Bab 70

Romance Series 548166

"Sial!! Lepaskan aku la setan!." Jerit Kira apabila Chakan mahu menciumnya. Tertoleh ke kanan dan ke kiri wajah Kira yang mengelak dari ciuman Chakan manakala tangan lelaki itu pula sudah berada di dadanya.

Cecilia tertawa suka sambil berjalan ke arah Sonchai di katil. Tanpa diduga, Sonchai yang tadi berdiam diri di katil tiba-tiba menyerbu ke arah Chakan, belakang kepala Chakan ditendang hingga lelaki itu terpelanting ke tepi dinding. Tidak habis di situ, Sonchai terus menerpa ke arah Chakan dan tendangan diberikan tepat ke wajah lelaki itu. Terdiam Cecilia yang tadi tertawa suka apabila melihat tindakan Sonchai.

"Tak guna! John! John!." Panggil Cecilia apabila melihat Chakan sudah terperosok di tepi dinding. Sonchai memandang Cecilia sekilas sebelum dia dengan pantas mendapatkan Kira sebelum Chakan bangun semula. Mata Kira dipandang dan dalam waktu yang sama Kira turut membalas pandangan Sonchai. Sonchai capai pisau lipat di betis kanannya lalu memotong tali yang mengikat tangan Kira tetapi belum sempat tali yang dipotong putus, Chakan telah dahulu menyauk leher Sonchai dari arah belakang dan dikepit kuat dengan lengan sasanya sebelum lelaki itu ditarik hingga ke pintu lalu belakang. Sonchai kemudian ditendang hingga dia terhimpit pada pintu. Mujur juga pisau tadi sempat Sonchai selitkan pada tangan Kira. Jika tidak, sia-sia sahaja usahanya. Bantuan dari Sonchai tidak disia-siakan, Kira bersusah-payah memotong tali dengan tangan yang berikat begitu menggunakan pisau milik Sonchai tadi.

"Chan kae laew khun khux khn nan, kab!." (Aku dah agak, memang kau orangnya!) Kata Chakan pada Sonchai.

"Sebelum ni lagi aku dah cakap dia ni polis! tapi madam tak percaya cakap aku!." Marah Chakan pada Cecilia yang masih lagi terkejut dengan tindakan Sonchai. Bulat mata wanita itu memandang Chakan apabila dia dimarah begitu.

"Hei, kau siapa? Dare to speak rudely to me like that?!." Marah Cecilia kembali. Sonchai yang sudah bangun berdiri menentang pandangan mata Chakan yang memerah padanya bersama senyum sinis.

"Dah terlambat untuk kau bagitahu pada perempuan ni! Dia yang bodoh tak percayakan kau!." Balas Sonchai. Laju kepala Cecilia menoleh pada Sonchai yang berdiri di muka pintu.

"Tak guna kau!!." Jerit Cecilia.

Dengan wajah cemberut tendangan sisi dilepaskan pada Sonchai, mujur juga lelaki itu sempat menahan dengan kedua tangannya disilangkan di hadapan tubuhnya. Jika tidak parah juga. Chakan yang melihat pantas menyerbu dan menyerang Sonchai. Cecilia pula pada mulanya ingin turut serta tetapi apabila dia melihat Kira sudah berjaya melepaskan diri. Makin membuak rasa marahnya. Tadi si Sonchai, ini Kira pula. Memang tak guna! Mampus lagi baik!

Sonchai dan Chakan sudah bergasak hingga ke luar bilik dan tidak lama John pula sampai dengan termengah-mengah bersama kepala sesekali ditoleh ke belakang.

Sedang mereka bertekak tiba-tiba kedengaran bunyi tembakan di tingkat bawah. Cecilia sudah cuak, Chakan pula tidak peduli, apa yang dia tahu dia hanya mahu lanyak Sonchai sehingga lelaki itu mati. Sakit hatinya. Cecilia pula kalut memarahi John yang lambat untuk datang membantunya.

"Kau ke mana? Puas aku panggil. Ingat dah mati!." Marah Cecilia. John yang tercungap-cungap menahan lelah berlari menarik nafas panjang sebelum menjawab pertanyaan Cecilia.

"Sorry madam.. Tempat kita diserbu. Ramai juga orang-orang kita yang dah kena bunuh." Jawab John. Kira yang sedang mengurut pergelangan tangan kiri dan kanannya tersenyum senget.

"What?!." Soal Cecilia terkejut. Bagaimana pula tempat mereka diserbu. Barangkali betul seperti yang dikatakan Chakan. Tak guna kau Sonchai.

"Ah! I don't care! Cepat! Kau tangkap perempuan tu.! Kena serbu atau tak, aku nak kau tangkap perempuan tak guna tu sekarang juga!" Arah Cecilia pada John. Kira yang mendengar arahan Cecilia bingkas bangun setelah membuka ikatan tali di kaki dan tangannya. Pakaiannya yang sudah tidak tentu letaknya dibetulkan semula. Sesudah itu pandangan dibuang ke depan. Mencerlung matanya memandang wajah John. Meruap kepala, berdesing telinga, panas rasa wajahnya apabila teringatkan apa yang dilakukan lelaki itu tadi.

"Game over Cecilia!." Kata Kira pada Cecilia yang sekarang ini wajahnya sudah terpapar riak bimbang. Bersama pisau lipat milik Sonchai di tangan, Kira memegangnya di tangan kanan dengan mata pisau mengahala ke dalam rapat di lengan secara menyerong. Kuda-kuda dipasang tanda menunggu lawan masuk menyerang. Tangan kiri digamit pada John untuk 'mempelawanya' bersama anggukan.

"You want me? Come here." Kata Kira pada John sambil memandang lelaki itu dengan pandangan tajam. John yang memang sejak dari awal tadi lagi geram terhadap Kira kerana kempunan dengan niatnya yang satu itu semakin marak rasa marah dan sakit hatinya. Tanpa membuang masa, John berjalan laju ke arah Kira dan sebaik melihat tangan Kira memegang pisau, dia tertawa mengejek.

"Kau ingat, kau seorang sahaja ada pisau?." Ejek John sambil mengambil pisaunya yang diselit pada paha kanan. Kira ketap gigi kuat.

Tanpa lengah John menyerbu ke arah Kira, pisau dilayangkan ke kanan dan ke kiri tetapi pantas Kira mengelaknya. Kini Kira pula yang menyerang balas dan..

'Supp..!'

Mata pisau menghiris lengan kiri John. Memerah wajah John menahan marah kerana Kira berjaya melukakannya. Cecilia pula apabila melihat John sudah terluka dan Chakan pula sedang sengit bertarung di luar, dia ambil keputusan untuk turut sama dengan John bagi menentang Kira. Sepasang "tekpi" yang bergantung di dinding dicapai lalu serangan terus di tujukan pada Kira. Mujur sahaja Kira sempat mengelak jika tidak sudah tentu wajah cantiknya cacat disebabkan senjata itu tadi. Namun begitu, lengan kanannya pula yang menjadi sasaran. Kira pandang sekilas lengannya yang luka, Cecilia pula tersenyum bangga tetapi tidak lama apabila Kira dengan pantas membuat tendangan spinning back kick di dada Cecilia sekali gus melayangkan pisau lipat pada wajahnya.

'Supp!.'

Pipi kiri Cecilia ditoreh, panas cecair merah mengalir di pipi. Terpelanting Cecilia ke kaki katil bersama wajah yang berkerut kerana menahan sakit dengan penangan tendangan Kira itu tadi tetapi tidak sesakit rasa pedih dan perit yang membuatkan wajahnya ditoreh.

"Sial kau!!." Jerit Cecilia pada Kira.

Pantas Cecilia bangun dari tepi katil dan Kira diserang bertalu-talu berselang-seli dengan John. Lelah usah dikata, peluh meleleh di wajah Kira dan hanya diseka dengan lengan. Tenaga Kira sudah sampai kemuncaknya, jika dia bertarung lagi, bimbang nyawanya pula menjadi taruhan. Sudahlah sebelum dibawa ke sini dia sudah lelah beradu tenaga dengan lelaki-lelaki yang datang ke rumahnya. Banyak mana sangatlah tenaganya yang ada, bila diperah, akan kehabisan juga. John pula seperti tidak kenal penat menyerang Kira di kiri dan kanan namun serangannya tetap berjaya dihalang Kira walau dalam kepayahan. Cecilia pula tangkas menggunakan 'tekpi' menyerang balas Kira dan Kira juga tidak kurangnya menyerang Cecilia kembali. Roundhouse-kick diberikan pada Cecilia hingga terundur ke belakang wanita itu. Kira tarik nafas panjang sebelum John pula digasak dan diserbu. Tanpa lengah dengan pantas Kira memijak lutut Cecilia yang sudah terduduk di lantai dan melompat lalu melabuhkan duduknya di atas bahu John serta mengunci pergerakan lelaki itu dengan kedua-dua kakinya disilangkan di leher dan pahanya dikepit kuat di leher John. Pisau lipat diangkat tinggi dan..

'Supp! Supp! Supp!'

Leher John ditikam berkali-kali dengan pisau lipatnya hingga memancut-mancut darah keluar dari tempat tikaman. Perlahan-lahan John rebah ke lantai. Cecelia yang memandang keadaan tersebut terus bingkas bangun lalu menyerang Kira kerana geram disebabkan orang kanannya dibunuh di depan matanya sendiri. Puas hati Kira dapat membunuh orang yang berani 'menyentuh' dirinya selain dari Kasturi.

Disebabkan marah, tindakan Cecilia yang menyerang Kira agak sumbang dan mudah sahaja Kira mematahkan serangnya. Sedang Kira dan Cecilia bertarung tiba-tiba terdengar bunyi letupan yang kuat. Tertoleh kedua-dua mereka ke arah pintu. Tidak lama berbunyi lagi tapi agak sayup-sayup. Cecilia tidak sedap hati, sudahnya wanita itu mengambil tindakan melarikan diri kerana bimbang menerima nasib yang sama dengan John dan dia juga rasakan yang orang-orangnya sudah ramai yang tumbang. Sebelum Cecilia keluar dari bilik tersebut, dia sempat mencapai senjata api yang berada di dalam laci di tepi katil untuk dia gunakan bagi mempertahankan dirinya nanti. Pada mulanya Kira mahu mengejar Cecilia tetapi tubuhnya agak lemah tambahan pula di lengan kanan dan kaki kiri luka akibat pisau milik John dan 'tekpi' milik Cecilia telah mula mengalirkan darah yang tidak henti-henti. Lembik rasa lutut dan Kira terus terjelepuk di atas lantai. Matanya pula sudah berpinar dan kepala semakin berdenyut.

"Kira!." Satu suara memanggilnya. Berbayang-bayang sahaja wajahnya orang itu sebelum dia dapat melihat dengan jelas.

+++

"Reno!." Panggil Kasturi melalui earpiece. Namun tiada jawapan.

"Reno!." Panggil Kasturi lagi. Kasturi tidak sedap hati, bimbang keadaan Reno di belakang.

"Biar aku pergi tengok." Sampuk Am pula.

"Saya okey, Sir and.. I have friends here." Tambah Reno lagi.

"Friends?." Soal Kasturi tidak mengerti.

"It's okay. Saya masuk dari belakang." Tambah Reno.

"Roger." Balas Kasturi.

Kasturi kemudian mendahului langkah dan menyusup masuk ke dalam rumah di sebelah kanan manakala Am pula di sebelah kiri. Tidak lama terdengar bunyi letupan kecil dan diikuti pula bunyi berbalas tembakan. Pasti itu kerja Reno dan 'kawan-kawannya'. Bersama HKMP7 dihala ke depan Kasturi dan Am perlahan mengatur langkah dan tiba-tiba Kasturi dan Am diserang dari tangga yang menuju ke tingkat atas. Kedua-dua lelaki itu pantas berselindung dan membalas tembakan. Kasturi memberi isyarat pada Am dan Am angguk lalu beberapa anak tangga dipanjat sebelum stun grenade dibaling ke tingkat atas. Sebaik letupan kedengaran, Kasturi dan Am terus berlari naik ke tingkat atas dan beberapa orang yang ada sudah tertunduk ke lantai sambil tangan memegang telinga. Belum sempat mereka diserang semula, Kasturi dan Am lebih dahulu melepaskan tembakan. Terdapat beberapa buah bilik di tingkat atas tetapi tidak dapat dipastikan di bilik yang mana satu Kira dikurung. Tambahan pula di bahagian hujung ada selekoh yang menyebabkan apa yang berada di sebalik kawasan tersebut tidak dapat dilihat.

"Sir." Sapa satu suara dari belakang. Pantas Kasturi dan Am menoleh. Kasturi dan Am sedikit terkejut dengan kehadiran dua orang lelaki bersama Reno.

"Mr.K. Encik Am." Sapa Miran. Kasturi dan Am hanya menganggukkan kepala tanda menyapa.

"Ini Mika, abang saya." Miran kenalkan pada Kasturi dan Am. Kasturi dan Am hanya angguk. Kini fahamlah dia, siapa yang dimaksudkan 'friends' oleh Reno sebentar tadi.

"Edan." Panggil Am yang berada sedikit di hadapan. Kasturi memberi isyarat agar mereka mengikutnya rapat di belakang.

Tiba-tiba mereka diserang hujan peluru. Kelam kabut semuanya berselindung disamping turut sama membalas tembakan dan akhirnya senyap. Am, Kasturi, Miran dan Mika bergerak perlahan menuju ke kawasan paling hujung manakala Reno pula berada di anak tangga paling atas, bimbang andai ada yang muncul dari bawah.

Keempat-empat mereka bergerak dalam formasi dua iaitu dua di kanan dan dua di kiri dalam keadaan berjalan rapat di dinding. Setiap bilik diperiksa satu persatu tetapi tiada tanda-tanda Kira ditempatkan di situ. Am dan Miran memeriksa di bahagian luar di tingkat atas tetapi beberapa orang bersenjata sudah mati ditembak. Semasa Kasturi dan Mika melangkah perlahan sudah mahu sampai di hujung selekoh. Tiba-tiba, ada seseorang yang berlari keluar dari pintu bilik bersama senjatapi di tangan dan nyata orang itu adalah Cecilia. Cecilia yang nampak kehadiran mereka terus berhenti berlari. Sebaik Cecilia nampak Kasturi berada di hadapannya, dengan pantas senjata api diangkat dan diacu ke hadapan untuk dia lepaskan tembakan pada lelaki itu tetapi belum sempat dia lepaskan tembakan, Am yang datang dari arah luar terlebih dahulu yang memuntahkan pelurunya. Dengan tanpa disangka-sangka, Mika yang berada berhampiran Cecilia pantas meluru laju ke arah wanita itu bagi menghalang daripada peluru dari senjata Am mengenai ibunya itu dan..

'Thud! Thud!'

Peluru milik Am terkena tubuh Mika dan menyebabkan tubuh itu tersentak lalu terjatuh di atas kaki Cecilia. Cecilia yang terkejut terus menolak Mika yang tertiarap dengan kakinya hingga Mika terlentang kerana dia mahu terus melarikan diri. Mata Mika tunak memandang mata Cecilia tetapi itu tidak mengubah apa-apa. Sungguh keras hati wanita iti. Cecilia tidak mahu berlama-lama kerana dia yakin, dia pasti ditangkap jika berada lebih lama lagi di situ. Kasturi yang melihat keadaan tersebut terus menyirap darahnya, pantas HKMP7 di tangan diangkat dan dihala ke arah Cecilia dan mahu memuntahkan peluru tetapi dihalang Mika yang sudah terlantar di atas lantai.

"Jangan!!." Jerit Mika dalam keadaan payah.

"Mika!!." Jerit Miran terkejut sambil meluru ke arah Mika yang sudah cedera akibat ditembak di bahagian perutnya dengan dua das tembakan. Mika pantas dipangku ke atas ribaannya bersama wajah yang kesal. Tidak sangka begitu sekali tindakan Cecilia terhadap abangnya.

Cecilia pula sudah berlari ke tingkat bawah melepasi Reno yang berada di tangga dan..

'Bang! Bang! Bang!'

Bunyi tembakan. Reno yang baru mahu mendaki tangga ke tingkat atas semula terkejut dengan bunyi tembakan di luar rumah. Pantas Reno berlari turun ke anak tangga di bawah dan dia dapati Cecilia sudah terlentang betul-betul di tengah pintu masuk ke rumah. Dari dalam rumah, Reno melihat ada pasukan khas berpakaian serba hitam dengan di dada mereka tertulis perkataan POLIS yang berada di luar rumah bersama beberapa orang pegawai dan anggota yang lain. Reno pantas berlari ke tingkat atas semula untuk mendapatkan Kasturi namun matanya lebih terpaku pada Mika yang cedera berada dalam pangkuan Miran. Kasturi pula sudah bergegas berlari masuk ke bilik yang paling hujung tadi untuk mendapatkan Kira.

+++

"Kira!." Jerit Sonchai bimbang.

Sebaik masuk ke dalam bilik, dia sedikit terkejut apabila dia mendapati John sudahpun mati dengan berlumuran darah manakala Cecilia pula sudah melarikan diri. Sekarang hanya tinggal dia dan Kira sahaja pada waktu ini, Sonchai dapati yang kecederaan Kira agak teruk juga. Selain dari luka di tangan dan kaki, wajahnya juga bengkak dan berdarah. Sonchai yang melihat keadaan Kira pantas mendapatkan wanita itu dan cuba untuk membantunya.

Tiba-tiba..

'Buk!.'

Sonchai ditendang dari belakang hingga tersungkur betul-betul di tepi Kira.

"Abang!." Jerit Kira walaupun tidak kuat suaranya tetapi sudah cukup untuk Kasturi merasa lega kerana itu tandanya Kira selamat. Kasturi laju mahu menyerang Sonchai lagi tetapi pantas dihalang Kira.

"Abang, jangan. Sonchai bukan orangnya." Kata Kira dan sebaik sahaja perkataan itu dituturkan. Kira terus terkulai di atas lantai bersama mata yang terpejam rapat. Kasturi pantas mendapatkan Kira dan isterinya yang cedera diangkat dan terus dibawa keluar bersama hati yang pilu. Kecewa kerana dia lewat tiba menyebabkan isterinya itu cedera sebegitu sekali.

"Edan!." Kent yang baru tiba bersama pasukannya di tingkat atas rumah. Melihat pada keadaan Kira, Kent terus mendahului langkah ke tingkat bawah bagi menunjukkan Kasturi Ambulan yang baru tiba. Mika yang cedera ditembak tadi sudahpun dibawa dengan ambulan ke hospital dengan diiringi Miran.

Kini giliran Kira pula. Sebaik Kira diletakkan di atas stretcher, dia terus ditolak masuk ke dalam ambulan. Kasturi pula terus melompat masuk. Kent yang berada di pintu ambulan memandang Kasturi.

"Kau uruskan Kira, hal di sini biar aku uruskan. Apa-apa aku call." Kata Kent sebelum pintu ambulan ditutup.

(22/09/2022 @ 2225hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience