Bab 63

Romance Series 548166

"El.. Daddy tak sangka dapat jumpa El hari ni. Sini sayang. Dah lama daddy cari El." Panggil Mirwan pada Kira yang sedang mengatur langkah perlahan menghampiri katil. Terbatuk-batuk Mirwan bersama tangan naik mengurut dada bersama senyuman yang tidak lekang di bibir. Tidak berkelip matanya memandang Kira yang semakin menghampirinya di katil.

Cecilia yang berada di sisi katil terus bangun berdiri. Mangkuk di tangan diletakkan di meja sisi lalu dia berjalan mendapatkan Kira dan tanpa amaran, tubuh Kira ditarik ke dalam pelukannya.

"Don't think I'm going to let go of what's been mine to you!." Bisik Cecilia pada Kira. Kira senyum sinis.

"We will see." Balas Kira pula. Pelukan dilepaskan bersama senyuman yang dibuat-buat kedua-dua mereka. Cecilia kemudian kembali berdiri di sisi kiri katil bersama senyuman plastik pada Mirwan.

"Oh, this is your stepmother. Cecilia." Mirwan perkenalkan pada Kira apabila isterinya itu tanpa sempat diperkenalkan terus sahaja mendapatkan Kira yang sedang melangkah. Kira tidak membalas, menoleh pada Cecilia pun tidak. Cecilia pula masih tegak berdiri di sisi katil memerhatikan Kira yang sudah berdiri di hadapan Mirwan. Bengkak hatinya apabila melihat Kira yang tiba-tiba sahaja muncul.

"El.. Sini." Panggil Mirwan sambil menepuk katil di sisinya. Kira teragak-agak mahu menghampiri tetapi dikuatkan juga kakinya untuk menghampiri katil. Perlahan dilabuhkan duduk. Lama Mirwan memerhatikan wajah Kira yang sedang duduk di sisinya.

"Saling tak tumpah macam wajah ibu." Kata Mirwan. Tangan tuanya dibawa ke pipi Kira lalu diusap lembut wajah itu. Bergenang air mata di tubir mata. Hujung jari naik mengesat air mata yang menanti masa untuk tumpah.

"Daddy minta maaf El.." Ucap Mirwan dengan penuh rasa sesal. Cecilia yang melihat babak drama itu mula naik muak lalu dia meninggalkan Kira bersama Mirwan dan juga dua anak lelakinya. Tubuh dibawa duduk di sofa di dalam bilik tersebut. Majalah di atas meja dicapai sambil mata sesekali menjeling ke arah katil melihat gelagat mereka.

"Daddy minta maaf.. Sungguh, daddy tidak tahu tentang kewujudan El selama ini.. Daddy.. banyak buat salah pada El.. Pada ibu El.." Tambah Mirwan lagi berselang seli dengan batuk. Tangannya naik memegang dada sendiri. Kira pula hanya diam mendengar tanpa rasa mahu membalas. Wajah tua Mirwan diperhatikannya. Seakan pernah dia lihat wajah tua ini tetapi tidak ingat di mana. Puas diputarkan semua memori yang ada tetapi tetap tidak berjumpa. Gambar yang ada di rumah Pak Chaq adalah gambar lama, gambar sewaktu Mirwan masih muda tetapi yang Kira lihat sebelum ini adalah gambar wajah keadaan Mirwan sekarang. Balik nanti dia akan semak semula fail-fail lamanya.

"El.." Panggil Mirwan apabila dia melihat seakan Kira hilang dalam dunianya sendiri. Kira yang baru tersedar mengangguk perlahan.

"I'm sorry El.. Daddy neglected both of you.. for money.. and wealth. I.. I'm.. truly sorry. I know.. I'm not deserve for your.. forgiveness." Sangkut-sangkut Mirwan menuturkan kata pada Kira yang sejak tadi hanya membatu tanpa riak. Mata Kira terkelip-kelip memandang Mirwan yang bersungguh-sungguh menuturkan isi hatinya, belas pula Kira rasa pada lelaki tua ini tetapi bibirnya masih berat untuk membalas walaupun sepatah kata.

"Daddy understand if you can't accept me as your father. I'm not blaming you, El.." Tambah Mirwan lagi. Miran dan Mikael memandang wajah Kira yang tiada rasa. Beku sahaja wajah wanita itu. Kira hanya kaku begitu sahaja tanpa mahu berkata-kata, dalam fikirannya bermacam-macam perkara difikirkannya. Baik dan buruk andai hubungan dia dan ayahnya kembali pulih.

Miran menyentuh bahu Kira. Kira menoleh sekilas pada Miran. Wajah adiknya itu seakan meminta belas dan simpati agar ayah mereka diterima. Kira tarik nafas panjang bersama pandangannya kembali pada wajah Mirwan yang penuh mengharap.

"How do you find me?." Soal Kira luar dari persoalan sekarang. Mirwan yang tadi tertunduk terus mendongak memandang wajah Kira bersama dahi yang berkerut. Punyalah banyak yang dia katakan, itu pula yang keluar dari bibir anaknya itu.

"What?." Soal Mirwan bersama pandangan tepat ke wajah Kira. Miran dan Mikael juga sama.

"How do you know about me?." Soal Kira, keras sahaja nadanya. Kira berasa sedikit sangsi dengan keadaan sekarang. Kenapa baru sekarang ayahnya datang mencari. Pelbagai soalan berlegar dengan penuh rasa sangsi.

"Why now?." Kira menyoal lagi. Menggigil tangannya menahan rasa.

"El.." Panggil Mikael apabila dia melihat keadaan seakan tegang. Ayah mereka pula sudah terdiam.

Cecilia yang melihat sudah duduk tegak bersama senyum senget. Ingin sahaja dia ke sana untuk mendengar apa yang dibincangkan tetapi mengenangkan Kira masih berada di sana, niatkan dibatalkan sahaja.

"El, daddy not feeling well. Apa kata esok kita datang semula." Pujuk Miran pula.

"No, it's okay. Memang.. sepatutnya daddy beritahu, apa yang El perlu tahu." Balas Mirwan perlahan. Dadanya diusap lagi.

"Daddy.." Mikael cuba menghalang. Dia bimbang pada kesihatan ayahnya. Mirwan menggeleng perlahan.

"It's okay.. Biar daddy terangkan." Kata Mirwan bersama tubuh dibawa bersandar ke kepala katil. Miran pula menyerahkan segelas air kosong pada Mirwan untuk membasah tekak.

Hampir tiga puluh minit juga Kira berbual dengan Mirwan sambil diperhatikan Cecilia yang berada di sofa. Sakit hatinya melihat kemesraan dua beranak itu, tadi macam nak marah sangat. Ini elok pula. Mudah pula Kira memaafkan suaminya itu. Huh! Ini pasti disebabkan harta, dengan mudah lelaki tua itu dimaafkan. Jangan bermimpi la perempuan, satu sen pun kau takkan dapat! Berkerut-kerut wajah Cecilia kerana menahan marah dan geram.

Miran dan Mikael pula tetap setia berada di sisi Kira manakala dua orang pengawal peribadi tadi sudah keluar dari bilik tersebut.

Mirwan hari ini banyak bercakap daripada hari biasa. Rasa ringan bahunya apabila kemaafan dari anaknya sendiri telah diperolehi walaupun dia tidak pasti samada ikhlas atau pun tidak kemaafan yang diberikan oleh anak perempuannya itu. Miran dan Mikael pula rasa lega dengan penerimaan kakak mereka.

"El.." Panggil Mirwan sambil terbatuk kecil. Laju tangan Kira naik menggosok belakang ayahnya.

"Daddy okay tak ni?." Soal Miran bimbang apabila melihat ayahnya seakan penat dan semput bersama batuk yang kerap.

"Mika panggil doktor." Kata Mikael pula. Mirwan angkat tangan sambil kepala digeleng perlahan tanda tidak perlu.

"Daddy tak apa-apa.." Kata Mirwan pada Kira. Kira hanya tersenyum sambil memandang Mirwan walaupun ada rasa bimbang pada kesihatan ayahnya itu.

"Daddy.. Rasanya saya dah lama di sini. Saya nak balik dulu." Kata Kira yang sudah turun dari birai katil. Mirwan senyum sambil mengangguk.

"Nanti datang jenguk daddy lagi ya." Kata Mirwan pada Kira. Kira angguk bersama senyuman.

"Er.. Nanti bawa suami El jumpa daddy ya. Daddy teringin jumpa lelaki yang berjaya menawan hati anak perempuan daddy ni." Tambah Mirwan. Kira tidak membalas, dia hanya memandang Mirwan bersama senyuman nipis. Bukan dia tidak mahu membawa Kasturi bersama tetapi kesihatan suaminya itu masih belum pulih sepenuhnya, dia bimbang andai sesuatu yang tidak diingini berlaku pula nanti. Biarlah, satu masa nanti kalau ada rezeki, daddynya akan berjumpa juga dengan Kasturi.

Melihatkan Kira yang tidak membalas, Mirwan seakan faham jawapan dari Kira. Sedikit terkilan rasa hatinya. Biarlah, mungkin masih perlukan masa untuk sesuaikan diri dengan keadaan baru.

"Akata, hantar El pulang." Kata Mirwan pada Miran yang berada di sisi katil.

"Baik daddy." Balas Miran. Kira capai tangan kanan Mirwan lalu kekura tangan lelaki tua itu dicium lama. Mahu menitis air mata Mirwan apabila belakang tangannya dicium Kira. Tangan kirinya naik mengusap kepala Kira bersama senyuman. Cecilia yang melihat terus bangun berdiri dan berjalan menghampiri katil. Wajah dimaniskan pada Kira tetapi tidak sedikit pun dihiraukan Kira. Mencerut wajahnya tetapi demi menjaga air mukanya di depan Mirwan terpaksa juga dipamerkan senyum sumbing di wajahnya itu.

"El balik dulu daddy." Kata Kira lalu terus meninggalkan bilik tersebut bersama Miran tanpa mengucap sepatah kata pada Cecilia. Mirwan menepuk perlahan belakang tangan Cecilia yang memegang bahunya apabila menyedari tindakan Kira yang tidak memperdulikan isterinya itu. Biarlah, dia ambil masa.. Hati Mirwan berkata.

Semasa keluar dari bilik Mirwan, kedua lelaki pengawal peribadi Cecilia memandang Kira dengan pandangan sinis. Mungkin tidak berpuashati dengan apa yang berlaku tadi. Kira kenyit mata pada kedua lelaki yang memandang ke arahnya itu dan dia kemudian terus melangkah ke arah lif bersama Miran untuk turun ke lobi.

Sebaik sampai di lobi, Sean sudah bersedia menanti dengan kereta di luar. Kira melolos masuk ke bahagin penumpang belakang manakaka Miran pula di bahagian penumpang hadapan. Tidak menunggu lama, kereta bergerak perlahan keluar dari perkarangan hospital.

"Thanks El." Kata Miran tiba-tiba. Jauh pandangannya dibuang ke hadapan. Sean yang sedang tekun memandu memandang sekilas pada Miran di sisi dengan dahi berkerut.

"For what?." Soal Kira pada Miran tanpa mengalih pandangannya dari luar. Dia tahu maksud Miran cuma sengaja dia bertanya untuk kepastian.

"For your forgiveness." Balas Miran. Kira hela nafas panjang.

"I don't want my calm and happy life now to be interrupted by things of the past. After all, I'm not sure if I forgive him or I’m tired to want to think about all of this." Balas Kira bersama pandangannya yang jauh dibawa keluar. Kehidupannya sewaktu kecil terlayar di ruang mata, dia hanya ada Pak Chaq dan Mak Chaq sahaja yang menjaganya sejak dia masih bayi iaitu selepas ibunya meninggal dunia. Mujur juga keluarga sebelah ayahnya menerimanya dengan baik dan melayannya dengan penuh kasih sayang semenjak kecil.

"But I'm still want to say, thanks." Balas Miran. Kira tidak membalas. Sean pula hanya diam, cuma kenderaan yang dipandunya semakin laju mencelah kenderaan lain. Miran yang menyedarinya pantas memandang cermin sisi. Sah! Ada sebuah kenderaan jenis pick-up warna biru gelap mengekori mereka di belakang. Kira menoleh memandang ke belakang apabila dia juga merasakan kenderaan dipandu Sean semakin laju.

"Tak guna!." Marah Miran. Tiba-tiba..

'Bump'

Sebuah SUV hitam pula melanggar bahagian tepi kanan kereta yang dipandu Sean hingga terdorong ke tepi pembahagi jalan. Bergoyang-goyang kereta apabila bahagian tepi bergesel dengan pembahagi jalan. Kereta pick-up biru pula menghentam bahagian belakang kereta. Mujur juga mereka sudah masuk ke lebuhraya MRR2, jika tidak pasti menjadi perhatian dan menimbulkan kesesakan pada kenderaan lain. Walaupun begitu terdapat beberapa kenderaan lain sudah ada yang membunyikan hon kerana kenderaan yang dipandu mereka dipandu dalam keadaan merbahaya.

"Don't do anything. Just let your head down!." Arah Miran pada Kira. Walaupun tidak bersetuju dengan kata-kata Miran, Kira terpaksa akui dan tanpa lengah Kira terus menundukkan kepalanya kerana bimbang keadaan akan semakin buruk. Miran pula sudah bersedia dengan senjatapi di tangan manakala Sean pula sehabis mungkin untuk mengekalkan kedudukan kereta agar stabil dan tidak terbabas ke tepi.

+++

"Don't tell anyone." Pesan Kasturi pada Reno.

"Yes, Sir." Akui Reno bersama anggukan kepala.

Kasturi masukkan password pada panel pintu lif sebelum pintu lif terbuka dan dia melangkah masuk bersama jari menekal butang tingkat yang ingin ditujuinya. Tidak lama laju lif bergerak ke atas dan pintu lif terbuka. Kaki diatur menuju ke pejabat Am.

"Edan!." Sapa Am apabila melihat Kasturi yang tiba-tiba sahaja berdiri tegak di tengah-tengah pintu pejabatnya. Terus Am bangun dari tempat duduknya dan mendapatkan sahabatnya itu lalu tubuh Kasturi dipeluk seketika sebelum dilepaskan. Burn yang baru melangkah masuk ke pejabat Am juga turut terkejut. Tidak sangka dengan kehadiran Kasturi pada hari ini.

"Kau dah sihat ke? Mana El?." Soal Burn sambil merapatkan daun pintu.

"Ha'ah, mana El? Bukan sepatutnya kau berehat di rumah ke?." Soal Burn pula.

"I came alone, she's at home." Balas Kasturi yakin.

"Ada masalah ke ni? Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba sampai." Soal Am sebaik dia labuhkan duduknya kembali di kerusi kerjanya. Burn dan Kasturi pula melabuhkan duduk di kerusi di hadapan Am. Kasturi seluk poket jaketnya dan sehelai kertas ditarik keluar lalu diletakkan di atas meja Am. Am dan Burn memandang gambar yang tertera pada kertas tersebut.

"Siapa ni?." Soal Am. Wajah Kasturi dipandang, begitu juga dengan Burn.

"Kira's stepmother." Balas Kasturi.

"What?." Soal Am. Burn capai gambar tersebut lalu ditelitinya.

"Aku macam pernah nampak la perempuan ni. Tak silap aku nama dia.. Celia.. Cecil.." Kata Burn sambil meneka.

"Cecelia Ayumi." Sampuk Kasturi.

"Ya.. Ya.. Cecilia Ayumi." Ulang Burn. Am sudah kerut kening, begitu juga Kasturi. Ada rasa tidak enak dalam hatinya.

"Mana kau nampak perempuan ni?." Soal Kasturi. Dia yakin wanita ini bukan sembarangan orang.

"Client kita ke?." Soal Am pula. Burn geleng perlahan.

"Aku.. Tak ingat tapi memang aku macam pernah jumpa. Walaupun sedikit berumur tetapi masih anggun." Tambah Burn yang cuba untuk mengingati di mana dia bertemu dengan wanita tersebut.

"They call her 'Madam'." Kata Kasturi.

"Madam?." Soal Am dan Burn serentak. Tiba-tiba bulat mata Am.

"Maksud kau perempuan ni yang hantar orang-orang dia untuk bunuh El?." Soal Am terkejut. Kasturi angguk.

"Yes, that's her." Balas Kasturi. Tersandar Am ke belakang kerana tidak percaya.

"Eh, wait. Macam mana kau kenal dengan ibu tiri Kira?." Soal Am bersama tubuh yang dibawa rapat ke meja semula.

"I warned her before to do not disturb Kira but she didn't listen.! Maybe she thinks I'm still lost my memory!." Kasar sahaja jawapan Kasturi.

"What!? You warn her?." Soal Burn yang berada di sisi.

"Yes. I warn her but this time I will not give her chance to escape!." Balas Kasturi geram. Kuat tangannya digenggam.

"Nasib baik kau dah ingat semula." Kata Am.

Tiba-tiba kedua-dua pasang mata tegak memandang Kasturi.

"Eh, kau dah ingat?."

"Kau dah ingat Edan?."

Soal Am dan Burn serentak. Kasturi tidak membalas sebaliknya kening tidak gatal digaru dengan telunjuk.

'Buk!'

Bahu Kasturi ditumbuk Burn.

"How dare you're not telling us." Kata Burn. Am sudah tergeleng kepala. Rasa lega apabila ingatan Kasturi telah kembali.

"Kau.. Benda penting macam ni cuba jangan nak sorok!." Marah Am bersama jelingan. Kasturi jungkit bibir.

"Sejak bila?." Soal Am lagi yang sudah bersandar kembali ke belakang sambil jari memusing-musingkan pen.

"Since the incident at the shop." Balas Kasturi. Am dan Burn anggukkan kepala.

"El tahu ke pasal ni?." Soal Am lagi. Kasturi geleng perlahan.

"It's dangerous to her." Balas Kasturi. Am hela nafas panjang.

"So, sekarang ni apa yang kau nak buat?." Soal Burn pula.

"I want to check her background. Who is she? Aku dapat rasa perempuan ni macam ada sesuatu." Kata Kasturi.

"Maksud kau?." Soal Am. Kasturi hanya diam sambil memandang gambar Cecilia yang berada di atas meja. Burn capai gambar Cecilia lalu dia bawa keluar dari pejabat Am.

"Kau pun boleh tengok pada orang yang dia hantar untuk bunuh Kira kan. Bukan biasa-biasa dan aku rasa dia dah lama perhatikan Kira cuma tunggu sampai masa yang sesuai untuk bertindak. Aku bimbangkan keselamatan Kira." Luah Kasturi.

"I don't want Kira to worry about the situation now." Tambah Kasturi lagi. Am terdiam dan dia akui ada benarnya apa yang dikatakan Kasturi.

Tidak lama pintu pejabat Am ditolak kasar. Muncul Burn bersama wajah yang tegang.

"Aku dah ingat siapa dia!." Kata Burn bersama beberapa helai kertas diletakkan kasar di atas meja Am. Pantas Am dan Kasturi capai kertas tersebut.

"Are you kidding me?." Soal Am yang seakan tidak percaya apabila butiran pada helaian kertas tersebut dibaca.

"Shit!." Marah Kasturi bersama kertas di tangan dikeronyok geram.

(03/09/2021 @ 1810hrs)

Share this novel

Gee Yazid
2021-10-08 01:49:35 

kenapa lama x update

Norasimah Zainudin
2021-09-29 18:13:21 

ipdate please..author..kamu dimana..semoga terhindar dr c19

hanys1997
2021-09-27 08:35:16 

assalam fifi..update pleaseee


NovelPlus Premium

The best ads free experience