Bab 69

Romance Series 548166

"Ni lokasi El." Kata Mikael sambil menyerahkan gps pada Miran. Miran sambut bersama tanda tanya.

"Aku tak ada kena mengena dengan penculikan El." Kata Mikael yang seakan tahu apa yang bermain di fikiran Miran.

"Kalau kau tak terlibat, macam mana kau boleh tahu mana lokasi dia? Kau jangan macam-macam Mika." Tinggi suara Miran bertanya namun Mikael masih diam tanpa jawapan. Mencerlung Miran memandang Mikael, kecil besar kecil besar sahaja dilihat abangnya itu.

"Hei, aku tanya ni! Kau dah bisu ke apa?." Marah Miran apabila Mikael tidak mengendahkan soalannya.

Mikael masih seperti tadi, magazin yang berisi peluru dimasukkan ke dalam holster di pinggang sebelum wajah Miran yang tegang dipandang. Nafas dilepas panjang.

"Tak ada tempat lain yang mummy akan bawa El selain dari tempat ni." Balas Mikael mendatar.

"Macam mana kau boleh tahu tentang tempat ni?." Soal Miran.

"Aku dah cakapkan, banyak yang kau tak tahu pasal mummy." Balas Mikael.

"Kenapa kau tak pernah nak bagitahu aku tentang semua ni?." Soal Miran yang mengejar langkah Mikael yang sudahpun sampai di muka pintu tetapi Mikael tidak membalas. Sebaliknya dia terus melangkah keluar menuju ke Hummer H3 hitam yang berada di porch rumahnya. Pintu di bahagian penumpang belakang pemandu dibuka dan beg galas hitamnya dicampak ke kerusi belakang lalu pintu ditutup. Pintu pemandu ditarik dan dia terus melompat masuk.

Miran kalut menutup pintu rumah dan mengejar langkah Mikael yang sudah pun masuk ke bahagian pemandu. Sebaik Miran masuk dan pintu ditutup, Mikael terus menekan pedal lalu kereta yang dipandu laju meluncur keluar dari kawasan rumahnya. Miran yang berada di tempat duduk penumpang hadapan masih lagi tidak berpuas hati dan wajah Mikael dipandang tidak berkelip.

"Bukan aku tak nak bagitahu tapi kau sibuk dengan tugas kau tu dan kita pun jarang-jarang sekali dapat bersua muka. Dengan daddy pun kau tak selalu jumpa. Lagi pun biar aku sahaja yang tahu, paling tak kalau apa-apa pun mummy hanya akan cari aku dan bukan kau. Kalau jadi apa-apa pada aku, kau ada untuk jaga El." Terang Mikael. Terdiam Miran di sebelah. Jauh dibuang pandang ke luar.

"Apa yang mummy dah buat sebenarnya?." Soal Miran yang masih lagi memandang ke luar.

Mikael menoleh sekilas pada Miran, keras sahaja riaknya. Itulah sebabnya dia tidak mahu bercakap mengenai mummy. Lagi pula, buruk-buruk pun, mummynya tetap ibu kandung mereka juga cuma itu lah.. Mungkin juga silap dirinya yang tidak mengambil tindakan awal. Sudahnya kakak mereka yang menjadi mangsa.

"Mungkin kau ingat mummy cuma bantu uruskan perniagaan daddy tapi mummy sebenarnya terlibat dengan perkara yang tak mungkin kau terfikir dia mampu lakukan." Kata Mikael.

"Apa maksud kau?." Soal Miran yang sudah menoleh memandang Mikael yang tenang memandu. Mikael tidak membalas sebaliknya hanya memandu terus ke lokasi Kira.

+++

"Kent, saya perlukan kamu dan pasukan untuk membantu Pasukan Khas yang ditugaskan dalam Ops Scorpion bagi mengesan keberadaan isteri Edan. Hubungi Edan dan minta dia supaya turut serta, jangan nak ambil tindakan sendiri." Arah DSP Farokh.

"Baik Tuan." Balas Kent walaupun dalam hati dia percaya Kasturi telah dahulu bertindak tanpa mereka. Namun begitu, Kent keluarkan juga telefon bimbitnya dan cuba hubungi Kasturi tetapi panggilan tidak dijawab.

"Hah, dah call Edan?." Soal DSP Farokh pada Kent. Kent pandang wajah pegawainya itu bersama gelengan perlahan.

"I knew it! Suka sangat bertindak sendiri!." Marah DSP Farokh.

"Leave him, awak ikut saya ke Bilik Mesyuarat." Arah DSP Farokh sambil dia memulakan langkah.

+++

Setelah semua peralatan dibawa, Reno terus masuk ke bahagian pemandu, Am di bahagian penumpang hadapan manakala Kasturi masih berada di luar kereta sedang berbual di telefon tetapi tidak pasti dengan siapa dia berhubung. Tidak lama Kasturi melolos masuk di bahagian penumpang belakang. Lokasi Kira pada tracker locator dimasukkan ke gps kereta supaya mudah untuk dilihat dan mengendalikannya. Sebaik sahaja semua sudah sedia, Reno tanpa lengah terus memecut kereta keluar dari kawasan tempat letak kereta agensi. Lampu merah masih lagi berkelip-kelip di lokasi yang sama seperti tadi. Reno menekan lagi pedal mahu pergi selaju yang boleh. Kereta yang mereka naiki mencilok kiri dan kanan kenderaan lain. Kasturi yang berada di tempat duduk belakang pula hanya membuang pandang ke luar kereta bersama wajah yang tegang. Tiba-tiba telefon bimbit Kasturi yang diletakkan di tempat duduk di sebelah berbunyi. Pantas telefon dicapai dan nama Kent yang tertera. Gigi diketap kuat sebelum panggilan Kent dimatikan. Am menoleh ke belakang manakala Reno memandang sekilas melalui cermin pandang belakang.

Cuaca di luar sudah semakin gelap dan anggaran perjalanan akan tiba lebih kurang sepuluh minit. Kasturi dan Am sudah bersedia dengan senjata masing-masing manakala Reno pula memandu perlahan memasuki ke kawasan laluan jalan kampung yang kecil tetapi masih berturap elok. Dari jauh nampak kelip-kelip cahaya lampu.

"Stop here." Arah Kasturi pada Reno. Reno yang mendengar terus mematikan lampu kereta dan memusing stereng ke kiri jalan. Perlahan kereta dipandu masuk ke kawasan sedikit semak tetapi masih ada ruang di bawah pokok untuk kereta diletakkan. Sebaik sampai, enjin kereta dimatikan. Earpiece masing-masing diuji, bimbang tidak berfungsi kerana mereka berada di kawasan yang boleh dikatakan agak pendalaman.

Kasturi mendahuli langkah diikuti Am dan di belakang sekali Reno. Dengan bantuan night vision google, ketiga-tiga mereka berjalan perlahan menyusuri semak di tepi lorong jalan dan seterusnya memasuki semak menuju ke belakang kawasan rumah. Sebaik sampai, dapati terdapat pintu pagar kecil di bahagian tepi tetapi berkunci. Mahu tidak mahu mereka terpaksa memanjatnya namun begitu terdapat beberapa orang lelaki yang bersenjatapi sedang berkawal di bahagian atas rumah.

Kasturi memberi isyarat pada Reno dan Am supaya menembak lelaki-lelaki yang berkawal di tingkat atas tersebut jika tidak, mereka tidak dapat memanjat pintu pagar untuk masuk ke dalam kawasan rumah. Dengan kiraan daripada Kasturi mereka melepaskan tembakan tanpa sebarang bunyi kerana HKMP7 masing-masing telah dipasangkan silencer.

'Thud! Thud! Thud!'

Ketiga-tiga lelaki tadi tumbang di tempat mereka berdiri. Kasturi kemudian memanjat pintu pagar kayu dan turun di sebelah sana tidak lama Am pula menyusul dan akhir sekali Reno. Reno standby di pintu belakang, Kasturi ke bahagian kanan rumah dan bergerak perlahan menuju ke pintu hadapan manakala Am pula di bahagian kiri rumah yang juga sama-sama bergerak menuju ke pintu hadapan yang terbuka. Di hadapan sana ada beberapa orang sedang berbual sambil minum minuman keras bergelak ketawa jelas kedengaran.

"Edan, kalau kita terus serbu aku bimbang keselamatan El." Kata Am melalui earpiece kepada Kasturi yang berada di sebelah kiri pintu masuk.

"Ini sahaja jalan masuk yang ada, di belakang pula pintu berkunci, agak bahaya kalau kita terus merempuh." Balas Kasturi pula.

"Ya, pintu belakang kalau nak masuk kena guna bahan letupan, nak guna boleh bimbang tarik perhatian nanti." Sampuk Reno yang berada di pintu belakang.

Sedang mereka berfikir-fikir cara untuk masuk tiba-tiba dua orang lelaki yang sedang berbual di hadapan pintu rumah tadi bangun dari kerusi dan berjalan keluar. Seorang berjalan ke kiri dan seorang lagi berjalan ke arah hadapan rumah sambil menghisap rokok. Bunyi derap kasut semakin hampir menuju ke arah Kasturi dan lelaki itu sudah bersedia untuk bertindak. Sebaik sahaja lelaki itu sampai di selekoh bangunan, Kasturi terus memaut leher lelaki tadi dan sekali dikilas lehernya, lelaki tadi terus terkulai jatuh di tepi longkang. Pantas tubuh lelaki tadi ditarik dan disandarkan ke dinding kerana tidak mahu menjadi perhatian kepada rakan-rakannya yang lain.

Rakannya yang berada di hadapan pula berjalan ke arah kiri bangunan sambil tangan membuang puntung rokok. Sambil berjalan dan bersiul lelaki tadi membuka zip seluar kerana mahu membuang air kecil. Sewaktu berjalan di tepi bangunan menghala ke belakang tiba-tiba langkahnya terhenti kerana di hadapannya ada sesusuk tubuh manusia yang tidak dikenali. Tanpa sempat berbuat apa-apa, Am pantas bertindak. Leher dikilas sekali dan kelepuk jatuh. Am tarik tubuh lelaki tadi dan diletakkan di tepi dinding rumah supaya terlindung dari pandangan yang lain.

"Kang! Saim!." Panggil satu suara dari dalam.

"Ish! Mana pula budak-budak ni. Tak kan pancut pun lama sangat." Bebel satu suara yang datang dari dalam rumah.

"Kang! Saim!." Jerit lelaki itu lagi sambil berjalan ke bahagian kiri rumah. Waktu itu Am baru sahaja menoleh untuk berjalan ke hadapan semula.

"Hoi!." Jerit lelaki tadi yang terkejut dengan kehadiran Am dan dalam keadaan terkejut, senjata api dicapai dan..

'Bang!.'

Bunyi tembakan, mujur tembakan lelaki tadi tersasar dan Am membalas tembakan tepat kena di dahi. Disebabkan bunyi tembakan tersebut, beberapa orang yang berada di dalam rumah kalut keluar bersama senjata masing-masing di tangan.

Kasturi yang berada di kanan rumah berbalas tembakan dengan beberapa orang lelaki yang keluar dari pintu hadapan begitu juga dengan Am.

'Thud! Thud! Thud!'

Tembakan dilepaskan dan tiga orang yang baru keluar dari pintu hadapan berjaya ditumpaskan. Dalam waktu yang sama Reno juga turut berbalas tembakan di belakang rumah dan tidak lama kemudian keadaan senyap.

"Am, Reno, how?." Soal Kasturi pada Am dan Reno melalui earpiece.

"Aku okay, clear." Balas Am.

"Clear." Balas Reno pula.

"Me too. Kita masuk. Reno, you need to be more careful." Pesan Kasturi.

"I know Sir." Balas Reno yang masih lagi berada di bahagian belakang rumah.

Dari bahagian sebelah kanan rumah, Kasturi perlahan berjalan menuju ke pintu hadapan begitu juga Am. Night vision google diangkat ke atas bersama langkah kaki diatur perlahan dengan HKMP7 dihala ke hadapan. Sebaik sampai di hujung selekoh bangunan, Kasturi terus mengatur langkah begitu juga dengan Am. Baru sahaja kedua mereka mahu melangkah, di sebalik selekoh beberapa orang lelaki bersenjata telah melepaskan tembakan bertalu-talu pada Kasturi dan Am. Kelam kabut kedua lelaki tadi berselindung di sebalik dinding. Bunyi berbalas tembakan semakin sengit dan beberapa orang yang berada di hadapan rumah berjaya ditumpaskan. Kasturi dan Am menyerbu masuk dan sewaktu melangkah masuk terdengar bunyi tembakan di bahagian belakang rumah dan tidak berapa keadaan sunyi.

"Reno!." Panggil Kasturi melalui earpiece. Namun tiada jawapan.

"Reno!." Panggil Kasturi lagi. Kasturi tidak sedap hati, bimbang keadaan Reno di belakang.

"Biar aku pergi tengok." Kata Am.

"Saya okey, Sir dan.. I have friends here." Tambah Reno lagi.

"Friends?." Soal Kasturi tidak mengerti.

+++

"Hey, what are you waiting for?." Soal Cecilia pada John. John angguk dan kemudian berjalan semakin menghampiri Kira. Kira yang mendengar sudah meronta-ronta di kerusi yang mengikatnya.

"Sial la kau perempuan! Kau nak buat apa ni ha! Lepaskan aku lah!!." Jerit Kira pada Cecilia. Cecilia hanya ketawa suka. Sonchai sudah tidak senang duduk di atas katil.

"Kau jangan berani nak datang rapat, aku bunuh kau nanti!." Kira memberi amaran pada John yang sudah tersengih-sengih memandang Kira.

"Hey! Don't you dare to touch me!." Jerit Kira lagi sambil dia meronta-ronta untuk lepaskan diri. John pula hanya tersenyum suka sambil tangannya ligat mahu membuka baju Kira yang masih dalam keadaan tangannya berikat.

"Madam.." Sonchai bersuara lalu tangan kanan Cecilia ditarik dan tubuhnya dibawa berdiri lalu belakang tangan wanita itu diciumnya.

"Yes, dear." Balas Cecilia bersama senyuman di bibir.

"We don't need her. She's only disturb our time." Kata Sonchai sambil tangan kirinya naik mengusap pipi kanan Cecilia manakala tangan kanannya tadi masih lagi memegang tangan kiri Cecilia. Kira pula masih lagi meronta-ronta tidak mahu bajunya ditanggalkan tetapi bajunya berjaya diselak hingga menampakkan bahagian pinggang dan belakang tubuhnya.

"Really?." Soal Cecilia suka apabila Sonchai berkata begitu. Sonchai angguk bersama hujung matanya memandang John yang tanggannya sudah berada di badan Kira dan merayap di serata belakang tubuh wanita itu.

"But.. it won't be fun.." Balas Cecilia bersama bibir yang memuncung.

"All i need is you, only two of us." Pujuk Sonchai lagi sambil jemarinya masih lagi mengusap wajah Cecilia.

"Hurm.. Ok.." Akhirnya Cecilia bersetuju. Sonchai sedikit lega. Namun begitu matanya masih lagi mencuri pandang pada Kira yang sedang berusaha melepaskan diri dari disentuh John.

"Stop John!." Kata Cecilia. Terhenti tangan John yang sedang cuba menanggalkan baju yang dipakai Kira.

"Stop? But why? I'm having fun here. Betul tak?." Soal John bersama sengihan besar dan wajahnya cuba dirapatkan pada pipi Kira dan dia cuba untuk menciumnya.

'Buk'

"Auch!." Bunyi suara John mengaduh.

"Tak guna!." Marah John pada Kira kerana menanduk hidungnya dan dalam waktu yang sama tangan kanannya sudah naik mahu menampar wajah Kira tetapi tidak jadi berbuat demikian apabila terdengar ketawa kecil dari Cecilia. Kira pula sudah terpejam matanya menunggu tangan John sampai di wajahnya tetapi tiada. Perlahan Kira membuka matanya dan memandang ke depan. Tanpa sengaja matanya dan mata Sonchai bertentang, pantas Sonchai melarikan pandangannya ke arah lain. John pula sudah memegang hidungnya yang ditanduk Kira bersama wajah yang memerah menahan marah.

"John.. John.. Enough!." Keras suara Cecilia berbunyi.

"Kalau macam tu, I need someone to help us here." Balas Cecilia sambil dilabuhkan duduknya di ribaan Sonchai yang sudah ditolak ke birai katil.

"I can help you madam." Sampuk satu suara yang sudah berdiri di muka pintu. Tertegak wajah Sonchai ke arah suara tersebut bersama wajah yang tegang.

"Oh! You. Chakan.." Sapa Cecilia sambil dia juga turut menoleh ke arah pintu. Hujung bibir Chakan terjungkit apabila Sonchai memandang tajam padanya.

"You, get out." Kata Cecilia pada John. Mencuka wajah lelaki itu sebelum melangkah keluar.

"And you Chakan.. Sini." Panggil Cecilia bersama senyuman. Chakan pantas berjalan menuju ke arah Cecilia yang berada di atas ribaan Sonchai. Cecilia bangun berdiri apabila Chakan sampai di hadapannya. Tubuh Chakan dipandang dari atas ke bawah sambil tangan kanannya naik membelai lengan kiri Chakan yang sasa.

"Hurm.. Not bad." Puji Cecilia. Chakan hanya pamerkan senyumnya pada Cecilia yang sedang berjalan mengelilingi tubuhnya yang tegak berdiri.

"Phuhying khn nan ca tay ni mux khxng chan.!" (Perempuan tu akan tewas dalam tangan aku!). Kata Chakan perlahan pada Sonchai sewaktu Cecilia berada di belakangnya. Terketap gigi Sonchai bersama wajah yang tegang.

"You can do anything what you want to her but.. dengan syarat jangan sampai dia mati." Kata Cecilia bersama senyuman. Terkejut Sonchai sehingga dia terus bangun berdiri. Wajah Cecilia dipandang bersama riak bimbang. Chakan pula tersenyum senang kerana dia berjaya menyakitkan hati Sonchai yang sejak awal lagi dia memang tidak sebulu dengan lelaki itu. Kira pula sudah pucat wajahnya. Takut untuk fikirkan apa yang bakal berlaku pada dirinya nanti. Tangan yang berikat di kerusi ditarik-tarik hingga melecet dan luka kerana bergesel dengan tali.

"Ok. Let's begin." Putus Cecilia semasa dia berdiri betul-betul di hadapan Kira.

"Kau memang tak guna perempuan sial!!. Kau patut mampus. Aku bunuh kau! Aku bunuh kau!." Jerit Kira.

'Pang!'

Pipi Kira ditampar kuat.

"Kita tengok, kau yang sial atau aku yang sial." Laju Cecilia membalas sambil dagu Kira dicengkam dengan kuat dengan tangan kanannya. Wajah Kira ditarik rapat pada wajahnya.

"Sekarang, kau layan lelaki ni dulu sampai dia puas. Lepas tu aku hantar seorang lagi. Kalau masih tak cukup, ada ramai lagi lelaki-lelaki di bawah sana yang ada dan cukup untuk puaskan kau.." Kata Cecilia sambil dagu Kira dilepas kasar. Cecilia tersenyum suka. Chakan pula yang berdiri di sebelah Kira sudah tidak sabar mahu meratah tubuh wanita itu. Sonchai sudah hilang arah dan dia tiada pilihan lain. Mata dipejam rapat dan penumbuk digenggam kuat bersama otak yang keras berfikir apa yang akan berlaku jika dia teruskan tindakannya nanti.

"Sila!! Lepaskan aku la setan!." Jerit Kira apabila Chakan mahu menciumnya. Tertoleh ke kanan dan ke kiri wajah Kira yang mengelak dari ciuman Chakan manakala tangan lelaki itu pula berada di dadanya.

'Abang.. Tolong sayang abang..' Rintih Kira di dalam hati.

(21/09/2022 @ 0235hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience