Bab 24

Romance Series 548166

Kira dan Sara memandang Dell tidak berkelip sampailah Dell melabuhkan duduk di kerusi tempat kerjanya. Dell yang sejak tadi sedar bahawa dua pasang mata itu asyik memerhatikannya terus tegak tubuh ke arah meja Kira bersama pandangan tajam.

"Korang nak apa ni? Pandang aku macam tu sejak aku masuk office ni dari tadi?." Soal Dell. Shah yang baru melabuhkan duduk toleh pandang pada Kira dengan dahi berkerut.

Kira bangun perlahan dari kerusinya dan diikuti Sara di belakang terus melangkah ke arah meja Dell.

"Dell." Panggil Kira lalu dilabuhkan duduk di kerusi di hadapan meja Dell manakala Sara pula sudah berdiri tegak di tepi meja Dell. Wajah Dell dipandang. Shah yang melihat keadaan itu terus datang menghampiri. Tidak mahu tertinggal. Panjang sahaja langkahnya lalu dia berdiri di belakang Dell.

"Dell.." Panggil Kira lagi.

"Kau nak apa ni El.." Soal Dell. Wajah Kira dipandang.

"CCTV yang ada di laluan ke pejabat Encik Am tu boleh tak kalau kita nak tengok rakamannya?." Soal Kira.

"Nak tengok rakaman?." Soal Dell pelik.

"Kau nak tengok apa?." Soal Dell tidak mengerti tetapi tiba-tiba, bulat matanya memandang Kira dan Sara bersilih ganti.

"Jangan cakap yang kau nak tengok Mr. K pula." Kata Dell walaupun dia yakin memang itulah tujuan mereka.

"Binggo!" Kata Sara. Dell pandang Sara.

"Kau tak corius ke pasal Mr. K?." Soal Sara pula.

"Mr. K? Dah kenapa dengan dia?." Soal Shah yang berada di belakang Dell. Dell yang berada di depan menoleh ke belakang memandang Shah yang berdiri di belakangnya dan waktu itu Kira juga turut menoleh pandang pada Shah lalu terpandang pada 'button clip' yang ada pada baju Dell di bahagian dalam.

"Eh, Dell. Kau nak keluar ke?." Soal Kira. Dell terus tunduk memandang 'button clip' pada bajunya.

"Ha'ah. Aku singgah ambil barang. Nak keluar sekejap lagi." Kata Dell. Terus Kira teringat pada dua lelaki tadi.

"Tanya sikit boleh?." Soal Kira. Dell angguk sekali.

"Tanya apa?." Sambil tangannya sibuk menarik laci meja.

"Hm.. kau tau tak pasal 'button clip' warna black gold?." Soal Kira. Nampak 'button clip' terus lupa pada CCTV.

"Black and gold. Kenapa kau tanya?." Soal Dell kembali.

"Aku pernah nampak ada orang pakai warna tu." Kata Kira.

"Kau pernah nampak El? Biar betul?." Soal Shah teruja.

"Ish, yang kau ni tanya aku macam tu kenapa?." Soal Kira pada Shah. Dia pula yang lebih-lebih. Kita tanya Dell dia yang kalut.

"Tak, button tu hanya ada beberapa orang sahaja yang layak memakainya. Bukan sebarang agen boleh pakai." Terang Shah.

"Maksud kau?." Soal Kira sambil memandang Shah yang berdiri di belakang Dell. Dell pula sibuk mengambil barang-barangnya yang ingin dibawa lalu dimasukkan ke dalam beg dan kemudian dia terus berdiri.

"Maksud aku, agen kelas S sahaja yang pakai button tu. Rare diaorang ni." Terang Shah.

"Kau nampak siapa pakai?." Soal Sara yang sejak tadi hanya menjadi pendengar. Shah pula sudah mengambil tempat duduk di kerusi Dell setelah lelaki itu berdiri.

"Aku tak ingat." Balas Kira malas. Shah sudah kerut dahi. Bukan Kira tidak mahu beritahu tetapi dia dapat rasa ada sesuatu yang tidak kena. Jadi lebih baik dia diamkan sahaja.

"Tak ingat?." Soal Shah pelik.

"Okaylah guys, aku gerak dulu." Kata Dell yang sudah siap beg di tangan. Selepas bersalam dengan Shah, terus dia melangkah pergi ke arah pintu. Kira dan Sara hanya terkelip-kelip memandang kelibat Dell yang sudah hilang disebalik pintu.

"Ala.." Terbit keluhan dari bibir Sara.

"Kau dah kenapa?." Soal Shah sambil memandang Sara yang tayang riak kecewa.

"Pasal CCTV tadi la.." Kata Sara lalu dia terus berlalu meninggalkan meja Dell dan melangkah menuju ke arah mejanya.

"Kenapa?." Soal Shah.

"Tak, kitaorang ingat nak minta tolong Dell tengokkan CCTV laluan ke pejabat Encik Am. Nak tengok muka Mr. K tu.." Balas Kira. Shah sudah tertawa.

"Itu je?." Soal Shah lalu bangun dan dia kembali ke mejanya. Tergeleng kepala.

"Aku ingat nak buat apa, rupanya nak tengok muka Mr.K?." Kata Shah yang masih lagi ketawa.

"Kau ni kan. Tak payah nak gelak sangat boleh tak?." Marah Kira lalu dia bangun dan terus berjalan ke arah kerusi Dell. Tubuh dihempas kasar. Tak pe, Dell tak ada. Biar dia yang cuba, cumanya dia tidaklah sehebat Dell. Password dimasukkan dan laju jemarinya berlari di atas keyboard. Bukan dia tidak mahu guna komputer miliknya tetapi komputer milik Dell mempunyai software yang boleh menggodam mana-mana sistem security cumanya dia tidak gunakan ID Dell. Dia gunakan ID sendiri.

*Dalam masa yang sama..*

Am sedang menyemak fail di dalam bilik tiba-tiba keluar 'Alert' pada ipad yang ada di atas meja. Berkerut dahinya. Tidak pernah lagi security system syarikat digodam. Siapa pula yang berani sangat ni!. Ipad dicapai lalu sentuh skrin. Terpapar butiran lokasi penggodam dan IP address. Terkelip-kelip mata Am. Aik! Biar betul. Lalu dia toleh keluar ke arah meja Dell. Setahunya Dell sudah keluar. Apabila melihat El yang berada di situ bibir senyum senget lalu telefon bimbit di atas meja dicapai dan ipad diletakkan semula di atas meja. Nombor Edan didail. Tidak lama panggilan disambut.

"Hello Edan." Kata Am.

"Hurm." Balas Kasturi.

"Ada orang godam security system kita." Kata Am bersahaja.

"What! Godam?." Soal Kasturi terkejut.

"Yup. Kau nak tahu siapa?." Soal Am sambil tertawa.

"Kau boleh ketawa Am. This is not a joke!." Marah Kasturi.

"Jangan la marah. Kau tengok dulu link yang aku hantar kat email. Lepas tu kau decide nak buat apa." Kata Am lalu talian terus dimatikan. Am pandang pada El di luar. Tergeleng kepalanya. Kau tanggung la Edan.. Kalau la El dapat tau siapa Mr. K, memang habis kau Edan. El kalau dah marah, siapa pun tak dipedulinya, habis semua dilanggar. Am tertawa sendiri.

+++

Kasturi toleh pada Burn di sisinya. Burn angguk sekali.

"Kau berhenti depan tu." Kata Kasturi. Sebaik mendengar kata-kata Kasturi, lampu signal kiri diberi dan stereng terus dipulas dan tidak lama kereta berhenti di tepi jalan.

"Ada apa ni?" Soal Burn bimbang. Kasturi tidak membalas sebaliknya beg diambil yang berada di atas kerusi diambil.

"Kenapa?." Soal Burn lagi. Kasturi tidak membalas sebaliknya dicapai ipad dalam beg lalu laju jemari menggesek permukaan ipad. Skrin yang tadi gelap, terus bercahaya. Matanya tegak tertancap pada skrin ipad apabila paparan live CCTV terpapar.

"Kira?." Kata Kasturi. Tidak percaya rasanya. Terus nombor telefon Am didail. Tidak menunggu lama panggilan disambut.

"What do you want me to do?." Soal Am tanpa salam.

"Let it go. She will not get what she wants." Balas Kasturi.

"Are you sure?." Soal Am tidak percaya.

"Yup, i'm sure." Balas Kasturi yakin.

"Okay, it's up to you." Balas Am lalu talian dimatikan.

+++

"Sara!." Panggil Kira. Sara yang berada di mejanya laju berlari ke meja Dell. Shah yang mendengar turut sama ke meja Dell. Skrin dipandang.

"Alah.. Dia tunduk la, mana nampak muka. Pakai cap pulak tu." Kata Sara kecewa. Sejak dari mula masuk lift sampailah melangkah masuk ke pejabat, wajahnya hanya ditundukkan sahaja.

"Tapi kalau tengok dari fizikal, tinggi, sado ni.. Confirm handsome kau." Kata Sara dengan mata yang dikerlip-kerlipkan.

"Alah, kau.. Anne roti canai tu pun kau cakap macam tu." Balas Shah. Menjeling Sara. Kira pula tidak bersuara, ralit dipandang monitor.

"Haih El.. Takkan hanya nampak cap macam tu pun dah jatuh cinta kot?." Usik Shah.

"Tak.. Aku macam pernah nampak la cap ni.." Kata Kira sambil otak ligat berfikir. Shah sudah ketawa.

"Kau tu.. Semua macam pernah nampak, tadi cakap 'button clip', ini cap pula? Hm.. Ikut kau la El.." Kata Shah lalu dia berjalan dan kembali ke mejanya. Sara pula sudah sejak tadi lagi kembali ke mejanya.

"Sibuk la kau Shah, kau jealous kan.. El tak nak kat kau." Usik Sara yang sudah terkekeh ketawa.

"Oit! Gurau kasar kau kan." Shah sudah bangun berdiri sambil bercekak pinggang.

"Kau jangan dengar El, Sara tu merepek je." Pantas Shah memotong cakap. Sara sudah ketawa suka.

"Macam la kitaorang tak tau Shah.. Kau tu memang ada hati dengan El.." Sara buat muka pada Shah. Merah padam wajah Shah bila digiat begitu. Shah pandang Kira tetapi, Kira masih lagi seperti tadi, tidak diberi perhatian pada perbualan mereka. Gambar Mr. K pada skrin direnung tidak berkelip. Puas otaknya bekerja untuk mengingatkan mengenai cap tersebut. Sudahnya komputer dioffkan dan Kira kembali ke mejanya.

"Tapi kenapa nampak macam kenal.. je.." Kira sudah berkata-kata sendiri.

"Sudah-sudahlah El.. Tak payah nak fikir sangat. Jom kita lunch, dah berbunyi perut aku ni." Kata Sara.

"Iyalah.. Dari aku fikir, baik kita makan." Balas Kira lalu dia juga turut bangun.

+++

Semasa makan tengah hari tadi, Kasturi telah menghantar mesej pada Kira yang dia tidak dapat mengambilnya balik kerja petang nanti kerana terlibat dengan operasi tetapi lelaki bertocang pagi tadi yang namanya Reno, akan datang menjemputnya.

Sebaik Kira melangkah keluar dari bangunan, matanya terus tertancap pada Reno yang sudah bersedia berdiri di tepi sebuah kereta hitam. Kereta pagi tadi. Setelah melihat Reno yang sudah sampai, Kira terus buka langkah dan menghampiri Reno.

"Reno kan?." Soal Kira sebaik dia menghampiri lelaki bertocang itu. Reno angguk sambil daun pintu penumpang belakang dibukakan untuk Kira. Tanpa lengah terus tubuhnya dilolos masuk. Setelah pintu kereta ditutup Reno bergerak ke bahagian pemandu. Tidak lama kereta meluncur pergi meninggalkan kawasan bangunan.

Kira yang berada di bahagian penumpang belakang memandang cermin pandang belakang untuk memerhatikan wajah Reno. Reno yang sedang memandu buat tidak peduli dengan renungan Kira walaupun pandangan mata itu sedikit menggangu dia yang sedang memandu. Rasa tidak selesa apabila dirinya diperhatikan begitu.

"Reno." Panggil Kira yang sudah pun merapatkan diri di celah kerusi antara pemandu dan penumpang hadapan. Reno toleh ke kiri seketika sebelum pandangan dialih ke hadapan semula.

"Yes, Madam." Balas Reno.

"Do you work with Mr.K?." Soal Kira sambil dia menoleh ke kanan memandang sisi wajah Reno.

"I'm sorry, I was not allowed to talk about it." Balas Reno. Kira tayang riak tidak puas hati.

"Why? Mr. K tak benarkan?." Soal Kira lagi.

"Siapa Mr. K tu? Macam bagus sangat. Dia ingat bila hantar agen macam ni, saya boleh lembut hati. Dah tak marah pasal task tu?." Kata Kira geram.

"Berangan la! Balik je sini, habis semua nak diubahnya." Bebel Kira.

Reno hanya diam tidak membalas. Kira menjeling tajam sebelum tubuhnya disandarkan kembali ke belakang.

Tidak lama kereta dipandu Reno memasuki perkarangan rumah Kasturi dan kereta diberhentikan berhampiran pintu. Reno kemudian laju melolos keluar lalu menghampiri pintu penumpang belakang tetapi belum sempat dibukakan, Kira telah pun berdiri di luar kereta dan daun pintu ditutup. Reno yang sudah menghampiri Kira hanya angguk seketika pada Kira tetapi tanpa dia duga tangan kanan Kira pantas naik mencekak bajunya. Lebih tepat lagi mencekak di bahagian 'button clip'. Reno pandang tangan Kira dan dengan pantas lengan Kira dipegang dengan tangan kanannya. Wajah Kira ditentang.

"What are you doing Madam?." Soal Reno. Tegang sahaja wajahnya.

"I want to look at this." Balas Kira yang mahu mencabut button tersebut tetapi pantas Reno menghalangnya. Tanpa lengah Kira naikkan lutut kanannya ke perut Reno dan dengan tangkas Reno menaikkan kakinya untuk menghalang hingga pegangan Kira pada bajunya terlepas. Mujurlah 'button clip' tidak tertanggal. Reno terus berundur ke belakang. Kira pula pantas menyerang Reno dengan cuba mencapai 'button clip' itu lagi tetapi Reno tidak menyerang semula sebaliknya Reno hanya bertahan sahaja. Cuma Kira yang menyerang lelaki itu bertubi-tubi. Dalam kekalutan tersebut, Kasturi tiba bersama Hud. Laju Kasturi melompat keluar dari kereta dan berlari mendapatkan Kira yang waktu itu sedang menggasak Reno. Reno tidak sesekali menyerang kembali.

"Sayang!." Panggil Kasturi lalu dia terus menghampiri Kira dan Reno. Entah bagaimana, tanpa sengaja tangan Kira naik ke wajah Kasturi.

'Buk!'

Terteleng ke kanan Kasturi. Berpinar sekejap matanya kerana dia tidak bersedia dan tidak sangka dengan tindakan Kira.

"Sir!" Jerit Reno.

"Mr. K." Jerit Hud pula yang sudah berlari keluar dari kereta.

Kira yang mendengar terus terkaku. Wajah Kasturi dipandang tidak berkelip.

"Huh! I know it! I know it that you is Mr. K!." Jerit Kira dan bagaikan orang hilang akal, Kasturi pula yang menjadi sasaran. Reno dan Hud mahu membantu tetapi ditegah Kasturi. Berkerut juga wajah Kasturi apabila menerima serangan Kira hinggalah Kira sendiri yang menghentikannya.

"Why are you doing this?." Soal Kira kasar. Tajam matanya memandang Kasturi.

"Why do you want to hide?." Soal Kira lagi.

"Why?." Soal Kira bersama genggaman tangan yang kuat. Menggeletar tangannya kerana menahan rasa.

"Sayang.. Abang.." Tergantung ayat Kasturi. Tangan kanannya cuba memegang lengan Kira tetapi pantas Kira mengelak.

"Don't touch me!." Marah Kira. Dijeling tajam pada Kasturi sebelum dia melangkah kasar ke arah pintu rumah. Terpelanting kasut yang ditanggalkan dari kaki. Daun pintu ditolak dan ditutup dengan kuat. Tersandar Kasturi ke pintu kereta, tangan naik meraup wajah. Nafas dilepas berat.

"Sir. I'm sorry." Kata Hud yang sudah menghampiri Kasturi.

"It's okay. Not your fault." Balas Kasturi.

"Wait here." Kata Kasturi pada Hud lalu dia melangkah masuk ke dalam rumah. Jika tidak kerana pendrive yang tertinggal, dia tidak akan pulang ke rumah petang ini. Ah! Perkara dah nak jadi. Kakinya terus melangkah ke arah bilik kerja. Daun pintu ditolak dan Kasturi terus melangkah masuk. Selepas pendrive diambil, Kasturi terus meninggalkan bilik kerja. Dia ada operasi penting malam ini dan sudah tentu tidak boleh lewat. Kakinya berhenti di tepi tangga, kepala naik monoleh ke arah tingkat atas. Ikutkan hatinya, ingin sahaja dia naik ke bilik untuk memujuk Kira tetapi tuntutan tugas tidak membenarkan dia berbuat demikian. Pemegang tangga ditumbuk kuat. Mak Leha yang sedari tadi berdiri tegak di ruang tamu hanya diam tanpa menegur. Cuma nafas panjang dilepaskan.

"Mak Leha tolong pujuk Kira makan ya. Saya balik lewat, ada operasi." Kata Kasturi pada Mak Leha yang memandangnya simpati.

"Baik Tuan." Balas Mak Leha. Kasturi tanpa lengah terus membuka langkah ke arah pintu rumah bersama hati yang tidak tenang.

"You just stay here." Kata Kasturi pada Reno yang berdiri tegak di sisi kereta bersama Hud. Reno angguk tanda faham.

"Let's go Hud." Katanya pada Hud pula.

(21/02/2021 @ 2220hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience