Bab 4

Romance Series 548166

"Hai El sayang" bisik suara di tepi telinga kanan Kira. Laju Kira menoleh.

"Jeff!" bulat mata Kira apabila melihat Jeff yang berdiri di hadapannya. Cermin mata hitam ditanggalkan dan disangkut di kolar t-shirtnya sambil bibir mengukir senyuman manis.

"Kau buat apa kat sini?" soal Kira. Jeff tersenyum lalu cuba mencapai jemari Kira. Laju Kira menarik tangannya ke belakang. Tanpa menunggu jawapan dari Jeff Kira terus membuka langkah meninggalkan tempat tersebut. Tetapi Jeff pantas mengejar Kira hingga ke tangga eskalator.

"El" panggil Jeff apabila Kira sudah membuka langkah laju. Apabila sampai sahaja di atas Kira terus melangkah pergi.

"El" panggil Jeff lagi. Terus Kira hentikan langkah kaki. Menggeletar tangannya menahan marah. Laju tubuh dipusing ke belakang mengadap Jeff.

"Kau nak apa hah?!" soal Kira geram. Kecil besar kecil besar sahaja dia lihat Jeff di hadapannya ini.

"I nak you la sayang" balas Jeff dan cuba mencapai jemari Kira. Beberapa pasang mata sudah memandang ke arah mereka.

"Don't touch me!" marah Kira dengan suara tertahan-tahan.

"Eh, kau tak faham bahasa ke hah? kau dengan aku dah tak ada apa-apa! lupa?" soal Kira keras.

"Tak. I tak faham" balas Jeff selamba. Kira sudah memandang sekeliling. Segan apabila menjadi perhatian.

"Kau lupa? kau yang buang aku. Sekarang kau cakap kau nak aku balik? gila!" marah Kira dengan suara yang sudah meninggi.

"Yup, I'm crazy. I'm crazy about you El" balas Jeff yang sudah semakin melangkah mendekat.

"Baik kau pergi sekarang sebelum lebam mata tu aku tumbuk!" marah Kira. Jeff hanya ketawa.

"Kau jangan cabar aku Jeff!" kata Kira lagi apabila kata-katanya tidak dihiraukan Jeff. Penumbuk sudah digenggam kuat.

"You will not be willing to punch me" kata Jeff sambil senyum senget. Kalau dahulu jika melihat sahaja senyuman Jeff, tidak tidur malam Kira jadinya tetapi sekarang melihat raut wajah Jeff di hadapannya membuatkan dia mahu mengoyak-ngoyak bibir yang tersenyum begitu. Luka di hati masih terasa pedihnya.

"El.. I tahu you masih belum lupakan I" kata Jeff lagi. Kira sudah tidak tahan lalu dia membuka langkah mahu meninggalkan Jeff di situ tanpa membalas kata-kata Jeff.

"Betulkan you masih belum lupakan I. Itu sebab sampai sekarang you masih belum kahwin" kata Jeff agak kuat. Terus terhenti kaki Kira yang melangkah. Tak guna kau Jeff. Tak cukup kau malukan aku dulu, sekarang pun kau nak malukan aku lagi. Sewaktu Kira mahu berpusing mengadap Jeff, Kira terpandang satu susuk tubuh yang dia kenali tidak jauh dari tempat dia berdiri. Tanpa lengah terus langkah kaki dibuka ke arah lelaki itu dan lengan dipaut rapat.

***

Kasturi yang baru sampai di rumah arwah ayahnya terus naik ke bilik. Dia mahu berehat seketika sebelum dia keluar petang ini. Cadangnya mahu ke bandar. Bukan apa, tidak manis pula rasanya apabila dia selalu ke rumah Pak Chaq untuk makan tanpa memberi apa-apa pada keluarga itu. Walaupun Pak Chaq tidak meminta tetapi dia tetap rasa mahu membeli sesuatu untuk keluarga itu petang nanti. Sedang dia asyik berehat tiba-tiba telefon bimbit di atas katil di sebelahnya berbunyi. Tangan terus mencapai dan skrin dipandang. Tidak menunggu lama icon hijau digesek.

"Hello" suara di sebelah sana berbunyi.

"Ya, hello" balas Kasturi malas. Mata terpejam sambil menikmati angin yang masuk dari tingkap bilik. Silap haribulan boleh terlena kalau dilayan mata ni.

"Edan!" kuat suara di talian berbunyi. Terus dijauhkan telefon dari telinga.

"Kau nak apa ni Kent" Kasturi bersuara.

"Bila kau nak balik?" soal Kent.

"Nanti-nantilah. Aku baru nak rest" balas Kasturi.

"Nanti tu bila?" soal Kent lagi. Kasturi hela nafas panjang lalu tubuh dibawa duduk di birai katil.

"Tak tau lagi. Yang kau tanya ni kenapa? cuti aku lama lagi kot" marah Kasturi.

"Memang cuti kau lama tapi kereta adik aku tu bila nak pulangkan? dia dah bising. Susah nak ke kelas" bebel Kent.

"Alah.. kereta aku kan ada. Guna je la" balas Kasturi sambil melangkah keluar dari bilik menuju ke arah beranda rumah.

"Kereta kau? memang tak lah adik aku nak bawa kereta besar tinggi macam tu dah la adik aku perempuan, pendek pula tu" marah Kent lagi.

"Dah macam tu kau bagi la kereta kau. Lepas tu kau guna kereta aku. Settle masalah" balas Kasturi.

"Aku? guna kereta kau? tak payah la Dan.. terima kasih banyak-banyak. Yang kau ni pun dah kenapa tak bawa balik kereta sendiri? sibuk pinjam kereta adik aku. Kata dua tiga hari je" kata Kent. Kasturi hela nafas.

"Tunggulah seminggu dua lagi aku balik" kata Kasturi perlahan.

"Sorry aku dah menyusahkan kau. Okaylah.. aku ada hal. Nanti nak balik aku bagitau" kata Kasturi lalu talian dimatikan.

Kasturi memerhatikan sekeliling rumah milik arwah ayahnya ini. Luas tapi sayang tiada siapa yang menguruskannya. Sudah lama dia tidak pulang ke kampung, kali terakhir dia pulang sewaktu ayahnya meninggal dunia. Itu pun sekejap sahaja kerana tugasnya waktu itu masih belum tamat dan terpaksa pulang kembali bertugas pada hari yang sama. Kasturi memandang jam di pergelangan tangan. Dah petang, baik dia bersiap sekarang. Kasturi kemudian melangkah masuk ke bilik dan kemudian setelah menanggalkan pakaian dia terus ke bilik air bersama tuala yang diikat di pinggang. Tidak lama dia kembali ke bilik dan bersiap untuk ke bandar.

Kereta Myvi hitam milik adik Kent dipandu ke bandar Taiping. Tidak lama Kasturi sampai di bandar Taiping tetapi tidak pasti ke mana arah hendak dituju. Sudahnya apabila nampak signboard TESCO terus stereng dipulas menghala ke sana. Di TESCO banyak barang-barang keperluan boleh dibeli. Macam-macam ada. Sebaik sampai, Kasturi terus memarkir kereta dan dia melolos keluar. Kaki melangkah masuk dan mata memerhatikan sekeliling. Ramai pengunjung yang datang waktu petang-petang begini. Kasturi kemudian melangkah ke arah eskalator dan sebaik sampai di atas, dia melihat ada sebuah kedai menjual beg dan topi yang menarik perhatiannya.

Sedang dia memilih terdengar bunyi kecoh tidak jauh dari tempatnya. Bunyi suara perempuan dan lelaki bertingkah. Hm.. bergaduh boyfriend girlfriend la tu tak pun suami isteri. Tetapi sekali dengar, suara perempuan tu macam biasa dia dengar.

"El.. I tahu you masih belum lupakan I" yang lelaki bersuara.

Oh, nama perempuan tu El..

"Betulkan you masih belum lupakan I. Itu sebab sampai sekarang you masih belum kahwin" si lelaki bersuara agak kuat. Hm.. nak gaduh jangan gaduh di sini. Petang-petang macam ni buat drama swasta pula. Tiba-tiba ada sepasang tangan datang memaut lengannya.

"Abang! kenapa lambat sangat" kata Kira pada Kasturi. Kasturi yang sedang membelek beg terus menoleh ke sisi apabila lengannya dipaut. Bulat matanya apabila melihat Kira orangnya. Tapi.. abang?

"El" panggil Jeff dan apabila dia melihat Kira sedang memaut lengan seorang lelaki terus langkah kakinya terhenti.

"Siapa cakap aku belum kahwin. Kenalkan suami aku" kata Kira sambil lengan Kasturi dipeluk rapat dan sengaja dilentukkan kepala di bahu Kasturi. Kasturi hanya diam melayan sambil memerhatikan lelaki di hadapannya ini. Wajah lelaki di hadapannya ini seperti pernah dia lihat tetapi tidak pasti di mana. Tiba-tiba dia jadi blur apabila lengannya dipeluk oleh Kira. Parah!

"Suami?" soal Jeff sambil ketawa perlahan.

"You kidding me?" soal Jeff lagi. Rahang diketap kuat.

"Tak ada masa la aku nak bergurau!" balas Kira. Kasturi di sisi masih lagi diam. Beg di tangan diletakkan kembali di rak jualan kedai.

"I don't belive you" kata Jeff. Kasturi senyum senget lalu tanpa amaran, dagu Kira ditarik dan dilabuhkan cium di dahi Kira. Terpejam mata Kira menerima sentuhan bibir Kasturi di dahinya. Merah padam wajah Kira dengan tindakan Kasturi. Jeff yang melihat sudah bulat matanya. Dia tahu, gadis bernama Elvaretta Kirana bukanlah gadis yang mudah untuk disentuh dan dipegang tambahan pula dicium begitu. Dia yang sebelum ini pun tidak pernah berjaya untuk menyentuhnya. Kira masih lagi memandang wajah Kasturi di sisinya. Tiba-tiba jantungnya bergedup dengan laju. Pantas tangan kanan naik memegang dada, bimbang bunyi jantungnya dapat didengari Kasturi.

"Sorry sayang, abang tengok-tengokkan beg tadi" kata Kasturi sambil memandang tegak pada Jeff di hadapannya yang sudah terkaku.

"Sayang" panggil Kasturi sambil tangan kirinya naik mengusap tangan kiri Kira yang memeluk lengannya. Bagaikan terkena renjatan elektrik, terus tersedar Kira jadinya.

"Eh, tak apa. Sayang pun tengok-tengok baju tadi" tersekat-sekat lidah Kira mahu bahasankan dirinya sayang. Tercekik air liur rasanya.

"El.. You lied to me!" agak kuat suara Jeff berbunyi. Pelanggan yang ada sudah memandang mereka bertiga.

"He is not your husband! Am I right?" kata Jeff lagi. Tak mungkin lelaki berparut ini suami El.

Kira sudah naik segan. Lalu ditarik lengan Kasturi supaya meninggalkan tempat tersebut. Tidak mahu dia buat slot drama akasia pula petang-petang begini. Kasturi hanya mengikut langkah Kira tetapi sebaik melintasi Jeff, lengan Kira dipaut Jeff.

"El.. wait" kata Jeff. Tajam Kira memandang Jeff. Belum sempat Kira berbuat apa-apa, Kasturi dahulu sudah bertindak.

"Don't touch what is mine!" kata Kasturi sambil kuat tangannya mencengkam lengan Jeff yang memegang lengan Kira. Dua pasang mata bertentang. Tegang raut keduanya seperti tiada yang mahu beralah. Sudahnya Kira rentap lengannya hingga terlepas dari pegangan Jeff.

"We have nothing, Jeff" kata Kira lalu jemari Kasturi dipaut rapat bersama langkah kaki yang diatur laju. Tidak sedar entah bila dia sudah sampai di tempat parking keretanya. Kaku kakinya berdiri di situ.

"Er.. sampai bila nak pegang tangan saya ni?" soal Kasturi. Baru Kira tersedar. Kalut dia lepaskan pautan jemarinya dengan Kasturi. Kunci kereta di dalam beg dicapai lalu remote ditekan dan laju dia melolos masuk ke tempat penumpang hadapan dan daun pintu ditutup. Kasturi yang berada di luar sudah terpinga-pinga. Tidak lama Kira tolak daun pintu kereta.

"Kita balik sekali. Awak pandu" kata Kira lalu kunci kereta dihulurkan pada Kasturi. Tanpa banyak soal, Kasturi sambut huluran Kira lalu dia melangkah ke arah pintu pemandu dan terus dilolos masuk. Enjin keteta CRV dihidupkan. Pedal minyak ditekan dan kereta menderum pergi. Hm.. nak tak nak kena diikutkan juga, terpaksalah dia tinggalkan Myvi yang dipandu tadi. Esok sahajalah dia ambil semula.

Kedua-dua mereka diam tidak bersuara. Kira kaku di tempat duduk sebelah pemandu. Berkecamuk fikirannya. Tidak sangka Jeff boleh datang mencarinya sekarang setelah apa yang dia lakukan dahulu. Sungguh dia tidak sangka selepas empat tahun Jeff muncul kembali.

"I'm sorry" kata Kasturi. Pandangannya masih lagi tertumpu ke jalan raya. Kira toleh pandang pada Kasturi. Segak! Ish.. apa hang ni Kira. Waktu-waktu macam ni pun sempat lagi!

"For what?" soal Kira sambil memandang ke hadapan semula.

"The kiss" balas Kasturi serba salah. Dia tidak tahu dari mana datangnya idea untuk dia lakukan begitu pada Kira. Sungguh dia tidak sangka dengan tindakannya tadi.

"Oh.. tak apa. It' okay" balas Kira spontan. Laju Kasturi toleh pada Kira di sebelah. Biar betul dia ni!

"Hah! Okay?" soal Kasturi terkejut. Seperti baru tersedar, laju Kira menggeleng.

"Eh, tak, maksud saya tak okay" laju Kira membetulkan kata sambil mata dipejam rapat. Kira hela nafas perlahan.

"I'm sorry too" kata Kira pula. Kasturi toleh seketika pada Kira.

"For what?" soal Kasturi pula.

"Libatkan awak dalam masalah saya" balas Kira sambil memandang keluar. Eh, ini jalan nak ke Taman Tasik. Kira toleh pandang pada Kasturi.

"Kenapa, nak balik?" soal Kasturi. Kira geleng.

"It's okay. Saya pun dah lama tak datang sini. Dulu selalu datang sini masa saya ber.." tidak jadi Kira meneruskan ayatnya. Tiba-tiba dada rasa sempit. Tidak dapat untuk dia teruskan ayatnya.

Kereta dipandu Kasturi masuk ke tempat parking. Kasturi toleh pandang pada Kira.

"Nak keluar atau stay dalam kereta?" soal Kasturi.

"Kita keluarlah" kata Kira lalu daun pintu ditolak. Kasturi pula matikan enjin kereta dan terus melolos keluar. Langkah Kira diekori hingga Kira berhenti di sebuah bangku di tepi tasik dan dilabuhkan duduk. Kasturi juga ambil tempat di bangku yang sama. Kira pandang jauh ke tengah tasik.

"Dia sepatutnya menjadi suami saya empat tahun yang lepas tetapi dia tinggalkan saya pada hari pernikahan kami tanpa sebarang kata. Kami sepatutnya menjadi pasangan suami isteri pada hari itu tapi sampai malam dia tak datang. Sejak dari hari itu, saya dan dia dah putus hubungan" kata Kira. Ada nada sedih dalam suaranya.

"Kami bercinta sejak dari universiti lagi.. tapi semuanya sia-sia, buang masa" kata Kira lagi. Menitis juga air mata di pipi. Laju jemarinya naik mengesat. Lama dia membisu. Kasturi pula tidak menyampuk, hanya mendengar sahaja.

"Maaflah awak terpaksa dengar cerita tak menarik saya ni" kata Kira. Pipi dikesat lagi.

"Siapa nama dia?" soal Kasturi. Dia rasa seperti pernah melihat wajah lelaki itu tetapi tidak pasti di mana.

"Jeff, Qairil Jefferson" kata Kira. Bulat mata Kasturi. Qairil Jefferson? patutlah seperti pernah dia lihat wajah lelaki tadi. Kira dalam bahaya. Jeff bukan sembarangan orang.

"Kasturi" panggil Kira sambil menoleh ke sisi. Kasturi tersenyum nipis.

"Kenapa senyum?" soal kira pelik.

"Edan. Panggil saya Edan" kata Kasturi.

"Edan?" soal Kira yang sudah mengalih duduknya sedikit mengadap Kasturi.

"Edan Kasturi" balas Edan. Tidak tahu mengapa, mudah benar dia menuturkan nama penuhnya pada Kira.

"Oh.. saya Elvaretta Kirana" balas Kira sambil tersenyum. Hilang sudah duka di hati.

"Nice name" kata Kasturi. Kira hanya tersenyum.

"Sorry again" kata Kira.

"Untuk apa lagi?" soal Kasturi pelik.

"Sebab awak tak jadi shopping" kata Kira sambil tubuh dibawa berdiri.

"Oh.." iyalah.. aku nak beli barang untuk dibawa ke rumah Pak Chaq. Lupa pula.

"Awak nak beli apa?" soal Kira lalu menoleh pada Kasturi yang masih duduk di bangku.

"Saya nak beli barang dapur. Nak bagi pada Mak Chaq. Segan pula saya makan asyik makan di sana tapi tak bayar apa-apa" kata Kasturi. Kira ketawa kecil.

"Awak nak saya temankan ke?" soal Kira yang sudah berdiri mengadap Kasturi.

"Boleh ke?" soal Kasturi lalu berdiri.

"Boleh.. ada je pasaraya lain selain TESCO tadi" kata Kira.

"Jomlah, nanti lambat" kata Kira lalu melangkah ke arah kereta.

(30/01/2021 @ 2234hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience