Bab 15

Romance Series 548166

Kira hela nafas panjang. Tersandar tubuhnya ke belakang. Meja makan dipandang, rasa bersalah pula pada Kasturi. Bila difikir-fikirkan semula, ada benarnya juga kata Kasturi. Kalau dia di tempat Kasturi pasti tindakan yang sama juga akan diambil. Patutnya dia berterima kasih di atas tindakan pantas Kasturi hingga pesalah dapat dikesan. Aduh.. apa yang kau buat ni Kira.. Kalau arwah Mak Chaq ada, tak pasal-pasal lebam mulut tu disepit jari berbisa Mak Chaq. Kahwin tak sampai seminggu pun lagi, kau dah buat perangai.

Kira kemudian dengan pantas mengemas meja makan. Sesudah itu coklat panas dibancuh di dalam mug untuk diberikan pada Kasturi. Bancuh kopi nanti tak tidur pula. Setelah memastikan meja makan dan dapur dikemas, Kira mengambil dulang kecil dan mug coklat panas tadi diletakkan di atas dulang lalu langkah kaki terus diatur ke ruang tamu mencari Kasturi tetapi tiada kelibatnya.

"Aik, pergi mana pula? dah la aku tak biasa lagi dengan rumah ni. Mana nak cari pun tak tau" kata Kira sendiri. Kaki diatur tanpa tujuan hingga ke bilik hujung. Dilihat pintunya tidak ditutup rapat dan ada cahaya yang keluar dari celah pintu yang terbuka itu. Laju Kira mengatur langkah ke sana. Sebaik sampai Kira mengintai dari celah pintu. Oh, dia ada. Lalu perlahan daun pintu ditolak.

Kasturi yang sedang menulis tidak memandang pada Kira yang sedang melangkah masuk. Cork coaster dilapikkan di atas meja sebelum mug mengandungi air coklat panas diletakkan di atasnya. Kasturi masih lagi dengan failnya tanpa sedikit pun menoleh pada Kira. Kira sudah rasa serba salah, rasa sendat dadanya itu.

"Awak.." panggil Kira.

"Kenapa tak tidur lagi. Dah lewat" kata Kasturi. Kira berjalan menghampiri kerusi yang diduduki Kasturi. Rapat dia berdiri di sisi kanan lelaki itu.

"Awak.." panggil Kira lagi. Kasturi hela nafas panjang.

"What do you want Kira?" soal Kasturi lalu mendongak ke sisi memandang wajah Kira. Kira terdiam apabila ditanya begitu. Nampak sangat Kasturi memang terasa hati dengannya. Melihatkan Kira yang seperti tidak mahu berkata apa-apa, Kasturi meneruskan semula kerjanya.

"I'm sorry.." kata Kira. Kasturi diam, terhenti tangannya yang sedang menulis.

"Saya tau saya salah. Saya tak patut tinggikan suara pada awak.. walaupun kita kahwin bukan atas dasar cinta tapi saya tak sepatutnya layan awak macam tu" ucap Kira perlahan.

"Who says no love?" kata Kasturi, dengar tak dengar sahaja tuturnya. Kira yang tadi tertunduk terus tertegak kepalanya.

"Hah? awak cakap apa?" soal Kira. Kasturi tidak membalas sebaliknya soalan Kira dibiarkan berlalu. Kira garu kepala. Aku salah dengar ke tadi?

"Awak.. sorry.." ulang Kira lagi. Kasturi tetap juga seperti tadi. Geram punya pasal, kerusi yang diduduki Kasturi ditarik hingga mengadapnya lalu kedua tangannya naik memegang pipi Kasturi lalu..

'Cup!'

Bibir Kasturi diciumnya. Pantas sekali. Terkebil-kebil mata kerana Kasturi terkejut. Kira yang rasa wajahnya sudah tebal berinci-inci terus memusing ke belakang mahu keluar. Tetapi pantas lengannya disambar Kasturi dan dia ditarik hingga terjatuh di ribaan Kasturi. Terjerit kecil Kira kerana tindakan tidak diduga Kasturi itu. Dup dap dup dap jantung berdegup laju. Kedua tangannya naik menahan dada Kasturi. Dapat dia rasakan degup jantung Kasturi juga sudah lari temponya. Deruan nafasnya pula panas dirasakan di leher. Tangan Kira sudah sejuk jadinya, takut untuk dia fikirkan apa yang bakal berlaku.

"Where do you want to go, Kira? Nak lari? after what you did to me, you want to run away?" soal Kasturi bersama pandangan yang takut untuk Kira tafsirkan.

"Er.. mana saya ada buat apa-apa" balas Kira sambil cuba bangun dari ribaan Kasturi tetapi tidak berjaya kerana pinggangnya telah dikunci dengan lilitan lengan sasa lelaki itu. Ah.. bahaya! bahaya! Itu la kau.. gatal sangat kan pergi cium bibir si Kasturi ni siapa suruh. Ha..! tanggung la sendiri.

Tangan kiri Kasturi memaut rapat pinggang Kira manakala tangan kanannya pula sudah naik mengusap pipi Kira dan perlahan ditarik wajah itu hingga rapat ke wajahnya. Lalu dibisikkan ke telinga Kira.

"You stole my first kiss" kata Kasturi lalu bibir Kira dipautnya tanpa sempat Kira membalas kata-katanya tadi. Terpejam mata Kira menerima urutan lembut dari bibir Kasturi, khayal Kira diulit rasa dan tanpa sedar kedua tangannya sudah naik memaut leher Kasturi. Asyik sekali kedua mereka menikmati rasa yang pertama kali dinikmati. Pautan bibir perlahan dilepaskan Kasturi dan waktu itu Kira masih lagi terpejam matanya.

"You drive me crazy, Kira" kata Kasturi lalu dia bangun berdiri dan tubuh Kira diletakkan di atas meja kerjanya. Bibir Kira dipaut sekali lagi, lama dan penuh asyik. Tangan kanannya sudah mula merayap di tubuh Kira di bawah bajunya. Dada Kira diusap lembut. Tidak cukup dengan bibir, leher jinjang Kira pula ditujunya. Dicium dan disedut hingga memerah leher putih itu. Terdongak Kira menerima sentuhan dari Kasturi dengan mata yang terpejam.

"Edan.. I want more.." ucap Kira dengan suara yang tertahan-tahan. Kasturi terus mencempung Kira keluar dari bilik kerjanya ke bilik rehatnya di sebelah. Tubuh Kira dibaringkan perlahan di atas katil. Pakaian pada tubuhnya ditanggalkan, begitu juga pada tubuh Kira hingga tiada yang tinggal. Kuat jantungnya menendang dada apabila melihat permandangan yang indah begini. Puncak dada Kira dijilat dan disedutnya hingga mendesah kesedapan Kira jadinya. Rambut Kasturi digenggam Kira kerana asyik dengan layanan yang diterima. Dari dada turun ke tengah perut dan singgah di pusat. Dicium dan dijilat hingga terangkat belakang Kira.

Tidak dapat Kasturi menahan lagi, sesuatu yang sudah basah itu dituju dan terus melekap lidahnya di situ. Kira sudah menggeliang-geliut dengan tindakan Kasturi.

"Edan.. Edan.." seru Kira.

"I'm here" bisik Kasturi lalu telinga Kira dicium dan dijilatnya.

"Can I?" bisiknya lagi. Kira hanya mampu mengangguk. Bibirnya diketap menahan rasa. Kasturi yang sudah bersedia terus menekan perlahan di celah yang sudah basah itu. Ditarik semula dan ditekan lagi semakin dalam kemudian ditekan lagi kali ini terus ke hujungnya hingga tersentak Kira. Terangkat pinggulnya menerima sentakan dari Kasturi.

"Can I move?" soal Kasturi.

"You don't have to ask, just do it" balas Kira yang sudah menarik leher Kasturi rapat padanya lalu bibir Kasturi dipaut erat. Kasturi pula terus mulakan ayunan dari perlahan hingga semakin pantas. Bibir mereka yang berpaut tadi dilepaskan. Mendesah Kira dengan kesedapan dan keasyikan yang diterima buat pertama kali. Tidak pasti berapa kali diulang perkara itu, apa yang dia tahu sentuhan itu sungguh mengasyikkan hingga bermandikan peluh keduanya.

"Kira" seru Kasturi pada Kira yang terbaring di sisinya. Kira toleh pada Kasturi. Kasturi rasa tidak sedap hati, selepas hubungan intim mereka tadi, tiada sepatah kata pun yang keluar dari bibir Kira. Kasturi bimbang jika tindakannya melampau batas sedangkan Kira tidak merelakannya tetapi terpaksa.

"Awak marah?" soal Kasturi. Kira menggeleng lalu dia bangun duduk dan bersandar di kepala katil. Selimut ditarik menutup dadanya. Kasturi turut bangun duduk dan tubuhnya mengadap Kira. Dia rasa bersalah, seakan dia mengambil kesempatan pada Kira pula.

"I'm sorry" ucap Kasturi. Kira kerut dahi.

"Untuk apa?" soal Kira. Wajah Kasturi dipandang.

"I don't know.." balas Kasturi serba salah.

"Saya tak marahkan awak Edan, apa yang berlaku tadi atas kerelaan saya sendiri dan tiada paksaan atau terpaksa" kata Kira.

"Betul?" soal Kasturi inginkan kepastian.

"Betul.. saya tak menyesal kerana awak orangnya Edan" balas Kira. Kasturi menarik dagu Kira supaya memandang tepat matanya.

"If you say so.. kiss me" pinta Kasturi dan tanpa teragak, bibir Kasturi dipaut Kira. Lama. Ah.. rasa yang hilang tadi muncul kembali. Tubuh Kira ditarik rapat ke dadanya dan apa yang berlaku tadi, berulang kembali.

Sedar-sedar sahaja, azan subuh sudah berkumandang. Kira buka mata, dan waktu itu rasa berat di pinggangnya. Apabila dipandang, tangan Kasturi yang melilit pinggangnya. Kira toleh sedikit ke belakang mahu memandang wajah Kasturi, asyik sungguh lenanya. Lengan Kasturi diangkat perlahan tetapi tiba-tiba dia ditarik rapat semula. Haih, kalau gini gayanya, mau subuh atas katil je ni.

"Edan.. Edan.." panggil Kira sambil lengan Kasturi ditepuk perlahan. Kasturi tidak menjawab.

"Ish, payahnya.. la hai nak bangun" bebel Kira. Kasturi sudah tersenyum nipis. Bukan dia tidak sedar, sejak azan subuh tadi lagi dia sudah bangun tetapi sengaja mahu dilihat karenah Kira.

"Edan.. bangun la. Dah subuh ni.. nanti tak pasal-pasal subuh gajah jadinya" kata Kira sambil lengan Kasturi ditepuk lagi tetapi tiada tanda-tanda yang Kasturi mahu bangun. Nak kena ni.. laju lengan Kasturi dicubitnya.

"Auch!" jerit Kasturi, terus terbangun duduk dia. Wajah Kira dipandang geram. Dia cubit aku? lengan yang pedih digosok lalu tubuh Kira ditarik ke dalam pelukannya lalu digomol wajah Kira. Naik lemas wanita itu.

"Awak.. dah la.." rengek Kira.

"Lambat nanti.." tambahnya lagi. Mendengar suara Kira begitu lagilah payah Kasturi lepaskan.

"Kiss me first" kata Kasturi sambil menyuakan pipinya pada Kira.

"Ishh.. kiss apa laginya ni.. tak puas-puas lagi ke..?" marah Kira.

"Nope" laju saja dibalasnya. Aduh.. payahnya. Baik macam dulu je, sudah tentu mudah diuruskan Kasturi ni tetapi bila sudah begini.. hai lah.. Kira sudah memuncung.

"Okay.. Okay.. let's shower first" kata Kasturi yang sudah turun dari katil. Tangannya dihulurkan pada Kira. Laju Kira menutup muka apabila melihat tubuh Kasturi yang tidak ditutup apa-apa itu. Kasturi ketawa suka.

"Still embarrassed, you see everything belongs to me right.." kata Kasturi selamba.

"See everything apa! jangan nak mengada. Awak keluar la.. saya nak mandi" kata Kira yang sudah mahu menangis. Kasturi ketawa lagi lalu dengan selamba dia menyarung kembali seluarnya dan dia melangkah keluar.

Sebaik Kasturi keluar, pantas Kira menutup pintu bilik. Mata melilau mencari kalau-kalau ada tuala di dalam bilik ini tetapi tiada la pula. Kejap lagi la Kira, masuk mandi dulu. Nanti fikir kemudian kata Kira sendiri. Lalu terus dia melompat turun dari katil dan laju dia melangkah masuk ke bilik air. Tidak lama daun pintu bilik ditolak dari luar, Kasturi datang kembali bersama tuala di tangan bersama pakaian miliknya juga toiletries milik Kira. Semuanya di letakkan di atas katil dan dia keluar semula. Kira jengah dari pintu bilik air dan dia terpandangkan barang-barang yang berada di atas katil. Laju kaki melangkah keluar dan mengambil barang-barang tersebut lalu dibawa masuk ke bilik air bersama senyuman di bibir.

Tidak lama Kira keluar semula dari bilik air, waktu itu Kasturi telah pun siap berbaju melayu dan berkain pelikat. Sejadah juga telah dibentangkan. Katil pula sudah dikemas, siap tukar cadar sekali. Memerah wajah Kira apabila teringatkan peristiwa itu.

"Here" kata Kasturi sambil menghulur telekung pada Kira. Huluran Kasturi disambut lalu disarungkan di tubuh. Tidak mahu lambat, nanti habis pula waktunya.

"Kira nak sarapan apa?" soal Kasturi pada Kira yang sedang melipat sejadah. Kira dongak memandang Kasturi yang sudah tegak berdiri.

"Apa-apa pun boleh. Tak kisah.. tapi sebelum tu, kalau saya nak minta tolong boleh?" soal Kira sambil bangun berdiri.

"Tolong? ada upah tak?" soal Kasturi sambil mata dikenyitkan. Ee.. apa gatai sangat ni.. senget bibir Kira. Kasturi ketawa suka.

"Tak nak tolong tak apa, saya boleh buat sendiri" kata Kira lalu mahu melangkah keluar.

"Hey" Kasturi bersuara, jemari Kira dipaut lalu ditarik tubuh itu ke dalam pelukannya. Haruman yang terbit dari leher Kira dihidu dalam bersama mata yang terpejam. Melekap bibirnya di leher itu. Kira sudah tidak keruan.

"Awak.." lanjut sahaja suara Kira berbunyi.

"Betul-betul la.. saya nak minta tolong ni.." ulang Kira lagi. Kasturi tarik nafas panjang. Kepala tidak gatal digaru. Kira ni.. potong betul la, baru nak feel..

"Tak nak tolong dah la" Kira merajuk. Kedua tangan sudah naik memeluk tubuh. Memuncung sahaja bibirnya.

"Bila pula saya cakap tak nak tolong?" kata Kasturi lalu dilabuhkan cium sekilas pada bibir yang memuncung itu.

"Okay.. okay.. tell me. Kira nak saya tolong apa?" soal Kasturi serius.

"Tolong hantar saya balik rumah, saya nak ambil baju. Saya tak ada baju nak pakai.." kata Kira lalu mendongak memandang wajah Kasturi.

"Lah.. ni bukan baju ke? nampak seksi pulak tu bila awak pakai baju saya macam ni" usik Kasturi.

"Ish.. Dah la, tepi" marah Kira. Kasturi ketawa suka. Entah mengapa, dia rasa tenang dan gembira sekali.

"Okay sayang, sorry.." kata Kasturi tanpa sedar. Kira yang tadi memuncung bibirnya terus memandang wajah Kasturi. Kasturi ketap gigi apabila menyedari lidah terlepas kata. Ah.. panggil sayang pun okay apa, wife sendirikan..

"What?" soal Kasturi, sengaja mahu dimain-mainkan hati Kira. Kira geleng perlahan.

"Sayang siap, sekejap lagi abang bawa sayang balik rumah ambil baju" kata Kasturi. Memerah wajah Kira. Laju kakinya melangkah keluar dari bilik. Tangan naik menyentuh dada bersama senyuman di bibir.

"Dah siap?" soal Kasturi sebaik dia melangkah masuk ke dalam bilik tidur mereka. Sengaja dibiarkan Kira sendirian seketika sebelum dia masuk untuk menukar pakaian. Kira angguk perlahan. Di tubuhnya tersarung seluar sukan milik Kasturi dan t-shirt lengan panjang yang hujung lengannya dilipat beberapa kali. Jika tidak dilipat, hilang tangannya di bawah baju tu nanti.

"Sekejap, abang tukar baju" kata Kasturi lalu dia melangkah masuk ke dalam bilik pakaian. Kira pula turun ke dapur, mahu dibancuh air panas buat alas perut sebelum bertolak ke rumahnya. Untuk dirinya dibancuh coklat panas, buat Kasturi pula sudsh tentu kopi o. Selesai saja air dibancuh, Kasturi elok sampai di dapur. Waktu itu Kira baru selesai menghabiskan air coklatnya.

"Er.. saya dah buatkan air panas. Minumlah dulu buat alas perut" kata Kira. Rasa keras lidah mahu memanggil Kasturi. Lelaki itu labuhkan duduk di kerusi lalu air kopi o diteguk perlahan.

"Sayang tak minum?" soal Kasturi.

"Dah, saya dah minum" laju Kira membalas. Kasturi angguk lalu air kopi disisip habis lalu mug dibawa ke sinki dan dicuci.

"Jomlah" kata Kasturi setelah tangan dilap kering. Kira angguk lalu mengekori langkah Kasturi dari belakang. Berbunga-bunga rasa hatinya.

(08/02/2021 @ 0314hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience