Bab 73

Romance Series 548166

"Doktor Bani.." Sapa Kasturi apabila Doktor Bani yang melangkah masuk bersama seorang jururawat di belakangnya.

"Tuan Edan." Balas Doktor Bani.

Kasturi terus berdiri lalu berjalan ke arah hujung katil mendapatkan Doktor Bani yang sedang meneliti fail yang diserahkan oleh jururawat tadi, lama matanya memandang laporan di tangannya.

"Macam mana Doktor?." Soal Kasturi bimbang.

"Tuan tak perlu bimbang, Puan Kira stabil. Hanya tunggu masa untuk sedar sahaja. Kandungan pun tiada masalah." Kata Doktor Bani bersama senyuman di bibir.

"Cuma nanti Puan Kira perlu pemeriksaan susulan selepas discharged nanti." Tambah Doktor Bani.

"Kalau tak ada apa-apa saya keluar dulu." Kata Doktor Bani lagi.

"Baik. Terima kasih Doktor." Ucap Kasturi bersama anggukan. Setelah Doktor Bani meninggalkan wad tersebut bersama jururawat yang datang bersamanya tadi,  Kasturi melabuhkan kembali duduknya di kerusi di sisi Kira. Wajah Kira dipandang dan tiba-tiba mata Kira terbuka dan bulat memandangnya.

"Sayang!." Sapa Kasturi yang sedikit terkejut apabila mata Kira tegak memandangnya. Terus terbangun tubuhnya dan dibawa rapat pada Kira di Katil.

"Abang.. Apa maksud doktor dengan kandungan?." Soal Kira ingin tahu. Kasturi tarik nafas panjang dan bersama itu jemari Kira dipaut dan dicium sekilas. Ulas bibir pamerkan senyuman sebelum kata-kata diluahkan.

"Sayang.. you're pregnant." Balas Kasturi pendek.

"Sayang? Pregnant?." Soal Kira yang sedikit keliru.

"Ya sayang. You're pregnant." Ulang Kasturi. Kira yang mendengar kali kedua terus cuba untuk bangun dari pembaringan. Kasturi pantas membantu Kira dan disandarkan tubuh isterinya itu di kepala katil. Bantal diambil dan diletakkan di belakang untuk keselesaan. Selimut pula ditarik lalu dibetulkan letaknya tetapi belum sempat Kasturi berbuat demikian tangan Kira pantas mencapai pergelangan tangan Kasturi. Wajah Kasturi dipandang untuk kepastian. Kasturi pamerkan senyum bersama sedikit anggukan.

"Tapi.. Macam mana sayang boleh tak tau.." Soal Kira.

"It's okay sayang. Mungkin masih baru dan sayang belum sedar dengan kehadirannya." Balas Kasturi bersama senyuman nipis.

"But don't worry, okay." Balas Kasturi. Belakang tangan Kira diusap perlahan dan kemudian bed call button ditekan untuk memanggil doktor kerana seperti yang dipesan, sebaik Kira terjaga, doktor perlu dipanggil segera. Tidak lama Doktor Bani kembali ke ward Kira.

"Puan Kira." Sapa Doktor Bani.

"Doktor." Balas Kira bersama senyuman di bibir walaupun wajahnya sedikit pucat. Doktor Bani kemudian hampiri Kira dan pemeriksaan dilakukan terhadap Kira dibantu jururawat yang datang bersamanya. Lebih kurang lima belas minit, pemeriksaan selesai.

"Puan ada rasa sakit atau tidak selesa di mana-mana bahagian badan?." Soal Doktor Bani apabila Kira hanya diam di sepanjang pemeriksaan yang dilakukan terhadapnya. Kira tidak membalas sebaliknya hanya menggelengkan kepala. Doktor Bani hanya angguk sambil menulis laporan pada fail. Tiba-tiba Kira bersuara.

"Doktor." Panggil Kira pula. Doktor Bani yang sedang menulis laporannya menoleh pada Kira.

"Ya." Jawab Doktor Bani. Fail di tangan diserahkan pada jururawat dan pen diselitkan di poket bajunya. Kaki diatur menuju ke bahagian kiri katil Kira.

"Ada nak tanya apa-apa?." Soal Doktor Bani. Kasturi yang berada di kanan katil sudah tidak senang duduk. Laju sahaja dirapatkan tubuhnya di sisi kanan katil.

"Saya.. macam tak percaya. Betul ke saya mengandung?." Soal Kira. Tangan kirinya naik memegang perut yang masih belum nampak bentuk. Doktor Bani pamer senyum.

"Ya, Puan Kira mengandung dan usia kandungan masih baru lagi, baru masuk 4 minggu." Terang Doktor Bani. Kira pandang tangannya yang masih berada di perut.

"Hurm... Kalau saya nak buat scan boleh ke?." Soal Kira sambil memandang wajah Doktor Bani.

"Buat scan?." Soal Kasturi yang berada di sisi katil. Kira angguk perlahan.

"Maksud Puan Kira ultrasound? Boleh.. Tapi usia kandungan masih belum sesuai, kebiasaannya bermula tempoh sepuluh hingga dua belas minggu baru imbasan kali pertama boleh dilakukan. Pada masa sekarang usia kandungan baru masuk empat minggu. Untuk makluman Puan Kira, imbasan yang Puan Kira ingin lakukan ada beberapa peringkat dan imbasan ini biasanya adalah untuk mengetahui kedudukan bayi dalam rahim, jumlah bayi dalam kandungan dan jangkaan tarikh bersalin atau EDD tetapi bagi kes Puan Kira, ini adalah fasa pertama imbasan." Balas Doktor Bani panjang lebar. Kira hanya mengangguk perlahan bersama wajah yang masih lagi terkejut.

"Ada apa-apa lagi yang Puan Kira mahu bertanya pada saya?." Soal Doktor Bani.

"Tak ada Doktor." Balas Kira bersama gelengan.

"Baiklah, kalau macam tu saya keluar dulu. Kalau ada apa-apa boleh tanya pada saya kemudian nanti. Cuma buat masa sekarang Puan Kira perlu berada di wad untuk beberapa hari lagi bagi pemeriksaan dan laporan penuh kesihatan." Tambah Doktor Bani.

"Baik Doktor, terima kasih." Ucap Kira.

"Thanks Doc." Ucap Kasturi pula. Doktor Bani hanya angguk dan kemudian terus mengatur langkah ke pintu bilik bersama jururawat yang datang bersamanya.

"Sayang.." Panggil Kasturi pada Kira yang masih lagi diam seperti tadi. Tangannya pula masih berada di perutnya yang masih kempis. Kasturi bimbang emosi Kira mungkin terganggu dengan apa yang berlaku dan kemudian dikejutkan pula dengan dirinya kini sedang mengandung. Ubun-ubun Kira diusap perlahan.

"Macam tak percaya." Kata Kira sendiri. Kasturi hanya tersenyum.

"Abang bersyukur sangat.." Balas Kasturi bersama senyum yang tidak lekang dari bibir.

"Tapi.. bila sayang boleh balik?." Soal Kira.

"Dalam sehari dua lagi." Balas Kasturi.

"Sekarang ni sayang nak makan apa-apa?." Soal Kasturi.

"Boleh juga. Lapar.." Balas Kira. Tiba-tiba pintu wad ditolak dan muncul Am bersama beg plastik di tangan.

"El." Sapa Am apabila melihat Kira yang sudah terjaga.

"Awak macam mana, okay?." Soal Am sambil meletakkan plastik makanan di meja sisi.

"Saya okay." Balas Kira bersama senyuman nipis.

"Tahniah El." Ucap Am bersama senyuman besar di bibir.

"Ni saya ada belikan bubur nasi dan kuih. Air panas pun ada." Kata Am sambil makanan dari plastik dikeluarkan dan diletakkan di atas meja.

"Edan, kau makanlah dengan El, aku dah makan kat cafe tadi. Ni, aku nak gerak dulu. Burn pun dah sampai tu. Dia ada di luar, kejap lagi dia masuk." Kata Am pada Kasturi.

"Thanks Am." Ucap Kasturi sambil bungkusan plastik mengandungi makanan dibuka. Tidak lama Burn masuk.

"El.. Apa khabar?." Sapa Burn.

"Baik." Balas Kira bersama senyuman di bibir. Kasturi pula sedang mengeluarkan makanan untuk diberikan pada Kira.

"Burn kalau ada apa-apa, call aku." Pesan Am pada Burn yang sedang melangkah menghampiri hujung katil.

"El, saya balik dulu ya. Nanti saya datang lagi." Kata Am.

"Thanks Am." Ucap Kasturi pula. Am hanya angkat tangan kanannya sebelum tubuhnya hilang di sebalik pintu wad.

"Korang makan dulu, aku ada luar." Kata Burn yang tidak mahu mengganggu kedua suami isteri tersebut yang mahu menikmati makanan mereka.

+++

"Cik Ma.." Sapa Miran dari belakang. Mariam menyeka air mata yang meleleh di pipi dengan hujung lengan baju yang dipakainya dan dengan sedaya mungkin wajah ceria ditunjukkan kepada Miran.

"Dah lapar ke? Tinggal nak goreng sayur saja lagi." Balas Mariam sebaik menoleh pada Miran yang berdiri di belakangnya.

"Cik Ma..." Panggil Miran apabila juring mata Mariam dilihat basah. Tangan Mariam yang sedang mencuci sayur terus terkaku. Bibir diketap kuat sebelum bakul sayur diletak di tepi sinki dan paip air ditutup.

"Cik Ma cuma teringatkan abang dan kakak Miran. Bagaimana la agaknya keadaan mereka." Kata Mariam dengan mata yang sudah berkaca-kaca. Miran turut berduka apabila melihat Mariam bersedih begitu.

"Cik Ma nak ikut saya ke hospital? Kita boleh pergi melawat mereka." Soal Miran pada Mariam. Pantas wajah tua Mariam berubah.

"Boleh ke Cik Ma ikut?." Soal Mariam.

"Boleh.. Tak ada masalah pun.." Sampuk Sean tanpa sempat Miran membalas. Terus tertoleh Miran dan Mariam ke arah Sean yang sedang bersandar di tepi dinding.

"Tapi sebelum tu.. Kita makan dulu boleh. Saya dah lapar.. Sedap bau masakan Cik Ma sampai terbangun saya dari tidur." Usik Sean. Besar senyum Mariam mendengar ayat Sean. Miran senyum senget pada Sean kerana legakan sedikit kesedihan pada wanita tua itu.

"Boleh.. Boleh.. Tunggu Cik Ma gorengkan sayur ni dulu ya." Laju Mariam membalas bersama senyuman di bibir tuanya.

"Kalau macam tu saya mandi dulu la." Kata Miran pula. Mariam hanya angguk sambil ligat tangannya menyiapkan bahan menggoreng.

"Kau pun sama, mandi dulu. Lepas tu kita makan." Tambah Miran lagi sambil memandang pada Sean. Bersama itu kaki melangkah meninggalkan ruang dapur. Sean hanya mempamerkan senyuman sebelum dia juga turut menghilangkan diri ke bilik untuk mandi.

Selepas lebih kurang setengah jam, Miran dan Sean kembali ke meja makan dan waktu itu makanan tengah hari sudah tersedia di atas meja. Masak lemak nenas bersama udang, ikan goreng, sayur kangkung dan ulaman serta sambal. Tidak perlu menu macam-macam, ini pun sudah cukup untuk kecurkan air liur. Bertambah-tambah makan kedua-dua jejaka itu. Mariam yang melihat sedikit rasa terhibur hatinya.

"Sedap Cik Ma masak, bertambah saya makan." Kata Sean sambil mengesat tangan.

"Biasa-biasa je Sean. Tapi kalau nak makan Cik Ma masak, selalu-selalulah datang ke sini. Bagitahu je, nanti Cik Ma masak." Kata Mariam sambil mengemas meja.

"Miran nak Cik Ma buatkan air panas ke?." Soal Mariam apabila melihat Miran berjalan menuju ke pintu rumah.

"Boleh juga." Balas Miran sambil menoleh sekilas pada Mariam.

"Ye lah, nanti Cik Ma hantar di luar ya." Kata Mariam.

"Cik Ma, saya pun.." Sampuk Sean yang mengekori langkah Miran dari belakang.

"Ya, nanti Cik Ma buatkan sekali." Balas Mariam. Miran yang sedang menyarung selipar di kaki menoleh pada Sean yang berada di celah pintu menunggu giliran untuk menyarung selipar.

"Eh, kau tak ada rumah ke?." Soal Miran pada Sean yang berlenggang mengikutnya melabuhkan duduk di bangku simen di tepi pouch kereta.

"Kat rumah aku tak ada sesiapa, boring.. Kat sini ada kau dengan Cik Ma." Balas Sean selamba. Miran menjeling tajam pada Sean yang sedang tersengih memandangnya.

"Am yang minta kau temankan aku kan?." Soal Miran. Tegak matanya memandang Sean di hadapannya. Sean jungkit bahu.

"Kau tak perlu pun susah-susah Sean. Aku bukan budak kecil." Kata Miran bersama pandangan yang dibuang jauh ke hadapan rumah. Sean hanya membalas kata-kata Miran dengan senyumannya.

"Thanks Sean." Ucap Miran tanpa menoleh pada Sean.

"For what?." Soal Sean yang memandang wajah Miran. Nampak sedikit kusut.

"Mummy." Balas Miran sepatah.

"Aku tahu kau dan Encik Am yang uruskan perkara tu." Sambung Miran. Sean senyum nipis.

Sedang kedua mereka menghayati angin yang menderu perlahan, telefon bimbit Miran di dalam poket berbunyi. Pantas Miran menyeluk tangan mengambil telefon bimbit. Skrin yang bernyala dipadang, terus berubah wajahnya. Sean yang melihat riak wajah Miran terus mengintai nombor telefon yang tertera.

"Hospital?." Soal Sean. Miran yang sudah tidak sedap hati terus menggesek icon hijau.

"Hello. Ya, saya." Balas Miran sambil matanya memandang Sean yang sejak tadi tidak berkalih pandang dari wajahnya.

"Innalillah.." Ucap Miran yang sudah tertunduk di meja. Rambut diraup kasar bersama wajah yang muram.

"Baik.. Saya datang sekarang." Kata Miran dengan wajah yang keruh. Sean yang sudah mengagak apa yang berlaku sudah berdiri di sisi Miran. Sebaik talian dimatikan, telefon disimpan semula ke dalam poket seluar dan tubuh dibawa berdiri.

"Aku ikut." Kata Sean. Miran hanya mengangguk perlahan lalu melangkah menuju ke arah pintu rumah bersama dada yang sempit.

+++

Kira yang sudah terlelep selepas selesai makan tadi dipandang bersama senyuman.

"Edan." Panggil Burn yang baru melangkah masuk. Kasturi angguk perlahan tanda membalas panggilan Burn sambil mengatur langkah ke arah sofa lalu melabuhkan duduk. Begitu juga dengan Burn yang turut melabuhkan duduk.

"Sean baru call aku. Er.. Miran on the way ke hospital." Sangkut-sangkut ayat Burn. Kasturi kerut dahi.

"Kenapa?." Soal Kasturi apabila melihat raut wajah Burn yang jelas nampak lain.

"Hospital call minta waris datang untuk pengesahan." Sambung Burn.

"Pengesahan untuk siapa?." Soal Kira yang rupanya sudah bangun dan mendengar perbualan Kasturi dan Burn.

Kasturi yang mendengar pertanyaan Kira laju menoleh kepala ke arah Burn yang juga mempunyai pertanyaan yang sama.

(03/05/2023 @ 1840hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience