Bab 49

Romance Series 548166

Kasturi melangkah laju menuju ke bilik kerjanya di tingkat bawah. Sesekali tangannya naik mengesat darah yang mengalir di dahi. Pintu bilik kerjanya ditolak kasar dan dia terus menuju ke meja kerja. Kabinet di belakang meja kerja ditarik dan first-aid diambil. Bekas itu terus dibawa masuk ke bilik air di dalam bilik kerjanya itu. Peti first-aid dibuka lalu kapas diambil dan ditekap pada luka di dahinya. Berpandukan cermin di dalam bilik air itu, luka di dahi dibersihkan dan dilekatkan dengan kain kasa dan juga plaster. Mujur juga lukanya tidak seteruk mana.

Bias wajah pada cermin bilik air dipandang lama. Bermacam-macam perkara timbul dalam fikirannya waktu itu. Sedang dia mencuci tangan, telefon bimbit yang diletakkan di atas meja berbunyi. Tanpa lengah Kasturi melangkah keluar untuk mendapatkan telefon bimbitnya. Skrin dipandang, Aniq!.

"Okay, aku datang sekarang." Kata Kasturi lalu talian dimatikan. Bajunya yang sudah kotor terkena darah ditanggalkan dan diletakkan di dalam bilik air. Setelah itu kakinya terus menuju ke kabinet dan sehelai t-shirt yang masih berbungkus di dalam plastik dicapai. Kasar plastik dikoyakkan sebelum dibuang ke dalam tong sampah.

Setelah t-shirt dipakai, jaket yang tadi disangkut di kerusi kerja diambil dan disarung ke tubuh. Topi keledar full face dicapai bersama kunci yang sudah tersedia di atas meja. Setelah pasti semua yang diperlukan dibawa bersama, Kasturi bergegas meninggalkan bilik kerjanya menuju ke pintu utama. Sebelum pemegang pintu disentuh, Kasturi menoleh seketika ke arah pintu bilik tidur mereka yang tertutup rapat.

"Sir." Sapa Hud apabila melihat Kasturi sedang menyarung kasut bersama topi keledar di tangan.

"Hud." Sapa Kasturi sambil menyarung topi keledar dan motorsikalnya dipanjat naik.

"Take care of Madam and call me no matter what happens. If you can't reach me, call Reno. He know what to do." Kata Kasturi. Hud kerut kening, kenapa lain macam pula bunyi ayat Mr.K ni? Hatinya rasa tidak enak.

"Er.. Where do you want to go, Sir?." Soal Hud ingin tahu.

"Bukit Aman." Balas Kasturi pendek. Hud angguk.

"Be careful Sir." Kata Hud. Kasturi hanya angkat tangan dan tidak lama menderum enjin motorsikal berbunyi dan Kasturi memandu pergi meninggalkan kawasan perkarangan rumah. Dari atas, ada sepasang mata yang menghantar pemergian Kasturi tanpa sempat mengucap sepatah kata.

Kira hanya memandang Kasturi memandu pergi dengan motorsikalnya dari jauh. Sungguh dia keliru. Lama Kira berdiri di tingkap biliknya sambil memerhatikan ke luar rumah. Kosong fikirannya waktu itu. Nafas dihela berat bersama kaki melangkah ke arah katil. Duduk di labuhkan di birai katil. Matanya tertancap pada pasu bunga yang dibuang ke dalam tong sampah. Pasu itu pecah apabila terhempas ke lantai setelah menimpa kepala Kasturi.

"Salah ke apa yang aku buat tadi?." Soal Kira sendiri. Kira memanjat naik ke atas katil lalu tubuh diselimutkan separas pinggang. Telefon bimbit yang berada di meja sisi katil dicapai. Nombor telefon Miran dicari, apabila berjumpa teragak-agak pula untuk dia mendail memandangkan waktu yang tidak sesuai. Sudahnya, telefon bimbit diletakkan kembali di meja sisi dan Kira membaringkan tubuhnya. Puas juga dipujuk mata untuk tidur, entah jam berapa dia terlena pun tidak pasti.

+++

"Edan." Sapa Aniq yang kebetulan baru sampai di pintu lift. Kasturi hulur tangan bersalam. Aniq sambut huluran tangan Kasturi bersama pandangan pelik.

"Kenapa dengan dahi tu?." Soal Aniq selepas tautan tangan dilepaskan.

"Ni?." Soal Kasturi bersama jari tangan kanan naik menyentuh plaster di dahi.

"Terhantuk." Balas Kasturi pendek. Aniq tertawa sambil kepala digeleng perlahan. Mana mungkin terhantuk. Kata Aniq di dalam hati.

"Kenapa ketawa?." Soal Kasturi.

'Ting'

Pintu lift terbuka dan kedua mereka melangkah masuk.

"Nothing." Balas Aniq. Biarlah, jangan sibuk nak masuk campur urusan rumah tangga orang. Ingat Yus dengan anak-anak sudah! Pesan Aniq pada dirinya. Tidak lama pintu lift terbuka. Kedua mereka terus melangkah ke arah stor persenjataan dan juga kelengkapan. Senjata diambil bersama peluru secukupnya, alat komunikasi dipasang dan diuji. Setelah siap, kedua-dua mereka terus ke basement.

"Tuan." Sapa anggota yang telah bersedia menanti arahan. Aniq dan Kasturi hanya anggukkan kepala. Ada beberapa anggota yang tidak dikenali turut hadir pada waktu itu. Pasti mereka adalah anggota bantuan yang akan turut menyertai operasi pada kali ini.

"Tuan Farokh dah sampai?." Soal Kasturi pada Detektif Vasu.

"Sudah Tuan. Sekejap lagi Tuan Farokh turun bersama Tuan Mazlan." Kata Detektif Vasu. Tidak lama Tuan Farokh dan Tuan Mazlan tiba bersama dua orang pegawai berpangkat Inspektor di belakang mereka yang sudah lengkap bersenjata. Semua pegawai dan anggota yang ada, berdiri tegak memberi hormat pada Tuan Farokh dan Tuan Mazlan berserta dengan salam.

"Sebelum saya mulakan taklimat. Di sini saya kenalkan Insp Raqib dan Insp Amjad bersama anggotanya dari Unit Khas yang akan membantu kita dalam operasi pada hari ini." Kata Tuan Farokh memulakan kata. Insp Raqib dan Insp Amjad mengangguk tanda menyapa.

"Seperti yang sudah sedia maklum, Ops Merah pada malam ini adalah untuk memberkas Tatoo dan juga pengikutnya yang masih bebas dan sedang bersembunyi di kawasan hutan berhampiran Hutan Simpan Hulu Langat bersempadan dengan Hutan Bukit Seputih. Saya telah maklumkan operasi ini pada Tuan OCPD Kajang dan juga Tuan OCPD Ampang Jaya memandangkan kedua-dua hutan ini bersempadanan." Tambah Tuan Farokh lagi sambil menunjukkan peta yang ada di hadapan bersama penanda yang disediakan. Hampir tiga puluh minit, taklimat tugas selesai diberi.

"Sebelum saya akhiri, seperti yang selalu saya ingatkan. Jangan bertindak sendirian, minta bantuan dan pastikan ada back-up. Jaga keselamatan diri. Suspek yang kita buru adalah penjenayah yang sangat dikehendaki, jadi berhati-hatilah dalam apa juga tindakan dan sentiasa berhubung antara satu sama lain." Panjang pesanan Tuan Farokh.

"Baik Tuan." Balas mereka hampir serentak.

"Jam 0200hrs, kenderaan akan bertolak ke lokasi." Tambah Tuan Farokh lagi.

Sebelum masing-masing menaiki kenderaan untuk ke lokasi operasi, doa dibaca dan diaminkan. Semoga tugas mereka dipermudahkan dan sentiasa dilindungi olehNya. Setelah itu masing-masing menyarungkan helmet berwarna hitam yang dilengkapi dengan night vision goggles di kepala serta alat perhubungan. Senjata berat HK MP7 30mm lengkap dengan silencer pula sudah tersedia di badan. Turut juga terselit di paha adalah senjata Glock 17 19mm, tidak lupa dengan pisau spring yang diikat di betis. Setelah memastikan semua kelengkapan telah siap dipakai, kesemua mereka melompat masuk ke dalam kenderaan. Mereka bergerak dalam tiga kenderaan untuk ke lokasi yang perjalanannya mengambil masa lebih kurang empat puluh minit untuk tiba di sana.

Sebaik sampai, masing-masing mengambil tempat dan bersedia dengan posisi iaitu pasukan Red One di kanan dan Red Two di kiri. Setelah mendapat kebenaran dari Tuan Farokh selaku Komander, pergerakan menjejak dan memburu Tatoo dimulakan. Keadaan hutan yang gelap membataskan pergerakan mereka tetapi dengan bantuan night-vision goggle, tugas menjadi sedikit mudah. Kasturi bergerak dalam satu pasukan yang terdiri daripada enam orang termasuk dirinya, iaitu Insp Raqib, Perry, Hadi, Vasu dan Saju begitu juga dengan satu kumpulan lagi yang diketuai oleh Aniq dengan dibantu oleh Insp Amjad yang juga turut mempunyai kekuatan 6 ahli pasukan termasuk mereka berdua.

Dalam kegelapan malam mereka terpaksa menyusup di celah-celah batang pokok serta hutan hujan khatulistiwa yang lembab dan basah sebelum sampai di lokasi. Perjalanan yang diambil untuk sampai ke lokasi memerlukan masa lebih kurang tiga puluh minit kerana kedudukannya agak jauh di tengah hutan. Ditambah pula dengan keadaan muka bumi yang tidak rata dan berbukit menambahkah lagi kesukaran untuk mereka sampai.

Setelah agak lama berjalan, dari jauh dapat dilihat sayup-sayup kerlipan cahaya dari sebuah rumah kayu di tengah-tengah hutan tersebut. Kasturi memberi isyarat supaya berhenti untuk memantau keadaan sekeliling sebelum pergerakan diteruskan ke hadapan. Setelah memastikan keadaan selamat, pasukan Red One bergerak menyusuri batang-batang pokok dengan berhati-hati. Muncung senjata sentiasa menghala ke hadapan dalam keadaan siap siaga. Pergerakan dihentikan sekali lagi apabila melihat ada sesuatu di luar kawasan rumah kayu itu.

Dengan langkah yang lebih berhati-hati mereka menghampiri rumah tersebut dan dapat dilihat ada dua lelaki sedang menghisap rokok dan berbual di atas pangkin di bahagian tepi luar rumah. Di badan mereka, masing-masing tergantung laras senjata M16 begitu juga dengan seorang lagi yang berada di penjuru kanan hadapan rumah.

Kasturi memberi isyarat pada ahli pasukan Red One untuk bersedia dengan tembakan. Raqib dan Perry sudah bersedia dengan sasaran masing-masing, begitu juga dengan dirinya. Manakala Hadi, Vasu dan Saju pula mengawal keadaan sekeliling, bimbang ada serangan yang tidak dijangka.

Earphone button ditekan untuk berhubung dengan pasukan Aniq.

"Red Two dari Red One. Dua target dilihat berada di luar kawasan lokasi dan satu lagi target di penjuru kanan hadapan. Terima Red Two." Kata Kasturi.

"Berita terima Red One. Di sini dua target sedang berkawal di bahagian belakang." Balas Aniq pula.

"Roger, dalam kiraan tiga." Balas Kasturi pula.

"Tiga, dua, satu." Kasturi dan Aniq mengira serentak.

Thud! Thud! Thud!

Dua lelaki yang berada di pangkin tumbang dengan senjata terlepas dari pegangan. Begitu juga dengan lelaki di penjuru kanan tadi. Kasturi bersama Raqib menghampiri target di pangkin lalu mengambil senjata mereka dan dicampak ke tepi manakala Perry pula mengambil senjata pada lelaki ketiga tadi. Hadi, Vasu dan Saju pula berkawal di belakang mereka.

Kasturi bersama anggota pasukan yang berada di luar pondok melangkah dengan berhati-hati untuk menghampiri rumah. Tiba-tiba pintu kayu terbuka dan muncul seorang lelaki. Disebabkan terkejut dengan kehadiran Perry di hadapan rumah waktu itu, lelaki tadi terus mencapai senjatanya yang tersangkut di badan lalu menembak ke arah Perry. Perry terus berguling ke bahagian kanan rumah untuk menyelamatkan dirinya. Kasturi dan ahli pasukan yang berada di luar rumah terus berselindung dari terkena tembakan.

Tidak lama terdengar pula tembakan di bahagian belakang rumah lalu berlaku kejadian berbalas tembakan.

Hadi bertindak dengan pantas menembak lelaki tadi di kepala dan lelaki tadi terus jatuh terjelepuk di tengah pintu. Kemudian datang beberapa orang lagi rakannya yang turut melepaskan tembakan. Kasturi dan Raqib berselindung di sebalik dinding rumah di sebelah kiri manakala Perry pula di sebelah kanan. Setelah isyarat diberi, mereka menyerang serentak tiga lelaki tadi. Kasturi memberi isyarat pada Hadi supaya bergerak ke kanan untuk membantu Perry.

Kasturi dan Raqib mengambil tempat di bahagian kiri pintu, manakala Perry dan Hadi pula di bahagian kanan pintu.

Dalam keadaan yang genting begitu, Kasturi dapat melihat kelibat seseorang yang melompat keluar dari tingkap rumah.

"Tatoo!." Kata Perry yang turut melihat kelibat lelaki tadi.

Raqib yang berada di belakang Kasturi menepuk dua kali bahu kanannya lalu Kasturi terus bertindak mengejar suspek tadi diikuti Raqib tetapi tidak sempat jauh, Raqib di serang dan dia terpaksa berlindung di sebalik pokok untuk menyelamatkan dirinya disamping membalas tembakan. Kasturi pula sudah masuk ke dalam hutan gelap mengejar Tatoo.

"Edan, go on. Aku ikut belakang." Kata Aniq melalui eraphone pada Kasturi.

"Roger." Pantas Kasturi membalas.

Kasturi perlahan mengekori langkah Tatoo dengan bantuan night vision gogglesnya. Tidak lama Aniq tiba di belakang Kasturi dan bahu Kasturi ditepuk dua kali. Dengan langkah yang berhati-hati mereka cuba menjejaki Tatoo yang sudah laju di hadapan.

Kasturi memberi isyarat pada Aniq untuk ke kiri dan dia pula ke kanan kerana di hadapan mereka Tatoo sedang berlindung di sebalik sebatang pokok besar lebih kurang dua pemeluk saiz batangnya. Aniq bergerak ke kiri dan Kasturi pula ke kanan. Tiba-tiba Aniq telah diserang dari arah kirinya menyebabkan Kasturi terpaksa mengejar Tatoo seorang diri. Tatoo melepaskan tembakan ke arah Kasturi secara rambang sambil berlari. Tembakan yang dilepaskan secara melulu itu menyebabkan peluru senjata M16 di dalam magazin Tatoo kehabisan. M16 nya kemudian dicampak ke tepi sambil dia berlari tanpa arah.

Dalam keadaan gelap begitu Tatoo hanya mengikut langkah kakinya yang berlari sambil sesekali dia memandang ke belakang hingga dia tidak sedar ada gaung di hadapannya. Kasturi yang menyedari keadaan tersebut terus menyilang senjatanya ke belakang lalu membuka langkah. Dia tidak mahu usaha mereka selama ini sia-sia sahaja jika Tatoo yang sudah tidak bernyawa di bawa pulang nanti.

Seperti yang sudah dijangka Tatoo sedang terkial-kial mahu memanjat naik tebing gaung yang curam. Kasturi cuba membantu tetapi entah silap di mana Tatoo dan Kasturi terus bergolek jatuh di bawah gaung yang gelap. Mungkin keadaan tanah yang basah disebabkan hujan petang tadi membuatkan tebing menjadi licin. Aniq yang baru tiba cuba untuk mencari Kasturi dan Tatoo tetapi gaung yang jauh curam di bawah agak sukar untuk dia melihat walaupun dengan menggunakan night vision. Tanpa berlengah, Aniq terus melaporkan kejadian yang berlaku pada Komander Ops Merah, Tuan Farokh.

"Alpha One dari Red Two." Aniq membuat panggilan pada Komander.

"Red Two, jalankan berita." Balas Alpha One.

Sebaik mendengar berita dari Aniq, Subtek Operasi Mencari dan Menyelamat terus ditubuhkan disamping membawa saki baki pengikut Tatoo yang berjaya ditangkap dan rampasan terbesar berjaya dirampas ke pusat kawalan.

+++

"Abang!." Jerit Kira. Terus terbangun duduk Kira waktu itu. Berpeluh-peluh wajahnya bersama nafas yang turun naik dengan laju.

"Astarfirullah.." Ucap Kira sambil wajah disapu dengan tangan kanannya. Kuat jantungnya mengepam darah. Hatinya rasa tidak enak.

"Tak pernah aku mimpi macam ni.." Kata Kira sendiri. Dia pandang jam di dinding yang menunjukkan pukul lima pagi. Tiba-tiba bulu romanya berdiri. Kira tarik nafas panjang lalu dia turun dari katil dan terus menuju ke bilik air. Tubuh dibersihkan dan air wuduk diambil.

Lama Kira berteleku di atas sejadah sambil mengenang kembali mimpinya tadi. Dalam mimpinya itu, Kasturi yang cedera dan berlumuran darah serta tidak sedarkan diri berada di atas katil hospital. Doktor cuba menyelamatkannya tetapi tidak berjaya. Kira menggelengkan kepalanya beberapa kali. Dia mahu berfikiran positif. Itu semua hanyalah mainan tidur sahaja. Kira kemudian terus bangun dan bersiap untuk ke pejabat.

+++

"Morning Madam." Sapa Hud pada Kira yang sedang melangkah ke arah kereta.

"Morning." Balas Kira. Daun pintu kereta ditarik dan dia terus melolos masuk. Tidak lama Hud pula masuk ke tempat pemandu. Hud memandu perlahan keluar dari perkarangan rumah.

"Er.. Hud. Saya nak tanya sikit boleh?." Soal Kira pada Hud yang sedang memandu. Hud memandang Kira sekilas melalui cermin pandang belakang.

"Miran." Kata Kira sepatah.

"Kenapa dengan Miran?." Soal Hud yang tenang memandu.

"Kenapa muka dia lebam macam tu ya?." Soal Kira sambil tubuhnya dibawa ke celah antara kerusi pemandu dan kerusi penumpang hadapan.

"Saya tak pasti la Madam. Kenapa Madam tak tanya sendiri?." Soal Hud.

"Saya tak sempat nak tanya, saya call tak jawab pula." Balas Kira sambil dibawa semula tubuh ke belakang.

"Thanks Hud." Ucap Kira sebelum dia turun dari kereta. Hud hanya mengangguk.

Kira kemudian berjalan menuju ke pintu masuk dan terus ke lift. Sebaik pintu lift terbuka Kira melangkah masuk untuk ke pejabatnya di tingkat atas.

'Ting'

Pintu lift terbuka. Kira berjalan sambil memandang tegak ke hadapan dengan fikiran yang masih teringat-ingat dengan mimpinya itu. Sewaktu berjalan, dia terdengar seperti ada orang sedang berbual. Pada mulanya dia tidak mahu endahkan tetapi butiran yang diperkatakan itu menarik minatnya hingga dia berdiri di sebalik dinding untuk mendengar perbualan tersebut. Dijenguk sedikit dan dapati orang tersebut adalah Miran.

"Yup, aku okay. Mujur juga ada Mr.K kalau tak, tak tau apa jadi dekat kau dengan aku. Alah, bengkak sikit je, esok lusa hilanglah." Kata Miran.

"Ya, aku tahu.. Lepas ni aku harap Mummy tak ganggu El lagi tapi kalau Mummy masih hantar orang ganggu El, aku tak pasti Mr.K boleh bersabar dengan Mummy." Kata Miran.

Kira yang mendengar terus berjalan dan berdiri tegak di hadapan Miran. Buntang mata Miran apabila melihat Kira.

"Mika, aku call kau balik." Kata Miran lalu talian terus dimatikan.

"Tell me, who do this to you? Is it Edan?." Soal Kira sambil jarinya naik menunding wajah Miran. Keras suara Kira bertanya bersama pandangan yang tajam. Tertelan liur Miran.

"No. Bukan Mr.K." Balas Miran.

"So, who did it?." Soal Kira dan bersama itu kolar baju Miran dicekaknya.

"Orang-orang Mummy!." Laju Miran membalas. Terus terlepas pegangan baju Miran. Berubah wajah Kira.

"I was wrong.. I was wrong.." Ulang Kira berkali-kali.

(12/05/2021 @ 1900hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience