Bab 32

Romance Series 548166

"Kenapa abang tak kahwin je dengan Liona tu?." Soal Kira tiba-tiba. Kasturi ketawa, pinggang Kira dipeluk erat.

"Macam mana pula boleh timbul isu kahwin ni?." Soal Kasturi yang masih dengan ketawanya. Kira menjeling tajam.

"Can I ask you something?." Soal Kasturi.

"Tanya apa?." Soal Kira sambil parut pada mata Kasturi diusap. Hm.. Dari dulu lagi nak dia tanya, agaknya apalah yang terjadi sampai ada parut macam ni kan. Walaupun berparut tapi seksi. Kira tersenyum nipis.

"Hey, dengar tak ni?." Soal Kasturi sambil hidung Kira dicuit.

"Hah! Abang cakap apa?." Soal Kira blur. Kasturi geleng kepala. Aku bercakap seorang rupanya..

"Sayang fikir apa sampai abang tanya pun tak dengar ni?." Soal Kasturi. Sengaja ditayang wajah serius. Kira tertawa. Ingatkan takut tapi dia ketawa pula.

"Parut ni. Dari sebelum ni lagi sayang nak tahu tapi abang tak pernah nak cerita." Kata Kira. Kasturi diam. Terkunci bibirnya. Kira yang sedari perubahan wajah Kasturi terus dicium sekilas bibir lelaki itu. Terkejut Kasturi dengan tindakan spontan Kira. Hilang terus apa yang ada dalam fikirannya tadi. Kira senyum manis.

"Abang tanya apa tadi?." Soal Kira. Dia tidak mahu Kasturi terganggu mengenai perkara itu. Sebelum ini dia pernah bertanya dan keadaannya sama seperti sekarang. Tiada jawapan yang diperolehi. Biarlah, sampai masa dia akan tahu juga. Mungkin terlalu peribadi.

"Abang tanya, sayang ingat tak mengenai kejadian semalam?" Soal Kasturi. Wajah Kira dipandang. Kira terdiam seketika sebelum soalan Kasturi dijawab.

"Sayang tak ingat sangat, semuanya kabur-kabur." Balas Kira. Kasturi angguk.

"Tapi apa yang sayang paling ingat bila telinga dia kena gigit!." Kata Kira, tergambar rasa puas pada wajah itu.

"Telinga kena gigit?." Soal Kasturi.

"A'ah." Balas Kira sambil kepala dianggukkan. Terkebil-kebil mata Kasturi bersama tangan kanannya naik memegang telinga sendiri. Tidak sanggup telinganya sumbing kerana digigit.

"Dia ingat senang-senang sayang nak terima dia? No way!." Tambah Kira lagi. Kira pandang Kasturi yang terdiam sambil tangannya memegang telinga. Tiba-tiba Kira ketawa.

"Kenapa takut kena gigit telinga juga ke?." Soal Kira sambil tayang gigi putihnya dan mengacah-acah mahu menggigit. Mengelak ke tepi Kasturi apabila bibir Kira hampir dengan telinganya. Kira ketawa suka. Memerah wajah Kasturi dengan usikan Kira.

"Naughty." Kata Kasturi bersama sepitan pada hidung Kira. Suka dia dapat kenakan Kasturi. Wajah Kira dipandang lama.

"What?." Soal Kira.

"Hm.. Can I know.. The last things yang sayang ingat?." Soal Kasturi lagi.

"Oh.. Hm.. Sayang cuba." Kata Kira sambil mata terpejam.

"Sayang berada di atas tubuh Jeff sambil pegang gunting dan waktu itu abang masuk. Tapi.. Sungguh sayang tak ingat apa yang sayang buat." Kata Kira. Berkerut-kerut wajahnya cuba mengingat tapi cuma sampai di situ. Sudahnya mata dibuka.

"Do I murdered him?." Soal Kira ingin tahu. Laju Kasturi menggelengkan kepala.

"No, not you but somebody else." Balas Kasturi.

"Somebody else?." Soal Kira pelik. Berkerut kening Kira.

"Are you sure?." Soal Kira.

"I'm sure." Balas Kasturi sambil kepala diangguk sekali.

"Luka yang menyebabkan kematian Jeff dan orangnya adalah dari kesan kelaran pisau, bukannya gunting." Kata Kasturi. Terkejut Kira mendengar perkara itu.

"Tapi siapa yang lakukannya?." Soal Kira sambil bangun dari ribaan Kasturi. Melihat Kira yang bangun berdiri, Kasturi juga turut sama. Kira labuhkan duduk di sofa, begitu juga Kasturi.

Puas Kira fikir, siapa pula yang lakukannya sebab rasanya mereka hanya bertiga sahaja yang berada di dalam bilik tersebut. Tiba-tiba dia teringatkan kejadian dia dipukul.

"Abang ingat tak masa abang keringkan rambut sayang, ada bengkak belakang kepala kan? Sayang rasa macam kepala dihentak dengan sesuatu semasa sayang bergelut dengan Jeff tapi sayang tak ingat siapa. Wajah dia kabur-kabur." Terang Kira.

"Maksud sayang?." Soal Kasturi.

"Sayang rasa macam dipukul dengan sesuatu." Kata Kira.

"Tapi sayang sempat toleh ke belakang untuk lihat wajah orang tu tapi.. I can't remember who.." Kata Kira sambil tangan naik memegang kepala yang tiba-tiba berdenyut.

"It's okay, don't push yourself to remember all that's." Kata Kasturi lalu menarik Kira ke dalam pelukannya. Kepala Kira diusap perlahan. Kira pula hanya diam sambil bersandar di dada bidang Kasturi, selesa dilayan begitu.

"Apa jadi dengan Jeff?." Soal Kira ingin tahu. Kira mendongak memandang wajah Kasturi.

"Don't worry, Am dan Burn uruskan. They clean your trace and DNA." Kata Kasturi.

"Really?." Soal Kira tidak percaya.

"Yup. That's their job." Balas Kasturi. Kira duduk tegak.

"So..?." Soal Kira.

"So.. Sekarang ni, polis yang akan siasat but don't worry it's never involve you." Kata Kasturi lagi. Kira kerut kening.

"Tapi sayangkan ada di sana waktu tu." Kata Kira bimbang.

"They clean everything." Balas Kasturi yakin. Kira angguk walaupun ada rasa bimbang di dalam hatinya.

Petang itu Kasturi dan Kira menikmati minum petang di taman di tepi rumah sambil memerhatikan ikan di dalam kolam. Elok sungguh cuaca petang itu. Sedang kedua mereka menikmati makan petang, Kira bersuara.

"Green." Kata Kira sepatah. Kasturi menoleh pandang pada Kira yang berada di sisinya.

"Green?." Soal Kasturi.

"Yup. Pure green." Balas Kira.

"What do you mean?." Soal Kasturi bersama rasa hati yang berdebar.

"His eyes is pure green." Kata Kira lagi. Terhenti tangan Kasturi yang mahu menyisip air teh dari cawan, laju jantungnya berdengup.

"I remember now." Kata Kira pendek sebelum kata-katanya diteruskan lagi.

"His eyes are pure green, there are small moles at the tip of the eyes and his eyebrow were dark. It's perfect combination." Terang Kira. Tegak matanya memandang ke hadapan seakan dia dan sepasang mata hijau saling memandang.

"There's no way he is." Kata Kasturi perlahan. Kira toleh ke sisi. Nampak berubah wajah Kasturi waktu itu.

"Abang kenal lelaki tu?." Soal Kira.

"No." Laju Kasturi membalas tanpa memandang wajah Kira. Kira tahu pasti ada sesuatu yang tidak kena. Baru Kira mahu bertanya lebih lanjut, ada sebuah kereta perlahan memasuki perkarangan rumah. Kira menoleh ke belakang, Kasturi pula tegak memandang ke arah kereta yang telahpun berhenti bergerak. Kasturi toleh memandang ke hadapan semula sambil berkata pada Kira.

"Sayang masuk dulu. Abang ada tetamu." Kata Kasturi. Kira pandang Kasturi. Tiada riak pada wajah itu. Siapa yang datang? Soal Kira di dalam hati. Ditoleh lagi ke arah kereta itu lagi dan dalam masa yang sama pintu kereta sebelah pemandu dibuka dan melangkah keluar seorang lelaki yang asing baginya. Kira pandang semula Kasturi. Lengan lelaki itu disentuh.

"Sayang masuk dulu. Kalau ada apa-apa, abang panggil. Okay." Kata Kira. Kasturi hanya angguk sambil menepuk sekali tangan Kira yang berada di lengannya.

Sewaktu Kira mahu melangkah, tetamu tadi elok sampai berhampiran bangku di tepi kolam. Kira angguk bersama senyuman, begitu juga lelaki tadi dan dia terus berlalu masuk ke dalam rumah. Tanpa dipelawa, lelaki tadi melabuhkan duduk.

"Sampai rumah kau cari aku." Kata Kasturi. Kent yang baru melabuhkan duduk, terus tegak memandang Kasturi di hadapannya tanpa kata. Kasturi membalas pandang.

"What are you hiding from me?." Soal Kent. Bergerak-gerak rahangnya menahan rasa. Kasturi hanya diam tanpa membalas. Kent mengambil sesuatu dari poket jaketnya dan diletakkan di hadapan Kasturi. Kasturi pandang DNA kit di dalam plastik.

"Kau rasa kalau aku hantar ke makmal forensik, DNA siapa yang akan timbul?" Soal Kent. Kasturi kerut kening.

"Air liur dari telinga Jeff yang mempunyai kesan digigit." Kata Kent lagi. Bulat mata Kasturi. Plastik DNA mahu diambilnya tetapi pantas Kent mengambilnya semula dan disimpan di dalam poket jaketnya. Tegang wajah Kent dengan tindakan Kasturi yang berdiam diri.

"Fine!." Tinggi suara Kent lalu dia terus bangun dan mahu pulang tetapi lengannya disambar Kasturi.

"If you're involved, you can't back down, Kent." Kata Kasturi tanpa memandang wajah Kent. Kent tarik nafas panjang lalu dilabuhkan duduk semula.

"Kau tak percayakan aku Edan? Kau kenal aku bukan baru, dah bertahun." Kent bersuara seakan merajuk. Kasturi geleng perlahan.

"Aku tak sanggup orang yang aku sayang akan terima akibat, seperti sebelum ni." Kata Kasturi. Kent pandang Kasturi.

"Edan, kau cakap apa ni?." Marah Kent bersama meja ditumbuk. Kasturi diam tidak berkutik.

"Aku tak nak dengar alasan. Sekarang ni, kau bagitahu pada aku apa yang berlaku atau aku hantar sampel DNA ni ke makmal." Ugut Kent.

"Okay, fine!." Kasturi mengalah. Kasturi kemudian menceritakan apa yang berlaku pada Kira hingga mereka sampai ke lokasi tersebut. Tiada satu pun butiran yang dia tinggal. Tersandar ke belakang Kent apabila mendengar kata-kata Kasturi.

"Who am I to you, Edan?" Soal Kent.

"Who am I to you!?." Tinggi suara Kent bersama tubuh yang dirapatkan ke hadapan. Hatinya sedikit terasa dengan apa yang Kasturi lakukan.

"Perkara penting macam ni kau boleh tak bagitau aku Edan.." Tergeleng Kent. Kasturi terdiam.

"I don't want anything to happen to you, Kent. Pada adik kau. If anything, what will happen to her? They are not just any people." Keras Kasturi bersuara.

"Lagipun orang-orang aku dah uruskannya." Kata Kasturi. Kent senyum sinis.

"Uruskan? Ni, apa ni!?." Soal Kent sambil plastik DNA tadi dikeluarkan semula. Terdiam Kasturi. Bergerak-gerak rahangnya menahan marah pada Am dan Burn yang terlepas pandang perkara ini.

"Who else knows about this?." Soal Kasturi bimbang.

"Just me and the pathology." Balas Kent.

"Prof Thuya?. Soal Kasturi. Kent angguk.

"I'll talk to him later." Kata Kasturi.

"No need. I took care of it." Balas Kent.

"Thanks Kent." Ucap Kasturi. Serba salah rasanya.

"It's okay.. But please, lepas ni jangan nak sembunyikan apa-apa lagi." Pinta Kent. Kasturi senyum senget.

"Aku bimbang satu saja sekarang ni." Kata Kent. Wajah Kasturi dipandang tepat.

"What?." Soal Kasturi.

"Farish Jefferson." Kata Kent.

"Aku bimbang abang dia akan tahu pasal Kira." Kata Kent lagi.

"Kalau Farish dapat tahu perkara ni, Kira dalam bahaya, Edan. Padahal bukan Kira yang melakukannya." Tambah Kent lagi.

"I know." Balas Kasturi.

"What do you want to do now?" Soal Kent.

"Don't worry. I take care of her." Balas Kasturi.

"Kau tahukan, aku sentiasa ada untuk kau. Jangan sesekali kau abaikan aku!." Pesan Kent. Keras sahaja suaranya.

"Okay. I get it. Don't sulk anymore." Balas Kasturi bersama senyum nipis. Menjeling Kent. Kent kalau dah merajuk macam perempuan, nak dipujuk..!

"So.. How Kira?." Soal Kent.

"She's okay. Kecederaan tak serius cuma ingatan mengenai kejadian tu masih kabur-kabur disebabkan hentakan pada kepala." Kata Kasturi.

"Kau tak bawa dia scan? Kalau jadi apa-apa, bahaya." Soal Kent bimbang.

"Kalau tak ada apa-apa, esok aku akan bawa ke hospital. Lagipun luka aku ni nak kena periksa juga." Kata Kasturi sambil lengan yang masih bertampal dipandang. Kent angguk.

"Kalau macam tu, aku balik dulu." Kata Kent lalu bangun. Plastik DNA tadi diletakkan di atas meja di hadapan Kasturi.

"Keep this safe." Pesan Kent. Kasturi angguk sambil dia juga turut bangun bersama. Plastik tadi dicapai lalu disimpan di dalam poket.

"Thanks again Kent." Ucap Kasturi sebaik kedua mereka sampai di kereta Kent. Kent angguk sambil bahu Kasturi ditepuk lalu tubuh dilolos masuk ke dalam kereta. Kasturi memandang hingga Kent hilang dari pandangan.

"Abang.." Sapa Kira di celah pintu. Kasturi tersenyum memandang Kira.

"Siapa tu?." Soal Kira ingin tahu. Sejak dari tadi lagi dia berdiri di tepi tingkap memerhatikan kedua lelaki itu berbual tetapi satu patah perkataan pun tidak dia dengar kerana jauh.

"Kent." Balas Kasturi sepatah. Kira angguk. Oo.. Ini Kent..

"Poliskan?. Handsome." Kata Kira. Laju Kasturi menoleh pandang pada Kira yang sedang berjalan menghampirinya.

"Apa?." Soal Kira apabila melihat Kasturi memandangnya begitu.

"How do you know him?." Soal Kasturi bersama riak tidak puas hati.

"Sayang pernah dengar nama dia abang sebut masa berbual di telefon.." Kata Kira.

"Oh. Abang ingat sayang kenal Kent." Kata Kasturi.

"Kalau kenal pun kenapa?." Soal Kira sambil melangkah ke arah meja di taman. Kasturi tidak membalas sebaliknya langkah Kira diekori.

"Bincang apa tadi? Serius je?." Soal Kira sambil cawan dan teko diletakkan di dalam dulang lalu dibawa ke arah pintu rumah. Sudah agak lewat untuk minum di luar rumah. Kasturi mengekori Kira hingga ke dapur sebelum pintu rumah ditutup rapat. Kira kemudian melabuhkan duduk di bar stool sambil menuang air teh ke dalam cawannya tadi. Kasturi tidak membalas sebaliknya plastik di dalam poket diambil dan diserah pada Kira.

"Apa ni?." Soal Kira setelah cawan air diletakkan di atas piring semula.

"He found your DNA at Jeff's ear." Kata Kasturi. Berubah wajah Kira. Plastik di tangan Kasturi diambil. Terus terbayang kejadian semasa dia berada dalam tawanan Jeff. Plastik digenggam kuat. Tiba-tiba mata hijau jernih pula yang terlayar di ruang mata.

"Are you really don't know who is he? The owner of green eyes?." Soal Kira. Mata Kasturi dipandang tidak berkelip. Kasturi kalih mata ke sisi.

"Look at me abang." Kata Kira. Keras suaranya. Dia tahu Kasturi tahu sesuatu. Kasturi pandang Kira dan waktu itu terdengar bunyi seperti tong terjatuh di belakang rumah. Kira dan Kasturi saling memandang. Kasturi bergerak ke arah meja kecil di sudut dapur lalu laci paling bawah ditarik dan dua pucuk pistol walter bersama silencer dikeluarkan dan salah satunya diserahkan pada Kira. Buntang mata Kira apabila Kasturi menyerahkan walter padanya. Di dapur pun dia ada simpan senjata?

'Prang!'

Bunyi kaca pula. Kedua mereka saling memandang bersama senjata yang sudah sedia di tangan.

(14/03/2021 @ 1755hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience