Bab 27

Romance Series 548166

"Sayang tak ke pejabat?." Soal Kasturi apabila melihat Kira hanya memakai seluar panjang dan t-shirt sahaja sebaik telekung ditanggalkan dan disangkut di dalam bilik closet.

"Tak, sayang nak jaga Mr. K.. Dia injured kan." Balas Kira sambil menjeling pada Kasturi yang berada di sofa bulat di tengah bilik closet. Tersenyum sumbing Kasturi apabila mendengar kata-kata Kira.

"Perli abang ya?." Kata Kasturi.

"Eh, abang Mr. K ke?." Soal Kira sambil menunjukkan riak wajah ala-ala terkejut di hadapan cermin. Kasturi ketawa suka lalu tubuh dibawa berdiri dan dia melangkah ke arah Kira yang sedang berdiri di hadapan cermin besar. Tubuh Kira dipeluk dari belakang lalu dilabuhkan cium pada leher putih isterinya itu.

"Sorry sayang." Kata Kasturi perlahan. Kira memusingkan tubuhnya mengadap Kasturi. Kedua tangannya naik memegang pipi kanan dan kiri lelaki itu.

"I'm sorry too, abang." Kata Kira lalu bibir Kasturi disapa seketika tetapi sebaik pautan mahu dilepaskan, tangan Kasturi menarik rapat tubuh Kira hingga bibir mereka bertemu kembali. Kali ini pautannya lebih asyik dan dalam sekali.

"Saya nak bantu Mak Leha siapkan sarapan." Kata Kira sebaik pautan dilepaskan.

"Kita turun sekali." Kata Kasturi sambil memaut pinggang Kira untuk sama-sama turun ke dapur. Kira angguk.

"Selamat pagi Tuan, Puan." Sapa Mak Leha yang sedang menyediakan bahan untuk menggoreng mee.

"Pagi." Balas Kasturi dan Kira serentak. Lega Mak Leha apabila melihat hubungan suami isteri itu yang sudah pulih.

"Puan, tak kerja ke pagi ni?." Soal Mak Leha pada Kira yang berdiri di sisinya di tepi sinki.

"Tak, saya cuti." Balas Kira sambil tangan membuka pili air. Mak Leha hanya anggukkan kepala.

"Sini saya siangkan udang tu. Nak masak mee gorengkan?." Soal Kira.

"Ha'ah, mee goreng basah. Tuan suka kalau Mak Leha masak mee goreng basah." Kata Mak Leha.

"Erm.. Kalau luka, boleh makan udang ke Mak Leha?." Soal Kira. Bimbang pula pada luka Kasturi.

"Nak makan boleh saja, tak ada masalah cuma tengok pada orang juga samada tahan atau tidak." Balas Mak Leha sambil memanaskan kuali. Kira angguk lalu ditoleh ke belakang.

"Abang okay ke?." Soal Kira pada Kasturi yang berada di meja pulau sambil menilik telefon di tangan. Kasturi hanya angguk dan senyum.

"Tuan cedera?." Soal Mak Leha yang sudah memandang tepat pada Kasturi.

"Sikit je Mak Leha. Tak serius pun." Balas Kasturi. Mak Leha gelengkan kepala.

"Patutlah Mak Leha nampak lengan Tuan bertampal macam tu." Balas Mak Leha.

+++

Lebih kurang tiga puluh minit, mee goreng basah siap dimasak dan dihidangkan bersama teh panas. Pagi itu Mak Leha dan Pak Mail bersarapan bersama Kira dan Kasturi. Riuh mereka berbual. Jarang-jarang dapat makan bersama.

"Puan rehatlah ke depan, temankan Tuan. Tak apa, biar Mak Leha kemaskan." Kata Mak Leha pada Kira yang mahu membantunya mengemaskan meja.

"Tak susah ke?." Soal Kira. Mak Leha senyum.

"Dah kerja Mak Leha kan. Lagipun tak susah pun." Kata Mak Leha.

"Kalau macam tu, saya ke depan ya." Kata Kira lalu dia mengatur langkah ke ruang tamu. Waktu itu Kasturi sedang asyik dengan ipad di tangannya.

Kira melabuhkan duduk di sisi Kasturi sambil kepala menjengah sedikit untuk mengintai skrin ipad. Kasturi toleh ke sisi.

"What?." Soal Kasturi.

"Buat apa?." Soal Kira yang masih lagi mengintai skrin ipad.

"Semak laporan operasi semalam." Kata Kasturi. Kira yang tidak mahu mengganggu Kasturi mencapai remote lalu tv dihidupkan. Tidak lama telefon bimbit Kasturi yang berada di atas meja berbunyi. Kasturi capai telefon dan icon hijau disentuh apabila melihat nama Kent yang tertera. Kira pula teruskan mutekan suara tv, tidak mahu mengganggu Kasturi berbual di telefon.

"Hello." Sapa Kent di sebelah sana.

"Sorry Edan aku ganggu pagi-pagi macam ni." Kata Kent.

"It's okay. Ada apa?." Soal Kasturi.

"Aku ada sent rakaman CCTV operasi malam tadi. Kau tengok dulu lepas tu call aku semula." Kata Kent. Kasturi kerut kening.

"Ada masalah ke?." Soal Kasturi bimbang. Rasanya tindakan dia malam tadi semuanya mengikut S.O.P.

"Do I making a mistake? Aku rasa tindakan aku dah ikut S.O.P." Soal Kasturi ingin tahu.

"No, bukan masalah S.O.P but the man who fought with you." Kata Kent.

"Dia bukan salah seorang suspek yang terlibat dengan aktiviti pelacuran tu." Tambah Kent.

"Maksud kau?." Soal Kasturi. Berdebar rasa hatinya. Rasa ada sesuatu yang tidak kena.

"Aku tak pasti dia siapa tapi kalau kau tengok balik rakaman tu mungkin kau boleh fikirkan siapa dia, mungkin seseorang yang kau kenal atau sesiapa yang mahu mencederakan kau." Kata Kent.

"Okay. I take a look." Kata Kasturi lalu talian dimatikan. Video yang dihantar Kent ditonton. Kira yang berada di sisi turut sama menonton rakaman yang dihantar Kent. Terkelip-kelip matanya apabila memandang aksi Kasturi bergasak dengan lelaki di dalam video tersebut.

"I know it!." Kata Kasturi.

"Abang, ada masalah ke?." Soal Kira apabila melihat raut wajah Kasturi yang tiba-tiba sahaja berubah.

"Nothing, is okay." Kata Kasturi pada Kira. Nombor Kent didail semula.

"Kent, I think I know who is he." Kata Kasturi sebaik talian disambut.

"Who?." Soal Kent.

"Aku jumpa kau nanti." Kata Kasturi lalu tubuh dibawa berdiri.

"Abang nak ke mana?" Soal Kira apabila melihat Kasturi sudah bangun berdiri.

"Abang nak keluar sekejap. I want to meet Kent." Kata Kasturi. Belum sempat Kira mahu membalas, terdengar ketukan pada pintu. Kasturi dan Kira saling membalas. Siapa pula.

"Biar Mak Leha bukakan." Kata Mak Leha yang berada di dapur.

"Eh, tak apa. Biar saya yang tengokkan." Kata Kira lalu di terus melangkah ke arah pintu. Manakala Kasturi masih lagi tegak berdiri di ruang tamu, dia juga mahu tahu siapa yang mengetuk pintu. Kira membuka kunci dan daun pintu ditarik. Terjengul seorang perempuan cantik berambut perang di hadapan pintu.

"Kenapa lambat sangat buka pintu?." Marah perempuan tersebut pada Kira.

"Orang gaji baru ke?." Soalnya lagi lalu terus masuk ke dalam rumah. Kira yang tidak sempat berkata apa-apa hanya melihat perempuan tersebut masuk ke dalam rumah dan lebih tepat lagi terus berjalan ke arah Kasturi. Kasturi pula waktu itu sudah berubah wajahnya.

"Liona? What are you doing here?" Soal Kasturi.

"What? Tak suka jumpa I?." Soal Liona yang berdiri tegak di hadapan Kasturi.

"Yes." Balas Kasturi spontan. Bulat mata Liona mendengar balasan Kasturi.

"No, I mean. Nope." Kata Kasturi apabila melihat raut wajah Liona yang berubah. Menjeling tajam Liona pada Kasturi.

"Hey, get me water, I'm thirsty." Kata Liona pada Kira yang masih tercegat di tepi pintu sambil tangan dilambai-lambai.  Kasturi pandang Kira serba salah.

"Hey, are you deaf?" Marah Liona yang sudah melabuhkan duduk.

"Sekejap Miss Liona. Mak Leha ambilkan." Sampuk Mak Leha yang tadi tegak berdiri memandang Liona yang tiba-tiba muncul.

"Cepat sikit. Macam biasa ya." Tambah Liona lagi. Kira yang seakan baru tersedar terus menutup pintu rapat dan dia melangkah laju ke arah dapur tanpa memandang sedikit pun pada Kasturi. Kasturi genggam kuat tangannya apabila melihat Kira yang laju sahaja melintas di hadapannya tanpa menoleh. Nafas dihela kuat lalu dia terus memusing tubuh dan mahu mengatur langkah ke arah tangga.

"Edan. Where are you going?." Soal Liona dengan nada sedikit tinggi.

"Atas." Balas Kasturi pendek lalu terus melangkah ke arah tangga.

"Wait, I nak ikut." Laju Liona berkata dan dengan kalut dia berdiri mendapatkan Kasturi yang sudah tegak berdiri di anak tangga.

"No need. I want to change my clothes." Balas Kasturi sambil mata melingas pandang pada Kira yang berada di meja bulat.

"Edan.." Tidak sempat Liona habiskan kata-katanya Kasturi naik tangan tegak di hadapan wajah Liona. Tegang sahaja wajahnya.

"I said no!" Balas Kasturi lalu laju dibuka langkah ke tingkat atas. Kuat Liona mendengus.

"Fine!." Balas Liona geram sambil kembali melangkah ke arah sofa. Tubuh dihempas kuat.

"Macam tak biasa." Marah Liona.

"Mak Leha! Where my juice?!." Jerit Liona. Mak Leha yang baru selesai menuangkan jus ke dalam gelas, kalut membawanya ke ruang tamu apabila mendengar jeritan nyaring Liona.

"Ini jus nya Miss Liona." Kata Mak Leha lalu meletakkan jus oren + epal ke atas meja kopi. Mak Leha dijeling tajam. Gelas dicapai dan diteguk perlahan.

"Nasib baik sedap." Kata Liona sebaik air melalui tekak.

"Dah la, tercegat apa lagi." Marah Liona. Laju Mak Leha angguk dan terus membuka langkah meninggalkan ruang tamu. Kira yang sejak tadi berada di dapur menahan rasa bengkaknya hati. Tegang dan keras sahaja wajahnya. Mak Leha yang melihatnya pun takut hendak menegur.

Tidak lama Kasturi turun semula dari tingkat atas bersama jaket di tubuh. Kaki diayun ke arah dapur dan Kira dicari. Waktu itu Kira berada di sinki sedang mencuci tangan. Air yang masih lekat di tangan ditekapkan ke wajah.

"Sayang." Panggil Kasturi. Kira tidak menoleh, keras sahaja dia di situ.

"Abang keluar sekejap." Kata Kasturi.

"Edan! You buat apa lagi, cepatlah!." Liona sudah menjerit memanggilnya. Kepala ditoleh ke arah Liona seketika sebelum dia memandang belakang tubuh Kira. Tangannya naik mahu memegang bahu Kira tetapi niatnya itu dibatalkan apabila tiada sepatah kata yang keluar dari bibir Kira. Dia tahu Kira sedang marah.

"Edan!." Jerit Liona lagi. Terketap gigi Kasturi.

"I'm coming!" Keras suara Kasturi membalas. Langkah dibuka meninggalkan dapur dan Mak Leha dihampiri.

"Mak Leha, tolong tengokkan Kira." Pesan Kasturi. Kira dipandang lagi sebelum kakinya melangkah ke arah ruang tamu dan terus menghilang di sebalik pintu rumah. Lama juga Kira berkeadaan begitu. Mak Leha tarik nafas panjang. Kira dihampirinya.

"Puan.." Panggil Mak Leha.

"Mak Leha, siapa perempuan tu?." Soal Kira tanpa menoleh. Terkemam Mak Leha dengan soalan Kira.

"Er.. Rasanya baik Puan tanya Tuan sendiri." Balas Mak Leha takut-takut.

"Huh!" Kuat Kira mendengus dan bersama itu tumbukan dilepaskan pada table top dapur di depannya. Terperanjat Mak Leha.

"Puan." Panggil Mak Leha. Kira tidak membalas sebaliknya dia terus memusingkan tubuh dan langkah besar diatur ke tingkat atas. Sendat rasa dadanya. Daun pintu bilik ditarik kasar dan dihempas kuat. Telefon di dalam poket dicapai lalu nombor Shah di dail. Tidak lama panggilan disambut.

"Shah!."

"Kau sibuk ke? Aku nak jumpa kau. Aku send location." Kata Kira pada Shah. Tanpa sempat Shah membalas, talian terus dimatikan. Kira kemudian terus masuk ke bilik closet. Pakaian ditukar dan dia bersiap ala kadar.

*Dalam masa yang sama...*

"Kenapa?." Soal Encik Am pada Shah yang berada di hadapannya. Burn juga turut sama memandang Shah. Terkelip-kelip mata lelaki itu memandang telefon di tangannya.

"Er.. El, dia nak jumpa saya." Balas Shah sambil matanya bergilir pandang pada Encik Am dan Burn.

"Hm.. It's okay. Awak pergi jumpa El. Nanti balik kita sambung semula." Kata Am pada Shah. Shah angguk lalu bangun dari kerusi dan terus melolos keluar dari pejabat Am. Burn pandang Am.

"Dah kenapa kau pandang aku macam tu?." Soal Am pada Burn yang berada di hadapannya.

"Aku rasa dia dah datang jumpa Edan." Kata Burn sambil tubuh disandar ke belakang.

"Dia?." Soal Am tidak mengerti.

"Ya, dia." Balas Burn lagi.

"Maksud kau Liona?." Soal Am. Burn angguk. Am geleng kepala.

"Apa yang kita nak buat?." Soal Burn. Wajah Am dipandang.

+++

"Shah." Panggil Kira pada Shah yang baru melangkah masuk ke 'Light Cafe'. Shah toleh pada suara yang memanggilnya dan apabila pasti itu Kira, laju langkah diatur.

"Lama sampai?." Soal Shah sambil melabuhkan duduk. Helmet di letakkan di atas kerusi di sisinya.

"Baru lagi." Balas Kira.

"Kau order la dulu." Kata Kira pada Shah.

"Dik." Shah memanggil pekerja cafe. Setelah pesanan dibuat, pekerja tersebut beredar dari meja Kira dan Shah.

"Kau okay ke tak ni?." Soal Shah apabila melihat wajah Kira yang tiada serinya. Kira tarik nafas panjang. Tidak tahu bagaimana mahu dia terangkan pada Shah.

"El.. Kalau ada masalah, kau cerita. Mana tau aku boleh tolong." Kata Shah. Wajah Kira dipandang. Kira yang tadi menunduk kini mendongak memandang Shah di hadapannya.

"Aku tak tahu macam mana nak mula." Kata Kira. Shah senyum nipis.

"Tak apa, kau cerita saja dari mana yang kau rasa nak mula. Aku dengar." Kata Shah. Kira pandang wajah Shah. Lekat rasa tekaknya mahu mulakan bicara. Tidak lama pekerja datang menghantar pesanannya dan Shah. Air teh o ais disedut membasahkan tekak. Begitu juga Shah.

"Aku dah kahwin." Kata Kira.

'Purr'

Tersembur air dari bibir Shah. Kalut dia mencapai tisu untuk mengesat air yang meleleh.

"Ish, apa kau ni!." Marah Kira pada Shah.

"Kau ulang balik apa kau cakap tadi." Pinta Shah sambil mengesat bibir.

"Aku cakap, aku.. dah.. kahwin.." Sebut Kira sepatah-sepatah. Terkebil-kebil Shah memandang Kira di hadapannya.

"Shah! Kau dengar tak apa aku cakap ni?." Marah Kira apabila Shah hanya memandangnya begitu. Lengan Shah ditepuk.

"Kau dah kahwin? Dengan siapa?." Soal Shah. Tersentak rasa hatinya. Sangkanya tadi dia salah dengar.

"Ya, aku dah kahwin.." Balas Kira. Air di dalam gelas dimain-mainkan dengan straw.

(05/03/2021 @ 2035hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience