Bab 42

Romance Series 548166

"Tuan." Panggil Bhadif pada Aniq yang berada di tempat duduk depan sambil mencuit lengannya. Aniq toleh sekilas pada Bhadif.

"Tuan, saya nak kencing sungguh ni. Tak tahan dah." Kata Bhadif sambil matanya menjeling pada Kasturi yang keras sahaja wajahnya.

"Edan, how?." Soal Aniq bersama pandangan yang masih tegak di hadapan. Kasturi toleh pada Bhadif. Tajam pandangannya. Tertelan liur Bhadif sambil tersengih-sengih.

"Tu, botol kosong." Kata Kasturi sambil menunjukkan botol mineral kosong yang ada di bahagian bawah pelapik kaki. Bhadif pandang Kasturi dengan dahi berkerut.

"Ni?." Soal Bhadif sambil tangannya menunjukkan botol tersebut. Aniq dan Syamill sudah tersenyum senget.

"Ambil." Kata Kasturi sepatah.

"Nak buat apa? Dah la kosong. Kalau ada air ok la juga." Balas Bhadif.

"Aku cakap ambil tu, ambil lah!." Sudah naik sedikit oktaf suara Kasturi.

"Okay.. Okay.." Balas Bhadif sambil dia menunduk mengambil botol kosong yang berada di kaki. Syamill yang sedang memandu terus memandang Bhadif melalui cermin pandang belakang sambil kepala digelengkan.

"Nah. Tuan nak buat apa dengan botol ni. Aduh, tu.. tu.. tu.. Tandas dan terlepas tu.!" Kata Bhadif sambil bibirnya memuncung ke arah hentian sebelah yang sudah terlepas di belakang.

"Siapa cakap nak berhenti di tandas?." Sampuk Syamill.

"Aduh.. Saya tak tahan ni.." Kata Bhadif dengan muka berkerut.

"Eh, botol kosong dah ada kan? Kencing je la dalam tu!."? Marah Syamill.

"Semak betul la dia ni." Tambah Syamill lagi. Bhadif pula sudah terkebil-kebil sambil memandang botol kosong tersebut.

"Dah tak nak kencing, sini botol tu!." Kata Aniq pula lalu berpura-pura mahu merampas botol dari tangan Bhadif. Laju Bhadif membawa botol ke sisi kanannya.

"Macam mana nak kencing dalam ni?." Soal Bhadif. Botol di tangan dibelek.

"Kau nak kencing ke tak nak?." Marah Syamill.

"Okay.. Okay.. Aku kencing tapi jangan intai." Kata Bhadif. Terus terletus ketawa dari bibir Syamill apabila mendengar kata-kata Bhadif. Aniq dan Kasturi tersenyum simpul dengan gelagat lelaki itu.

"Choi! Oi, bagi free pun kitaorang tak ingin la!." Laju Syamill membalas. Menjeling Bhadif.

"Eh, jangan nak pandang hina.. Belum tengok.." Tak sempat Bhadif habiskan ayatnya. Kasturi capai botol kosong tadi lalu dicampak keluar dari tingkap. Terdiam terus Bhadif. Syamill sudah ketawa suka.

"Ambik kau.. Orang dah bagi, banyak bunyi. Tahan la situ, biar kena batu karang, nak sangat!." Kata Syamill. Mendengus kuat Bhadif kerana tidak puas hati.

"Jangan berani kau nak kencing atas kerusi ni, kau kencing walaupun setitik, aku suruh jilat sampai bersih!." Kata Kasturi pada Bhadif.

'Sskkrreeetttt'

Terdengar bunyi tayar bergesel dengan jalan raya dan di tepi jalan tidak jauh di hadapan dapat dilihat dua buah kereta sudah terhimpit di tepi. Dari jauh nampak dua lelaki sedang berdiri di tepi pintu pemandu kereta dalam keadaan marah-marah.

"Tuan." Panggil Syamill sambil memandang Kasturi melalui cermin pandang belakang.

"Just ignore it. This is our priority." Kata Kasturi. Syamill angguk sambil perlahan memandu melintasi dua kenderaan tersebut dan tiba-tiba.

'Bang bang bang'

Tiga das tembakan dilepaskan oleh salah seorang lelaki yang berdiri di tepi pintu pemandu tadi pada pemandu di dalam kereta. Lalu mereka terus berlari ke arah kereta milik mereka di belakang kereta mangsa.

'Sskkkrreeett!'

Terus Syamill membelokkan kenderaan dan memberhentikannya di bahu jalan, begitu juga dengan dua lagi kenderaan pengiring hadapan dan belakang. Kenderaan pengiring pertama berhenti di sisi kenderaan utama manakala peringiring belakang berhenti di belakang kereta suspek. Dua lelaki tadi terus melepaskan tembakan secara rambang sebaik melihat tiga buah kenderaan berhenti di bahu jalan. Kalut Kasturi menolak tubuh Bhadif ke bawah, bimbang terkena tembakan.

"Go!." Kata Aniq pada Kasturi. Kasturi angguk dan bersedia untuk bertindak. Aniq dan Syamill pula masing-masing sudah bersedia dengan senjata masing-masing.

"Kent." Panggil Kasturi melalui earpiece.

"Let's go, aku back-up." Kata Kent yang menyahut.

"Me too, Sir." Balas Detektif Vasu yang berada di kenderaan pengiring belakang di bahagian kiri.

Kasturi perlahan menolak daun pintu kereta lalu terus bergerak ke bahagian hadapan kereta mangsa tembakan tadi. Mujurlah tidak banyak kenderaan yang melalui lebuhraya waktu ini. Kasturi pandang Kent yang sudah datang menghampirinya di belakang. Kasturi angguk. Kasturi melangkah ke hadapan mengambil tempat.

"Kami polis!" Jerit Kent sambil sedikit mengintai ke arah suspek tadi.

"Letakkan senjata anda!." Jerit Kent lagi dari sebalik kenderaan. Bersama dengan itu senjata api diacukan ke arah kereta milik suspek, bersedia andai mereka diserang. Senyap tiada balasan. Tiba-tiba tembakan dilepaskan ke arah Kasturi dan Kent. Terus menunduk kedua mereka berlindung. Aniq dan Syamill pula membantu berbalas tembakan dari arah kenderaan utama.

"Edan, bantuan dalam perjalanan. ETA tiga minit." Kata Aniq melalui earpiece. Selepas Kasturi keluar dari kenderaan tadi, Aniq telah hubungi CCC Johor menggunakan walkie talkie  meminta bantuan berkaitan kejadian tembak-menembak dan bantuan yang diperlukan mereka selain dari ambulan dan juga unit forensik.

"Roger." Balas Kasturi sambil berbalas tembakan dan salah seorang dari suspek tersebut berjaya ditembak di lengan dan suspek tersebut sudah terbaring di tepi kereta dengan tangannya yang sudah berlumuran darah. Hanya tinggal seorang sahaja lagi. Vasu dan Dart yang melihat suspek pertama sudah tumbang, pantas bertindak. Mereka perlahan menghampiri suspek dari tepi kenderaan lalu ditarik suspek tadi ke bahu jalan. Suspek ditiarapkan di atas jalan raya dan kemudian tangannya terus digari ke belakang walaupun suspek menjerit kerana tangannya sakit ditembak. Lelaki yang masih berbalas tembakan tertoleh ke sisi apabila mendengar rakannya me jerit kesakitan. Dia jadi tidak tentu arah.

"Letakkan senjata anda!." Jerit Kent.

"Kawan kau dah kami tangkap." Tambah Kent lagi.

"Lebih baik kau serah diri. Kalau tidak, jangan mimpi boleh keluar dengan berjalan kaki!." Jerit Kasturi pula. Suspek yang berlindung di sebalik kereta sudah cuak. Liur ditelan payah. Pistol dibelek. Ah! Peluru sudah habis. Nak tak nak terpaksa juga dia menyerah diri.

"Okay.. Okay.. Aku surrender. Jangan tembak." Sahut suara suspek tadi dari sebalik keretanya. Pistol dicampak ke atas jalanraya lalu tangan diangkat tinggi.

"Silangkan kedua-dua tangan di atas kepala dan keluar dengan perlahan-lahan." Jerit Kasturi pula. Suspek tadi terus menyilangkan tangannya di atas kepala sambil perlahan berjalan keluar.

Kasturi dan Kent perlahan keluar dari bahagian hadapan kereta mangsa tembakan bersama senjata masih diacu ke hadapan. Sebaik suspek berdiri di tepi kereta, Kasturi terus merampas pistol yang dibaling suspek di atas jalan raya lalu diselitkan ke pinggangnya sambil senjatanya masih diacukan kepada suspek.

Kent pula terus menarik suspek dan ditolak ke bonet belakang kereta mangsa. Senjatanya disilangkan ke belakang badan dan gari dari pouches dikeluarkan. Tangan suspek digari dibelakang badannya. Kedua-dua suspek kemudian didudukkan di tepi lebuh raya sementara menunggu bantuan serta ambulan. Detektif Dart kemudian membantu mengawal lalulintas supaya tidak ada kenderaan yang berhenti supaya tidak berlaku kesesakan jalanraya walaupun pada ketika itu sudah banyak kenderaan yang memandu perlahan.

"Aniq, suspek berjaya ditangkap." Kata Kasturi pada Aniq melalui earpiece.

"Roger berita terima." Balas Aniq lalu dicapai walkie talkie dan dimaklumkan kembali berita tadi ke CCC Johor. Aniq bersama Syamill masih setia di dalam kereta tanpa meninggalkan Bhadif. Walau pun keadaan genting, Bhadif tidak boleh ditinggalkan keseorangan walaupun Bhadif tidak mungkin mahu lepaskan diri.

Kasturi dan Kent berjalan ke arah mangsa tembakan tadi yang sudah jatuh ke tempat duduk penumpang hadapan. Dia tidak dapat diselamatkan apabila tiga das tembakan dilepaskan di kepala. Mangsa meninggal di tempat kejadian.

"Eh, ini tak silap aku Dato' Said. CEO Berjaya Holdings." Kata Kent pada Kasturi.

"Dato' Said?." Soal Kasturi sambil dia menunduk mahu mengutip sekeping business card yang jatuh di atas jalan raya di tepi pintu pemandu. Waktu itu Kent ternampak ada bintik merah pada belakang kepala Kasturi. Bulat matanya dan terus kepalanya menoleh ke atas bukit di seberang lebuh raya dan waktu itu ada cahaya bersinar. Terus ditolak tubuh Kasturi hingga terjatuh.

'Thud'

Bunyi tembakan, berangin sahaja. Tiba-tiba Kent terus rebah tanpa sempat berbuat apa-apa. Mulanya Kasturi mahu memarahi Kent kerana menolaknya hingga terjatuh tetapi apabila melihat Kent sudah terkulai di atas jalan raya bersama lelehan cecair pekat merah membasahi tar jalan raya, terus Kasturi menjerit.

"Tunduk!." Jerit Kasturi dan bersama itu tubuh Kent diheret ke belakang kereta mangsa tembakan tadi.

"Sharpshooter! Atas bukit jam sembilan!." Tambah Kasturi lagi. Mendengar sahaja jeritan Kasturi kalut semuanya berlindung.

"Edan! What happened?." Soal Aniq yang datang dari arah belakang. Sebaik melihat Kent yang luka di dada, terus berubah wajah Aniq.

"Dart, follow me!." Arah Aniq melalui earpiece.

"Roger Tuan." Balas Dart. Aniq kemudian perlahan bergerak bersama Dart ke arah bukit di seberang lebuh raya.

"Kent! Kent!." Panggil Kasturi sambil tangannya menekan dada Kent yang sudah basah dengan darah merah pekat. Mata Kent sudah mahu terpejam.

"Kent." Panggil Kasturi lagi.

Tidak lama terdengar bunyi siren kereta peronda dan semakin lama semakin hampir.

"Sharpshooter! Atas bukit jam sembilan. Satu pegawai dan satu anggota pereman, follow up." Kata Kasturi sebaik dua orang pegawai polis datang hampiri Kasturi.

"Roger Tuan." Balas Insp Fendi lalu dia bersama beberapa anggota lagi turut ke arah tempat penembak tepat tadi.

"Kent! Kent! stay with me. Kent! Please, stay with me. Kau jangan berani nak tinggalkan aku!!." Keras suara Kasturi pada Kent yang berada di atas jalan raya. Luka tembakan ditekan dengan tangannya.

Darah merah pekat keluar dari mulut dan hidung Kent. Dia sudah tercungap-cungap menarik nafas.

Anggota yang sampai tadi terus memberi bantuan menguruskan suspek yang telah berjaya ditangkap dan juga memasang tali kuning pada tempat kejadian.

"Tuan!." Sapa Insp Haris pada Kasturi apabila melihat Kent yang sudah berlumuran darah.

"Tuan, ambulan dah sampai." Kata Insp Haris lagi. Kasturi terus memberi ruang pada petugas kesihatan untuk memberi rawatan awal pada Kent yang sudah tidak sedarkan diri. Kasturi ambil peluang tersebut untuk mencuci tangannya yang berlumuran darah Kent. Pada mulanya ambulan yang datang adalah untuk membawa suspek yang ditembak tetapi disebabkan kecederaan Kent lebih serius. Dia perlu dirawat dahulu. Ambulan kedua untuk merawat suspek masih dalam perjalanan.

"Tuan, nak ikut sekali?." Soal salah seorang petugas kesihatan pada Kasturi sebaik Kent ditolak dengan stretcher masuk ke dalam ambulan. Tiba-tiba terdengar bunyi beberapa das tembakan dari atas bukit. Laju kepala mereka menoleh ke arah bunyi tembakan.

"I want but I can't." Balas Kasturi. Petugas kesihatan itu angguk dan faham.

"Which hospital?." Soal Kasturi.

"Hospital Sultanah Aminah." Balas salah seorang petugas tersebut. Kasturi angguk. Tidak lama ambulan terus bergerak pergi.

Dari jauh dapat dilihat, suspek yang berjaya ditahan dibawa turun dari bukit dengan tangan digari dan kaki kirinya luka ditembak. Terseret kakinya yang berdarah di atas rumput. Tidak dipeduli dengan kesakitan lelaki itu, anggota yang mengeskotnya terus mengheret turun dari bukit tanpa belas.

"Huh! dia rupanya." Kata Kasturi, kecil sahaja dia nampak. Rasa mahu dipicit-picit biar lenyap dari muka bumi ini. Insp Haris pandang Kasturi.

"Tuan kenal ke dengan suspek tu?." Soal Insp Haris dengan dahi berkerut.

"Kenal. Memang kenal." Balas Kasturi. Bergerak-gerak rahang Kasturi menahan rasa. Ikutkan hatinya panas, di situ juga lelaki itu makan penumbuknya. Insp Fendi bersama anggotanya membawa lelaki tersebut ke kereta peronda. Semasa sedang berjalan menghala ke kenderaan tersebut, lelaki itu memandang ke arah Kasturi bersama senyum mengejek. Kasturi sabarkan hatinya. Kuat digenggam penumbuk, ringan sahaja mahu dilayangkan ke wajah lelaki tak guna itu.

"Tuan nak saya hubungi Tuan ke, untuk turut sama dalam soal siasat suspek nanti?." Soal Insp Haris. Kasturi pandang Insp Haris lalu kepala dianggukkan.

"Berapa nombor telefon Tuan, nanti saya call." Kata Insp Haris sambil mengambil telefon bimbitnya dari poket. Kasturi kemudian memberikan nombor telefonnya pada Insp Haris. Tidak sabar rasanya mahu bersemuka dengan lelaki tak guna itu!.

"Edan. Let's go. We still have unfinished work to do." Kata Aniq pada Kasturi sebaik dia kembali dari mengesan penembak di bukit tadi. Kasturi masih lagi tegak memandang lelaki yang dibawa masuk ke dalam kereta peronda.

"Edan. We need to resolve it immediately, there is someone who needs support from us right now." Pujuk Aniq sambil bahu Kasturi ditepuk perlahan. Kasturi tarik nafas panjang. Ya, Kent memerlukan mereka!

"Thanks Haris, anything call me." Kata Kasturi pada Insp Haris. Insp Haris hanya angguk.

"Saya gerak dulu." Kata Aniq pula. Insp Haris hulurkan salam pada Aniq dan juga Kasturi. Kedua mereka berjalan ke arah kenderaan mereka tadi cuma Aniq berpindah ke kenderaan pengiring di hadapan bagi menggantikan Kent.

Kasturi pula sebaik sampai di kenderaan utama, pintu belakang dibuka. Bag packnya dicapai lalu dikeluarkan sehelai t-shirt slim fit lengan pendek warna hitam. Vest kalis peluru ditanggalkan dan diletakkan di dalam kereta dan t-shirt yang kotor dengan darah Kent ditanggalkan. Air botol dicapai lalu dibasuh wajahnya sebelum dikeringkan dengan tuala kecil. Sesudah itu baju bersih disarungkan ke tubuh sebelum vest kalis peluru dipakai semula dan baju kotor dimasukkan ke dalam beg plastik. Pintu belakang ditutup semula. Kasturi memandang ke arah tempat kejadian yang sibuk dengan pegawai dan anggota polis yang menguruskan lokasi pembunuhan. Dia pandang semula ke hadapan lalu dia menarik daun pintu dan tubuh dilolos masuk ke tempat duduk penumpang belakang bersama Bhadif. Bhadif hanya diam tidak berkutik.

"Tuan okay?." Soal Syamill yang sedang memandang Kasturi dari tempat pemandu. Kasturi hanya angguk sebelum daun pintu kereta ditarik rapat. Tangannya dipandang lama. Walaupun sudah dicuci bersih, warna merah darah seakan masih melekat di tangannya itu. Nafas ditarik panjang. Jika Kent tidak menolaknya, pasti dia yang terbaring di dalam ambulan tadi.

"Edan." Panggil Aniq melalui earpiece.

"Kita gerak." Kata Aniq dari kenderaan pengiring di hadapan.

"Okay, let's go" Balas Kasturi. Ketiga-tiga mereka hanya diam tidak bersuara begitu juga Bhadif. Perjalanan mereka diisi sepi tanpa suara.

"Er.. Tuan, lebih kurang sepuluh minit lagi kita sampai safe house." Kata Syamill. Kasturi hanya angguk. Tiba-tiba telefon bimbit Kasturi berbunyi. Kasturi capai dari pouch dan skrin di pandang, true caller memaparkan 'Hospital Sultanah Aminah'. Hati Kasturi tidak enak. Namun begitu icon hijau tetap disentuh.

"Hello."

(26/04/2021 @ 2035hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience