Bab 68

Romance Series 548166

"Macam mana? Dah dapat?." Soal Am pada Burn yang sedang berusaha mengesan Kira. Skrin di hadapannya dipandang bersama maklumat yang diperolehi.

"Kereta yang membawa El telah dijumpai di tepi jalan tetapi tiada tanda-tanda El dibawa menaiki kenderaan tersebut. Hanya fizikal kereta dan nombor plat sahaja yang sama." Terang Burn pada Am.

"Am. How? Any progress?." Soal Kasturi yang tiba-tiba muncul dengan masih lagi memakai pakaiannya tadi cuma vest kalis peluru PDRM sahaja yang ditanggalkan. Am geleng perlahan.

"I tried to track El's phone but there was no signal. Mungkin telefon dia dimatikan." Kata Am.

"Nope, telefon Kira ada dengan Miran." Kata Kasturi sambil memicit pelipis kanannya yang tiba-tiba sahaja berdenyut. Am dan Burn sudah saling memandang apabila mendengar ayat yang dituturkan Kasturi.

"Macam mana pula telefon El ada pada Miran?." Soal Burn pelik.

"Sebelum Kira diculik, dia mahu berjumpa dengan Miran dan Mika, his brothers but then, this happened to her.." Kata Kasturi.

"Tanpa sempat berjumpa? So sekarang mana mereka?." Soal Am yang sudah berdiri tegak di hadapan Kasturi begitu juga dengan Burn. Kasturi tidak membalas sebaliknya pandangannya tajam ke arah skrin pengesan di hadapan tanpa sepatah kata. Tangan diseluk ke dalam poket dan tiba-tiba tangannya menyentuh sesuatu yang bersegi dan keras di dalam poket. Pantas benda tersebut dikeluarkan dan diletakkan di atas meja.

"Apa benda tu?." Soal Burn. Am yang mendengar turut sama melihat di atas meja benda bersegi hitam bersaiz lebih kurang 2 inci yang diletakkan Kasturi.

"I'm not sure but this is not mine." Balas Kasturi bersama wajah berkerut.

"Like a detector." Kata Am.

"Kira!." Kata Kasturi sepatah. Am dan Burn kerut kening.

"El?." Soal mereka serentak.

"This is the GPS that Kira put in my pocket when she sent me to the operation earlier at home." Terang Kasturi bersama senyum senget.

"That's my girl." Ucap Kasturi bangga.

"Trace where the transmitter is now!." Pinta Kasturi. Burn terus capai alat tersebut dan disambungkan pada pengesan di komputer di hadapannya. Tidak berapa lama, lampu merah bersama lokasi berkelip-kelip di monitor. Tanpa lengah Burn terus bangun sambil memegang tracker locator tetapi alat tersebut diambil Kasturi.

"Burn, aku perlu kau di sini." Kata Kasturi. Dalam berat hati Burn angguk pada Kasturi dan Am.

"Make sure you bring her back and.. Please, don't die." Kata Burn pada Kasturi dan Am sebelum kedua-dua mereka ke armory room. Reno yang sudah sedia berada di luar bilik turut sama mengekori Kasturi dan Am.

+++

"Madam." Sapa Sonchai yang berdiri di sebelah kanan manakala Chakan hanya menundukkan kepalanya tanda hormat pada Cecilia yang baru melangkah keluar dari kereta dengan memakai skirt pendek paras paha yang sedikit sahaja lagi boleh nampak di bahagian dalamnya serta blaus jarang yang tidak dibutangkan sehingga terdedah di bahagian dada.

Cecilia berhenti di hadapan Sonchai dan dia memusingkan tubuhnya mengadap lelaki bertato itu. Tangan kanannya naik ke wajah maskulin Sonchai. Jemarinya yang berkuku merah itu dimain-mainkan di pipi dan perlahan gerakannya turun ke bawah. Jari telunjuknya dimain-mainkan di dada bidang lelaki itu bersama bibir bawahnya di gigit sedikit dengan riak wajah menggoda. Wanita itu kemudian merapati wajah Sonchai dan telinga kiri lelaki itu dijilat perlahan bersama mata yang terpejam.

"Ahh..! So hot! I want to taste it.." Bisik Cecilia pada Sonchai.

Dalam masa yang sama tangan kanan Cecilia sudah sampai di bawah sana milik lelaki itu, perlahan diramas dan diusap manakala tangannya kiri pula mengelus rambut pendek Sonchai yang waktu itu nyata sedang menahan rasa hingga terketap giginya. Dia lelaki sejati dan sudah tentu apabila diusik begitu, rasa yang satu itu akan mekar serta membuak-buak. Ditambah pula dengan haruman minyak wangi yang semerbak baunya. Chakan yang melihatnya sudah terketar-ketar penumbuk kanan dan kirinya menahan marah. Sungguh, dia tidak puas hati di atas layanan Cecilia yang dirasakan tidak adil.

"Shit! Xari thi yxd yeiym keiyw kab phuchay khn nan?." (apa yang hebat sangat lelaki tu?) Bisik Chakan sendiri. Kembang kempis hidungnya menahan rasa.

"Come with me." Kata Cecilia pada Sonchai sambil memaut lengan sasa lelaki itu.

"Hurm.. where is she?." Soal Cecilia sambil memandang Sonchai di sisi bersama senyuman yang tidak lekang dari bibir merahnya. Melihatkan lelaki ini tadi, seakan sudah terlupa pada tujuan asalnya ke situ.

"In that room madam." Balas Sonchai sambil tangan kanannya menunjukkan arah. Cecilia tersenyum suka dan pipi kiri Sonchai dicium sekilas. Terhenti kaki Sonchai yang sedang melangkah.

"Why?." Soal Cecilia pada Sonchai yang tiba-tiba sahaja menghentikan langkah kaki. Cecilia senyum senget lalu lengan Sonchai ditarik ke bilik sebelahnya. Tombol pintu dipulas dan daun pintu ditolak.

"I know, a man like you can't push me away, right." Kata Cecilia lalu bibir Sonchai dipautnya.

Melihat pada tindakan Cecelia, dua orang lelaki yang datang bersamanya tadi terus menghentikan langkah dan menahan Chakan dari terus mengikut masuk ke dalam bilik tersebut. Tersentak Chakan apabila dia dihalang.

"Just wait here." Kata lelaki tadi. Kuat Chakan mendengus tanda tidak puas hati. Lelaki tadi pula terus menutup rapat pintu bilik.

Di dalam bilik, Cecilia menarik tangan Sonchai hingga ke tengah bilik dan menolak tubuh lelaki itu ke atas katil. Perlahan wanita itu memanjat katil dan merangkak naik ke atas tubuh Sonchai yang sudahpun separuh berbaring. Tiba-tiba Cecilia teringatkan Kira.

"I think I want an audience." Kata Cecilia bersama senyum sengetnya. Perlahan wanita itu turun dari katil dan berjalan menuju ke arah pintu dan daun pintu ditarik.

"Wait till our guest arrive." Kata Cecilia pada Sonchai sambil mata dikenyitkan sebelah.

Cecelia kemudian membisikkan sesuatu pada lelaki tadi dan dia masuk semula. Sonchai yang berada di atas katil rasa tidak sedap hati dan mula bergerak untuk turun tetapi pantas dihalang Cecilia. Laju tangan kanannya menghalang dada lelaki itu dari turun dan jari telunjuk tangan kiri diangkat dan digoyangkan ke kanan dan kiri.

'Tok! Tok! Tok!'

"Wah.. She's here." Kata Cecilia sambil bertepuk tangan gembira.

Daun pintu ditarik dan waktu itu Kira yang diangkat bersama kerusi dibawa masuk dan diletakkan betul-betul di hadapan katil. Selepas itu kedua lelaki tadi terus keluar dan pintu bilik terus ditutup rapat semula. Berubah wajah Sonchai apabila melihat Kira dibawa ke bilik itu. Apa yang dia fikirkan tadi kini sudah menjadi kenyataan.

"Hai dear.." Sapa Cecilia pada Kira sambil langkah kaki diatur pada Kira yang sedang merenungnya tajam.

"Kenapa dengan muka cantik ni.. Bengkak-bengkak dah.." Soal Cecilia bersama wajah sedih yang dibuat-buat. Pipi Kira ditepuk-tepuk perlahan.

"Sekejap lagi kita berbual, okay. Sekarang ni,  I'm a little bit busy." Kata Cecilia lalu dia kembali ke katil dan waktu itu Soncha yang sedari tadi terkaku semakin keras di atas katil tidak bergerak. Dengan pelbagai rasa, wajah Kira dipandang dan dalam masa yang sama Kira juga turut memandangnya.

"Chan ca di wa khun taek tang, tae klabklay pen wa chan khif phid kaa.." (saya sangka awak berbeza, tapi ternyata saya salah). Kata Kira pada Sonchai dan seraya itu Kira menoleh kepalanya ke sisi. Tidak sanggup untuk menyaksikan apa yang bakal berlaku.

Cecilia tidak peduli dengan kata-kata Kira yang entah apa maksudnya. Apa yang dia tahu, lelaki di hadapannya ini. Cecilia perlahan memanjat tubuh Sonchai dan bibir Sonchai dipaut sambil dia menutup mata Sonchai dari memandang Kira kerana tidak mahu Sonchai yang sekarang ini seakan terganggu dengan kehadiran Kira di situ. Cecilia mengeluh kuat.

"Okay.. how about we play together. I never try threesome before." Kata Cecilia manja sebaik pautan bibir dilepaskan.

"What do you think, dear?." Soal Cecilia sambil mengesat lipstiknya yang sudah comot. Kira sudah cuak, Sonchai pula hanya terkebil-kebil di birai katil. Serba salah gayanya. Mahu menghalang atau pun tidak sudah berbelah bahagi sama banyak. Liur ditelan kesat.

"John!." Jerit Cecilia dari dalam bilik.

'Tok! Tok! Tok'

"Come in." Jerit Cecilia. Kira yang mendengar sudah pucat wajahnya. Biar dibelasah atau disakiti tidak mengapa, dia boleh terima tetapi tidak yang ini.

"Hey perempuan! Kau nak buat apa ha?!." Soal Kira apabila melihat John sudah berjalan semakin menghampirinya. Panas rasa badannya walaupun bilik itu sebenarnya sejuk dengan penghawa dingin.

"Madam.." Panggil Sonchai bersama dengan itu pergelangan tangan Cecilia dipegangnya. Tangan kanan Cecilia naik tegak tanda tunggu pada John dan dia pantas menoleh pada Sonchai.

"Yes.. What, you can't wait anymore?." Soal Cecilia bersama senyuman manis.

"I know, she's your taste, right?." Soal Cecilia lagi.

"No, bukan macam tu." Balas Sonchai yang kini sudah berdiri di hadapan Kira.

"Kalau bukan macam tu, let's begin." Balas Cecilia. Dia kemudian melangkah menghampiri Kira dan badan ditundukkan lalu dia berbisik pada Kira.

"We will see, your lovely husband still want you or not after this." Kata Cecilia bersama senyuman menyejek pada Kira.

"Hey, what are you waiting for?." Soal Cecilia pada John. John angguk dan semakin menghampiri Kira. Kira sudah meronta-ronta di kerusi yang mengikatnya.

+++

'Tok! Tok! Tok!'

"Masuk." Suara DSP Farokh berbunyi dari dalam.

Daun pintu ditolak dan terjegul wajah Dart bersama beberapa helai kertas di tangan.

"Tuan, saya baru dapat makluman dari CCC Selangor, kereta yang terlibat dengan kejadian tembak-menembak tadi telah terbabas dan melanggar pembahagi jalan di lebuhraya MRR2 sebelum berpusing-pusing dan terbalik, Tuan." Terang Dart.

"Keadaan suspek masih belum dapat dipastikan lagi. Semua elemen telah digerakkan ke sana untuk membantu Tuan." Tambah Dart. DSP Farokh yang sedang meneliti fail di tangan terus mendongak memandang Dart.

"Aniq?." Soal DSP Farokh.

"Saya dah call tadi dan Tuan Aniq pun dalam perjalanan ke sana." Balas Dart.

"Call Aniq, minta dia ke sini, ganti Edan." Arah DSP Farokh tetapi belum sempat Dart membalas, telefon bimbit DSP Farokh berbunyi dan nama Aniq tertera di skrin. Tanpa lengah, icon hijau digesek.

"Aniq. Come here. I need your help." Kata DSP Farokh tanpa sempat Aniq membuka mulut.

"Baik Tuan. Saya datang sekarang." Balas Aniq di sebelah sana lalu talian dimatikan.

"Mana Syamill dengan Vasu?." Soal DSP Farokh pada Dart yang tegak berdiri di hadapannya.

"Saya tak pasti Tuan tapi tadi tak silap saya Tuan Kent ada beri mereka tugasan." Kata Dart. DSP Farokh angguk perlahan.

"Panggil Kent sekarang, Aniq tak perlu call, saya dah panggil dia datang sini. Kamu boleh keluar, standby di Bilik Operasi." Arah DSP Farokh.

"Baik Tuan. Saya keluar dulu." Kata Dart lalu berjalan menuju ke pintu bilik dan sewaktu daun pintu ditarik, Kent sudah berada di hadapan pintu.

"Hah, Kent. Masuk." Panggil DSP Farokh.

"Tuan." Sapa Dart sebelum dia melangkah keluar dan menutup rapat pintu tersebut. Kent yang melangkah masuk terus berdiri di hadapan meja DSP Farokh.

"Mana Syamill dan Vasu? Ada tugasan yang saya tak tahu ke?." Soal DSP Farokh.

"I'm sorry Sir." Ucap Kent.

"I don't need your apology." Balas DSP Farokh sambil tubuh dibawa berdiri. P99 yang ada di atas meja diambil lalu disarungkan pada holster di pahanya.

"Explain." Kata DSP Farokh sambil melangkah ke arah pintu pejabatnya. Kent pula mengekori dari belakang.

"Saya minta mereka ke rumah Kira, isteri Edan because she's not pickup the call and reply to Edan's message." Terang Kent. Terhenti langkah DSP Farokh.

"And then, what happened?." Soal DSP Farokh ingin tahu.

"Kira diculik tetapi tidak pasti siapa pelaku. Ruang tamu berselerak dan ada kesan darah." Tambah Kent.

"Kita serah kes tersebut pada D7, apa yang penting sekarang adalah operasi untuk memberkas George Bert dan Cecilia serta pengikutnya. Tempat Edan digantikan dengan Aniq." Terang DSP Farokh.

"Tuan Farokh, Kent." Sapa Aniq yang baru tiba.

"Aniq, saya perlukan awak untuk menggantikan Edan. Saya dah minta direct dari Tuan OCPD dan dia benarkan." Kata DSP Farokh.

"Baik Tuan." Kata Aniq sambil kepala diangguk sekali.

"We move in five minutes." Tambah DSP Farokh.

+++

"Alpha Satu dari Alpha Dua. Sedia untuk bertindak." Kent lapor lokasi pada DSP Farokh melalui earpiece.

"Alpha Tiga, bagaimana?." Soal DSP Farokh kepada pasukan tiga.

"Alpha Satu dari Alpha Tiga, siap sedia di lokasi untuk bertindak." Balas Aniq.

"Roger, wait my signal.. Ready and, now!." Arah DSP Farokh.

'Thud! Thud! Thud!'

Bunyi berbalas tembakan kedengaran dari rumah banglo yang menjadi tempat persembunyian Cecilia dan George Bert digempur.

"Alpha Tiga dari Alpha Dua panggilan." Kent memanggil Aniq.

"Alpha Dua go ahead." Balas Aniq.

"Ada satu bilik di tingkat bawah berkunci." Maklum Kent sambil memberi isyarat kepada anggota di belakangnya supaya bergerak perlahan dan mengambil tempat di kiri kanan pintu.

"Roger, aku tunggu bahagian belakang." Balas Aniq.

Tanpa lengah, Aniq bersama pasukannya terus bergerak perlahan ke bahagian pintu belakang. Aniq mengambil tempat di hadapan pintu manakala kiri kanan pintu pula, masing-masing dua orang anggota sudah siap sedia dengan senjata berat MP7 yang dihala ke pintu.

"Ready." Kata Kent.

Belum sempat tindakan diambil, pintu di hadapan mereka memuntahkan peluru bertalu-talu. Kelam kabut Kent dan anggotanya berlindung di sebalik dinding di kiri kanan pintu. Apabila keadaan sedikit reda, Kent mengarahkan anggota yang berada di kiri untuk memecahkan pintu. Sebaik pintu dipecahkan, Kent dan anggotanya pantas menyerbu masuk dan tembakan dilepaskan. Tiga orang suspek yang berada di dalam bilik tersebut berjaya ditumpaskan namun begitu ada yang berjaya melepaskan diri.

Terdengar bunyi bising di bahagian belakang, tanpa lengah Kent bersama pasukannya pantas bertindak mengekorinya dan dapati ada dua susuk manusia sedang melarikan diri. Salah seorang daripadanya tidak syak lagi, George Bert.

"Aniq, The One menghala ke arah kau!." Kent memaklumkan pada Aniq melalui earpeice.

"Roger." Balas Aniq dan serentak dengan itu terdengar bunyi tembakan.

"Tak guna!." Marah Kent sebaik sampai di bahagian belakang dapati George Bert dan seorang pengikutnya sudah terlentang mati ditembak.

"I'm sorry Kent. They shot my man." Balas Aniq sambil matanya memandang ke arah salah seorang pasukannya yang cedera di tembak di bahu.

"Alpha Satu dari Alpha Dua." Panggil Kent.

"Alpha Dua dari Alpha Satu, go ahead." Balas DSP Farokh.

"Mission completed but The One, he died and another person is not here." Lapor Kent sambil wajah George Bert dirakam dengan kamera sebelum gambar dihantar ke Bilik Operasi untuk pengesahan.

"Kent." Panggil Aniq. Kent yang baru selesai menghantar butiran George Bert mendongak memandang Kent.

"Aku tahu kau terkilan, sepatutnya kau nak tangkap dia hidup-hidup kan?." Soal Aniq. Kent menggeleng perlahan sebelum bahu Aniq ditepuk perlahan.

"Nyawa anggota kita lebih penting dari rasa terkilan." Balas Kent. Aniq angguk tanda setuju.

(16/09/2022 @ 2350hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience