Bab 11

Romance Series 548166

"Apa salah saya, awak. Siapa yang sanggup buat macam ni pada saya?" soal Kira sambil menoleh sekilas pada Kasturi. Kasturi membalas pandang pada Kira sebelum di hala semula ke hadapan.

Kira memandang ke luar bersama hatinya yang pedih. Kering sudah air mata. Terkilan hatinya apabila dia tidak dapat masuk ke dalam rumah untuk menyelamatkan barang-barang milik arwah Mak Chaq dan Pak Chaq. Kenapalah malang sangat nasibnya. Satu-satu perkara berlaku. Bila difikir-fikirkan semula, Kira rasa semua ini seperti ada kena mengena dengan kejadian kemalangan arwah Pak Chaq dan Mak Chaq. Puas Kira berfikir tiba-tiba terlintas satu nama. Takkanlah Jeff pula? tapi.. tak mustahil.

"Jeff" tiba-tiba Kira bersuara. Kasturi pandang Kira.

"Saya rasa ini semua kerja Jeff!" kata Kira.

"Kenapa awak cakap macam tu?" soal Kasturi. Dapat dia lihat wajah Kira yang tegang, kedua-dua tangannya digenggam kuat.

"Tak ada orang lain lagi awak yang sanggup buat macam ni, Jeff je! Mesti Jeff berdendam dengan saya sebab saya tak nak kahwin dengan dia dan saya rasa Jeff dah tahu yang saya dan awak baru berkahwin" kata Kira lagi.

"Ee.. Kalau saya dapat dia.." kuat Kira mengetap gigi. Kasturi hanya diam sambil terus memandu. Tidak lama kereta dipandu Kasturi memasuki perkarangan Balai Polis.

Selepas laporan polis selesai dibuat, Kasturi dan Kira terus pulang semula ke rumah arwah Pak Chaq untuk melihat keadaan selepas api dipadam. Semasa sampai, pihak bomba telah selesai memadamkan api dan hanya tinggal Pak Ndak, Mak Ndak dan beberapa orang kampung. Kasturi memarking kereta di tepi jalan lalu dia dan Kira melolos keluar. Kedua mereka terus melangkah ke arah tapak rumah yang rentung. Kira berdiri tengak sambil memerhatikan rumah yang sudah tiada apa-apa yang tinggal.

"Kira" panggil Pak Ndak yang sedang melangkah menghampiri Kira.

"Pak Ndak" sapa Kira pula.

"Ni, hat ni saja yang tinggai. Hat len semua tak boleh diselamatkan" kata Pak Ndak sambil menyerahkan satu peti besi berukuran sebesar kotak kasut.

"Kotak ni milik Mak Chaq.." kata Kira sambil menyambut huluran kotak tersebut. Kesan jelaga pada kotak dikesat dengan tangan lalu kotak dibuka. Di dalamnya terdapat beberapa keping gambarnya sewaktu kecil, gambar dia bersama arwah Pak Chaq dan Mak Chaq juga gambar arwah ibunya. Gambar-gambar itu kemudian diambil dan di bawahnya ada barang kemas milik Mak Chaq. Menitis juga air mata Kira.

"Sabaqlah Kira" kata Pak Ndak. Kasturi yang tadi sibuk membuat pemeriksaan di sekitar kawasan rumah datang kembali pada Kira dan Pak Ndak..

"Hm.. Dah la, kita pi rumah Pak Ndak, Mak Ndak dah siap masak tu. Kita makan dulu" kata Pak Ndak pada Kasturi dan Kira. Kira angguk.

"Mai la" kata Pak Ndak sambil memulakan langkah dan diikuti Kira dan juga Kasturi.

"Pak Ndak tumpang buleh? tadi Pak Ndak mai tumpang Leman Tebu" kata Pak Ndak.

"Boleh, tak ada masalah" kata Kasturi lalu di melangkah ke bahagian pemandu, Pak Ndak pula di bahagian penumpang hadapan manakala Kira di bahagian penumpang belakang. Kotak milik Mak Chaq diletakkan di atas ribanya. Perlahan kotak tersebut digosok bersama pandangan dibuang ke arah kawasan rumah yang rentung. Perlahan kereta dipandu Kasturi meninggalkan kawasan rumah.

"Ri, hang dok mana?" soal Pak Ndak pada Kasturi yang sedang memandu.

"Saya tinggal di Kuala Lumpur" balas Kasturi sambil memandang sekilas pada Pak Ndak.

"Oo.. sama la. Kira pun dok sana juga. Senang la" kata Pak Ndak.

"Lepaih padang tu rumah Pak Ndak" kata Pak Ndak sambil tangannya naik menunjuk ke hadapan. Tidak lama kereta masuk ke perkarangan rumah Pak Ndak. Kasturi memandu masuk ke perkarangan rumah Pak Ndak dan kereta diparking di bawah pokok di tepi rumah.

"Hah, mai masuk" kata Pak Ndak sambil menolak daun pintu.

"Kira" panggil Kasturi sambil memandang Kira melalui cermin pandang belakang. Kira membalas pandang Kasturi lalu angguk. Kotak milik arwah Mak Chaq tadi ditinggalkan di tempat duduk belakang dan beg disangkut di bahu. Kira perlahan melangkah dengan dipimpin Kasturi kerana kakinya masih lagi sakit.

"Assalamualaikum" ucap Pak Ndak sebaik melangkah masuk ke dalam rumah.

"Waalaikumsalam" balas Mak Ndak yang sedang menghidang makanan.

"Sampai dah. Masuk, masuk. Kita makan. Mesti hang pa lapaq" kata Mak Ndak. Kasturi menanggalkan kasut dan mengangguk sedikit pada Mak Ndak. Kira pula terus menghulur salam pada Mak Ndak.

"Duduk dulu no, Mak Ndak ambil ayaq sat" kata Mak Ndak. Pak Ndak sudahpun melabuhkan duduk di hujung meja makan manakala Kasturi dan Kira pula ke sinki untuk mencuci tangan.

"Mai duduk" kata Pak Ndak. Kasturi menarik kerusi lalu dilabuhkan duduk di kanan Pak Ndak manakala Kira pula melabuhkan duduk di kanan Kasturi. Mak Ndak datang bersama jug air oren dan terus dituangkan ke dalam gelas. Kira pula membantu menyendukkan nasi ke pinggan.

"Ri, Kira. Pak Ndak nak cakap sikit buleh?" soal Pak Ndak selepas selesai makan tengah hari.

"Cakap apa Pak Ndak" soal Kasturi pada Pak Ndak. Wajah tua Pak Ndak dipandang.

"Hurm.. Pak Ndak rasa hang tak selamat dok kat kampung ni Kira. Pendapat Pak Ndak, elok la hang balik ikut Ri. Pak Ndak takut nanti jadi bukan-bukan pulak lepaih ni" kata Pak Ndak. Kasturi yang mendengar kata-kata Pak Ndak toleh ke kanan memandang Kira. Nampak riak terkejut pada wajah Kira.

"Tapi.. majlis tahlil arwah Pak Chaq dan Mak Chaq macam mana?" soal Kira.

"Hat tu hang pa tak payah risau, Pak Ndak ada, orang masjid pun ada. Yang penting doa untuk arwah Pak Chaq dengan Mak Chaq hang" kata Pak Ndak.

"Kira okey ke?" soal Kasturi.

"Saya rasa apa yang Pak Ndak cakap ada juga betul. Tak apalah. Kita balik" kata Kira pada Kasturi.

"Hm.. kalau macam tu, Pak Ndak, Mak Ndak boleh tak saya tinggalkan Kira sekejap. Saya ada hal nak diuruskan" kata Kasturi sambil memandang wajah Pak Ndak dan Mak Ndak bergilir.

"Buleh.. tak pa. Lagipun Kira boleh mandi, rehat" kata Mak Ndak.

"Er.. tapi Kira tak ada baju Mak Ndak" kata Kira.

"Tak pa, baju Kak Ti hang ada" balas Mak Ndak. Kira hanya angguk.

"Kira, saya keluar sekejap. Nanti saya balik" kata Kasturi.

"Awak nak ke mana?" soal Kira sambil mengekori langkah Kasturi ke arah pintu.

"Saya ada hal. Awak rehat dulu. Apa-apa, call saya ya" kata Kasturi. Kira teragak-agak mahu menghulur salam pada Kasturi.

"Awak" panggil Kira pada Kasturi yang sedang menyarung kasut. Kasturi toleh dan dia lihat Kira sudah menghulur tangan untuk bersalam. Terkaku seketika dan kemudian pautan salam Kira disambut. Kira tunduk mencium kekura tangan Kasturi. Terkesan Kasturi dengan tindakan Kira.

"Saya pergi dulu" kata Kasturi. Kira angguk. Figura Kasturi dipandang hingga hilang di dalam perut kereta. Kasturi memandang Kira yang berada di tengah pintu yang masih lagi memandang ke arahnya. Jaket hitam yang berada di tempat duduk belakang dicapai lalu disarung ke tubuhnya. Cap pula di kepala. Kasturi hidupkan enjin dan seatbelt dipasang. Telefon dalam poket dicapai dan nombor Burn dihubungi. Tidak lama panggilan bersambut.

"Burn. Send me location" kata Kasturi lalu talian dimatikan. Tidak lama mesej masuk dan lokasi diperolehi. Kasturi senyum senget lalu kaki menekan pedal minyak. Lebih kurang empat puluh minit memandu, Kasturi sampai di lokasi yang diberi Burn. Sebuah rumah kosong dikelilingnya ada semak dan hutan nipis, terdapat lorong kecil di kiri rumah tersebut dan sebuah kereta proton wira warna hitam yang diletakkan di lorong itu. Kasturi memandu perlahan masuk ke kawasan rumah kosong dan enjin dimatikan. Tidak lama Burn keluar mendapatkan Kasturi.

"Mana?" soal Kasturi.

"Sebelum kau masuk, aku nak tunjuk kau sesuatu" kata Burn.

"Apa?" soal Kasturi sambil kepala dianggukkan sedikit.

"Kau tengok ni" kata Burn sambil menunjukkan gambar pada telefonnya. Kasturi kerut dahi.

"Kau tengok kesan pada pokok di lokasi kemalangan arwah Pak Chaq dan Mak Chaq dan juga pada motorsikal yang ditunggang Pak Chaq" kata Burn. Kasturi menyambut huluran telefon milik Burn. Gambar-gambar itu diperhatikan.

"Kau tengok pulak kesan pada kereta tu" kata Burn sambil jarinya naik menunjukkan ke arah kereta proton wira hitam. Kasturi menoleh pandang pada kereta tersebut dan kemudian kakinya melangkah menghampirinya. Kasturi mengelilingi kereta proton wira hitam tersebut lalu berhenti pada bumper hadapan. Kesan pada kereta diteliti dan dibandingkan dengan gambar yang diambil Burn.

"Maksud kau. Orang yang langgar Pak Chaq dan Mak Chaq adalah orang yang sama bakar rumah?" soal Kasturi pada Burn yang berdiri di sisinya. Telefon diserah kembali.

"Yup, tak salah lagi" kata Burn sambil menyambut huluran telefon yang diserahkan Kasturi.

"Tak guna!" marah Kasturi. Bumbung kereta ditumbuknya.

"Kau tunjuk aku mana diaorang!" kata Kasturi lalu melangkah ke arah rumah kosong tadi. Burn membuka langkah besar lalu mendahului Kasturi untuk menunjukkan tempat dua lelaki yang berjaya dia tangkapnya. Bergerak-gerak rahang Kasturi menahan marah. Masuk sahaja di dalam sebuah bilik ada dua lelaki yang diikat pada kerusi dengan tangan dan kaki berikat dan kepala ditutup dengan kain hitam.

"Edan" sapa Grey sambil dianggukkan sedikit kepalanya.

Kasturi tarik tutup kepala lelaki di sebelah kiri dengan kasar. Lelaki tadi yang baru terjaga dari tidur tertegak kepalanya dan wajah Kasturi dipandang. Tanpa soal, tumbukan dilayangkan ke wajah lelaki tadi. Tertoleh ke kanan kepala lelaki tadi, meleleh darah di hujung bibir. Kepala didongak memandang Kasturi dengan takut-takut. Tidak sanggup dia dipukul lagi.

"Siapa yang upah kau buat kerja ni?" soal Kasturi kasar.

"Saya tak kenai dia bang" balas lelaki tadi yang wajahnya sudah bengkak dan terdapat kesan darah kering di kepala dan pipi.

"Kau tak payah nak tipu la!" marah Kasturi bersama sebiji lagi tumbukan dilepaskan pada perut pula. Tertunduk lelaki tadi.

"Sungguh, saya tak kenai" kata lelaki itu takut-takut.

"Saya ikut Lias ja bang. Lias yang tau, saya tak tau apa-apa" kata lelaki tadi sangkut-sangkut. Kasturi mendengus kasar lalu dia menendang dada lelaki yang dipanggil Lias tadi hingga terlentang ke belakang. Terjerit Lias kerana terkejut. Burn tarik kain yang menutup kepala Lias. Kasturi pula naik memijak dada Lias. Tajam dipandang wajah Lias yang bengkak dan lebam.

"Cakap, siapa yang upah kau!?" soal Kasturi. Lias hanya diam tidak membalas.

"Aku tanya, siapa upah kau?" soal Kasturi lagi. Tegang-tegang urat lehernya. Lias masih diam. Apalagi dicekak leher baju Lias dan ditarik lalu tumbukan dilepaskan. Bersembur darah keluar dari mulutnya tetapi Lias masih tidak mahu buka mulut. Grey tarik Lias dan ditegakkan kerusi.

"Lias, habaq ja la. Awat susah sangat.. Hang tak sakit ka dok kena tabuh (pukul)?" lelaki tadi bersuara. Lias masih lagi tidak memberi reaksi.

"Kau jangan cabar aku! Kau nak aku bagi tahu yang anak Ketua Kampung bakar rumah Pak Chaq? langgar Pak Chaq sampai mati!?" jerit Kasturi. Tertahan-tahan marahnya, kalau tidak dikenangkan Lias dan rakannya ini masih lagi remaja, memang lunyai dikerjakannya.

"Jangan bang" Lias buka mulut.

"Kalau tak nak aku bagitau semua orang, kau cakap dengan aku. Siapa upah kau!" marah Kasturi. Pipi Lias dicekak kasar.

"Saya tak kenai, dia bukan orang sini" balas Lias.

"Tapi saya pernah nampak yang dia pernah datang rumah Pak Chaq" kata Lias.

"Bang.. saya.. saya tak dak niat nak langgaq Pak Chaq sampai jatuh bukit, saya langgaq cuma nak takutkan Pak Chaq ja. Mana saya tau Pak Chaq boleh junam jatuh bukit sampai meninggai bang.." kata Lias.

'Bukk!'

Kasturi melepaskan tumbukan pada wajah Lias. Terjatuh ke tepi Lias bersama kerusi.

"Aku balik dulu. Kau buat apa yang patut. Aku tak peduli" kata Kasturi.

"Thanks Burn" kata Kasturi lalu dia melangkah keluar dari rumah kosong tersebut. Memang sah Jeff! Tak guna.

Kasturi melangkah menghampiri kereta lalu daun pintu bahagian pemandu ditarik. Botol mineral yang ada di tempat duduk penumpang dicapai lalu penutup dibuka. Dijirus air ke tangan untuk membersihkan kesan darah yang melekat di tangannya dan kemudian tisu dicapai untuk mengeringkannya. Sesudah itu Kasturi pantas melolos masuk ke dalam kereta, botol mineral diletakkan di kerusi penumpang sebelah dan enjin dihidupkan. Kereta dipandu keluar dari kawasan tersebut untuk pulang ke rumah Pak Ndak. Tidak lama, Kasturi sampai semula di rumah Pak Ndak. Waktu dia sampai, Mak Ndak sedang menyapu sampah di halaman manakala Pak Ndak pula membakar sampah di tepi halaman.

"Assalamualaikum" Kasturi memberi salam.

"Waalaikumsalam" balas Pak Ndak yang sedang membakar sampah bangun berdiri sambil mengesat peluh di wajah dengan tuala kecil di leher.

"Sampai dah" kata Pak Ndak.

"Mak Ndak oi, mai la masuk. Bancuh ayaq kopi sikit" kata Pak Ndak pada Mak Ndak.

"Ya ya, sat" balas Mak Ndak sambil cepat-cepat menyiapkan kerjanya dan penyapu disimpan di tepi rumah. Kira waktu itu sedang menggoreng cucur ikan bilis menoleh ke arah pintu apabila menyedari Kasturi dan Pak Ndak melangkah masuk ke dalam rumah.

"Cucoq siap dah ka?" soal Pak Ndak sambil mengatur langkah ke arah sinki untuk mencuci tangannya yang kotor tadi.

"Dah, sat cheq letak dalam piring" kata Kira. Perlahan Kira melangkah ke arah meja makan bersama piring cucur di tangan. Kasturi yang melihat Kira datang menghampiri terus dia bangun menyambut piring cucur. Manis Kira berkain batik dan berbaju kedah. Memerah wajah Kira apabila dipandang begitu. Kasturi melabuhkan duduk begitu juga Kira.

"Hah, duduk. Sat Mak Ndak bancuh ayaq" kata Mak Ndak yang sudah melangkah masuk.

"Mai, kita makan" kata Pak Ndak sambil melabuhkan duduk. Tidak lama Mak Ndak datang bersama teko kopi di tangan dan dituang air kopi o ke dalam cawan.

"Minum Ri. Ka hang nak ayaq sejuk?" soal Pak Ndak.

"Eh, tak apa. Kopi pun okay" balas Kasturi. Pak Ndak capai cawan lalu perlahan diteguk kopi panas. Tiba-tiba telefon bimbit Pak Ndak berbunyi. Pak Ndak capai telefon dan panggilan dijawab.

"Hello" kata Pak Ndak.

"Hah? sungguh ka?" soal Pak Ndak tidak percaya. Wajah Kasturi, Kira dan Mak Ndak dipandang bergilir.

(06/02/2021 @ 2340hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience