudah tersenyum bahagia mendengar jawapan Fakhrul itu. Secara automatik dia merangkul leher suaminya mesra sebelum pipi lelaki itu dikucup beberapa kali.

“Thank you . Thank you . Thank you. Aishah happy sangat” Fakhrul merenung muka isterinya yang tersenyum gembira itu.

“Happynya. Sukalah tinggalkan abang” rajukan Fakhrul itu Hana Aishah balas dengan gelengan.

“Mana ada. Aishah happy je stay dengan you. Cuma its like a small reunion for us. We’ve finally met Aek , so yeah. And Aishah drive sendiri. Kesian my baby in pink tu. Its been awhile since I drove her” Hana Aishah bersyukur kerana selepas pujuk rayunya 2 minggu lepas , abahnya menghantar keretanya sekaligus melawat rumah Fakhrul itu.

Hari itu mereka membuat makan - makan bersama keluarga Fakhrul dan Hana Aishah. Walaupun pada mulanya Fakhrul tidak bersetuju tetapi melihat kegembiraan di wajah wanita itu , dia bersyukur kerana mengikut cadangan isterinya.

Apabila adik beradik dia dan Hana Aishah bergabung , rumah yang sentiasa sunyi itu mula riuh dengan pelbagai kerenah. Mereka datang dan masak beramai - ramai dan akhirnya pembakar yang di belinya 5 tahun lepas dapat digunakan.

Pada dia mungkin keluarga tidak penting , tetapi keluarga adalah segala - galanya untuk Hana Aishah. Fakhrul dapat melihat bagaimana akrabnya Hana Aishah dengan kedua ibu bapa Fakhrul.

“Don’t be naughty and don’t come back late. Send me a text when you reach there” Hana Aishah menganggukkan kepalanya dengan senyuman yang mekar dibibirnya.

“Ok. Aishah nak naik wad ni” Hana Aishah cuba melepaskan pelukan lelaki itu tetapi gagal. Wajah suaminya memandang dengan senyuman penuh makna.

“Yoouu. No. Please might walk in. Later... I promise” Fakhrul hanya memandang wajah Hana Aishah tanpa perasaan.

Sewaktu Hana Aishah melangkah keluar , dia dapat melihat wajah jururawat yang sedang lalu lalang di hadapan bilik - bilik di klinik tersebut. Dia tidak mahu membaca reaksi muka mereka tetapi Hana Aishah membuat muka tanpa perasaan dan berjalan laju keluar daripada klinik tersebut.

“Hana! Laju nya jalan” Hariz menegur Hana Aishah yang memakai baju kurung kedah berwarna pink belacan itu. Nasib memang selalu tidak menyebelahinya.

“Dr Hariz. Hana nak naik wad , that’s why I’m rushing” Hana Aishah memandang ke arah Hariz yang sedang berjalan daripada arah bertentang.

“Jumpa hubby ke? Baru kejap tak jumpa dah rindu” merah padam muka Hana Aishah mendengar usikan Hariz itu. Dia dapat melihat muka staf- staf klinik yang tersenyum mengusik.

“Maaa... mana ada. Hana ada ... emm ... official meeting lah” tergagap - gagap Hana Aishah mencipta alasan. Hariz sudah tertawa besar.

“Dr Hariz ni. Tak suka lah” Hana Aishah memasamkan mukanya. Tetapi malang tidak berbau , Dato’ Karim pula melangkah menuju ke arah mereka.

“Dato’ tengok ni, latest trend. Dating during lunch hour” Hana Aishah memandang Dato’ Karim dengan perasaan serba salah. Nak salam ke tak? Dato’ Karim hanya tersenyum mesra memandang menantunya.

“Biarlah Hariz as long as it doesn’t effect their working time. Maybe you’re due for a lunch date with your wife also” Dato’ Karim mengenakan Hariz yang masih berwajah selamba itu.

“Sorry Dato’ , Hana nak naik ward dah ni. Assalamualaikum “ tak sempat mereka menjawab salam Hana Aishah sudah hilang seperti lipas kudung.

“Waalaikumussalam” Dato’ Karim menggelengkan kepalanya memandang ke arah pintu utama masuk ke klinik.

Ini semua suami dia punya pasal. Boleh pula nak buat adegan panas dekat bilik itu. Tak kena tempat betul. Tapi yang pastinya , dia dapat berjumpa dengan rakan - rakannya petang ini. Laju tangannya menghantar pesanan kepada Sakinah.

~ Its on baby. I can’t wait~

**********************************


Jam menunjukkan hampir pukul 10 malam sewaktu Hana Aishah memandu memasuki rumah banglo suaminya itu. Senyumannya tidak putus daripada bibirnya. Dia gembira sangat apabila dapat keluar bersama rakan - rakannya.

Kejutan Hana Aishah menjadi apabila dia melangkah masuk bersama Zarik ke dalam restoran di sebuah pusat beli belah di KL .

Keadaan menjadi riuh apabila Sakinah menumbuk perut Zarik sampai lelaki itu terduduk. Itulah balasannya apabila Zarik membuat mereka ternanti - nanti tanpa khabar berita.

Senyuman Hana Aishah bertambah lebar apabila dia melangkah keluar daripada kereta dan perasan kereta suaminya yang berada di sudut utama laman depan banglo itu.

“Assalamualaikum. You!” Hana Aishah yang memakai seluar jean dan blaus separa paha itu meliar memandang sekeliling ruangan di dalam rumah itu mencari gerangan suaminya. Tangannya pantas menanggalkan peniti yang memegang selendangnya kemas.

“Fakhrul! Aishah balik dah ni” suara Hana Aishah sekali lagi bergema di segenap rumah itu. Kadang - kadang Hana Aishah seram duduk di rumah itu seorang diri. Rumah besar itu sangat sunyi pada kebanyakan waktu.

Hana Aishah membaringkan tubuhnya di sofa empuk di ruang tamu rumah itu. Matanya memandang ke arah siling plaster rumah yang tidak terlalu berat coraknya sekaligus menonjolkan unsur elegan rumah banglo itu.

Senyumannya masih melebar membayangkan saat - saat indah dia bersama rakan - rakannya. Dia teringat kata - kata Sakinah sebentar tadi sebelum mereka pulang.

“I’m so happy Cha. Jujur , aku risau sangat sebab kau still proceed with this marriage but I can see that you’re happy. Kau janji dengan aku , Hana Aishah yang aku terpaksa hadap sepanjang 6 bulan lepas tak akan muncul lagi. Kau tau tak how stress I am tengok kau depress” mendengar kata - kata Sakinah itu , Hana Aishah memeluk erat gadis yang sentiasa memikirkannya itu.

“Glad that you still remember your way home” suara sinis suaminya mengejutkan Hana Aishah daripada lamunannya.

Dia terus mendudukkan dirinya sebelum memandang ke arah Fakhrul yang sudah berdiri tegak memandangnya. Suaminya yang hanya berseluar sweat pant berwarna putih itu tidak berbaju.

“I don’t understand “ Hana Aishah memandang muka Fakhrul yang tegang itu pelik. Kenapa tiba - tiba mood suaminya berubah. Tengah hari tadi bukan main elok lagi.

“Where the hell have you been? I’ve been calling you since 7pm and it all went to voicemail box” suara Fakhrul sudah meninggi. Hana Aishah menelan air liurnya melihat Fakhrul yang sedang marah itu.

Dia mengeluarkan Iphone berwarna merah daripada tas tangan Hermes berwarna coklat hadiah perkahwinan Fakhrul untuknya. Hana Aishah menepuk dahinya apabila melihat telefonnya yang sudah kehabisan bateri itu.

“Astaghfirullah. Phone Aishah habis battery. Sorry you” Hana Aishah memandang wajah Fakhrul dengan penuh penyesalan.

“This is why you don’t deserve freedom. I gave in this one time and this how you repay me” mendengar ayat suaminya , Hana Aishah sudah mula ikut marah.

Dia beristighfar di dalam hatinya supaya bersabar sebelum bangkit dan menuju kearah Fakhrul. Kedua - dua belah tangan Hana Aishah sudah melingkari pinggang suaminya yang terdedah itu.

“I’m sorry. I went to the saloon with the girls after the meet up so that’s why I lost track of time. Aishah mintak maaf” Hana Aishah mengucup dada Fakhrul yang terdedah itu. Kepala Hana Aishah didongakkan merenung wajah Fakhrul yang masih tegang itu.

“What time is it now Hana Aishah? I clearly told you not to come back late and update me” renungan tajam Fakhrul itu dibalas Hana Aishah. Dia meredupkan matanya memandang ke arah Fakhrul.

“Sorry . Forgive me please. And Aishah ada hadiah for you” Hana Aishah memalingkan badannya untuk mencapai beg tangan yang bertulis Gucci itu.

Hana Aishah sudah tersenyum lebar mengeluarkan tali leher berwarna coklat cair and bercorak diamond itu. Walaupun poketnya koyak tetapi dia tertarik melihat tali leher itu dan terus membelinya tanpa berfikir panjang.

“I belikan you tie” Hana Aishah yang sedang tersenyum lebar sehingga menampakkan giginya itu pelik melihat wajah Fakhrul yang kelihatan bertambah marah. Lelaki itu menggenggam lengan kiri Hana Aishah erat sebelum memusingkan badan Hana Aishah.

“What did you do with your hair?” muka Hana Aishah sudah berkerut menahan sakit apabila Fakhrul menarik kasar ikatan rambutnya.

“Apa you ni, Aishah sakitlah. Let go of my hand” Hana Aishah cuba menarik lengannya yang sudah mula berdenyut itu. Muka Fakhrul yang sudah menyinga itu berada betul- betul di hadapan muka Hana Aishah.

“Who gave you permission to cut your hair?” mendengar tengkingan Fakhrul itu , air mata Hana Aishah sudah bergenang.

“Its my hair Fakhrul, I don’t need to ask permission to cut it or to do whatever the hell I want to do with it” suara Hana Aishah sudah bertukar sebak. Denyutan di lengan kirinya bertambah apabila cengkaman lelaki itu dikuatkan.

“Do I need to remind you whose wife you are? Went out once with your friends and suddenly you forget your status” amarah Fakhrul menjadi - jadi mendengar jawapan isterinya. Dia tidak perasaan cengkamannya yang semakin kuat mahupun wajah Hana Aishah yang sedang menahan kesakitan itu.

“Let my hand go” Hana Aishah mengetap giginya menahan geram.

Melihat kelakuan Fakhrul yang melampau di saat itu hanya kerana dia memotong pendek rambutnya beberapa inci membuatkan Hana Aishah takut. Sikap mengongkong lelaki itu yang disangkakan sudah hilang itu kembali.

“Answer me!” tengkingan Fakhrul bergema ke segenap rumah. Kecut perut Hana Aishah dibuatnya tetapi dia tidak mahu lelaki itu menganggapnya lemah. Mata suaminya ditenung tajam.

“I’m your wife. I’m not your freaking possession. Faham?” Fakhrul membalas renungan Hana Aishah. Dia bertambah geram melihat isterinya yang degil itu.

“No more outing for you, no more meet up after this. And remember this Puan Hana Aishah. You are mine! So you listen to what I says” Hana Aishah tersenyum sinis mendengar ayat suaminya.

“You married the wrong woman then Tengku Fakhrul. I do not submit to anyone except Allah. I don’t follow others rules, my life my rules. Get that into your head and ....” Hana Aishah merentap lengan kirinya kasar dan merenung mata lelaki itu tajam.

“Do not ever lay your hand on me” Hana Aishah melajukan kakinya menaiki tangga sebelum menuju ke bilik tidur mereka. Pintu bilik dihempas kuat. Apabila pintu bilik air utama itu dikunci Hana Aishah terduduk di lantai mozek itu. Air matanya turun seperti air terjun.

“Ya Allah. What is happening?” Hana Aishah melihat lengan kirinya yang sudah mula membiru itu.

Semakin hari sikap suaminya itu semakin dia tidak dapat baca. Kadang - kadang lelaki itu melayannya seperti seorang puteri daripada kayangan tetapi apabila perkara tidak seperti yang lelaki itu mahukan dia dikasari sesuka hatinya.

“You’re coming into conclusion too soon Kina. He’s making me crazy with emotional roller coaster” air pancuran dibuka dengan harapan ia dapat membawa pergi dirinya jauh daripada situ.

Lama Hana Aishah berada di bawah pancuran air panas itu. Tetapi air matanya seperti tidak tahu erti untuk berhenti. Tangannya sudah berkedut seribu barulah , dia mematikan pancuran air itu.

Dia melilit tuala berwarna putih itu di badannya. Hana Aishah berdiri di hadapan cermin lebar di dalam bilik air yang besar itu. Matanya tertacap pada lengan kirinya yang sudah membiru itu.

Apabila kakinya melangkah keluar daripada bilik airnya itu , Hana Aishah melangkah perlahan menuju ke almari pakaian yang terletak bertentangan dengan bilik air itu. Dari ekor matanya Hana Aishah nampak kelibat Fakhrul yang sedang duduk dibirai katil tetapi tidak dilayannya.

Dia menyarung gaun tidur kain kapas separas lutut itu dengan berhati - hati. Kesakitan di tangannya berganda apabila dia cuba menyarungkan baju itu. Mukanya bekerut menahan sakit.

Rambutnya dibiarkan basah kerana saat itu dia hanya mahu menutup matanya dan melupakan segala perkara yang berlaku sebentar tadi.

Sewaktu Hana Aishah berjalan melintasi suaminya , Fakhrul melingkarkan tangannya di pinggang Hana Aishah sebelum menarik Hana Aishah ke dalam pelukan. Dia yang masih duduk di birai katil itu hanya separas dada isterinya.

Hana Aishah memalingkan mukanya ke arah meja mekap. Sakit hatinya masih belum hilang tetapi dia takut sekiranya dia melawan tubuhnya akan disakiti lagi.

Tangan Fakhrul mengelus lembut lengan kiri Hana Aishah yang semakin membiru itu. Air matanya bertakung kembali. Sakit fisikal itu satu hal , kesakitan emosi yang dihadapinya saat itu benar - benar menguji kekuataannya unfuk mempertahankan segala perbuatan suaminya.

“Lets lie down. I’ll put cold compression on it” Hana Aishah membiarkan perlakuan lelaki itu.

Mengiakan pun tidak menolak pun tidak kerana seperti yang lelaki itu katakan , Hana Aishah milik lelaki itu dan kenyataannya adalah dia tidak tahu bagaimana mahu melarikan diri daripada situasi ini.

Hana Aishah hanya kaku di atas katil. Sewaktu lelaki itu meninggalkan dirinya sebentar di dalam bilik itu , Hana Aishah menarik selimut menyelimuti tubuhnya sebelum mengiringkan badannya ke kanan menghadap ke arah jendela yang tertutup itu.

“Penjara apakah ini Ya Allah?” kelopak matanya dikatup rapat sebelum air mata panas kembali menemaninya.

Tidak lama selepas itu , Hana Aishah dapat merasakan gebarnya diselak sebelum lengan kirinya yang sedang berdenyut itu mulai redha apabila di tuam dengan ais. Badannya ditarik ke dalam pelukan lelaki itu.

“I love you” satu kucupan dihadiahkan di leher Hana Aishah bersama bisikan itu.

Kata - kata yang sangat mudah lelaki itu lafazkan tetapi hakikatnya Hana Aishah keliru tentang definisi cinta. Kalau penjara ini yang dikatakan cinta , Hana Aishah tidak mahu.


*************************************


“Hmm. Adik demam” Hana Aishah yang sedang berselimut itu sedang mengigil kesejukan di atas sofa itu. Iphonenya diletakkan di telingan kirinya.

“Adik ni kan selalu buat macam. You overworked yourself until you fall sick” air mata Hana Aishah berkumpul kembali apabila dimarahi Hana Azuwa.

“Adik nak tidur. I’ll call you later” Hana Azuwa menggelengkan kepala mendengar rajuk adiknya itu.

“Marah sikit merajuk. Macam manalah si Fakhrul tu melayan budak kuat merajuk ni” Hana Aishah mencebikkan bibirnya mendengar ayat Hana Azuwa itu. Lelaki itulah punca dia jatuh sakit.

Tangan kanannya mengusap lengan kirinya yang masih berbekas akibat perbuatan suaminya. Hubungan mereka sekali lagi melalui fasa sukar kerana perbuatan lelaki itu.

Setiap kali dia merasakan hubungan mereka semakin baik , setiap kali itu lelaki itu menunjukkan sikap-sikap yang Hana Aishah tidak boleh terima.

“Dah makan ke belum ni adik?” Hana Aishah tersedar daripada lamunannya apabila mendengar suara kakaknya.

“Belum. Adik nak Kak Wa punya sup ayam” mendengar permintaan adiknya Hana Azuwa tersenyum penuh makna.

“Hmmm. Dah ada isi ke ni? Mengidam macam - macam” merah padam muka Hana Aishah mendengar usikan Hana Azuwa itu.

“Maana ada . Adik demam je. Sebab tu ngidam. Jahat lah Kak Wa ni. Tak nak cakap dah” Hana Aishah mencebikkan mulutnya.

“Tak nak cakap tak dapat lah sup ayam Kak Wa?” mendengar ayat kakaknya itu mata Hana Aishah terus bersinar.

“Kak Wa nak datang ke?” hilang terus sakit kepalanya saat itu.

“Unfortunately I can’t sayang. I’m at Kelantan with you Abang Wazir. He got a meeting with client here” kesedihan Hana Aishah kembali mendengar ayat kakaknya itu.

“Tapi adik rindu Kak Wa” Hana Azuwa menahan rasa mendengar suara sebak adiknya itu.

“Adik. Janganlah macam ni. Adik kan dah kawin. You have to let us go slowly. You’re focus now should be on him. Itu syurga adik” Hana Azuwa menasihati Hana Aishah. Dia faham perasaan adiknya itu tetapi itulah realiti apabila seorang wanita itu sudah berkahwin.

“Tapi kenapa rasa macam neraka kak?” persoalan yang mahu ditanyakan itu kekal di dalam lubuk hatinya.

Lama mereka berbual dan semakin lama mereka berbual semakin Hana Aishah lupa akan masalah rumah tangganya. Di saat talian dimatikan oleh kakaknya , Hana Aishah kembali hilang di dalam rawan hatinya.

Hari ini dia terpaksa memohon MC apabila badannya mula menunjukkan protest. Dia hampir pengsan sewaktu bangun tidur pagi tadi.

Demamnya sudah menjengah semenjak dia bangun tidur selepas pergaduhan mereka tetapi tidak dilayan Hana Aishah. Untuk tidak memikirkan tentang lelaki itu , Hana Aishah membuat keputusan untuk menyibukkan dirinya di tempat kerja.

Akibatnya sakitnya itu bertambah teruk. Pagi tadi , nasib baik Hana Aishah sempat disambut Fakhrul kalau tidak dia pasti akan jatuh tersembam mencium lantai.

Semenjak kejadian malam itu , apabila suaminya bertanya , sepatah dia menjawab. Setiap kali dia cuba untuk menerima lelaki itu , setiap kali itu suaminya akan menunjukkan sikap mengongkong lelaki itu.

“Sayang” suara garau itu mengganggu lena Hana Aishah. Hana Aishah dapat merasakan selimutnya yang ditarik turun. Mata mamai Hana Aishah ternampak bayangan lelaki itu.

“How are feeling now?” Hana Aishah memejamkan kembali matanya apabila melihat wajah suaminya yang kelihatan kerisauan itu.

“Mmmmm” Hana Aishah menarik lengan lelaki itu kedalam pelukannya sebelum tersenyum kemamaian.

“Sayang” sekali lagi lenanya diganggu. Matanya dibuka sedikit. Otaknya yang mamai merasakan dirinya masih di dalam mimpi.

“Nak tido. My body hurt so much” mata Hana Aishah berkaca memandang ke arah suaminya.

“Sayang dah makan ke?” Hana Aishah menggelengkan kepalanya lemah. Tangan kasar suaminya mengelus rambut Hana Aishah lembut.

“Kenapa sayang tak makan? Macam mana nak ada energy kalau macam ni” air mata Hana Aishah semakin banyak bertakung.

“Why are you doing this to me? I’m not a doll, I cant cope with your mood swing. A minute you’re so caring and the next second you’re this possessive over controlling freak. I’m so tired” pipinya terasa hangat. Hana Aishah pasti air matanya sudah mengalir.

“Because I love you” Hana Aishah tersenyum sumbing mendengar lafaz itu yang sudah beratus kali diucapkan di bibir yang merah itu.

“I don’t need that love if there’s no respect. I don’t need that love if there’s no trust” matanya kembali dipejam.

“Just go. Don’t disturb me even in my dream. I need that space for me” Fakhrul yang mendengar igauan Hana Aishah itu terdiam.

Pagi tadi sewaktu Hana Aishah hampir pengsan dia mahu mengambil cuti tetapi pagi ini dia ada dua pembedahan. Hatinya risau memikirkan Hana Aishah keseorangan di rumah tetapi dia tidak boleh membatalkan pembedahannya.

Dia bersyukur apabila pesakit kedua tidak jadi dibedah kerana tekanan darah yang tidak terkawal. Sejurus dia mengetahui perkara itu , keretanya terus dipecut pulang. Tepat jam 11 pagi Fakhrul sudah sampai di rumah banglo itu.


***********************************


“Sayang. Wake up” Fakhrul duduk di sofa di mana isterinya sedang berbaring mengiring itu. Dia mengelus lembut pipi yang sudah kemerahan itu. Panas sangat suhu badan isterinya barangkali.

“Tak nak” suara serak Hana Aishah kedengaran. Mata isterinya masih dipejam rapat. Tangannya menarik turun gebar isterinya. Badan kurus yang diliputi sepasang Hoodie berwarna merah dan sweat pant berwarna hitam itu mengigil kesejukan.

“Seeeejukk” Hana Aishah cuba menarik selimut untuk menyelubungi dirinya kembali.

“Sayang wake up. You need to get some food and meds in. You’re burning” Hana Aishah masih tidak mahu membuka matanya. Akhirnya Fakhrul menarik Hana Aishah duduk.

“Arghh” kepala Hana Aishah pusing kerana didudukkan oleh itu tangannya memeluk erat tubuh suaminya. Fakhrul dapat merasakan bahang daripada tubuh isterinya itu.

“Just eat a little. Sayang dah makan ubat nanti sayang boleh tidur” sebelum sempat Hana Aishah hendak berkata apa - apa tubuhnya dicempung.

Langkah Fakhrul diteruskan menuju ke meja makan rumah mereka. Hana Aishah tidak mahu membuka mata kerana cahaya silau yang menusuk ke matanya menyebabkan kepalanya semakin berdenyut - denyut.

Tubuhnya didudukkan di atas kerusi meja makan. Kepalanya terus mendarat di atas meja kaca itu apabila dia dilepaskan daripada pelukan.

“Lets eat. Abang suap” Fakhrul memujuk isterinya.

Tadi sewaktu Hana Aishah tidur , telefon Hana Aishah berdering. Fakhrul menjawab panggilan video itu. Apabila dia memberitahu Hana Aishah tidak sihat , Alif Haziq telah memberi dia tips - tips untuk mengendalikan a sick Hana Aishah.

Tips pertama , selagi tidak bersuap selagi itu satu butir nasi pun tidak akan masuk ke mulut Hana Aishah.

“Pahit. Tak nak” Hana Aishah menggelengkan kepalanya. Kepalanya masih lagi berbaring di atas meja kaca itu.

“I have your favourite soup sayang. Chicken Sup Kak Wa” mendengar ayat suaminya itu , Hana Aishah mengiringkan kepalanya ke kanan dan memandang wajah lelaki itu.

“Tipu. Kak Wa dekat Kelantan. Tadi Kak Wa dah call” Hana Aishah mencebikkan bibirnya.

Fakhrul sudah tersenyum lebar. Tips kedua , Hana Aishah hanya akan makan sup ayam yang dimasak oleh Hana Azuwa sahaja. Jadi Fakhrul terus memanggil kakak iparnya yang sedang keluar membeli - belah itu untuk memberi resepi sup ayam kegemaran Hana Aishah.

“Abang yang masak. I used her recipe. Sayang rasa la dulu” Fakhrul menyuakan sesudu nasi. Hana Aishah memandang muka suaminya dan membuka mulutnya.

Tidak sampai 10 minit licin pinggan yang dibawa Fakhrul itu. Fakhrul tersenyum gembira. Usai makan Hana Aishah menelan 2 biji panadol sebelum Fakhrul menyuruhnya berehat di dalam bilik mereka sementara dia membersihkan dapur.

“Sayang mesej siapa tu?” Fakhrul menarik comforter yang menyelimuti Hana Aishah sebelum dia memeluk pinggang Hana Aishah yang sedang berbaring itu.

“Work” Fakhrul perasan sudah hampir lima hari isterinya tidak mahu bercakap dengannya. Salah Fakhrul juga tetapi dia benar - benar kerisauan apabila isterinya tidak menjawab panggilan telefon.

“Hmm. Kurang dah panas. Jom abang teman sayang tidur. You’re on MC so no need to think about work” Fakhrul menarik Iphone Hana Aishah daripada pegangan isterinya.

“Haisssh” Hana Aishah merengus tanda tidak berpuas hati. Badannya dipalingkan membelakangi suaminya. Walaupun hati lelakinya terusik tetapi dia sabarkan dirinya.

“Abang mintak maaf kalau sayang tak suka but I do love you. When you didn’t pick up my call I was so worried , I came straight home from hospital although abang oncall” suaranya ditahan.

“I love your long lock but you do whatever you like without asking me. I thought sayang said marriage is about making decision together. I’m trying to change but you’re making it very hard for me” satu keluhan berat dilepaskan lelaki itu.

“I didn’t mean to hurt you. Sayang sakit , abang pun sakit. I came straight from hospital when my second op was cancelled. Kalau sayang penat , abang pun penat” Fakhrul dapat melihat getaran di tubuh Hana Aishah.

Dipalingkan tubuh Hana Aishah memandangnya. Air mata isterinya sudah mengalir lebat. Bibirnya mengucup kelopak mata kanan sebelum ke kiri.

“Tadi bila Kak Wa ask whether sayang mengidam ke tak , abang tahan rasa. I want us to built a proper relationship as a husband and wife but you’re not making it easy. You dont even want to be seen with me at the hospital. Am I that disgusting to be seen with?” Hana Aishah dapat mendengar nada suaminya berjauh hati.

Hana Aishah merangkul erat leher suaminya. Terus dikunci kata - kata lelaki itu dengan bibirnya. Lama dia meluahkan perasaannya melalui bibirnya.

Sewaktu dia mengangkat bibirnya , suaminya merenung mata Hana Aishah penuh kasih sayang.

“I’m sorry. It’s my fault. You’re right , I’m not trying hard enough for us. Because I’m scared” mata Hana Aishah kelihatan sayu.

“I’m feeling something for you but I’m scared with the old you. The one that I first met 6 month ago. And when that version of you reappear all the memories comes back” esakan Hana Aishah semakin kuat.

“I wish I could delete all the bad memories but I can’t “ penyesalan Fakhrul berbuku - buku dihatinya.

“But I want to make good memories. To replace all the bad one that we have” Hana Aishah dapat mendengar kejujuran bicara suaminya. Bibir Fakhrul turun meneroka bibir nipis Hana Aishah yang merah menyala akibat suhu badannya yang panas itu.

Apabila bibir lelaki itu dipisahkan daripada bibirnya, masing - masing bernafas laju. Hana Aishah memandang anak mata suaminya lunak.

“Aishah tak suka bila you jauh. I like being with you. When you’re not around its weird. I don’t know what it is but my heart want you with me all the time eventhough my mind is telling me you’re a bad case” malam itu Hana Aishah mahu lelaki itu tahu tentang perasaannya.

“My heart always listen to my mind but with you it has its own way. I don’t like it and I guess that’s sabotaging our relationship” Fakhrul mengelus pipi isterinya lembut.

“I’m sorry” mendengar pengakuan isterinya , Fakhrul mengucup ubun - ubun Hana Aishah lama.

“You’re stressing out so much this past couple of days and I’m sorry its because of me. Sayang rehat. Abang ada dekat sini” Hana Aishah memeluk erat badan suaminya yang tidak berbaju itu sebelum matanya perlahan - lahan memberat.

“I love you abang” Fakhrul yang turut mahu terlelap itu mendengar suara isterinya meracau. Bibirnya tersenyum lebar apabila mendengar ayat yang meniti bibir nipis itu walaupun tanpa sedar.

“I love you too sayang” dia menarik tubuh Hana Aishah supaya berbaring di atas badannya sebelum memeluk erat tubuh yang sudah berlayar di alam mimpi itu.

*******************************

Selepas dua hari Hana Aishah cuti rehat hari ini dia kembali berkerja. Sepanjang dua hari dia demam, suaminya menjaganya penuh kasih sayang. Hatinya semakin kuat meyakinkan mindanya mengenai perasaannya.

Makannya bersuap. Kepalanya di tuam sepanjang malam. Lelaki itu memastikan dia makan mengikut waktu. Yang paling Hana Aishah terharu apabila suaminya mencucikan muntahnya di lantai bilik tidur mereka.

“Take care of yourself. Make sure sayang makan. I’ll be in OT today , if not abang hantarkan lunch” Hana Aishah memandang ke arah suaminya yang segak memakai baju kemeja berwarna maroon dan berseluar slack hitam.

“Aishah janji. I’ll take care of myself” Hana Aishah mencium kedua - dua belah pipi suaminya sebelum tersenyum bahagia.

“Pipi je. Sini” Hana Aishah mencubit paha suaminya melihat jari telunjuk Fakhrul yang dihalakan ke arah bibirnya.

“Gatalnya. Nanti orang nampak” Hana Aishah membulatkan matanya. Mereka berada di parking pakar hospital sekarang. Jam baru menunjukkan pukul 7 pagi. Hari ini dia kurang sikit kerja kerja ditugaskan di klinik pakar sahaja.

“Isteri abang pun. Satu je please” Hana Aishah memandang ke kiri dan kanan tempat letak kereta yang masih lengang itu.

Apabila dia pasti tiada orang di sekeliling mereka , bibirnya diturunkan ke arah bibir suaminya yang sudah tersenyum bahagia itu. Niatnya untuk singgah seketika tetapi haruslah suaminya mempunyai agenda tersendiri kan.

Sewaktu mereka melangkah turun , Hana Aishah memastikan tudungnya sudah senget bonget dibuat suaminya. Hampir - hampir tudungnya dilondehkan lelaki itu. Mentang - mentanglah kereta BMW itu cerminnya tidak boleh nampak dalam.

“You cepatlah. Aishah dah lambat ni” Hana Aishah menarik tangan Fakhrul dan berjalan beriringan menuju ke pejabat pentadbiran hospital itu.

“Tak takut ke orang nampak sayang pegang tangan abang?” Fakhrul mengusik isterinya yang anggun berbaju kurung pahang berbunga vintage berwarna maroon itu.

“Tak. You kan suami Aishah. And we’re taking baby steps” Hana Aishah mengutum senyuman lebar memandang ke arah suaminya.

“I love you” Fakhrul memandang ke arah isterinya yang sedang berjalan beriringan dengannya.

“Aishah sayang Fakhrul jugak” dada Fakhrul berdengup dengan irama yang berlainan mendengar pengakuan isterinya. Hana Aishah mengeyitkan matanya ke arah lelaki itu yang kelihatan terkejut.

“Ya Allah. Kalau ini cinta kau kuatkan hati aku untuk terima perasaan yang halal untuk suamiku ini” bersama doa dia di dalam hatinya , Hana Aishah menggenggam tangan suaminya erat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience