Bab 46

Romance Series 548166

"Ya." Kata Mikael.

"Dia dah balik." Kata suara di sebelah sana. Mikael pandang Kira.

"Okay. Thanks." Balas Mikael lalu talian dimatikan.

"Cik Ma keluar dulu la ya." Kata Mariam pada Kira dan juga Mikael lalu wanita itu terus bangun meninggalkan bilik. Dia tidak mahu masuk campur urusan kedua beradik tersebut.

"Kenapa kau buat semua ni?." Soal Kira pelik sebaik Mariam meninggalkan bilik.

"Bukan sepatutnya kau sokong tindakan mummy kau tu?." Soal Kira lagi. Mikael hela nafas panjang. Telefon bimbit diletakkan di atas meja.

"Aku tak seteruk itu, El." Kata Mikael lalu dia melabuhkan duduk.

"Aku tahu kau mesti ingat aku sama macam mummy nak bolot harta daddykan?." Kata Mikael. Jauh hati sahaja bunyinya.

"Ni rumah siapa?." Soal Kira sambil memandang ke sekeliling bilik. Baru sekarang dia perasan yang bilik ini hiasannya seperti bilik seorang lelaki. Bilik Mikael barangkali.

"Rumah daddy tapi daddy dengan mummy tak ada. Daddy di hospital dan mummy temankan daddy mungkin lambat lagi daddy balik rumah rasanya." Balas Mikael. Nampak sedih di wajahnya.

"Ni.. Bilik aku." Tambah Mikael. Kira pandang wajah Mikael. Macam tau-tau pula aku cakap pasal bilik ni..

Mikael bangun lalu laci almari perhiasan ditarik dan bingkai gambar ditarik dan diusap permukaannya.

"Daddy seorang ayah yang baik. Dia.."

"Aku tak nak dengar semua tu lagipun aku tak kenal dia siapa, muka pun aku tak pernah tengok." Sampuk Kira.

"Dan aku tak perlukan harta dia. Apa yang aku ada sekarang dah cukup." Kata Kira lagi.

"Tapi.. Susah untuk aku percaya dengan kata-kata kau Mika." Kata Kira. Buat pertama kali nama Mika terluncur dari bibirnya.

"Kalau betul harta dia banyak, kenapa kau susah payah cari aku supaya dapat dipulangkan pada aku semula? Dan kau ingat kalau dia kembalikan semua tu, ibu aku boleh hidup balik?!." Jerit Kira. Mikael toleh ke belakang memandang Kira yang memerah wajahnya menahan rasa.

"Aku dengan Miran bukan macam tu." Kata Mikael perlahan. Kira kerut kening.

"Kau sebut nama siapa tadi? Miran?." Soal Kira. Mikael ketap bibir. Aduh.. Terlepas cakap pulak! Mikael pandang Kira yang memandangnya seperti singa lapar. Tertelan liur dia.

"Sorry Kira, bukan niat aku dengan Miran.."

"Bukan niat apa?." Marah Kira lalu menyerbu Mikael yang berada di hadapannya. Kolar baju Mikael dicekak, bersama penumbuknya rapat di hadapan wajah Mikael. Terjatuh bingkai gambar yang berada dalam pegangan tangannya. Gerun dia melihat raut wajah Kira begitu. Ikutkan hati memang lebam biji mata Mikael dikerjakan Kira. Gigi diketap kuat dan sudahnya kolar baju Mikael dilepas kasar.

"Sorry El.. Tapi percayalah, aku dengan Miran tak nak pun harta daddy, aku ada harta hasil dari titik peluh aku sendiri. Miran pun sama.. Cuma mummy.." Kata Mikael sambil mengutip bingkai gambar yang cerminya sudah pecah berderai. Dibuang serpihan kaca pada bingkai gambar lalu bingkai gambar diserahkan pada Kira. Dalam teragak-agak bingkai gambar disambut juga.

"Aku tahu mummy aku banyak buat salah pada auntie Beth dan kau, El.. tapi apa yang mummy buat tak ada kena mengena dengan aku dan Miran. Aku selesa dengan apa yang aku ada sekarang." Kata Mikael.

"El.." Panggil Mikael.

"Aku nak balik." Kata Kira lalu bangun berdiri. Bingkai gambar diletak kasar di atas meja. Dari hujung mata dapat dilihat riak gembira sepasang suami isteri bersama dua orang anak lelaki mereka, Mikael dan Miran.

"Mana beg aku?." Soal Kira sambil tajam matanya memandang Mikael. Mikael bangun lalu mengambil beg Kira di dalam almari lalu diserahkan pada Kira. Laju Kira merampas dari tangan Mikael.

"El.. Sorry. Telefon kau pecah masa nak bawa kau datang sini.." Kata Mikael sangkut-sangkut apabila Kira memandang skrin telefonnya yang sudah retak seribu. Bulat mata Kira memandang Mikael.

"Tapi.. Aku ada belikan telefon baru untuk kau, jenama yang sama tapi yang latest." Kata Mikael lalu dia mencapai satu beg kertas yang berada di atas almari perhiasan di tepi pintu lalu dihulurkan pada Kira. Kecil sahaja mata Kira memandang Mikael. Beg kertas diambil lalu isi dalam diambil dan beg kertas diserahkan kembali pada Mikael.

"Aku.. Dah siap charge bateri penuh." Kata Mikael. Susah pula hatinya apabila Kira hanya diam tanpa berkata walau sepatah.

"Kalau nak balik aku hantarkan." Kata Mikael lagi. Kepala tak gatal digaru.

"Aduh.. Kau jangan la diam macam ni El.. Cakap la dengan aku, nak marah aku pun tak apa, aku terima tapi jangan diam macam ni." Mikael susah hati.

Tiba-tiba telefon bimbit Mikael berbunyi. Laju dicapai telefon di atas meja dan icon hijau disentuh.

"Aku dah sampai." Kata suara di sebelah sana. Mikael pandang Kira. Kira sudah siap menggalas beg dan mahu melangkah ke arah pintu bilik.

"Hantar aku balik." Kata Kira lalu dia melangkah keluar dari bilik.

"Puan El dah nak balik. Tak nak makan dulu. Cik Ma dah siap masak ni." Kata Mariam pada Kira yang sudah sampai di anak tangga paling bawah dan dalam waktu yang sama muncul Miran dari pintu utama.

"Ha, Miran pun dah sampai. Kita makan sekali ya." Kata Mariam lalu kalut dia sendukkan nasi dan lauk.

"Marilah makan. Sejuk tak sedap pula nanti." Kata Mariam yang muncul semula dari dapur. Lengan Kira dipautnya lalu ditarik ke dapur. Mahu tak mahu terpaksa juga Kira mengikutnya.

"Duduklah, Cik Ma ambilkan gelas." Kata Mariam. Nampak ceria wajahnya. Mikael beri isyarat mata pada Miran. Dalam serba salah dia ikut juga ke meja makan. Kerusi ditarik dan dilabuhkan duduk di sisi Mikael yang sudah pun melabuhkan duduk di hadapan Kira. Tajam pandangan Kira memanah wajah Miran. Tertelan liur lelaki itu. Serba salah jadinya.

"Ha, Mika. Bacalah doa. Seronok Cik Ma dapat makan ramai-ramai malam ni." Kata Mariam sambil mengusap bahu Kira. Mikael menadah tangan membacakan doa dan mengaminkannya.

"Cik Ma duduklah makan sekali." Pelawa Kira apabila melihat Mariam hanya berdiri di sisinya. Mariam tersenyum gembira.

"Cik Ma tak makan pun dah rasa kenyang bila lihat korang semua duduk makan semeja macam ni." Kata Mariam. Terhenti suapan tangan Kira, rasa sebak hatinya. Sungguh dia teringatkan arwah Mak Chaq. Tanpa silu, air matanya menitis lagi. Kali ini bersama esakan halus. Mariam yang melihat terus menarik tubuh Kira ke dalam pelukannya, diusap lembut belakang tubuhnya.

"Maaf Cik Ma. Habis basah baju Cik Ma kena air mata Kira." Kata Kira pada Mariam semasa membantu Mariam mencuci pinggan. Mariam tersenyum sambil menggeleng kepala. Segan pula dia rasa apabila waktu makan jadi sesi air mata. Mujurlah Mikael dan Miran hanya diam sambil menikmati makan malam mereka, jika ada yang menyampuk waktu itu.. Memang ada yang makan pinggan jawabnya!

"Ish, tak ada apalah. Cik Ma dah anggap Puan El macam anak Cik Ma. Cik Ma tau, Puan El anak yang baik." Kata Mariam sambil mengeringkan pinggan.

"Tak payahlah panggil Puan. Kira bukan siapa-siapa pun di rumah ni. Panggil Kira je." Kata Kira sambil menutup pili air.

"Iyalah, kalau dah itu yang Kira minta." Kata Mariam lalu menghulurkan kain pada Kira untuk mengeringkan tangannya.

"Cik Ma, saya balik dulu la ya. Dah lewat sangat ni." Kata Kira pada Mariam sambil berjalan ke arah ruang tamu. Mujur juga sewaktu makan tadi Miran ada maklumkan bahawa pegawai polis yang ditembak itu bukan Kasturi sebaliknya Kent. Lega rasa hatinya. Jika tidak, tidak tentu arah jadinya.

"Ya lah tapi Kira balik dengan apa? Dah lewat ni." Soal Mariam yang mengekori Kira dari belakang.

"Miran yang hantarkan, Cik Ma." Sampuk Miran yang sudah bangun berdiri sebaik melihat Kira berjalan ke arah ruang tamu. Mikael juga begitu.

"Eloklah kalau macam tu. Bahaya perempuan balik malam-malam macam ni." Kata Mariam.

"Cik Ma, Kira balik dulu ya." Kata Kira lalu salam dihulur. Mariam tidak menyambut huluran salam Kira sebaliknya tubuh Kira ditarik ke dalam pelukan.

"Nanti senang-senang datang sini lagi ya." Pesan Mariam. Kira hanya angguk dalam pelukan.

"Saya balik dulu." Kata Kira sebaik pelukan direnggangkan. Mariam angguk sambil tersenyum.

"Miran, apa-apa call aku." Pesan Mikael pada Miran. Miran angguk sambil kaki menyarung kasut.

"El, aku harap kau pertimbangkan apa yang daddy mahu. Aku harap sangat. Pasal mummy biar aku dengan Miran yang uruskan." Kata Mikael pada Kira. Kira tidak membalas sebaliknya dia hanya melambai pada Mariam sebelum dia melolos masuk ke bahagian penumpang hadapan. Miran yang melihat Kira duduk di bahagian penumpang hadapan sudah tidak senang duduk. Pintu kereta ditutup dan Miran yang berada di tempat pemandu dipandang.

"Kenapa? Saya tak boleh duduk di depan ni ke?." Soal Kira sambil seatbelt ditarik. Laju Miran menggeleng.

"Eh, tak.. Madam boleh duduk mana-mana yang Madam rasa selesa." Balas Miran laju.

'Puk'

Dada Miran dipukul dengan beg tangannya.

"Tak payah nak Madam sangat boleh tak?." Marah Kira. Miran tersenyum sumbing bersama tangan naik menggaru kepala.

"Hm.. Saya kan pekerja, Puankan isteri boss saya.." Balas Miran serba salah. Bulat mata Kira. Beg tangannya diangkat lagi seakan mahu memukul.

"Okay.. Okay.." Miran angkat kedua tangan tanda surrender.

"Eh, dah la. Kalau tak nak pandu, biar saya je. Turun!." Marah Kira apabila kereta masih lagi pegun tidak bergerak.

"Ya.. Ya.. Aduh! Garang. Macam mana la Mr.K boleh tahan.." Bebel Miran sendiri sambil pedal minyak ditekan dan kereta laju meluncur pergi. Kira hanya menjeling pada Miran di sisi. Bukan dia tidak dengar apa yang Miran katakan cuma dia malas mahu melayan.

Dalam perjalanan pulang hanya suara radio yang memenuhi ruang. Miran pula tekun memandu. Kira teringatkan telefon bimbitnya lalu dia keluarkan telefon bimbitnya yang telah rosak lalu simkad dikeluarkan dan dimasukkan ke telefon baru. Sebaik telefon dihidupkan, bergetar-getar telefonnya menandakan ada mesej masuk. Skrin dipandang. Tidak lama telefonnya berbunyi. Icon hijau digesek.

"Hello." Kira bersuara.

"Sayang! Sayang di mana?." Soal Kasturi sebaik Kira menjawab panggilannya.

"On the way balik rumah. Sikit lagi sampai." Kata Kira sambil memandang Miran di sisi.

"Okay sayang. Abang balik sekarang." Kata Kasturi lalu talian dimatikan.

+++

"Eh, kau nak ke mana?." Soal Am pada Kasturi yang nampak kalut.

"Aku nak balik. Kira on the way balik rumah." Balas Kasturi sambil menyarung jaket ke tubuh. Am dan Burn terus bangun berdiri apabila mendengar kata-kata Kasturi.

"What?." Soal Burn tidak percaya.

"Kira is on her way home so I want to go back now." Balas Kasturi lalu terus keluar dari bilik CCTV.

"Reno, let's go." Kata Kasturi pada Reno yang sedang menantinya di luar bilik CCTV. Reno terus bangun berdiri dan laju mengekori langkah Kasturi dari belakang. Am dan Burn yang berada di celah pintu saling memandang.

"Aku rasa macam ada yang tak kena la." Luah Am. Burn angguk tanda setuju.

+++

Kira menolak daun pintu dan sebelum dia keluar, Miran dipandang.

"Ingat! Jangan sesekali ceritakan pada sesiapa mengenai hubungan ni." Pesan Kira pada Miran. Miran hanya diam mendengar.

"Dengar ke tak?." Soal Kira apabila tiada jawapan dari Miran.

"Tapi.. Saya tak rasa El patut rahsiakan dari Mr.K." kata Miran. Kira masuk semula ke dalam kereta dan baju Miran ditarik.

"Hey! Kau tak payah nak menyibuk urusan aku. Masalah korang pun dah cukup buat aku pening, tak payah nak suruh aku tambah lagi masalah dengan Edan pulak!." Marah Kira pada Miran. Dia tahu apa yang dia buat. Sekarang bukan masa yang sesuai untuk dia ceritakan semua itu sedangkan dia sendiri masih terkejut dengan berita yang dia terima. Baju Miran dilepas kasar lalu dia melolos keluar. Kuat pintu kereta dihempas. Laju Kira melangkah masuk dan sewaktu Miran memandu keluar, keretanya berselisih dengan kereta dipandu Reno. Miran hanya beri isyarat lampu pada Reno sebelum kereta dipandunya meluncur pergi.

Sebaik sampai, Kasturi laju melolos keluar dari kereta dan melangkah masuk ke dalam rumah. Kira yang berada di dapur sedang meneguk air kosong dipeluk rapat dari belakang.

"Sayang!." Kata Kasturi. Mujurlah gelas dalam pegangan Kira tidak jatuh, kalau tak. Jadi satu hal pula nak bersihkan kaca.

"Abang.. Bila sampai?." Soal Kira sambil meletakkan gelas di atas table top lalu tubuh dipusingkan mengadap Kasturi yang nampak lega pada wajahnya. Kedua tangan Kira naik memegang pipi Kasturi.

"Sayang.. you have no idea how worried I am." Kata Kasturi. Wajah Kira diciumnya. Naik lemas wanita itu. Terkeke Kira ketawa.

"Sayang.. Where are you going?." Soal Kasturi sebaik pelukan dilepaskan.

"Sorry.." Ucap Kira tanpa menjawab soalan Kasturi. Kasturi tarik Kira rapat padanya.

"Tell me, where are you going, sayang?." Soal Kasturi lagi. Kira tarik nafas panjang.

"Er.. Abang, sayang nak naik mandi dulu boleh. Badan melekit." Kata Kira pada Kasturi sambil cuba melepaskan diri dari pelukan Kasturi. Kasturi dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena tetapi dia tidak mahu memaksa.

"Okay.." Balas Kasturi lalu lilitan tangan pada pinggang Kira dileraikan.

"Sayang naik dulu ya." Kata Kira lalu dilabuhkan cium pada pipi Kasturi sebelum dia terus berlari naik ke tingkat atas. Kasturi hanya memandang kelibat Kira hilang di sebalik pintu bilik. Telefon bimbit dicapai lalu nombor telefon Miran didail. Tidak lama panggilan disambut. Miran serba salah tetapi Kira telah memesan padanya dan dia juga minta Miran ceritakan pada Kasturi seperti mana yang dia mahu.

"Hello." Garau suara Kasturi berbunyi.

"Yes, Sir." Miran membalas.

"Where are you?." Soal Kasturi yang sudah melangkah ke arah pintu rumah. Kasut disarung dan pintu rumah ditutup rapat.

"I'm on my way back to the agency." Balas Miran di sebelah sana.

"Wait for me there." Kata Kasturi lalu talian dimatikan. Kasturi kemudian terus melolos masuk ke bahagian penumpang belakang. Reno yang masih berada di tempat pemandu memandang Kasturi melalui cermin pandang belakang. Kasturi membalas pandang.

"Return to agency." Kata Kasturi. Reno angguk lalu pedal ditekan dan laju kereta meluncur keluar dari perkarangan rumah.

Kira memandang dari sebalik langsir di tingkat atas. Sebaik melihat kereta keluar dari perkarangan rumah, terduduk Kira di atas lantai bilik. Lutut dilipat rapat ke dada dan kepala di tunduk bersama kedua tangan memeluk kaki.

Sungguh, andai masa boleh diputarkan semula. Takkan dia setuju untuk berkahwin dengan Kasturi. Jika itu pilihannya dahulu sudah tentu semua ini tak berlaku.. Tetapi dia siapa? Dia hanya manusia biasa yang hanya mampu merancang dan Dia yang menentukan.. Kira mahukan hidupnya yang dulu.. Tidak kaya pun tak mengapa asalkan dia bahagia.

+++

"Sir." Sapa Miran sebaik melihat Kasturi melangkah masuk bersama Reno. Tegang sahaja wajah lelaki itu. Miran sedaya upaya untuk tenangkan diri, silap haribulan boleh makan guna straw dia malam ni tetapi El kakaknya.. Aduh.. Kenapalah dia yang menjadi mangsa..

Kasturi labuhkan duduk di kerusi, Miran yang tadi berdiri masih lagi tegak berdiri dengan kedua tangannya dibawa ke belakang badan. Kasturi pandang Miran tidak berkelip.

"How can you find Kira and why don't you told me?." Soal Kasturi. Miran telan liur.

(22/05/2021 @ 1610hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience