Bab 39

Romance Series 548166

"Ya, Tuan." Sapa Kasturi.

"Come to my office now. Kent too." Kata Tuan Farokh. Tanpa sempat Kasturi membalas, talian sudah dimatikan. Tidak menunggu lama, Kasturi bingkas bangun. Kent yang melihat pantas memaut lengan Kasturi.

"Kenapa Edan?." Soal Kent.

"Tuan Farokh want to meet us. Now!." Kata Kasturi. Kalut Kent bangun.

"Why? Ada yang tak kena ke?." Soal Kent yang laju mengejar langkah Kasturi.

"I don't know." Balas Kasturi bersama langkah besar. Sebaik sampai di hadapan lift, button ditekan.

'Ting'

Pintu lift terbuka, laju Kasturi melangkah masuk bersama Kent. Skrin penanda aras dipandang, rasa seperti lambat pula lift bergerak. Hatinya rasa tidak sedap seperti ada yang tidak kena.

'Ting'

Sebaik pintu lift terbuka, laju kedua-dua lelaki tersebut berjalan keluar.

"Tuan." Panggil Syamill apabila melihat Kasturi yang sedang berjalan laju masuk. Syamill mengejar Kasturi dan berjalan seiring di sisi.

"Tuan, ni cd yang Tuan minta tadi. Ada dua." Kata Syamill lalu menyerahkan cd pada Kasturi. Tanpa sempat berhentikan langkah kaki, cd diambil dari tangan Syamill.

"Thanks Mill." Kata Kasturi.

"Sama-sama Tuan." Balas Syamill yang sudah berhenti melangkah dan tertinggal di belakang. Tergeleng kepala Syamill, entah apa la yang dikalutkan sangat. Pasti perkara penting.

'Tok tok tok'

"Masuk." Sahut Tuan Farokh dari dalam pejabat. Daun pintu ditolak dari luar. Tuan Farokh mendongak ke hadapan.

"Edan, Kent. Have a seat." Kata Tuan Farokh lalu fail yang sedang diteliti ditutup. Kasturi dan Kent melabuhkan duduk.

"Tuan, ini satu salinan cd yang Tuan minta." Kata Kasturi sambil menghulur sekeping cd dalam sampul biru berlogo PDRM. Tuan Farokh capai cd yang dihulurkan lalu diletakkan di atas meja.

"Thanks." Ucap Tuan Farokh kemudian kedua-dua wajah pegawai kanan polis di hadapannya dipandang. Tiba-tiba Tuan Farokh ketawa kecil. Kasturi dan Kent saling memandang dengan dahi berkerut.

"True with what people say. You're a serious couple when it comes to work. Dari masuk pejabat saya, sampai sekarang, tak ada senyum." Kata Tuan Farokh sambil tergeleng kepalanya. Kasturi dan Kent hanya mampu tersenyum nipis mendengar kata-kata Tuan Farokh.

"Okay, straight to the point. Saya ada tugas khas untuk awak berdua." Kata Tuan Farokh sambil memandang Kasturi dan Kent bergilir.

"Tugas khas?." Soal Kasturi. Hatinya rasa tidak enak.

"Saya percaya, hanya awak berdua yang mampu untuk selesaikan tugas ini." Kata Tuan Farokh lagi. Kasturi dan Kent hanya diam mendengar. Tinggi pujian yang diberi, berat bahu yang perlu menjalankan tanggungjawab.

"Ingat pada OKT nama Bhadif?." Soal Tuan Farokh. Kedua-dua lelaki itu angguk.

"Dia telah didaftarkan di bawah Program Perlindungan Saksi dan saya mahu awak berdua bersama beberapa orang anggota lagi untuk eskot Bhadif ke lokasi yang akan diberi bersama indentiti baru." Terang Tuan Farokh. Terpapar riak terkejut di wajah kedua mereka.

"Kenapa sampai perlu didaftarkan dalam program ni Tuan?." Soal Kasturi pelik. Wajah Tuan Farokh dipandang inginkan penjelasan, begitu juga Kent. Kalau setakat penjenayah seperti Farish, Bhadif tidak perlu melalui semua ni.

Tuan Farokh hela nafas keras. Tubuh dibawa bersandar ke belakang.

"Salah seorang suspek yang terlibat sama dalam kegiatan Farish, adalah dari golongan VIP." Kata Tuan Farokh.

"VIP?." Soal Kasturi dan Kent serentak.

"Polis?." Soal Kent pula. Tuan Farokh tidak membalas.

"I'm not sure. Masih dalam siasatan." Akhirnya Tuan Farokh bersuara.

"Here, study this file. You two will leave in two days." Kata Tuan Farokh sambil menyerahkan dua set fail pada Kasturi dan Kent. Kedua-dua mereka menyambut fail yang dihulurkan lalu menyelak beberapa helaian dan butiran dipandang sekali lalu.

"Hm.. Tuan, can we pick our own man?" Soal Kasturi. Tuan Farokh pandang Kasturi dan kemudian memandang Kent.

"How about you Kent?" Soal Tuan Farokh.

"Same with me, Sir." Kata Kent bersama anggukan kepala.

"Okay, you both can choose who you want, just give me their names. Saya nak aturkan penugasan." Balas Tuan Farokh sambil kepala dianggukkan sedikit.

"Thank you Sir." Balas Kasturi dan Kent serentak.

"Kalau tak ada apa-apa, awak berdua boleh beredar. Serahkan saya nama mereka dalam masa satu jam dari sekarang." Kata Tuan Farokh lagi.

"Baik Tuan." Balas Kasturi sambil dia dan Kent bangun dari kerusi. Kedua-dua mereka melangkah ke arah pintu pejabat dan terus keluar.

"Edan." Panggil Kent. Kasturi yang sedang berjalan beriringan menoleh ke sisi.

"Siapa yang kita nak pilih? the usual or you have another names?." Soal Kent.

"Aku rasa kita pilih team kita. Like usual. Senang, lagipun diaorang dah tau tugas masing-masing." Balas Kasturi. Kent angguk tanda setuju.

"Tuan." Sapa Syamill yang baru mahu keluar dari pejabat operasi pada Kasturi dan Syamill. Kasturi hanya anggukkan sedikit kepalanya lalu kedua-dua mereka hentikan langkah kaki.

"Hah, panjang umur." Kata Kent. Syamill kerut dahi. Terus terhenti langkah kakinya.

"Ada apa Tuan?." Soal Syamill cuak. Kent ketawa perlahan.

"Janganlah cuak sangat." Balas Kent. Syamill tersengih sambil tangan naik menggosok belakang kepala.

"Hubungi team biasa, maklumkan kita ada tugas khas dua hari lagi. Butiran tugasan akan dimaklumkan kemudian." Kata Kent.

"Kalau ada apa-apa masalah minta hubungi saya segera dalam masa setengah jam dari sekarang." Tambah Kasturi pula.

"Baik Tuan." Balas Syamill sambil kepala dianggukkan. Dia kemudian masuk kembali ke dalam bilik operasi.

"Eh, kau nak ke mana?." Soal Kent apabila melihat Kasturi sudah mengatur langkah.

"Office." Balas Kasturi sepatah bersama langkah kaki diayun ke arah pejabatnya.

"Eh.. Kejap la. Aku nak ikut." Kata Kent yang mengejar Kasturi dari belakang. Kasturi teruskan langkah kaki hingga sampai di hadapan pintu pejabatnya. Daun pintu di tolak dan dia melolos masuk diikuti Kent di belakang. Kasturi melabuhkan duduk di kerusi kerjanya dengan tubuh disandarkan ke belakang. Penat rasa tubuhnya dua tiga hari ini ditambah pula penat memikirkan macam-macam perkara yang berlaku. Mata dipejam rapat. Kalau dapat lelap seminit dua dah cukup bagus untuk rehatkan tubuh.

"Edan." Panggil Kent sebaik dia melabuhkan duduk. Kasturi tidak membalas, dia hanya diam dengan mata yang masih tertutup.

"Aku rasa tak sedap hati la." Kata Kent sambil tangan membelek fail yang diserahkan Tuan Farokh tadi.

"Kau rasa siapa yang Tuan Farokh maksudkan tadi? Aku rasa kita kena lebih ketatkan kawalan kita nanti, aku bimbang ada yang bocorkan maklumat ni pada orang luar." Kata Kent yang matanya masih meneliti fail di tangan.

"Kau dah tengok rakaman?." Soal Kasturi yang sudah tegak duduknya.

"Belum." Balas Kent pendek.

"Kenapa?." Soal Kent pula.

"Jawapan ada dalam cd ni." Kata Kasturi sambil cd yang diserahkan Syamill tadi ditunjukkan pada Kent.

"Kau dah tengok ke?." Soal Kent pula.

"Belum tapi aku tahu siapa orangnya cuma aku macam tak percaya orang itu yang terlibat sama dalam kegiatan seludup senjatapi bersama Farish." Kata Kasturi.

"Siapa orangnya? Aku kenal ke?." Soal Kent. Kasturi senyum senget.

"Kau boleh tengok sendiri." Kata Kasturi lalu cd tadi dimainkan di komputernya. Kent terus bangun dari tempat duduknya lalu berjalan ke arah Kasturi. Paparan rakaman diteliti. Terkelip-kelip mata Kent.

"Biar betul? Takkan dia." Kata Kent lalu dilabuhkan kembali duduknya.

"It hard to believe, but like what you saw earlier, that's him." Balas Kasturi lalu cd tadi diambil dan dimasukkan kembali ke dalam bekasnya dan disimpan di dalam laci. Tersandar Kent ke belakang. Diam seketika mereka berdua.

"Aku dah lama nak tanya, kau ingat lagi tak serbuan kes Jeff?." Soal Kent.

"Yup, ingat." Balas Kasturi.

"Hm.. Aku dah tengok rakaman CCTV yang ada, aku rasa kau tahu siapa orang yang cederakan kau kan?." Soal Kent. Wajah Kasturi dipandang tepat.

"That's a same person yang ada dalam rakaman tadi." Balas Kasturi tanpa teragak.

"Aku tak faham, kenapa dia?." Soal Kent tidak percaya.

"Qalif. Kita sama-sama bertugas dalam satu team sebelum ini sampailah dia bertukar ke Kontinjen Kuala Lumpur. Apa dah jadi?." Soal Kent tidak percaya. Qalif adalah salah seorang ahli team mereka yang hebat. Banyak kejayaan yang mereka capai semasa bertugas bersama.

"Tapi aku rasa, malam tu dia tak sangka bertembung dengan aku dan luka yang dia calarkan pun bukan luka yang boleh membawa maut." Kata Kasturi. Kent kerut kening.

"Maksud kau?." Soal Kent tidak mengerti.

"Aku rasa dia buka seperti yang kita sangkakan." Balas Kasturi.

"Kenapa kau cakap macam tu?." Soal Kent tidak puas hati. Kasturi diam tidak membalas.

"Sebab dia cousin kau,?." Soal Kent. Tegang sahaja wajahnya.

"Sepatutnya kau tak boleh sertai tugas ni." Kata Kent. Berbunyi seperti orang tidak puas hati sahaja nadanya.

"I never mixed work matters with personal, Kent!." Balas Kasturi yakin.

"I hope so, Edan." Kata Kent.

"But, when it's time to act, make sure you'll will not hesitate, Edan." Kata Kent lagi lalu dia bangun berdiri bersama fail di tangan. Tanpa menoleh, daun pintu pejabat ditarik dan dia melolos keluar. Kasturi tertunduk kepalanya ke meja. Kedua tangan naik ke belakang kepala dan disulamkannya. Kenapa mesti Qalif? Tapi naluri hati Kasturi kuat mengatakan itu semua tidak benar. Ah, dari dia fikirkan semua itu baik dia siapkan kerja yang ada. Senarai nama juga masih belum dihantar. Kasturi bangun dari kerusi lalu dia berjalan keluar dari pejabatnya menuju ke tandas.

Sedar tidak sedar jam sudah menunjukkan jam sepuluh malam. Lenguh lehernya menyiapkan kerja yang tertangguh. Perut pula sudah berkeroncong meminta makanan, tetapi malam-malam begini dengan hanya biskut atau roti bersama kopi o panas sudah cukup untuk mengalas perutnya. Meja dikemaskan sebelum jaket dicapai dan disarungkan ke tubuh.

+++

"Tuan." Sapa Mak Leha sebaik melihat Kasturi melangkah masuk ke dapur.

"Eh, Mak Leha tak balik lagi? Dah lewat ni." Kata Kasturi sambil menilik jam di pergelangan tangannya.

"Hari ni Mak Leha dengan Pak Mail pergi tahlil di masjid. Ni ada pulut dengan rendang ayam. Sedap. Panas lagi. Tuan makanlah." Kata Mak Leha sambil bekas pulut dan rendang ayam yang dibawa dari masjid dibukakan tutupnya. Bau wangi menyapa hidung.

"Tuan makan ya, kopi o panas pun ada. Pinggan biar je dalam sinki, nanti pagi esok Mak Leha basuhkan. Mak Leha balik dulu." Kata Mak Leha setelah cawan dan pinggan diletakkan di meja makan.

"Terima kasih Mak Leha." Balas Kasturi. Mak Leha angguk. Begnya yang berada di meja kopi di ruang tamu diambil lalu dia melangkah ke arah pintu rumah. Tidak lama tubuhnya hilang di sebalik daun pintu. Kasturi pandang pulut kuning dan rendang ayam yang ada di dalam bekas. Nampak sedap dan perutnya elok pula berbunyi minta diisi. Kerusi ditarik dan dilabuhkan duduk. Pulut disenduk ke dalam pinggan dan kemudian rendang ayam pula. Disuapkan sedikit ke dalam mulut.

"Em.. Sedap." Katanya sendiri. Sudahnya habis sebekas pulut dan rendang ayam. Penuh rasa perut. Setelah bekas makanan dibasuh dan meja dikemaskan, dia melangkah ke arah tangga menuju ke bilik tidur. Sebaik sampai di hadpan pintu bilik, daun pintu bilik ditolak perlahan.

Dalam samar-samar cahaya dilihat Kira sudah nyenyak diulit mimpi di atas katil sambil mengiring. Kasturi terus ke bilik closet mengambil tuala dan kemudian pakaian pada tubuh ditanggalkan. Kaki diatur ke bilik mandi, mahu membersihkan diri sebelum tidur. Hampir dua puluh minit membersihkan diri, Kasturi keluar semula sambil tangan mengeringkan rambut yang basah dengan tuala. Kakinya waktu itu melangkah ke arah cermin sliding di balkoni. Dari sebalik langsir, Kasturi memandang di sekitar kawasan rumahnya yang terang bercahaya. Sejak kejadian ceroboh tempoh hari, dia telah menambah beberapa tiang lampu di sekitar rumah.

Sedang asyik memerhati, Kasturi sedari ada silau cahaya dari seberang jalan rumahnya. Langsir diselak sedikit. Diamati betul-betul arah cahaya tadi, hanya seketika sahaja. Kakinya pantas diatur ke meja sisi, night vision binokular dicapai lalu dia kembali ke tempat tadi dan teropong tersebut digunakan. Tiada apa yang dia nampak. Dipandang lagi, masih sama. Nafas ditarik kasar, dia terlalu obses agaknya. Teropong diletakkan kembali di atas meja sofa dan dia melangkah masuh ke bilik closet.

Setelah selesai berseluar pijama, kaki diatur ke arah katil dan tubuh diselinap di bawah selimut. Tangan kirinya perlahan dimasukkan di bawah bantal tidur Kira manakala tangan kanan pula memeluk pinggang ramping isterinya itu. Bahu Kira yang terdedah dicium lembut. Kira tersedar dan dia menoleh ke belakang.

"Abang. Dah lama balik? Sorry, sayang tak sedar." Kata Kira lalu dia memusingkan tubuh ke arah Kasturi.

"It's okay." Balas Kasturi lalu bibir Kira disapa sekilas. Sebaik pautan dilepaskan, Kira mengusap wajah Kasturi yang nampak lesunya.

"Are you okay?." Soal Kira bimbang.

"I'm okay." Balas Kasturi bersama senyuman di bibir.

"Hm.. I will leave in two days." Kata Kasturi. Bulat mata Kira. Terus dibawa tubuhnya ke atas dada Kasturi.

"Out station?." Soal Kira. Kasturi angguk.

"Where?." Soal Kira lagi. Kasturi pandang Kira bersama senyuman.

"Ops! Lupa." Balas Kira bersama ketawa kecil.

"So.. Berapa lama?." Soal Kira. Sedikit mendung wajahnya. Kasturi hela nafas perlahan. Tubuh Kira ditarik rapat dan dipeluk erat.

"I don't know, it depends on the situation." Balas Kasturi. Kira diam tanpa balasan. Kasturi kerut kening. Dia pandang Kira yang muram di dalam pelukannya.

"Hei.. What's wrong?." Soal Kasturi.

"I'm worried about you.." Balas Kira bersama wajah yang dirapatkan ke tubuh Kasturi.

"Sayang, no need to worried okay." Balas Kasturi. Ubun-ubun Kira dicium.

Tiba-tiba..

'Prang!'

(15/04/2021 @ 1025hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience