Bab 79

Romance Series 548166

'Tok Tok Tok'

"Masuk." Sahut Kasturi dari dalam. Kent tolak daun pintu pejabat Kasturi dan berdiri di celah pintu sambil tangan kiri menolak daun pintu dari tertutup.

"Edan." Panggil Kent.

"Hurm.." Balas Kasturi malas.

"Gym jom." Ajak Kent pada Kasturi yang sedang bersandar malas di sofa dalam pejabatnya dengan mata yang tertutup.

"Semenjak kes Tatoo dan Chakan selesai, banyak sangat laporan dan kertas kerja yang perlu disiapkan, sampai nak masuk gym pun dah sempat.. Balik rumah pun dah jarang, asyik tidur pejabat je. Tu belum lagi ulang alik ke mahkamah hadir bicara. Akhirnya kes tersebut berjaya juga di bawa sampai ke pertuduhan di mahkamah. Mujur juga tidak ditawarkan jamin sehingga kes selesai, kalau tidak jadi satu masalah pulak nanti." Kata Kent panjang lebar tapi Kasturi masih juga tidak bergerak-gerak, tetap juga di tempat tadi.

"Edan. Cepat la..!" Ajak Kent lalu kaki melangkah masuk dan lengan Kasturi ditepuk.

"Kau ni dah kenapa, lemau semacam je.. kau tak sihat ke?." Soal Kent apabila melihat keadaan Kasturi yang bermalasan begitu. Tidak pernah pula dia melihat Kasturi berperangai macam ni.

"Edan." Panggil Kent lalu melabuhkan duduk di sofa di sisi Kasturi.

"Ntahlah, dalam sebulan dua ni aku rasa macam malas.. I just want to lie down and sleep." Balas Kasturi sambil tubuh dibawa duduk tegak dan leher diurut perlahan.

"Kau tak pergi hospital ke klinik ke.. cuba la buat pemeriksaan. Jangan dibiarkan, melarat nanti." Kata Kent berbaur bimbang.

"Tapi, sekarang ni.. kau bangun cepat!." Kata Kent yang sudah bangun berdiri sambil lengan Kasturi ditarik untuk turut sama bangun. Dengan malas dan terpaksa, Kasturi bangun juga.

"Cepat, aku tunggu kau kat di bilik loker." Kata Kent sambil mengatur langkah keluar dari pejabat Kasturi.

+++

"Hah! sampai pun. Lama sangat kau buat apa?." Soal Kent yang sudah siap menukar pakaian untuk ke gym. Tuala kecil dari loker diambil dan disangkut di bahu sebelum pintu loker ditutup.

"Cepatlah, tak nak salin baju ke? Takkan kau nak pakai macam tu masuk gym." Soal Kent sambil memandang pada pakaian yang tersarung di tubuh Kasturi yang nyata tidak bersesuaian.

"You go first, aku nak salin sekejap." Kata Kasturi sambil mengambil pakaian dari loker dan dibawa ke tandas untuk menukarnya.

+++

"Baru rasa ringan badan." Kata Kent pada Kasturi sambil t-shirt di badan ditanggalkan. Loker di hadapan dibuka dan sehelai tuala diambil dan diikat di pinggang sebelum seluar pendeknya ditanggalkan kerana basah dek peluh.

"Eh, kau tak nak mandi dulu ke sebelum balik?." Soal Kent apabila dia melihat Kasturi masih lagi berdiri tegak di hadapan lokernya dengan mata memandang ke dalam loker sendiri. Dahi Kent berkerut.

"Kau kenapa ni?." Soal Kent sambil merapati Kasturi.

"Kau tak sihat ke?." Soal Kent lagi sambil merapati Kasturi di lokernya.

"Kau tengok apa dalam loker ni?." Soal Kent sambil menjenguk ke loker Kasturi bersama dahi berkerut.

"Banyaknya handyplast. Kau buat apa dengan benda ni?." Soal Kent sambil tangan kirinya mencapai sekotak handyplast dari loker.

"Tak payah la ambil." Marah Kasturi sambil cuba merampas kotak handyplast yang ada di tangan Kent. Entah bagaimana, tangan Kent tersentuh dada Kasturi dan terkena pada sesuatu yang melekat di situ.

'Zap'

T-shirt Kasturi diselak dan waktu itu mata Kent tertancap pada handyplast yang ditampal pada kedua-dua dada Kasturi.

'Bhuahahahaha..'

Kuat Kent lepas ketawa. Kasturi pula sudah memerah muka sambil dengan kasar t-shirt yang diselak Kent tadi ditarik turun.

"Oit! Dah kenapa dada kau berplaster ni?" Soal Kent yang masih bersisa ketawanya.

"Takkan kena gigit dengan Kira kot." Kata Kent sambil mengesat hujung mata yang berair kerana ketawa tetapi Kasturi tidak membalas hanya memandang Kent dengan pandangan tajam. Terus terhenti ketawa yang meletus tadi.

Terkelip-kelip mata Kent memandang Kasturi yang sudah berlalu ke bilik air.

Aduh..!

Selepas selesai berpakaian, Kent menunggu Kasturi di bilik loker. Tidak lama Kasturi tiba dengan pakaian yang sudah siap di badan cuma rambut yang masih sedikit basah. Tajam jelingan Kasturi pada Kent.

"Edan, sorry." Kata Kent. Langkah diatur pada Kasturi yang sedang menyimpan peralatan mandi di dalam loker dan pakaian kotor dimasukkan ke dalam laundry beg untuk dibawa pulang.

"Hurm.. I'm sorry too." Balas Kasturi lalu pintu loker ditutup dan langkah terus diatur menuju ke pejabatnya.

Dalam perjalanan ke pejabat, Kasturi teringat dengan tingkah Kira yang dikira agak pelik dan tidak seperti biasa. Mana taknya, setiap kali mahu tidur, pasti dadanya menjadi mangsa tangan Kira sehingga naik merah dan melecet. Disebabkan itulah Kasturi terpaksa menampal handyplast sebelum memakai pakaian. Rambut yang masih basah diraup dengan tangan.

"Iya.. orang mengandung ni memang pelik-pelik.." Tanpa sengaja Kasturi terdengar perbualan Shamil dengan Vasu di bilik operasi. Kasturi terus menghentikan langkahnya dan berdiri di tepi pintu.

"Ye ke? Mana kau tau?." Soal Vasu.

"Aku tahu lah.. kakak aku baru-baru ni disahkan mengandung. Sebelum tahu dia mengandung tu, abang ipar aku cakap, hari-hari sebelum tidur nak gentel telinga. Kalau tak bagi.. kakak aku merajuk panjang." Kata Syamil. Kasturi yang mendengar sudah berkerut dahinya. Mengandung? Gentel telinga? Peliknya.

"Gentel telinga? Telinga siapa?." Soal Vasu lurus. Syamil sudah ketawa.

"Telinga abang ipar aku la, takkan telinga aku pulak.. kau ni.." Terang Syamil sambil menyambung ketawa.

"Oo.. jadinya.." Soal Vasu masih lagi tidak faham.

"Maksudnya.. mungkin isteri kau tu mengandung.. tapi mungkin, bukan pasti ya, mungkin. Kalau nak lebih pasti kau bawa la pergi klinik tak pun beli la ujian kehamilan di farmasi. Minta isteri kau buat pregnancy test. Mana tau rezeki kau dapat anak kedua." Terang Syamil panjang lebar. Vasu angguk tanda faham.

"Aku bukan apa, masa mengandung anak pertama, tak ada pula buat benda pelik-pelik ni." Kata Vasu lagi.

"Edan." Panggil Kent yang kebetulan melalui kawasan tersebut. Tertoleh ke sisi Kasturi apabila namanya dipanggil.

"Kau buat apa berdiri kat sini?." Soal Kent sambil mengintai ke dalam bilik operasi.

"Tuan." Sapa Syamil dan Vasu serentak apabila melihat Kent yang mengintai ke dalam bilik tersebut. Kent hanya mengangguk.

"Nothing." Balas Kasturi yang kemudian meneruskan langkahnya menuju ke pejabat sambil memikirkan apa yang dikatakan Syamil tadi.

"Kira mengandung ke?." Soal Kasturi.

+++

"Abang.." Sapa Kira sebaik melihat Kasturi yang melangkah berjalan menuju ke arahnya di sofa di ruang tamu. Kasturi senyum manis dan kemudian pipi Kira dicium sekilas sebelum melabuhkan duduk di sisi Kira.

Kira yang sedang menikmati strawberry yang dicicah dengan sos coklat menyuap sebiji strawberry yang dicelup coklat pada Kasturi. Tergeleng perlahan Kasturi mengelak.

"Rasa la. Sedap tau, manis." Kata Kira bersama buah strawberry yang masih lagi berada di hadapannya. Mahu tak mahu dibuka juga mulutnya walaupun dia tidak rela. Dikunyah perlahan buah tersebut tetapi kemudian matanya memandang semangkuk buah yang berada di atas meja kopi. Garfu yang ada dipiring dicucuk pada strawberry dan kemudian dicelup dalam sos coklat, sedap pula rasa. Lepas sebiji, sebiji lagi hingga separuh buah strawberry dalam mangkuk dimakan Kasturi. Kira yang berada di sebelah Kasturi terdiam melihat Kasturi yang begitu berselera menikmati strawberry dicicah sos coklat. Kasturi yang sedang menyuap buah ke mulut terus terhenti tangannya apabila menyedari Kira sedang memandangnya dengan pandangan pelik. Terus diletakkan semula garfu ke mangkuk buah tadi.

"Ehem.." Kasturi berdeham bersama bibir dikesat dengan tisu yang diambil dari atas meja dan dengan perlahan Kasturi bangun lalu berjalan menuju ke tingkat atas. Kira pula tidak lepas-lepas memandang Kasturi dengan riak pelik.

"Bukan abang tak suka makanan manis ke?." Soal Kira sendiri sambil memandang buah strawberry yang sudah tinggal separuh mangkuk dimakan Kasturi.

+++

Selepas makan malam dan mengemas meja makan, Kira membawa biskut Famous Amos yang dibeli semasa keluar waktu rehat bersama Sara tengah hari tadi. Selepas berehat selama dua bulan selepas keguguran, Kira telah dibenarkan bekerja semula tetapi dengan syarat pergi dan balik kerja diambil dan dihantar oleh Reno. Walaupun keadaan sudah kembali tenang, Kasturi masih lagi berhati-hati dengan keselamatan Kira.

"Sayang." Sapa Kasturi apabila melihat Kira yang melangkah menghampirinya bersama sesuatu di tangannya.

"Sayang lapar lagi ke?." Soal Kasturi sebaik melihat bungkusan tersebut adalah biskut. Kira hanya geleng sambil melabuhkan duduk di sisi Kasturi.

"Bukan lapar tapi mulut ni rasa nak makan sesuatu.." Kata Kira.

"Abang nak?." Soal Kira lalu menyuap sekeping pada Kasturi. Kira sengaja mahu menguji sebenarnya. Kira pandang Kasturi dengan ekor mata, ralit tangannya mengambil biskut dari tangan Kira selepas Kira menyuap sekeping pada Kasturi tadi.

"Abang." Panggil Kira. Kasturi yang asyik dengan menonton tv memandang Kira di sisi.

"Kenapa sayang?." Soal Kasturi.

"Sayang nak tanya sikit. Tanya je tau." Kata Kira lalu kaki kanan dilipat ke sofa dan tubuhnya mengadap Kasturi di sisi. Kasturi alihkan pandangannya kepada Kira yang berada di hadapan.

"What do you want to ask?." Soal Kasturi.

"Tak.. sayang cuma nak tanya, sejak bila abang suka makanan manis?." Soal Kira. Kasturi memandang Kira tak berkelip seakan baru tersedar.

"Sayang bukan marah cuma rasa macam pelik pulak." Tambah Kira lagi.

"Pelik?." Soal Kasturi. Waktu itu juga Kasturi teringat dengan kata-kata Syamil.

"Sayang.." Panggil Kasturi sambil berfikir ayat yang sesuai untuk dikatakan pada Kira.

"Abang, kenapa ni?." Soal Kira apabila melihat Kasturi hanya diam memandang wajahnya tanpa berkata apa-apa.

"Ah.. How can I ask this.." Kata Kasturi. Bimbang jika soalannya akan menyinggung perasaan Kira.

"Abang nak tanya apa ni?" Soal Kira lagi. Baru sahaja Kasturi mahu membuka mulut, telefon bimbitnya berbunyi dan tertera nama Am di skrin. Nafas dihela panjang sebelum tangan mencapai telefon bimbit dan icon hijau digesek. Melihatkan Kasturi yang berbual di telefon, Kira terus bangun dan berjalan ke dapur bersama bekas bungkusan biskut yang telah habis. Bungkusan yang kosong dibuang ke tong sampah dan tangan dicuci.

"Ada masalah ke?." Soal Kira apabila melihat Kasturi yang sedang melangkah ke arahnya di dapur untuk mencuci tangan.

"Nothing important, just office matter." Balas Kasturi sambil tangan dicuci. Kira menuangkan air kosong ke dalam gelas dan diserahkan pada Kasturi. Seteleh selesai, kedua-dua mereka naik ke tingkat atas.

"Abang nak tanya apa dengan sayang tadi." Soal Kira sambil memanjat katil dan menyusup masuk ke bawah selimut.

"Tanya?." Soal Kasturi sambil membetulkan duduknya yang bersandar di kepala katil.

"Ha'ah.. tadi kan abang ada nak tanya sayang sesuatu.. apa dia?." Soal Kira lagi. Lama Kasturi berfikir sebelum wajah Kira yang turut bersandar di kepala katil dipandang.

"I just.." Terhenti ayat Kasturi apabila dia sedari tangan Kira sudah berada di dadanya. Kira yang berada di sisi dipandang, Kira hanya pamer senyuman dan gigi putihnya. Aduhlah sayang... Kasturi memejam mata seketika sebelum diteruskan soalan.

"Sayang.. I think we should go to hospital or clinic." Kata Kasturi.

Tangan Kira yang asyik di dada Kasturi tadi terus terhenti dan selimut yang menutup dada Kasturi ditarik.

"Abang sakit ke kat sini? Pedih ya?." Soal Kira sambil dada Kasturi dibelek. Panjang Kasturi hela nafas.

"Sayang.." Kata Kasturi bersama tangan Kira yang berada di dadanya dipegang dan digenggam erat.

"Not me.. but you." Kata Kasturi. Bulat mata Kira apabila mendengar kata-kata Kasturi. Berubah terus riak wajahnya.

"Kenapa pula sayang? Sayang bukannya sakit." Balas Kira dengan nada pelik.

"No.. abang tak cakap sayang sakit.." Kata Kasturi hati-hati. Wajah Kira dipandang dan kemudian tubuh Kira ditarik ke dalam pelukan.

"Dah tu..?" Soal Kira sambil dada Kasturi ditolak perlahan. Wajah Kasturi dipandang inginkan penjelasan. Panjang nafas ditarik sebelum ayat dimulakan.

"Macam ni.." Kasturi kemudian menceritakan berkaitan perbualan Syamil dan Vasu yang didengarinya siang tadi.

"So.. You assume, I'm pregnant?." Soal Kira inginkan kepastian. Kasturi angguk perlahan.

"But.. What if I'm not pregnant?." Soal Kira bimbang. Kedua-dua tangannya disatukan dan dimainkan sesama sendiri. Tertunduk sahaja wajahnya.

"Hey.." Kata Kasturi bersama tangan kanannya menarik perlahan dagu Kira supaya memandang wajahnya.

"We just want to make sure, if you're not pregnant, it's okay sayang." Kata Kasturi lalu melabuhkan cium di dahi Kira.

"Okay.." Balas Kira perlahan.

"So.. esok sayang ke farmasi dulu la beli pregnancy test, lepas tu.." Tidak sempat ayat dihabiskan Kasturi menyampuk.

"Wait.. wait.." Kata Kasturi lalu terburu-buru bangun dari katil dan berjalan laju ke arah closet dan tidak lama Kasturi keluar semula bersama beg plastik di tangan.

"Er.. abang dah beli pregnancy test but.. I don't know which one so.. i buy all of this." Kata Kasturi sambil menyerahkan plastik pada Kira. Kira memgambilnya lalu isi kandungan plastik tersebut dikeluarkan di atas katil.

"Banyaknya abang beli." Kata Kira. Wajah Kasturi yang sudah melabuhkan duduk di birai katil dipandang. Kasturi senyum nipis bersama kening yang tidak gatal digaru. Kira tarik nafas panjang lalu mengambil tiga pregnancy test dari sebungkus yang dibeli Kasturi dan dibawa ke bilik air.

"Sayang nak abang temankan?." Soal Kasturi. Kira toleh ke belakang sambil kepala digeleng perlahan.

"Okay.. I'll wait here." Kata Kasturi bimbang.

"Okay.." Balas Kira lalu melangkah masuk ke bilik air.

07/12/2023 @ 2145hrs

Share this novel

Rohani Hussin
2024-03-30 05:41:49 

lamanya tggu..update pleasee

kimmi wong
2024-03-21 15:45:10 

Mana fifi


NovelPlus Premium

The best ads free experience