Chapter 58

Romance Completed 625664

“Abang. Thank you” Hana Aishah mengiring merenung suaminya yang sedang memandu itu sambil meletakkan tangan kanannya di paha suaminya.

“For?” Fakhrul merenung isterinya yang bermata kuyu itu. Jelas benar kepenatan wanita itu selepas kerja malamnya.

“For coming back” Hana Aishah tersenyum lebar. Tangannya mengusap lembut paha suaminya. Suaminya yang tampak kasual dengan seluar jeans berwarna biru dan T-Shirt Marco Polo berwarna hijau lumut itu direnungnya penuh cinta. Matanya mula memberat dengan senyuman yang masih mekar dibibirnya.

“Don’t sleep yet sayang. Teman abang breakfast first” mata Hana Aishah terus terbuka mendengar permintaan Fakhrul itu.

“Abang nak breakfast dekat mana?” Hana Aishah menahan matanya daripada tertutup. Kerusi yang dibaringkan sedikit itu terus ditegakkan semula. Kasihan pula dia dengan suaminya.

“Lets go for mamak. I got tired of eating egg and toast” Hana Aishah meraup mukanya beberapa kali menghilangkan mengantuknya saat mendengar ayat suaminya.

Tudung sarungnya ditanggal sebelum rambutnya yang hampir terlerai sanggulannya itu diikat kemas kembali. Perkara yang dia paling gemar tentang kereta suaminya. Cermin gelap yang tidak membolehkan orang luar melibat isi dalam kereta. Lehernya direnggangkan lehernya melegakan segala urat - uratnya yang tersimpul.

“How was your oncall? You look tired” Fakhrul mengelus pipi Hana Aishah lembut saat mereka berhenti di lampu isyarat. Hana Aishah yang masih memakai baju skrub berwarna pink itu menyarungkan semula tudungnya apabila rambutnya telah diikat rapi semula.

“It was tiring and bad. Had to do everything. The MO went to sleep. So I had to attend all the cases alone” Hana Aishah mengadu lemah.

Semalam usai subuh , Hana Aishah dan Fakhrul menyambung tidur sehingga matahari sudah terpacak di atas kepala. Apabila mereka turun ke ruang tamu , Hana Aishah mahu menyorokkan mukanya saat mendengar usikan yang dewasa.

Walaupun penat tetapi dia puas. Suaminya telah kembali ke pangkuannya , ahli keluarga mereka dapat berkumpul di bawah satu bumbung. Jujurnya dia penat kerana semenjak perkahwinan mereka , ujian seperti tiada henti.

Dia mensyukuri nikmat yang dia rasai sekarang. Bahagia yang dia nikmati setelah puas dia menangis keperitan. Cinta yang dia tidak pernah sangka akhirnya menjadi miliknya. Siapa sangka lelaki yang membuatkan hidupnya seperti neraka itu merupakan pemilik syurganya sekarang.

“Thats not right. Who intubated the patients?” Fakhrul meneruskan semula permanduan. Mereka memasuki kawasan deretan kedai di Damansara itu.

“She’ll be there when I intubate and then she’ll go to sleep. Time extubated and wake patient up semua Aishah je” bibir Hana Aishah dicebekkan saat meluahkan rasa sedihnya.

Sudahlah memang badannya letih semenjak siang itu , malam pula dia sahaja yang harus menguruskan pesakit yang menjalani pembedahan. Bosnya malam itu , Sarimah meninggalkannya terkapai - kapai bersendirian.

“That’s very irresponsible. Give me the name” Hana Aishah memandang suaminya lemah. Wajah garang pakar bedah tulang jelas kelihatan saat itu.

“No. Aishah saja nak luah perasaan dekat abang. Biarlah orang nak buat apa pun. Good thing is Aishah dapat belajar kan” begitulah Hana Aishah memujuk hatinya acap kali.

“I dont like this attitude of yours. You’re letting people step on your head again and again. Dengan abang pandai pulak marah, melawan” Fakhrul yang mematikan enjin keretanya itu memarahi Hana Aishah. Suara kasarnya membuatkan Hana Aishah terdiam.

“Lets go” Hana Aishah menahan air matanya daripada gugur saat mendengar pintu kereta suaminya dibuka kasar. Menarik nafas dalam , Hana Aishah membuka pintunya dan menuju ke arah suaminya yang sudah menunggu di anak tangga di hadapan bistro itu.

Muka suaminya tegang tetapi saat Hana Aishah berdiri di sisi suaminya , pinggang Hana Aishah dirangkul sebelum mereka menuju ke dalam bistro itu. Suasana di bistro yang agak bising itu memeningkan kepala Hana Aishah yang memang sudah mengantuk itu tetapi di tahannya demi menemani suaminya itu.

“I’m sorry. I shouldn’t have talk about my work stress. Kadang - kadang Aishah lupa Abang ni superior Aishah. Aishah just nak luahkan perasaan je. Masing - masing dah besar and tahu dosa pahala. Biarlah diorang pikir” Hana Aishah yang sedang duduk bertentangan dengan suaminya itu menggenggam tangan lelaki itu erat memohon pengertian.

“Abang suruh quit sayang tak nak. Kalau kita ada anak nanti , will you quit if I ask you to?” Hana Aishah terdiam membisu saat mendengar pertanyaan Fakhrul itu.

Dia dapat melihat suaminya menggelengkan kepalanya kekecewaan saat Hana Aishah diam tanpa bicara. Suasana sepanjang mereka bersarapan itu hanya sunyi tanpa bicara.

Hana Aishah tahu suaminya sedang marah saat itu tetapi dia tidak mampu berjanji sesuatu yang dia tidak mampu tunaikan.

“Aishah tak mampu janji apa- apa sekarang. I don’t like the ideas of our kids growing up without me being the primary part of it but at the same time I have dreams. Can we discuss about it when the times comes? “ Fakhrul tidak mengendahkan pertanyaan isterinya. Hatinya sakit memikirkan Hana Aishah yang masih berdegil itu.

“Aishah nak spend my time with you for this 4 days. Aishah dengan abang only. Happy je. I missed you so much” Hana Aishah masih lagi memujuk. Fakhrul merenung mata kuyu isterinya yang kelihatan sayu itu. Dia menghela nafas panjang.

“I’m sorry. Abang rindu sayang jugak. Maybe I’m just being greedy. I want you all by myself. I don’t want to share you with others” Hana Aishah tersenyum lebar mendengar pengakuan suaminya.

“I’m all yours. Aishah kerja ke tak , Aishah isteri abang sorang je” Hana Aishah meyakinkan suaminya.

“So you took leave for 4 days” Fakhrul tersenyum nakal. Banyaklah akal suami dia sepanjang empat hari ini.

“At your service your majesty” Hana Aishah membalas usikan suaminya. Bahagianya dia saat itu apabila dia mula menerima suaminya. Baik buruk lelaki itu , Fakhrul tetap suaminya. Jadi dia kena belajar menerima sikap lelaki itu.

“Abang. After this we go straight home can? Aishah sleepy” Hana Aishah sudah membaring kepalanya di atas meja makan bistro itu. Mengantuknya saat menanti suaminya habis makan tidak boleh bawa berbincang.

“Balik ni abang bagi sayang tidur puas - puas and then get ready for our honeymoon” Hana Aishah hanya tersenyum kemamaian.

“Fakhrul!” suara nyaring seorang wanita mengejutkan Hana Aishah yang hampir terlena di meja makan itu. Bulat matanya memandang ke arah gadis seksi yang sedang memeluk suaminya daripada belakang.

Hilang terus mengantuknya saat itu. Wanita yang berwajah pan asia itu bersolek tebal dan rambutnya yang separas pinggang berwarna perang itu dilepaskan. Fakhrul hanya beriak bersahaja tetapi kesabaran Hana Aishah mencapai tahap maksima apabila , pipi yang hanya Hana Aishah layak cium itu dikucup wanita tadi.

“Wei. Kau apahal peluk cium laki aku?” suara Hana Aishah menengking perempuan itu membuatkan beberapa pasang mata yang duduk di meja berdekatan memandang ke arah mereka.

“Excuse me” wajah wanita itu kelihatan terpinga - pinga dimarahi Hana Aishah. Fakhrul sudah menjeling ke arah isterinya yang sudah kelihatan seperti singa kelaparan itu.

“Oh you don’t understand Bahasa Malaysia is it. Let me repeat it in English. Why the hell did you hug and kiss my husband?” Hana Aishah menjeling ke arah wanita yang kelihatan seperti tidak bersalah itu.

“Fakhrul. What is this nonsense? Why is she acting like a lunatic?” mendengar perkataan itu , Fakhrul terus berdiri dan memeluk isterinya yang sudah bersedia mahu menerkam perempuan yang memanggilnya tidak siuman itu. Pengalaman dulu mengajar Fakhrul bahawa jangan panggil isterinya gila.

“Hana Aishah. Behave. Why are you acting like this? Ni cousin abang” Fakhrul menerangkan untuk meredakan keadaan tetapi melihat jelingan maut yang diberikan isterinya cukup untuk memberitahunya bahawa usahanya hanya sia - sia.

“Cousin tu bukan mahram. Suka hati nak peluk cium laki orang. Go find a husband la if you dont have one” Hana Aishah menolak tubuh Fakhrul sehingga suaminya terdorong kebelakang sebelum berlalu pergi.

Fakhrul tercengang melihat isterinya yang berlalu pergi. Dia tidak tahu mahu memberi reaksi apa saat itu. Kelakar pun ada , malu pun ada sebab orang sekeliling yang melihat. Fakhrul mengeluarkan dompetnya sambil memberi isyarat kepada pelayan kedai yang sedang berkumpul melihat adegan tadi.

“Fakhrul. You’re going already? I just came back from US for good. I want to spend time with you” Puteri yang memakai blaus pendek separas paha berwarna kuning itu meminta manja. Fakhrul menghulurkan not seratus ringgit sebelum bergegas membuntuti isterinya. Sepupunya itu lansung tidak dilayan Fakhrul.

“Fuck. Stupid woman. I will make sure you’ll be on your knee begging once I’m done with you. Fakhrul is mine” Puteri menjeling tajam ke arah pasangan yang sedang masuk ke dalam perut kereta BMW itu.

Dia pernah berjumpa dengan Hana Aishah sekali sahaja sewaktu di kelab malam hari itu tetapi Puteri tidak menyangka wanita yang kelihatan seperti budak kampung itu sekurang ajar itu.

Semenjak kecil lagi dia mahukan Fakhrul. Puas dia memikat hati Pak Long nya Tan Sri Fadhil , tetapi lelaki itu seperti biasa akan mengatakan bahawa dia tidak akan memaksa anak - anaknya berkawin. Alasannya kerana dia pun berkahwin atas dasar cinta.

Sehingga sekarang keluarga besar Tan Sri Fadhil tidak mahu menerima Puan Sri Maria. Sepanjang mereka berkahwin sekali pun keluarga kecil Tan Sri Fadhil tidak pernah bertandang ke rumah besar Tengku Ferdaus. Sewaktu atuknya itu meninggal , hanya Tan Sri Fadhil seorang datang menziarahi jenazah ayahnya.

Pertama kali Puteri bertemu Fakhrul , sewaktu dia berumur 12 tahun. Fakhrul hanya tua dua tahun daripadanya. Fakhrul adalah lelaki pertama yang tidak mahu melayannya dan Puteri sukakan cabaran. Puas dia cuba menggoda Fakhrul sehingga sanggup menyambung belajar di US tetapi Fakhrul tetap melayannya biasa sahaja.

“Felish. Get it done ASAP. I can’t stand that bitch anymore” Puteri memecut kereta Mercedes Benz SLC berwarna metallic itu laju. Mukanya sudah merah seperti udang panggang saat itu.

“You met her. OMG. She’s so rude. I don’t know what Abang saw in that woman. Kak Put is so perfect and he go for her. Like euwww” Felisha yang sedang berbaring di kondominiumnya di ibu kota itu sedang menggeliat di atas katilnya.

“I don’t give a fuck. It better work this time. He still stay with her even after you push her till she miscarriage. I don’t know whether it’ll work this time around or not” Puteri meluahkan kebimbangannya.

Dia masih ingat bagaimana gembiranya Felisha saat memberitahunya tentang keguguran Hana Aishah tetapi malangnya kejadian itu membuatkan hubungan mereka suami isteri semakin rapat bukan renggang seperti yang mereka mahukan.

“Don’t worry. You know abang. He hates traitors and liar. I’ll make sure he throw her out of his life before their first anniversary. Can’t wait for you to become my sister for real” Puteri tersenyum gembira mendengar ayat bakal adik iparnya itu.

Dia tidak mempunyai masalah dengan ahli keluarga Fakhrul yang lain tetapi dia tidak menyukai Puan Sri Maria. Wanita itu tidak layak untuk bapa saudaranya tetapi dia terpaksa berpura - pura untuk berbaik dengan wanita itu buat sementara waktu. Tidak mengapa , apabila dia telah berjaya menjadi isteri Fakhrul mudah untuk dia mengeluarkan Puan Sri Maria daripada sisi Tan Sri Fadhil.

“That woman is the one who ruin our family. Until the day that I die , Nenda will not accept that woman” dia masih terngiang - ngiang kata - kata Tengku Ferdaus waktu hari - hari terakhir atuknya itu.

Puteri masih kecil saat pergaduhan itu berlaku tetapi , semakin dia besar semakin dia faham mengapa Pak Long nya tidak pernah dia jumpai. Neneknya Pauline wanita yang hanya menurut kata. Wanita berbangsa Britain itu jarang berbicara.

Walaupun Puteri tahu neneknya itu amat merindui anak sulungnya, tetapi wanita itu hanya diam membisu mengikut cakap suaminya. Pauline meninggal dunia beberapa bulan selepas suaminya meninggal dunia. Cinta dia pada Tengku Ferdaus membuatkan dia kemurungan saat suaminya meninggal dunia.

********************************


“Nak marah abang sampai bila ni?” Fakhrul memeluk pinggang isterinya yang baru sahaja keluar daripada bilik air itu. Tubuh Hana Aishah yang masih lembap itu hanya dibaluti tuala yang mencecah lutut isterinya.

“Don’t touch me Fakhrul!” berubah muka Fakhrul saat mendengar panggilan isterinya yang berubah itu.

“Why are you so mad? She’s my cousin and she was the one who’s hugging me” Hana Aishah tertawa sinis mendengar hujah suaminya. Dia menolak tubuh suaminya kasar sehingga lelaki itu terdorong kebelakang. Kakinya melangkah menuju ke katil di mana bajunya sudah disediakan suaminya.

“Hana Aishah. Kenapa kasar sangat ni?” Fakhrul mencengkam lengan isterinya sebelum memusingkan tubuh Hana Aishah memandang ke arahnya. Wajah Hana Aishah yang masam itu dipalingkan ke arah lain. Dia tidak mahu memandang wajah suaminya saat itu.

“You senang cakap kan. Put yourself in my shoe. Kalau Aishah , cakap dengan another guy pun you will go berserk already. She hug and kiss you Tengku Fakhrul. You nak I rasa apa sebenarnya. Happy just because she’s your cousin?” air mata Hana Aishah sudah bertakung.

“Yes, she was the one who did but couldn’t you push her away! Kalau Aiman buat macam tu dengan Aishah .... “ sebelum sempat Hana Aishah menghabiskan bicara , muka Fakhrul sudah menyinga , tangan Fakhrul yang mencengkam lengan kanannya itu semakin kuat.

“Don’t compare her with Aiman. Sayang jangan buat Abang naik angin” Hana Aishah menggelengkan kepalanya lemah.

“You’re hurting my arm” air mata yang ditahannya gugur jua.

Sepanjang perjalanan mereka pulang tadi Hana Aishah hanya mendiamkan diri. Dia mengharapkan kemaafan daripada Fakhrul tetapi yang dia terima hanya kebisuan suaminya. Dia yang sepatutnya marah tetapi terbalik pula jadinya.

Fakhrul melepaskan genggamannya. Air mata isterinya yang gugur itu ditenungnya tanpa reaksi. Hana Aishah membelakangkan Fakhrul. Gaun tidur berkain kapas yang tersedia di atas katil itu diambil.

Dia cuba menggerakkan tubuhnya menuju ke wadrobe mereka untuk menyarungkan gaun itu dan sekaligus ingin bersendirian tetapi pergerakannya ditahan. Hana Aishah hanya berdiam diri saat tubuhnya yang hanya berbalut tuala itu dibaringkan.

Kepalanya dipalingkan ke sisi saat tangan suaminya membelai lembut lengannya yang sudah merah itu. Dia sudah terbiasa dengan lebam di badannya dan ini bukan kali pertama dia perlu menyembunyikan hasil kemarahan suaminya.

“I’m sorry. I didn’t mean to hurt you. After this she wont touch me again” Hana Aishah memejamkan matanya rapat cuba membisukan segala bicara suaminya. Dia akan cair dengan pantas seperti selalu.

“Look at me please sayang. I hate it when you look away from me. I want that gorgeous eyes on me” Hana Aishah dapat merasakan wajahnya ditolak lembut supaya pandangannya jatuh pada suaminya itu . Matanya masih dipejam rapat dengan linangan air matanya.

Nafas Hana Aishah tersekat - sekat saat dia dapat merasakan simpulan tuala di dadanya dilonggarkan. Nafas hangat Fakhrul menampar telinga Hana Aishah. Dadanya berdegup kencang saat dia merasai cumbuan suaminya di lehernya. Saat itu dia tidak rela diperlakukan sebegitu.

“Aishah penat” suara Hana Aishah sudah tidak kedengaran saat itu. Melihat tubuh isterinya yang sudah hampir tiada seurat benang itu membuatkan minda Fakhrul dikaburi nafsunya.

Akhirnya Hana Aishah hanya diam tidak berkutik. Hendak melawan badannya tidak larat dan sekarang dengan keadaan emosinya yang tertekan kerana kejadian di bistro tadi membuatkan Hana Aishah menjadi tawar hati.

Fakhrul yang hanyut dalam nafsunya sendiri buat kesekian kalinya menyakiti isterinya. Saat itu yang dia tahu rindunya perlu dilepaskan. Malam tadi tidurnya tidak lena tanpa isterinya di sisi. Kala tubuhnya bergerak mengikut aluran nafsunya , badan isterinya hanya kaku.

“I miss you so much love” Hana Aishah memekakkan telingan daripada mendengar bicara lelaki itu. Matanya dipejamkan rapat di kala tubuh suaminya bergerak lincah meneroka segenap tubuhnya.

“I love you sayang” saat suaminya mencapai apa yang dicari , kata - kata itu meniti di bibir lelaki itu. Di kala itu apa yang dia mahukan adalah keutamaannya. Kesediaan Hana Aishah seperti selalu bukan satu isu. Yang pasti suaminya itu dapat memuaskan nafsunya.

Hana Aishah berbaring membelakangkan suaminya saat tubuh Fakhrul diangkat daripada menindihnya. Selimut tebal itu ditarik rapat melindungi tubuhnya yang tiada seurat benang itu. Denyutan di ari - arinya masih terasa tetapi sedaya upaya dia cuba menidurkan dirinya. Sekurang - kurangnya dia dapat lari sebentar daripada realiti.

Fakhrul yang melihat isterinya yang sedang meringkuk membelakanginya itu baru muka rasa bersalah. Tadi sewaktu nafsu menguasai diri , hanya dirinya yang dia fikirkan. Fakhrul ikut masuk ke dalam comforter tebal itu.

“I’m sorry. I love you sayang” mata Hana Aishah memberat dikala dia dapat merasai hangat tubuh suaminya yang memeluk pinggangnya daripada belakang itu. Satu kucupan di turunkan ke bahu Hana Aishah yang sudah mula terlena itu.

***********************************


“Smells delicious” Hana Aishah sedang menggodek lauk dalam periuk yang sedang menggelegak itu di saat di mendengar teguran suaminya.

Sewaktu Fakhrul terjaga tadi , isterinya sudah tiada di sisi. Mukanya berkerut apabila tangannya yang meraba katil yang sudah kosong tanpa penghuni di sebelahnya.

Tetapi saat pandangannya jatuh pada jam di meja sisi katil kelamin mereka kelam kabut dia mencari seluarnya sebelum menyarungkan kembali ke tubuhnya.

Fakhrul terus bergegas mandi supaya tidak terlepas solat zuhurnya apabila melihat jam digital yang menunjukkan pukul 4.09 minit petang. Usai solat zuhur dan asar itu kakinya melangkah turun mengikuti aroma yang menusuk ke rongga hidungnya.

Lamanya dia merenung isterinya yang memakai blaus tanpa lengan bertemakan flora separas paha itu. Tubuh isterinya yang lansing dan tinggi itu jelas menonjol di dalam blaus yang mengikut bentuk badan itu. Tangannya laju sahaja merangkul pinggang wanita itu.

“Can you set the table up. I nak settle kan the dishes” Hana Aishah cepat - cepat mencipta alasan. Lagi - lagi apabila bibir suaminya sudah mula mendarat di lehernya.

“No. Abang rindu sayang. Why didn’t you wake me up? Nasib baik abang tak miss zohor tadi” Hana Aishah semakin rimas saat bibir suaminya tanpa henti mengucup lehernya.

“Geramnya tengok leher ni” Hana Aishah terpaksa menghentikan proses memasaknya apabila kucupan tadi sudah bertukar kepada gigitan.

“Can you just leave me alone Fakhrul. Sex is not the answer to our problem. Everytime we fought , thats how you shut me up. By fucking me” suara Hana Aishah sudah naik satu oktaf. Dia dapat merasai pelukan Fakhrul yang semakin melonggar. Hana Aishah masih membelakangkan suaminya.

“Set the table up” Hana Aishah meninggalkan Fakhrul yang masih berdiri kaku dengan muka tegangnya. Dia hanya membuat bodoh tanpa melayan kerenah suaminya.

Tangan Hana Aishah lincah memasukkan bahan - bahan terakhir ke dalam kari ayam itu. Sayur campur yang digorengnya itu hanya perlu dimasak untuk beberapa minit sahaja lagi.

“Yang Abang berdiri tercegat tu kenapa? I told you to set the table kan” Hana Aishah sudah bercekak pinggang menjeling suaminya yang berdiri tercegat di hadapan dapur gas itu. Mata suaminya merenung ke lantai diam.

“I’m sorry for hurting you. Abang tak ada niat pun. I just miss...its ok, it doesn’t matter anymore. I lost my appetite already” suara Fakhrul kedengaran berjauh hati. Kakinya melangkah meninggalkan dapur tetapi belum sampai beberapa langkah laungan Hana Aishah menghentikan langkahnya.

“Abang jangan nak mengada - ngada. Siapa nak makan lauk ni? Penat Aishah masak. Go set the table now before I throw the food inside the dustbin” telapak kaki kiri Hana Aishah sudah dihentakkan berkali - kali di lantai tanda tidak berpuas hati. Fakhrul merenung ke arah muka isterinya yang sudah menyinga itu.

“Sayang makanlah dulu. You must’ve been tired. Abang dah tak ada selera” perlahan suara Fakhrul sekali lagi berbicara. Dia terasa hati apabila isterinya menyalah anggap kerinduannya sebagai cara Fakhrul untuk menyelesaikan masalah mereka.

“Fine then. Tak nak makan kan. Biar dua - dua mati kebulur. Ingat dia sorang je tahu degil” mulut Hana Aishah membebel sambil tangannya laju mematikan dapur gas elektronik itu. Dengan menggunakan kain lap di dapur itu , Hana Aishah mengangkat lauk kari ayam yang menggelegak itu dan dibawa menuju ke singki.

“Hana Aishah. Don’t you dare throw that dish” suara Fakhrul sudah meninggi saat dia melihat Hana Aishah yang mahu menerbalikkan periuk yang sedang menggelegak itu.

“Abang ingat Aishah ni apa huh? Ingat Aishah tak ada perasaan ke? Aishah penat bangun tadi terus masak untuk Abang tapi Abang suka hati je nak merajuk. Yang patut marah Aishah bukan Abang tau tak” suara Hana Aishah ikut meninggi. Air matanya seperti biasa akan mengkhianatinya apabila berkaitan dengan Fakhrul.

“Abang...” tidak jadi Fakhrul hendak meneruskan bicara apabila Hana Aishah menghentak kasar periuk panas yang dipegangnya itu di atas kabinet dapur itu sehingga terpercik kuah yang panas itu.

“Ahhhh..” Hana Aishah sudah meloncat kesakitan saat kuah panas itu terkena pahanya yang terdedah itu. Dalam melayan amarahnya dia tidak terfikir yang kuah yang sedang menggelegak itu akan terpecik akibat tindakannya itu.

“Sayang” Fakhrul terus bergegas mendapatkan Hana Aishah yang sudah memaut kabinet dapur di sisinya. Fakhrul melihat kawasan kulit paha isterinya yang sudah memerah itu.

“Ahh. Sakit Abang. Don’t touch it” Hana Aishah menjerit kesakitan apabila tangan Fakhrul menyentuh kulitnya yang sudah kemerahan itu.

Hana Aishah dikendong ke dalam bilik air berdekatan dengan dapur itu. Dia terus membuka pancuran air sebelum kaki Hana Aishah yang melecur itu dibasahkan dengan air paip. Hana Aishah sudah menggeliat kesakitan. Apabila dia sudah puas dengan pancuran itu barulah dia membawa Hana Aishah ke ruang tamu. Tubuh isterinya didudukkan di sofa sebelum dia pergi mengambil kotak First Aid.

“It’ll start blistering tomorrow. Sayang kenapa clumsy sangat ni” Hana Aishah yang sedang berbaring di sofa itu terus menolak tangan Fakhrul yang sedang menyapukan krim melecur di pahanya.

“Tak payah sentuh. I can manage myself” suara Hana Aishah menolak lembut.

“Dah siap dah pun. Sayang dah solat asar?” Hana Aishah menggelengkan kepalanya lemah. Dia menegakkan tubuhnya kembali sambil menahan keperitan di pahanya.

“Jom abang tolong sayang ambik wuduk then we’ll have our dinner” Fakhrul memujuk lembut melihat muka cemberut isterinya. Hana Aishah menggelengkan kepalanya.

“Awak tak payah tolong saya. I can manage myself. Susahkan awak je” dengan kakinya terhincut - hincut Hana Aishah bergerak meninggalkan Fakhrul. Perlahan - lahan dia menaiki tangga sambil diperhatikan Fakhrul.

“Degil” saat mendengar ayat suaminya itu Hana Aishah dapat merasakan tubuhnya dikendong sebelum kaki suaminya bergerak laju menuju ke bilik tidur utama.

“Sayang ni kenapa? I said I’m sorry already right? Nak abang melutut pulak ke?” Fakhrul sudah berdiri bercekak pinggang di hadapan Hana Aishah yang sedang duduk di birai katil sambil merenung tangannya yang digenggam di atas ribanya.

Fakhrul mengeluh perlahan saat dia dapat melihat tangan isterinya yang sudah mulai basah itu. Kepalanya dipicit sebelum dia berlalu meninggalkan Hana Aishah.

Kakinya melangkah laju menuju ke laman rumahnya. Saat itu dia perlukan ketenangan sebentar. Nafasnya ditarik dalam. Kenangan petang semalam sewaktu keluarga mereka makan tengah hari menjengah mindanya.

***********************************


“Angah next time don’t leave Hana alone. Mama tak tahu pun she actually was staying on her own. Hana pun satu. Come to our house next time Fakhrul outstation” Hana Aishah yang sedang menyuapkan nasi tomato itu hanya tersengih kekok.

“Sorry Mama. Hana selesa duduk sini. That’s why I didn’t tell anyone sebab nanti semua suruh Aishah balik rumah mak abah or mama papa” Hana Aishah mencapai lauk ayam masak merah itu. Dua ketul ayam dicedoknya sebelum ditimbunkan di atas pinggannya.

“There’s no security here Hana. I don’t think any of us is comfortable leaving you alone. When are you hiring security?” saat suara tegas Tan Sri Fadhil kedengaran Hana Aishah terdiam membisu.

“I won’t be away for too long after this. Next time either I’ll go for shorter or she’s coming with me if I need to be gone for a long period” Kapten Azam lega mendengar ayat menantunya itu.

“I still want you to have security. It’s isolated. Just for our peace of mind” Hana Aishah dapat melihat suaminya yang mula tidak menyukai arahan yang diterimanya.

“Hana yang tak nak papa. Susahlah nak jemur baju. Kena pakai tudung” Hana Aishah cepat mencelah.

“Kak Dik tak sunyi ke duduk rumah besar ni sorang - sorang. Kalau Achik seram” Hana Aqilah dengan mulut penuhnya sempat memberi komen.

“Ishh Achik ni. Sebab tu rumah kena ada sentiasa orang mengaji and solat. Baru setan tak datang, rezeki pun luas je” Hana Azuwa yang sedang menyuap anak bongsunya itu menegur adiknya.

“Tu ubat dia satu je. Cepat - cepat dapat anak” suasana menjadi kekok saat ayat itu meniti bibir suami Hana Azuwa.

“Errr. InsyaAllah. Abang Wazir doakan” Hana Aishah cepat - cepat membalas saat melihat wajah suaminya yang bertukar suram itu. Hana Azuwa sempat menjeling ke arah suaminya kerana bermulut celupar.

“What ? I’m telling the truth ok. InsyaAllah ada rezeki korang. Abang doakan” Hana Aishah menilik suaminya yang tidak bersemangat sangat makan seperti awal tadi.

“Tapi Angah , Along pun rasa you need a helper and security guard. Pity Hana need manage this big house on her own. You’re more than capable” Hana Aishah sudah mengusap paha suaminya lembut di bawah meja makan itu. Fakhrul sudah terhenti menyuap makannya saat itu.

“I know how to manage my own family” Hana Aishah dapat melihat suasana yang riuh dengan perbualan itu perlahan - lahan senyap saat mendengar ayat Fakhrul.

Fakhih masih selamba makan tetapi Tan Sri Fadhil sudah berwajah tegang mendengar ayat tidak sopan anak lelakinya di hadapan keluarga birasnya.

“Why are you so adamant on not having anyone around the house? When you’re single I understand but now its not logic for her to manage the house on her own. Even with your help its still alot. We had so many helper around the house. Papa tak setuju” Hana Aishah sudah kalut melihat muka Fakhrul yang kelihatan marah itu. Setiap kali suaminya marah , hujung telinga kanan lelaki itu akan merah.

“Tak pe pa. Hana yang...” melihat jelingan bapa mertuanya Hana Aishah terus menzipkan mulutnya. Bapak dengan anak sama sahaja degilnya. Hana Aishah memandang muka Fakhih yang hanya membuat bodoh itu. Boleh pula abang iparnya itu selamba makan tanpa mengendahkan perbalahan yang bakal tercetus itu.

“How you manage your family is not my problem so you dont get to interfere in mine. I ... “ belum sempat Fakhrul habis bicara , Hana Aishah laju memotong.

“Abang please” Hana Aishah mengusap lembut paha suaminya. Saat itu yang hanya kedengaran hanyalah suara anak - anak saudaranya yang sedang berceloteh sambil menjamah makanan mereka.

Hana Aishah terkulat - kulat saat suaminya bangun meninggalkan pinggan nasinya yang masih banyak berbaki itu. Hana Aishah memandang ke ara wajah Puan Sri Maria yang kelihatan kecewa itu.

“Emmm. Hana ... mmm... excuse me for awhile” mencicit Hana Aishah bangun mengikuti langkah suaminya yang sudah meluru ke laman sisi rumah mereka itu.

“Abang” Hana Aishah memeluk leher pinggang suaminya erat. Kepalanya disandarkan ke belakang badan suaminya yang disarungkan T-Shirt Calvin Klein berwarna putih itu. Tangan kirinya mengusap dada suaminya lembut.

“He means well. He is just worried about our safety” Hana Aishah dapat mendengar tawa sinis suaminya saat kata - kata itu meluncur dibibirnya.

“Its a little too late to be worried about me now” Hana Aishah mengucup belakang badan suaminya. Dia menghirup haruman tubuh yang dia rindui selama sebulan itu.

“Abang. I don’t know what happen in the past but can you try to nice to him. He’s old abang. Whatever happened , its in the past. I know it hurt but you need to learn to let it go. We’re gonna have kids insyaAllah and Aishah tak nak anak - anak kita buat benda yang sama abang buat dekat papa” suara Hana Aishah kedengaran sebak memujuk suaminya.

“You know nothing about my past so don’t simply conclude that I’m gonna ended up like him. I’m not gonna be a father like him” buat pertama kalinya , Fakhrul memberikan Hana Aishah sekilas tentang masa lampaunya.

“Yes , I don’t know that but when you’re ready we’ll talk and figure out how to move forward from there. I want our babies to have a complete loving family. Can you give them that?” Hana Aishah bertanya lembut. Tangan kanannya yang masih kotor dengan sisa makanan itu digenggam di sisinya manakala tangan kirinya memicit lengan kiri suaminya yang berotot itu.

“I have no doubt how loving this baba will be towards our babies. They’ll get so much love from you. Jangan lupa umi dah lah” Hana Aishah tertawa halus saat membayangkan dia cemburu dengan anak - anaknya kelak.

“Cannot forget Umi because...” Hana Aishah sudah terjerit kecil saat Fakhrul menarik dirinya supaya tubuh isterinya itu dipeluknya daripada depan. Mata Fakhrul merenung menggoda ke dalam anak mata isterinya.

“Because she is my first love before them. And ...” Fakhrul menundukkan sedikit wajahnya supaya bibirnya betul-betul separas dengan telinga kanan isterinya.

“I cant get enough exploring this body of hers” muka Hana Aishah sudah merah seperti tomato saat itu.

“So naughty la this husband of mine. Tapi kesian dia malam ni kena tinggal” Hana Aishah menyeringai kegelian saat telinga kanannya digigit suaminya.

“Abang puasa sebulan ok. Kena ganti balik” Fakhrul memandang Hana Aishah dengan wajah serius.

“Abang. Ish. Malam tadi tak habis lagi ke buka puasa dia. Penat tau Aishah layan abang. Dah lah culik Aishah daripada bilik budak - budak tu” Hana Aishah cuba menunjukkan muka marahnya membayangkan suaminya yang datang mengendongnya yang sedang tidur dikelilingi anak - anak saudaranya.

“Their parents pandailah. Tak nak anak diorang kacau daun , so nak potong line abang. No way ok” pecah tawa Hana Aishah mendengar ayat suaminya itu. Fakhrul terpana melihat kecantikan isterinya yang sedang tertawa besar di saat itu.

“You’re so beautiful sayang” tanpa sebarang amaran bibir suaminya mendarat di bibirnya dan mengucup bibir Hana Aishah. Kedua - dua belah tangan Hana Aishah memaut pipi suaminya yang sudah mendarat dipunggungnya. Hana Aishah dapat merasakan tubuhnya diangkat supaya separas dengan Fakhrul.

“Mmmm. Abang” erangan Hana Aishah membuatkan segala kawalan Fakhrul terbang ke luar. Bibirnya rancak bermain di sepasang bibir nipis isterinya.

“Ni memang tak lama lagi lah nak ada pertambahan cucu untuk both grandparents” Hana Aishah terus melepaskan rangkulannya saat mendengar suara mengusik Wazir .

“Ya Allah. Malunya” Hana Aishah terus menyorokkan dirinya di belakang suaminya apabila melihat Wazir , Lateef dan Fakhih sedang berdiri di pintu kaca yang menghubungkan ruangan keluarga dengan laman bunga yang Hana Aishah berada itu.

Ketiga - tiga jejaka itu sudah tersenyum lebar melihat adegan panas sebentar tadi. Nasib baik tubuh Fakhrul membelakangi mereka jadi aktiviti liar tangan suaminya tidak kelihatan.

“Seriously guys” geram Fakhrul menjeling ke arah abang and ipar - iparnya itu.

“Keep it in the pants bro” mendengar laungan Fakhih itu , kaki Fakhrul bergerak menuju ke arah rumah banglonya dengan tujuan mahu mencederakan abangnya itu tetapi ditahan Hana Aishah.

“Abang janji kan tadi plus don’t go inside now. We look like we just..” kata - kata itu Hana Aishah biarkan tergantung. Pipi kiri Fakhrul sudah comot dengan kesan makanan daripada tangan kotor Hana Aishah manakala rambut lelaki itu sudah kusut masai digenggam Hana Aishah sewaktu dia tengah beraksi sebentar tadi.

“We just what sayang?” Hana Aishah menjelirkan lidahnya ke arah Fakhrul sebelum mahu berlalu meninggalkan suaminya tetapi Fakhrul menarik pinggang isterinya ke dalam rangkulannya. Hana Aishah berusaha sedaya upaya Untuk meloloskan dirinya daripada pelukan suaminya yang memelukkannya daripada belakang itu tetapi Fakhrul dengan mudah mematahkan segala pergerakannya.

“Thank you for being my wife. Thank you for loving me. Thank you for wanting to carry our babies. Most importantly thank you for accepting me. Lord know how much love I have for you sayang. I don’t know how to ask but everything that I do is because I love you” air mata Hana Aishah bertakung saat bisikan suaminya menjengah gegendang telinganya.

“Aishah cinta Fakhrul” ayat yang sentiasa mengegarkan setiap sel di badan lelaki itu.

*******************************


“Meet me at the pool” Hana Aishah yang baru usai mandi itu melihat nota yang dilekatkan di atas kotak segi empat berwarna hitam itu. Matanya dipejam rapat saat melihat isi di dalam kotak itu.

Semalam sepanjang hari masing - masing membisu. Usai solat asar , Fakhrul menyuap Hana Aishah di dalam bilik tidur mereka tanpa sepatah bicara. Walaupun solat mereka berjemaah , Hana Aishah membuat halnya sendiri begitu juga Fakhrul.

Tiba - tiba pagi tadi , Fakhrul menyediakan sepasang gaun kapas berwarna krim dan sepasang selendang. Walaupun pelik , dia menyarungkan sahaja pakaian yang disediakan suaminya tanpa bertanya sepatah pun. Marahnya masih ada saat itu.

Usai mereka bersarapan yang disediakan Fakhrul, lelaki itu menarik tangannya menuju ke kereta suaminya. Hana Aishah tidak tahu hala tuju mereka dan suaminya juga tidak mahu memberitahunya.

Oleh itu , matanya dilelapkan kerana kegeraman. Sudahlah malam tadi lelaki itu tidur tidak memeluknya. Sepanjang malam itu dia tidak dapat tidur lena. Hendak peluk , egonya tidak membenarkan. Kalau lelaki itu fikir Hana Aishah akan mengalah , salah besar.

Hana Aishah tidak pasti di mana mereka berada tetapi yang pasti mereka berada di sebuah villa terpencil yang dikelilingi hutan belantara. Jauh daripada kesibukan kota. Sesampai mereka di Villa setingkat itu , Hana Aishah terus meluru menuju ke bilik tidur dan melabuhkan badannya.

Geramnya dengan sikap suaminya yang turut tidak mahu berbicara itu Hana Aishah membiarkan Fakhrul menguruskan segala benda. Mereka sampai hampir ke senja tadi , jadi usai solat asar yang diqadarkan dengan zohor berjemaah itu Hana Aishah memencilkan diri di dalam bilik tidur utama.

Fakhrul entah hilang ke mana dan Hana Aishah terlelap dalam kelaparannya. Hendak masak tetapi dia sedang mogok jadi terpaksalah perutnya menjadi mangsa. Hana Aishah terjaga hampir pukul 8 malam. Hatinya merasa sedih kerana sikap suaminya yang tidak mahu mengakui kesalahannya itu dan mensisihkannya.

Kaki Hana Aishah melangkah perlahan mengikuti bunyi air yang berkocak. Hana Aishah yang memakai jubah mandi berwarna putih separas betis itu semakin berdebar saat bunyi air berkocak itu semakin kuat.

Matanya terpaku melihat kolam mandi yang berada di dalam salah satu ruangan tertutup villa itu. Kolam mandi yang mempunyai jet itu berkocak tenang. Kaki Hana Aishah melangkah menuruni 3 anak tangga kayu.

“Take your robe off” Hana Aishah dapat merasakan debaran di dadanya menggila saat suara suaminya berbisik di telinga kirinya. Segala urat tubuhnya lumpuh saat itu.

Hana Aishah merenung ke arah suaminya yang hanya memakai seluar mandi yang ketat separas paha itu. Segala bentuk badan lelaki itu jelas kelihatan. Yang tertutup dengan kain dan majoriti yang terdedah.

Tangan Fakhrul membuka simpulan jubah mandi Hana Aishah itu. Hana Aishah dapat merasakan kerongkongnya sempit saat jubah itu dilondehkan dan berkumpul Di kakinya.

“Better than what I imagine” Fakhrul dapat merasakan perasaan hangat mula mengasak dadanya saat dia melihat isterinya menggayakan sut mandi satu set yang kelihatan seksi di matanya.

Hana Aishah terkejut melihat bikini berwarna coklat keemasan yang disediakan suaminya di dalam kotak hitam itu. Bahagian seluar dalam pakaian mandi itu walaupun menutup sehingga ke atas pusatnya tetapi bahagian punggungnya terdedah. Bahagian pakaian atasnya pula mempunyai simpulan seperti reben ditengah sehingga membuatkan dadanya hanya ditutup separuh.

“Lets go” Hana Aishah yang memeluk tubuhnya yang terdedah itu teragak - agak menyambut huluran tangan suaminya tetapi anak mata hitam yang selalu mencairkannya itu sekali lagi berjaya mengkucar kacirkan pendiriannya.

Saat tubuh Hana Aishah memasuki kolam mandi yang hanya dilimpahi cahaya lampu oren itu , dia bersyukur kerana air tersebut suam. Tubuhnya yang memang sudah sedia menggigil kerana kesejukan dan ketakutan itu perlahan - lahan mula relaks.

“Dinner today , abang masak” Hana Aishah terkaku sebentar melihat di satu satu sudut kolam itu mempunyai meja dan dua buat kerusi di dalam bahagian cetek kolam tersebut. Fakhrul merangkul pinggang isterinya sebelum mendorong Hana Aishah ke makan malam romantik yang Fakhrul sediakan itu.

“Your favourite steak with hand made mushroom sauce” Hana Aishah yang kelaparan itu lansung tidak melihat kiri dan kanannya.

“Ya Allah sedapnya. Laparnya” Hana Aishah yang sedang makan itu mengeluarkan segala jenis bunyi yang menunjukkan betapa sedapnya hasil masakan suaminya.

“Lapar sangat lah tu” Fakhrul sudah tersenyum lebar melihat kecomotan isterinya yang sedang menjamah makanan itu. Kepala Hana Aishah dianggukkan. Tidak sampai 10 minit habis licin Hana Aishah makan.

“Thanks abang. Sedap sangat” Hana Aishah terus meluru ke arah suaminya yang sedang merenungnya itu. Kaki jinjangnya terus merangkul pinggang Fakhrul. Satu kucupan dihadiahkan di bibir suaminya.

“I love you. With everything that I have. I grew up finding solace and adequacy within myself. But with you , I want to built a family. Something that I never imagine will happen to me” Hana Aishah terdiam mendengar bicara suaminya. Fakhrul menggerakkan mereka ke bahagian lebih dalam di kolam mandi itu.

“I can’t share you. You’re mine alone” Hana Aishah menelan air liurnya kesat mendengar pengakuan suaminya.

“You’re my first love Abang. Can’t you trust me?” Hana Aishah merenung ke dalam anak mata suaminya.

“I don’t put my trust on people” Hana Aishah menundukkan wajahnya saat mendengar ayat suaminya. Kecewanya Tuhan sahaja yang tahu saat itu.

“I’ve been betrayed so many times. I hate liars . I despise liar. Jadi jangan sesekali tipu abang” Hana Aishah menahan air matanya daripada gugur.

“But with you I’m learning to do thing that I dont do. I learn to love again. I learn to trust again” jari Hana Aishah menolak rambut basah suaminya yang melekap di dahi lelaki itu.

“Teach me. Slowly but surely” Fakhrul meminta. Hana Aishah merenung suaminya lama. Cuba memahami lelaki yang paling kompleks dia pernah temui dalam hidupnya.

“You have to let me in. Aishah nak faham abang. I need to learn about you. I need to understand your actions. You hurt me Abang. You love me but you hurt me” mata Fakhrul jatuh pada lebam di lengan isterinya. Hasil cengkamannya tengah hari semalam.

“I’m sorry” Hana Aishah memejamkan matanya rapat saat bibir Fakhrul mendarat di lebam di tangannya.

“Sorry is not what I want abang. Let me in” mata Hana Aishah yang berkaca itu menimbulkan rasa pedih di hati Fakhrul.

“You’re hurting. So do I. Because I love you” saat kata - kata itu meniti bibir Hana Aishah air mata wanita yang ditahannya gugur jua.

Fakhrul mengucup bibir isterinya. Lama mereka berkucupan sebelum masing- masing mencuri nafas. Hana Aishah melepaskan rangkulan di pinggang suaminya sebelum dia menjauhi suaminya. Fakhrul memerhatikan isterinya berenang dengan lancarnya. Seperti seorang atlet renang.

“I will. But be patience with me” Hana Aishah yang sedang berenang itu terhenti sebelum merenung ke arah lelaki yang telah menambat segenap hatinya.

“Baby step” Hana Aishah tersenyum sebelum menyelam bersama suaminya malam itu.





I

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience