Bab 5

Romance Series 548166

"Banyaknya awak beli" kata Kira apabila melihat pada barang yang penuh bakul. Kasturi hanya tersenyum lalu membawa bakul ke kaunter bayaran. Setelah bayaran dibuat kedua mereka melangkah ke arah tempat parking. Setelah barang diletakkan di bahagian tempat duduk belakang, Kasturi melolos masuk ke tempat pemandu dan pedal ditekan. Meluncur laju kereta pergi meninggalkan kawasan pasaraya menuju ke tempat parking TESCO. Sebaik sampai kereta dihentikan berhampiran kereta Kasturi. Kedua-dua mereka melolos keluar. Kira melangkah ke arah Kasturi yang berdiri di tepi pintu pemandu.

"Thanks" ucap Kira sepatah. Kasturi angguk.

"Tangan tu masih merah. Jangan lupa sapukan minyak" pesan Kasturi sebelum dia melangkah ke arah keretanya. Kira pandang belakang tangannya yang masih merah kemudian tersungging senyuman manis sebelum tangannya naik menarik daun pintu kereta lalu tubuh dilolos masuk. Pedal minyak ditekan dan kereta meluncur pergi. Di belakang, Kasturi mengekori kereta dipandu Kira hinggalah sampai di rumah Pak Chaq. Setelah memastikan Kira sudah masuk ke dalam rumah, barulah Kasturi memandu pulang ke rumah.

"Assalamualaikum" Kira memberi salam. Mak Chaq yang waktu itu sedang menyiapkan makan malam menoleh pandang ke arah pintu.

"Balik dah" sapa Mak Chaq. Kira hanya angguk lalu plastik barang diletakkan di atas meja makan.

"Banyaknya hang beli barang, nak buat kenduri ka?" soal Mak Chaq sambil plastik mengandungi barang-barang basah dan keperluan dapur di atas meja makan dibuka.

"Bukan cheq yang beli.." balas Kira lalu bangun menuju ke rak pinggan mangkuk. Gelas dicapai lalu panjang langkah diatur ke peti ais. Daun pintu ditarik dan botol air kosong diambil dan dibawa ke meja makan. Setelah gelas penuh diisi air sejuk laju diteguknya hingga habis. Lega tekak.

"Dah tu hang ambik mana barang-barang ni?" soal Mak Chaq pelik.

"Edan" balas Kira sepatah.

"Edan? sapa Edan?" soal Mak Chaq pelik. Tak pernah dia dengar Kira menyebut nama tersebut.

"Edan tu Ri la, dia la yang belikan. Dia habaq, dia segan dok mai makan free kat ghumah ni. Tu yang dia beli bagi" terang Kira.

"La.. tak payah dok gaduh la.. dok beli buat apa. Bukan selalu pun dia mai makan sini. Ish hang ni pun Kira. Pi ambik buat apa?" marah Mak Chaq.

"Rezeki jangan ditolak Mah.. dah orang bagi. Kita ambik. Apa payah, Mah masak lepaih tu panggil Ri mai makan" sampuk Pak Chaq yang baru keluar dari bilik air.

"Ya tak ya jugak.." kata Mak Chaq.

"Dah Kira pi mandi, nak nak senja dah ni" kata Pak Chaq pada Kira.

+++

Kasturi memandu pergi meninggalkan kawasan rumah Pak Chaq. Tidak lama kereta dipandunya masuk ke halaman rumah arwah ayahnya. Kereta diparking elok di tepi rumah. Enjin dimatikan dan kemudian daun pintu ditolak lalu tubuh dilolos keluar. Setelah alarm ditekan dia terus melangkah ke arah pintu rumah. Teringat pula dia pada Jeff. Sambil melangkah masuk ke dalam rumah. Tangan menyeluk poket mengambil telefon bimbit dan nombor seseorang didail.

"Hello Kent" Kasturi menyapa.

"Yup, apa? kau dah nak balik ke?" soal Kent di sebelah sana.

"Not yet" balas Kasturi sambil melabuhkan duduk di sofa ruang tamu.

"Kau ingat lagi tak pada adik beradik Jefferson?" soal Kasturi pula.

"Qairil Jefferson dan abangnya Farish Jefferson. Kenapa?" soal Kent.

"Apa status terakhir fail kes Qairil Jefferson?" soal Kasturi.

"Tak silap aku D9 masih lagi mengumpul bukti untuk mendakwa Qairil Jefferson dalam kegiatan pelacuran" balas Kent.

"Is the existing evidence still insufficient?" soal Kasturi.

"Kau pun tahukan, mangsa-mangsa pelacuran ni semua bekas isteri Qairil Jefferson" balas Kent.

"Maksud kau?" soal Kasturi tidak percaya. Terus tertegak duduknya.

"Maksud aku, sebelum perempuan-perempuan tu dijadikan pelacur, mereka merupakan isteri kepada Qairil Jefferson. M.O dia senang sahaja, dia cari perempuan-perempuan cantik yang tergoda dengan pujuk rayu dan kemewahan yang dia tunjuk. Kemudian dikahwininya di sempadan, setelah dia puas dengan perempuan tersebut, mereka akan diceraikan dan dijadikan pelacur. Kebiasaannya tempoh tidak sampai satu bulan perkahwinan. Mereka ini semua dah dibrain wash Qairil hingga tiada yang mahu membuka mulut dan sanggup menjadi saksi bagi pertuduhan. Sebelum ini ada seorang perempuan ni yang bersetuju untuk menjadi saksi bagi kes ni tetapi tidak lama dia dijumpai mati terjun bangunan" terang Kent.

"Siapa yang pegang fail dia?" soal Kasturi.

"Aku tak pasti tapi metting siang tadi aku dengar Dato' KJSJ nak tubuh team khas" kata Kent.

"Yang kau ni tiba-tiba tanya pasal diaorang ni kenapa?" soal Kent pelik.

"Nothing" balas Kasturi sepatah.

"Kau tolong semak background penama ni. Nanti aku send detail" kata Kasturi dan talian terus dimatikan. Kemudian jemarinya ligat menaip mesej dan kemudian, 'send'.

Tubuh yang penat disandarkan ke belakang. Kira dalam bahaya kalau Jeff dapat tahu hal sebenar bahawa dia bukan suami Kira. Tidak sanggup dia bayangkan andai Kira mengalami nasib yang sama dengan perempuan-perempuan yang menjadi mangsa sindiket pelacuran. Habis tu takkan kau nak kahwin dengan Kira pula? nak ke Kira dan dia pun belum terlintas lagi mahu mengakhiri zaman bujangnya. Bagi dia hidup sendiri lebih mudah. Bukan takut untuk memikul tanggungjawab tetapi bimbang tidak mampu untuk memikul tanggungkawab. Takut dan tidak mampu dua makna berbeza. Ah, biarlah. Kira bukan ada kena mengena dengan dirinya pun. Buat apa nak kisah.. tetapi semasa ayah meninggal, Pak Chaq dan Mak Chaq yang banyak membantu sejak dari mula hinggalah selesai majlis tahlil. Aduh.. serba salah jadinya. Jari naik memicit pelipis kepala. Tiba-tiba sakit kepala menyengat.

+++

"Mak Chaq, cheq naik bilik dulu la. Nak mandi" kata Kira.

"Pi lah, sat lagi buleh makan sama-sama" kata Mak Chaq.

"Okay" balas Kira lalu kaki melangkah naik ke tingkat atas. Tidak lama Kira turun kembali menuju ke bilik air untuk mandi. Waktu itu Mak Chaq sedang sibuk mengemas dan menyimpan barang-barang yang dibelikan Kasturi tadi. Selesai membersihkan diri Kira naik semula ke biliknya untuk solat maghrib. Setelah selesai solat dan menyangkut telekong dan juga sejadah, Kira melabuhkan duduk di birai katil. Telefon bimbit di atas meja dicapai lalu nombor Shah di dail. Tidak lama panggilan disambut.

"Hello" Kira menyapa.

"Ada apa El?" soal Shah.

"Aku nak minta tolong kau dapatkan butiran pemilik kereta ni" kata Kira. Terdengar keluhan dari Shah di sebelah sana.

"Ada orang follow kau lagi ke, El?" soal Shah bimbang.

"Eh, tak tak tak" laju Kira membalas.

"Dah tu, ni nombor kereta siapa pula?" soal Shah di sebelah sana.

"Ala.. kau tolong je la.." pinta Kira sambil dia naik ke katil dan disandarkan tubuhnya ke kepala katil.

"Hurm.. send sini nombor platnya. Nanti dah dapat aku send detail" kata Shah.

"Thanks Shah" balas Kira lalu talian dimatikan dan pantas jari menaip nombor pendaftaran Myvi yang dipandu Kasturi.

'Tok tok tok'

Kira tertoleh ke arah pintu apabila terdengar ketukan.

"Sat, sat" kata Kira lalu dia turun dari katil dan melangkah ke arah pintu bilik. Daun pintu ditarik.

"Pak Chaq" kata Kira.

"Jom makan" ajak Pak Chaq. Kira angguk lalu mengekori Pak Chaq turun ke dapur dan terus dilabuhkan duduk. Waktu itu Mak Chaq sudahpun sedia di meja makan.

"Hah, duduk" kata Mak Chaq. Sedang enak menikmati makan malam, telefon bimbit Kira berbunyi menandakan ada mesej yang masuk. Laju Kira mencapai telefon yang berada di atas meja di sisinya. Skrin digesek dan icon whatsapp disentuh. Mesej dari Shah dibaca berulang kali hingga terbit keluhan dari bibir.

"Awatnya tu?" soal Mak Chaq apabila melihat raut wajah Kira yang masam.

"Dak.. orang jantan la ni memang tak dak duit nak beli kereta ka apa ni?" bebel Kira. Mak Chaq dan Pak Chaq saling memandang.

"Awat cakap lagu tu?" soal Pak Chaq tidak mengerti.

"Tak dak apalah" balas Kira. Telefon di tangan terus diletak kembali di atas meja. Hm.. Myvi yang Edan bawa tu pemilik dia perempuan. Siapa perempuan tu? Takkan isteri sebab dia cakap dia belum kahwin.. ke girlfriend? tak pun tunang? ish!

"Kira.. hang dok merungut apa? herot-herot bibiaq tu" tegur Mak Chaq. Kira pandang sambil tersengih lalu laju dia menghabiskan baki nasi di dalam pinggan. Kemudian air di dalam gelas diteguk.

"Cheq sudah dah" kata Kira lalu bangun sambil membawa pinggan dan gelas.

"Sikit ja makan malam ni" kata Pak Chaq.

"Kenyang dah" balas Kira yang sedang mencuci pinggan dan gelas. Sesudah itu kain pengelap dicapai untuk mengeringkan tangan.

"Pak Chaq, Mak Chaq. Cheq pi bilik na" kata Kira sambil mencapai telefon di atas meja. Pak Chaq dan Mak Chaq hanya angguk dan kemudian meneruskan makan malam.

+++

Pagi itu Mak Chaq mengajak Kira mengikutnya mengutip pucuk paku di belakang rumah. Banyak juga yang dapat.

"Mak Chaq nak masak apa pucuk paku ni?" soal Kira sambil mencuci tangan di sinki dapur.

"Masak lemak dengan ikan masin" balas Mak Chaq.

"Sedapnya.. dengaq saja pun dah kecoq ayaq lioq" kata Kira.

"Hang dah bagitau Ri ka mai makan tengah hari hari ni?" soal Mak Chaq yang sedang menyiang pucuk paku.

"Cheq tak habaq pun tapi ada la cakap kat dia nanti mai makan kat ghumah" balas Kira.

"Call la dia bagitau mak makan tengah hari sat lagi" kata Mak Chaq. Kira sudah tergaru kepala yang tidak gatal.

"Hah! awat?" soal Mak Chaq.

"Cheq mana ada nombot telefon dia" kata Kira. Mak Chaq tayang wajah blur.

"Tak pa lah, sat lagi Pak Chaq balik kebun Mak Chaq mintak pi panggil Ri" kata Mak Chaq.

Tengah hari itu Kasturi datang lagi ke rumah untuk makan tengah hari. Berselera mereka hingga bertambah nasi.

Seperti kebiasaan, selepas makan tengah hari Pak Chaq dan Mak Chaq mengajak Kasturi untuk minum di parkin di bawah pokok jambu. Sedang asyik berbual dan menikmati puding mangga, sebuah kereta berwarna hitam masuk ke halaman rumah Pak Chaq. Keempat-empat pasang mata tegak memandang ke arah kereta tersebut.

"Sapa tu?" soal Mak Chaq sambil menepuk perlahan lengan Pak Chaq.

"Mana abang tau. Kira kenai ka, sapa tu?" soal Pak Chaq pula. Laju Kira menggeleng kepala.

"Mana cheq kenai" balas Kira. Tidak lama keluar seorang lelaki tinggi lampai berkaca mata hitam dari bahagian penumpang belakang.

"Kau!" jerit Kira yang sudah turun dari parkin. Kasturi yang masih lagi berada di atas parkin memandang tajam pada lelaki yang sedang melangkah ke arah parkin. Apa yang dia buat di sini?

"Kau nak apa lagi Jeff!" marah Kira yang sudah laju melangkah ke arah Jeff. Jeff ketawa.

"My answer still same. I want you El" balas Jeff sambil meneruskan langkah menghampiri parking.

"Hang nak apa Jeff mai sini?" soal Pak Chaq tertahan-tahan.

"I nak kahwin dengan El" balas Jeff sambil menanggalkan cermin mata hitamnya.

"Hey, kau lupa ke! aku dah cakap semalamkan yang aku dah kahwin!" marah Kira. Jeff senyum sinis. Pak Chaq dan Mak Chaq pula sudah saling memandang.

"I tahu lelaki ni bukan suami you El" kata Jeff sambil menoleh pandang pada Kasturi yang sudah berdiri tegak di tepi parkin.

"Who says?" soal Kasturi kasar.

"Dah la Jeff, hang balik. Kira dah menikah" kata Pak Chaq. Tertoleh Mak Chaq dan Kira pada Pak Chaq apabila mendengar kata-kata Pak Chaq. Terkebil-kebil mata Mak Chaq tidak mengerti tetapi bibirnya terkunci rapat untuk bertanya.

Jeff yang mendengar kata-kata Pak Chaq terus tegang wajahnya. Tajam dipandang Pak Chaq dan tangannya naik mahu memegang leher baju Pak Chaq tetapi tangannya pantas dipegang Kasturi dan dikilas ke belakang lalu ditekan kepalanya ke parkin. Terkial-kial Jeff mahu dilepaskan. Melihat keadaan Jeff, dua orang lelaki pengikut Jeff yang berada di tepi kereta laju melangkah mahu menghampiri Kasturi.

"Kau rapat, patah tengkuk dia aku kerjakan!" keras suara Kasturi berbunyi. Tidak jadi dua lelaki tadi. Yang Jeff pula sudah merah padam wajahnya kerana ditekan ke permukaan keras.

"Kau ganggu Kira lagi, sampai lubang cacing aku cari" bisik Kasturi pada telingan Jeff sebelum Jeff ditarik dan dicampak ke arah dua orang pengikutnya.

Bergerak-gerak rahang Kasturi menahan marah. Ikutkan hatinya memang patah leher Jeff dikerjakan.

"Kau tunggu El!" marah Jeff sebelum dia melangkah kasar ke arah kereta. Setelah tubuh dilolos masuk, kuat daun pintu ditutup. Tidak lama mendesup kereta meninggalkan kawasan rumah.

"Bila hang pa kawin?" soal Pak Chaq sambil matanya memandang Kasturi dan Kira bergilir.

"Kami tak kahwin pun" laju Kira membalas.

"Dah tu tadi hang habaq kata dah kahwin" sampuk Mak Chaq pula. Kasturi tarik nafas panjang.

"Pak Chaq, Mak Chaq. Izinkan saya memperisterikan Elvaretta Kirana sebagai isteri yang sah" kata Kasturi senafas. Kira yang berdiri di sisi Kasturi laju menoleh pandang pada Kasturi.

(31/01/2021 @ 2347hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience