Bab 2

Romance Series 548166

Laju Kira berlari hingga ke pintu dapur, habis tercampak selipar di kaki.

"Ish, tak senonoh betui la hang Kira.." kata Kira sendiri sambil kaki melangkah ke arah sinki untuk membasuh mulut dan tangan yang melekit dengan air sirap. Selesai mencuci tangan, terus dia mencapai kain lalu tangan dan bibir dilap kering sambil kaki melangkah ke arah tingkap cermin nako, langsir diselak sedikit. Panjang lehernya mengintai ke luar di bawah pokok jambu.

"Siapa dia ni ya?" Kira sudah berfikir-fikir.

"Hm.. macam sesuatu je. Tapi Mak Chaq cakap dia ni anak Pak Lah" sambung Kira lagi sambil mata memandang ke luar.

"Pak Lah ada anak ke? macam mana aku tak tau ni.." Kira sudah bersoal jawab sendiri.

"Kenapa baru sekarang dia balik? ke ada sebab dia balik sekarang? kena siasat ni.." kata Kira sambil teranguk-angguk.

"Siasat siapa?" soal satu suara dari luar tingkap.

"Buah limau tu?" balas Kira sambil bibir muncung ke arah parkin bawah pokok. Tiba-tiba tegak mata Kira memandang orang yang berada di luar tingkap.

"Arghhh!!" jerit Kira.

Mendengar sahaja jeritan Kira, apalagi berlari la Mak Chaq dengan Pak Chaq ke dapur.

"Awat Kira?" soal Pak Chaq di muka pintu. Laju Kira menoleh pada Pak Chaq. Terkebil-kebil matanya.

"Tak dak apa aih, cheq terkejut kat cicak tokek" kata Kira sambil menjeling ke arah tingkap tadi. Aik, dah tak ada dah? Limau kasturi betul! Nanti dia.

"Ish.. hang ni, nasib baik la tak dak lemah jantung. Kalau dak.." marah Pak Chaq. Mak Chaq hanya menggeleng.

"Tu la hang, lama sangat tak balik kampung, nampak cicak tokek pun terkejut!" marah Mak Chaq pula.

"Cicak tokek ni len Mak Chaq" balas Kira tersengih.

"Sama ja, mana ada len nya!" marah Mak Chaq lagi.

"Eh, len la.. hat ni ada bulu" gurau Kira. Bulat mata Mak Chaq dimain-mainkan Kira. Kira hanya tersengih-sengih di tepi tingkap. Dari jauh dia lihat Kasturi sudah elok bersila di atas parkin. Dia ni.. memang nak cari pasal betul la!

+++

"Kira" panggil Mak Chaq. Kira yang sedang mengunyah nasi bersama ulam pegaga menoleh pada Mak Chaq.

"Awat Mak Chaq" balas Kira selepas makanan dalam mulut ditelan.

"Ni, berapa lama hang cuti?" soal Mak Chaq.

"Tak tau lagi la Mak Chaq. Awat Mak Chaq tanya?" balas Kira.

"Tak dak apa, saja tanya. Hang tu bukan reti nak balik kampung. Tak habis-habis dengan gheja" kata Mak Chaq. Kira hanya tersengih sambil meneruskan suapan.

"Sampai bila hang nak buat gheja tu Kira? bahaya. Silap haribulan, nyawa hang boleh melayang. Jangan dok pikiaq pasai duit ja.. Hang tak mau ka cari gheja len? bukannya tak dak kelulusan" bebel Mak Chaq. Kira sudah naik jari telunjuk menggaru pipi yang tidak gatal.

"Ni lagi satu, umuq baya hang ni patutnya anak dah dua tiga, tapi hang, bayang pun tak nampak" tambah Mak Chaq lagi. Aduh.. ni yang buat Kira malas balik kampung ni. Pasti perkara ini yang menjadi isu. Pasal kerja dan juga kahwin. Dia bukan tua sangat pun, baru dua puluh lapan tahun. Entahlah, dia jadi tawar hati untuk fikirkan mengenai semua tu.

"Dah la Mah oi, tau la si Kira ni nak jaga diri dia. Dari tadi dok beletiaq, naik sejuk dah nasi dalam pinggan tu" tegur Pak Chaq yang dari tadi diam menikmati makan malam. Menjeling Mak Chaq apabila ditegur begitu.

"Kita ni dok pikiaq pasai dia" balas Mak Chaq lalu menyuap nasi ke mulut.

"Tak payah dok pikiaq sangat la, makan nasi tu" kata Pak Chaq sambil tersenyum memandang Kira. Mujur jugalah ada Kira anak abangnya. Dapat juga menumpang kasih. Dia dan isterinya tiada rezeki untuk memiliki anak sendiri selepas tiga kali isterinya keguguran dan kemudian doktor mengesahkan isterinya tidak dapat mengandung lagi.

"Dah, makan Kira. Lepaih tu pi naik tidoq. Tak payah dok layan Mak Chaq hang ni" kata Pak Chaq pada Kira. Kira hanya mengangguk lalu menghabiskan nasi di dalam pinggan dan kemudian terus dibawa pinggan juga gelas ke sinki untuk dicuci. Nasib baik Pak Chaq satu kepala dengan dia.

"Mak Chaq, Pak Chaq. Cheq naik bilik dulu" kata Kira lalu terus melangkah ke arah tangga untuk ke bilik tidurnya di tingkat atas.

+++

"Pak Chaq, cheq pinjam motor sat buleh dak?" soal Kira pada Pak Chaq yang sedang mengasah sabit di atas parkin.

"Hang nak pi mana pagi-pagi ni?" soal Pak Chaq sambil mengepit rokok daun di bibir lalu diletakkan di tepi parkin. Sabit yang diasah diteliti mata bilahnya.

"Cheq nak pi kedai sat. Malaih nak bawa kereta, nek motor cepat sikit" balas Kira yang berdiri di sisi Pak Chaq.

"Hurm, buleh. Pi lah" balas Pak Chaq.

"Terima kasih Pak Chaq, nanti cheq belanja ais krim" kata Kira sambil laju kaki melangkah masuk ke dalam rumah untuk mengambil kunci motorsikal milik Pak Chaq.

"Ingat aku budak-budak pagi-pagi nak makan ais krim?" kata Pak Chaq sendiri. Tergeleng kepalanya dengan karenah Kira.

"Pak Chaq, pi dulu" jerit Kira dari bawah rumah. Bukan dia tidak mahu memandu kereta tetapi sengaja mahu menunggang motorsikal. Pagi-pagi begini angin kampung ni sejuknya lain. Segar sahaja udara, bukan macam di bandar sana.

Kira menunggang motorsikal ke kedai Pak Ndak di hujung padang untuk membeli sedikit barang keperluan peribadinya. Tempoh hari dia tidak sempat membawanya bersama. Sampai sahaja di kedai runcit, Kira terus menongkat motorsikal dan turun dari seat. Ada beberapa orang pelanggan lain yang turut berada di kedai tersebut membeli barang.

"Hah Kira, bila balik?" sapa Pak Ndak yang berada di kaunter.

"Baru ja, tiga empat hari" balas Kira sambil tersenyum lalu terus melangkah ke arah rak barang yang mahu dibelinya. Setelah diambil beberapa barang terus dibawa ke kaunter.

"Lama sungguh tak jumpak hang, lama ka cuti? sibuk sungguh noh" soal Pak Ndak sambil membungkus barang yang dibeli Kira ke dalam plastik. Kira hanya tersenyum.

"Gheja Pak Ndak, besa lah nak buat lagu mana" balas Kira.

"Berapa ni?" soal Kira sambil mengambil beg plastik yang dihulur padanya.

"Tiga puluh ringgit dah la. Pak Ndak bagi diskaun" kata Pak Ndak sambil ketawa.

"Terima kasih Pak Ndak. Balik dulu" kata Kira selepas membuat bayaran. Dia kemudian terus melangkah ke arah motorsikal dan meletakkan beg plastik di dalam bakul motorsikal lalu memanjat naik dan enjin dihidupkan. Trotel dipulas dan laju meluncur motorsikal Y15 milik Pak Chaq. Jangan main-main, Pak Chaq pun pakai Y15.

Semasa melintasi kawasan padang, ada sebuah kereta bercermin gelap mula mengekori motorsikal yang ditunggang Kira. Pada mulanya Kira ingatkan kenderaan biasa tetapi apabila kereta berkenaan semakin merapati motorsikalnya, Kira sudah rasa tidak sedap hati. Cermin sisi dipandang terapi dia tidak nampak wajah pemandu dan juga penumpangnya. Trotel minyak dipulas lagi. Sebaik menghampiri kawasan rumah Pak Lah, Kira terus membelok masuk ke kawasan rumah dan kereta tadi terus meluncur laju melintasi kawasan rumah itu. Kira pula terus memberhentikan motorsikalnya di tepi rumah Pak Lah. Apabila menyedari kereta tadi telah tiada, laju tangan naik mengurut dada dan perlahan dia turun dari motorsikal.

"Takkan diaorang follow aku?" kata Kira sendiri sambil panjang leher memandang ke arah jalan raya.

"Assalamualaikum" ucap satu suara dari belakang. Terperanjat Kira lalu pantas kepala menoleh ke arah suara.

"Kasturi" kata Kira. Terkejut dia. Apa la mudah sangat dia terkejut sekarang ni..

"Kenapa ni?" soal Kasturi apabila melihat wajah Kira yang pucat dan berpeluh-peluh.

"Hah? tak ada apa. Saja singgah" pantas Kira membalas. Kasturi sudah menayang wajah pelik. Biar betul dia ni.

"Saja singgah?" soal Kasturi sambil memandang wajah Kira. Dia tahu bukan sebab itu Kira berada di rumah ni.

"A'ah, Mak Chaq ajak makan tengah hari" balas Kira spontan. Pandai-pandai kau je kan..

"Okay" balas Kasturi lalu mahu melangkah pergi. Sebentar tadi dia sedang membersihkan kawasan belakang rumah, terdengar bunyi enjin motorsikal dan apabila dilihat, Kira rupayanya. Semasa dia sedang berjalan menuju ke arah Kira, dapat dia lihat Kira yang cemas dan asyik memandang ke arah jalan raya tetapi apabila dia pandang, tiada sesiapa.

"Eh.. eh.. awak nak pergi mana?" soal Kira apabila melihat Kasturi yang sudah mahu melangkah pergi.

"Belakang" balas Kasturi sepatah sambil memandang ke arah Kira. Tiba-tiba terdengar bunyi kenderaan di jalan raya, laju kepala Kira menoleh. Kereta tadi! Terdiam Kira di situ.

"Kira" panggil Kasturi apabila melihat Kira yang sudah terkaku memandang kereta tadi.

"Kira" panggil Kasturi lagi bersama tepukan pada bahu kiri Kira. Disebabkan terkejut dengan sentuhan tersebut, tangan kanan Kira pantas memegang tangan Kasturi dan mengilasnya ke belakang. Terperanjat Kasturi dengan tindakan Kira. Tidak sakit mana pun cuma tidak sangka dengan tindakan refleks Kira. Apabila menyedari tindakannya itu laju Kira melepaskan semula tangan lelaki tersebut. Merah padam wajahnya.

"Sorry-sorry saya tak sengaja" laju Kira meminta maaf. Kasturi pula sudah terkelip-kelip matanya. Dia boleh kilas tangan aku. Hm.. interesting! nampak macam innocent tapi macam 'sesuatu'.

"Aa.. saya minta diri dulu la ya" kata Kira lalu laju kaki meninggal Kasturi dan melangkah ke arah jalanraya tetapi tidak sempat jauh, kakinya memusing kembali ke belakang.

"Lupa motor" kata Kira yang sudah tersengih-sengih. Kelam kabut dia memanjat motorsikal dan menghidupkan enjin lalu laju trotel minyak dipulas. Meluncur motorsikal pergi meningglkan kawasan rumah tanpa menoleh lagi. Malu bak hang!

"Aduh.. hang buat apa ni Kira oi.." kata Kira sendiri. Tanpa Kira sedari, kereta yang mengekorinya tadi masih lagi mengekorinya tetapi agak jauh di belakang. Kira diekori sehinggalah dia sampai di rumah Pak Chaq.

Dalam masa yang sama..

"Boss, kami dah jumpa dia" kata lelaki yang berada di tempat penumpang hadapan di telefon.

Kira yang sudah sampai laju menongkat motorsikal di bawah rumah. Plastik di dalam bakul motorsikal dicapai lalu laju dia berlari masuk ke dalam rumah melalui pintu dapur dan terus naik tangga ke tingkat atas ke biliknya. Telefon bimbit di atas meja dicapai dan nombor seseorang didail. Tidak lama panggilan disambut.

"Hello.." lambat sahaja suara di sebalah sana berbunyi.

"Eh, hello" Kira pula bersuara.

"Ye, hello.. kau nak apa pagi-pagi macam ni call aku" malas sahaja bunyinya.

"Shah, aku nak minta tolong ni. Boleh tak?" soal Kira sambil melabuhkan duduk di birai katil.

"Kalau aku cakap tak boleh pun, kau tetap minta aku buatkan juga.." balas Shah.

"Apa?" soal Shah lagi.

"Aku send kau nombor plat kereta ni. Tolong semak butiran pemilik, lepas tu bagitau aku. Segera tau!" kata Kira.

"Ya.. ya.. kau ni, mana ada yang tak segeranya.. Semua nak segera je" balas Shah.

"Ish.. kau ni. Cepat tau. Thanks" kata Kira lalu talian dimatikan.

'Tok tok tok'

Pintu bilik Kira diketuk. Laju Kira bangun dari birai katil. Telefon bimbit disimpan di dalam poket dan kemudian daun pintu ditarik, terjengul wajah Mak Chaq.

"Mak Chaq" kata Kira.

"Buat apa dalam bilik pagi-pagi? Mak Chaq panggil pun tak dengaq" kata Mak Chaq. Kira hanya tersengih.

"Tak dak buat apa. Awat Mak Chaq cari cheq?" soal Kira lalu mengekori Mak Chaq yang sudah melangkah pergi.

"Semalam hang habaq nak makan ubi rebuih. Ni, Mak Chaq dah siap rebuih, mai la turun makan. Ikan kering dengan nyoq pun ada" kata Mak Chaq sambil turun tangga.

"Uih.. sungguh ka.. sedapnya. Lama tak makan" kata Kira.

"Pi panggil Pak Chaq hang sama, dia ada kat tepi telaga dok basuh sabit" kata Mak Chaq.

"Okay, sat cheq pi panggil" kata Kira lalu berjalan ke arah pintu lalu selipar disarung. Kaki diatur ke arah telaga dan sebaik dia memandang ke arah telaga, dilihat Pak Chaq sedang berbual dengan seorang lelaki tetapi bukan Kasturi. Matanya pantas memandang ke arah kereta yang elok berhenti di tepi jalan. Kereta tadi! Apa yang diaorang nak ni. Laju kaki Kira melangkah ke arah telaga tetapi lelaki tadi sudah pun beredar dan masuk ke dalam kereta bahagian penumpang hadapan lalu terus menderum pergi.

"Pak Chaq" panggil Kira. Pak Chaq menoleh pada Kira.

"Sapa tu?" soal Kira sambil matanya masih lagi memerhati ke arah jalan raya.

"Oh.. depa mai tanya alamat" kata Pak Chaq sambil membasuh sabit dan mengeringkannya dengan kain yang ada di bahunya.

"Tanya alamat?" soal Kira.

"Ha, la.. awat, kenai ka?" soal Pak Chaq.

"Dak aih, tak kenai pun" balas Kira.

"Ni, Mak Chaq panggil makan ubi rebuih" kata Kira sambil mata masih lagi memerhatikan jalan raya. Hatinya rasa tidak sedap. Siapa pula mereka ni. Telefon bimbit di dalam poket dicapai lalu mesej dihantar pada Shah.

"Ah, jomlah" ajak Pak Chaq. Kira angguk lalu mengekori langkah Pak Chaq dari belakang sambil kepala masih memikirkan orang yang mengekorinya tadi. Dia tidak kisahkan tentang dirinya tetapi apa yang dikisahkan keselamatan Mak Chaq dan Pak Chaq.

"Hah, duduk. Kita makan sekali" kata Mak Chaq apabila melihat Kira dan Pak Chaq melangkah masuk ke dapur. Kira melangkah ke sinki untuk mencuci tangan dan kemudian terus menarik kerusi meja makan dan melabuhkan duduk. Tidak lama Pak Chaq juga turut melabuhkan duduk di kerusi meja makan. Mak Chaq datang membawa teko berisi kopi o, memang kena sangat dengan ubi rebus.

"Mak Chaq" Kira bersuara sebaik Mak Chaq melabuhkan duduk.

"Awat" balas Mak Chaq sambil menghirup kopi panas.

"Er.. Mak Chaq masak lauk apa makan tengah hari?" soal Kira. Ubi rebus dalam mangkuk diambil lalu diletakkan di dalam piring di hadapannya. Kemudian diambil pula ikan kering. Dicubit sedikit ikan kering dan dibawa bersama ubi rebus masuk ke mulut. Perlahan dikunyah. Sedapnya..

"Tak masak lagi. Awat, hang nak makan lauk apa?" soal Mak Chaq. Walaupun Kira hanya anak saudara tetapi Kira sudah dijaga dari kecil lagi selepas ibu Kira sudah meninggal selepas melahirkan Kira. Dia sudah sayangkan Kira seperti anaknya sendiri.

"Tak dak apa, saja tanya" balas Kira.

"Tapi.. Mak Chaq masak lebih sikit buleh dak?" soal Kira lagi. Mak Chaq pandang Kira.

"Hang lapaq ka?" soal Mak Chaq pelik.

"Dak aih.." balas Kira serba salah. Ni semua pasal mulut tak ber'filter' ni la. Pandai-pandai ajak si buah limau tu makan tengah hari. Kan tak pasal-pasal tebal muka.

"Dah tu?" soal Mak Chaq. Wajah Kira dipandang.

"Abang ajak Ri mai makan tengah hari" sampuk Pak Chaq. Kira menoleh pandang pada Pak Chaq. Pak Chaq kenyit mata. Macam tau-tau je Pak Chaq ni..

"Oh.. buleh. Eloklah, dia pun tak dak sapa nak masak bagi makan" balas Mak Chaq. Kira tersenyum suka. Fuh! nasib baik ada Pak Chaq.

(28/01/2021 @ 1830hrs)

Share this novel

liyana
2021-02-08 22:46:12 

susah nya lah nk kena baca dengan slang....nasib baikcheq tau nak baca


NovelPlus Premium

The best ads free experience