Chapter 53

Romance Completed 625664

“Segak menantu nani ni” nenek Fakhrul mencium pipi Hana Aishah lembut. Hana Aishah tersenyum lebar apabila dipeluk erat nenek Fakhrul itu.

“Nani lagi cantik. When I get older nak cantik macam Nani” tangan Hana Aishah ditarik menaiki tangga rumah kayu itu.

Minggu hadapan Hana Aishah akan mula berkerja. Bahunya Alhamdulillah sudah pulih sepenuhnya.

Hubungan mereka masih tegang tetapi tidaklah seperti dua hari itu. Sekurang - kurangnya suaminya balik untuk makan tengah hari bersama. Soalannya dijawab walaupun tidak selembut dulu. Pelukannya walaupun tidak berbalas sekurang - kurangnya ubun - ubunnya dikucup usai solat.

Hana Aishah sudah hafal sikap suaminya. Kalau lelaki itu marah pasti akan banyak masa di habiskan di tempat kerja. Apabila ditanya , lelaki itu hanya memberi jawapan sibuk. Mungkin kata - kata Sakinah itu betul , dia kena mula memperbetulkan keutamaannya sekarang.

Perlahan - lahan hatinya yang gelisah memikirkan Aiman yang lansung tidak membalas mesejnya itu beransur tenang. Dia sudah bertawakal. Dia meletakkan sepenuh keyakinannya kepada Tuhan. Sebagaimana Allah menurunkan ujian kepada sahabatnya itu seperti itulah Dia akan memberi kekuatan kepada lelaki itu untuk melaluinya.

“Lama nani tunggu hang Fakhrul. Ingat dah lupo kat Nani. Tak mau balik Sik dah” Fakhrul yang mendengar rajuk neneknya itu memeluk wanita tua itu erat.

“Busy Nani. You know me” Hana Aishah buat sekian kalinya terkejut melihat kemesraan Fakhrul terhadap seseorang. Lelaki itu amat sukar untuk menunjukkan sisi mesranya. Hanya kepada orang - orang tertentu sahaja.

“Busy sampai dah lupo nani. Yang Anak menantu memang lansung tak cara. Cucu yang sorang ni pun sama saja” Hana Aishah yang sedang duduk di sofa di ruang tamu rumah papan itu memandang ke arah raut tua yang bertukar masam itu.

“That’s my bride” laju sahaja Fakhrul menukar topik dan Hana Aishah pula menjadi perhatian. Tiba - tiba muka Hana Aishah menjadi bahang. Malunya.

“Lawo, segak. Sekurang - kurangnya adalah sorang cucu Nani nak teruskan asal usul keturunan kita” Hana Aishah dapat mendengar nada lega di dalam bicara wanita itu tetapi dia tidak faham sepenuhnya maksud ayat nenek mertuanya itu.

“I want to freshen up” tanpa menunggu Hana Aishah , suaminya terus berlalu menuju ke ruangan menuju ke dapur. Hana Aishah sudah terpinga - pinga ditinggalkan sebegitu.

“Budak ini” Asifah menggelengkan kepalanya melihat perangai cucunya itu. Kasihan isteri Fakhrul ditinggalkan sebegitu. Dia tersenyum mesra melihat cucu menantunya yang anggun berbaju kurung pahang itu.

“Aishah kerja doctor macam Fakhru ke?” Hana Aishah menganggukkan kepalanya laju. Takut pulak dia kena temu duga dengan nenek Fakhrul. Nampak mesra tapi perangai macam boleh berubah - ubah sekelip mata seperti cucunya itu.

“Kerja sama hospital Nani” Hana Aishah memintal - mintal hujung bajunya gugup.

“Asal mana ? Penang jugak?” Asifah meneruskan pertanyaannya.

“Tak Nani. Mak asal Melaka , abah Johor” Hana Aishah tersenyum kekok. Matanya meliar memandang ke arah rumah papan yang nampak klasik itu.

“Nasib baik sorang nak jugak kawin orang kita. Ingat nak kawin dengan Melayu macam mama dia dengan abang dia” Hana Aishah terkejut mendengar bebelan orang tua yang berbaju kurung kedah dan berkain batik itu tetapi dikawal reaksi mukanya.

“Errr ... emmm ... Aishah tak faham Nani. Sorry” Hana Aishah sudah menggaru kepalanya yang dilitupi selendang berwarna turqoise. Peninglah pulak dia nak mentafsir maksud tersirat ayat orang tua dihadapannya ini.

“Tak yah caralah Aishah. Yang penting hati Nani gembira” Asifah merenung mata cucu menantunya. Jelas cahaya kegembiraan di sebalik anak mata tua itu. Hana Aishah hanya menganggukkan kepalanya kekok. Suasana sunyi sebentar membuatkan Hana Aishah semakin kekok.

“Aishah ermm masuk bilik dulu Nani. He must’ve finished shower already. Nak prepare baju dia” Hana Aishah meminta diri. Makin berlama dia di sofa itu makin gugup dia.

Asifah tersenyum lebar melihat cucu menantunya itu. Tepat pilihan cucu kesayangannya itu. Sudahlah sopan , rajin pula. Menetapi ciri - ciri isteri yang dia mahukan.

“Nanti Fakhrul tunggu pulak. Nani nak panaskan lauk dulu. Nanti hangpa dah siap terus mai dapur. Nani masak semua makanan kegemaran Fakhrul” Hana Aishah menganggukkan kepalanya laju.

“Ehh tak apalah Nani. Nanti Aishah dah siapkan barang - barang Fakhrul Aishah tolong Nani” Hana Aishah merasa serba salah pula.

“Tak apa. Korang travel jauh ni. Nani dah siap masak, tinggal nak panaskan je” Asifah sudah mengangkat punggungnya. Dia menuju ke arah Hana Aishah yang sedang menarik bagasi sederhana besar itu.

“Jaga cucu nenek elok-elok” Pipi Hana Aishah dicium sebelum Asifah berlalu pergi ke dapur.

Hana Aishah kaku buat sekian kalinya melihat reaksi nenek Fakhrul itu. Satu keluhan berat dilepaskan sebelum Hana Aishah mendengar permintaan semua orang.

Hana Aishah sudah penat dipertanggungjawabkan untuk menjaga Fakhrul, tidak melukai lelaki itu. Hakikatnya mereka tidak tahu betapa susahnya kehidupan bersama lelaki itu.

Tiada siapakah yang kisah atau mahu bertanya tentang kesakitan yang dia perlu lalui mengharungi hari - hari bersama lelaki itu? Tubir matanya mulai panas. Dia hanya mahu dihormati suaminya sendiri. Besar sangatkah permintaannya?

Semalam sekembali suaminya daripada kerja, dia dimaklumkan untuk mengemas barangan mereka untuk 2-3 hari. Apabila ditanya barulah suaminya memberitahu yang mereka akan pergi melawat keluarga Puan Sri Maria di Sik Kedah.

Hana Aishah sudah penat untuk meminta suaminya berbincang dahulu sebelum berbuat sesuatu keputusan. Lelaki itu hanya tahu mengarah sahaja. Tetapi hatinya sudah terpaut dalam. Akhirnya Hana Aishah menelan segala rasa sendiri.

Kakinya digerakkan menuju ke salah sebuah bilik yang sudah sedikit terbuka pintunya itu. Fakhrul masih belum keluar daripada bilik air. Hana Aishah membuka lilitan selendangnya sebelum melepaskan ikatan rambutnya.

Pakaian suaminya dikeluarkan. Sepasang seluar boxer , kain pelikat dan T-shirt lengan pendek. Kemas dia meletakkan di atas katil kayu yang hanya separuh daripada keluasan katil di banglo suaminya. Saiz bilik yang kecil itu agak asing untuk Hana Aishah tetapi dia amat menyukainya.

Hanya ada sebuah katil kayu , alamri kayu dan sebuah meja mekap yang kecil di dalam bilik itu. Sesampai mereka di hadapan rumah nenek Fakhrul petang tadi Hana Aishah terus jatuh cinta. Rumah yang bersebelahan dengan sawah itu tidaklah besar mana tetapi Hana Aishah amat menyukai suasana kampung yang selalu di idami.

Kaki Hana Aishah digerakkan menuju ke jendela kayu di sisi sudut kanan bilik itu. Jendela klasik seperti rumah melayu lama itu dibuka selaknya sebelum ditolak. Pemandangan sawah padi yang luas terbentang itu membuatkan Hana Aishah tersenyum lebar.

Suasana petang itu yang mendung barangkali kerana hujan di siang hari tadi membuatkan angin yang bertiup bersepoi - sepoi itu menampar wajahnya lembut. Hana Aishah memejamkan matanya sebelum nafasnya ditarik dalam. Udara segar kampung yang dihirupnya itu memberikan ketenangan yang tidak dapat dia ungkapkan.

Semenjak permohonan maafnya hari itu , Fakhrul masih bersikap seperti orang asing di dalam rumah. Hana Aishah sudah tidak tahu apa lagi yang mahu dia lakukan. Dia sudah turutkan permintaan suaminya walaupun Tuhan sahaja tahu betapa sakitnya hatinya merintih.

Benda yang paling dia takuti telah terjadi. Cinta dia terlalu dalam buat suaminya. Dan cinta itu amat menyakitkan di saat itu. Sakit apabila cinta yang dia tidak sangka akan hadir itu dilayan seperti tiada erti hanya kerana dia mahu mempertahankan haknya.

Hana Aishah cuba menguatkan dirinya untuk menerima hakikat bahawa untuk mengecapi bahagia bersama lelaki bernama Fakhrul dia perlu mengorbankan perasaannya. Di dalam perkahwinan ini dia kena belajar untuk kalah.

Saat pinggangnya dirangkul daripada belakang , Hana Aishah dapat merasakan air matanya kembali bertakung. Rindunya dia dengan belaian suaminya Tuhan sahaja tahu.

Selepas dia keguguran tempoh hari, suaminya suka meletakkan telapak tangan sasa itu di abdomennya. Tempat di mana anak mereka pernah singgah. Seperti mahu melindungi apa yang sudah tiada.

Tetapi semenjak kejadian makan malam seminggu lepas , pemilik tangan itu semakin kedekut. Kalau Hana Aishah tidak memeluk suaminya maka tidak merasalah dia sentuhan suaminya.

Hari ini buat pertama kalinya setelah seminggu sepasang tangan yang dia rindui itu mengusap lembut abdomennya. Air matanya gugur jua. Dagu Fakhrul mendarat di bahu kirinya. Mereka sama - sama membuang pandangan ke arah sawah padi yang menghijau itu.

Lama mereka berkeadaan sebegitu. Masing - masing hilang dalam minda yang sedang berkecamuk memikirkan rumah tangga mereka yang sentiasa bergolak ini.

Tidak lama selepas itu , Hana Aishah dapat merasakan bibir suaminya yang turun meneroka bahu kirinya. Hana Aishah memejam matanya rapat. Mahu menyimpan memori itu di dalam kotak perasaannya. Memori yang susah sangat hadir di dalam hidupnya.

Lehernya di sengetkan ke kanan memberi akses penuh kepada Fakhrul. Dia rindu. Biarlah satu dunia mengatakan dia bodoh kerana tunduk kepada ego suaminya , tetapi perasaan cinta yang sedang membuak - buak di dalam hatinya saat itu membutakan matanya.

Membutakan matanya terhadap sikap suaminya terhadapnya. Membutakan mindanya terhadap hakikat yang sememangnya lelaki itu mempunyai kuasa penuh terhadapnya.

Saat itu dia tahu , walaupun lelaki itu menyeretnya keluar daripada hidupnya pun , Hana Aishah akan merangkak kembali kepada suaminya. Hebatnya cinta dia terhadap suaminya mematikan segala jenis perasaan lain di dalam hatinya.

“I love you” Hana Aishah mengangkat tangan kirinya sebelum membelai lembut rambut lembap suaminya. Penuh syahdu ayat itu meluncur daripada bibirnya.

“I miss you” biarpun tiada balasan , Hana Aishah meneruskan bicaranya. Begitulah dia semenjak seminggu ini. Ayat - ayat cintanya tidak pernah dibalas.

Hana Aishah dapat merasakan tubuhnya ditarik menuju ke katil di tengah - tengah bilik kecil itu. Renungan suaminya menusuk ke dalam mata Hana Aishah. Renungan tajam semenjak seminggu lepas itu digantikan dengan renungan penuh cinta yang dia rindui.

Perlahan - lahan dia membaringkan tubuhnya di atas katil. Tangan kirinya dihulurkan ke arah Fakhrul. Lama Fakhrul memandang ke arah isterinya yang sudah berbaring di atas tilam itu. Hana Aishah yang masih berbaju kurung itu Di pandangannya penuh rindu.

Egonya masih meninggi dan dia masih mahu menghukum isterinya tetapi melihat renungan penuh cinta isterinya, temboknya runtuh. Fakhrul menggenggam kedua - dua belah tangan Hana Aishah sebelum ditolak naik.

Hana Aishah dapat merasakan satu awan gelap yang mengikutinya beransur hilang apabila suaminya yang hanya bertuala biru itu menindih dirinya. Air matanya mengalir lebat dari sudut matanya.

“I miss you so much” sebak suara Hana Aishah memberitahu suaminya yang sedang rakus mencumbui setiap inci bahu yang lehernya yang terdedah. Dia menggenggam erat tangan suaminya yang sedang menguncikan tangannya di atas katil itu.

Walaupun tiada balasan mahupun kata - kata yang diungkapkan Fakhrul , Hana Aishah terima sahaja perbuatan suaminya itu kerana dia rindu. Layanan suaminya sepanjang lebih seminggu ini menyebabkan dia kesunyian.

Dalam sekelip mata segala kemesraan , sikap ambil berat terhadap hilang hanya kerana perselisihan faham mereka berkenaan Aiman. Dia merasa sunyi di dalam rumah banglo itu.

Rumah itu terasa seperti satu sangkar besi. Kalau sebulan lepas , kekuatannya yang dikumpulkan untuk menamatkan segalanya masih ada tetapi sekarang dia tidak mampu melarikan diri daripada suaminya.

Fakhrul menzahirkan segala kerinduannya yang semakin hari semakin menebal saat itu. Dia rindu segala - galanya tentang isterinya tetapi egonya terlalu tinggi. Tubuh Hana Aishah ditarik erat ke tubuhnya.

Tangan Fakhrul yang menggenggam tangan Hana Aishah itu dilepaskan sebelum memulakan kerja melurutkan baju kurung isterinya. Bibirnya kembali ke bibir nipis isterinya. Dipanggut bibir itu lembut.

“Fakhrul. Aishah. Mami Maznah mai jenguk hangpa berdua ni” Hana Aishah dan Fakhrul yang sedang hanyut itu lansung tidak sedar ketukan di pintu kayu bilik itu. Tangan Hana Aishah yang merangkul leher suaminya itu menarik rapat tubuh Fakhrul.

“Fakhrul” laungan Asifah semakin kuat apabila tiada balasan daripada cucunya.

Ketukan yang sedikit kuat kali ini mengejutkan Fakhrul yang terus menghentikan semua langkahnya.

“Fakhrul. No. Come back here” mata kuyu Hana Aishah memandang suaminya dengan penuh menggoda. Suara Hana Aishah yang bertukar lunak itu membuatkan Fakhrul menelan air liurnya kesat.

“Abang...” belum sempat Fakhrul hendak menjawab, sekali lagi neneknya melaung daripada pintu. Betullah sangkaannya yang dia mendengar suara neneknya tadi.

“Astaghfirullahalazim. You , Nani panggil. Did she hear ?” Hana Aishah terus menolak tubuh suaminya yang sedang melutut di atas katil itu. Fakhrul terdorong ke belakang kerana tolakan itu. Hana Aishah pula sedang kelam kabut membetulkan kurungnya yang sudah terselak itu.

“Fakhrul. Aishah” Fakhrul merengus kasar sebelum bangkit daripada tilam itu.

“Yes Nani” Fakhrul melaung sambil mengetatkan tualanya. Matanya merenung Hana Aishah yang sedang menyarung balik kain baju kurung yang Fakhrul tanggalkan tadi.

“Mami Maznah mai ni. Mamu pun ikut sekali” Fakhrul yang mendengar balasan neneknya itu merengus kasar. Tangannya kirinya memaut lengan Hana Aishah sebelum ditarik berdiri isterinya itu.

Hana Aishah menelan air liur melihat renungan suaminya yang bertukar tajam itu. Kadang - kadang dia rasa suaminya ini menghadapi masalah bipolar. Mood lelaki itu boleh bertukar dalam sekelip mata.

“We’re not done here” Hana Aishah menganggukkan kepalanya mendengar ayat suaminya itu. Janji lelaki itu sudah mahu mula bercakap dengannya. Dia sanggup berbuat apa sahaja.

Satu kucupan hangat mendarat di bibir Hana Aishah sebelum suaminya mencapai baju di atas katil dan menukar ke persalinan yang Hana Aishah sudah sediakan.

Hana Aishah yang berdiri kaku itu menyedarkan dirinya kembali sebelum turut menukar pakaiannya. Senyuman bahagia terukir di bibir Hana Aishah memikirkan suaminya yang seperti sudah tidak merajuk itu.


***********************************


“Aishah nak duduk rumah Nani berapa lama ni?” Hana Aishah yang sedang mencuci pinggan itu kaku sebentar. Jujurnya dia pun tidak tahu. Dia tidak tahu menahu rancangan suaminya. Tahu - tahu dia di suruh mengemas pakaian mereka.

“Dua tiga hari kot Nani. Aishah pun tak sure” Hana Aishah menjawab jujur.

“Ehh selalu Fakhrul duduk seminggu” Hana Aishah sudah menggigit bibirnya menahan rasa.

“Nanti Aishah confirmkan balik. Sedaplah Nani masak Kari Kepala Ikan” laju sahaja Hana Aishah mengubah topik.

“Mestilah sedap sebab itulah kari ni makanan kegemaran Fakhrul. Nanti Nani ajar macam mana nak masak exactly macam ni” Asifah yang sedang duduk di meja makan itu melihat tangan cucu menantunya itu lincah membasuh pinggan kotor di dalam sinki itu.

“Thanks Nani” Hana Aishah sempat memalingkan mukanya memandang ke arah nenek Fakhrul itu.

Hana Aishah semakin selesa dengan nenek Fakhrul itu. Mesra sungguh wanita itu tetapi sampai sekarang Hana Aishah pelik . Sepatah pun wanita itu tidak bertanya tentang anak perempuannya.

Hana Aishah terkejut melihat reaksi nenek Fakhrul yang terus melangkah pergi apabila ibu saudaranya bertanya tentang Puan Sri Maria. Mereka semua hanya berlagak biasa seperti tiada apa - apa yang terjadi walhal Hana Aishah sudah terpinga - pinga kekeliruan.

“Sayang. Abang nak keluar dengan Izul” tidak sempat Hana Aishah hendak menjawab Fakhrul sudah berlalu pergi.

“Fakhrul kalau dah balik kampung memang tak nampak lah batang hidung dia. Merayap je dengan si Izul” Hana Aishah hanya diam membisu mendengar bebelan nenek mertuanya. Terasa hati dia melihat layanan Fakhrul yang kembali dingin itu.

Hana Aishah lebih banyak berdiam diri malam itu. Dia mahukan suaminya tetapi lelaki itu meninggalkannya begitu sahaja. Dia mendengar sahaja cerita - cerita zaman kanak - kanak Fakhrul.

Barulah dia tahu yang suaminya setiap kali cuti sekolah akan duduk di Sik bersama neneknya. Mendengar cerita nenek Fakhrul itu Hana Aishah tidak membayangkan suaminya sebagai budak kampung.

Ada 4-5 album Fakhrul sahaja di almari rumah kayu itu. Hana Aishah pelik kenapa tiada ahli keluarga Fakhrul yang lain tetapi dia diamkan sahaja. Karang salah cakap tak pasal - pasal merajuk lagi orang tua ini.

************************************


Fakhrul membuka perlahan- lahan pintu bilik tidurnya. Matanya tertacap pada tubuh isterinya yang terbaring tanpa selimut di atas katilnya. Katil kepunyaannya semenjak zaman bujang lagi.

Hana Aishah yang hanya berpakai gaun tidur malam tanpa lengan itu kelihatan menggoda berbaring di atas tilam. Berhati - hati Fakhrul melangkah menuju ke birai katil kayu itu.

Dia melabuhkan punggung di sebelah isterinya sebelum tangannya menolak rambut yang menutupi wajah yang dia cintai itu. Fakhrul menarik nafas dalam menahan sesak di dada.

Dia tidak tahu mengapa tetapi sampai hari ini dia tahu Hana Aishah tidak betul - betul ikhlas melupakan Aiman.

Walaupun mereka tidak berhubung tetapi Aiman tetap berada di dalam minda dan hati isterinya. Hakikat itu membuatkan dia sakit hati. Dia tidak dapat menerima bahawa lelaki itu masih berlegar di minda Hana Aishah.

Hana Aishah yang sedang nyenyak tidur mengerutkan mukanya apabila tangan kanannya terasa seperti digenggam kuat. Perlahan- lahan matanya dibuka dan dalam kesamaran lampu tidur berwarna oren itu Hana Aishah dapat melihat kelibat suaminya yang sedang merenung ke arah dinding papan dengan muka berkerut - kerut.

“Mmmm. You” suara serak Hana Aishah mengejutkan Fakhrul daripada terus hanyut dalam amarahnya.

“What time is it?” Hana Aishah sudah menggeliat di atas tilam empuk itu. Fakhrul memerhatikan gaun satin isterinya yang sudah terangkat menampakkan sepasang kain les berwarna merah itu.

“2.50 am” cepat - cepat Fakhrul mengalihkan pandangannya dan bangun daripada pendudukannya. Tiba - tiba bilik yang dingin dengan hanya kipas angin itu terasa bahang.

“Don’t go yet” Hana Aishah menarik tangan kiri Fakhrul menghalang suaminya daripada melangkah pergi. Hana Aishah menarik dirinya duduk. Kaki jinjangnya yang terdedah itu diturunkan ke lantai konkrit itu.

“I was waiting for you” suara serak basah Hana Aishah itu menampar gegendang telinganya. Tangan Hana Aishah sudah memaut pinggang suaminya. Fakhrul masih cuba mengawal reaksi mukanya saat itu Walaupun dadanya sudah bergolak kencang.

“Thought I want to entertain you tonight” Hana Aishah tersenyum menggoda memandang ke arah suaminya. Fakhrul masih merenung isterinya tanpa perasaan.

“Its hot in here” Hana Aishah menyambung bicara.

Jantung Fakhrul sudah berdebar laju saat tangan sejuk isterinya itu menolak hujung bajunya naik. Dengan sekali tarikan dada Fakhrul sudah terdedah ke mata isterinya.

Fakhrul tidak pernah melihat sisi Hana Aishah yang ini. Isterinya yang pemalu , yang sentiasa takut - takut apabila dia mahu bermesra itu sudah tiada malam itu. Yang adalah adalah seorang penggoda yang memakai gaun pendek satin berwarna merah hati.

Hana Aishah yang sudah berdiri itu, menjengketkan sedikit tubuhnya sebelum mengucup betul - betul di sudut hujung bibir Fakhrul. Hana Aishah sudah tersenyum kemenangan apabila dia dapat mendengar perubahan dalam pernafasan suaminya.

Tangannya mengusap lembut pinggang suaminya sebelum bermain di kawasan pusat lelaki itu. Kucupannya turun ke ada lelaki itu yang sudah muka berombak kencang.

Walaupun dia takut kerana tiada pengalaman Hana Aishah memberanikan dirinya. Sampai bila hubungan mereka akan sebegini? Kali ini biar dia yang memulakan langkah. Permohonan maaf sudah dibuat , janji sudah dimeterai tetapi layanan dingin suaminya tetap tidak berhenti.

Hana Aishah memusingkan posisi tubuh mereka sebelum menolak lembut tubuh suaminya ke pembaringan. Dia tersenyum menggoda memandang ke arah Fakhrul yang masih merenungnya.

Kakinya di angkat sebelum dia duduk di atas paha suaminya. Kedua dua belah kaki dilipat di sisi paha Fakhrul. Tangannya mengusap bermain - main di waistband seluar jeans suaminya.

Fakhrul dapat merasakan nafasnya menjadi tersekat - sekat melihat aksi berani mati isterinya itu. Hana Aishah melepaskan ikatan rambutnya sambil merenung manja ke arah Fakhrul.

Hana Aishah dapat melihat halkum suaminya yang turun naik itu. Rencananya menjadi. Along kata kena pandai tackle suami. Lelaki ini kelemahan diorang satu sahaja. Dia harua menggunakan kuasa yang dia ada sebaik - baiknya.

“Do you want to make it less hot?” Hana Aishah bertanya. Suaranya dilunakkan. Masih tiada jawapan daripada suaminya. Tidak mengapa. Masih ada masa lagi.

Bunyi tali pinggang dibuka memecahkan kesunyian malam itu. Perlahan - lahan tali pinggang itu dibukanya diikuti dengan butang seluar jeans itu. Kalau tadi Hana Aishah dapat mengawal reaksinya , sekarang tidak lagi.

“You have to answer me Fakhrul. Do you want me to make it less hot tonight?” Hana Aishah merenung ke dalam anak mata suaminya yang semakin pekat itu. Halkum suaminya bergerak baik turun. Hana Aishah tersenyum kemenangan apabila suaminya menganggukkan kepalanya perlahan.

Hana Aishah menundukkan tubuhnya merapati tubuh Fakhrul. Dia dapat mendengar deruan nafas suaminya yang semakin tidak sekata itu.

“Say it” Hana Aishah berbisik lembut di telinga suaminya.

Hana Aishah merenung mata suaminya mencabar lelaki itu untuk terus berdiam diri. Seminit , dua minit berlalu. Fakhrul semakin tidak keruan apabila segala pergerakan isterinya terhenti.

Dia terpaksa menelan segala egonya disaat itu. Keinginannya untuk dibelai mengatasi egonya. Semenjak Hana Aishah keguguran Fakhrul tidak berani mahu memulakan intimasi mereka kerana bimbang isterinya masih belum bersedia.

“Mmmm ... make it less ... hot” Hana Aishah tertawa halus mendengar suaminya yang tergagap - gapap itu.

“Because you’re being a good boy tonight, you deserve a reward don’t you think” Fakhrul menganggukkan kepalanya perlahan.

Reaksi muka Fakhrul bertukar daripada ketat tanpa reaksi ke terkejut melihat isterinya menanggalkan gaun tidurnya. Saat itu segala tembok egonya runtuh dan dengan sekali pusingan , Hana Aishah sudah berada di bawah dan Fakhrul menindihnya di atas.

“So impatience” Hana Aishah sempat mengusik sebelum suaranya tenggelam dalam lautan asmara mereka.

Tuhan sahaja tahu betapa dia dambakan belaian cinta suaminya. Sikap dingin suaminya membuatkan Hana Aishah kembali murung.

Selepas kehilangan zuriat mereka Hana Aishah takut suaminya juga akan pergi meninggalkannya. Oleh itu dia nekad dia perlu perbaiki hubungan mereka tidak kiralah bagaimana cara pun. Segala rindu dan cinta yang terpendam diluahkan dini hari itu.

“I love you” Hana Aishah yang sedang melentokkan kepalanya di dada Fakhrul mendongakkan wajahnya dan tersenyum lebar memandang ke arah suaminya saat dia mendengar lafaz yang dia rindui itu meluncur di bibir yang kelihatan sedikit bengkak itu.

“I love you more” air mata Hana Aishah bergenang saat lafaz itu diungkapkan.

“I’m sorry “ Hana Aishah menyambung. Kepalanya dilentokkan kembali ke dada suaminya.

Bunyi degupan jantung yang tadi laju usai mereka beradu asmara , kembali ke rentak normal. Rentak yang sentiasa membuai Hana Aishah lena. Tangannya mengusap lembut dada kanan suaminya.

“Ya Allah. Kekalkan bahagia ini. I want him now and forever” dini hari itu , hati kecil Hana Aishah memohon kehadrat ilahi.

*****************************

“Fakhrul nya mana? Hang sorang je Aishah” Hana Aishah yang sedang duduk di pondok di tepi sawah itu tersenyum memandang ke arah kakak Puan Sri Maria itu.

“Tidur Mami. Sat lagi bangun lah tu” Hana Aishah menyalami tangan wanita yang berkain batik dan berbaju kurung kedah itu. Memang gaya orang utara sangat.

“Satu kepala lah si Fakhrul dengan Izul tu haa. Semalam entah merayap sampai pukul berapa. Tu terbongkang lagi dekat atas katil” Hana Aishah hanya tertawa melihat gaya Mami Maznah membebel.

Mukanya berubah merah pula membayangkan asbab suaminya penat. Nasib baik mereka sempat mandi dan menunaikan solat subuh walaupun subuh gajah.

Usai solat subuh Fakhrul menyambung tidur kembali. Penat beraksi katanya. Muka Hana Aishah sudah seperti tomato mendengar usikan suaminya. Malam tadi dia beranilah , pagi ini malu dia berkilo - kilo.

“Amboi. Tu dia senyum sampai telinga orang kata. Ingat dekat suami la tu” putus terus senyuman Hana Aishah mendengar usikan ibu saudara Fakhrul itu. Boleh pulak dia berangan waktu berborak. Hana Aishah dah angau.

“Ehh tak lah mami. Teringat benda lain” Hana Aishah berdalih tetapi senyuman Mami Maznah menyakinkan Hana Aishah yang wanita itu tahu di menipu.

“Ye lah. Mami percaya” mata wanita yang seiras ibu mertuanya dikenyitkan kearah Hana Aishah. Hana Aishah hanya tersenyum malu.

“Mami. Nak tanya something boleh?” Hana Aishah memulakan bicara. Mami Maznah membuangkan pandangannya ke sawah yang luas terbentang itu.

“Tau dah nak tanya apa” Hana Aishah terdiam mendengar ayat ibu saudara Fakhrul itu. Serba salah pula dibuatnya tapi dia betul - betul tidak faham apa konflik di antara Puan Sri Maria dan ibunya.

“Sorry Mami kalau Aishah menyibuk tanya” Hana Aishah menundukkan wajahnya.

“Ish tak lah. Hang ada hak nak tau. Mami tau mereka mesti tak habak lah cerita ni semua” Mami Maznah menepuk paha isteri Fakhrul itu lembut.

“Kami ada 3 beradik. Kak Mar anak sulung, nombor dua abang Muaz pastu Mami bongsu. Arwah bapak paling sayang Kak Mar. Anak kesayangan. Dah lah cerdik , lawa . Cukup pakej la orang kata” Hana Aishah hanya berdiam diri mendengar bicara ibu saudara Fakhrul itu. Tiada nada cemburu yang Hana Aishah dengar sewaktu Mami Maznah bercerita tentang kakaknya.

“Ma tak bagi Kak Mar sambung belajar bila Kak Mar dapat tawaran pegi Amerika tu. Ma nak Kak Mar kawin cepat - cepat tapi Kak Mar tak nak. Tapi Bapak kan sayang sangat dekat Kak Mar jadi dia ikut je cakap Kak Mar. Kak Mar janji dia akan balik bawak ijazah dan banggakan bapak” Hana Aishah dapat melihat wajah Mami Maznah bertukar keruh.

“Waktu tu Kak Mar baru tahun dua dekat universiti. Kak Mar balik cuti. kak Mar tak tahu plan bapak nak tunangkan Kak Mar dengan Mamu kamu tu lah. Laki Mami. Tapi Kak Mar tolak mentah - mentah” Hana Aishah terkejut melihat reaksi Mami Maznah yang masih selamba itu.

“Bapak tak pernah marah Kak Mar dari kecik lagi tapi hari tu , perang besaq dekat rumah. Kak Mar mati - mati tolak pinangan Mamu. Mamu tu sedara jauh dengan bapak. Memang dah rancang dari kecik nak kenenkan Mamu dengan Kak Mar tapi tulah jodoh Mamu kamu dengan Mami pulak” Hana Aishah terkejut melihat Mami Maznah yang lansung tidak terasa kerana dia merupakan pilihan kedua.

“Malam itu bapak habaq nak nikah terus hujung bulan sebab Kak Mar ketegaq sangat. Awal tu Mami pun tak paham awat lah Kak Mar ketegaq sangat. Rupanya ...” Mami Maznah menarik nafas panjang mengenangkan hari itu.

“Kak Mar mengandung dah waktu tu. Kak Mar nikah senyap - senyap dekat Amerika. Sampai hari nak nikah Kak Mar tak habaq. Dia takut tapi malam sebelum nikah tu Kak Mar pengsan” Hana Aishah yang mendengar cerita itu pulak berdebar.

“Bila bidan kampung habaq Kak Mar dah ada isi , Bapak pengsan” Hana Aishah dapat melihat tubir mata Mami Maznah yang sudah bergenang itu.

“Zaman dulu manalah ada kereta nak bawak pegi hospital. Hospital pun 4-5 jam baru sampai. Bapak meninggal dalam perjalanan” Mami Maznah mengesat air matanya yang gugur.

“Sorry Mami” Hana Aishah terasa bersalah kerana menjadi punca wanita itu terpaksa mengenang cerita sedih.

“Ehh tak pe. Aishah kan keluarga. Kena tahu lah. waktu pegi hospital tu Kak Mar ikut. Bapak meninggal atas riba Kak Mar. Kak Mar meraung suruh Bapak maafkan dia tapi Bapak senyum je pandang Kak Mar. Macam tulah reaksi Bapak setiap kali Kak Mar buat salah” Hana Aishah tidak perasan bila air matanya tumpah tetapi tahu - tahu sahaja sudah basah pipinya.

“ Malam itu Ma halau Kak Mar keluar. Kesian Kak Mar. Dia tak dapat uruskan jenazah Bapak pun. Waktu kebumi tu , Mami nampak dia duduk jauh tak bagi Ma nampak. Dekat ceruk kelapa sawit” Hana Aishah memegang erat tangan ibu saudara Fakhrul itu.

“Dekat sepuluh tahun Kak Mar tak jenguk kami. Mula tu Mami marah jugaklah tapi bila dah jumpa balik Kak Mar hilang terus marah. Ma dengan mak mertua kamu tu sama. Degil. Kepala batu. Sebab tu panas” Mami Maznah tertawa hambar.

“Ni semua ni Kak Mar lah beli. Dia tak nak hilang tempat kitorang membesar. Sampai sekarang , mak mertua kamu lansung tak jejak kaki dekat rumah ni” Hana Aishah dapat membayangkan bebanan yang ditanggung ibu saudara Fakhrul itu.

“Tadi Mami cakap Mami ada abang kan?” Hana Aishah tidak pernah mendengar tentang pak cik Fakhrul itu.

“Pertama kali mak mertua kamu balik ke kampung ni waktu Mamu Muaz kamu meninggal. Kemalangan jalan raya. Kena langgar lori. Kak Mar tak melawat jenazah dekat rumah tapi dia pergi ke kubur terus” Mami Maznah seperti dapat membayangkan saat kali pertama dia melihat kakaknya bersama anak - anaknya itu.

“Waktu tulah Fakhrul datang ke Nani dia. Dia sorang je datang. Si Fakhih dengan Felisha duduk melekat dengan mak pak diorang dekat luar kawasan perkuburan tu. Risau jugaklah kitorang. Ingat kan Ma nak halau” Hana Aishah melihat wajah keruh Mami Maznah yang bertukar ceria itu.

“Dia pi duduk sebelah nani dia. Entah apa dia borak. Tapi muka Ma nampak ceria sikit lepas tu. Selesai pengkebumian Abang Muaz , Ma gerak ke arah kami yang tengah berdiri dekat kereta Kak Mar tu , dia pesan dekat Mami yang Fakhrul ikut dia balik. Lepas tu terus dibawak Fakhrul balik rumah” Hana Aishah tersengih membayangkan wajah polos Fakhrul yang mengekor nenek dia.

“Sejak tu, memang tiap - tiap kali cuti sekolah Fakhrul akan duduk dengan Ma dekat rumah tu. Akan ada satu kereta datang hantar dan sehari sebelum sekolah mula , kereta tu datang ambik. Fakhrul sorang je lah yang masih menghubungkan keluarga Kak Mar dengan Ma” keluhan panjang dilepaskan buat kesekian kalinya oleh Mami Maznah.

“Along dengan Felisha?” Hana Aishah pelik. Tidak mungkin lah nenek Fakhrul itu hanya menerima suaminya sahaja.

“Adalah sekali dua datang tapi diorang orang kaya. Mana tahan duduk rumah Ma tu” Mami Maznah ketawa hambar.

“Kenapa tak renovate tukar rumah batu Mami?” Hana Aishah terasa seperti mahu mengetuk mulutnya saat itu. Laju sahaja Mulutnya bertanya. Tak berlapik lansung.

“Puas dah Kak Mar cuba nak renovate, manalah Ma bagi” Hana Aishah menganggukkan kepalanya laju.

Patutlah hanya ada gambar Fakhrul sahaja. Sekarang dia sudah faham. Dia kasihankan Puan Sri Maria tetapi dalam masa yang sama dia cuba meletakkan dirinya dia tempat nenek Fakhrul.

Pasti banyak harapan yang diletakkan ibu bapa Puan Sri Maria tetapi kalau jodohnya sudah sampai memang tidak boleh larilah. Dia doa satu hari nanti nenek Fakhrul dapat menerima Puan Sri Maria. Kasihan ibu mertuanya itu.

******************************


“Sedapnya tidur” suara Asifah memerli cucunya yang berkain pelikat dan ber t shirt kuning itu. Fakhrul tersenyum lebar memandang ke arah neneknya yang sedang duduk menganyam tikar itu. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah wanita itu sebelum membaringkan kepalanya di riba itu.

“Tak sedap lah Nani. You use to have lots of fat here” Asifah mencubit pipi cucunya itu. Suka mengusik. Fakhrul merenung wajah tua yang sudah berkedut seribu itu. Neneknya yang sebelum ini agak berisi itu semakin mengurus semenjak makin menua ini.

Hampir jam 1 petang barulah Fakhrul bangun. Itupun apabila mendengar tawa isterinya dari kejauhan. Senyuman lebar terukir di bibirnya mengenangkan saat indah semalam. Geram pula dia apabila dia bangun dan isterinya tiada di sisi. Tetapi melihat jam yang sudah tengah hari itu barulah dia tersedar yang dia terlajak tidur.

Penat dia masih belum habis tetapi dia sudah merindui Hana Aishah. Hangat tubuh isterinya itu masih dapat dirasai. Matanya dipejam rapat membayangkan peristiwa semalam.

“Astaghfirullahalazim” Fakhrul yang sedang bermimpi indah itu terkejut mendengar suara cemas neneknya itu. Terus dia mendudukkan dirinya. Matanya dihalakan ke arah sawah padi yang terbentang luas.

“Ya Allah. Fuad. Hang pi buat apa dengan cucu cek ni” Asifah sudah menarik dirinya untuk berdiri manakala Fakhrul sudah laju menuruni tangga.

Muka Fakhrul bertukar tegang melihat adegan di hadapannya. Fuad teman sekampungnya itu sedang memapah isterinya yang sudah berjalan terhenjot - henjot itu. Kakinya laju menuruni tangga menuju ke arah mereka.

“Cucu Nani ni jatuh parit. Nasib baik cek ada” Fuad yang berbadan kurus kering itu mempertahankan dirinya.

Dia baru selesai menabur racun di sekeliling sawahnya apabila dia mendengar jeritan daripada arah parit luas di hujung bendang itu. Apabila sampai di sana , dia melihat Hana Aishah sudah jatuh terduduk di dalam parit yang berlumpur itu.

“Ya Allah. Fakhrul. Bawak Aishah naik” Fakhrul mengendong isterinya yang sudah berlumpur itu.

“You. Sakit” Hana Aishah sudah mengalirkan air matanya. Dia sibuk melihat ikan keli dalam bendang sampai tidak perasan parit di hujung bendang itu.

“Sat Nani pi ambik minyak angin” kelam kabut Asifah menggeledah almari di ruang tamunya itu.

“No need Nani. Fakhrul nak bersihkan Aishah dulu. Nak tengok ada luka tak. Berlumpur macam ni tak nampak” Fakhrul terus menuju ke arah bilik air sambil mengedong isterinya itu. Mukanya tegang.

“You’re so clumsy. Kalau satu hari tak jatuh tak sah. Menyusahkan” Hana Aishah terdiam apabila dimarahi sebegitu. Berubah terus perangai Fakhrul berbanding dini hari tadi.

Fakhrul meletakkan Hana Aishah di tembok di dalam bilik air itu sebelum menanggal tudung sarung Hana Aishah yang berwarna hitam itu. Seluar palazzo yang sudah basah dengan lumpur itu dilucutkan.

“Aaaaahh” Hana Aishah menjerit kesakitan apabila kaki kirinya yang sedang berdenyut itu dikasari suaminya.

“Lain kali nak buat something pakai otak. Brainless” air matanya gugur saat itu. Sangkaannya meleset. Dia sangkakan selepas mereka bersama malam tadi suaminya tidak akan dingin lagi dengannya.

“Tak pe. I boleh buat sendiri. You pegilah rehat” Hana Aishah menguatkan suara supaya tidak kedengaran lemah. Air mata dikesat. Mata Fakhrul menjeling ke arahnya tajam.

“Why? So another man can come and see you like this” suara Fakhrul naik satu noktah.

“Acting like a whore yesterday night to seduce me so I can forget about your whole Aiman thing. You think I don’t know? Sekarang Aiman tak ada nak menggatal , any guy also you want to try” Hana Aishah memandang muka suaminya tidak mempercayai apa yang didengarinya saat itu.

“Did you just call me a whore?” Hana Aishah benar - benar tidak mahu mempercayai pendengarannya saat itu. Air matanya mengalir lebat.

“Let me see you ankle” Fakhrul tidak mengendahkan soalan isterinya itu. kata - kata Fakhrul menamparnya dengan realiti pahit. Wajahnya ditundukkan ke lantai simen bilik air itu.

“Get out!” suara Hana Aishah tanpa perasaan itu kedengaran. Fakhrul tidak mengendahkan amaran isterinya. Dia mengambil air di dalam kolah sebelum menjiruskan ke kaki isterinya yang berlumpur itu.

“I said get the hell out of here!” Hana Aishah menjerit kuat sehingga bergema segenap bilik air itu. Jelingan matanya menusuk ke dalam mata Fakhrul. Segala kebencian yang mampu dia tunjuk melalui pandangannya di halakan ke arah Fakhrul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience