Bab 57

Romance Series 548166

"Mak Leha." Panggil Kira. Mak Leha yang sedang sibuk membancuh air menoleh ke belakang.

"Puan." Balas Mak Leha lalu menoleh kembali ke hadapan dan menyudahkan bancuhan airnya.

"Puan dah lapar ke?." Soal Mak Leha. Senduk air diletakkan ke dalam sinki dan jag air oren dibawa ke meja makan.

"Eh, taklah. Belum lapar lagi." Balas Kira sambil mengambil pinggan di dalam kabinet dan dibawa ke meja makan.

"Dah siap pun. Er.. Puan boleh tolong Mak Leha panggilkan Tuan." Pinta Mak Leha. Kira yang sedang meletakkan pinggan di atas meja memandang ke bilik tidur mereka di tingkat atas. Berat pula rasa hatinya mahu naik ke sana.

"Mak Leha panggilkanlah. Biar Kira tuangkan air." Kata Kira. Wajah Mak Leha yang berdiri di sisinya dipandang. Mak Leha hela nafas panjang. Lengan Kira digosok perlahan.

"Tak apa.. Puan pergi naik, panggilkan Tuan. Nanti lauk sejuk tak sedap pula." Pujuk Mak Leha. Mak Leha anggukkan kepala pada Kira. Kira tarik nafas panjang sebelum langkah kaki dibuka ke arah anak tangga. Sebaik sampai di hadapan pintu bilik, tangan kanan Kira naik mahu mengetuk pintu tetapi belum sempat diketuk, daun pintu ditarik dari dalam. Terjenggul wajah Kasturi.

"Er.. Awak." Sapa Kira. Kasturi terdiam di celah pintu.

"Makan malam dah siap." Kata Kira. Kasturi angguk lalu dia terus melangkah setelah daun pintu ditutup rapat. Tanpa lengah Kira terus mengekori langkah Kasturi menuruni tangga hingga ke meja makan.

"Tuan." Sapa Mak Leha pada Kasturi.

"Mak Leha, sinilah makan sekali. Ajak Pak Mail." Kata Kira. Mak Leha pandang Kasturi yang sedang melabuhkan duduk. Kira menoleh pada Kasturi.

"Duduk Mak Leha, panggil Pak Mail sekali." Kata Kasturi.

"Er.."

"Kita makan sekali." Kata Kasturi lagi.

"Baik Tuan." Balas Mak Leha lalu wanita itu berjalan ke arah dapur untuk memanggil Pak Mail. Kira kemudian mengambil mangkuk nasi lalu disendukkan nasi ke pinggan Kasturi dan kemudian disendukkan ke pinggannya pula. Tidak lama Mak Leha dan Pak Mail tiba di meja makan.

"Tuan, Puan." Sapa Pak Mail lalu melabuhkan duduk.

Selesai makan malam, Kira membantu Mak Leha mengemas meja makan manakala Kasturi pula terus ke bilik kerjanya.

"Puan." Panggil Mak Leha pada Kira yang berada di meja makan.

"Mak Leha dengan Pak Mail balik dulu ya." Kata Mak Leha yang sudah siap mengemas dapur.

"Nanti esok Mak Leha datang lagi ya." Kata Mak Leha sambil menyandang beg tangan di bahunya.

"Iya lah. Hati-hati ya Mak Leha." Pesan Kira sambil berjalan beriringan ke pintu rumah. Setelah kedua mereka beredar, Kira mahu menutup rapat pintu rumah tetapi tidak jadi apabila Miran baru sahaja sampai. Kira membuka kembali daun pintu dan dia berdiri di celah pintu sementara menanti Miran keluar dari kereta.

"El." Sapa Miran sebaik dia menghampiri Kira. Kira pamer senyum.

"Dah makan?." Soal Kira pada Miran sambil menyarungkan kasut lalu melabuhkan duduk di bangku di tepi pintu rumah. Miran angguk lalu dia juga turut melabuhkan duduk di bangku tersebut di sisi Kira.

"Sir macam mana?." Soal Miran. Muram sahaja wajah kakaknya itu. Kira hela nafas panjang. Miran menggosok belakang Kira seakan memujuk.

***Dalam masa yang sama***

Selepas selesai makan malam, Kasturi tidak naik ke bilik tidur di tingkat atas sebaliknya dia terus ke bilik kerja. Jika benar apa yang dikatakan Doktor Bani, dia perlu lakukan sesuatu supaya ingatannya dapat kembali seperti sebelumnya. Tadi Kent ada menghubunginya dan memaklumkan kes perbicaraan terhadap Black dan Tatoo terpaksa ditangguhkan ke suatu tarikh yang lain. Dalam kata lain, sehingga ingatannya pulih kerana Kasturi adalah saksi penting bagi kedua-dua kes tesebut dan seandainya ingatannya tidak dapat dikembalikan, kemungkinan kedua-dua mereka akan ditawarkan jaminan keluar dari penjara sehingga kes disebut semula apabila saksi sudah pulih. Jika kedua mereka dijamin keluar dari penjara, sesuatu yang buruk tidak mustahil akan berlaku. Kasturi tidak sesekali akan melepaskan kedua-dua lelaki tersebut. Disebabkan itu dia mesti mendapatkan kembali memorinya yang hilang.

Kasturi melabuhkan duduk di kerusi kerjanya. Laptop dihidupkan dan password dimasukkan. Kasturi menyemak beberapa fail yang dilihat asing baginya. Fail-fail itu diteliti, kemudian dia capai pula fail yang berada di barisan rak di belakang. Kasturi menaip sesuatu di laptopnya sebelum dia mencetak dan helaian kertas tersebut diklipkan bersama. Hampir satu jam juga fail-fail itu dibelek. Tiba-tiba Kasturi teringat dengan CCTV yang dikatakan Am. Kasturi capai ipad di atas meja lalu tubuh disandarkan ke belakang. Laju jemarinya bergerak di skrin dan tiba-tiba matanya tertancap pada dua susuk tubuh yang sedang duduk di bangku di tepi pintu rumah.

"Who is that man?." Soal Kasturi sendiri. Nampak dari segi pakaian mungkin lelaki ini salah seorang dari aset atau agentnya kerana menurut Am, ada agent yang ditempatkan di rumah ini.

"Why so close?." Soal Kasturi lagi apabila dia melihat kedua mereka rapat duduknya dan kemudian tidak lama lelaki tadi menggosok belakang Kira. Terketap gigi Kasturi. Gambar lelaki yang bersama Kira itu disemak dengan data e-face dalam senarai aset dan agent syarikat. Tidak lama terpampang wajah dan butiran diri lelaki itu.

"Miran? Who is he?." Soal Kasturi tidak puas hati. Butiran diri Miran diteliti satu persatu.

"How can I marry a woman like this? I'm not dead yet, she already started looking for another man?." Marah Kasturi seakan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

Tegang sahaja wajahnya. Kuat tangan digenggam. Terus dicampak ipad ke atas meja. Rasa sakit mencengkam di dadanya. Kasturi bangun berdiri, lap top dan fail serta kertas di atas meja dicapai. Kaki diatur ke arah pintu, kasar sahaja daun pintu ditarik. Laju langkah kaki diatur ke tangga dan terus ke tingkat atas.

+++

Malam itu Kira berbaring di atas katil bilik tetamu bertemankan air mata. Puas dipusing kiri dan kanan tetapi lena tidak kunjung tiba. Sudahnya Kira bangun dari katil. Jam di dinding dipandang, sudah hampir jam dua belas malam tetapi matanya masih segar. Kira bangun berdiri lalu pakaian tidur yang dipakai ditanggalkan dan short tight hitam bersama sport bra disarung. Di bahagian luar pula Kira menyarung sehelai tshirt besar milik Kasturi yang sedia ada di dalam almari di bilik tetamu tersebut. Tshirt ditubuh itu disimpulkan di bahagian bawah hingga ketat di pinggang. Rambutnya pula diikat kuda.

Setelah pasti dia sudah bersedia, daun pintu bilik ditarik lalu kaki mengatur langkah ke bilik gym di bahagian hujung. Sudah lama dia tidak masuk ke sini. Daun pintu bilik gym ditarik, suis lampu ditekan dan penyaman udara dihidupkan. Terang. Kira tarik nafas sebelum dia mulakan dengan memanaskan badan lebih kurang sepuluh minit. Selepas itu Kira teruskan dengan treadmill. Setelah puas berlari Kira capai pula dumbbell. Hampir satu jam Kira berada di dalam gym. Basah tubuhnya dengan peluh.

Kasturi yang waktu itu masih belum tidur mahu turun ke dapur untuk minum air bagi hilangkan rasa haus ternampak bias cahaya dari bilik hujung. Terhenti kakinya yang sedang melangkah turun dari tangga. Jam di dinding ruang tamu dijeling, sudah hampir jam satu pagi. Kalau tidak silap kiraannya, bias cahaya itu datangnya dari bilik gym. Siapa pula yang workout tengah-tengah malam begini? Takkan Kira. Entah-entah lelaki tadi. Bersama langkah yang perlahan, Kasturi berjalan menghampiri bilik hujung. Kasturi hentikan langkah kaki. Dari celahan pintu yang tidak ditutup rapat, Kasturi dapat lihat sesusuk tubuh yang hanya tersarung short tight dan juga sport bra dari arah belakang.

"Kira.." Tutur Kasturi perlahan.

Tiba-tiba Kira berpusing memandang ke arah pintu. Pantas Kasturi berselindung di sebalik dinding.

"Rasa macam ada orang sebut nama aku la tadi.." Kata Kira sendiri. Matanya melilau ke sekeliling bilik gym.

"Ish! Takkan ada hantu pula?." Kira sudah berteka-teki sendiri. Tidak menunggu lama Kira terus mencapai tshirt yang diletakkan di armrest sofa dan laju kaki melangkah ke arah pintu lalu suis lampu dan penyaman udara dimatikan. Daun pintu ditarik. Tiba-tiba Kira rasa bulu romanya merinding dan terasa seperti ada seseorang di sebelah kirinya. Dalam keadaan samar-samar begitu tanpa menunggu, Kira naikkan siku kirinya lalu menghentak dagu seseorang. Tshirt di tangan dicampak ke lantai dan apabila orang itu terundur ke belakang Kira terus mengilas leher dengan tangan kanannya lalu dibanting orang itu hingga terkena pada pasu tinggi di tepi dinding.

'Prang!'

"Auch!" Suara seorang lelaki mengaduh.

Di hadapan Kira ada seseorang yang sudah tertiarap dan cuba untuk bangun. Pantas Kira mencapai suis lampu di tepi dinding dan ditekan. Sebaik cahaya menerangi laluan tersebut, buntang mata Kira apabila orang terbaring itu adalah Kasturi.

"Awak!" Jerit Kira lalu Kasturi terus diserbu.

"Awak! Awak buat apa dalam gelap kat sini?." Soal Kira yang sudah hampir mahu menangis sambil membantu Kasturi untuk duduk. Kasturi waktu itu sudah tertunduk sambil kedua tangan naik mencengkam rambut.

"Awak.. Kenapa ni? Awak tunggu, saya nak call doktor." Kata Kira dan mahu bangun berdiri tetapi lengannya ditarik Kasturi. Perlahan Kasturi gelengkan kepala.

"I'm sorry." Kata Kasturi yang cuba untuk bangun sambil dibantu Kira.

"No!. Saya yang patut minta maaf." Kata Kira. Kasturi yang sudah berdiri tegak memicit kepalanya yang rasa berdengung.

"Awak okay ke ni?." Soal Kira bimbang.

"I'm okay." Balas Kasturi yang hanya memandang ke sisi tanpa mahu memandang Kira yang berada di hadapannya.

"Awak, tengok sini." Pinta Kira sambil kedua tangannya naik memegang di kedua belah pipi Kasturi. Dia mahu memeriksa samada terdapat luka atau bengkak pada kepalanya. Sudahlah sakit tempoh hari belum hilang. Ini dah kena banting pula.

"Sini la, saya nak tengok." Kata Kira sambil memegang pipi Kasturi. Rambut yang berjuntai di dahi diselak dan kemudian di kiri dan kanan kepala. Mujurlah tiada kecederaan. Kira tarik nafas lega. Kasturi bersandar seketika ke dinding kerana kepalanya masih lagi berdenyut.

"Awak nak ke mana sebenarnya ni?." Soal Kira sambil memimpin Kasturi.

"I'm thirsty." Balas Kasturi.

"Air dalam botol yang saya letak atas meja sisi katil dalam bilik dah habis?." Soal Kira. Kasturi yang sedang melangkah menoleh pandang pada Kira. Kira kerut kening.

"What?." Soal Kira.

"Nothing." Balas Kasturi lalu pandangan dilarikan ke hadapan semula.

"Air dalam botol dah habis, saya lupa minta Mak Leha isikan semula tadi." Tambah Kasturi lagi. Sebaik sampai di hadapan pintu bilik tetamu, Kasturi menghentikan langkah kakinya.

"Kenapa? Awak pening sangat ke?." Soal Kira apabila Kasturi tiba-tiba berhenti melangkah.

"I thought you wanted to wear a shirt." Balas Kasturi tanpa memandang pada Kira. Kira yang seakan baru tersedar memandang ke arah tubuh sendiri, memerah wajahnya. Laju lengan Kasturi dilepaskan dan Kira terus berlari masuk ke bilik. Tidak lama Kira keluar semula setelah menyarungkan seluar panjang dan tshirt. Waktu itu Kasturi sudah tiada.

"Eh, ke mana pula?." Soal Kira sendiri sambil langkah kaki diatur ke dapur.

"Oh, kat sini.." Balas Kira sendiri. Lalu pantas gelas dicapai dan air kosong di dalam botol di dalam peti ais diambil lalu dibawa ke meja makan. Air dituang lalu diserahkan kepada Kasturi. Habis segelas diteguk.

"Nak lagi." Soal Kira. Kasturi geleng.

"Thanks." Ucap Kasturi. Kira pamer senyum lalu gelas tadi diisi semula dengan air dan diteguk. Hilang dahaganya. Gelas dan botol dibawa ke sini lalu dicuci. Kasturi hanya memerhati sahaja tingkah Kira dari belakang.

"Siapa lelaki yang berbual dengan awak di luar?." Soal Kasturi. Kira yang sedang mengesat tangan menoleh pandang pada Kasturi.

"Oh, yang tu Miran. One of your man." Balas Kira lalu melanglah menghampiri Kasturi.

"You two look so close." Kata Kasturi bersama pandangan yang tajam. Kira sudah terkaku di situ. Wajah Kasturi dipandang, nampak tegang sahaja. Kira sudah serba salah samada mahu beritahu mengenai hubungannya dengan Miran ataupun tidak. Melihatkan keadaan Kasturi sekarang, Kira bimbang akan menjejaskan lagi kesihatan Kasturi. Sudahnya Kira hanya terdiam disitu hinggalah Kasturi bangun meninggalkan meja makan.

"Sorry abang.." Kata Kira perlahan sambil menghantar pandangan pada Kasturi hingga lelaki itu hilang di sebalik pintu bilik. Kira tarik nafas panjang. Perlahan langkah kaki diatur ke bilik tetamu. Daun pintu ditolak perlahan dan tubuh dilolos masuk. Ingatkan lepas workout bolehlah dia lena dengan tenang tetapi begini pula jadinya..

Sudahnya sampai ke subuh Kira hanya terkelip-kelip berbaring di atas katil. Mendengar sahaja azan subuh, Kira terus bangun untuk membersihkan tubuh.

***Dalam waktu yang sama***

Kasturi menghempas kasar tubuhnya di birai katil. Rambut diraup. Kepalanya yang masih berdenyut dipegang lalu tubuh dibawa bersandar di kepala katil. Lap top, fail dan dokumen yang dicetak dan dibawa bersama tadi elok terletak di atas katil di sisinya. Jika esok harinya berulang lagi, dia harapkan semua ini dapat membantu untuk dia mengingati kembali hari ini. Perlahan tubuh dibawa berbaring dan mata dipejam.

+++

Azan subuh yang berkumandang menyapa halwa telinga. Kasturi perlahan bangun duduk dari pembaringannya. Mata dibuang pandang ke sekiling dan dia terpandang pada lap top, fail dan beberapa helai kertas berklip di atas katil di sisinya. Kasturi kerut kening lalu dicapai helaian kertas tersebut dan bait-bait tulisan dibaca satu persatu sambil itu tangan kirinya naik menyentuh dada yang tidak berbaju. Ada kesan luka. Kasturi turun dari birai katil lalu seluar panjangnya ditanggalkan dan terdapat tampalan plaster besar di pahanya.

'Tok tok tok'

Kasturi menoleh ke arah pintu. Tiada balasan. Ketukan berbunyi lagi.

'Tok tok tok'

"Awak.. Saya ni. Kira." Kata Kira dari luar.

"Come in." Kata Kasturi. Sebaik mendengar jawapan dari Kasturi, Kira menolak daun pintu dan sebaik melangkah masuk, buntang mata Kira apabila mendapati Kasturi dengan selamba berjalan tanpa pakaian ke bilik closet. Walaupun hanya pandangan dari belakang, wajahnya tetap memerah. Laju tangan kanannya naik mengusap dada. Tidak lama Kasturi keluar semula bersama tuala yang berlilit di pinggang. Tanpa menghiraukan Kira, Kasturi terus melangkah masuk ke bilik air. Kira pula terus ke bilik closet untuk mengambil pakaiannya. Hari ini Kasturi perlu ke hospital untuk membuat pemeriksaan. Dia mahu temankan Kasturi walaupun dia tahu lelaki itu tidak selesa dengannya. Setelah apa yang diperlukan diambil, Kira terus berlari keluar dari bilik. Dada yang berdegup laju disentuh.

"Puan." Sapa Mak Leha apabila melihat Kira yang berjalan ke arahnya di dapur.

"Puan nak keluar ke?." Soal Mak Leha apabila melihat Kira yang sudah siap bertudung.

"Ha'ah. Nak bawa Tuan Edan ke hospital." Balas Kira sambil melangkah menghampiri Mak Leha yang sedang menyendukkan nasi goreng.

"Er.. Mak Leha dah bancuhkan air?." Soal Kira pada Mak Leha.

"Belum lagi." Bala Mak Leha.

"Tak apa, biar saya buatkan." Balas Kira lalu mencapai teko dan teh bunjut dimasukkan ke dalamnya sebelum air panas dituang. Mak Leha yang berada di sisi memandang pelik dan dalam waktu yang sama Kasturi berjalan menghampiri meja makan.

"Tuan." Sapa Mak Leha. Kasturi angguk sekali. Kira yang sedang membancuh air memandang Kasturi. Menanti soalan yang dua tiga hari ini sudah menjadi kebiasaan padanya di waktu pagi tetapi pagi ini Kasturi hanya diam dan terus melabuhkan duduk tanpa bertanya. Kira yang sudah siap membancuh air terus membawa teko ke meja. Wajah Kasturi dipandang. Kasturi membalas pandangan Kira. Kening diangkat tanda menyoal.

"Er.. Awak tak ada nak tanya saya apa-apa?." Soal Kira.

"Nope." Balas Kasturi pendek. Kira terdiam.

"Do I have to ask you something?." Soal Kasturi apabila melihat Kira yang masih memandang wajahnya.

"Eh, tak.. Tak ada." Laju Kira membalas bersama gelengan.

"Hurm." Balas Kasturi sambil roti bakar di atas piring diambil. Kira pula mencapai teko air lalu air teh o dituang ke dalam cawan Kasturi dan juga untuk dirinya lalu dilabuhkan duduk. Kasturi memandang air teh di dalam cawan di hadapannya dan Kira di tepinya bergilir.

"Where're my coffee?." Soal Kasturi.

"Makan ubat tak sesuai dengan minuman berkafein." Balas Kira. Terus tertegak Kasturi memandang ke hadapan bersama kening yang berkerut. Seperti dejavu. Dia seakan pernah mendengar ayat yang dituturkan Kira tetapi tidak pasti siapa yang menuturkannya.

"Awak." Panggil Kira bersama sentuhan di lengan lelaki itu apabila melihat Kasturi seakan terkaku. Kasturi menoleh pandang pada Kira.

"Awak okay tak ni?." Soal Kira.

"I'm okay." Balas Kasturi.

(09/07/2021 @ 1225hrs)

Share this novel

KARMILA PATTA
2021-07-09 14:44:56 

tq fifi..

Hawani Hashim66
2021-07-09 13:50:15 

tq Fifi....update....next ya menanti dengan sabar..


NovelPlus Premium

The best ads free experience