Bab 44

Romance Series 548166

Aniq, Syamill bersama Vasu dan Dart masih setia menunggu Kasturi. Lebih kurang setengah jam kemudian, Kasturi keluar semula.

"Tuan." Sapa Syamill, Vasu dan Dart pada Kasturi. Kasturi angguk perlahan.

"Tuan." Panggil Alina dari belakang. Kasturi toleh ke arah suara yang memanggilnya.

"Tuan Edan." Kata Alina sambil berjalan ke arah mereka.

"Terima kasih Tuan. Mujur juga ada Tuan, dapat membantu hospital kami yang kekurangan bekalan darah, jika tidak terpaksa mohon dari pusat darah, bukan tak boleh tapi mengambil masa la sedikit." Kata Alina. Kasturi hanya angguk.

"Ini, vitamin untuk Tuan. Pastikan Tuan makan ya, banyak juga darah yang diambil tadi." Tambah Alina lalu menyerahkan bungkusan vitamin pada Kasturi. Aniq pandang Kasturi.

"Macam mana dengan Kent?." Soal Aniq yang sejak tadi hanya diam.

"Saya tak pasti keadaannya macam mana tetapi doktor sedang berusaha sedaya upaya yang mampu untuk menyelamatkan Tuan Kent." Balas Alina. Aniq hanya angguk.

"Kalau tak ada apa-apa, saya masuk dahulu." Kata Alina.

"Oh, ya. Tuan boleh tunggu Tuan Kent di bilik OT tingkat empat." Tambah Alina lagi.

"Baik, terima kasih." Balas Aniq. Alina angguk lalu dia terus hilang di sebalik pintu.

"Kita ke sana." Kata Kasturi pada Aniq dan yang lain-lain. Belum sempat Kasturi mengatur langkah, Aniq capai lengan kanan Kasturi. Kasturi pandang Aniq dengan riak tidak mengerti.

"Kita ke cafe. Isi perut tu dahulu." Kata Aniq. Kasturi mahu membantah tetapi tiada kata yang keluar dari bibirnya.

"Tu, vitamin tu. Makan." Tambah Aniq lagi. Kasturi diam tidak berkutik.

"Kita ke cafe. Yang sakit dah tentu sakit, kita yang sihat perlu terus sihat untuk membantu yang lain." Putus Aniq lalu menarik lengan Kasturi supaya mengikutnya. Mahu tidak mahu, terpaksa juga dia mengikut langkah Aniq.

"Mill, barang Tuan Kent jangan lupa." Kata Aniq pada Syamill. Syamill angguk lalu mencapai plastik yang mengandungi barang milik Kent di atas bangku dan kemudian dia turut mengekori langkah Aniq dan Kasturi bersama Vasu dan Dart. Sampai sahaja di cafe, Aniq dan Kasturi mengambil tempat di meja kosong di hujung cafe manakala Syamill, Vasu dan Dart ke tempat makanan.

"Kau duduk sini, aku ambilkan makan." Kata Aniq pada Kasturi lalu dia turut ke tempat makanan. Tidak lama mereka kembali ke meja.

Aniq hanya ambilkan sandwic dan milo panas untuk Kasturi. Dia tahu, kalau diambil makanan berat, lelaki itu takkan makan. Aniq juga sama cuma dia ambil kopi o panas. Kasturi lihat sandwic dan milo panas yang berada di hadapannya.

"Milo?." Soal Kasturi sambil wajah Aniq di hadapannya dipandang.

"Makan ubat tak sesuai dengan minuman berkafein." Kata Aniq lalu mencapai cawan kopi o di hadapannya. Belum sempat tangannya mencapai cawan tersebut, Kasturi dahulu mencapainya lalu disisip perlahan. Terkelip-kelip mata Aniq melihat tindakan Kasturi. Syamill yang mahu menyuap nasi ke mulut terhenti tangannya. Dia kemudian bangun lalu menuju ke kaunter dan tidak lama dia kembali semula bersama air kopi o di tangan.

"Tuan." Kata Syamill lalu meletakkan cawan air kopi o panas di hadapan Aniq. Aniq senyum nipis.

"Thanks Mill." Ucap Aniq. Kasturi hanya diam sambil tangan memegang sandwic sejak tadi. Entah ke mana fikirannya pun tidak pasti.

"Tuan, kami makan di meja sana." Kata Syamill pada Aniq dan Kasturi. Aniq angguk lalu ketiga-tiga detektif tersebut meninggalkan Kasturi dan Aniq. Mereka tidak mahu mengganggu perbualan kedua pegawai tersebut yang mungkin tidak selesa dengan kehadiran mereka.

"Ini semua salah aku, Niq." Kata Kasturi. Aniq hela nafas perlahan.

"Kau cakap apa ni Edan. Semua ni sudah ditentukan. Kau pun tentu faham dengan bahaya tugas macam kita." Kata Aniq. Dia tahu Kasturi rasa bersalah dengan apa yang berlaku pada Kent.

"Tapi, kalau bukan.." Kata Kasturi.

"Dah, tak payah nak tapi-tapi." Pantas Aniq sampuk.

"Sekarang ni, kau makan cepat. Isi perut tu, jangan biar kosong. Tak payah nak banyak cakap." Marah Aniq.

"Dah siap, kita ke bilik OT." Tambah Aniq lagi. Kasturi hanya memandang sandwic. Aniq ambil sandwic lalu membuka plastik pembalut dan menyerahkannya pada Kasturi. Kasturi hanya memandang sandwic yang berada di tangan Aniq.

"Kau nak aku suap ke?." Soal Aniq apabila Kasturi tidak menyambut hulurannya. Kasturi pandang Aniq lalu sandwic dicapai dan disuap ke mulut. Lekat rasa mahu ditelan. Sudahnya disulam dengan air. Kemudian vitamin tadi diambil lalu dimasukkan ke mulut. Kalau tak makan nanti ada yang bising pula nanti. Aniq sudah selesai makan satu set sandwic yang diambilnya tadi lalu kopi o disisip perlahan hingga habis. Tisu dicapai dan bibir dikesat. Kasturi yang berada di hadapannya dipandang.

"Dah siap? kita gerak." Kata Aniq. Kasturi dan Aniq bangun lalu berjalan ke arah pintu cafe. Ketiga-tiga detektif tadi sudah awal-awal menunggu di luar cafe. Mereka beriringan ke tingkat empat, bilik OT.

Apabila sampai, masing-masing mengambil tempat di kerusi dan berehat. Aniq pula sedang berbual di telefon di hujung kerusi panjang. Kasturi bersandar ke belakang.

+++

"Burn?." Soal Kira yang terkejut dengan kehadiran Burn yang memanggil Liona 'baby'. Burn yang juga terkejut dan tidak sangka terus terdiam tanpa kata. Memerah wajahnya apabila tertangkap dengan Kira.

"Oh, my.. Sejak bila ni?." Soal Kira lalu melabuhkan kembali duduknya.

"Honey, sini la.." Panggil Liona pada Burn. Burn yang serba salah pandang Kira.

"Duduklah.. Nak berdiri buat apa?." Kata Kira lalu jus oren diteguk. Burn kemudian melangkah ke sisi Liona lalu dilabuhkan duduk di hadapan Kira.

"El.." Burn mulakan kata.

"Madam." Sapa Sean yang baru tiba. Ketiga-tiga pasang mata menoleh ke arah Sean yang baru tiba.

"Eh, En. Burn pun ada." Kata Sean tetapi waktu itu matanya melekat pada tangan Liona yang melingkar di lengan sasa Burn. Terkelip-kelip matanya.

"Dah, tak payah nak tengok sangat. Duduk." Kata Burn pada Sean yang berdiri di sisi Kira yang sedang menyedut minuman di hadapannya.

"Hai.. Lapar pula rasa." Kata Kira lalu dia memanggil pekerja tadi dan pesanan dibuat. Begitu juga dengan Sean dan Burn. Setelah pekerja itu beredar, wajah Burn dipandang tegak.

"Since when? Edan knows or not about this?." Soal Kira pada Burn yang nampak serba salahnya. Burn pandang Kira, kening tidak gatal digaru.

"Itulah.. Not yet." Balas Burn. Kira geleng kepala.

"El.. Kau janganlah marah dia." Sampuk Liona yang sedang menikmati makan tengah harinya.

"Aku tak marah cuma.. Tu lah, macam tak percaya pun ada." Kata Kira.

"I'm sorry El, I should have told Edan and you." Kata Burn. Nampak tegang sahaja wajahnya.

"Burn, it's not like that, this is a personal matter for both of you, I'm just surprised and unexpected. That all." Kata Kira. Dia tiada hak untuk menentukan siapa pilihan mereka cuma dia agak terkejut sedikit.

"Saya tak ada hak untuk tentukan awak nak bersama siapa cuma, I was just shocked. Itu saja." Kata Kira sambil membetulkan pinggan makanan di hadapannya yang dihantar oleh pekerja restoran.

"Dah, sekarang kita makan dulu. Saya lapar. Okay, En. Burn." Kata Kira sambil tersenyum nipis. Burn ketawa kecil bersama anggukan kepala. Sean yang berselera menikmati makanannya tiba-tiba terdiam sambil memandang telefon bimbitnya.

"Hah, awak ni dah kenapa pula?." Soal Kira pada Sean yang macam nampak hantu. Sean pandang Kira dan kemudian pandang skrin telefon bimbitnya. Kira kerut kening?

"Sean, what's wrong?." Soal Kira yang juga turut bimbang. Sean tidak membalas sebaliknya menyerahkan telefon bimbitnya pada Kira. Kira sambut huluran Sean, wajah Sean, Burn dan Liona dipandang silih berganti.

Sean menyentuh icon play pada skrin telefonnya lalu volume dikuatkan.

"Berita terkini. Satu kejadian tembak-menembak melibatkan pihak polis dan juga penjenayah telah berlaku di lebuhraya menghala ke Johor Bharu. Dalam kejadian tersebut, seorang anggota polis berpangkat ASP telah cedera ditembak manakala salah seorang dari penjenayah ditembak..." Suara dari pembaca berita melaporkannya.

Terkaku Kira kerana dia dapat rasakan bahawa polis yang terlibat dengan kejadian ini adalah Kasturi berdasarkan lokasi kejadian dan butiran maklumat yang disampaikan oleh pembaca berita tersebut. Kira capai beg tangan lalu nombor Kasturi didail. Kuat jantungnya berdebar menunggu panggilan disambut tetapi tiada. Senyap sahaja. Dicuba lagi beberapa kali tetapi masih tidak dapat dihubungi.

'Zup'

Kira bangun berdiri. Burn dan Liona yang sedang menonton berita terkini tersebut terkejut dengan tindakan tiba-tiba Kira itu. Burn pandang wajah Kira yang seakan mahu menangis. Tanpa kata Kira laju berlari keluar dari restoran. Sean yang melihat tingkah Kira pantas mengejar tetapi sebaik sampai di pintu masuk restoran, Sean kembali semula ke meja lalu telefon bimbitnya yang berada dalam pegangan Burn dicapai.

Kira membuka langkah besar menuju ke pintu keluar pasaraya lalu melompat masuk ke dalam salah satu teksi yang berderet menunggu penumpang.

Kira tunjukkan alamat pada pemandu teksi tersebut lalu pantas stereng diputar oleh pemandu teksi. Pedal ditekan dan teksi laju meluncur pergi. Sean yang baru sampai di luar pasaraya memusing mencari Kira. Kira kanan ditoleh tetapi bayang Kira tidak kelihatan.

"Madam.. Where are you?.." Bisik Sean.

+++

'Bump'

Teksi yang dinaiki Kira dilanggar di bahagian belakang. Kira menoleh ke arah belakang. Sebuah kereta pacuan empat roda dinaiki dua lelaki memandang tepat ke arah Kira. Belakang teksi dihentam lagi, bergegar teksi.

"Laju lagi!." Jerit Kira pada pemandu teksi tersebut. Kalut pedal ditekan.

"Ayo adik, you cari masalah dengan siapa ni? Rosak teksi saya!." Marah pemandu India tersebut sambil memandang cermin pandang belakang. Kira yang sekejap menoleh ke belakang dan sekejap menoleh ke hadapan tidak pedulikan kata-kata pemandu teksi tersebut.

"Adik, saya rasa you turun la, saya tak mau campur you punya masalah!." Kata pemandu teksi itu lalu teksi tadi diberhentikan di tepi jalan.

"Hey, jangan berhenti la, Macha!." Jerit Kira tetapi pemandu teksi tersebut telahpun berhentikan teksinya.

"Tak guna! Nama je jantan tapi penakut!." Marah Kira lalu kepala pemandu teksi dihempuk dengan beg tangannya. Kelam kabut Kira membuka pintu kereta untuk melarikan diri tetapi sudah terlambat apabila dua lelaki yang menaiki kereta pacuan empat roda tadi sudah berdiri di sisi teksi. Sebaik Kira menolak daun pintu, mulut Kira ditekup dengan kain. Pada mulanya puas Kira meronta tetapi lama kelamaan, matanya semakin berat dan terus tertutup.

+++

Kasturi yang melihat Aniq berbual di telefon terus teringatkan telefonnya. Dicapai telefon yang berada di dalam pouch. Gelap skrin telefonnya. Button tepi ditekan tetapi masih gelap. Sah, habis bateri. Lupa sungguh dia dengan telefonnya itu.

"Kenapa?." Soal Aniq yang selesai berbual di telefon lalu melabuhkan duduk di sisi Kasturi.

"Bateri habis. Power bank tertinggal dalam kereta." Balas Kasturi. Aniq membuka beg sandangnya lalu menyerahkan power banknya kepada Kasturi.

"Thanks." Ucap Kasturi. Aniq angguk. Kasturi masukkan port power bank ke telefonnya, mujur juga dari jenis yang sama type C. Sebaik telefonnya dihidupkan bergetar-getar telefonnya apabila notification miss call masuk. Panggilan dari Kira. Pasti isterinya itu bimbang. Agaknya berita mengenai kejadian tersebut sudah sampai padanya. Kasturi mendail nombor telefon Kira. Ada dering tetapi tidak dijawab. Dicuba lagi beberapa kali tetapi masih sama. Kasturi tidak sedap hati, dia teringat dengan kejadian culik sebelum ini. Terus dia bingkas bangun. Nombor telefon Kira didail lagi. Kakinya tegak berdiri sambil membuang pandang ke luar hospital. Aniq yang melihat, terus bangun menghampiri Kasturi.

"Ada masalah?." Soal Aniq.

"Kira." Balas Kasturi sepatah. Aniq kerut kening.

"Kenapa dengan Kira?." Soal Aniq.

"She called me many times but my phone battery died. Now I call back but she doesn't answer." Kata Kasturi bimbang.

"Tak cuba call tempat kerja dia?." Soal Aniq. Bagaikan baru teringat. Kasturi hubungi Am. Tidak lama panggilan disambut.

"Edan, what's up?." Soal Am yang ceria di sebelah sana.

"Am, where is Kira?." Soal Kasturi. Am kerut kening.

"El? Dia keluar lunch tapi aku minta Sean follow dia." Balas Am.

"Kenapa, ada masalah ke?." Soal Am yang baru mahu melabuhkan duduk di kerusi pejabatnya setelah pulang dari bertemu client.

"I called her but she did not answer." Balas Kasturi bimbang. Tangan naik meraup rambut.

"Sekejap aku call Sean. Kau cuba hubungi El lagi. Mana tau dia ke tandas ke, tak boleh nak jawab call." Kata Am seakan mahu menyedapkan hati Kasturi. Belum sempat panggilan ditamatkan Sean buru-buru masuk ke pejabat Am tanpa mengetuk pintu.

"En. Am." Sean memanggil Am. Am menoleh pada Sean yang nampak cemas sedang berdiri di muka pintu pejabatnya.

"Sean, where is El?." Soal Am apabila melihat hanya Sean yang kembali ke pejabat.

"Madam is gone!." Kata Sean. Kasturi yang mendengar di talian terus memanggil Am.

"Gone? What do you mean?." Soal Am cuak. Hati sudah tidak sedap.

"Am! Am!." Jerit Kasturi di telefon. Kasturi yang baru sedari talian telefonnya masih berhubung dengan Kasturi, terus dia melekapkan semula telefon di telinga.

"What did he say?." Soal Kasturi pada Am. Tangannya sudah menggigil apabila mendengar apa yang dikatakan Sean tadi tetapi tetap dia tanyakan juga pada Am. Mana tahu telinganya salah mentafsir.

"El." Sebut Am sepatah.

"Kenapa dengan Kira?." Tinggi suara Kasturi bertanya.

"She's.. Missing." Kata Am perlahan.

"What?!." Kuat suara Kasturi bergema di tingkat empat itu. Syamill yang melihat keadaan Kasturi terus datang merapat, begitu juga dengan Vasu dan Dart.

"Shit! Macam mana dia buat kerja?!." Marah Kasturi.

"Kau dah tengok ke belum rakaman CCTV?." Soal Kasturi geram.

"Aku pun baru tahu. I'll look at the CCTV footage of the last place El was seen. Apa-apa news aku inform kau nanti." Kata Am.

"Kau nak balik sini tak? Aku hantar orang ambil." Soal Am. Kasturi terdiam seketika. Dia pandang pintu bilik OT. Serba salah jadinya.

"Kent was shot." Kata Kasturi. Am yang mendengar terus terdiam.

"And he got shot because he want to save me!." Tambah Kasturi lagi. Tinggi intonasinya. Am terdiam tanpa balasan.

"I got to go." Kata Kasturi dan tanpa salam talian terus dimatikan.

"Arghh!." Jerit Kasturi dan bersama itu satu tumbukan dilepaskan ke dinding.

"Edan!." Panggil Aniq.

"What happened?." Soal Aniq. Kasturi pandang Aniq tetapi hanya seketika sebelum dia membuang pandang ke luar semula.

"Kira. She's.. Missing." Kata Kasturi. Terkejut Aniq dan juga mereka yang lain apabila mendengar kata-kata Kasturi.

"Dah tu, kau buat apa lagi. Pergi la balik." Kata Aniq. Kasturi menoleh pada Aniq.

"Go! Hal Kent biar aku uruskan. She's you wife, Edan." Kata Aniq.

"But.. Kent.." Balas Kasturi perlahan.

"I'm sure Kent understands and if he's here now, for sure he'll want you to go back to Kira." Kata Aniq bersama tepukan perlahan di bahu Kasturi.

"Thanks Aniq. Aku dah banyak menyusahkan kau." Kata Kasturi. Aniq geleng perlahan.

"Don't talk anymore. Just go to find your wife." Kata Aniq. Dia faham apa perasaan Kasturi waktu ini kerana dia juga pernah laluinya.

(10/05/2021 @ 0225hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience