Bab 14

Romance Series 548166

"Awak tunggu apa lagi Kira? nak saya dukung naik atas ke?" soal Kasturi yang sudah sampai di tingkat atas.

Sebaik mendengar kata-kata Kasturi laju anak tangga dipanjat Kira. Kasturi yang melihat Kira terkocoh-kocoh naik ke atas, tersenyum nipis. Tau pun takut. Kira terus mengekori Kasturi dari belakang sehingga lelaki itu berhenti di hadapan pintu sebuah bilik. Beg di tangan kanan di letakkan ke bawah dan daun pintu bilik ditolak, dia berdiri agak ke tepi memberi ruang pada Kira untuk masuk.

"Masuklah" kata Kasturi. Kira teragak-agak melangkah masuk. Kasturi kemudian mengambil semula beg tadi dan dia juga turut masuk. Beg kertas yang mengandungi pakaian yang ditukar Kira tadi diletakkan di tepi bakul laundry lalu dikeluarkan pakaian kotor yang ada. Kira yang tadi masih memerhatikan kawasan bilik terpandangkan Kasturi yang sedang mengeluarkan pakaian dari beg kertas. Baju aku! Belum sempat Kira membantah, pantas Kasturi mengeluarkan isi beg termasuk pakaian dalamnya. Laju tangan Kira naik menutup wajah, segan apabila pakaian dalamnya disentuh Kasturi.

"Kira, awak kenapa?" soal Kasturi sebaik dia berdiri dan melihat Kira sedang menutup wajah dengan kedua tangannya.

"Hah?" kata Kira lalu kedua tangannya diturunkan perlahan-lahan.

"Saya tanya, awak kenapa sampai tutup muka macam tu?" soal Kasturi lagi. Waktu itu dilihat wajah Kira seakan ada yang tidak kena dan mata Kira tepat memandang ke arah bakul laundry. Kasturi senyum senget.

"Bukan milik orang lain pun, isteri saya juga" balas Kasturi selamba lalu dia melangkah ke arah bilik pakaian bersama beg pakaiannya. Tajam Kira menjeling pada Kasturi yang seperti tidak bersalah itu. Tidak lama Kasturi keluar semula dari bilik pakaian bersama tuala di tangan.

"Kira, awak boleh pilih mana-mana pakaian yang awak nak pakai malam ni. Baju awak masih belum dicuci lagi kan" kata Kasturi.

"Ah, okay. Terima kasih" balas Kira. Iyalah.. baju dia mana ada, semua dah hangus, rentung. Lupa pula minta Kasturi singgah di rumahnya tadi untuk mengambil pakaian. Mana nak singgahnya kalau dah kau baik punya lending Kira oi!

"Saya mandi dulu. Tuala pun ada. Ambil je mana awak nak" kata Kasturi lalu tanpa silu baju di tubuh terus ditanggalkan dan dimasukkan ke dalam bakul laundry. Terkebil-kebil Kira memandang dan sebaik Kasturi mahu menanggalkan seluar laju Kira membuka langkah ke bilik pakaian. Tidak sanggup dia nak melihat aksi terlampau Kasturi. Kasturi ketawa perlahan. Setelah pakaian ditanggalkan, tuala dililit di pinggang dan dia terus melangkah masuk ke bilik air. Kira menjenguk di sebalik dinding dan dapati Kasturi telah tiada. Fuh! lega. Tangan kanan Kira naik mengusap dada.

Kira memerhatikan bilik pakaian milik Kasturi. Kemas disusun mengikut jenis pakaian dan dikelaskan mengikut warna. Rajin. Dah macam butik pakaian. Tuala yang elok dilipat diambil sehelai lalu disangkut di bahu. Ditilik pula t-shirt yang bersusun kemas, diambil sehelai yang paling atas berwarna kuning air dan diacukan di tubuhnya dan dipandang pada cermin besar yang ada di dalam bilik itu.

Hm.. rasanya aku ni dah cukup tinggi tapi masih besar jika dipakainya. Bolehlah dari tak ada. T-shirt dan tuala kemudian diletakkan di atas meja di dalam bilik itu. Dicari pula seluar panjang. Melilau matanya mencari. Jumpa pun. Diambil sehelai. Kemudian semua pakaian tersebut dibawa keluar ke bilik dan diletakkan di hujung katil. Plastik yang mengandungi toiletries diambil dari beg kertas tadi dan diletakkan sekali bersama pakaian tadi. Mujur juga dia sempat membelinya semasa berhenti di RnR tadi. Jika tidak jadi masalah pula. Sementara menanti Kasturi keluar dari bilik air, Kira melabuhkan duduk di birai katil. Beg tangannya diambil lalu telefon bimbit dikeluarkan. Icon whatsapp disentuh lalu mesej pada Shah dihantar.

Kira : Shah, aku dah balik KL.

Tidak lama Shah membalas mesej yang dihantar Kira.

Shah : Bila sampai?

Kira : Baru je.

Shah : Ngeteh jom

Kira : Penatlah, next time.

Shah : Okay. Bila masuk office?

Kira : Minggu depanlah. Tolong bagitau boss ek.

Shah : Ok. Roger

Kira : Thanks Shah.

Setelah tamat perbualan, Kira meletakkan telefon di atas katil dan dia bersandar di kepala katil sementara menunggu Kasturi selesai mandi. Tidak lama Kasturi keluar dari bilik air dengan tubuh yang masih basah dengan titisan air. Tanggannya waktu itu sudah naik memegang rambut yang basah. Kalut Kira bangun dari katil apabila melihat Kasturi melangkah ke arahnya.

"Saya ingat awak tidur. Baru nak kejut" kata Kasturi yang sudah menghampiri Kira.

"Eh, tak tidur pun" kata Kira lalu terus dia melompat turun dari katil. Pakaian di hujung katil dicapai dan plastik toiletries dicapai lalu terus dia melangkah masuk ke bilik air.

Kasturi sudah tergeleng. Setelah Kira masuk ke bilik air dia terus ke bilik pakaian dan kain pelikat serta baju melayu dicapai dan disarung ke tubuh. Rambut yang masih basah dikeringkan dengan tuala di tangan sambil kaki melangkah ke arah cermin solek. Rambut yang basah dibetulkan dengan tangan sahaja. Tuala pula disangkut pada penyidai kemudian sejadah dicapai dan telekong di dalam laci diambil dan dibawa keluar bersama.

Sejadah dibentangkan, satu untuknya dan satu lagi untuk Kira. Sementara menunggu Kira selesai mandi, telefon dicapai dan icon whatsapp disentuh. Mesej yang masuk dibaca satu-satu. Tiba-tiba telefonnya berdering, nama Kent tertera di skrin. Icon hijau disentuh.

"Hello" Kasturi mulakan perbualan.

"Hello, Dan. Kau masih di kampung ke?" soal Kent.

"No, I'm at my home" balas Kasturi lalu melangkah ke arah sliding door. Langsir ditarik sedikit.

"Bila sampai?" soal Kent.

"Baru lagi" balas Kasturi sambil mata memerhatikan keadaan di luar rumahnya.

"Ada apa call aku?" soal Kasturi lagi.

"Aku cuma nak ingatkan kau, minggu depan kau kena masuk kerja. Tuan Mazlan nak jumpa" kata Kent.

"Tuan Mazlan?" soal Kasturi semula.

"Yup, aku dengar nama kau tersenarai untuk undercover kes seludup senjata api" kata Kent.

"Undercover?" soal Kasturi.

"Uhuh, di Italy. Tak silap aku bulan depan kena bertolak kalau tak ada apa-apa" kata Kent. Kasturi sudah terdiam. Pintu bilik air yang masih tertutup dipandang. Aduh.. takkan dia nak tinggalkan Kira.

"Aku dah cakap sebelum ni kan pada Tuan Mazlan. Itu adalah tugasan luar aku yang terakhir" balas Kasturi.

"Iya, Tuan Mazlan tau.. Dato' PJSJ pun tau tapi nak buat macam mana, dah kau favorite diaorangkan.." kata Kent pula.

"I can't Kent" kata Kasturi bersama helaan nafas panjang.

"What do you mean by can't, Edan?" soal Kent.

"I'm married" kata Kasturi. Prang!! bunyi di sebelah sana.

"Kent! Kent!" panggil Kasturi.

"Ya ya.. I'm still here" balas Kent, terdengar bunyi dia mengaduh.

"Kau ulang balik. Aku macam tak dengar" pinta Kent.

"I said, I'm married" ulang Kasturi. Tiba-tiba Kent terdiam.

"Are you kidding?" soal Kent tidak percaya. Kuat Kasturi hela nafas.

"Nope. I'm serious Kent. I'm married" ulang Kasturi lagi. Tiba-tiba Kasturi terdengar bunyi pintu bilik air dibuka. Ditoleh ke belakang dan dia dapati Kira sudah selesai mandi dengan tuala tadi diletakkan di atas kepalanya.

"Kent, I call you later" kata Kasturi lalu talian dimatikan tanpa sempat mendapat balasan dari Kent dan dia terus melangkah ke arah Kira.

"Kira" sapa Kasturi. Kira yang sedang memerhatikan sejadah yang terbentang dan telekung yang elok terletak di tengah bilik terus tertoleh pada Kasturi.

"Kita solat dulu. Lepas tu kita turun bawah" kata Kasturi lalu dia terus mengambil tempat di bahagian hadapan. Kira hanya angguk lalu telekung disarungkan ke tubuh.

"Assalamualaikum warahmatullah.."

"Assalamualaikum warahmatullah.."

Seusai doa diaminkan, Kasturi memusingkan tubuhnya ke belakang sambil menghulurkan salam pada Kira. Kira sambut huluran Kasturi lalu kekura tangan Kasturi diciumnya dan Kasturi pula melabuhkan cium pada ubun-ubun Kira. Kira duduk tengak. Wajah Kasturi dipandang.

"Terima kasih awak. Sudi terima saya" ucap Kira. Kasturi senyum sambil kepala dianggukkan.

"Thanks to you too.. sudi terima saya yang tak sempurna ni" balas Kasturi. Kira geleng.

"Jangan cakap macam tu, kita sama sahaja. Tiada yang sempurna" balas Kira. Kasturi usap kepala Kira.

"Kita turun bawah, ke dapur" kata Kasturi lalu dia bangun sambil mengangkat sejadah dan dibawa ke bilik pakaian. Kira juga turut melakukan perkara yang sama.

Kasturi kemudian mengambil seluar dan tshirt dari closet untuk ditukar. Kira yang melihat terus melangkah keluar, tidak jadi dia mahu menyangkut telekung. Kasturi geleng perlahan. Tidak lama dia keluar kembali setelah pakaian ditukar. Kira waktu itu sedang menyarungkan tudung di kepala ditegur Kasturi.

"Untuk apa sarungkan tudung kalau semuanya sudah saya lihat" bisik Kasturi di telinga Kira.

Tertoleh Kira ke sisi. Memerah wajahnya. Teringat dia dengan kejadian di bilik air rumah Pak Chaq tempoh hari. Tebal rasa wajahnya waktu itu.Terus tudung ditanggalkan. Dengan hanya menggunakan jari Kira membetulkan rambutnya lalu diikat ekor kuda. Terserlah leher jinjangnya yang putih. Terkelip-kelip mata Kasturi memandang. Kira menjeling tajam lalu terus dia berlalu ke arah pintu. Kasturi naik menggaru kepala yang tidak gatal. Langkah Kira dibuntuti hingga sampai di ruang tamu. Beg plastik makanan dan juga plastik mengandungi buah-buahan tadi diambil lalu dibawa ke dapur.

"Kira duduk sekejap. Saya panaskan lauk dan nasi" kata Kasturi.

"Eh, biarlah saya yang buat. Awak tu yang duduk" kata Kira. Takkanlah Kasturi pula yang mahu panaskan lauk dan nasi untuknya.

"Boleh ke?" soal Kasturi.

"Boleh. Tak ada masalah pun" kata Kira.

"Kalau macam tu, biar saya buatkan air" kata Kasturi. Kira angguk sambil tersenyum.

Kira kemudian menarik daun pintu peti ais tapi kosong di dalamnya, tiada apa yang tinggal. Begitu juga di bahagian tempat beku. Aik! tak masak ke dia ni. Apa pun tak ada.

"Sorry.. barang basah tak ada. Saya balik kampung lama kan, bukan saya tak masak tapi tak nak nanti kalau lama-lama rosak pula makanan dalam tu. Esok kita shopping" kata Kasturi. Tidak lama nasi dan lauk siap dipanaskan dan dihidangkan di atas meja. Kira dan Kasturi ambil tempat di meja makan. Senyap sahaja makan malam Kira dan Kasturi, mungkin masing-masing lapar agaknya. Semasa sedang menyuap makanan, Kira terpandang belakang tangan Kasturi. Dari rumah Pak Ndak lagi ingin ditanya.

"Er.. awak. Saya nak tanya sikit boleh tak?" soal Kira.

"Tanyalah" kata Kasturi.

"Macam mana tangan tu boleh luka?" soal Kira sambil menunjukkan ke arah buku limanya yang masih lagi ada kesan merah. Kasturi pandang wajah Kira.

"Kira nak cerita sebenar atau yang sebaliknya?" soal Kasturi. Wajah Kira dipandang tepat.

"Kalau sebaliknya, baik awak simpan saja cerita tu, Edan" balas Kira lalu nasi disuapkan ke mulutnya. Kasturi hela nafas panjang.

"Lias dengan anak Kak Midah tu kerja awak kan?" soal Kira apabila Kasturi masih diam.

"Ya" balas Kasturi sepatah.

"Kenapa awak tak bagitau saya?" soal Kira. Kasturi yang baru mahu menyuap nasi terhenti tindakannya.

"Katakan saya bagitau awak, dan lepas tu apa yang awak nak buat?" soal Kasturi. Mata Kira ditentang. Dapat dirasakan amarah di situ.

"Sama je apa yang akan awak buat, tak ada beza pun dengan apa yang saya lakukan, Kira. So, what's the point?" soal Kasturi.

"What's the point awak tanya? Eh, Pak Chaq dan Mak Chaq tu mak saudara saya yang dah saya anggap macam ibu bapa sendiri Edan. Tapi diaorang bukan sesiapa pada awak pun" suara Kira sedikit tinggi. Dia kecewa kerana Kasturi membelakangkan dirinya. Tersentak Kasturi dengan kata-kata Kira. Kasturi bangun dan membawa pinggannya terus ke sinki. Dia tidak mahu suasana semakin tegang.

"Edan, awak nak ke mana?" soal Kira apabila melihat Kasturi yang sudah bangun meninggalkan meja makan. Panggilan Kira tidak dibalas sebaliknya dia teruskan langkah kaki ke sinki. Kira terus bangun mendapatkan Kasturi. Dia cukup pantang kalau orang yang dipanggil tidak menyahut. Lengan Kasturi ditarik hingga mengadap ke arahnya.

"So what? what do you want me to do, Kira?" soal Kasturi.

"Let my hands be dirty but not you, Kira" balas Kasturi perlahan dan paip air ditutup. Tuala dicapai lalu tangan dikesat dan tanpa menunggu lama dia terus berlalu ke ruang tamu.

"Arghh!" jerit Kira.

(07/02/2021 @ 2249hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience