Chapter 19

Romance Completed 625623

“Hana Aishah! Astaghfirullah hal azim anak dara sorang ni. The sun is already high up Hana Aishah. Bangun!” kuat suara Teacher Basirah memarahi anak daranya yang masih berselimut di atas katil walaupun jam sudah menunjukkan pukul 2 petang.

“Mak. Apa ni kejut adik? I want to sleep some more?” suara baru bangun tidur Hana Aishah itu memarahi ibunya sambil menggeliat di atas katilnya.

“Its 2 o clock Adik. Wake up. Its been a week you’re holing up inside your room. You better wake up before I drag you” sejak malam itu , Hana Aishah lebih banyak menyendiri. Awalnya Teacher Basirah dan Kapten Azam beranggapan anak dara mereka itu merajuk kerana dimarahi ibunya hari itu tetapi melihat keadaan anaknya itu firasat ibunya kuat mengatakan Hana Aishah sedang menyembunyikan sesuatu.

“What day is today?” Hana Aishah memicit kepalanya yang sedang berdenyut itu.

“It’s Thursday Hana Aishah” tangan Teacher Basirah laju mengutip baju kotor anaknya yang bertaburan di lantai.

“Urggh. I got 1 more week to sleep in” Hana Aishah menumbang kembali badannya ke katil sambil memeluk Cik Ted nya.

“Mmm. Gebulah Cik Ted ni” omel hati Hana Aishah sambil matanya mula memberat semula.

“Ish bangun. Pinggang makan tak bawak turun, kenapa tak senonoh sangat ni” satu tamparan diberi ke punggung anaknya yang sedang tidur meniarap itu.

“Ahh mak !” Hana Aishah kembali bangun sambil menyapu punggungnya.

“Wake up! Get dress! We’re going out!” jelingan tajam Teacher Basirah cukup untuk menutup mulut Hana Aishah yang berniat untuk menolak ajakan ibunya itu.

Hana Aishah yang memakai baju tidur tiada lengan separa lutut bercorak kartun Strawberry Short Cake itu menghentakkan kakinya sambil masuk ke bilik air.

“Adik hentak pintu tu siap!” laungan Teacher Basirah menghentikan niat Hana Aishah yang ingin menghentak pintu bilik airnya sebagai tanda protes.

“Arghhh!” Teacher Basirah yang sedang memikul baku berisi baju kotor anaknya itu terdengar jeritan kuat itu. Sudah seperti halilintar bunyinya.


***********************************


Hana Aishah menyeret kakinya mengikut ibu dan bapanya ke IKEA Cheras . Sewaktu mereka sampai disana jam sudah menunjukkan pukul 4.30 petang. Sejurus menunaikan solat asar , Hana Aishah membuntuti kedua ibu bapanya.

“Muncung tu kalau abah buat competition dengan duck mesti kalah” Kapten Azam menarik muncung mulut anak keduanya itu sehinggakan Hana Aishah menjerit kesakitan.

“Abah!” Hana Aishah menjeling kearah ayahnya yang memakai seluar jean berwarna biru dipasangkan dengan T-shirt berwarna hitam itu.

“Why are you being difficult Adik? Abah dengan mak risau” Hana Aishah memandang ke arah muka bapanya yang sudah berkerut itu. Satu keluhan berat dilepaskan.

“I’m sorry. Adik nak rehat” Hana Aishah tahu sekiranya dia menceritakan kisah tentang dia diserang hari itu , pasti kedua ibu bapanya tidak akan senang duduk setiap kali dia pergi berkerja.

“Abah kenal anak abah ni. Adik jangan tipu” mereka melabuhkan punggung di salah sebuah kerusi sofa berkembar yang berada di ruang pameran.

“So soft. I feel like buying it for my room” laju Hana Aishah menukar topik.

Kapten Azam memandang Hana Aishah yang memakai seluar jeans hitam dan blaus kuning bercorak bunga separa paha yang dipadankan dengan tudung merah mengikut tema bunga pada baju Hana Aishah itu. Dia menggelengkan kepalanya mengenangkan perangai anaknya yang seorang ini.

“Muat ke bilik adik tu. Isn’t it full with racks of novels and medical books that you collect over the years” Kapten Azam tidak mahu memaksa anaknya itu kerana dia tahu apabila tiba masanya anaknya itu akan membuka mulutnya.

“That’s why we need to move to a bigger house” Hana Aishah mengenyitkan matanya kepada Kapten Azam.

“Or maybe somebody need to get married and move to her husband’s house” walaupun nadanya bergurau tetapi hati tuanya risau akan anak daranya yang seorang ini.

Hana Aishah seorang anak yang mempunyai pemikirannya sendiri. Kalau dia kata A maka A lah. Sebagai ibu bapa Hana Aishah, mereka sendiri susah untuk melenturkan kedegilan anak daranya ini bagaimanalah bakal suami Hana Aishah ingin melayan kerenah anak daranya ini.

Usianya Kapten Azam yang semakin tua itu merisaukan dirinya apabila melihat Hana Aishah yang tidak pernah menceritakan tentang teman lelaki istimewanya. Baik daripada zaman belajarnya sehingga sekarang.

“Eee buat apa? I need to buy my own house before I get married. I don’t want to depend on men” itulah jawapan yang sentiasa Kapten Azam terima apabila soal jodoh diutarakan.

“Adik ni feminist sangat” tangan kasar Kapten Azam mencubit pipi anaknya itu.

“And you should be proud because you have a self sufficient daughter” Kapten Azam hanya tertawa mendengar jawapan anaknya itu.

“Kalau self sufficient hari tu kena attack tak adalah sampai masuk hospital. That’s why you need a man to protect you” Hana Aishah memasamkan mukanya mendengar jawapan bapanya itu. Terus dia meluru ke arah ibunya meninggalkan bapanya yang menertawakannya itu.

“Dah kenapa abah dengan adik ni. One with this sour face and another one with red face” Teacher Basirah yang memerhatikan anaknya and suaminya di kaunter bayaran itu merasa pelik.

“Anak awak ni feminist sangat but when I tell her otherwise, marahlah Cik Hana Aishah ni” Hana Aishah semakin geram melihat bapanya yang tidak habis - habis memerlinya.

“Abah!” jurujual di kaunter bayaran itu menahan tawa melihat muka Hana Aishah yang cemberut itu. Walaupun bertelagah keluarga mereka tetap kelihatan mesra.

“Ish dah lah tu abang. Adik merajuk nanti abah pujuk . I don’t want to get involved” Teacher Basirah membebel sambil menolak troli yang penuh dengan barang itu.

“Alah ye lah. Abah tak kacau adik dah. Jom abah belanja makan meatball ikea yang adik suka tu” Kapten Azam memeluk bahu anaknya itu dengan mesra.

“Fine but I’m buying two plate” Hana Aishah ini badan sahaja nampak kecil tetapi seleranya tidak sepadan dengan saiznya.


**************************************

Tinggal berbaki lagi 4 hari cuti Hana Aishah. Dia sedang merehatkan diri di kerusi gantung berbentuk bulat di halaman tepi rumah mereka.

Ibu dan bapanya memang saling melengkapi. Kapten Azam yang sangat minat berkebun menjadikan kawasan halaman rumah dua tingkat mereka itu dihiasi dengan bunga - bunga yang tumbuh mekar dibawah jagaannya.

Manakala Ibunya pula sangat meminati hiasan dalam rumah. Oleh itu setiap ruangan di dalam rumah dipenuhi dengan gaya moden dan klasik yang berbeza .

Kawasan ruangan di tepi rumah mereka ini mempunyai dekorasi bertemakan klasik yang diserikan dengan set kerusi rotan yang sesuai untuk keluarga mereka bersantai untuk minum petang.

Atas permintaan Hana Aishah ibunya memberi ruang untuk kerusi gantung yang berasal dari rotan diletakkan . Hana Aishah akan menghabiskan masanya di atas kerusi itu sambil membaca novel - novelnya.

“Adik, lunch!” Teacher Basirah yang sedang menghidangkan makanan tengah hari mereka itu melaungkan suaranya daripada dapur.

Hana Aqilah dan Kapten Azam masing - masing sudah mengambil tempat di meja makan berwarna putih itu . Ruangan makan mereka sekeluarga yang bertemakan moden kontemporari itu berwarna putih dan diserikan dengan kertas dinding bertemakan bunga sakura.

“Achik go call your Kakdik . That girl will deafen any sound when she’s reading” Hana Aqilah mengeluh sebelum menggerakkan kakinya apabila mendengar arahan ibunya. Sudah 10 minit berlalu , Hana Aishah masih belum memunculkan dirinya.

“Kakdik” geram Hana Aqilah memanggil kakaknya yang sedang duduk santai memakai seluar legging separa lutut dan dipadankan dengan T-shirt lusuh berwarna merah jambu di kerusi tergantung itu.

“Ee, jangan kacaulah” Hana Aishah membebel walaupun mukanya masih melekat di novel Dan Brown yang baru dibelinya itu. Hana Aishah yang sedang berada di babak yang paling cemas itu merungut apabila adiknya mengganggu fokusnya.

“Akak. Mak dah panggil makan” perut Hana Aqilah sudah berdansa apabila membayangkan kari daging yang dimasak ibunya itu.

Semenjak Hana Aishah bercuti berbagai - bagai lauk pauk kegemaran Hana Aishah ibunya masak. Waktu Hana Aishah bercuti sahajalah masa untuk Teacher Basirah memasak lauk kegemaran anak daranya yang sentiasa sibuk itu.

“Akak cepatlah, you know how mak is. We are all waiting for you at the table already” Hana Aishah mengangkat mukanya yang disembamkan ke novel Dan Brown tadi. Mukanya berkerut menandakan dia tidak suka kerana masanya diganggu.

“Seriously Achik! Makanlah dulu. I’ll eat after I finish this novel” kecil besar sahaja Hana Aishah memandang si Hana Aqilah waktu itu. Hana Aqilah yang memakai blaus separa lutut yang tidak berlengan itu memandangnya geram.

“Kakdik ni. Kesian tau mak. She’s been cooking all your favourite food since you’re on break. Dah lah Kakdik asyik moody je since last week. Thankful lah sikit” Hana Aishah terkesima melihat adiknya memarahinya. Dia melihat Hana Aqilah menghentakkan kakinya dan berlalu pergi.

Hana Aishah akui semenjak Fakhrul menghantarnya pulang , dia banyak menyendiri. Makan pun perlu dipaksa ibu bapanya.

“You said you dont want to trouble them. You’re doing a great job Hana Aishah” Hana Aishah memarahi dirinya. Dia mengangkat punggungnya dan menuju ke ruangan makan mereka itu.

“Sorry mak” terus Hana Aishah memeluk ibunya erat.

“Adik janganlah buat mak risau” erat pelukan Teacher Basirah. Hana Aishah ini satu - satunya anaknya yang paling bising dan suka bercerita masalahnya. Tetapi semenjak dia memasuki dunia perkerjaan ini, hendak bercakap 10 minit pun susah.

“I’m fine. I’m just tired” Hana Aqilah memandang adegan di depan matanya sambil laju mulutnya menyuap makanan ke dalam mulutnya.

“Kalah cerita Kabhi Kushi Kabhi Gam kan bah” Kapten Azam tergelak mendengar komen anak dara bongsunya. Hana Aishah dan ibunya memberi jelingan tajam kepada kedua - dua anak beranak yang sedang sibuk makan itu.

“Jealous” serentak suara mereka sambil menjelirkan lidah. Makan tengah hari itu buat pertama kalinya semenjak Hana Aishah cuti bertukar meriah. Kapten Azam mengucapkan syukur di dalam hatinya melihat Hana Aishah yang bertukar ceria seperti selalu.

*************************************


“Ish kenapa pulak hospital call time adik tengah cuti ni” bebel Hana Aishah sewaktu melihat nombor yang terpapar di telefon bimbitnya itu.

“Tak yah angkat Kakdik” Hana Aqilah yang sedang berbaring sambil kepalanya diletakkan di atas riba abahnya itu memberi cadangan. Mereka sedang melihat cerita Hindustan di televisyen. Ibu dan bapanya bolehlah faham, Hana Aishah dan Hana Aqilah banyak bergantung kepada sari kata.

“Itulah dulu tak nak belajar waktu kecik, sekarang tengok je lah sari kata” dia masih ingat bebelan atuk mereka suatu masa dahulu.

Kedua ibu dan bapa Hana Aishah berketurunan India Muslim tetapi generasi Hana Aishah bukan sahaja tidak boleh bertutur tetapi faham pun tidak. Kalau ikutkan sepatutnya adik beradik Hana Aishah boleh bertutur dalam tiga bahasa Tamil, Urdu dan Inggeris selain daripada Bahasa Melayu.

“Hello?” walaupun Hana Aishah cuba melembutkan suaranya tetapi suara ketidak puasan hatinya jelas kedengaran.

“Yes Dr Hana Aishah speaking?” Hana Aishah menekan punat suara pada alat kawalan jauh TV di rumah mereka. Dia tidak dapat mendengar dengan jelas suara orang yang menelefonnya itu.

“Who is this?” Hana Aishah tidak suka apabila waktu cutinya juga diganggu oleh pihak dari tempat kerjanya.

Teacher Basirah melihat anaknya itu melangkah pergi ke ruang tamu rumah mereka. Mungkin perlukan lebih privasi. Selepas beberapa minit anaknya itu kembali berbaring di atas ribanya.

“Kenapa dik?” risau Teacher Basirah melihat muka anaknya yang bertukar suram itu.

“Need to go to Hospital tomorrow morning” selepas selang beberapa minit Hana Aishah menjawab. Ada sesuatu yang disembunyikan daripada suaranya, itu Teacher Basirah pasti.

“Why?” Kapten Azam turut mengalihkan pandangannya kepada Hana Aishah. Muka Hana Aishah yang baru hari ini bertukar ceria itu kembali suram.

“Some admin work. Just let it go. It’s nothing. Tadi adik miss part dia confess dekat bapak dia” Hana Aishah semakin pandai mengubah topik. Sesuatu yang Teacher Basirah dan Kapten Azam tidak suka.

“His dad was so mad kak” Hana Aqilah secara tidak sengaja telah membantu menyelamatkan Hana Aishah daripada disoal siasat kedua ibu bapanya apabila dia menceritakan adegan yang Hana Aishah terlepas itu.

***************************************

“Saya Puan Linda , Dr Hana. PA Dato’ Quratun. She wants to meet you tomorrow at 10am” masih tengiang - ngiang perbualan telefonnya semalam di minda Hana Aishah. Sepanjang malam semalam dia tidak dapat tidur kerana membayangkan sebab - sebab dia dipanggil ke pejabat Pengarah.

“Assalamualaikum kak. I’m Dr Hana. I was told to meet Dato’ Qurratun today at 10am” Hana Aishah memperkenalkan diri kepada pegawai yang berada di kaunter bersebelahan dengan bilik pengarah itu.

Wanita yang berada dalam lingkungan 40an yang memakai baju kurung bercorak bunga berwarna oren dan dipadankan dengan tudung berwarna coklat itu memberikan satu senyuman pendek kepada Hana Aishah.

“Waalaikumussalam. Duduk dulu Dr, once Dato’ is ready saya akan inform Dr” Hana Aishah mengucapkan terima kasih sebelum melabuhkan punggungnya di sebuah sofa berwarna biru gelap yang menghiasi pejabat itu.

Hana Aishah menggenggam jari jemarinya kemas. Tangannya itu sejuk seperti ais sekarang. Blaus nipis berwarna merah jambu dipadankan dengan seluar slack berwarna hitamnya itu lansung tidak membantu dirinya yang tengah kesejukan itu.

Mulutnya tidak putus dengan zikir dan selawat. Hana Aishah tidak tahu apa punca dia dipanggil tetapi dia berdoa semoga semuanya baik - baik sahaja.

Masa berlalu dengan terlalu perlahan. Jam baru menunjukkan pukul 9.54 minit pagi. Hana Aishah melihat telefon bimbitnya. Aplikasi whatsapp ditekan. Dia melihat mesej yang dihantar kepada Aiman itu.
~Man. I just received a call from admin. Pengarah wants to meet me. Do you know anything about this~ Hana Aishah


Dia pasti Aiman telah membaca mesej itu tetapi Hana Aishah pelik kenapa Aiman tidak membalas mesejnya.

Dia cuba menghubungi lelaki itu tetapi panggilan Hana Aishah diputuskan. Hana Aishah beranggapan mungkin lelaki itu sibuk memandangkan Aiman sudah memasuki jabatan baru di Jabatan Pembedahan.

“Dr Hana. Dato’ nak jumpa Dr sekarang” Linda telah berkerja sebagai setiausaha pengarah hospital lebih kurang 7 tahun oleh itu dia sudah masak dengan kes - kes doctor pelatih yang dipanggil ke bilik pengarah. Semua jenis pelatih yang bermasalah.

“Ok kak. Thank you” Hana Aishah melangkah masuk ke bilik pejabat yang luas itu. Warna bilik yang berwarna kucing cair itu menjadikan bilik itu kelihatan sangat luas. Sebuah meja mahagoni dan beberapa rak yang dipenuhi dengan buku dan fail memenuhi ruangan tersebut.

“Assalamualaikum Dato’” Hana Aishah cuba menyembunyikan rasa gemuruh nya dengan memberikan senyuman lebar kepada Dato’ Qurratun.

Dato’ Qurratun mempunyai raut wajah yang tegas. Disebalik kaca matanya yang berbentuk bulat dan berbingkai tebal berwarna hitam itu , tajam mata sepet itu melihat orang. Dia yang berketinggian 5 inci itu kelihatan genit tetapi ketegasannya menggentarkan semua yang bercakap dengannya.

“Waalaikumussalam. Have a seat Dr Hana Aishah” Hana Aishah melihat kearah Dato’ Qurratun yang memakai baju kurung batik berwarna kuning dan hijau itu. Rambut pengarah itu yang semakin memutih kelihatan disebalik selendang yang diletakkan di atas kepalanya itu.

“Thank you Dato’” Hana Aishah melabuhkan punggungnya di atas kerusi pejabat yang bertentangan dengan meja mahagoni berwarna coklat gelap itu. Matanya dihalakan kearah Dato’ Qurratun yang sedang duduk di atas kerusi pejabatnya yang besar itu. Saiz kerusi yang besar itu menyebabkan badan pengarah yang genit itu kelihatan lebih kecil.

“Hold on a minute” arahan yang kedengaran tegas itu dibalas dengan anggukan Hana Aishah. Laju tangan pengarah yang putih gebu itu menulis sesuatu di atas kertas yang berselerakan di atas mejanya itu.

“Dato’ , lagi seorang dah sampai” ketukan pintu yang diselangi dengan Linda yang memaklumkan kedatangan seorang lagi tetamu membuatkan Hana Aishah lebih keliru.

“Send him in” Hana Aishah memalingkan mukanya memandang ke arah Fakhrul yang berpakaian pejabat itu yang memasuki ruangan pejabat itu.

Mata Hana Aishah terbeliak melihat ke arah lelaki yang memakai baju kemeja berwarna merah jambu cair dan berseluar slack berwarna hitam itu. Lelaki itu yang tidak pernah mempunyai sehelai rambut pada mukanya itu kelihatan segak seperti selalu.

“Dato’” tidak seperti Hana Aishah ,lelaki itu terus melabuhkan punggung di kerusi bersebelahan dengan Hana Aishah
tanpa dijemput.

“Dr Fakhrul” Dato’ Qurratun yang sudah terbiasa dengan perangai Fakhrul itu lansung tidak terkejut dengan tingkah laku Fakhrul itu. Bukan senang untuk seorang wanita memegang jawatannya oleh itu dia sudah masak dengan perangai lelaki yang mempunyai ego yang tinggi seperti Fakhrul.

“Can we get this over fast , I have things to do” Hana Aishah terkejut melihat keberanian Fakhrul itu. Kadang - kadang dia juga berharap dia dapat ambil sedikit keberanian Fakhrul itu, jadi tidaklah dia selalu di buli.

“Sure” jawapan yang keluar daripad mulut pengarah itu membuatkan Hana Aishah terkejut melihat Dato’ Qurratun yang lansung tidak terkesan dengan cara Fakhrul yang kasar itu.

“Few days back I received this” tangan wanita itu meletakkan beberapa keping gambar di atas meja mahagoni yang memisahkan mereka itu. Hana Aishah tidak sempat mengambil gambar yang diletakkan di atas meja itu kerana Fakhrul terlebih dahulu mengambilnya.

“Ambiklah sorang satu. Ni semua dia kaut” Hana Aishah membebel memarahi Fakhrul di dalam hatinya. Dia menjengketkan badannnya untuk melihat gambar yang diteliti Fakhrul dengan mukanya yang berkerut - kerut itu.

“Astaghfirullah hal azim” Hana Aishah menutup mulutnya yang terbuka luas dengan tangannya apabila dia dapat melihat gambar itu dengan jelas.

“I need an explanation from both of you and I think both of you are aware about the consequences of your actions” air mata Hana Aishah sudah bergenang apabila mendengar amaran daripada pengarah itu.

Gambar Fakhrul yang memeluk Hana Aishah dan mengangkatnya masuk ke dalam kereta telah sampai ke pengarah hospital.

Hana Aishah cam gambar itu kerana itu adalah hari dia diserang dan diselamatkan oleh Fakhrul. Tetapi dia tidak ingat lansung situasi di mana dia dipeluk dan diangkat Fakhrul.

“That is not even that bad” sekeping lagi gambar di hulurkan kepada Hana Aishah. Hana Aishah dapat melihat muka pengarah hospital yang memandangnya seperti Hana Aishah seorang pesalah di kandang juri.

“Allahhu Akbar” air mata Hana Aishah tumpah apabila dia melihat gambar Fakhrul yang berada diatasnya dan kelihatan seperti mencumbuinya. Semua gambar itu di ambik daripada jarak yang jauh tetapi segala aksi di dalam gambar itu kelihatan sangat kotor.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience