Bab 67

Romance Series 548166

"Khun kalang phud xari kab?." (Apa kau cakap?). Soal Chakan sambil menarik leher baju Kira. Terangkat Kira dari duduknya di atas kerusi.

"Apa hal kau ni?." Soal Kira semula dengan nada marah.

"Khun kalang phud xari kab?." (Apa kau cakap?). Chakan ulang soalannya tadi bersama riak wajah yang berubah dan nada yang semakin tinggi. Sonchai pula hanya menjadi pemerhati tanpa mahu campur.

Kira senyum sinis sebelum soalan Chakan dijawab.

"Chan phud wa, hak khun peid say samphanth ni kaa. Khway.." (Aku cakap, kalau berani, buka ikatan ni. Bodoh..). Balas Kira. Sonchai pula sudah tersenyum nipis. Bulat mata Chakan mendengar balasan Kira.

'Bang'

Bunyi Kira jatuh terlentang ke belakang bersama kerusi kayu yang didudukinya.  Chakan yang berang sudah naik duduk di atas dada Kira dan tumbukan dilepaskan ke wajah Kira tanpa belas. Kira yang nyata sudah tidak mampu berbuat apa-apa kerana kedua-dua tangannya yang berikat di belakang sudah tertindih hanya mampu bertahan sambil mata dipejam rapat.

"Enough! Kau nak bunuh dia ke?." Marah Sonchai yang sudah meluru ke arah Kira dan Chakan. Chakan ditendang hingga terjatuh di sebelah kiri Kira. Tajam matanya memandang Sonchai bersama wajah yang bengis.

"Selagi Madam belum sampai, jangan berani masuk dalam ni!." Marah Sonchai. Chakan yang mendengar terus bingkas bangun dengan rasa tidak puas hati. Bersama langkah kasar, Chakan atur ke arah pintu dan pintu dihempas kuat. Sonchai pula mengangkat semula Kira bersama kerusi dan membetulkan kembali tudung wanita itu yang sudah hampir terlihat rambutnya. Kira yang pada mulanya ragu-ragu akhirnya hanya membiarkan tindakan Sonchai yang membetulkan tudungnya itu.

Setelah itu Sonchai kembali berdiri di tempatnya tadi di tepi dinding sambil membakar rokoknya yang baru. Wajah Kira yang luka dan berdarah dipandang sekilas. Dia tidak pasti apa yang terjadi semasa proses membawa wanita itu ke sini tadi tetapi apa yang dia tahu, dua orang anak buahnya cedera teruk juga belasah sebelum wanita ini berjaya ditundukkan dan di bawa ke sini.

"Why?." Soal Kira pada Sonchai yang sudah jauh fikiran memesong ke lain. Sonchai pandang Kira sekilas.

"What?." Soal Sonchai pula bersama kedua keningnya diangkat. Rokok di tangan disedut dan asap dihembus perlahan ke atas.

"Kenapa kau baik pada aku?." Soal Kira. Sonchai jungkit bahu. Kuat Kira mendengus kerana tidak puas hati dengan jawapan Sonchai. Wajah Sonchai yang asyik dengan rokoknya dipandang Kira tanpa berkelip sehingga lelaki itu naik rimas.

"Jangan pandang boleh?." Soal Sonchai pada Kira tanpa memandang Kira yang sejak tadi lagi asyik tajam merenungnya. Kira jungkit bahu, seakan mengajuk tindakan Sonchai.

"Why?." Ulang Kira lagi.

"Selagi kau tak jawab, selagi itu aku akan tanya." Kata Kira. Sonchai mengalah apabila melihat mata Kira yang masih lagi memandangnya tanpa mahu berkalih. Panjang nafas dihela.

"Aku tak suka kasar dengan perempuan. Tambahan pula perempuan macam kau." Balas Sonchai mendatar. Kira kerut kening.

"Kenapa perempuan macam aku?." Soal Kira pelik.

"Sebab.. kau sama macam.." Perlahan tutur Sonchai tetapi masih dapat di dengar Kira. Malangnya ayat Sonchai terhenti di situ apabila telefon di dalam poketnya bergetar. Pantas poket seluar diseluk dan telefon diambil. Mesej dibaca dan kemudiannya telefon disimpan semula.

"Sonchai." Panggil Kira. Tertegak pandangan Sonchai pada Kira apabila namanya dipanggil.

"Aku keluar sekejap." Kata Sonchai pada Kira sambil membuka langkah ke arah pintu.

"Madam yang kau sebut tu Cecilia kan?." Soal Kira pada Sonchai. Terhenti tangannya yang memegang tombol pintu, wajah dipaling pada Kira. Tegang sahaja rautnya.

"Dia dah nak sampai." Balas Sonchai tanpa menjawab soalan Kira sebelum daun pintu ditarik dan dia terus keluar meninggalkan Kira yang terkebil-kebil pelik dengan ulah Sonchai. Lelaki itu seperti 'sesuatu'. Apa yang pasti, Kira yakin tekaannya tepat. Madam adalah Cecilia, ibu tirinya. Apa lagi yang perempuan tersebut mahukan pun, dia tidak pasti. Ada sahaja yang tidak puas di hati wanita itu.

+++

Taklimat tugas baru sahaja selesai. Lebih kurang setengah jam dari sekarang, mereka akan bertindak mengikut apa yang telah diarahkan dalam taklimat tadi. Kent yang sedang membuat pemeriksaan akhir pada peralatannya terganggu apabila telefon bimbit miliknya yang berada di atas meja berbunyi. Skrin diintai dan melihatkan nama Syamill yang tertera, telefon terus diambil lalu icon hijau digesek.

"Ya, Mill. Macam mana?." Soal Kent sambil menjeling Kasturi yang sedang melangkah menuju ke arahnya.

"Tuan, er.. Puan Kira tak ada di rumah dan er.. masa kami sampai.." Ayat Syamill sangkut-sangkut.

"Cakap biar habis boleh tak!?." Marah Kent sambil menjeling Kasturi yang sudah berdiri di meja di hadapannya.

"Maaf Tuan. Saya dan Vasu dah sampai di rumah Puan Kira tetapi Puan Kira tiada di rumah. Pintu tidak berkunci dan keadaan di ruang tamu berselerak serta ada kesan tompokan darah." Panjang lebar Syamill terangkan. Kent sudah terdiam. Kasturi yang berada di hadapannya dipandang tidak berkelip hingga Kasturi jadi pelik. Kepalanya dianggukkan pada Kent tanda menyoal. Kent tidak membalas sebaliknya dia mengatur langkah ke arah tingkap dan meninggalkan Kasturi di meja yang sedang memeriksa peralatan sokongannya.

"Saya nak awak dan Vasu semak rakaman CCTV yang ada di kawasan tu, soal pengawal keselamatan yang bertugas. Macam mana perkara ini boleh berlaku sedangkan kawasan tersebut mempunyai kawalan keselamatan yang ketat.!" Marah Kent.

"Tuan, saya dah minta Vasu semak dan soal pengawal keselamatan Tuan, tapi pengawal keselamatan yang bertugas sekarang yang baru masuk tugas, yang bertugas semasa kejadian dah balik." Terang Syamill.

"Kalau dah balik tak boleh nak cari ke?! Takkan itu pun saya nak ajar!" Marah Kent.

"Maaf Tuan." Tutur Syamill di sebelah sana.

"Habis tu Tuan, nak bagitahu pada Tuan Edan tak?." Soal Syamill.

"Soal tu kamu tak perlu risau, biar saya urus. Apa yang penting, dapatkan segala maklumat yang ada dan maklum dengan saya segera!." Kata Kent.

"Baik Tuan." Balas Syamill lalu talian dimatikan.

"Kenapa?." Soal Kasturi yang tiba-tiba datang dari arah belakang Kent. Sedikit terkejut Kent dengan pertanyaan Kasturi.

"Ada masalah ke?." Soal Kasturi pada Kent. Kent tarik nafas panjang sambil kepala digeleng perlahan.

"Kau dapat call Kira?." Soal Kent pada Kasturi sambil menyimpan semula telefon bimbit di dalam pouch. Kasturi geleng lemah. Kent tarik nafas panjang.

"Kau dah kenapa ni?." Soal Kasturi pada Kent apabila melihat lelaki itu seakan dalam kegelisahan.

"Edan, aku rasa kau tak payah ikut la operasi kali ni." Kata Kent sambil matanya memandang Kasturi. Kasturi kerut kening.

"Dah kenapa pulak? I'm okay.." Balas Kasturi. Bahu Kent di tepuk perlahan sebelum dia mengatur langkah ke arah meja tadi. Sedang berjalan, kakinya berhenti melangkah dan tubuh dibawa pusing menghadap Kent yang berada di belakangnya.

"Budak-budak kita dah sampai di rumah Kira?." Soal Kasturi. Terus berubah wajah Kent apabila soalan itu diaju. Dalam serba salah terpaksa juga Kent buka mulut.

"Syamill dan Vasu dah ke sana tapi Kira tak ada. Pintu rumah tak berkunci. Keadaan ruang tamu berselerak dan.. ada kesan tompokan darah di lantai." Terang Kent.

'Dup!'

Terdiam Kasturi mendengar kata-kata Kent. Langkah dibuka besar menuju ke arah Kent dan tanpa amaran tubuh Kent ditolak kasar ke dinding. Leher baju dicengkam dengan kedua-dua tangan. Memerah mata menahan marah. Tanpa sedar, penumbuk dihayun kuat ke pipi Kent.

"How dare you! Benda penting macam ni kau boleh buat senyap?!." Kuat suara Kasturi memetir sambil baju Kent dilepas kasar. Kent yang terhimpit di dinding mengesat bucu bibirnya yang sudah berdarah.

"Sorry Edan. Bukan aku tak nak bagitahu.." Ucap Kent sambil cuba memaut bahu Kasturi.

"Kamu berdua ni dah kenapa?." Soal DSP Farokh yang tiba-tiba muncul disebabkan terdengar bunyi bising dari pejabatnya tadi.

"What happened??." Soal DSP Farokh lagi. Kasturi menjeling Kent.

"Sorry sir, I can't join this operation. I need to find my wife. She's missing, suspected of being kidnapped." Kata Kasturi pada DSP Farokh yang berdiri di sisinya. Terpancar riak terkejut di wajah lelaki itu.

"Kidnapped?." Soal DSP Farokh tidak percaya.

"Maaf Tuan saya menyampuk." Kata Kent dan belum sempat lelaki itu meneruskan ayatnya, Dart datang dengan tercungap-cungap.

"Assalamualaikum Tuan. Tuan, ada kejadian tembak menembak baru berlaku di sebuah restoran di Jalan Kolam Air Lama." Maklum Dart pada DSP Farokh.

"Tembak? CCC dah hantar bantuan?." Soal DSP Farokh pada Dart.

"Sudah Tuan, tapi CCC minta maklumkan pada Tuan untuk bantuan aturkan pegawai dan anggota dari D9 kerana suspek yang terlibat sedang dikejar oleh anggota MPV yang kebetulan melalui kawasan tersebut." Terang Dart.

"Ni butiran kenderaan yang dinaiki suspek." Kata Dart sambil menghulurkan fail berklip warna biru pada DSP Farokh.

"Call Aniq, Jalan Kolam Air Lama kawasan dia." Kata DSP Farokh.

"Kent, stick to the plan and Edan, find your wife but make a report first, set it as 'SULIT'. Don't do anything stupid! Maklum saya semua perkembangan. Dart, follow me." Kata DSP Farokh sambil terus memulakan langkah.

"I'm sorry Edan." Kata Kent lalu terus meninggalkan Kasturi kerana dia perlu bersiap untuk ke lokasi operasi.

Kasturi ketap gigi. Telefon bimbit dalam poket diambil dan nombor Am didail. Tidak lama panggilan bersambut.

"Am, Kira's missing." Kata Kasturi tanpa mukadimah. Am yang sedang berbincang dengan Reno dan Burn terus berdiri kerana terkejut.

"Bila?." Soal Am bimbang. Reno dan Burn saling memandang. Walaupun tidak pasti, dari air muka Am dapat mereka mengagak bahawa perkara tersebut pasti penting.

"Around thirty minutes ago." Balas Kasturi.

"Ada orang pecah masuk rumah." Tambah Kasturi lagi.

"Aku uruskan. Kau datang agensi?." Soal Am.

"Minta Reno ambil aku sekarang." Balas Kasturi. Reno yang mendengar terus mengangguk dan pantas keluar dari pejabat Am.

Sebaik talian dimatikan, telefon Kasturi berbunyi lagi. Sambil melangkah skrin telefon dipandang. Nama Miran yang tertera.

+++

'Bang! Bang! Bang!'

Bunyi tembakan berbalas antara Mikael, Miran dan beberapa orang lelaki yang berada di dalam kereta SUV di luar restoran.

"Anyone, call the police!." Jerit Mikael. Waktu itu seorang pekerja lelaki yang berada di tepi dinding memeluk dulang memandang Mikael.

"Call polis!." Arah Mikael pada pekerja tersebut yang nampak ketakutan tetapi diturutkan juga apabila Mikael sudah mengacukan senjatanya pada lelaki itu. Miran yang sedang sibuk berbalas tembakan, bulat matanya memandang perbuatan Mikael.

"Hey Mika! Kau dah takutkan budak tu la!." Marah Miran. Tiba-tiba dari jauh terdengar bunyi siren polis, tidak pasti siapa yang menghubungi pihak polis untuk bantuan. Mujur juga polis sampai tepat pada masanya kerana peluru senjatapi Mikael dan Miran sudah hampir kehabisan.

Sebaik mendengar siren kereta peronda, beberapa orang lelaki yang berbalas tembakan terus memecut kenderaan mereka meninggalkan tempat tersebut. Sebaik sahaja melihat SUV tadi beredar, Mikael dan Miran bingkas bangun. Senjatapi diselit di pinggang masing-masing dan kedua-dua mereka terus keluar dari restoran. Miran tidak sedap hati, telefon bimbit dalam poket diambil dan nombor telefon Kasturi didail.

"Miran, cepat!." Panggil Mikael yang sudah pun melompat masuk ke dalam keretanya. Miran yang mendengar namanya dipanggil terus berlari ke arah kereta kelabu milik Mikael. Sebaik pintu ditutup, kereta yang dipandu Mikael laju menderum pergi. Sambil memandu, Mikael memandang Miran yang sedang menghubungi seseorang di telefon tetapi talian masih sibuk.

"Kau call siapa?." Soal Mikael. Miran memandang Mikael sekilas sebelum nombor telefon Kasturi didail lagi. Kali ini ada dering yang berbunyi.

"Hello. Mr.K." Miran membuka kata.

"El hilang!." Kata Miran bersama wajah yang tegang. Dia tahu, Kasturi pasti mengamuk.

"I know." Balas Kasturi pendek.

"Hah! Mr.K dah tahu?." Soal Miran kembali. Laju jantungnya berdegup. Mati la aku..!

"Kau dengan Mika?." Soal Kasturi dari sebelah sana. Miran yang mendengar terus menoleh Mikael yang sedang memandu. Mikael pamer raut pelik dengan dahi berkerut.

"Ya, I'm with him." Balas Miran.

"You know what you should do right?." Soal Kasturi.

"Yes, Sir." Balas Miran sambil kepala dianggukkan walaupun Kasturi tidak nampak.

"So, do it now." Arah Kasturi lalu talian dimatikan. Mikael yang sedang memandu memandang Miran bersama anggukan tanda bertanya.

"Mr.K." Balas Miran pendek.

"Bro-in-law?." Soal Mikael. Tajam Miran memandang Mikael dengan soalan tersebut.

"Apa? Betul la. El our sister and Mr.K our bro-in-law." Kata Mikael tidak puas hati.

"Aku tak cakap salah pun." Balas Miran sambil membuang pandang ke luar kereta.

"Macam best pula ada bro-in-law hebat macam tu." Tambah Mikael bersama senyum besar.

"Hey! Kau serius sikit boleh tak? El hilangkan? Yang seronok sangat ni dah kenapa?." Marah Miran.

"Alah.. Nak seronok sikit pun tak boleh." Balas Mikael bersama cebikan di bibir.

"Kau ni kan, dah macam ayah-ayah tau. Cuba la jangan serius sangat. Aku tau El kena culik tapi aku juga tau bukan kerja orang lain cuma aku tak pasti El disorok di mana." Tambah Mikael lagi.

"Bergurau sikit pun tak boleh." Kata Mikael lagi. Miran buat muka.

"Bukan tak boleh, keadaan tak sesuai. Dah la, now where are we going?." Soal Miran.

"Balik rumah." Balas Mikael. Laju Miran toleh memandang Mikael.

"Apa? Balik rumah aku la, tukar baju. Takkan kau nak pakai suit macam ni nak cari El. Ingat cerita James Bond?." Usik Mikael disusuli ketawa kecil. Mencuka wajah Miran apabila dimain-mainkan Mikael begitu tetapi hanya seketika. Miran menoleh pandang semula pada Mikael yang sedang memandu.

"Rumah kau, means mummy and daddy's house, right?." Soal Miran seakan keliru. Mikael senyum senget.

"Kau dengarkan apa aku sebut tadi. Rumah aku, bukan rumah mummy or rumah daddy." Balas Mikael tanpa memandang Miran yang masih lagi menoleh ke arahnya.

"Aku tak tau pun kau ada rumah." Balas Miran lalu membuang pandang ke hadapan. Merajuk sahaja bunyinya.

"Kenapa? Kau takut aku kurung kau di rumah aku ke?." Soal Mikael bersama wajah serius. Miran yang tadi memandang ke hadapan laju menoleh pada Mikael bersama wajah yang cuak.

Tiba-tiba Mikael ketawa besar. Miran dah terkebil-kebil.

'Pap'

Miran menumbuk perut Mikael yang sedang ketawa kuat tetapi hanya seketika apabila Mikael mengaduh dan waktu yang sama cecair merah meresap pada pakaian Mikael di bahagian perut. Bulat mata Miran.

"You got shot?!." Marah Miran. Mikael yang tadi ketawa kuat sudah terhenti ketawanya apabila sakit semakin terasa.

"Stop! Stop the car!." Arah Miran pada Mikael tetapi Mikael tidak peduli dan terus memandu. Tidak lama, kereta Mikael membelok masuk di sebuah rumah. Sebaik sampai, pintu pagar automatik terbuka dan Mikael memandu masuk dan berhenti betul-betul di hadapan pintu rumah. Miran kalut keluar dari kereta dan terus membuka pintu kereta di bahagian pemandu. Mikael dipapah masuk ke dalam rumah.

"Where is the first aid?." Soal Miran apabila Mikael sudah didudukkan di sofa di ruang tamu. Mikael hanya menunjukkan dengan tangan ke arah sebuah kabinet dan Miran pantas mencarinya di sana. Tidak lama Miran tiba bersama first-aid di tangan. Hampir sepuluh minit juga masa diambil untuk keluarkan peluru dan menjahit luka. Mikael sudah tersandar kerana menahan sakit.

Miran yang melihat Mikael sudah tertidur terus mengemaskan peralatan dan membuang kesan darah, peluru tadi tidak dibuang sebaliknya disimpan di dalam poket. Miran kemudian meninjau sekitar rumah dan masuk ke salah sebuah bilik di tingkat atas untuk mencari pakaian untuk ditukar.

"Kau pilih pakaian mana yang sesuai, saiz kau dengan aku lebih kurang je." Tegur Mikael dari belakang. Miran yang sedang dia mencari pakaian di dalam closet, menoleh ke belakang.

"Tapi kau mandi bilik sebelah. Sini aku nak guna." Kata Mikael. Miran angguk. Lebih kurang lima minit Miran kembali semula, waktu itu Mikael juga sudah siap menukar pakaian dan sedang berdiri di hadapan kabinet cermin. Mika menarik laci paling bawah dan di dalamnya ada beberapa pucuk Walter, Baretta dan HKMP5 bersama peluru. Miran tanpa banyak soal terus mengambil beberapa kelopak magazine yang sudah diisi peluru dan diselitkan pada holster serta pouch.

"Ni lokasi El." Kata Mikael sambil menyerahkan gps pada Miran. Miran sambut bersama tanda tanya.

"Aku tak ada kena mengena dengan penculikan El." Kata Mikael yang seakan tahu apa yang bermain di fikiran Miran.

(15/09/2022 @ 2100hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience