Bab 3

Romance Series 549071

"Sedapnya.. lama sungguh tak makan ubi rebuih" kata Kira sambil mencuci tangan di sinki.

"Nak makan, balik la selalu" kata Mak Chaq. Kira hanya tersengih. Tiba-tiba telefon bimbit di dalam poket berbunyi menandakan ada mesej yang masuk. Kalut Kira keringkan tangan lalu mengambil telefon bimbit dan mesej dari Shah dibaca.

"Biar betul?" kata Kira sendiri. Lalu nombor telefon Shah didail sambil melangkah ke arah pintu dan pantas selipar disarung.

"Hello" Kira menyapa.

"Hm.. apanya?" soal Shah di sebelah sana.

"Itu ke nama pemilik kenderaan yang aku minta kau semak tu?" soal Kira yang sudah sampai di parkin bawah pokok. Terus dilabuhkan duduk dengan kasar.

"Iya la. Kenapa?" soal Shah.

"Takkan pemilik dia perempuan umur lima puluh tahun" kata Kira. Kepala tak gatal digaru.

"Manalah aku tahu, dah dalam sistem JPJ nama itu yang keluar" balas Shah.

"Tak, yang kau minta aku semak pemilik kereta ni dah kenapa? dan yang paling penting, siapa perempuan tu?" soal Shah pelik. Kira menghela nafas panjang.

"Ada orang follow aku" balas Kira sambil kaki menguis tanah.

"Hah! kau biar betul? siapa yang follow?" soal Shah terkejut. Bahaya ni.

"Nombor plat yang aku minta kau semak ni la yang follow aku tapi yang bawa kereta ni dua orang lelaki bukan perempuan. Aku tak sedap hati la Shah" kata Kira pula.

"Kau kenal ke siapa mereka tu?" soal Shah bimbang.

"Aku tak kenal dan apa yang menyebabkan aku lagi tak sedap hati bila salah seorang dari lelaki tu dah berbual dengan Pak Chaq, kononnya nak tanyakan alamat. Aduh.." balas Kira. Tubuh yang duduk dengan selesa tadi dibawa berdiri. Bimbang dengan keselamatan Pak Chaq dan Mak Chaq.

"Habis tu, kau nak aku ke sana ke?" soal Shah.

"Eh, tak payah. Aku tengok dulu macam mana. Kau standby je" kata Kira yang sudah naik memicit kepala.

"Betul ke ni? jadi apa-apa macam mana? kau bukan ada back-up sesiapa" soal Shah.

"Tak apa, kau stay je dulu. Kalau ada apa-apa nanti aku call" kata Kira sambil mata memerhatikan kenderaan yang lalu di jalan raya di hadapan rumah. Terdengar keluhan dari bibir Shah.

"El.." panggil Shah.

"Kau betul ke tak nak aku datang?" soal Shah.

"Iya.. tak payah. Tengok dulu macam mana" kata Kira.

"Kalau kau dah cakap macam tu, aku nak kata apa lagi tapi ingat. Ada apa-apa, call aku cepat" pesan Shah.

"Ya.. eh, okaylah. Aku letak dulu. Nanti apa-apa aku call" kata Kira lalu talian dimatikan. Kira melabuhkan semula duduk di parkin sambil ligat kepala berfikir. Siapa pula mereka yang mengekorinya itu. Sedang asyik berfikir, telefon di tangan berbunyi. Skrin telefon dipandang, private call? teragak-agak Kira mahu menjawab. Akhirnya icon hijau digesek juga.

"Hello" suara seorang lelaki di sebelah sana menyapa.

"Hello" balas Kira sepatah. Berkerut dahinya cuba mengingati suara siapa yang bercakap di sebelah sana.

"El.. you do not miss me?" terus tertegak tubuh Kira berdiri apabila mendengar suara yang paling tidak mahu dia dengari.

"Kau? eh! mana kau dapat nombor aku hah!" tinggi suara Kira berbunyi. Menggeletar tangannya menahan marah. Suara di sebelah sana tertawa.

"Jangan la marah-marah sayang" kata lelaki itu.

"Kau nak apa lagi Jeff? aku dah tak ada apa-apa hubungan dengan kau lagi la!" marah Kira. Jeff ketawa lagi.

"Itu kata you honey, bukan I" balas Jeff selamba.

"Hey! kau jangan buat-buat lupa apa yang kau dah buat pada aku lah!" marah Kira. Merah padam wajahnya menahan marah. Kalau Jeff tu ada di depannya sekarang, memang lumat dikerjakannya.

"Honey.. I'm sorry okay.." kata Jeff memujuk. Tanpa balasan terus Kira matikan panggilan. Tidak lama telefonnya berdering lagi. Icon merah digesek. Kemudian berbunyi lagi.

"Arghhh!" jerit Kira. Batang pokok jambu ditumbuknya.

"Tak guna kau Jeff!" marah Kira. Sudahnya telefon bimbitnya dioffkan. Puas hati. Selepas dirinya bertenang, Kira melangkah masuk ke dalam rumah. Waktu itu Mak Chaq sedang menyapu sampah dan Kira yang masuk ke rumah terus menonong sahaja ke tingkat atas.

"Hm.. ada la tu yang tak kena" kata Mak Chaq pada Pak Chaq yang berada di meja makan sedang menggulung rokok daun.

"Biaq pi kat dia la Mah oi.." balas Pak Chaq. Terhenti perbuatan Mak Chaq yang sedang menyapu sampah apabila mendengar kata-kata Pak Chaq.

"Abang ni.. tak risau ka kat budak tu?" soal Mak Chaq. Pak Chaq hela nafas panjang.

"Mah, Kira tu dah besaq, tau la dia nak jaga diri. Dah-dah, pi buat ayaq kopi kat abang sat. Dahaga" kata Pak Chaq.

"Ish, abang ni. Lain tak dak. Ayaq kopi, ayaq kopi, ayaq kopi" balas Mak Chaq lalu menyudahkan kerja menyapunya.

"Ayaq kopi Mah bancuh sedap.." kata Pak Chaq. Tersenyum simpul Mak Chaq dipuji begitu.

+++

"Assalamualaikum" terdengar suara orang beri salam.

"Waalaikummussalam" jawab Pak Chaq sekeluarga serentak.

Kira yang sedang menghidang lauk di meja menoleh ke arah pintu. Si buah limau sudah sampai.

"Hah Ri, masuklah" sapa Pak Chaq pada Kasturi yang berada di muka pintu. Kasturi melangkah masuk sambil menghulur salam pada Pak Chaq.

"Duduk, kita makan sama-sama" kata Mak Chaq yang baru datang dari dapur bersama mangkuk nasi di tangan. Kasturi angguk tersenyum sambil menarik kerusi lalu melabuhkan duduk.

"Kira, senduk nasi" kata Mak Chaq pada Kira yang sedang menuangkan air sirap ke dalam gelas. Kira kemudian meletakkan jug air sirap dan mangkuk yang dihulur Mak Chaq disambut. Pak Chaq dan Mak Chaq kemudian melabuhkan duduk menanti Kira menyendukkan nasi. Setelah selesai Kira pula melabuhkan duduk. Pak Chaq mulakan makan tengah hari dengan doa.

"Makan, jangan malu-malu" kata Pak Chaq pada Kasturi. Kasturi hanya angguk dan tersenyum.

"Eh, Kira. Awat belakang tangan hang merah?" soal Mak Chaq sebaik melihat belakang tangan Kira merah sewaktu menyenduk gulai. Laju Kira melepaskan sudu dan menarik tangan kanannya ke bawah meja bersama kepala sedikit tertunduk. Aduh.. lupa pula kesan merah pada buku limanya ni. Kasturi yang tadi baru mahu menjamah nasi terus mendongak membuang pandang pada Kira di hadapan.

"Kira" panggil Mak Chaq lagi. Kira yang berada di sisi Mak Chaq menoleh pandang. Sebaik kepala didongak, tiga pasang mata memandang tepat ke arahnya.

"Awat tengok cheq lagu tu?" soal Kira yang sudah tidak selesa dipandang begitu terutama mata hitam milik Kasturi.

"Tangan hang awat merah lagu tu?" soal Pak Chaq pula. Kira sudah serba salah. Nafas ditarik panjang.

"Cek jatuh" kata Kira.

"Jatuh? Pelik aih, hang jatuh lagu mana boleh merah belakang tangan?" soal Mak Chaq tidak percaya. Pak Chaq pandang Kira. Dia tau pasti ada yang tidak kena.

"Hm.. dah la Mah, dah Kira habaq dia jatuh, jatuh la. Dah, makan. Sejuk dah nasi tu" kata Pak Chaq.

"Hah, Ri. Makan. Kira, makan. Lepaih makan sat lagi, sapu minyak" kata Pak Chaq. Kira hanya angguk lalu dia bangun menuju ke sinki untuk mencuci tangan dan tidak lama dia labuhkan kembali duduknya di sisi Mak Chaq. Nasi bersama gulai di dalam pinggan digaul dan dalam waktu yang sama mata Kasturi tepat memandang tangan Kira. Jadi serba tak kena Kira apabila mata Kasturi asyik melekat padanya.

"Mata tu tak payah nak tengok oghang sangat buleh dak? korek sat gi baru tau!" marah Kira pada Kasturi. Mak Chaq dan Pak Chaq yang sedang berselera menikmati makan tengah hari terus memandang Kira dan Kasturi bergilir. Kasturi hanya buat tidak peduli lalu meneruskan suapan.

"Ish!" bibir Kira berbunyi tidak puas hati. Sungguh dia tidak selesa tetapi mengenangkan lauk yang dimasak Mak Chaq adalah lauk kegemarannya, dibiarkan sahaja mata Kasturi yang kerap singgah padanya. Berselera makan tengah hari mereka hari ini. Lauk kampung dan ulam-ulaman sahaja tetapi itu sudah cukup menambah selera.

"Hurm.. Ri. Lama ka hang balik sini?" soal Pak Chaq pada Kasturi yang berselera menikmati makan tengah hari.

"Tak tau lagi Pak Chaq. Tak pasti lagi berapa hari. Saya nak kemaskan keliling rumah tu dulu. Dah naik semak dengan lalang" kata Kasturi. Pak Chaq terangguk-angguk.

"Tapi sayang sungguh la, rumah besaq siap dengan perabot lagu tu kena tinggai macam tu ja. Tak mau bagi sewa ka?" soal Mak Chaq pula. Kasturi yang sedang mengunyah nasi menoleh pandang pada Mak Chaq yang berada di hadapannya.

"Bukan tak nak bagi sewa Mak Chaq, tapi nanti kalau saya nak balik tak ada tempat nak tidur dan bermalam pula" balas Kasturi.

"Sungguh juga" balas Mak Chaq.

"Hang dah menikah ka?" soal Mak Chaq lagi.

"Belum" balas Kasturi bersama senyum nipis. Kirana sudah menjeling pada Mak Chaq. Apa Mak Chaq ni tanya soalan bukan-bukan.

"Belum? Ha, eloklah, sama.. Kira pun belum jugak" balas Mak Chaq. Buntang mata Kira apabila mendengar ayat Mak Chaq.

"Eh, apa Mak Chaq ni. Tak dak kena mengena dengan cheq" marah Kira. Tajam dijelingnya Mak Chaq.

"La, tak betui ka apa Mak Chaq cakap. Hang tu umoq dah berapa tapi sampai la tak menikah lagi" kata Mak Chaq. Ish, Mak Chaq ni buat dah..

"Apa Mak Chaq ni" marah Kira sambil menjeling tajam yang si Kasturi ni pula tak habis-habis tersenyum.

"Ingat cheq ni tak laku ka?" marah Kira. Nasi di dalam pinggan ditenyeh-tenyeh geram.

"Dak la, dah payah sangat nak cari calon. Hah! Ri ni ada" selamba Mak Chaq berkata. Tersedak Kasturi yang sedang asyik mengunyah nasi. Pedih rasa kerongkong apabila makanan salah masuk lorong. Kalut tangan mencapai gelas air. Kira sudah tersenyum sambil ibu jari tangan kanan dinaikkan sambil digoyangkan-goyangkan pada Kasturi. Ambik kau, gelakkan aku sangat.

"Hang ni Mah.. sudah-sudahlah. Budak-budak ni nak makan pun tercekik" tegur Pak Chaq sambil menyerahkan tisu pada Kasturi. Tergeleng kepalanya dengan karenah Mak Chaq.

"Kira, tambahkan nasi Ri" kata Pak Chaq.

"Eh, tak apa. Dah kenyang" balas Kasturi. Terbantut seleranya bila diserbu begitu.

"Pak Chaq, Mak Chaq terima kasih. Kenyang saya makan hari ni. Lauk pun sedap" kata Kasturi selepas selesai makan.

"Ish, tak dak apa aih. Lauk kampung ja" balas Mak Chaq yang datang menatang dulang berisi kopi o panas. Kira pula sibuk mencuci pinggan di sinki.

"Er.. rasanya saya nak balik dululah. Dah lama sangat ada di sini" kata Kasturi selepas menghabiskan air kopi o panas di dalam cawan.

"Hah, ya lah. Nanti mai lagi makan sama-sama" kata Pak Chaq. Kasturi hanya angguk. Segan pula dia mahu datang makan selalu.

"Saya balik dulu. Assalamualaikum" kata Kasturi lalu melangkah pergi ke arah keretanya di tepi halaman rumah.

+++

"Mak Chaq, cheq nak pi bandaq sat. Ada nak pesan apa-apa ka?" soal Kira pada Mak Chaq yang sedang berehat di ruang tamu sambil menonton tv.

"Hang pi dengan sapa?" soal Mak Chaq sambil menoleh pada Kira yang berdiri di sisinya.

"Eh, pi sorang la. Nak pi dengan sapa lagi" balas Kira pelik.

"Dak la, kot hang pi dengan Ri" balas Mak Chaq selamba. Kira kerut dahi. Dah kenapa aku nak pergi dengan dia pula.

"Okaylah. Kalau sat gi tiba-tiba teringat nak beli apa-apa, call Kira" kata Kira lalu melangkah ke arah pintu.

"Hati-hati bawa kereta tu" pesan Mak Chaq. Kira hanya angguk lalu terus keluar.

Kira ke bandar dengan memandu keretanya. Bukan ada barang yang mahu dibelinya cuma sudah lama dia tidak ke bandar. Balik kampung pun jarang-jarang sekali. Selepas memandu lebih kurang empat puluh minit, Kira sampai di bandar Taiping. Sudah banyak berubah. Dia bukan ke mana pun hanya ke TESCO sahaja. Sebaik sampai, kereta diparking dan Kira terus melangkah masuk. Cantik-cantik pakaian yang dijual di kedai-kedai kecil di dalam TESCO ni. Kira membelek pakaian yang bergantung. Tiba-tiba ada suara yang menegur dari belakang.

"Hai El sayang" bisik suara di tepi telinga kanan Kira. Laju Kira menoleh.

(30/01/2021 @ 1934hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience